Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi dari bawah sebuah bangku. “Meow! Meow!” Sara berkata, “Imran, saya terdengar bunyi anak kucing.” Imran bertanya, “Adakah anak kucing itu keseorangan?”Selepas tamat sekolah, Sara dan Imran berjalan di taman sekolah.
Sara berseru, “Wah, anak kucing itu comel sekali!” Imran bertanya, “Mengapakah anak kucing itu mengiau?” “Mungkin ia lapar atau haus,” jawab Sara.Sara dan Imran melihat ke bawah bangku. Seekor anak kucing kecil sedang bersembunyi di situ.
Cikgu Aina melihat anak kucing itu. “Sara, bawalah bekas air itu ke sini.” Kemudian, beliau berkata, “Imran, tolong panggil pengawal sekolah.” “Baik, cikgu!” jawab mereka.Sara dan Imran segera memanggil Cikgu Aina. “Cikgu, kami menemukan seekor anak kucing,” kata Imran.
Sara meletakkan bekas air berhampiran anak kucing. “Lihat, Si Comel sedang minum air!” kata Sara. Sara mahu mengangkatnya. Cikgu Aina segera berpesan, “Jangan pegang anak kucing itu dengan kasar.” “Baiklah, cikgu. Saya akan berhati-hati,” jawab Sara.
Cikgu Aina bertanya, “Adakah puan pemilik anak kucing ini?” “Ya. Namanya Putih,” jawab Puan Laila.Imran berseru, “Syukurlah, anak kucing itu selamat!”Pengawal sekolah menghubungi pemilik anak kucing itu. Tidak lama kemudian, seorang wanita datang.
Sara tersenyum. “Saya gembira kerana Putih sudah selamat.” Cikgu Aina berkata, “Kita mestilah menyayangi dan membantu haiwan.” “Baik, cikgu!” jawab Sara dan Imran. Mereka pun pulang dengan hati yang gembira.Puan Laila mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Ayat dalam ceritaJenis ayatAyat DasarAdakah anak kucing itu keseorangan?Ayat tanyaAnak kucing itu keseorangan.Wah, anak kucing itu comel sekali!Ayat seruanAnak kucing itu comel.Sara, bawalah bekas air itu ke sini.Ayat perintahSara membawa bekas air itu ke sini.Imran, tolong panggil pengawal sekolah.Ayat PerintahImran memanggil pengawal sekolah.Jangan pegang anak kucing itu dengan kasar.Ayat perintah - laranganKamu memegang anak kucing itu dengan kasar.Syukurlah, anak kucing itu selamat!Ayat seruanAnak kucing itu selamat.
