PENDAHULUAN Klinik Kriket Adiwira merupakan satu program pembangunan sukan yang dirancang bagi memberikan pendedahan dan pengalaman asas kepada murid Tahun 4 dan Tahun 5 dalam permainan kriket. Program ini bertujuan memperkenalkan teknik asas permainan kriket secara sistematik, menyeronokkan dan selamat melalui aktiviti amali yang dikendalikan oleh jurulatih serta guru yang berpengalaman. Pelaksanaan program ini juga selaras dengan usaha pihak sekolah untuk menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan, di samping membentuk murid yang aktif, berdisiplin, bekerjasama dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.LATAR BELAKANG Permainan kriket merupakan salah satu sukan yang dapat membantu perkembangan fizikal, mental dan sosial murid. Melalui permainan ini, murid dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan, kecergasan fizikal, kemahiran komunikasi serta kebolehan bekerja dalam kumpulan. Klinik Kriket Adiwira diadakan sebagai satu platform untuk memperkenalkan asas permainan kriket kepada murid secara berperingkat. Dengan penyertaan seramai 500 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5, program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman pembelajaran sukan yang menarik serta mencetuskan minat murid terhadap permainan kriket.

RASIONAL Program ini dilaksanakan bagi: 1.Memberikan pendedahan awal kepada murid terhadap permainan kriket. 2.Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti sukan dan kokurikulum. 3.Memberikan peluang kepada murid mempelajari teknik asas permainan kriket. 4.Mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid. 5.Memupuk nilai kerjasama, disiplin, kepimpinan dan semangat kesukanan. 6.Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan murid.MATLAMAT Melahirkan murid yang aktif, cergas, berdisiplin dan mempunyai minat terhadap permainan kriket melalui pendedahan serta latihan asas yang terancang.

OBJEKTIF Pada akhir program, murid diharapkan dapat: 1.Mengetahui sejarah dan asas permainan kriket. 2.Mengenal peralatan asas yang digunakan dalam permainan kriket. 3.Memahami teknik asas memukul, membaling dan menangkap bola. 4.Mengaplikasikan kemahiran asas kriket melalui aktiviti amali. 5.Meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta kecergasan fizikal. 6.Menunjukkan sikap bekerjasama dan menghormati rakan serta jurulatih. 7.Meningkatkan keyakinan diri melalui penyertaan dalam aktiviti sukan. 8.Mengenal pasti murid yang mempunyai potensi dan bakat dalam permainan kriket.

PENDAFTARAN Dewan SK Cyberjaya 8:00 - 8.45 SENAMROBIK - AJK HARI SUKAN NEGARA Dewan SK Cyberjaya 8:45 - 9.15 SLOT 1: PENGENALAN (TEORI) SLOT 2: SESI PRAKTIKAL SLOT 3: SIMULASI PERLAWANAN 9:15 - 10.30 REHAT 10:30 - 11.00 SLOT 4: KURSUS MENCATAT (GURU) SLOT 5: PERLAWANAN 11:00 - 12.30 PENUTUP 12:30 Dewan terbuka / padang SK Cyberjaya Dewan terbuka / padang SK Cyberjaya ATURCARA

JAWATANKUASA INDUK PENAUNG Puan Norma binti Edros Guru Besar SK Cyberjaya PENASIHAT Puan Parimala A/P Vegadaslan Penolong Kanan Kokurikulum SK Cyberjaya PENGARAH PROGRAM Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah TIMBALAN PENGARAH PROGRAM Encik Haslan bin Hassan SETIAUSAHA Puan Mutiara binti Megat PENOLONG SETIAUSAHA Puan Siti Zaleha binti Kasman BENDAHARI Puan Shafinaz binti Abdul Halim

Jawatankuasa Pengacaraan : · Mengendalikan majlis pembukaan dan penutup. En. Ade Afendi bin Suib Cik Nur Amarlina binti Ismail Jawatankuasa PA Sistem : En. Norlizan En. Ade Afendi bin Suib Jawatankuasa Pendaftaran: · Merekodkan kehadiran peserta dan petugas Cik Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal Jawatankuasa Teknikal dan Aktiviti: Bertugas sebagai fasilitator bagi setiap stesen. Fasilitator akan dibantu oleh jurulatih luar yang berpengalaman · Guru Penasihat: i. En. Mohd Nasron bin Kamarudin ii. En. Haslan bin Hassan · Stesen 1 (Pengenalan Kriket) i. Pn. Shaibah binti Sakiman ii. Pn. Rotchie Ryeth Robert · Stesen 2 (Kemahiran Memukul) i. En. Muhammad Amir bin Aminuddin ii. En. Muhamad Hafizur Rahman bin Khairon · Stesen 3 (Kemahiran Membaling) i. Pn. Krishna Priya a/p Ananda Kumaran ii. Cik Sulochana a/p Sivaselvam · Stesen 4 (Kemahiran Menangkap) i. Tn. Haji Khafizul Yusairy bin Hussin ii. En. Mohamad Norazfizal bin Norizan · Stesen 5 (Fielding) i. En. Mohamad Shahril bin Selamat ii. Mohd Afiq bin Zainal · Stesen 6 (Mini Game) i. En. Mohd Hafeez bin Mohd Raffi ii. Cik Nur Khayran Qistina binti Rojitan Jawatankuasa Peralatan: Menyediakan, mengurus dan menyimpan peralatan kriket Menyediakan khemah urus setia En. Wan Mohamad Yazid bin Wan Hamidon En. Mohd Safarin bin Dollah Jawatankuasa Jamuan Makanan dan Minuman: Menguruskan penyediaan minuman dan makanan peserta serta petugas. Pn. Ruzilawati binti Ali Pn. Mutiara binti Megat AHLI JAWATANKUASAAHLI JAWATANKUASAAHLI JAWATANKUASAAHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Sijil dan Penghargaan: · Menguruskan cetakan sijil penghargan dan cenderamata bagi penceramah dan petugas serta jurulatih Pn. Shafinaz binti Abdul Halim Cik Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan: Memastikan keselamatan murid sepanjang program. Mengurus keperluan pertolongan cemas. Memantau keadaan cuaca dan kawasan aktiviti. Semua Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Jawatankuasa Disiplin dan Kawalan Murid: Mengurus pergerakan murid. Memastikan murid berada di stesen masing- masing. Semua Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Jawatankuasa Dokumentasi: · Mengambil gambar dan merekod perjalanan program · Menghasilkan pelaporan Pn. Siti Zaleha binti Kasman En. Muhamad Zubairi bin Zakaria Jawatankuasa Kebersihan: Memastikan kawasan program bersih sebelum, semasa dan selepas program. Semua Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

1 MUHAMMAD IMAN SYAFIQ BIN MOHD ZIN 2 MOHAMAD SHAHIZUL BIN AMAN SHAH 3 NURHAN FATIHIN BIN MOHD NOORPIAH 4 MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD IKHMAL 5 MUHAMMAD FAIQ BIN ABU BAKAR 6 AMIRUL ZAKUAN BIN ABDULLAH 7 IKRAM HARITH BIN MAHADZIR 8 MUHAMMAD AALIF BIN SHAMSUL BAHRIN 9 NUR JANNAH BINTI ANUAR 10 NUR DAYANA QALESYA BINTI HAMZAH 11 NURANIS SYAHIRA BINTI ABDULLAH 12 AIMUNI ATHIRAH BINTI ARMIZAL 13 SITI NUR SHAQILAH BINTI MOHAILY 14 IRDINA BEH BINTI NABIL 15 NUR IZZATUL SYAFIQA BINTI FAJROL 'AS FASILITATOR KLINIK KRIKET ADIWIRA

Klinik Kriket Adiwira

گزارش