Tutorial 1 Dasar dan Polisi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak 1. Kenal pasti tiga dasar atau polisi yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. 1.Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308). 2.Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 3.Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. 2. Terangkan secara ringkas tujuan setiap dasar atau polisi tersebut. 1. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 1.Memastikan TASKA berdaftar dengan JKM. 2.Menjaga keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. 3.Memastikan TASKA bersih dan selesa. 2. Akta Pendidikan 1996 1.Memastikan pendidikan prasekolah berjalan dengan teratur. 2.Memastikan TADIKA berdaftar dengan KPM. 3.Menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak. 3. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 1.Memberikan panduan kepada pengasuh dan pendidik. 2.Membantu perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial dan pemikiran. 3.Memastikan kanak-kanak mendapat asuhan dan pendidikan yang berkualiti. 3. Nyatakan kepentingannya kepada kanak-kanak, pendidik dan institusi pendidikan awal kanak-kanak. A. Kanak-kanak 1.Mendapat penjagaan yang selamat. 2.Dapat belajar dan bermain dalam keadaan selesa. 3.Membantu perkembangan diri mereka. B. Pendidik 1.Menjadi panduan semasa mengajar dan menjaga kanak-kanak. 2.Membantu pendidik menjalankan tugas dengan betul. 3.Menambah pengetahuan tentang penjagaan kanak-kanak. C. Institusi pendidikan

1.Memastikan TASKA dan TADIKA mengikut peraturan. 2.Menjaga keselamatan kanak-kanak. 3.Mendapat kepercayaan daripada ibu bapa. 4. Apakah kesan yang mungkin berlaku sekiranya TASKA atau TADIKA tidak mematuhi dasar dan polisi yang telah ditetapkan? 1.Kanak-kanak mungkin mengalami kemalangan atau kecederaan. 2.Keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tidak terjamin. 3.Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang berkualiti. 4.TASKA atau TADIKA boleh dikenakan tindakan undang-undang. 5. Berikan satu contoh situasi sebenar yang menunjukkan pelaksanaan dasar atau polisi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Contoh: Pelaksanaan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. 1.Sebuah TASKA perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 2.TASKA perlu menyediakan tempat yang bersih dan selamat. 3.Mainan dan peralatan perlu sesuai serta selamat digunakan oleh kanak-kanak.