SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID 2026 KERJA LAPANGAN GEOGRAFI NAMA MURID : MUHAMMAD AQIL YUSUFF BIN NORFAIZE KELAS : 1 IKHLAS NAMA GURU : PN. HAJAIAH BINTI MAT SHAM TAJUK : SISA DOMESTIK

ISI KANDUNGAN Jadual Kerja Penghargaan 1 Pendahuluan 2 Objektif Kajian 2 Kawasan Kajian 3 Peta Lakar Kawasan 4 Kaedah Kajian 4-5 Hasil Kajian 5-6 Langkah Pencegahan 7 Rumusan 7 Rujukan 8 Lampiran 9-13

Bil. Tarikh Aktiviti 1. 25/08/2026 Menerima tajuk tugasan geografi daripada Cikgu Hajaiah serta mendengar taklimat tentang kerja lapangan daripada Cikgu Geografi. 2. 25/08/2026 Perbincangan bersama guru tentang: 1. Kesan sisa domestik 2. Jenis sisa domestik 3. Langkah-langkah kawalan 3. 25/08/2026 - 03/09/2026 Mengumpulkan maklumat dari internet, buku teks serta temubual dengan respondan. 4. 04/09/2026 Memproses data dan maklumat. 5. 05/09/2026 Menulis laporan tentang sisa domestik. 6. 05/09/2026 Menulis laporan hasil kajian. 7. 05/09/2026 Melengkapkan maklumat dan tugasan. 8. 06/09/2026 Serahan tugasan kepada guru.

1 PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan kerja lapangan Geografi ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.Saya ingin merakamkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Nor Hajaiah binti Mat Sham, yang telah banyak meluangkan masa memberikan bimbingan, tunjuk ajar, dan teguran membina sepanjang proses penghasilan laporan ini.Seterusnya, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan moral, semangat, serta bantuan kewangan bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sentiasa sudi berkongsi maklumat dan bertukar pendapat sepanjang tugasan ini dilaksanakan.Akhir sekali, saya ingin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para penduduk di Taman Tasik Jaya 2, Seremban selaku responden dan orang sumber yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik ketika menjawab borang soal selidik serta memberikan maklumat penting berkaitan isu sisa domestik di kawasan tersebut. Segala bantuan daripada semua pihak amat saya hargai.

2 PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kerja lapangan Geografi bertemakan sisa domestik. Tajuk kajian saya ialah "Jenis, Kesan, dan Langkah Pengurusan Sisa Domestik di Taman Tasik Jaya 2, Seremban. Lokasi ini dipilih kerana ia adalah tempat tinggal saya dan ia memudahkan kerja lapangan saya dijalankan. “Menurut Kamus Dewan, sisa domestik merujuk kepada bahan-bahan buangan yang dihasilkan dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas, dan barangan terpakai. Keadaan ini membolehkan saya melihat sendiri isu sebenar yang dihadapi oleh komuniti setempat seperti masalah bau atau kelewatan kutipan sampah.Secara keseluruhannya, kajian lapangan ini dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 12 hari bermula dari Tarikh penerimaan tugas saya (25/08/2026). Penulisan laporan ini amat penting bagi memberikan kesedaran kepada diri saya sendiri dan juga masyarakat setempat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar demi kesejahteraan bersama. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian saya ialah: ❖ Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian. ❖ Menjelaskan kesan-kesan pembuangan sisa domestik secara tidak teratur di kawasan kajian. ❖ Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. ❖ Memupuk sikap bertanggungjawab dan menyayangi alam sekitar dalam kalangan penduduk setempat.

3 KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian pilihan saya untuk kerja lapangan Geografi ini ialah Taman Tasik Jaya 2. Kawasan perumahan ini terletak di daerah Seremban, dalam negeri Negeri Sembilan. Jarak kawasan kajian ini dari sekolah saya iaitu SMKA Sheikh Haji Mohd Said adalah lebih kurang 6.5 km. Taman Tasik Jaya 2 merupakan tempat tinggal saya sekeluarga. Bentuk muka bumi di Taman Tasik Jaya 2 secara umumnya terdiri daripada kawasan tanah pamah yang rata dan sedikit beralun. Ciri fizikal tanah pamah ini amat sesuai dan selamat untuk pembinaan kawasan perumahan serta jalan raya. Bagi ciri budaya pula, kawasan ini merupakan sebuah kawasan petempatan atau perumahan yang padat. Antara ciri budaya utama yang boleh dilihat di sini termasuklah rumah teres, jaringan jalan raya yang berturap, kedai runcit, serta surau dan taman permainan. Kepadatan penduduk di kawasan perumahan inilah yang menjadi punca utama berlakunya penghasilan sisa domestik pada setiap hari.

4 PETA KAWASAN KAJIAN Rajah 1: Peta Lokasi Kawasan kajian KAEDAH: Saya telah menggunakan tiga kaedah kajian yang mudah untuk mengumpul maklumat tentang sisa domestik di Taman Tasik Jaya 2: 1) Kaedah Pemerhatian: Saya telah berjalan di sekitar kawasan Taman Tasik Jaya 2 untuk melihat sendiri jenis sisa domestik yang dibuang oleh penduduk. Saya juga memerhati cara sampah sarap tersebut diuruskan di kawasan perumahan ini. 2) Kaedah Temubual: Saya telah menemubual respondan berkenaan penghasilan dan kaedah rawatan yang dilakukan

5 3) Kaedah Rujukan: Saya telah melayari internet untuk mencari maksud sisa domestik. Selain itu, saya juga merujuk buku teks Geografi Tingkatan 1 untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi menyokong laporan saya. HASIL KAJIAN 1.Jenis sisa domestik yang ditemui Berdasarkan pemerhatian saya di sekitar Taman Tasik Jaya 2, sisa domestik yang dihasilkan oleh penduduk di sini boleh dibahagikan kepada dua jenis utama: ➢ Sisa Pepejal: Contoh sisa pepejal yang kerap ditemui ialah sisa makanan (sisa dapur), botol plastik, plastik pembungkus makanan, kertas, surat khabar lama, kotak cardboard, tin aluminium, serta sisa kebun seperti rupa dan dahan pokok. ➢ Sisa Cecair: Contoh sisa cecair pula melibatkan air basuhan baju (detergen), sisa kumbahan dari tandas, serta minyak masak terpakai yang dihasilkan daripada aktiviti memasak di rumah. 2.Punca Pembuangan Sisa Domestik Hasil daripada kaedah soal selidik dan pemerhatian saya, antara punca utama berlakunya masalah sisa domestik di taman ini termasuklah: ➢ Amalan Kurang Mengasingkan Sisa: Kebanyakan isi rumah mencampurkan semua jenis sisa pepejal (seperti plastik, sisa makanan, dan sisa kebun) ke dalam satu tong sampah yang sama tanpa membuat pengasingan di punca.

6 ➢ Pertambahan Bilangan Penduduk: Taman Tasik Jaya 2 merupakan kawasan perumahan berkembar yang padat. Semakin ramai penduduk tinggal di sini, semakin tinggi jumlah sisa makanan dan barangan plastik yang dibuang setiap hari. ➢ Sikap Kurang Tanggungjawab Pengunjung Luar: Oleh kerana perumahan ini terletak berhampiran kemudahan riadah seperti Taman Awam Taman Tasik Jaya, terdapat segelintir pengunjung luar yang membuang plastik atau botol minuman merata-rata di tepi jalan atau kawasan tebing berdekatan. 3.Kesan Pembuangan Sisa Domestik Tidak Terancang Sekiranya sisa domestik ini tidak diuruskan dengan baik, ia boleh mendatangkan beberapa kesan negatif terhadap alam sekitar di Taman Tasik Jaya 2, antaranya: ➢ Pencemaran Bau: Sisa makanan yang terbiar lama di dalam tong sampah atau di tepi jalan akan mula membusuk dan mengeluarkan bau yang menjijikkan. Keadaan ini mengganggu keselesaan penduduk untuk beriadah. ➢ Longkang Tersumbat & Risiko Banjir Kilat: Botol plastik dan beg plastik yang ditiup angin atau dibuang ke dalam longkang akan menyekat aliran air. Apabila hujan lebat, longkang akan melimpah dengan cepat. ➢ Pembiakan Vektor Penyakit: Timbunan sampah yang terdedah menjadi tempat tumpuan haiwan perosak seperti tikus, lalat, dan lipas, serta air bertakung di dalam bekas plastik terpakai boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

7 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah boleh diambil oleh penduduk dan pihak berkuasa: ➢ Mengamalkan Konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle): Penduduk digalakkan untuk mengasingkan bahan kitar semula seperti kertas, plastik, dan tin. Mereka juga boleh menggunakan fasiliti drop-off kitar semula terdekat yang disediakan oleh SWM Environment. ➢ Penguatkuasaan Undang-undang: Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Seremban (MBS) atau SWCorp perlu mengenakan denda atau kompaun yang tegas kepada mana-mana individu yang melakukan pembuangan sampah secara haram. ➢ Kempen Kesedaran Alam Sekitar: Sekolah-sekolah berhampiran dan komuniti persatuan penduduk boleh menganjurkan kempen kesedaran atau aktiviti gotong-royong berkala bagi membersihkan kawasan perumahan. RUMUSAN Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah menemui dan mengetahui sisa domestik yang dapat ditemui di Kawasan taman tasik jaya 2 , 70400 Seremban, Negeri Sembilan yang dikategorikan sebagai sisa pepejal dan sisa cecair. Saya juga mengetahui kesan pembuangan yang berlaku termasuk pencemaran dan wabak penyakit. Langkah-langkah pengurusan sisa domestik secara bijak ialah amalan 3r, penguatkuasaan undang-undang dan amalan gotong-royong. Dengan itu, saya berharap kesan pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di kawan tempat tinggal saya bagi menjamin kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar.

8 RUJUKAN ➢ Buku teks geografi tingkatan 1 ➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik ➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Sisa

9 LAMPIRAN Sisa Pepejal

10

11

12 Sisa Cecair

13

14 TERIMA KASIH

Kerja Lapangan Geografi: Sisa Domestik di Taman Tasik Jaya 2

Laporkan