Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Takaful Motor Q2Kunjungan Hormat Koperasi Orang Kota Bharu Berhad26 OGOS 202622 OGOS 2026SOROTON AKTIVITI OGOS SOROTON AKTIVITI OGOS SOROTONSOROTON AKTIVITI OGOSAKTIVITI OGOSKoperasi TNB Sambut Delegasi KOSIBU12 OGOS 2026Kunjungan Hormat Delegasi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya Berhad (KPPUMB)13 OGOS 2026Kunjungan Hormat Koperasi Orang Kota Bharu Berhad18 OGOS 2026Dari Anggota Untuk AnggotaDari Anggota Untuk Anggota Edisi Ogos 2026| Isu : 02Edisi Ogos 2026| Isu : 02 BULETIN KOPTNBBULETIN KOPTNBBULETIN KOPTNBBULETIN KOPTNB Disediakan oleh: Unit Pemasaran & Komunikasi KopTNB Disediakan oleh: Unit Pemasaran & Komunikasi KopTNB K O PT N B T E M PAT K E - 2 A N U G E R A H K O P E R A S I T E R B A I K W I L AYA H P E R S E K UT U A N 2 0 2 6 K O PT N B T E M PAT K E - 2 A N U G E R A H K O P E R A S I T E R B A I K W I L AYA H P E R S E K UT U A N 2 0 2 6
Memperkukuh Ukhwah & Sinergi Perniagaan: Koperasi TNB Sambut Delegasi KOSIBU BERITA h a l a m a n 0 2 BULETIN OGOS 2026| ISU 01 12 Ogos 2026, Ibu Pejabat KopTNB | Koperasi TNB (KopTNB) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Koperasi Kaum Ibu Selangor & Wilayah Persekutuan Berhad (KOSIBU) pada 12 Ogos 2026 bertempat di Ibu Pejabat KopTNB. Delegasi KOSIBU yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Safiah binti Abdul Rahmah, telah disambut mesra oleh Encik Norazli bin Abu Bakar, Exco merangkap Anggota Lembaga Koperasi TNB, bersama barisan Pengurusan Tertinggi Koperasi TNB. Sesi kunjungan yang penuh ukhwah ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturrahim serta meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak. Dalam sesi berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi TNB, Encik Zulkefle bin Ab Rahim, telah menyampaikan latar belakang serta pencapaian organisasi. Seterusnya, taklimat terperinci mengenai penawaran produk, perkhidmatan, serta peluang kolaborasi perniagaan yang boleh dilaksanakan bersama telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Azwan Amin bin Wan Fakhruddin, Ketua Pegawai Operasi Koperasi TNB. Pertemuan ini menjadi titik permulaan yang positif dalam membina jaringan kerjasama antara Koperasi TNB dan KOSIBU. Diharapkan perbincangan ini dapat membuahkan hasil serta memberi manfaat bersama demi memajukan sektor ekonomi gerakan koperasi di Malaysia.
KopTNB Terima Kunjungan Hormat Delegasi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya Berhad (KPPUMB) BERITA h a l a m a n 0 3 BULETIN OGOS 2026| ISU 01 13 Ogos 2026, Ibu Pejabat KopTNB | Koperasi TNB (KopTNB) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya Berhad (KPPUMB). Sesi kunjungan ini diadakan sebagai platform suai kenal serta usaha bagi memperkukuh tali silaturrahim dan ukhwah antara kedua-dua organisasi gerakan koperasi. Delegasi KPPUMB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Ahmad Shahir Noh, bersama barisan pengurusan KPPUMB telah disambut mesra oleh Encik Zulkefle bin Ab Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif KopTNB, serta Pengurusan Tertinggi Koperasi (PTK) KopTNB Dalam pertemuan berharga ini, pihak KopTNB telah memberikan pembentangan menyeluruh berkaitan tadbir urus organisasi, di samping memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kedua-dua pihak turut memanfaatkan ruang ini untuk berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan koperasi. Antara potensi kerjasama strategik yang dikenal pasti termasuklah program Affiliates menerusi platform mySenang.my serta penglibatan dalam marketplace Bazaria. Bagi memperincikan dan merealisasikan potensi program kerjasama yang dibincangkan, satu lawatan balas ke pejabat KPPUMB sedang dirancang dalam masa terdekat. Pihak KopTNB berharap agar jaringan silaturrahim dan hubungan kerjasama ini dapat berkekalan, sekali gus memberi impak positif kepada perkembangan dan kemajuan gerakan koperasi di Malaysia.
18 Ogos 2026, Ibu Pejabat KopTNB | Koperasi TNB (KopTNB) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Koperasi Orang Kota Bharu Berhad pada 18 Ogos 2026. Kunjungan yang bertujuan memperkukuh ukhwah dan jaringan kerjasama antara koperasi ini telah disambut mesra oleh Pengerusi KopTNB, Tuan Ir. Ts. Nik Hishamuddin bin Mohamed, bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkefle bin Ab Rahim, serta Pengurusan Tertinggi Koperasi (PTK) KopTNB. KopTNB Terima Kunjungan Hormat Koperasi Orang Kota Bharu Berhad BERITA h a l a m a n 0 4 BULETIN OGOS 2026| ISU 01 Delegasi pelawat diketuai oleh Pengerusi Koperasi Orang Kota Bharu Berhad, Dato' Nik Izani Nik Ibrahim, bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ahmed Tarmize Mohd Yusoff, serta barisan pengurusan. Dalam pertemuan tersebut, KopTNB telah menyampaikan pembentangan mengenai urus tadbir organisasi serta penawaran produk dan perkhidmatannya. KopTNB berharap jalinan silaturrahim ini dapat membuka ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa hadapan.
22 Ogos 2026, Masjid Al Hamdi, Kota Bharu, Kelantan Koperasi TNB (KopTNB) terus melestarikan tanggungjawab sosialnya dengan menyantuni golongan asnaf menerusi Majlis Penyerahan Zakat Koperasi "Kasih Rezeki KopTNB" pada 22 Ogos 2026. Program pengagihan zakat wakalah ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Masjid Al Hamdi, Mukim Sering, Kota Bharu, Kelantan. Kasih Rezeki KopTNB Santuni 120 Asnaf di Kota Bharu, Kelantan BERITA h a l a m a n 0 5 BULETIN OGOS 2026| ISU 01 Majlis ini dihadiri oleh barisan kepimpinan Koperasi TNB, terdiri daripada Naib Pengerusi, Encik Azizan bin Hussin; Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Al Fadhil Ustaz Mohamad Azahari bin Ahmad al-Hafiz, Anggota Lembaga Koperasi, Encik Norazli bin Abu Bakar; serta Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkefle bin Ab Rahim. Menerusi program ini, seramai 120 orang penerima dalam kalangan asnaf telah menerima sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka. Bagi memeriahkan majlis, para hadirin turut disajikan dengan ceramah khas sempena Sambutan Maulidur Rasul bertajuk "Menyemai Rindu, Menghidup Sunnah" yang disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Haji Hamdan bin Awang Ngah. Program yang penuh keberkatan ini berakhir sekitar jam 5.00 petang, sekali gus membuktikan komitmen berterusan KopTNB dalam berkongsi rezeki dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.
Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KopTNB) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Takaful Motor bagi Suku Kedua (Q2) pada 26 Ogos 2026 bertempat di BGT Motorsport, Bangsar. Program yang berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang ini diadakan bagi meraikan serta memberikan penghargaan kepada para pemenang yang telah menyertai kempen berkenaan. KopTNB Anjur Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Takaful Motor Q2 BERITA h a l a m a n 0 6 BULETIN OGOS 2026| ISU 01 Dalam majlis tersebut, pelbagai hadiah menarik telah disampaikan kepada para pemenang bertuah, antaranya empat keping Gold Bar 1 gram, tujuh buah televisyen pintar Samsung 43" 4K, empat buah iPad Air, serta sebuah motosikal sebagai hadiah utama. Kesemua hadiah telah disampaikan secara rasmi oleh Naib Pengerusi KopTNB, Encik Azizan bin Hussin, dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Strategi dan Komunikasi KopTNB, Encik Rino Izwan bin Mohd Eusoff. Penganjuran kempen cabutan bertuah ini merupakan salah satu inisiatif KopTNB dalam menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan berterusan para anggota terhadap perkhidmatan takaful yang ditawarkan. KopTNB berharap program seumpama ini dapat terus meningkatkan kesedaran serta penyertaan anggota dalam memanfaatkan pelbagai perkhidmatan perlindungan yang disediakan.
27 Ogos 2026, Royale Chulan Damansara Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KopTNB) telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat ke-2 bagi Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan. Pengiktirafan berprestij ini telah disampaikan sempena Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan 2026 (MAGK'26) yang berlangsung pada 27 Ogos 2026 bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara. KopTNB Tempat Ke-2 Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2026 BERITA h a l a m a n 0 7 BULETIN OGOS 2026| ISU 01Acara berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), serta turut dihadiri oleh Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan serta Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Bagi pihak KopTNB, anugerah ini telah diterima oleh Tn. Ir. Nik Hishamuddin bin Mohamed, Pengerusi KopTNB dan En. Zulkefle Ab Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif KopTNB Kejayaan ini menjadi pastinya sebagai satu pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen KopTNB dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kualiti perkhidmatan demi manfaat anggota.
