1.AYRIL ILHAN BIN MOHD AL SHAHKRI 2.PUTERA SYAMIL ZAFRAN BIN SYIRFAN INDRA MITRA SURYA 3.AHMAD WAZIF BIN ALIYAS @ ASHAARI 4.MUHAMMAD AIMAN AQIF BINMD SIDEK(01DTK26F1072) (01DTK26F1095) (01DTK26F1076) (01DTK26F1088)TUAN MARZUKI BIN SEPIAAILDEFISIT SOSIAL: Cabaran terhadap Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Malaysia

MPU21072 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TOPIK 4 DEFISIT SOSIAL Cabaran terhadap Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Malaysia NAMA AHLI: 1.AYRIL ILHAN BIN MOHD AL SHAHKRI (01DTK26F1072) 2.PUTERA SYAMIL ZAFRAN BIN SYIRFAN INDRA MITRA SURYA (01DTK26F1095) 3. AHMAD WAZIF BIN ALIYAS @ ASHAARI (01DTK26F1076) 4.MUHAMMAD AIMAN AQIF BINMD SIDEK (01DTK26F1088) SEKSYEN : DTK1C NAMA PENSYARAH: TUAN MARZUKI BIN SEPIAAIL SESI: 2026/2027 MPU21072 | E-FOLIO

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Apa itu Kesepaduan Sosial? - 2.1 Dimensi kesepaduan sosial - 2.2 Langkah-langkah Mewujudkan Kesepaduan Sosial Antara ^ Kaum Di Malaysia 3.0 Apa Itu Defisit Sosial? - 3.1 Bentuk-bentuk Defisit Sosial - 3.2 Faktor Berlakunya Defisit 4.0 Kesan Defisit Sosial - 4.1 Hubungan antara kaum menjadi renggang - 4.2 Konflik sosial - 4.3 Diskriminasi - 4.4 Menjejaskan Kestabilan Negara - 4.5 Menjejaskan keharmonian dalam golongan generasi muda 5.0 Bentuk-bentuk Defisit Sosial - 5.1 Memupuk sikap toleransi - 5.2 Mengadakan aktiviti bersama - 5.3 Mengunakan media sosial secara bijak - 5.4 Memperkukuhkan pendidikan perpanduan - 5.5 Mengurangkan jurang sosial - 5.6 Mengamalkan komunikasi yang baik 6.0 Faktor Berlakunya Defisit Sosial 7.0 Kesimpulan 8.0 Rujukan MPU21072 | E-FOLIO

1 01 PENGENALAN PERBEZAAN KETEGANGAN PERPECAHAN MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Perbezaan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Walaupun masyarakat mempunyai latar belakang yang berbeza, kehidupan bersama masih boleh berjalan dengan baik melalui sikap hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama.Namun begitu, dalam masyarakat yang pelbagai, terdapat beberapa perkara yang masih menjadi cabaran kepada hubungan sosial. Perkara ini boleh menyebabkan salah faham, prejudis, jurang sosial dan ketegangan antara kumpulan masyarakat. Cabaran seperti ini dikenali sebagai defisit sosial.Defisit sosial bukan bermaksud masyarakat Malaysia tidak bersatu langsung. Sebaliknya, ia merujuk kepada perkara atau jurang yang masih perlu diperbaiki supaya hubungan antara masyarakat menjadi lebih kukuh.Menurut Kementerian Perpaduan Negara, antara perkara yang dinilai sebagai defisit sosial termasuk etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik federalisme, ruang bandar-desa dan media. Oleh itu, isu defisit sosial perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat kerana kesepaduan sosial bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi turut bergantung kepada sikap setiap individu.

3 2.0 APA ITU KESEPADUAN SOSIAL?0103 masyarakat daripada kaum dan agama yang berbeza boleh bekerjasama dalam aktiviti gotong- royong, program sukarelawan, sukan dan aktiviti kemasyarakatan.Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai keadaan apabila masyarakat dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan saling menghormati walaupun mempunyai perbezaan.Kesepaduan sosial tidak bermaksud semua orang perlu mempunyai budaya, agama atau pendapat yang sama0204 masyarakat perlu belajar menerima kepelbagaian, menghormati perbezaan, bekerjasama dan menyelesaikan masalah melalui perbincangan. CONTOH Kunci Kenal pasti retakan sebelum ia menjadi konflik. MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIALOleh yang demikian, kesepaduan sosial merujuk kepada satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.

2.1 DIMENSI KESEPADUAN SOSIAL MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL 2 1 3 5 2 4 6

2.2 LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN KESPADUAN SOSIAL ANTARA KAUM DI MALAYSIA 4 MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL Menghapuskan prasangka negatif Mewujudkan suasana saling memahami Mewujudkan semangat perpaduan Mencari jalan menyelesaikan masalah yang membabitkan isu perkauman Sentiasa mencari jalan mewujudkan kehidupan sejagat yang harmoni, aman dan sejahtera. Menganjurkan program yang melibatkan semua kaum. Melibatkan badan-badan agama dan social untuk anjurkan program-program yang melibatkan semua kaum.

1 3.0 DEFISIT SOSIAL PERBEZAAN SALAH FAHAM Bukansekadar“pergaduhan”—iabolehbermula daripada jurang kecil. KETEGANGAN PERPECAHAN Defisit sosial ialah isu, jurang atau keadaan yang masih wujud dalam masyarakat dan boleh menjadi penghalang kepada kesepaduan sosial sekiranya tidak ditangani dengan baik.Mudah kata, defisit sosial ialah perkara yang masih menjadi jurang atau cabaran dalam hubungan masyarakat MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL APA MAKSUD DEFISIT SOSIAL?

NEGARA PREJUDIS DISKRIMINASI KETEGANGAN KONFLIK→ → → 3.1 BENTUK-BENTUK DEFISIT SOSIAL 5 Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Kepelbagaian ini merupakan salah satu keunikan negara kita. Namun, masalah boleh berlaku apabila wujud stereotaip, prejudis atau diskriminasi terhadap kaum tertentu. Masyarakat perlu lebih banyak berinteraksi dengan kaum lain supaya dapat mengenali budaya dan cara hidup mereka dengan lebih dekatEtnisitiAgama Agama merupakan perkara yang sensitif kerana ia berkait rapat dengan kepercayaan dan kehidupan seseorang. Malaysia mempunyai masyarakat yang menganut agama yang berbeza. Oleh itu, setiap individu perlu menghormati amalan dan kepercayaan orang lain. Komen yang menghina agama atau tindakan yang sengaja menyentuh sensitiviti agama boleh menyebabkan konflik.Bahasa Bahasa merupakan salah satu alat penting dalam komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan medium penting dalam hubungan masyarakat. Pada masa yang sama, Malaysia mempunyai pelbagai bahasa dan dialek. Perbezaan bahasa tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada hubungan masyarakat.Pendidikan Pendidikan mempunyai pengaruh besar terhadap cara seseorang berfikir dan berinteraksi. Perbezaan peluang pendidikan atau kemudahan pembelajaran boleh menyebabkan wujudnya jurang antara kumpulan masyarakat. Oleh itu, peluang mendapatkan pendidikan yang baik perlu diperluaskan.Jurang Generasi Golongan muda dan golongan yang lebih berusia mempunyai pengalaman serta cara pemikiran yang berbeza. Golongan muda biasanya lebih biasa menggunakan media sosial dan teknologi baharu. Perbezaan ini kadang-kadang menyebabkan salah faham antara generasi.Politik dan Federalisme Perbezaan pendapat politik merupakan perkara biasa dalam sesebuah negara demokrasi. Namun, masalah boleh berlaku apabila perbezaan politik menyebabkan seseorang menghina atau memusuhi kumpulan yang mempunyai pandangan berbeza. Perbezaan pendapat sepatutnya diselesaikan melalui perbincangan.

3.2 MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL 6 FAKTOR BERLAKUNYA DEFISIT SOSIAL03010204 Kurang Interaksi & KomunikasiPengasingan fizikal dan pengasingan sosial mengehadkan peluang masyarakat untuk saling mengenali. Tanpa komunikasi yang kerap, salah faham mudah berlaku Penyebaran Maklumat PalsuPenggunaan media sosial tanpa beretika sering memarakkan isu sentitif yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dengan pantas. Jurang EkonomiKetidakseimbangan pendapatan dan peluang ekonomi antara kumpulan masyarakat boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan persepsi ketidakadilan sosial. Kurang ToleransiSikap mementingkan diri dan keengganan untuk memahami serta menerima perbezaan budaya atau kepercayaan pihak lain merenggangkan lagi ikatan kemasyarakatan.

1 2 3 5 4.1 Hubungan antara kaum menjadi renggang Masyarakat mungkin mula kurang mempercayai kumpulan lain. 4.2 Konflik sosial Isu kecil boleh menjadi besar apabila masyarakat bertindak mengikut emosi. 4.3 Diskriminasi Seseorang mungkin dilayan secara tidak adil kerana kaum, agama, status sosial atau latar belakang. 4.0 KESAN DEFISIT SOSIAL MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL 7

1 2 3 5 4.4 Menjejaskan kestabilan negara Perpaduan yang lemah boleh memberi kesan kepada keamanan dan kestabilan negara. 4.5 Menjejaskan keharmonian dalam golongan generasi muda Generasi muda yang terdedah kepada kebencian dan stereotaip mungkin membawa pemikiran tersebut ke masa hadapan. MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL 7

5.1 Memupuk sikap toleransi Masyarakat perlu belajar menerima bahawa setiap orang mempunyai budaya, agama dan pandangan yang berbeza. 5.2 Mengadakan aktiviti bersama Aktiviti seperti gotong-royong, sukan, sambutan perayaan, program sukarelawan dan aktiviti komuniti boleh mengeratkan hubungan masyarakat. 5.3 Menggunakan media sosial secara bijak Sebelum berkongsi sesuatu berita, semak sumber dan kesahihannya terlebih dahulu. Think before you share. 5.4 Memperkukuhkan pendidikan perpaduan Institusi pendidikan boleh mengadakan aktiviti yang melibatkan pelajar daripada pelbagai latar belakang. 5.5 Mengurangkan jurang sosial Peluang pendidikan, pekerjaan dan kemudahan perlu diperluaskan supaya masyarakat tidak berasa terpinggir. 5.6 Mengamalkan komunikasi yang baik Masalah perlu dibincangkan dengan tenang dan bukannya diselesaikan melalui penghinaan atau pergaduhan.5.0 LANGKAH MENGATASI DEFISIT SOSIAL MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL 8

2 3 4 5· Hormati perbezaan dan jangan menghina kaum, agama atau budaya orang lain. · Bijak menggunakan media sosial dan jangan mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. · Berkawan tanpa mengira kaum dan kenali rakan daripada latar belakang berbeza. · Sertai aktiviti kemasyarakatan untuk meningkatkan interaksi antara masyarakat. · Amalkan nilai-nilai Rukun Negara dalam kehidupan seharian. 1 6.0 PERANAN GENERASI MUDA MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL 9

Pada pandangan kumpulan kami, masalah defisit sosial tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Hal ini kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang sangat pelbagai. Perbezaan tersebut akan sentiasa wujud, tetapi perkara yang penting ialah cara kita mengurus perbezaan tersebut. Pada pendapat kami, media sosial merupakan salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian khusus. Media sosial boleh menjadi alat untuk menyatukan masyarakat, tetapi pada masa yang sama ia boleh menjadi punca perpecahan jika digunakan secara tidak bertanggungjawab. Oleh itu, setiap individu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab apabila menggunakan media sosial. MPU21072 • TOPIK 4 • DEFISIT SOSIAL 10 ANALISIS KUMPULAN

KESIMPULAN Kesimpulannya, defisit sosial merupakan salah satu cabaran dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang lebih bersatu. Perbezaan kaum, agama, bahasa, ekonomi, pendidikan dan budaya bukanlah sesuatu yang perlu dihapuskan. Sebaliknya, perbezaan tersebut perlu diurus dengan sikap toleransi, hormat-menghormati dan komunikasi yang baik. Daripada kajian yang dilakukan, kumpulan kami mendapati bahawa kesepaduan sosial memerlukan usaha daripada semua pihak. Kerajaan boleh menyediakan dasar dan program perpaduan, tetapi masyarakat sendiri perlu memainkan peranan dalam kehidupan seharian. Bagi generasi muda pula, perkara paling mudah yang boleh dilakukan ialah berfikir sebelum bercakap, berfikir sebelum berkongsi sesuatu di media sosial dan menghormati orang yang berbeza daripada kita. Jika perkara kecil ini diamalkan oleh ramai orang, ia boleh memberikan kesan yang besar kepada perpaduan negara. Perbezaan bukan alasan untuk berpecah. Perbezaan ialah peluang untuk kita saling mengenali.

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Modul Digital Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Kementerian Perpaduan Negara. Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025. Kementerian Perpaduan Negara. Koleksi Soalan dan Jawapan Dewan Rakyat & Dewan Negara. Kementerian Perpaduan Negara. Panduan Defisit Sosial yang Diberikan Fokus dalam Program Perpaduan. Kementerian Perpaduan Negara. Mengukuhkan Tapak Integrasi Sosial.RUJUKAN

01DTK26F1072 AYRIL ILHAN BIN MOHD AL SHAHKRI MENCARI MAKLUMAT 01DTK26F1095 MUHAMMAD AIMAN AQIF BIN MD SIDEK EDITING 01DTK26F1076 AHMAD WAZIF BIN ALIYAS @ ASHAARI EDITING 01DTK26F1088 PUTERA SYAMIL ZAFRAN BIN SYIRFAN INDRA MITRA SURYA MENCARI MAKLUMATAGIHAN TUGASAN AHLI KUMPULAN No Matrik Name Pelajar Tugasan

Defisit Sosial: Cabaran terhadap Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat…

举报