MPU 21072 penghayatan etika dan peradaban KEBUDAYAAN dan perpaduan malaysia

e-folio bagi subjek Etika dan Peradaban yang bertajuk “Kebudayaan dan Perpaduan” dapat disiapkan dengan jayanya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Haqqul Yakin atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang telah diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam proses menyiapkan e-folio ini. Semoga hasil kerja ini dapat memberikan manfaat serta menambah pengetahuan tentang kepentingan kebudayaan dan perpaduan dalam masyarakat Malaysia. PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT TAJUKBIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Konsep Perpaduan Kepelbagaian kebudayaan Di Malaysia Konsep Kebudayaan Pengenalan Hubungan Kebudayaan Dengan Perpaduan Kepentingan Kebudayaan Dan Perpaduan Cabaran Memupuk Perpaduan Peranan Masyarakat Dan Generasi Muda Usaha Memperkukuhkan Perpaduan Contoh aktiviti Kebudayaan Kesimpulan Rujukan 1 2 - 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan agama. Malaysia juga terkenal dengan kehidupan yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup dalam keadaan aman. Kaum melayu merupakan kaum yang terbesar dengan membentuk sebanyak 54% daripada penduduk Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia yang tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Seterusnya, India pula membentuk sebanyak 7.5% daripada populasi. Bahasa melayu ialah bahasa rasmi Malaysia manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-2 di Malaysia yang di gunakan dalam pernjagaan. PENGENALAN NUR IRISSHA BINTI FAIZAL 1

-Konsep kebudayaan- MAKSUD KONSEP KEBUDAYAAN Kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Kebudayaan merangkumi pelbagai aspek seperti adat resam, bahasa, agama, kepercayaan, nilai, norma, kesenian dan amalan kehidupan. Kebudayaan terbentuk melalui proses pembelajaran dan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Ia menjadi identiti dan ciri khas sesebuah masyarakat. Nurul Asyiqin 2

-KONSEP KEBUDAYAAN- Antara unsur penting dalam kebudayaan ialah Adat resam , Bahasa , Agama dan kepercayaan , Makanan tradisional dan Perayaan Adat resam : amalan dan kebiasaan yang dilakukan dalam masyarakat Makanan tradisonal : makanan menjadi warisan dan identiti sesuatu kaum Perayaan : sambutan yang berkaitan dengan agama dan budaya masyarakat Agama dan kepercayaan : menjadi panduan dalam kehidupan Bahasa : alat komunikasi dan lambang identiti sesuatu masyarakat Nurul Asyiqin 3

-KONSEP KEBUDAYAAN- Kebudayaan penting dalam kehidupan masyarakat kerana : Kebudayaan penting dalam kehidupan masyarakat kerana menjadi asas dalam membentuk identiti dan menjadi lambang sesuatu kaum. Selain itu, kebudayaan berperanan dalam memelihara warisan agar tidak hilang ditelan zaman serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Di samping itu, kebudayaan dapat menarik minat pelancong terhadap keunikan budaya dan warisan negara serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui bidang pelancongan, seni dan industri kreatif. Kesimpulannya, kebudayaan merupakan warisan penting yang mencerminkan identiti sesebuah masyarakat. Oleh itu, penghayatan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya perlu dipupuk agar dapat membentuk masyarakat yang harmoni, saling menghormati dan bersatu padu. Nurul Asyiqin4 NU

Maksud perpaduan ialah hubungan yang erat antara semua masyatakat yang tinggal di sesebuah negara. Ianya adalah proses untuk menyatu padukan sebuah masyarakat tidak kira agama, adat resam dan budaya untuk berkerjasama antara satu sama lain dan berganding bahu bagi membentuk sesebuah negara yang harmoni dan negara yang berkembang maju. Perpaduan juga dapat melahirkan perasaan cinta dan bangga terhadap negara. Malaysia terkenal dengan penduduk yang berbilang kaum. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Khadazan dan Iban. Disebabkan negara kita mempunyai pelbagai kaum. perpaduan tidak akan dapat dicapai jika salah satu kaum tidak memberi kerjasama. Masyarakat Malaysia kini telah lebih matang dan berfikiran lebih terbuka dengan konsep berbilang kaum. Mereka juga sudah dapat menerima dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini kerana kita sudah lama hidup bersama dengan situasi ini KONSEP PERPADUAN MAKSUD KONSEP PERPADUAN NUR IRISSHA BINTI FAIZAL 5

KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIALandskap Demografi dan Keunikan EtnikMalaysia merupakan sebuah negara berbilang etnik yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam, dan kepercayaan. Struktur masyarakatnya yang unik terdiri daripada tiga kaum majoriti serta ratusan komuniti peribumi yang mendiami Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Kepelbagaian ini membentuk satu identiti nasional yang dinamik dan berwarna-warni.Manifestasi Kepelbagaian Budaya (Adat Resam dan Perayaan)Setiap kaum mengekalkan tradisi warisan masing-masing seperti Sambutan Hari Raya Aidilfitri (Melayu), Tahun Baru Cina (Cina), Deepavali (India), serta Pesta Kaamatan dan Hari Gawai (Peribumi Sabah & Sarawak).Asimilasi budaya melahirkan kepelbagaian makanan yang diterima oleh semua kaum seperti nasi lemak, roti canai, char kway teow, laksa, dan muruku. Makanan menjadi medium harian yang merentasi sempadan etnik.Kepelbagaian dapat dilihat melalui pemakaian Baju Kurung, Baju Melayu, Cheongsam, Sari, serta pakaian tradisi etnik Borneo yang dipakai bukan sahaja sewaktu perayaan, malah dalam majlis rasmi kenegaraan.sefia6

HUBUNGAN KEBUDAYAAN DENGAN PERPADUANKebudayaan Sebagai Jambatan SosialKebudayaan tidak seharusnya dilihat sebagai alat pemisah, sebaliknya ia merupakan instrumen terkuat dalam membina jambatan perpaduan. Apabila sesuatu kaum berkongsi dan mendedahkan kebudayaan mereka kepada kaum lain, ia membuka ruang dialog sosial yang sihat. Hubungan yang akrab terjalin apabila wujud rasa ingin tahu dan menghargai warisan sesama jiran tetangga yang berbeza bangsa.Proses Integrasi Melalui Perkongsian BudayaAktiviti kunjung- mengunjung semasa musim perayaan melatih masyarakat untuk mempraktikkan toleransi tinggi, memahami pantang larang, dan menjaga sensitiviti pemakanan (seperti penyediaan hidangan halal atau vegetarian).Amalan Rumah TerbukaFenomena pemakaian baju kurung oleh wanita bukan Melayu atau amalan memberi "duit raya" dan "angpau" yang ditiru oleh pelbagai kaum membuktikan bahawa budaya mampu menyatukan persepsi dan cara hidup masyarakat Malaysia di bawah satu payung yang harmoni.Budaya Silang Kaum (Cross-Cultural)sefia 7

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUANMenjamin Kestabilan dan Keselamatan NegaraPerpaduan yang berpaksikan kefahaman budaya adalah kunci utama kepada keamanan domestik. Tanpa perpaduan, negara mendedahkan diri kepada risiko konflik perkauman yang boleh melumpuhkan sistem pentadbiran dan keselamatan. Masyarakat yang bersatu padu memastikan suasana negara kekal harmoni dan aman.Pemangkin Pertumbuhan EkonomiKeunikan "Malaysia Truly Asia" yang menonjolkan kepelbagaian budaya menjadi magnet besar kepada pelancong asing, sekali gus menjana pendapatan negara.Keyakinan Pelabur LuarDaya Tarikan PelanconganMembina Jati Diri Bangsa MalaysiaPelabur antarabangsa lebih yakin untuk menanam modal di Malaysia kerana kestabilan sosialnya yang kukuh hasil daripada hubungan etnik yang harmoni.Gabungan kepelbagaian budaya ini melahirkan satu acuan identiti kebangsaan yang unik di mata dunia. Nilai-nilai murni ketimuran seperti hormat-menghormati, bertolak ansur, dan berhemah tinggi menjadi teras kepada pembentukan modal insan yang berkualiti.sefia 8

CABARAN MEMUPUK PERPADUANPolarisasi Sosial dan Kurangnya Interaksi FizikalAntara cabaran terbesar ialah wujudnya tembok pemisah dalam kehidupan seharian. Kecenderungan masyarakat untuk tinggal di kawasan perumahan mengikut kaum, bersekolah di aliran yang berasingan, atau memilih rakan daripada etnik yang sama sahaja (polarisasi sosial) mengehadkan peluang untuk berinteraksi dan memahami budaya kaum lain secara mendalam.Kekangan Bahasa KebangsaanKegagalan segelintir masyarakat untuk menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan fasih mewujudkan jurang komunikasi yang besar. Apabila bahasa perantaraan tidak dikongsi dengan baik, mesej kebudayaan sukar disampaikan dan boleh menyebabkan salah tafsir makna dalam perbualan harian.sefia 9

Peranan Masyarakat dan Generasi Muda Masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menjaga perpaduan antara kaum. Dalam kehidupan seharian, kita perlu belajar untuk menghormati budaya dan adat kaum lain. Contohnya, apabila rakan menyambut perayaan yang berbeza, kita boleh mengucapkan selamat dan menghormati cara mereka meraikannya. Perkara kecil seperti ini sebenarnya dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. Generasi muda juga tidak kurang pentingnya dalam menjaga perpaduan. Golongan muda banyak menggunakan media sosial dan boleh menggunakan platform tersebut untuk berkongsi tentang budaya yang terdapat di Malaysia. Selain itu, mereka boleh menyertai aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum seperti program kemasyarakatan, sukan dan aktiviti kebudayaan. Dengan cara ini, mereka dapat mengenali rakan daripada latar belakang yang berbeza. Wan Huzayanah10

Usaha Memperkukuhkan Perpaduan Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan ialah mengadakan aktiviti yang melibatkan masyarakat daripada pelbagai kaum. Contohnya, aktiviti gotong-royong, sambutan perayaan, pertandingan makanan tradisional dan program kebudayaan. Melalui aktiviti seperti ini, masyarakat dapat berjumpa dan berkomunikasi dengan lebih dekat. Selain itu, pihak sekolah dan institusi pendidikan juga boleh mengadakan program yang memperkenalkan budaya kaum lain kepada pelajar. Pelajar bukan sahaja belajar melalui buku, tetapi boleh mengenali sesuatu budaya melalui pengalaman sendiri. Media sosial juga boleh digunakan dengan cara yang baik. Kandungan tentang makanan, pakaian, tarian dan perayaan tradisional boleh dikongsi supaya lebih ramai golongan muda mengenali budaya masyarakat lain. Pada masa yang sama, kita perlu mengelakkan perkongsian perkara yang boleh menimbulkan salah faham atau pergaduhan antara kaum. Wan Huzayanah11

Contoh Aktiviti KebudayaanTerdapat banyak aktiviti kebudayaan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat. Antaranya ialah sambutan rumah terbuka. Melalui rumah terbuka, masyarakat boleh berkunjung ke rumah rakan atau jiran yang berlainan kaum dan menikmati makanan bersama-sama. Selain itu, persembahan kebudayaan seperti tarian tradisional, muzik dan pakaian tradisional juga boleh dijalankan. Aktiviti ini memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat dan mengenali budaya yang berbeza Wan Huzayanah12

Kesimpulannya, kebudayaan dan perpaduan mempunyai hubungan yang rapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan setiap kaum mempunyai budaya, adat serta tradisi yang tersendiri. Perbezaan ini perlu dihormati supaya tidak menjadi punca perselisihan. Masyarakat dan generasi muda perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjaga hubungan antara kaum. Aktiviti kebudayaan juga boleh menjadi salah satu cara untuk mengenali budaya orang lain dan mengeratkan hubungan. Perpaduan tidak bermaksud kita perlu mempunyai budaya yang sama, tetapi kita perlu belajar menerima dan menghormati perbezaan yang ada. Kesimpulan Wan Huzayanah13

1.Jabatan Perpaduan Negara Dalam Integrasi Nasional. (2026) Dasar Perpaduan Negara. https://www.heritage.gov.my/ms/pengenal an-cawangan-adat-budaya.html? utm_source 2.Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara. (2026). Kategori Seni Budaya. https://www.jpnin.gov.my/web/dasar- perpaduan-negara?utm_source 3.Kementerian Perpaduan Negara. (2026)Mengukuhkan Tapak Integrasi Sosial. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/kate gori-senibudaya?utm_source 4.Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. https://www.perpaduan.gov.my/index.php/ bm/103-perkhidmatan-teras- kementerian/606-mengukuhkan-tapak- integrasi-sosial?utm_source RUJUKAN NUR IRISSHA BINTI FAIZAL 14

KUMPULAN 6 15 NURUL ASYIQIN NUR IRISSHA BINTI FAIZAL NUR SEFIA SYUHADA BINTI NOORDIN WAN HUZAYANAH BINTI BENANDIS @ FENANDIS

E-FOLIO

nur ashiqin
گزارش