PERATURAN UMUM SUKAN GENCO 2026 REV 2 FINAL

Disediakan oleh: Event Management, Corporate Affairs, TNB Genco Versi 1.0 PERATURAN UMUM SUKAN GENCO

2 | P a g e ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 BUTIRAN PROGRAM 4 2 PENGANJURAN 5 3 TARIKH DAN TEMPAT ACARA SUKAN 5 4 KELAYAKAN DAN PENYERTAAN 5-6 5 PENDAFTARAN SUKAN 7 6 FORMAT PERTANDINGAN 7 7 PERATURAN PERTANDINGAN 8 8 KESIHATAN DAN KESELAMATAN 8 9 TATATERTIB DAN DISPLIN 8 10 PENYOKONG DAN ETIKA 8 11 BANTAHAN DAN RAYUAN 8 12 GARIS PANDUAN PERBELANJAAN 9

3 | P a g e SENARAI ISTILAH DAN DEFINISI Bagi tujuan Peraturan Umum Sukan Genco ini, singkatan dan istilah berikut hendaklah ditafsirkan seperti yang dinyatakan: Istilah Definisi Jawatankuasa Induk Sukan Genco Jawatankuasa Induk Sukan Genco yang terdiri daripada Sukan Genco Advisor, Sukan Genco Director dan Main Secretariat yang bertanggungjawab menetapkan hala tuju, membuat keputusan strategik serta menyelia keseluruhan penganjuran Sukan Genco. Sukan Genco Advisor Pegawai yang dilantik untuk memberikan panduan dan nasihat strategik berkaitan penganjuran Sukan Genco. Sukan Genco Director Pegawai yang bertanggungjawab mengetuai pelaksanaan keseluruhan Sukan Genco. Main Secretariat Sekretariat utama yang bertanggungjawab menyelaras perancangan, pelaksanaan dan pemantauan keseluruhan Sukan Genco. Champion Jabatan atau Bahagian yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Sukan Genco bagi merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan acara sukan yang dipertanggungjawabkan termasuk aspek teknikal pertandingan, peraturan khusus, jadual perlawanan, pengurusan peserta dan pelaporan program. Urusetia Sukan Pasukan yang dilantik oleh Champion bagi menguruskan pelaksanaan sesuatu acara sukan. Ketua Kontinjen Pegawai yang dilantik oleh Jabatan, Stesen atau Anak Syarikat bagi mengetuai, menyelaras dan mengurus penyertaan sesebuah Kontinjen. Pengurus Pasukan Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pasukan sepanjang tempoh pertandingan. Kontinjen Kumpulan peserta yang mewakili Jabatan, Stesen, Anak Syarikat atau gabungan yang ditetapkan oleh Sekretariat Sukan Genco. GLG Genco Leadership Group. HIRARC Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control. MSNT Majlis Sukan Negeri Terengganu. Protege Peserta Program Protege yang sedang menjalani program pembangunan kerjaya di TNB Genco atau anak syarikat yang layak menyertai Sukan Genco tertakluk kepada kelulusan Ketua Kontinjen.

4 | P a g e Istilah Definisi Internship Pelajar latihan industri yang sedang menjalani latihan praktikal di TNB Genco atau anak syarikat dan layak menyertai Sukan Genco tertakluk kepada kelulusan Ketua Kontinjen. Staf Kontrak Individu yang diambil bekerja secara kontrak oleh TNB Genco atau anak syarikat dan layak menyertai Sukan Genco tertakluk kepada kelulusan Ketua Kontinjen. Ahli Pelitawanis Individu yang berdaftar sebagai Ahli Pelitawanis di cawangan yang meliputi kawasan Stesen, Jabatan atau Anak Syarikat TNB Genco bagi kontinjen masing-masing. Ahli Pelitawanis hanya layak mewakili kontinjen tersebut dan tidak dibenarkan mewakili kontinjen lain atau menggunakan (mengimport) ahli Pelitawanis daripada cawangan lain. Walau bagaimanapun, sekiranya Ahli Pelitawanis tersebut merupakan warga kerja TNB Genco atau anak syarikat, beliau hendaklah mewakili kontinjen Stesen, Jabatan atau Anak Syarikat tempat beliau bertugas, tanpa mengira cawangan Pelitawanis yang dianggotai. Isteri Warga Kerja TNB Genco atau Anak Syarikat Isteri kepada warga kerja TNB Genco atau Anak Syarikat yang layak menyertai acara tertentu yang ditetapkan oleh penganjur dan mendapat pengesahan Ketua Kontinjen.

5 | P a g e 1. BUTIRAN PROGRAM a. Program ini dinamakan Sukan Genco b. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dikalangan warga kerja TNB Genco dan anak syarikat, sekaligus menyumbang kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi serta memberi impak secara menyeluruh kepada kos perubatan TNB Genco. c. Program ini melibatkan penyertaan Dua Belas (12) Kontinjen seperti berikut:- KONTINJEN PEMBAHAGIAN KONTINJEN KETUA KONTINJEN 1 SPG + SIPP + REMACO BASE PASIR GUDANG MD SPG 2 SJTJ + REMACO BASE PORT DICKSON PGM SJTJ 3 JEP + SJTM + INTEGRAX (OPERASI PORT) MD JEP 4 SJ KENYIR + REMACO BASE PAKA + REMACO O&M DIESEL PGM SSJ KENYIR 5 SJ CAMERON HIGHLANDS + REMACO MALIM NAWAR PGM SSJCH 6 SJSAS MANJUNG + INTEGRAX (OPERASI PORT) MD SJSAS MANJUNG 7 SJ SUNGAI PERAK + LEMAL PGM SJ SUNGAI PERAK 8 SJ PRAI + SJ GELUGOR PGM SJ PRAI 9 GENCO HQ + PROJECT HUB CTEO 10 KEV + REMACO BASE KAPAR CEO KEV 11 SJCB + REMACO REPAIR CENTRE + REMACO BASE CONNAUGHT BRIDGE + REMACO TD PGM SJCB 12 REMACO HQ + INTEGRAX HQ + SJ PUTRAJAYA MD REMACO d. Ia melibatkan penyertaan dalam Lima (5) kategori sukan iaitu:- i. E-Sport (Penyertaan secara berpasukan mengikut Kontinjen masing-masing) ii. Pickleball (Penyertaan secara berpasukan mengikut Kontinjen masing-masing) iii. Badminton (Penyertaan secara berpasukan mengikut Kontinjen masing-masing) iv. Bola Sepak (Penyertaan secara berpasukan mengikut Kontinjen masing- masing) v. Bola Jaring (Penyertaan secara berpasukan mengikut Kontinjen masing-masing

6 | P a g e 2. PENGANJURAN a. Program Sukan ini dianjurkan oleh TNB Genco b. Jawatankuasa Induk Sukan Genco yang terdiri daripada Sukan Genco Advisor, Sukan Genco Director dan Main Secretariat adalah bertanggungjawab menyelia perlaksanaan keseluruhan program. c. Setiap acara sukan akan dikendalikan oleh Champion yang telah dilantik dan dipersetujui didalam mesyuarat GLG bertarikh 19 May 2026 seperti berikut :- No Sukan Champion 1 E-Sport TED, MD Office 2 Pickleball Remaco, Integrax 3 Badminton TSS, CRM 4 Bola Sepak PeX, AOM, GLS 5 Bola Jaring BDX, Finance, GPS 3. TARIKH DAN TEMPAT ACARA SUKAN a. Tarikh dan lokasi perlaksanaan Sukan adalah berbeza berdasarkan ketetapan dan perlaknaan oleh Champion masing-masing seperti yang berikut:- Sukan Lokasi Tarikh E-Sport Secara talian 1 Julai – 5 Okt 2026 Pickleball Lembah Klang 8 - 9 Ogos 2026 Badminton Lembah Klang 8 - 9 Ogos 2026 Bola Sepak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) 3 – 4 Okt 2026 Bola Jaring Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) 3 – 4 Okt 2026 Final E-Sport Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) 3 – 4 Okt 2026 4. KELAYAKAN DAN PENYERTAAN a. Terbuka kepada semua warga kerja TNB Genco termasuk anak syarikat. Penyertaan warga kerja seperti TGBS (SSD, JFM, BSO) dan P&SC serta lain-lain yang berada di Jabatan/Stesen/Anak Syarikat adalah tertakluk di bawah kelulusan Ketua Jabatan masing- masing. b. Penyertaan terbuka kepada Protege, Internship, Staf Kontrak, ahli Pelitawanis, isteri- isteri kepada warga kerja TNB Genco yang berada di Jabatan/Stesen/Anak Syarikat tertakluk di bawah kelulusan Ketua Kontinjen masing-masing.

7 | P a g e c. Warga kerja dibenarkan bermain lebih daripada SATU (1) acara sukan dengan syarat acara yang disertai tidak dijalankan pada tarikh yang sama. d. Penyertaan adalah secara berpasukan untuk semua acara sukan mengikut Kontinjen masing-masing. e. Peserta mestilah sihat tubuh badan dan mendapat kebenaran Ketua Jabatan masing- masing. 5. PENDAFTARAN PASUKAN a. Setiap pasukan wajib mendaftar secara rasmi melalui platform yang disediakan oleh urusetia bagi setiap Sukan. b. Setiap pasukan bagi acara berpasukan perlu mendaftarkan satu (1) Pengurus pasukan dan pemain-pemain yang sah. c. Sebarang perubahan atau tambahan nama pemain perlu dimaklumkan sekurang-kurang Tujuh (7) hari sebelum acara sukan bermula. 6. FORMAT PERTANDINGAN SUKAN FORMAT PERTANDINGAN E-Sport • Acara berpasukan yang terdiri dari 12 pasukan keseluruhan • Tempat 1 – 4: Keputusan Knockout • Tempat 5 – 12: Kedudukan liga Pickleball • Acara berpasukan yang terdiri dari 12 pasukan keseluruhan • Pecahan kepada 4 Kumpulan (3 pasukan setiap kumpulan) • 5 kategori • Pusingan awal secara liga (Tempat 9 – 12) • Pusingan seterusnya secara Knockout (Tempat 1 - 8) Badminton • Acara berpasukan yang terdiri dari 12 pasukan keseluruhan • Pecahan kepada 4 Kumpulan (3 pasukan setiap kumpulan) • 5 kategori • Pusingan awal secara liga (Tempat 9 – 12) • Pusingan seterusnya secara Knockout (Tempat 1 - 8) Bola Sepak • Acara berpasukan yang terdiri dari 12 pasukan keseluruhan • Pecahan kepada 4 Kumpulan (3 pasukan setiap kumpulan) • Pusingan awal secara liga (Tempat 9 – 12) • Pusingan seterusnya secara Knockout (Tempat 1 - 8) Bola Jaring • Acara berpasukan yang terdiri dari 12 pasukan keseluruhan • Pecahan kepada 4 Kumpulan (3 pasukan setiap kumpulan) • Pusingan awal secara liga (Tempat 9 – 12) • Pusingan seterusnya secara Knockout (Tempat 1 - 8) Nota: Sila rujuk format lengkap pertandingan dengan Urusetia Sukan masing-masing

8 | P a g e 7. PERATURAN PERTANDINGAN a. Semua Kontinjen perlu merujuk peraturan khusus yang dikeluarkan oleh urusetia/Champion bagi sukan masing-masing. b. Semua keputusan pengadil adalah muktamad. c. Ketua Kontinjen/ Pengurus Pasukan bertanggungjawab memastikan kehadiran pasukan/pemain tepat pada waktunya. d. Pertukaran pemain adalah terhad bergantung kepada format pertandingan. e. Pemakaian pakaian sukan mengikut ketetapan Garis Panduan Khusus Sukan masing- masing dan garis panduan Syarikat (jika berkaitan) f. Bagi E-Sport, Badminton, Pickleball pemain perlu membawa peralatan sendiri mengikut garis panduan khusus sukan masing-masing (raket, paddle, telefon, alat kawalan permainan, headset, dsb). 8. KESIHATAN & KESELAMATAN a. Peserta bertanggungjawab memastikan mereka dalam keadaan sihat dan cergas. b. Kecederaan atau kemalangan perlu dilaporkan segera kepada urusetia dan HSE. c. Perubatan asas akan disediakan di lokasi acara fizikal oleh urusetia Sukan masing- masing. d. Penyertaan adalah atas risiko sendiri. Peserta perlu memahami dan menerima bahawa penglibatan dalam acara ini melibatkan risiko kecederaan fizikal dan masalah Kesihatan. e. Kontinjen bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala peralatan dan harta peribadi masing-masing. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecurian harta benda peribadi peserta atau kontinjen sepanjang tempoh Sukan TNB Genco 2026 berlangsung. 9. TATATERTIB DAN DISIPLIN a. Tindakan tegas akan diambil terhadap peserta atau pasukan yang mencetuskan kekecohan, keganasan atau tidak mematuhi arahan pengadil. b. Sekteriat Sukan Genco berhak menggantung penyertaan atau membatalkan kelayakan pasukan dan segala keputusan adalah muktamad. 10. PENYOKONG DAN ETIKA a. Kontinjen perlu memastikan penyokong pasukan mematuhi etika tontonan. b. Tindakan boleh diambil terhadap pasukan sekiranya penyokong menyebabkan gangguan acara.

9 | P a g e 11. BANTAHAN DAN RAYUAN a. Tertakluk kepada peraturan khusus yang dikeluarkan oleh Urusetia bagi sukan masing- masing. b. Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad. 12. GARIS PANDUAN PERBELANJAAN a. Setiap Kontinjen akan diberikan peruntukan sebanyak RM12,000.00 bagi menampung perbelanjaan berkaitan sukan. b. Semua kelayakan tuntutan adalah terhad kepada tuntutan yang telah dibenarkan sahaja. c. Hanya individu yang dilantik oleh Ketua Jabatan masing-masing sahaja dibenarkan membuat tuntutan bayaran balik bagi kos berkaitan. d. Penginapan dan pengangkutan pengurus /peserta adalah secara berkongsi dan diuruskan oleh Kontinjen masing-masing.