TRAGEDI 13 MEI 1969

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPANPENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPANMPU210321.NURAINA SOFIA BINTI MD ZAINUL 2. FARISHA LYANA BINTI ABDUL LATIFF 3.MUHAMMAD SHAHNIZAR BIN HAMZAH 4. ASRAF BIN MOHD ASMADI 5. NEMESHA A/P NAV 6.WIEFAQ HARIRI BIN AHMAD ZUHADI NAMA PENSYARAH: NOR SIDAH BT CHE DIN E -FOLIOE -FOLIO

AHLI KUMPULANAHLI KUMPULAN

Tragedi 13 Mei 1969:Punca dan Pengajaran Tragedi 13 Mei 1969:Punca dan Pengajaran

Isi kandungan1.Pengenalan1.Pengenalan2.Latar Belakang2.Latar Belakang3.Punca-punca Tragedi 13 Mei3.Punca-punca Tragedi 13 Mei4.Apakah langkah?4.Apakah langkah?5.Apakah peranan generasi baru yang perlu ada6.Pengajaran6.Pengajaran 7.Perpaduan antara kaum

PengenalanPengenalan Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa paling hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa ini berlaku selepas pilihan raya umum 1969 yang melibatkan rusuhan khususnya di Kuala Lumpur.1

Latar BelakangLatar Belakang Pilihan raya telah dilakukan pada 10 Mei 1969. Keputusan pilihan raya diumumkan dan berlaku perarakan dan perhimpunan politik di Kuala Lumpur dan keaadaan menjadi semakin tegang akibat ucapan yang berbaur perkauman. Rakyat berbilang kaum mulai bergaduh dan terjadinya kekecohan di sekitar Kuala Lumpur.2

Punca-punca Tragedi 13 Mei Punca-punca Tragedi 13 Mei1.Perarakan kemenangan yang mencetuskan ketegangan Selepas pilihan raya, terdapat perarakan kemenangan penyokong parti pembangkang di Kuala Lumpur. Sebahagian perarakan dikaitkan dengan tindakan dan slogan yang dianggap provokatif terhadap kaum lain, lalu meningkatkan ketegangan. 2.Ketegangan antara kaum Hubungan antara masyarakat Melayu dan Cina ketika itu sudah mempunyai ketegangan sosial dan politik. Isu berkaitan kedudukan kaum, bahasa, hak politik dan ekonomi menyebabkan rasa tidak puas hati semakin kuat. 3.Jurang ekonomi antara kaum Ketidakseimbangan sosioekonomi turut menjadi faktor penting. Struktur ekonomi pada ketika itu mempunyai kaitan yang kuat dengan pembahagian pekerjaan dan kawasan tempat tinggal mengikut kaum, sehingga wujud rasa tidak puas hati dan kebimbangan antara masyarakat. 4.Pengaruh sentimen perkauman dalam politik Kempen pilihan raya 1969 mempunyai unsur persaingan berasaskan kaum. Apabila isu politik dikaitkan dengan identiti kaum, keadaan menjadi lebih mudah tegang dan mencetuskan konflik.3

Apakah langkah?Apakah langkah?1. Memupuk perpaduan kaum Rakyat Malaysia perlu saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan budaya supaya hubungan masyarakat sentiasa harmoni. 2. Mengamalkan sikap toleransi Setiap kaum perlu menghormati perbezaan adat, kepercayaan dan cara hidup kaum lain bagi mengelakkan perselisihan faham. 3. Mengukuhkan sistem pendidikan Pendidikan tentang sejarah negara, Rukun Negara dan kepentingan perpaduan perlu diterapkan sejak di bangku sekolah supaya generasi muda memahami kesan buruk pergaduhan antara kaum. 4. Menghayati prinsip Rukun Negara Semua rakyat perlu mengamalkan lima prinsip Rukun Negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu, bertanggungjawab dan menghormati undang-undang.4

Apakah peranan generasi baru yang perlu ada Antara peranan generasi baharu dalam mengekalkan perpaduan dan mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 daripada berulang ialah: 1. Menghormati kepelbagaian kaum dan agama Generasi baharu perlu menghormati adat, budaya, kepercayaan dan agama kaum lain supaya masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni. 2. Menghayati sejarah negara Generasi muda perlu mempelajari sejarah tragedi 13 Mei 1969 agar memahami kesan buruk pergaduhan antara kaum dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. 3. Mengamalkan sikap toleransi Generasi baharu hendaklah bertolak ansur, saling memahami dan menyelesaikan perselisihan faham melalui perbincangan secara aman. 4. Menggunakan media sosial secara berhemah Generasi muda perlu mengelakkan penyebaran berita palsu, fitnah dan komen berunsur perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. 5. Mengukuhkan semangat perpaduan Generasi baharu boleh menyertai aktiviti seperti gotong-royong, sukan dan program kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum.5

Perpaduan antara kaum dapat dipupuk bagi mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 daripada berulang melalui beberapa langkah berikut: 1. Mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama Masyarakat berbilang kaum boleh menyertai aktiviti gotong-royong, sukan dan sambutan perayaan bersama-sama untuk mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama. 2. Menghormati agama dan budaya kaum lain Setiap individu perlu menghormati kepercayaan, adat resam dan amalan kaum lain supaya tidak berlaku perselisihan faham. 3. Mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur Masyarakat perlu saling memahami, bertolak ansur dan menerima perbezaan pendapat agar perselisihan dapat diselesaikan secara aman.6

PengajaranPengajaran1.Pengajaran daripada Tragedi 13 Mei 1969 Kepentingan perpaduan kaum Masyarakat perlu hidup bersatu dan saling menghormati tanpa mengira kaum, agama dan budaya. 2.Mengelakkan sikap perkauman Sikap prejudis, diskriminasi dan kebencian terhadap kaum lain boleh menjejaskan keharmonian negara. 3.Mengamalkan sikap bertolak ansur Setiap masyarakat perlu menghormati perbezaan pendapat, budaya dan adat resam. 4.Tidak mudah terpengaruh dengan provokasi Masyarakat perlu berhati-hati dengan hasutan, provokasi dan khabar angin yang boleh mencetuskan konflik. 5.Menggunakan media sosial secara bertanggungjawab Maklumat perlu disemak terlebih dahulu sebelum dikongsi supaya berita palsu tidak menimbulkan ketakutan atau permusuhan. 6.Menjaga keamanan dan kestabilan negara Keamanan merupakan tanggungjawab semua rakyat dan perlu dipelihara demi kesejahteraan generasi akan datang.7

Thank YouThank You

Tragedi 13 Mei 1969: Punca dan Pengajaran

Aina Sofia
တိုင်ကြားရန်