BUKU PERWAKILAN

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG KALI KE – 25/2026 TARIKH : 17 JULAI 2026 (JUMAAT) MASA : 2 PETANG TEMPAT : DEWAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENDANG.

KATA ALU-ALUAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi Allah swt pemilik segla kebesaran. Salam Puteri. Ini Zaman Kita. Tahun 2026 merupakan tahun yang penting buat UMNO kerana tahun ini lah kita menyambut 80 tahun pembentukan parti keramat ini. Lapan dekad perjuangan yang sarat dengan cabaran, namun terus utuh berdiri, membuktikan keteguhan semangat, kesetiaan dan iltizam yang tidak pernah luntur. Tahun 2026 ini juga memberi signifikan khusus buat organisasi Pergerakan Puteri UMNO yang akan menyambut ulang tahun penubuhan Puteri ke-25 tahun pada 3 Ogos 2026. Sesuai dengan asas penubuhannya 25 tahun yang lalu. Puteri UMNO terus menjadi wadah perjuangan politik golongan wanita muda Melayu terbesar dalam negara. Kita harus terus beraspirasi agar lebih ramai lagi pemimpin utama negara boleh lahir dari kilang puteri. Sahabat perjuangan Puteri sekalian, Sedar tak sedar sudah lebih tiga tahun Along memimpin kalian semua selaku Ketua Puteri. Tanggungjawab yang tidak mudah namun segala cabaran mampu ditempuhi dengan kekuatan sokongan tidak berbelah bagi dari setiap ahli Puteri dari peringkat cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat. Terima kasih daun keladi Along ucapkan. Maka, berbekalkan ruang persidangan yang berlangsung ini, gunakan platform ini untuk kita teus bersuara membawa isu-isu yang dekat dengan hati wanita muda diluar sana. Wanita muda ini hebat, merekalah anak, mereka jugalah ibu muda. Mereka juga pelajar, mereka juga boleh menjadi warga pendidik. Santuni mereka, dekati mereka. Biar mereka tahu bahawa Puteri UMNO sentiasa sudi menjadi suara untuk mewakili segala keluh kesah mereka. Sebab itu sewaktu Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 pada 2 Mei 2026, Along bersuara bagi pihak kelompok wanita muda bawah 40 tahun. Golongan ini bukan sekadar memikul beban kehidupan, tetapi sedang mengimbangi tanggungjawab dan harapan. Kelompok ini sering terpinggir dari perhatian kerajaan. Mungkin kerana tidak tergolong dalan golongan B40 yang layak menerima bantuan atau subsisi. Tetapi secara realitinya merekalah gologan yang paling tersempit dalam

melunaskan tanggungjawab menyara kehidupan keluarga, lebih-lebih lagi jika mereka berstatus ibu tunggal. Puteri UMNO perlu dilihat sebagai sayap politik yang dekat dengan jiwa wanita muda daripada pelbagai lapisan masyarakat, kerana kitalah sayap wanita muda terawal dan paling berpengaruh dalam parti politik negara ini. Puteri-Puteri sekalian, Gendang pilihanraya negeri dan pilihanraya umum bakal dipalu tidak lama lagi. Maka, yang kita harus utamakan adalah untuk membentuk jentera Puteri di peringkat akar umni. Puteri juga perlu sentiasa terkedepan dalam sebarang bentuk gerak kerja meraih undi anak muda kerana ini, Zaman Kita. Kita harus buktikan bahawa dengan gerak kerja yang tersusun baik, jentera Puteri yang berdaya saing dan mentality kemenangan yang tinggi, Puteri mampu menjadi jentera contoh dalam usaha menangkan parti. Akhir kata dai Along, marilah kita terus memperkukuhkan semangat kebersamaan sesama kita, menegtepikan perbezaan dan bergerak seiring selangkah sebagai satu pasukan Puteri UMNO yang utuh demi masa depan parti yang lebih gemilang. Bersatu kita pasti teguh, bercerai maka terus roboh! “…..Di sini, kita rapatkan kembali saf, menyusun semula langkah yang pernah berbeza, mengikat semula kesatuan yang pernah terlerai, dan mencari titik persetujuan di atas perkara yang sebelum

ini tidak pernah dipersetujui. Kerana akhirnya, kita bukannya membina sesuatu yang baharu, tetapi menguatkan kembali tapak asa yang pernah kita dirikan bersama. Dan dari asas inilah, akan bangkit semula kekuatan sebuah bangsa yang tidak lagu berpecah, malah berdiri sebagai satu…..” (Petian ucapan KPUM pada Sambutan Ulag Tahun UMNO ke-80, 2 Mei 2026) Perkasa Puteri, Pemangkin Perubahan! Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perjuangan.

M/S : 5 PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGAN PENDANG, TINGKAT 1, BANGUNAN UMNO, PEKAN PENDANG, 06700 PENDANG, KEDAH. H/P : 016-9449927 TARIKH : 23 JUN 2026 Kepada semua, 1. Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang. 2. Ketua, Naib dan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Cawangan. 3. Wakil Pergerakan Puteri UMNO Cawangan. 4. Wakil UMNO Bahagian. Tuan/Puan/Saudara/Saudari, JEMPUTAN KE MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG KALI KE 25/2026. Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Pergerakan puteri UMNO Bahagian Pendang akan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang kali ke-24 seperti berikut: Tarikh : 17 Julai 2026 (Jumaat) Masa : 2:00 Petang (Pendaftaran) Tempat : Dewan Maktab Rendah Sains MARA Pendang. 3. Oleh yang demikian, Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah di jemput bagi menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Kehadiran Tuan/Puan/Saudara/Saudari amatlah dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Sekian, Terima Kasih. ‘’BERSATU, BERSETIA BERKHIDMAT” Disediakan oleh: Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang

M/s: 6 ASAS DAN TUJUA N UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. 1. Mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara. 2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan. 3. Menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam, Agama Rasmi Negara serta menghormati Prinsip Kebebasab Beragama. 4. Mempertahan Kedaulatan Rakyat dan Keadilan Sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat melayu dan bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagao Bahasa Rasmi yang tunggal dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan melayu. 6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

M/S: 7 AGENDA PERSIDANGAN PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG TAHUN 2025 1. Pendaftaran Perwakilan. 2. Bacaan Doa. 3. Nyanyian Lagu ‘’Negaraku’’ , ‘’UMNO’’ dan ‘’Puteri UMNO’’. 4. Pesanan Pengerusi Tetap tentang Tatacara Persidangan. 5. Membentangkan Peringatan Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian tahun lalu. (Kertas Persidangan BIL 01/25/2026) 6. Membentangkan Penyata Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian (Kertas Persidangan BIL 02/25/2026) 7. Membentangkan Penyata Kewangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian (Kertas Persidangan BIL 03/25/2026) 8. - Pemilihan Wakil G10 - Pemilihan Wakil G2 9. Membentang dan membahaskan usul. 10. Ucapan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian pendang. 11. Tangguhan Persidangan. 12. Ucapan Penangguhan.

M/S: 8 LAGU NEGARAKU Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju, Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta, Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan. Raja Kita Selamat Bertakhta LAGU UMNO Bersatu Kita Bersatu Dengan Setia Berganding Bahu Jiwa Teguh Berpadu Kita Rumpun Melayu Bersama Kita Bersama Mendukung Hasrat Semua Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara Lambang Kita Yang Gagah Dipandang Mulia Dan Indah Bersatu, Bersetia, Berkhidmat Cogan Katanya UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia LAGU PUTERI UMNO Dengan Berkat Doa, Hasrat Ikhlas Dijiwa Kami Berusaha Dengan Setia Berikrar Berjanji Bersatu Teguh Hati Pertahan Kedaulatan Bangsa Merdeka Kamilah Puteri Pewaris Bangsa Dan Negara Rela Untuk Berkorban Harta Atau Nyawa Demi Agama Bangsa Dan Negara Puteri UMNO Terus Mara Dengan Bersemangat Tabur Bakti Dan Khidmat Untuk Rakyat Dikota Dan Didesa Hingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir Rela Berjuang Demi Maruah Bangsa Puteri UMNO Akan Tetap Setia Puteri UMNO Akan Terus Mara

M/s: 9 KERTAS PERSIDANGAN BIL 01/25/2026 PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG TAHUN 2026

M/s: 10 PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG KALI KE-24 TAHUN 2025 Tarikh : 4 JULAI 2025 Masa : 2:30 PETANG Tempat: FZ Homestay, Tobiar, Pendang. KEHADIRAN Pengerusi Tetap : 1 Setiausaha Bahagian : 1 AJK Puteri : 16 Wakil UMNO Bahagian : 3 Jumlah Perwakilan Cawangan : 23 Jumlah Keseluruhan : 44 1.0 Kata aluan daripada Pengerusi Majlis 1.1 Pengerusi Majlis memberikan kata-kata aluan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang, Setiausaha UMNO Bahagian Pendang, Wakil UMNO Bahagian Pendang, Wakil Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Barisan AhliJawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO bahagian Pendang serta Para Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan-cawangan. 1.2 Pengerusi Majlis menyerahkan tugas kepada Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang bagi meneruskan persidangan dengan melantik pengerusi tetap sementara.

M/s: 11 2.0 Perlantikan Pengerusi Tetap Sementara 2.1 Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO bahagian Pendang memaklumkan kepada sidang mesyuarat bahawa Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap tidak dapat hadir pada hari tersebut disebabkan kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan. 2.2 Penolong Setiausaha melantik Shazreena Bt Nawawi sebagai Pengerusi Tetap Sementara dan memohon sokongan daripada para persidangan dan mendapat keputusan sebulat suara bersetuju dengan lantikan yang dilakukan. 2.3 Penolong Setiausaha mengalu-alukan kepada Pengerusi Tetap Sementara untuk mengambil tempat Pengerusi Tetap dan memulakan persidangan. 3.0 Ucapan aluan Pengerusi Tetap 3.1 Pengerusi Tetap memberikan kata aluan Selamat Datang kepada para persidangan. 3.2 Pengerusi Tetap menerangkan kepada para persidangan tentang Perlembagaan UMNO dan Peraturan Persidangan. 3.3 Pengerusi Tetap memperkenalkan diri dan membaca Akuan Sumpah Pengerusi Tetap. 3.4 Pengerusi Tetap memaklumkan Jumlah Hadir Perwakilan Rasmi Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang adalah sebanyak 16 orang. Wakil UMNO Bahagian Pendang adalah sebanyak 3 orang dan jumlah perwakilan Pergerakan Puteri Cawangan adalah sebanyak 23 orang. Maka jumlah keseluruhan perwakilan termasuk seorang Pengerusi Tetap dari Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang dan Setiausaha UMNO Bahagian adalah sebanyak 44 Orang. 3.5 Pengerusi Tetap menyatakan bahawa bilangan korum mesyuarat adalah mencukupi dan mesyuarat dimulakan mengikut atur cara. 3.6 Pengerusi Tetap Mempersilakan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang untuk membentangkan Peringatan Persidangan. 4.0 Pembentangan Peringatan Persidangan 4.1 Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang membentangkan Perigatan Persidangan seperti yang tertera di dalam buku persidangan BIL 01/24/2025 di halaman 9 Hingga 16. 5.0 Pembentangan Penyata Tahunan 5.1 Pengerusi Tetap meminta Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO bahgian Pendang untuk membentangkan Penyata tahunan Persidangan. 5.2 Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang membentangkan Penyata Tahunan seperti yang tertera di dalam buku persidangan BIL 02/24/2025 di halaman 17 Hingga 27.

M/s: 12 6.0 Pembentangan Penyata Kewangan 6.1 Pengerusi Tetap meminta Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO bahgian Pendang untuk membentangkan Penyata tahunan Persidangan. 6.2 Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang membentangkan Penyata Tahunan seperti yang tertera di dalam buku persidangan BIL 02/24/2025 di halaman 28 Hingga 30. 6.3 Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang memaklumlah beberapa pembetulan kesilapan penyata kewangan yang terdapat di dalam buku perwakilan dan mendapat perhatian dan kesefahaman daripada semua perwakilan. 7.0 Pemilihan Wakil Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ke Persidangan UMNO Bahagian Pendang 2025. 7.1 Rini Bt Robi , Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang mencadangkan 10 nama Wakil Pergerakan Puteri Bahagianyang akan ke Persidangan UMNO Bahagian Pendang dan mendapat sokongan daripada Saudari Wan Marhanah Bt Wan Alang. Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang. Nama-nama tersebut adalah : 1.NURUL NORAZIKAH BT ISHAK 2.NOOR SHAHIRA BT HASSAN 3.NUR SALBIAH BT ISA 4.NUR ASIQIN BT OSMAN 5.ROQQAIQYUUM BT RIDZUAN 6.RINI BT ROBI 7.NURUL ATHIRAH BT MOHAMAD SABRI 8.NORIZZATY BT KAMARUDZAMAN 9.SYAZREENA BT NAWAWI 10.ROSE MALINJA BT ROSLEE 8.0 Pemilihan Dua Wakil G2 Ke Persidangan Agung UMNO 2025. 8.1 Pengerusi Tetap mengumumkan dua nama individu yang telah dibincang dan mendapat persetujuan AhliJawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang di dalam mesyuarat Khas dan juga mendapat sokongan daripada semua perwakilan pada hari Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri pada 4 Julai 2025 adalah : 1.SYAZREENA BT NAWAWI 2.ROQQAIQYUUM BT RIDZUAN

M/s: 13 9.0 Perbahasan Usul 9.1 Pengerusi Tetap menjemput Zulaikha Bt Kamarudin Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang untuk membasakan usul-usul dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang. 9.2 Usul yang dibawa disokong oleh semua Perwakilan yang hadir. 9.3 Usul yang dibahaskan adalah seperti berikut : MENGINSAFI bahawa kesinambungan dan kekuatan UMNO bergantung kepada keberanian parti melakukan perubahan yang rele van dan berani, termasuk mengangkat peranan wanita muda sebagai penggerak utama perjuangan politik masa depan. MENYEDARI bahawa keanggotaan dan kelangsungan organisasi Puteri UMNO perlu diperkukuh melalui strategi yang bersifat jangka masa panjang, responsif terhadap cabaran semasa dan mampu menarik penyertaan wanita muda dari pelbagai latar belakang. MENGHARAPKAN agar Puteri UMNO terus diberi ruang, kepercayaan dan sokongan untuk menjadi suara wanita muda yang dinamik, berdaya saing dan relevan dalam membina kekuatan parti dan negara. Maka Pergerakan Puteri UMNO Bahagian PENDANG yang bersidang pada hari ini, tarikh 7 JULAI 2025 mengambil ketetapan seperti berikut : MENCADANGKAN agar had umur keahlian Puteri UMNO dilanjutkan kepada 40 tahun, sejajar dengan perubahan landskap sosial dan kerjaya wanita muda masa kini, yang mana transisi kehidupan dan keterlibatan mereka dalam politik sering bermula lewat kerana tuntutan pendidikan, pekerjaan dan kekeluargaan. Cadangan ini lahir daripada kesedaran bahawa Puteri UMNO perlu diperkukuh sebagai pelapis utama masa depan parti. Mereka bukan sekadar pelengkap angka, tetapi pewaris perjuangan yang wajar dipersiapkan dengan pengalaman sebenar dalam kepimpinan dan gerak kerja akar umbi. Dalam tempoh singkat sebelum menyertai barisan utama parti, Puteri perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk terlibat secara langsung dalam tugasan strategik di peringkat cawangan dan bahagian, termasuk persiapan pilihan raya serta pengukuhan organisasi. Sudah tiba masanya peranan Puteri dilihat bukan lagi sekadar penyeri majlis, tetapi sebagai tenaga muda yang memacu visi dan masa depan parti dengan kematangan, kefahaman dan iltizam yang tinggi. Dengan langkah ini, kita bukan sahaja memperkukuh Puteri, malah memperkuatkan barisan Wanita yang bakal menerima generasi pelapis lebih bersedia, berpengalaman dan berkualiti demi kesinambungan parti yang utuh dan inklusif. MENYARANKAN agar mesyuarat rasmi Pergerakan Puteri UMNO di peringkat cawangan dipertimbangkan untuk dilaksanakan secara dalam talian (virtual), selaras dengan

M/s: 14 kemajuan teknologi komunikasi dan keperluan penyertaan yang lebih fleksibel dalam kalangan ahli iaitu wanita muda. Saranan ini dilihat dapat memudahkan pelaksanaan mesyuarat, sama ada di luar bandar mahupun di kawasan bandar, terutamanya melibatkan ahli yang mempunyai kekangan kerja, berada jauh dari cawangan atau menghadapi isu mobiliti. Pendekatan ini diyakini dapat menggalakkan lebih ramai ahli menyertai mesyuarat cawangan meskipun berhadapan dengan tuntutan kerja dan kekangan masa. Selain itu, perlaksanaan secara dalam talian turut berpotensi menjimatkan kos dan sumber tanpa menjejaskan kualiti perbincangan, seterusnya menjadikan pengurusan Pergerakan Puteri UMNO lebih efisien, fleksibel dab selari dengan budaya organisasi moden, tanpa mengabaikan prinsip tatacara mesyuarat rasmi parti. MENYERU agar kerajaan memperkukuh perlaksanaan dasar pembangunan wanita muda secara menyeluruh, dengan mengambil kira realiti hidup dan cabaran sebenar generasi hari ini, khususnya dalam aspek kesihatan mental, peningkatan kos sara hidup serta keperluan kemudahan awam yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara maju. Tindakan berfokus seperti ini diyakini mampu meningkatkan kesejahteraan hidup wanita muda, mengurangkan tekanan emosi dan menjadikan mereka penyumbang aktif kepada kemajuan negara. Keutamaan perlu diberikan kepada kesihatan mental wanita muda dengan memperluas sokongan psikososial yang mudah diakses dan tidak berbayar. Sokongan terhadap wanita muda bujang dalam fasa awal kerjaya juga wajar diperkukuh melalui latihan semula, peluang dalam sektor gig, keusahawanan mikro serta dasar kerja anjal dan cuti sokongan emosi yang inklusif. Akses kepada program kesihatan reproduktif moden tanpa stigma perlu diperluas kepada wanita muda berkahwin tanpa anak, manakala bagi ibu muda keperluan mereka harus disokong melalui pengiktirafan tadika komoniti di kawasan B40, waktu kerja yang fleksibel dan program pemulihan kerjaya agar mereka dapat kembali ke pasaran kerja dengan yakin. Sehubungan dengan itu, Puteri UMNO juga mengangkat semula gesaan yang telah dibawa pada tahun lalu agar kerajaan mengembalikan perlaksanaan program vaksinasi HPV percuma kepada wanita berumur 18 tahun ke atas yang layak, sebagai langkah penting dalam memperkukuh dasar pembangunan wanita muda secara menyeluruh. Sehingga kini, masih tiada satu program kebangsaan yang bersifat menyeluruh seperti dahulu. Walaupun beberapa inisiatif NGO dan swasta cuba mengisi jurang tersebut, capaian vaksin masih tidak adil kepada wanita dewasa berpendapatan rendah, khususnya di luar sistem pendidikan dan pekerjaan rasmi. Kos vaksin yang tinggi menjadi penghalang utama, sedangkan Malaysia telah menyatakan iltizam untuk menghapuskan kanser serviks menjelang 2030. Selari dengan sasaran WHO. Justeru, satu pelan perlaksanaan nasional vaksinasi HPV yang inklusif bagi wanita 18 tahun ke atas perlu dirangka dan dilaksana segera atas dasar keprihatinan terhadap hak kesihatan wanita muda, bukan semata-mata sentimen politik.

M/s : 15 10.0 Ucapan Penangguhan 10.1 Pengerusi Tetap menjemput Wakil daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pendang, Ketua Pergerakan Putri UMNO Bahagian Pendang dan Wakil Badan Perhubungan UMNO Bahagian Sik untuk menyampaikan ucapan: - Ucapan Wakil UMNO Bahagian Pendang (Pn Hjh Wardatul Amani Bt Abd Majid) -Memperkenalkan Wakil-wakil UMNO Bahagian Pendang yang hadir -Mengucapkan Tahniah kepada Kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang dan Pergerakan Puteri UMNO cawangan-cawangan. -Menceritakan sejarah penubuhan UMNO dan menyatakan bahawa beliau juga berasal dari kilang Puteri. -Pesanan untuk sentiasa berusaha untuk menambahkan kesetiaan terhadap parti dan terus bersama-sama ahli Pergerakan Puteri UMNO bahagian pada masa akan datang. -Menasihatkan agar Pergerakan PUteri UMNO di Pendang dapat meneruskan generasi parti keramat sehingga memperoleh kemenangan semula pada pilihan raya akan datang. - Ucapan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang (Pn.Suraya Bt Sabri) -Mengucapkan Terima Kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Pendang, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (Bahagian SIK), Mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang, Kepimpinan Pergerakan Puteeri UMNO Bahagian Pendang dan Para Persidangan Cawangan-cawangan yang hadir. -Memohon kepada semua para persidangan untuk sentiasa menyokong dan membantu Pergerakan Puteri UMNO bahagian Pendang dalam apa jua keadaan. -Meminta agar perwakilan turun memberikan sokongan dalam apa jua aktiviti-aktivi yang akan diadakan pada masa hadapan. -Memohon agar Ketua-ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan untuk terus berusaha mencari ahli-ahli tambahan dan menjaga ahli-ahli yang seia ada agar tiada timbul isu yang tidak diingini. -Menyatakan bahawa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang akan sentiasa memberi kerjasama sekiranya ada masalah yang timbul di cawangan-cawangan.

M/s : 16 Ucapan Dato” Hjh Suraya Bt Yaacob (Ketua UMNO Bahagian Pendang) - Memberikan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir. - Menekankan agar pergerakan Puteri UMNO Pendang untuk menambah ahli puteri dari setiap cawangan yang ada di Pendang. - Meminta untuk Pergerakan Puteri UMNO membuat aktiviti0aktiviti yang boleh menarik minat wanita muda di Pendang bagi menambahkan ahli dalam parti. - Mendoakan agar Pergerakan Puteri UMNO Bahgian Pendang sentiasa maju dan komited dalam tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam memartabatkan Parti UMNO. 11.0 Persidangan Ditangguhkan 11.1 Pengerusi tetap mengucapkan Terima Kasih kepada para pemberi ucapan penutupan. 11.2 Saudari Pengerusi Tetap menangguhkan Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang kali ke-24 tahun 2025 pada 4 JULAI 2025, pada pukul 3:24 PETANG.

M/s: 17 2025 – 2026 PENYATA TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG

M/s: 18 AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG 2023 - 2026 BIL JAWATAN NAMA 1. PENGERUSI TETAP SITI NORSYUHADA BT SETAPA 2. TIMBALAN PENGERUSI TETAP NOR ASHIMAH BT MOHD GHAZALI 3. KETUA SURAYA BT SABRI 4. NAIB KETUA NURUL NORAZIKAH BT ISHAK 5. PENOLONG SETIAUSAHA NOOR SHAHIRA BT HASSAN 6. BENDAHARI NUR ASIQIN BT OSMAN 7. KETUA PENERANGAN PUTERI RINI BT ROBI 8. AHLI JAWATANKUASA ROSE MALINJA BT ROSLEE 9. AHLI JAWATANKUASA ZULAIKHA BT KAMARUDIN 10. AHLI JAWATANKUASA NUR AFIEDA BT ROSLEE 11. AHLI JAWATANKUASA SITI ADIRA BT RAMLY 12. AHLI JAWATANKUASA ROQAIQYUUM BT RIDZUAN 13. AHLI JAWATANKUASA NOOR ADILAH BT MOHD GHAZALI 14. AHLI JAWATANKUASA WAN MARHANAH BT WAN ALANG 15. AHLI JAWATANKUASA NOR SHUADA BT AZHAR 16. AHLI JAWATANKUASA NUR SALBIAH BT ISA 17. AHLI JAWATANKUASA NUR SALSABILA BT ZULKIFLI 18. AHLI JAWATANKUASA NURUL ATHIRAH BT MOHAMAD SABRI 19. AHLI JAWATANKUASA SITI NOOR HIDAYAH BT MOHD NOOR 20. AHLI JAWATANKUASA NORIZZATY BT KAMARUDZAMAN 21. AHLI JAWATANKUASA FARAH ADIBAH BT AHMAD 22. AHLI JAWATANKUASA (LANTIKAN) SYAZREENA BT NAWAWI 23. AHLI JAWATANKUASA (LANTIKAN) HANI SURAYA BT PAKRONRAZI 24. AHLI JAWATANKUASA (LANTIKAN) NUR ATIKA BT MOHD GHAZALI

M/s: 19 LAPORAN AKTIVITI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG (JUN 2025 – 2026) JULAI 2025 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 1.7.2025 2 PTG Mesyuarat Khas AJK Puteri Pendang. KFC Caltex Batu Menunggul. 2. 3.7.2025 3 PTG Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pendang. FZ Homestsy, Tobiar, Pendang. 3. 4.7.2025 2 PTG Mesyuarat Pegerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang dan Majlis Perasmian Mesyuarat Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang 2025. FZ Homestsy, Tobiar, Pendang. 4. 10.7.2025 3 PTG Mesyuarat Khas AJK Puteri UMNO. Google Meet. 5. 12.7.2025 9 PG Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang 2025. Dewan Amber, Pendang Lake Resort. 6. 13.7.2025 2 PTG Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang 2025. Dewan Amber, Pendang Lake Resort. OGOS 2025 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 21.8.2025 8 PG Program generasi Pekebun Kecil Risda (GEMPAK) bersama Majlis Belia daerah Pendang. Dewan Serbaguna Kg Bukit Mak Inson.

M/s: 20 SEPTEMBER 2025 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 12.9.2025 8 PG – 5 PTG Kursus Trains Of Trainers (TOT) Khas Bersama Sahabat dan Seketeriat YPM Tahun 2025 Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur 2. 26.9.2025 2.30 PTG Taklimat AI dan CAVE Bangunan Tunku Alor Setar OKTOBER 2025 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 18.10.2025 3 PTG Program Ziarah Kasih Puteri. Ziarah Ibu Mertua Kepada Naib Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kampung Paya Mengkuang Yang Sakit Tua. Seterusnya Ziarah Kasih Ahli Puteri Cawangan Kg Paya Kerchut Yang Kemalangan Jalan Raya dan Seorang Lagi Ahli Puteri Menghidap Talesimia. Kampung Paya Mengkuang Dan Kg Paya Kerchut. NOVEMBER 2025 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 22.11.2025 2 PTG Ziarah Kasih Baby Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Pendang. Kg Paya Sulaiman. 2. 26.11.2025 – 30.11.2025 - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang Hadir Membantu Gerak Kerja PRN Sabah. Sabah. DECEMBER 2025 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 4.12.2025 3 PTG Ziarah Kasih Dan Penyerahan Kerusi Roda Kepada Ibu PSU Puteri UMNO Bahagian Pendang yang Diserang Stroke. Kg Bukit Kechik. 2. 13.12.2025 8.30 PG – 6.00 PTG Bengkel Pengucapan Awam dan Pengacara Majlis. Pejabat UMNO Bahagian Pendang.

M/s: 21 JANUARI 2026 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 1.1.2026 3 PTG Ziarah Kasih 10 rumah di Keda Hujung Keton KEDA Hujung Keton 5 PTG Ziarah Kasih Baby NKP Azikah Bt Ishak. KG Paya Sulaiman. 2. 10.1.2026 2 PTG Nostalgia Seni Tea & Batik Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Menara MPSPK Sungai Petani, Kedah. 3. 14 - 17.1.2026 - Perhimpunan Agung UMNO 2024 PWTC KL. FEBRUARI 2026 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 12.2.2026 3 PTG Ziarah kasih Ibu Kepada Penolog Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang, Noor Shahira Bt Hassan yang sakit stroke. Kg Bukit Kechik. 4 PTG Ziarah Kematian Ahli UMNO Kg Asam Jawa. MARCH 2026 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 11.3.2026 6:45 PTG Majlis Berbuka Puasa 3 Sayap, Wwanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pendang. Taman Seri Delima. 2. 16.3.2026 2 PTG Program Kemakmuran Pekebun Kecil Risda Masjid Ar Rahman Kg Paya Kerchut. APRIL 2026 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 4.4.2026 12 TGH/H Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan & Sayap- sayap Cawangan 2026. Eyka Roses Garden. 2. 11,4.2026 2 PTG Majlis Rumah Terbuka Wanita UMNO Bhg Pendang. Kg Alor Besar.

M/s: 22 MEI 2026 BIL. TARIKH MASA PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT 1. 8.5.2026 4:30 PTG Ziarah Kasih Ibu kepada Setiausaha Pergerakan puteri UMNO Cawangan Kg Kubor Panjang. Kg Kubor Panjang.

M/s: 23 PENYATA KEWANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG 2026

M/s: 24 PENYATA KEWANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG BERMULA 1 JAN 2025 HINGGA ….. 2026 BIL PENERIMAAN TARIKH JUMLAH (RM) 1. SUMBANGAN KETUA BAHAGIAN 12.4.2025 RM 10,000.00 2. SUMBANGAN MOHD SHAFFIE BIN OMAR, KETUA PEMUDA GOMBAK 4.7.2025 RM 2000.00 JUMLAH PENERIMAAN RM 12,000.00 BIL PERBELANJAAN TARIKH JUMLAH (RM) 1. BARANGAN BAYI ZIARAH KASIH 12.4.25 RM 500.00 2. PRK AYER KUNING 19–20.4.2025 RM 580.00 3. PERSIAPAN JAMUAN RAYA 27.4.2025 RM 470.00 4. PENGURUSAN - RM 1000.00 5. MAKAN MINUM - RM 650.00 6. SAGUHATI KEPADA AJK PUTERI YANG MENYELARAS MESYUARAT PUTERI CAWANGAN 27.5.2025 RM 580.00 7. MESYUARAT PERWAKILAN PEGERAKAN PUTERI UMNO 2025 4.7.2025 RM 4248.00 8. BAJU UNTUK AHLI JAWATANKUASA 25 ORANG DAN KETUA-KETUA PUTERI CAWANGAN 23 ORANG. RM38 X 39PCS = RM 1482.00 PLUSS SIZE RM42 X 5PCS = RM210.00 RM 1692.00 9. BAKI DI BANK 0 10. BAKI DI TANGAN RM 2280.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 12000.00

M/s: 25 Disediakan oleh : __________________ (NUR ASIQIN BT OSMAN) Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pendang

M/s: 26 LAPORAN PEMERIKSAAN KIRA-KIRA UMNO BAHAGIAN PENDANG Bahawa dengan ini saya MOHD ZIN BIN ISA dan ROZAIMAH BT AWANG sebagai Pemeriksa Kira-Kira UMNO Bahagian Pendang mengakui sesungguhnya kami telah memeriksa kewangan Pergerakan Puteri UMNO bahagian Pendang. Maka dengan ini kami mengakui telah melihat semua keterangan yang diberikan dan berkaitan dengan kira-kira tersebut serta mengakui semua keterangan di atas adalah benar. Sekian, Terima Kasih. Disahkan Oleh : (MENINGGAL DUNIA) --------------------------------------------- EN. MOHD ZIN BIN ISA (Pemeriksa Kira-kira)

M/s: 27 USUL PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG 2025

M/s: 28 USUL PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG 2026 Pergerakan Puteri UMNO MENYEDARI bahawa ulang tahun ke-80 UMNO tahun ini menjadi bukti bahawa parti UMNO masih utuh berdiri hingga ke hari ini, menempuh pelbagai cabaran dan liku perjuangan dengan semangat yang tidak pernah luntur demi agama, bangsa dan tanag air. MENGINSAFI bahawa ulang tahun parti keramat yang ke-80 ini bukan hanya untuk meraikan sejarah semata-mata, tetapi mengekalkan tradisi parti dalam membawa suara rakyat sehingga ke hari ini. MENGAKUI bhawa cabaran UMNO hari ini bukan untuk berpihak kepada yang lama mahupun yang muda, tetapi untuk merapatkan jurang antara keduanya, kerana disitulah letaknya reality sebenar kehidupan dan keperluan rakyat. MENGHAYATI 25 Tahu penubuhan Puteri UMNO bagi memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita muda untuk terlibat secara aktif dalam politik, kepimpinan dan perjuangan parti. Puteri UMNO turut menjadi simbol bahawa wanita muda mempunyai peranan penting dalam menentukan hala tuju perjuangan parti serta masa depan negara. Wanita muda harus dilibat dan diperkasakan dalam proses membuat keputusan dan pembagunan negara. MAKA, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengetengahkan usul-usul berikut dalam persidangan Puteri UMNO Bahagian PENDANG tahun ini. USUL 1 : USUL UNTUK MEWUJUDKAN DASAR NEGARA KHUSUS UNTUK WANITA MUDA. Puteri UMNO menyedari bahawa jumlah pengundi wanita muda bawah 40 tahun di Malaysia kini dianggarkan sekitar 6.5 juta orang. Dalam peratusan tersebut, 32.7% (berjumlah 1.04juta isi rumah) merupakan jumlah peratusan keseluruhan isi rumah M40 yang diketuai oleh individu 40 tahun ke bawah. Golongan wanita muda M40 kini dianggap antara kumpulan paling penting dalam landskap politik Malaysia kerana mereka menjadi majority pengundi, aktif di media sosial, lebih sensitive terhadap isu kos sara hidup, pekerjaan, keselamatan ekonomi dan masa depan keluarga serta berupaya menentukan keputusan pilihanraya di banyak kawasan bandar dan separa bandar. Mereka bukan golongan termiskin yang menerima banyak bantuar bersasar, tetapi dalam masa sama turut terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, harga rumah, pendidikan anak dan kimitmen bulanan yang tinggi.

M/s: 29 Wanita M40 ialah kumpulan yang membuat keputusan berdasarkan isu semasa, bukan semata-mata sentiment politik tradisional. Mereka lebih menilai kestabilan ekonomi, peluang pekerjaan, kesihatan mental serta dasar mesra wanita dan keluarga muda. MAKA, Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan agar : 1. DIPERKENALKAN satu dasar khusus yang lebih kompresensif, menyeluruh dan berpandangan jauh bagi memberi focus kepada pembagunan wanita muda negra, merangkumi aspek ekonomi pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawanan, kesejahteraan mental, perlindungan sosial, kepimpinan serta keseimbangan kehidupan berkeluarga agar golongan wanita muda terus diperkasa sebagai asset penting dalam pembangunan masa depan negara. 2. DINAIKKAN kadar pelepasan cukai bagi setiapa anak dari RM2,000.00 ke RM3,000.00 untuk setiap anak khusus kepada wanita muda yang menjadi penjana utama pendapatan isi rumah. 3. DIWUJUDKAN polisi kerja fleksibel nasional dalam sector kerajaan mahupun swasta, khusus untuk wanita muda dan ibu tunggal tanpa sebarang bentuk diskriminasi dalam aspek peluang kerjaya, kenaikan pangkat mahupun kadar pendapatan. 4. DIPERUNTUKKAN bantuan khas taska dan pusat penjagaan kanak-kanak kerana kos penjagaan kini menjadi antara beban terbesar yang ditanggung oleh wanita bekerja khususnya golongan ibu muda dan ibu tunggal. 5. DISALURKAN dana sokongan atau bantuan bersasar kepada ibu tunggal M40 tidak layak menerima bantuan B40 tetapi masih berdepan tekanan kos sara hidup tinggi. USUL 2 : PEMERKASAAN WANITA MUDA DALAM BIDANG TVET Puteri UMNO menyedari bahawa masih ramai wanita muda yang skeptikal terhadap bidang TVET kerana mereka lebih terbiasa dengan aliran pendidikan konvensional yang sering dianggap sebagai laluan utama untuk membina kerjaya dan masa depan. Lambakan graduan hari ini khususnya dalam kalangan wanita muda menyebabkan ramai bgraduan sukar memperoleh pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi, sedangkan TVET dilihat mempunyai peluang pekerjaan yang lebih terjamin kerana bidang ini bergerak selari dengan keperluan kursus-kursus TVET untuk menjamin peluang pekerjaan mengikut keperluan dan permintaan pasaran semasa. Sekian, Terima Kasih.

M/s: 30 PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGAN PENDANG, TINGKAT 1, BANGUNAN UMNO, PEKAN PENDANG, 06700 PENDANG, KEDAH. H/P : 016-9449927 PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 1. Ibu Pejabat UMNO Malaysia 2. Ibu Pejabat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 3. Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah 4. Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah 5. Dato’ Hajjah Suraya Bt Yaacob, Ketua UMNO Bahagian Pendang 6. Ketua-ketua Sayap UMNO serta kepimpinan Ahli Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan puteri UMNO Bahagian. 7. Ketua-ketua dan Shli Jawatankuasa $ Sayap UMNO Cawangan-cawangan 8. Semua pihak yag telah memberi kerjasama dan sumbangan sama ada secara langsung atau tidsak langsung terhadap perjuangan pergerakan puteri UMNO Bahagian Pendang. MAKLUMAT PENTADBIRAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PENDANG Pejabat UMNO Bahagian Pendang, Tingkat 1, Bangunan UMNO, Pekan Pendang, Pendang Kedah Darul Aman. No telefon : 016-9449927 Email : puteri4pendang@gmail.com Facebook : Puteri4Pendang Instagram : puteriumnopendang Tiktok : puteri4pendang