ISI KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN PEGAWAI DAERAH RINGKASAN EKSEKUTIF BAB 1: PENGENALAN 1.1 Latar Belakang 1.2 Sejarah Penubuhan 1.3 Perjawatan dan Carta Organisasi 1.4 Fungsi dan Peranan 1.5 Visi 1.6 Misi 1.7 Nilai Teras 1.8 Objektif Pelan Strategik 1.9 Pihak Berkepentingan, Rakan Strategik dan Pelanggan BAB 2: PERSEKITARAN STRATEGIK, ISU DAN CABARAN 2.1 Isu dan Cabaran Strategik 2.2 Analisis SWOT BAB 3: HALA TUJU STRATEGIK 3.1 Teras Strategik 1: Memperkukuh Tadbir Urus, Integriti dan Kecekapan Pengurusan 3.2 Teras Strategik 2: Memperkasa Modal Insan dan Keupayaan Organisasi 3.3 Teras Strategik 3: Mempertingkat Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan melalui Pendigitalan dan Inovasi 3.4 Teras Strategik 4: Memperkukuh Pentadbiran Daerah, Penyelarasan Pembangunan dan Kesejahteraan Masyarakat

ISI KANDUNGAN BAB 4: PELAN TINDAKAN STRATEGIK 4.1 Pelan Tindakan Teras Strategik 1 4.2 Pelan Tindakan Teras Strategik 2 4.3 Pelan Tindakan Teras Strategik 3 4.4 Pelan Tindakan Teras Strategik 4 4.5 Mekanisme Pelaksanaan BAB 5: PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 5.1 Mekanisme Pemantauan dan Pelaporan 5.2 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 5.3 Semakan dan Penilaian Pelan Strategik 5.4 Penambahbaikan Berterusan PENUTUP

Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya. Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya mengalu-alukan penerbitan Pelan Strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu 2026–2030 sebagai dokumen yang menetapkan hala tuju, keutamaan dan fokus strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu bagi tempoh lima tahun. Pelan Strategik ini disediakan sebagai panduan kepada seluruh warga Pejabat Daerah Kuala Penyu dalam memperkukuh keupayaan organisasi, meningkatkan keberkesanan pengurusan serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam di peringkat daerah dilaksanakan secara cekap, berintegriti, responsif dan berorientasikan rakyat. Sebagai agensi pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat daerah, Pejabat Daerah Kuala Penyu mempunyai peranan penting dalam menyelaras pelaksanaan dasar dan program kerajaan, pembangunan daerah, pengurusan hasil, pelesenan, pengurusan bencana, keselamatan, pembangunan masyarakat serta pelbagai urusan pentadbiran yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Sehubungan itu, Pelan Strategik ini memberi penekanan kepada pengukuhan tadbir urus dan integriti, pemerkasaan modal insan, peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan, pendigitalan dan inovasi serta pengukuhan penyelarasan pembangunan daerah dan kesejahteraan masyarakat. KATA ALU-ALUAN PEGAWAI DAERAH KUALA PENYU N E L S O N D O M I L O LU K P E G AWA I DA E R A H K UA L A P E N Y U

Penyediaan pelan ini turut mengambil kira perubahan persekitaran pentadbiran awam, perkembangan teknologi, keperluan meningkatkan kecekapan organisasi serta jangkaan masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan yang lebih cepat, mudah, telus dan berkualiti. Kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik ini memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh warga Pejabat Daerah Kuala Penyu serta hubungan yang kukuh dengan kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat, komuniti dan pihak berkepentingan yang lain. Saya percaya bahawa dengan kepimpinan yang berkesan, budaya kerja yang positif, integriti yang kukuh dan semangat kerja berpasukan, Pelan Strategik ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberikan manfaat nyata kepada organisasi dan masyarakat daerah Kuala Penyu. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Pelan Strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu 2026–2030. Semoga pelan ini menjadi panduan yang praktikal dan berkesan dalam memperkukuh pentadbiran daerah serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. NELSON DOMIL OLUK Pegawai Daerah Kuala Penyu P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

RINGKASAN EKSEKUTIF P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 Pelan Strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu 2026–2030 merupakan dokumen perancangan yang menetapkan hala tuju strategik organisasi bagi tempoh lima tahun dalam memperkukuh pengurusan dan pentadbiran daerah serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di peringkat daerah, Pejabat Daerah Kuala Penyu berperanan sebagai penyelaras pelaksanaan dasar kerajaan serta penghubung antara kerajaan dengan masyarakat di peringkat daerah. Skop tanggungjawab pejabat merangkumi penyelarasan pembangunan daerah, pentadbiran dan pengurusan hasil, pelesenan perniagaan, keselamatan daerah, pengurusan bencana, pembangunan masyarakat dan ekonomi, pembasmian kemiskinan, pengurusan profil kampung serta urusan protokol dan istiadat daerah. Pelan ini mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang mempengaruhi keupayaan organisasi. Antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah peningkatan tuntutan terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan, keperluan mempercepatkan pendigitalan proses kerja, pembangunan kompetensi warga kerja, pengukuhan integriti dan pematuhan, penyelarasan pembangunan daerah serta kesiapsiagaan menghadapi bencana.

RINGKASAN EKSEKUTIF

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 Setiap teras strategik diterjemahkan melalui objektif, strategi, program atau inisiatif serta petunjuk prestasi utama (KPI). Penetapan ini bertujuan memastikan perancangan strategik tidak hanya menjadi dokumen rujukan, tetapi diterjemahkan kepada tindakan yang boleh dilaksanakan, dipantau dan dinilai. Pelaksanaan Pelan Strategik akan diselaraskan oleh pihak pengurusan Pejabat Daerah Kuala Penyu dengan penglibatan semua bahagian dan unit. Pemantauan akan dilaksanakan secara berkala bagi menilai tahap pencapaian, mengenal pasti isu dan risiko serta memastikan tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan. Secara keseluruhannya, Pelan Strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu 2026–2030 mencerminkan komitmen organisasi untuk menjadi sebuah pejabat daerah yang cekap, berintegriti, responsif, profesional dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah dan keperluan masyarakat setempat RINGKASAN EKSEKUTIF

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 1.1 LATAR BELAKANG Pejabat Daerah Kuala Penyu merupakan agensi pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di peringkat daerah yang berperanan menyelaras pelaksanaan dasar, program dan inisiatif kerajaan bagi memastikan urusan pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan awam dilaksanakan secara cekap, teratur dan berintegriti. Sebagai pusat pentadbiran daerah, Pejabat Daerah Kuala Penyu mempunyai peranan dalam penyelarasan pembangunan daerah, pengurusan hasil, pelesenan, keselamatan, pengurusan bencana, pembangunan masyarakat, pembasmian kemiskinan, pengurusan kampung serta urusan protokol dan istiadat daerah. Pejabat Daerah Kuala Penyu turut menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat serta komuniti setempat. Dalam menghadapi persekitaran pentadbiran yang semakin dinamik, Pejabat Daerah perlu sentiasa memperkukuh keupayaan organisasi, meningkatkan kompetensi warga kerja, memperkemas proses kerja, memanfaatkan teknologi serta mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan. Sehubungan itu, Pelan Strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu 2026–2030 disediakan sebagai panduan utama dalam menetapkan keutamaan organisasi, menyelaras tindakan dan mengukur pencapaian sepanjang tempoh lima tahun.

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 1.2 SEJARAH PENUBUHAN Nama "Kuala Penyu" berasal daripada gabungan dua perkataan, iaitu “kuala” yang merujuk kepada muara sungai dan “penyu” yang merujuk kepada haiwan penyu. Penamaan ini dikaitkan dengan kewujudan seketul batu besar yang terletak di muara Sungai Sitompok, di mana menurut kepercayaan dan cerita masyarakat setempat menyerupai bentuk seekor penyu. Batu tersebut hanya kelihatan pada waktu air surut dan telah menjadi rujukan serta penanda lokasi bagi penduduk dan nelayan tempatan pada masa lalu. Sehubungan itu, kawasan di sekitar muara sungai tersebut dikenali sebagai Kuala Penyu dan nama ini kemudiannya digunakan secara meluas sehingga diiktiraf sebagai nama rasmi daerah. Asal usul penamaan ini mencerminkan hubungan rapat masyarakat tempatan dengan ciri geografi serta warisan budaya setempat, yang seterusnya membentuk identiti Daerah Kuala Penyu sehingga ke hari ini. 1.2.1 ASAL USUL NAMA DAERAH KUALA PENYU

P E L A N S T R AT E G I K P E JA B AT DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 1.2.2 SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH KUALA PENYU Sejarah pentadbiran Daerah Kuala Penyu bermula daripada pentadbiran Daerah Kecil Mempakul, yang dipercayai telah wujud sebelum tahun 1912 berdasarkan rekod geran tanah tertua yang dikeluarkan pada tahun tersebut. Rekod berkenaan masih disimpan di Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Kuala Penyu dan menjadi antara bukti terawal kewujudan sistem pentadbiran kerajaan di kawasan ini. Semasa pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua (1941–1945), pusat pentadbiran Daerah Kecil Mempakul beroperasi di Menumbok dan berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Beaufort. Pada ketika itu, urusan pentadbiran daerah dikendalikan oleh seorang Kerani Daerah (District Clerk), iaitu Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Kerani Aman. Bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk di Pekan Kuala Penyu, seorang lagi Kerani Daerah, Abdul Rahim atau Kerani Aim, ditempatkan di Kuala Penyu. Pada Ogos 1946, Tuan Pangiran Haji Ahmad Raffae telah dilantik sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah bagi Daerah Kecil Mempakul yang ketika itu masih berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Beaufort. Pelantikan ini menandakan pengukuhan struktur pentadbiran daerah sejajar dengan perkembangan keperluan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat setempat.

Satu detik penting dalam sejarah pentadbiran daerah berlaku pada 30 Januari 1952, apabila pusat pentadbiran Daerah Kecil Mempakul dipindahkan dari Menumbok ke Pekan Kuala Penyu berikutan penubuhan Daerah Kecil Kuala Penyu. Pentadbiran daerah ketika itu diterajui oleh seorang Timbalan Penolong Pegawai Daerah, manakala Pejabat Daerah Kuala Penyu masih berada di bawah seliaan Pejabat Daerah Beaufort yang seterusnya berada di bawah pentadbiran Pejabat Residen Keningau. Pada tahun 1958, Tuan Pangiran Haji Ahmad Raffae telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu yang pertama. Pelantikan beliau memperkukuhkan lagi struktur pentadbiran daerah serta meningkatkan keupayaan kerajaan dalam merancang pembangunan dan menyampaikan perkhidmatan awam kepada penduduk. Seiring dengan perkembangan pentadbiran dan pembangunan daerah, struktur pentadbiran daerah Kuala Penyu terus diperkasakan apabila pada tahun 1962, jawatan Ketua Pentadbiran Daerah dinaik taraf daripada Penolong Pegawai Daerah kepada Pegawai Daerah. Susulan itu, YBhg. Datuk Haji A.M. Taufeck telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Penyu yang pertama. Penaiktarafan ini mencerminkan peningkatan fungsi dan tanggungjawab Pejabat Daerah Kuala Penyu sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di daerah ini. Sejak penubuhannya, Pejabat Daerah Kuala Penyu memainkan peranan penting sebagai agensi penyelaras utama pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat daerah. Antara fungsi utamanya ialah menyelaras pelaksanaan dasar dan program kerajaan, merancang dan memantau pembangunan daerah, mentadbir hal ehwal tanah, mengurus bencana, menyelaras penyampaian perkhidmatan awam serta memperkukuh kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan demi kesejahteraan rakyat. P E L A N S T R AT E G I K P E JA B AT DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 1.2.2 SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH KUALA PENYU

1.2.2 SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH KUALA PENYU P E L A N S T R AT E G I K P E JA B AT DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 Pada masa ini, Pejabat Daerah Kecil Menumbok berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Penyu. Selain mentadbir Daerah Kuala Penyu, Pegawai Daerah turut bertanggungjawab menyelia pentadbiran Daerah Kecil Menumbok, sekali gus memperluaskan skop penyelarasan, tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai Ketua Pentadbiran Daerah. Sehingga hari ini, Pejabat Daerah Kuala Penyu terus komited dalam melaksanakan amanah Kerajaan Negeri dengan mengutamakan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti. Berlandaskan sejarah yang panjang serta pengalaman pentadbiran yang berterusan, Pejabat Daerah Kuala Penyu kekal memainkan peranan penting sebagai peneraju pembangunan daerah dan pemudah cara penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 Sejarah penyandang jawatan Pegawai Daerah Kuala Penyu bermula pada tahun 1962 dengan pelantikan YBhg. Datuk Haji A.M. Taufeck sebagai Pegawai Daerah Kuala Penyu yang pertama. Sejak itu, kepimpinan Pejabat Daerah Kuala Penyu telah diteruskan oleh beberapa orang Pegawai Daerah yang telah menerajui pentadbiran daerah dalam pelaksanaan tanggungjawab dan pembangunan daerah. 1.3 SEJARAH PENYANDANG JAWATAN PEGAWAI DAERAH

1.3 SEJARAH PENYANDANG JAWATAN PEGAWAI DAERAH P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

1.3 SEJARAH PENYANDANG JAWATAN PEGAWAI DAERAH P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

KELUASAN DAERAH SDaerah Kuala Penyu terletak dalam bahagian Pedalaman Bawah Sabah. Daerah ini terletak di kedudukan N 05°37’30.2” E 115°35’48.52” di sebelah Utara dan N 05°18’06.96” E 115°20’16.66” di sebelah Selatan. Jarak dari Kota Kinabalu ke Kuala penyu ialah 120 km atau sekitar 2.5–3 jam perjalanan darat. Daerah Kuala Penyu mempunyai kawasan seluas 453 km persegi. Keluasan daerah ini adalah 45,326 hektar yang mana bentuk muka buminya adalah rata, tanah paya dan berbukit-bukau dengan ketinggian di antara 100 – 500 kaki. Hampir 80% daripada kawasan datarannya di kelilingi oleh laut. P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 STATISTIK PENDUDUK Dari tahun 2020 hingga 2025, penduduk Kuala Penyu meningkat daripada 23.7 ribu kepada 24.9 ribu – (Sumber: Department of Statistics Malaysia (DOSM)) Majoriti penduduk adalah warganegara, iaitu melebihi 95%, manakala etnik Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dengan statistik 98%. Struktur umur juga menunjukkan semakin ramai penduduk berada dalam golongan produktif iaitu umur 15–64 tahun di mana berlaku peningkatan daripada 60.3% kepada 69.4%. Pada masa yang sama, nisbah tanggungan menurun daripada 66.0% kepada 44.2%, dan kepadatan penduduk turut meningkat daripada 52 kepada 55 orang bagi setiap kilometer persegi. JUMLAH KAMPUNG Daerah Kuala Penyu terdiri daripada tujuh (7) mukim dan 55 buah kampung, dengan empat (4) mukim di bawah pentadbiran langsung Pejabat Daerah Kuala Penyu, manakala tiga (3) mukim berada di bawah pentadbiran Daerah Kecil Menumbok.

JUMLAH KAMPUNG P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 Berdasarkan Waran Perjawatan Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2026, Pejabat Daerah Kuala Penyu mempunyai 47 jawatan, dengan 32 jawatan telah diisi. Selain itu, PDKP turut disokong oleh 3 orang pegawai lantikan Kerajaan Persekutuan dan 2 orang profiler Sabah Maju Jaya (SMJ), menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan seramai 37 orang. Komposisi perkhidmatan PDKP terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan bagi menyokong pelaksanaan fungsi pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan pejabat. 1.3 PERJAWATAN DAN CARTA ORGANISASI

1.4 FUNGSI DAN PERANAN P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 Pejabat Daerah Kuala Penyu berperanan sebagai agensi penyelaras pentadbiran Kerajaan di peringkat daerah yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut: (a) Menyelaras pembangunan daerah (b) Mentadbir keselamatan daerah (c) Pembasmian kemiskinan (d) Pembangunan masyarakat dan ekonomi (e) Pengurusan bencana alam (f) Pentadbiran undang-undang dan adat istiadat (g) Keharmonian dan perpaduan masyarakat (h) Mengurus profil kampung (i) Protokol dan istiadat daerah dan daerah kecil (j) Pelesenan perniagaan (k) Memungut hasil

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

2.2 ANALISIS SWOT P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

Objektif Strategi Program/Inisiatif KPI Sasaran Peneraju Memperkukuh tadbir urus Memantapkan proses kerja Semakan SOP Peratus SOP berkaitan disemak 100% mengikut keperluan Pengurusan/ Unit berkaitan Memperkukuh integriti Membudayakan integriti Program integriti dan antirasuah Bilangan program Sekurang- kurangnya 1 setahun Pegawai/ Unit berkaitan Meningkatkan kualiti perkhidmatan Memperkukuh pemantauan Piagam Pelanggan Pemantauan pencapaian Piagam Pelanggan Tahap pematuhan ≥95% Semua bahagian/ unit Memperkukuh pengurusan Meningkatkan pematuhan Tindakan susulan audit Peratus tindakan diselesaikan Mengikut tempoh ditetapkan Bahagian/ unit berkaitan Memperkukuh pengurusan aset Meningkatkan kawalan aset Pemeriksaan dan pengemaskinian rekod aset Tahap pematuhan 100% Pegawai/ unit aset 4.1 PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 1

Objektif Strategi Program/Inisiatif KPI Sasaran Peneraju Meningkatkan kompetensi Memperkasa latihan Pelan Latihan Tahunan Peratus warga kerja mengikuti latihan ≥90% Unit Pentadbiran Memperkukuh prestasi Membudayakan prestasi tinggi Program pembangunan pasukan Bilangan program 1–2 setahun Unit Pentadbiran Memperkasa kepimpinan Pembangunan bakat Coaching dan mentoring Pelaksanaan program Mengikut keperluan Pengurusan Meningkatkan perkongsian ilmu Pengurusan pengetahuan Sesi perkongsian ilmu Bilangan sesi Sekurang- kurangnya 2 setahun Semua bahagian/unit 4.2 PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 2

Objektif Strategi Program/Inisiatif KPI Sasaran Peneraju Memperluas pendigitalan Mendigitalkan proses kerja Pendigitalan rekod/dokumen Bilangan proses didigitalkan Meningkat setiap tahun Bahagian/ unit berkaitan Meningkatkan kemahiran digital Latihan ICT Latihan dan bimbingan ICT Peratus penyertaan ≥90% Unit ICT/pegawai berkaitan Menggalakkan inovasi Membudayakan inovasi Projek/pertanding an inovasi Bilangan projek Sekurang- kurangnya 2 setahun Jawatankuasa berkaitan Meningkatkan keselamatan maklumat Memperkukuh kesedaran keselamatan ICT Program kesedaran keselamatan maklumat Bilangan program Sekurang- kurangnya 1 setahun Unit ICT 4.3 PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 3

Objektif Strategi Program/Inisiatif KPI Sasaran Peneraju Memperkukuh penyelarasan pembangunan Memantapkan mekanisme penyelarasan Mesyuarat penyelarasan daerah Bilangan mesyuarat Mengikut jadual Pengurusan Memantau pembangunan daerah Memperkukuh pemantauan Pemantauan projek/program Peratus tindakan/projek dipantau Mengikut jadual Bahagian/unit berkaitan Memperkasa komuniti Meningkatkan libat urus Program turun padang Bilangan program Sekurang- kurangnya 2 setahun Semua bahagian/unit Memperkukuh kesiapsiagaan Meningkatkan keupayaan pengurusan bencana Latihan/simulasi bencana Bilangan latihan Sekurang- kurangnya 1 setahun Jawatankuasa Bencana Daerah Memperkukuh pengurusan kampung Mengemas kini maklumat Pengemaskinian profil kampung Peratus profil dikemas kini Mengikut keperluan Unit/bahagian berkaitan 4.4 PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 4

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

5.1 MEKANISME PEMANTAUAN DAN PELAPORAN P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

Bil. Bidang KPI Sasaran 1 Penyampaian Perkhidmatan Peratus urusan diselesaikan mengikut tempoh ditetapkan ≥90% / mengikut Piagam Pelanggan 2 Pengurusan Aduan Peratus aduan diselesaikan dalam tempoh ditetapkan ≥90% 3 Pengurusan Aset Tahap pematuhan pengurusan aset 100% 4 Pengurusan Kewangan Tahap pematuhan pengurusan kewangan Mengikut peraturan 5 Integriti Pelaksanaan program pemantapan integriti ≥1 setahun 6 Modal Insan Peratus warga kerja mengikuti latihan ≥90% 7 Pendigitalan dan Inovasi Bilangan proses kerja dan inovasi ≥1 setahun 5.2 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) KPI digunakan untuk mengukur pencapaian objektif dan keberkesanan pelaksanaan Pelan Strategik. Antara bidang KPI utama ialah: P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

5.3 SEMAKAN DAN PENILAIAN PELAN STRATEGIK P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

5.4 PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN Pelaksanaan Pelan Strategik hendaklah mengamalkan pendekatan Plan–Do–Check–Act (PDCA): P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

5.4 PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0

P E L A N S T R A T E G I K P E JA B A T DA E R A H K UA L A P E N Y U 2 0 2 5 - 2 0 3 0 Pelan Strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu 2026–2030 merupakan komitmen organisasi dalam memperkukuh keupayaan pentadbiran daerah serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Empat teras strategik yang ditetapkan memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus dan integriti, modal insan, pendigitalan dan inovasi serta pentadbiran dan pembangunan daerah. Kejayaan pelaksanaan pelan ini bergantung kepada komitmen seluruh warga Pejabat Daerah Kuala Penyu dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing secara profesional, berintegriti serta berteraskan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran. PENUTUP Kerjasama berterusan dengan jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti juga amat penting bagi memastikan agenda pembangunan daerah dapat dilaksanakan secara terselaras. Pelan ini hendaklah dilihat bukan sekadar sebagai dokumen perancangan, tetapi sebagai panduan tindakan bersama dalam memperkukuh pentadbiran, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan menyokong pembangunan Daerah Kuala Penyu. Dengan komitmen, kepimpinan dan kerjasama semua pihak, Pejabat Daerah Kuala Penyu diyakini dapat terus memperkukuh peranannya sebagai sebuah organisasi pentadbiran daerah yang cekap, berintegriti, responsif, profesional dan berorientasikan rakyat.

Pelan Strategik Pejabat Daerah Kuala Penyu 2026-2030

Nur farizah
إبلاغ