FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN AG30403 PENGURUSAN SISA PEJAL BANDAR SEMESTER 5 2026/2027 TUGASAN INDIVIDU: ISU DALAM PENGGUNAAN KONSEP BERSEPADU DALAM PENGURUSAN SISA DI MALAYSIA. CITATION AND REFERENCES IS NEEDED NAMA PENSYARAH: MOHAMMAD TAHIR MAPA NAMA: KENNEY ROBERT KUNDIPAU NO. MATRIK: BA24110451

1.0 PENDAHULUAN Pembandaran yang pesat serta pertumbuhan penduduk yang mendadak di Malaysia telah menyebabkan penjanaan sisa pepejal meningkat secara berskala besar setiap tahun. Fenomena ini memerlukan satu perubahan dalam sistem pengurusan sisa negara. Konsep Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (Integrated Solid Waste Management, ISWM) adalah satu pendekatan yang melibatkan pelbagai kaedah sistematik seperti pengurangan sisa, guna semula, kitar semula, rawatan dan pelupusan secara sistematik. Konsep ini penting untuk memastikan sisa diurus secara lebih lestari dengan mengambil kira keseimbangan aspek alam sekitar, ekonomi, sosial dan institusi. Walaubagaimanapun, pelaksanaan sistem ini di Malaysia masih menghadapi beberapa isu (Nurul Syifaa et al., 2023). Komitmen terhadap konsep ini telah diterapkan melalui penggubalan dari undang-undang seperti Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di bawah Akta 672 dan Pelan Strategik Kebangsaan Pengurusan Sisa Pepejal yang disasarkan pada tahun 2019 hingga 2030. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kebergantungan terhadap sistem pelupusan konvensional dan lebih menggalakkan komitmen masyarakat. Realiti pelaksanaan ini menunjukkan jurang antara penggubalan dasar dan keberkesanan sistem masih besar dan ketara. Sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia masih berdepan dengan perlbagai halangan dari segi struktural dan tingkah laku yang menjejaskan keberkesanan pelaksanaan konsep pengurusan bersepadu ini secara menyeluruh (Latifah et al., 2009).

2.0 ISU PENGGUNAAN KONSEP BERSEPADU DALAM PENGURUSAN SISA DI MALAYSIA 2.1 Kebergantungan Tinggi terhadap Tapak Pelupusan Pengurusan sisa di Malaysia masih bergantung sepenuhnya terhadap tapak pelupusan. Hampir kesemua sisa yang dikutip dihantar ke tapak pelupusan yang berkapasiti tinggi atau hampir maksimum. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kekurangan tanah untuk menampung jumlah pembuangan sisa pepejal, kenaikan harga tanah yang melambung menyebabkan pihak tertentu tidak dapat meluaskan tapak pembuangan sedia ada dan peningkatan penghasilan sisa akibat pertambahan penduduk (Nurul Syifaa et al., 2023). Kajian yang dijalankan oleh Latifah et al., (2009) dalam penulisan bertajuk “Municipal solid waste management in Malaysia: Practices and challenges” mendapati 43% daripada 112 tapak pelupusan yang beroperasi berkonsepkan open dump manakala hanya 6.3% diiktiraf sebagai tapak pelupusan sanitari pada tahap 4. Pernyataan ini menunjukkan infrastruktur pemulihan bahan dan pemprosesan sistematik melalui aliran pengasingan yang mengubah sisa menjadi bahan mentah yang boleh diperbaharui masih belum mencukupi. Kelestarian pengurusan sisa pepejal di Malaysia amat bergantung kepada penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan sedia ada secara menyeluruh (Mohd Armi Abu Samah dan Wee Seng Teck, 2014) 2.2 Kadar Kitar Semula dan Pengasingan di Punca yang Rendah Malaysia juga masih mempunyai kadar kitar semula yang masih rendah berbanding dengan sasaran yang ditetapkan. Pada tahun 2025, Malaysia menyasarkan kadar kitar semula untuk mencapai sebanyak 40% tetapi hanya mencapai sekitar 31.5% dan kurang daripada separuh kadar negara maju yang mencapai 60%. Sebanyak 80% sisa pepejal di tapak pelupusan merupakan bahan yang boleh dikitar semula. Kegagalan pencapaian kadar kitar semula ini menunjukkan pengintergrasian dalam proses pengasingan (Kalanatarifard Amin & Su Yang Go, 2012). Pendekatan hierarki 3R atau Reduce, Reuse dan Recycle tidak akan berjaya dilaksanakan jika sistem pengasingan di punca penghasilan sisa dan infrastruktur kitar semula tidak dibangunkan secara bersama (Memon, 2010).

2.3 Kelemahan Penglibatan Masyarakat Penyertaan komuniti atau orang awam dalam intergrasi pengurusan sisa pepejal juga sangat lemah. Banyak program telah diwujudkan namun keupayaan individu atau masyarakat untuk mematuhi peraturan menjadi cabaran utama untuk mereka melibatkan diri. Faktor lain seperti kemudahan, kawasan penyimpanan dan kos turut mempengaruhi tingkah laku kitar semula terutamanya di kawasan petempatan setinggan dan pedalaman (Boldero, 1995). Kempen kitar semula dalam negara yang dijalankan pada 1993 dan dilancarkan semula pada 2001 masih belum mengubah amalan pengurusan sisa pepejal lestari secara meluas. Kekurangan pendidikan awam dan kesedaran terhadap kaedah pelupusan yang betul juga menjadi punca kepada kerendahan kadar kitar semula yang rendah serta pencemaran aliran kitar semula (Siti et al., 2024). 2.4 Fragmentasi Tadbir Urus dan Kekangan Pembiayaan Isu tadbir urus dan pembiayaan juga menjadi penghalang untuk membentuk konsep bersepadu dalam pengurusan sisa di Malaysia. Tanggungjawab pengurusan sisa di Malaysia terbahagi kepada beberapa badan atau agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia manakala dasar dan penguatkuasaan dibawah badan JPSN serta PPSPPA (Latifah et al., 2009). Pembahagian kuasa atau fragmentasi ini menyebabkan koordinasi gerak kerja seetiap agensi-agensi tersebut terjejas. Kaedah pelupusan lain seperti insinerator pula memakan kos yang sangat besar untuk beroperasi dan memerlukan kepakaran teknikal yang khusus untuk mengendalikannya (Rand et al., 2000). Hal ini menunjukkan bahawa kekangan kewangan dan kelemahan tadbir urus merupakan penghalang utama kepada pelaksanaan teknologi pengurusan sisa yang lebih bersepadu.

3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, konsep pengurusan sisa bersepadu di Malaysia masih belum dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan walaupun telah lama diperkenalkan dasarnya. Kejayaan boleh dicapai sekiranya semua pihak memainkan peranan bersama dalam pendidikan awam, penguatkuasaan konsisten, pelaburan strategik dan koordinasi antara agensi terlibat. Pengurusan sisa yang lestari tidak dapat dicapai sekiranya tiada sebarang tindakan menyeluruh dan bersepadu di Malaysia.

Rujukan Boldero, J. (1995). The Prediction of household recycling of newspapers: The role of attitudes, intentions, and situational factors1. Journal of Applied Social Psychology, 25(5), 440– 462. https://doi.org/10.1111/j.1559-1816.1995.tb01598.x Kalanatarifard Amin & Su Yang Go (2012). Identification of the municipal solid waste characteristics and potential of plastic recovery at Bakri landfill, Muar, Malaysia. Journal of Sustainable Development, 5(7), 11–11. https://doi.org/10.5539/jsd.v5n7p11 Latifah Abd Manaf, Mohd Armi Abu Samah, & Nur Ilyana Mohd Zukki. (2009). Municipal solid waste management in Malaysia: Practices and challenges. Waste Management, 29(11), 2902–2906. https://doi.org/10.1016/j.wasman.2008.07.015 Memon, M. A. (2010). Integrated solid waste management based on the 3R approach. Journal of Material Cycles and Waste Management, 12(1), 30–40. https://doi.org/10.1007/s10163-009-0274-0 Mohd Armi Abu Samah & Wee Seng Teck. (2014). Municipal Solid Waste Management in Malaysia: An Insight Towards Sustainability. Proceedings of the 4th International Conference on Human Habitat & Environment 2014, 4(1), 192–206. https://doi.org/10.13140/2.1.1774.6246 Nurul Syifaa Mohd Shakil, Nur Azirah Zahida Mohamad Azhar, & Norashida Othman. (2023). Solid waste management in Malaysia: An overview. Information Management and Business Review, 15(1(I)SI), 86–93. https://doi.org/10.22610/imbr.v15i1(I)SI.3410 Rand, T., Haukohl, J., & Marxen, U. (2000). Municipal solid waste incineration: A decision maker’s guide. The World Bank. https://documents1.worldbank.org/curated/en/206371468740203078/pdf/multi- page.pdf Siti Aisyah Saat, Latifah Abdul Ghani, Roshanim Koris, Rosyidah Muhamad, Roseliza Mat Alipiah, & Nur Afifah Rahizal. (2024). Participating in solid waste management among household in Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 6(4), 9–17. https://doi.org/10.46754/umtjur.v6i4.512

Isu dalam Penggunaan Konsep Bersepadu dalam Pengurusan Sisa di…

Report