PP v LKL CaseAnalysis | [2018] MLJU 2140 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 Malayan Law Journal Unreported MAHKAMAH MAJISTRET (KLUANG) ARUN A/L NOVAL DASS, M KES JENAYAH NO: JG-84-27-10/2018 19 December 2018 Azfahanim Binti Rajaluddin (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak plaintif. Arun a/l Noval Dass M: ALASAN PENGHAKIMAN [1] Pada tarikh sebutan pada 31.10.18, Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan pertuduhan berikut terhadap Pesalah Kanak-kanak:- PERTUDUHAN:- “Bahawa kamu pada 08.02.2018 jam lebih kurang 1630hrs, bertempat di alamat [dirahsiakan], dalam Daerah Kluang, Dalam Negeri Johor telah merogol XXXXXXX [dirahsiakan] No Kad Pengenalan XXXXXXX [dirahsiakan] yang berumur 15 tahun, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.” [2] Pada tarikh tersebut, pertuduhan telah dibacakan dan isi kesalahan telah diterangkan kepada Pesalah Kanak- kanak dalam bahasa mandarin, dalam bahasa yang mudah difahami. Pesalah kanak-kanak faham pertuduhan dihadapinya, tidak mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan. Mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam pada 21.11.18, iaitu tarikh Mahkamah Kanak-kanak bersidang. [3] Pada 21.11.18, Pesalah Kanak-kanak telah memohon kepada Mahkamah supaya menukar pengakuannya. Mahkamah telah membacakan semula pertuduhan dan isi kesalahan telah diterangkan kepada Pesalah Kanak- kanak dalam bahasa mandarin, dalam bahasa yang mudah difahami. Pesalah Kanak-kanak telah mengaku salah terhadap Pertuduhan tersebut. Mahkamah telah berpuas hati bahawa Pesalah Kanak-kanak memahami sifat dan akibat pengakuan salah, terutamanya mengenai perintah yang bakal dikenakan sebagaimana dinyatakan di bawah undang-undang. [4] Seterusnya, fakta kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan ditandakan sebagai eksibit P1. Setelah dibacakan dan diterangkan kepada Pesalah Kanak-kanak dalam Bahasa Cina (Mandarin), beliau mengakui benar fakta kes tersebut. Fakta kes sebagaimana yang dikemukakan dan diakui benar oleh Pesalah Kanak-kanak adalah seperti berikut: - “Pada 8.2.18 jam lebih kurang 1630 hrs, semasa di alamat XXXX [dirahsiakan], kamu telah merogol mangsa yang merupakan teman wanita kamu yang bernama XXXX [dirahsiakan] No Kad Pengenalan XXXX [dirahsiakan] yang pada masa tersebut berumur 15 tahun. Kamu telah pergi ke rumah mangsa dan telah bertindak melakukan hubungan seks dengan mangsa di dalam sebuah bilik di atas katil. Semasa di dalam bilik kamu telah bertindak membuka seluar mangsa
Page 2 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 serta membuka seluar kamu dan telah memasukkan kemaluan kamu ke dalam kemaluan mangsa dan telah melakukan hubungan seks hampir 10 minit. Setelah selesai, kamu telah bertindak memancut air mani kamu di luar kemaluan, dengan mengelapnya menggunakan tisu. Kamu telah ditangkap pada 16.3.18 dan hasil siasatan mendapati kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah sek.376(1) Kanun Keseksaan.” [5] Pesalah Kanak-kanak juga telah mengakui benar gambar-gambar tempat kejadian dan eksibit dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah merujuk kepada kes PP v Nor Zuliana Tahir & Anor [2017] 1 LNS 1137 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a Court can accept a plea of guilt as valid and unequivocal. First, the Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his own mouth, and not through his counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence.” [6] Pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa mengalami koyakan lama pada hymen @ 12 O’clock yang diakibatkan oleh benda tumpul. Mahkamah berpuas hati bahawa Pesalah Kanak-kanak mengaku salah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah Pesalah Kanak-kanak diterima dan Pesalah Kanak-kanak didapati bersalah atas satu kesalahan di bawah sek.376(1) Kanun Keseksaan. [7] Seterusnya, pegawai akhlak telah mengemukakan laporan akhlak Pesalah Kanak-kanak yang diakui benar oleh Pesalah Kanak-kanak dan berdasarkan kandungan laporan akhlak tersebut, Pegawai Akhlak membuat syor berkenaan perintah seperti berikut: - (1) Penama dikenakan perintah Denda sebagaimana seksyen 91(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001; (2) Ibu bapa/ penjaga hendaklah menyempurnakan bon sebagaimana Sek.93(1) dengan syarat: (a) Ibu bapa/ penjaga dengan ditemani kanak-kanak itu hendaklah melapor diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat; (b) Menemani kanak-kanak menghadiri Bengkel Interaktif anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. [8] Dalam rayuan mitigasinya, Pesalah Kanak-kanak memohon supaya perintah denda dikurangkan terhadap beliau. Ayah Pesalah Kanak-kanak memohon supaya denda dikurangkan terhadap anak beliau dan supaya satu peluang diberikan kepada anak beliau memandangkan anak beliau sudah menyesal atas tindakannya. [9] Timbalan Pendakwa Raya antara lain memohon supaya Mahkamah tidak bersifat terlalu bersimpati dengan Pesalah Kanak-kanak dan kepentingan awam diambil kira melebihi kepentingan kanak-kanak dalam menjatuhkan perintah yang sewajarnya. Pendakwaan berhujah bahawa pengakuan salah kanak-kanak tidak semestinya melayakkan Pesalah Kanak-kanak diberi perintah yang ringan memandangkan kesalahan yang dilakukan pesalah kanak-kanak adalah kesalahan yang serius. Pendakwaan berhujah bahawa kesalahan yang telah dilakukan oleh Pesalah Kanak-kanak akan meninggalkan kesan kepada mangsa dan menyebabkan masa depan mangsa sebagai wanita telah dimusnahkan. Pendakwaan juga berhujah bahawa perintah yang diberikan oleh Mahkamah ini perlulah menjadi pengajaran kepada masyarakat secara am supaya tidak melakukan kesalahan yang sama dan pada masa yang sama masyarakat dilindungi dari Pesalah Kanak-kanak dari mengulangi kesalahan yang sama. Pendakwaan berhujah bahawa perintah denda yang disyorkan adalah tidak memadai dan sekurang-kurangnya kanak-kanak dihantar ke sekolah Henry Gurney. [10] Mahkamah juga telah mendapat pandangan penasihat-penasihat di mana penasihat-penasihat mengakui kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan berat namun memandangkan Pesalah Kanak-kanak telah mula mengubah kehidupan beliau ke pangkuan yang betul, maka sewajarnya harus diberi peluang. [11] Memandangkan keputusan yang perlu dibuat Mahkamah mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan Pesalah Kanak-kanak, dan oleh kerana Mahkamah tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi mengkaji dengan lebih lanjut autoriti PP v William Ayau [2005] 6 CLJ 289 yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah telah menangguhkan kes untuk keputusan.
Page 3 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 Keputusan kes PP v William Ayau (supra) dibezakan [12] Mahkamah setelah meneliti autoriti tersebut berpendapat bahawa fakta kes tersebut dapat dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah dan kebergantungan pihak pendakwaan untuk mengenakan perintah sewajarnya dalam kes ini menggunakan autoriti tersebut adalah kurang sesuai. [13] Pertamanya, Tertuduh dalam kes William Ayau adalah Tertuduh dewasa yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen manakala kes di hadapan Mahkamah ini adalah melibatkan pesalah kanak-kanak yang dibicarakan di Mahkamah Kanak-kanak. Mahkamah merujuk kepada petikan kes dalam kes William Ayau yang menunjukkan perkara ini seperti berikut:- “In meting out the five year sentence the learned judge took into consideration the guilty plea made by respondent, the clean record after his release from Henry Gurney School and that the accused had just turned 19 at the time he committed the crime.” [14] Pesalah Kanak-kanak dalam kes ini pula hanya berusia 15 tahun 2 bulan ketika kejadian dan kini berusia 16 tahun. Perkara ini adalah penting kerana peranan, sifat dan perintah / hukuman yang dikenakan kedua-dua Mahkamah ini adalah berbeza. Perkara ini diputuskan dalam kes PP v Mohd Zairul Iman Zainon [2014] 1 LNS 610 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[9] Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ini ditubuhkan khas bagi membicarakan kes-kes terhadap kanak-kanak iaitu seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. Prosedur penangkapan, pertuduhan dan perbicaraan bagi seorang kanak-kanak telah diperuntukkan secara khusus dalam Bahagian X Akta… [10] Perlu difahami bahawa prosedur yang diguna pakai dalam prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah prosedur yang berbeza dari prosedur yang diguna pakai dalam prosiding di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen. Kedua- dua Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Rendah 1952 dan prosedur perbicaraan jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Perlu juga difahami Seksyen 12 Akta Kanak- Kanak 2001 juga membuat peruntukan secara khusus prosedur dan orang-orang yang boleh hadir di dalam prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak… [11] Selanjutnya seksyen 90 Akta Kanak-Kanak 2001 juga membuat peruntukan khusus tentang proses perbicaraan di dalam Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Peruntukan-peruntukan ini merupakan peruntukan mesra kanak-kanak dan ibu bapa kanak-kanak… [12] Adalah jelas peruntukan tentang proses dan prosedur perbicaraan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah berbeza dengan peruntukan tentang proses dan prosedur perbicaraan dalam Mahkamah Majistret.” [15] Kedua, Tertuduh dalam kes William Ayau (supra) mempunyai rekod-rekod lampau bagi kesalahan-kesalahan lain sebagaimana diputuskan dalam kes tersebut seperti berikut:- “Thirdly, while recognizing that Tukiran bin Taib was a first offender, the learned Bellamy J said: “ It has been stressed by this court that it is very desirable that young offenders, that is offenders between the ages of 17 and 21 years, who are also first offenders, should be kept out of prison, if possible. " (emphasis added). On the other hand, the accused in this instant case had previously been charged under ss. 379, 411, 454 and 457 of the Penal Code. In the circumstances, the Tukiran case is hardly applicable here.” [16] Manakala dalam kes ini, Pesalah Kanak-kanak tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan merupakan pesalah pertama. [17] Ketiga, Tertuduh dalam kes William Ayau telah menggunakan kekerasan sebagaimana diputuskan dalam kes tersebut seperti berikut:- “On the fateful day, when the accused came back from work he found that only the victim was in the house. She was then at the guests’ area of the house. The accused got hold of her. He started to grope and fondle her breasts and lifted her up and brought her to her brother’s bedroom. He put her down on her brother’s bed. The victim tried to put up a fight but failed and was warned by the accused not to make any noise. The accused took off her pants and her underwear and placed the
Page 4 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 victim in a prostrate position and penetrated her from behind. He however stopped when the victim screamed in pain. As a result, the vagina of the victim was bleeding ceaselessly.” [18] Tetapi fakta kes yang dikemukakan pendakwaan dalam kes ini mahupun Laporan Akhlak atau laporan perubatan tidak menunjukkan sebarang elemen kekerasan yang ditunjukkan oleh Pesalah Kanak-kanak dalam kes ini. [19] Maka permintaan pihak pendakwaan untuk mengenakan perintah sewajarnya terhadap Kanak-kanak dalam kes ini dengan bergantung sepenuhnya kepada kes William Ayau tanpa sebarang had adalah satu salah arah. [20] Berdasarkan pemerhatian awal ini, Mahkamah mempertimbangkan faktor-faktor dalam kes ini dalam menjatuhkan perintah sewajarnya kepada pesalah kanak-kanak. (a) Pesalah pertama [21] Dalam kes ini, Laporan Akhlak yang disediakan pegawai akhlak mengesahkan bahawa kesalahan ini merupakan kesalahan pertama pesalah kanak-kanak. Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang rekod lampau pesalah kanak-kanak. Adalah menjadi prinsip penghukuman mantap bahawa Mahkamah seharusnya mengambil kira rekod bersih Kanak-kanak dalam menentukan perintah yang bakal dijatuhkan terhadap Kanak- kanak. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315, di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “A “sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused.” [22] Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v Nazarudin Ahmad & Ors [1993] 2 CLJ 543 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “(d) First offenders The first and third accused are young, and they are first offenders. In such circumstances, the Court should consider how the length of time spent in prison would affect their own lives and society after they have completed serving the sentence. Sometimes public interest may itself demand that a shorter term of imprisonment is desirable as a long imprisonment term may create more problems to the society as the prisoner would have more difficulties in readjusting himself to family and community life on completion of his prison term…” [23] Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v Alias Hamid [2014] 1 LNS 908, di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- (iii) Responden merupakan pesalah pertama dan dikatakan tidak wajar untuk menghukum beliau dengan penjara. - Mahkamah perhatikan bukan sahaja Responden pesalah pertama tetapi beliau juga pesalah muda baru berusia 20 tahun 7 bulan pada masa kejadian dan kini mempunyai pekerjaan yang stabil. - Hal ini ada dinyatakan dalam keputusan kes Winston Rajah v. PP [1999] 1 CLJ 315 seperti berikut: “.....based on the fact that the appellant is a first offender and that currently he is undergoing a course in computer, an immediate custodial sentence may not be appropriate. The healthy activities the appellant had participated in before reflects his antecedent and character to a certain extent.” Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya v. Alfred a/l Vincent [2004] 6 CLJ 515;; [2004] 5 AMR 771 diputuskan: “.....the respondent was a first offender and as such it would not be appropriate to condemn him to a custodial sentence.” Berikutnya dalam kes Abdul Karim v. Regina [1954] 1 LNS 3;; [1954] 1 MLJ 86 dinyatakan:
Page 5 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 “.....I do not propose to set out the facts of the three cases with which I am now dealing. It is sufficient to say that if I had been in the position of the learned magistrate I should not have considered that the facts of any of these cases justified a prison sentence for a first offender.” [24] Maka faktor pesalah pertama adalah faktor mitigasi yang menyebelahi pesalah kanak-kanak dalam menentukan perintah yang sewajarnya. (b) Usia pesalah kanak-kanak [25] Usia pesalah kanak-kanak dalam kes ini adalah 15 tahun 2 bulan pada masa kejadian dan 16 tahun ketika dijatuhkan perintah. Usia yang muda ini sekiranya dipertimbangkan dengan rekod bersih Kanak-kanak sebelum kes ini, tidak mewajarkan perintah pemenjaraan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Tukiran Taib v PP [1955] 1 LNS 166 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “It is desirable that young offenders, that is, offenders between the ages of 17 and 21, who are also first offenders should be kept out of prison, if possible.” [26] Prinsip ini telah digunapakai dalam kes PP v Mohammad Zhahirin Yusof [2014] 1 LNS 84 yang juga merupakan kes rogol terhadap mangsa yang berusia 15 tahun 7 bulan ketika kejadian. Dalam rayuan ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[28] Jadi persoalannya sekarang ini perluka[h] semua remaja yang melakukan kesalahan sama macam Perayu dikenakan hukuman pemenjaraan? Kita semua sedia maklum adalah menjadi prinsip hukuman yang mantap bahawa pesalah remaja, bilamana dibolehkan dan bergantung juga kepada keadaan kesalahan dilakukan, hendaklah diasingkan daripada pemenjaraan terutamanya bila terdapatnya cara lain yang berkesan menangani perkara tersebut… [29] Pernyataan oleh Bellamy J dalam kes Tukiran Taib v. Public Prosecutor (supra) tersebut yang dibuat dalam tahun 1955 telah menjadi prinsip panduan bagi Mahkamah melaksanakan budi bicaranya bila menilai hukuman yang sesuai untuk pesalah remaja. Terdapat banyak nas undang-undang berbangkit dari keputusan Mahkamah yang menentang memerintahkan pesalah pertama dan remaja menjalani hukuman penjara antaranya PP v. Mohamed Nor & Ors [1985] 1 LNS 25 dan Winston Rajah v. PP [1998] 1 LNS 54.” [27] Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Nor Afizal Azizan v PP [2012] 6 CLJ 370 yang melibatkan kes rogol di mana pesalah adalah 19 tahun ketika kejadian. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[19] The next question is: must all these teenagers who commit similar offence as the appellant be punished with imprisonment? It is a well accepted principle of sentencing that young offenders, wherever possible and depending on the nature of the offences committed, should be kept out of prison, especially when there are other adequate means of dealing with them… The pronouncement made by Bellamy J in Tukiran Taib v. Public Prosecutor (supra), albeit made in 1955 has become the guiding principle for courts in exercising its discretion when assessing the appropriate sentence for young offenders. There is a plethora of authorities stemming from our courts against sending young and/or first offenders to the prison… [20] In the instant appeal, the appellant is not only a young offender, but also a first offender and considering the nature of the offence and how it was committed and the other extenuating circumstances, the learned SCJ was right in exercising his discretion in not sentencing the appellant to prison but instead subjected him to an order under s. 294 of the CPC.” [28] Maka berdasarkan nas-nas di atas, faktor usia muda pesalah kanak-kanak dan mangsa iaitu hanya dalam lingkungan 15 tahun ketika kejadian diambil kira Mahkamah dalam menentukan perintah sewajarnya dalam kes ini. (c) Pengakuan salah pesalah kanak-kanak [29] Pengakuan salah Pesalah Kanak-kanak pada peluang terawal perlu diambil kira Mahkamah dalam menentukan perintah yang perlu dijatuhkan terhadap Pesalah Kanak-kanak. Dalam kes Public Prosecutor v Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47, Mahkamah memutuskan, antara lain, seperti berikut:- (i) It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guility. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused admits
Page 6 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 his guilt, thus avoiding a prolonged and unnecessary trial. This rule however, is not a strict rule as the courts may, in exercise of their discretion, in exceptional cases, refuse to grant any discount. (ii) a plea of guilty will entitle the accused person to a discount of between one-quarter to one-third of the sentece. (iii) failure on the part of a judge in not granting credit or discounts may result in the judge not exercising his discretion in sentencing judicially. (iv) The credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and had been found guilty.” [30] Mahkamah juga merujuk kepada kes Nazaruddin (supra) yang memutuskan seperti berikut:- “This Court is of the view that the plea of guilt by the accused is a consideration which should be taken into account in determining their sentence. However, considering the serious nature of the offence, I hold that the accused persons should be given a discount of one-quarter of the sentence rather than one-third which would be imposed on them had they pleaded not guilty and had been found guilty after a long and protracted trial. On this aspect of the sentencing principle, it is stated by the leading writer on sentencing DA Thomas in the most recent edition of Archbold, Criminal Pleadings, Evidence and Practice 1993 as follows: As a general principle, an offender who pleads guilty may expect some credit, in the form of a reduction in the sentence which would have been imposed if he had been convicted by the jury on a plea of not guilty... The discount for a plea of guilty is normally allowed even in cases of extreme seriousness. [Paragraph 5-152]. [31] Perlu ditekankan bahawa kedua-dua kes yang dirujuk di atas adalah berkenaan kesalahan mematikan orang dengan salah yang boleh dihukum di bawah sek.304 Kanun Keseksaan dan Mahkamah telah memberikan potongan ¼ dari hukuman yang bakal dijatuhkan sekiranya kes dibicarakan, walaupun kes-kes tersebut adalah kesalahan serius. Malah faktor ini juga telah diambil kira Mahkamah Rayuan dalam kes Nor Afizal Azizan (supra) yang juga merupakan kes rogol. [32] Dalam membuat pengakuan salah, Pesalah kanak-kanak bukan sahaja menjimatkan masa dan kos pihak- pihak dan Mahkamah, malah pengakuan tersebut juga membolehkan mangsa yang kini baru berusia 16 tahun tidak perlu melalui trauma memberi keterangan di Mahkamah yang merupakan satu proses yang tidak begitu menyenangkan. Perkara-perkara ini perlu dipertimbangkan Mahkamah dalam menentukan perintah sewajarnya kepada Pesalah Kanak-kanak. (d) Tiada kekerasan digunakan [33] Mahkamah juga mengambil kira bahawa kerelaan bukan merupakan isu dalam kes rogol bagi mangsa yang berusia 16 tahun ke bawah. Namun, pada masa yang sama, sama ada Tertuduh/ Pesalah Kanak-kanak telah menggunakan kekerasan atau bertindak ganas adalah faktor yang secara konsisten dipertimbangkan Mahkamah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Muhammad Shakir Azizan [2016] 3 CLJ 300 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[20] Mahkamah ini telah menimbangkan kes William Ayau (supra) fakta kesnya berbeza dengan kes di hadapan mahkamah sekarang. Dalam kes William Ayau (supra ) semasa rogol dilakukan terdapatnya unsur paksaan dan tertuduh mempunyai tiga rekod kesalahan lampau dan ini mewajarkan hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan rotan. Mahkamah ini berpendapat dalam kes sekarang, tiada paksaan dilakukan ke atas mangsa. Mahkamah ini telah meneliti laporan perubatan bertarikh 13 April 2011 di mana Dr Pang Ay Minn mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ini menunjukkan perlakuan seks dilakukan dengan sukarela dan tanpa paksaan.” [34] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, laporan perubatan oleh Dr Nabilah Binti Rashid Redza [P6] dengan jelas menyatakan bahawa mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan hanya terdapat koyakan lama pada hymen. Perlu diperhatikan bahawa laporan polis dalam kes ini hanya dibuat pada 15.3.18 oleh ayah kepada mangsa walhal kejadian adalah pada 8.2.18, dan kelewatan ini yang menyebabkan laporan perubatan hanya dapat disediakan pada 15.3.18.
Page 7 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 [35] Keduanya, laporan akhlak yang disediakan pegawai akhlak menunjukkan bahawa:- “Penama mengakui telah melakukan hubungan seks dengan mangsa adalah kerana kerelaan dari mereka berdua. Penama mengakui tiada unsur-unsur paksaan kepada mangsa dan kejadian melakukan hubungan seksual tersebut hanya terjadi sebanyak sekali sahaja” [36] Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Mohammad Ridwan Mohd Fauzi [2015] 1 LNS 838 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “Perlu ditekankan di sini bahawa walaupun di dalam kesalahan “statutory rape” seperti ini, pada dasarnya elemen kerelaan bukan merupakan salah satu elemen pertuduhan, namun ianya merupakan faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan hukuman yang sesuai kerana setiap kes mempunyai fakta yang berbeza. Contohnya perbezaan perlu dibuat di antara kes yang mana mangsa bawah umur tersebut telah ditipu dan diheret dan dipaksa secara kejam melakukan hubungan seks dan dibandingkan dengan fakta kes di mana mangsa melakukan hubungan seks secara suka sama suka, seperti di dalam kes ini. Ini telah diputuskan oleh beberapa kes tersohor sebelum ini.” [37] Mahkamah juga mendapati bahawa fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak mendedahkan sebarang kekerasan atau keganasan pada pihak Pesalah Kanak-kanak dan tidak terdapat sebarang keterangan sedemikian dikemukakan kepada Mahkamah. Dalam hal ini, rujukan dibuat juga kepada kes Nor Afizal Azian (supra) yang juga telah pertimbangkan faktor ini:- “[24] In the present case, if the appellant had been older, or he had used force, coercion or violence on the victim, or he had tricked the victim into submitting to him or he had not cooperated with the police and he had not shown any remorse to his act or there is no guarantee that he will not be committing the same offence in the future, we would not have any hesitation, as we have done in many other cases of similar nature, to impose a lengthy custodial sentence. But before us is a young boy who was extremely remorseful for what he had done and had thrown himself to the mercy of the court by pleading guilty to the charge.” (e) Pesalah kanak-kanak telah insaf dan telah bartaubat atas kesalahan [38] Selain faktor-faktor di atas, Mahkamah juga telah mempertimbangkan bahawa Pesalah Kanak-kanak telah insaf atas kesalahan beliau dan memohon diberi peluang. Dalam hal ini, rujukan dibuat kepada Laporan Akhlak yang menyatakan seperti berikut:- “Selepas pihak keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai perkara ini, ia telah menjadi satu berita yang hangat diperkatakan dan menjadi perbualan sama ada di kawasan kejiranan tempat tinggal penama mahupun di sekolahnya. Oleh disebabkan itu, penama menjadi amat malu kerana dirinya menjadi bahan bualan orang lain sehingga menyebabkan penama tidak mahu pergi sekolah dan seterusnya penama telah dibuang sekolah kerana telah tidak hadir dalam jangka waktu yang lama. Disebabkan masalah tersebut juga, pihak keluarga telah mengambil keputusan untuk menghantar penama menetap dan bekerja dengan bapa saudara penama di Rengit, Batu Pahat [Perniagaan Restoren, Pesalah Kanak- kanak bekerja dari 11 malam sehingga 11 pagi dan bekerja 7 hari seminggu kecuali sekiranya pesalah kanak-kanak memohon cuti]. Sejak bekerja dengan pakciknya itu, penama mengakui jarang pulang ke Kluang dan hanya berhubung dengan keluarganya kebiasaannya melalui panggilan video sahaja. Sekiranya mahu menyerahkan wang kepada ibu, penama akan memasukkan wang tersebut ke akaun bapanya sebelum bapa menyerahkan wang tersebut kepada ibu di rumah. Sejak peristiwa tersebut juga, penama sudah tidak lagi berhubung atau menghubungi mangsa. Pihak keluarga dan penama sebelum ini pernah bertemu dengan pihak keluarga mangsa untuk memohon maaf mengenai perkara ini dan penama telah mengakui menyesal dengan tindakan yang telah dilakukannya itu” [39] Petikan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa Pesalah Kanak-kanak telah insaf atas kesalahannya dan kini sedang dalam usaha membina masa hadapannya sendiri. Perkara ini adalah juga salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan Mahkamah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Alias Hamid (supra) di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “(iv) Responden telah melahirkan rasa insaf dan telah bertaubat ke atas kesalahan yang dilakukan dan memohon supaya mahkamah memberi peluang kepada beliau.
Page 8 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 - Mahkamah juga dapati Responden telah berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama. - Responden juga kini terlibat dengan aktiviti yang sihat serta mempunyai pekerjaan yang baik sebagai Juruteknik di sebuah kilang di Melaka iaitu AUO Sunpower Sdn. Bhd. dengan pendapatan yang tetap berjumlah RM2,671.53 sebulan. - Hal ini ada disentuh dalam kes Winston Rajah v. PP [1999] 1 CLJ 315 seperti berikut: “Based on the fact that the appellant is a first offender and that currently he is undergoing a course in computer, an immediate custodial sentence may not be appropriate. The healthy activities the appellant had participated in before reflects his antecedents and character to a certain extent.” (f) Kepentingan awam [40] Faktor seterusnya adalah kepentingan awam. Dalam hujahan beliau, TPR bijaksana memohon untuk satu perintah yang memberi pengajaran kepada Pesalah Kanak-kanak dan amaran kepada masyarakat secara am supaya tidak melakukan kesalahan yang sama yang merupakan kesalahan berat. TPR bijaksana berhujah bahawa sekurang-kurangnya Pesalah Kanak-kanak dikenakan perintah untuk ditempatkan di sekolah Henry Gurney, sekiranya tidak dikenakan hukuman penjara. [41] Dalam hal ini, persoalan yang perlu dijawab Mahkamah adalah sama ada kepentingan awam hanya akan tercapai sekiranya pesalah kanak-kanak diperintahkan untuk dipenjarakan atau dihantar ke sekolah Henry Gurney sahaja. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Nor Afizal Azian (supra) yang memutuskan seperti berikut:- “[17] As stated earlier, the learned JC in substituting the sentence with five years imprisonment was concerned that cases of statutory Rape involving teenagers are common occurrence. According to him, if a light sentence is imposed, it will not have a deterrent effect in combating Crime of this nature. We are equally concerned, especially in this case where the victim at the time of the offence was only 13 years and 4 months of age. But the appellant was not very much older than the victim. Both were teenagers. They both made a mistake in engaging in premarital sex. No doubt, the appellant had committed an offence, but should custodial sentence be the only safeguard into ensuring similar offences of consensual sex among teenagers will not happen? [18] In this aspect we are inclined to agree with what was expressed by Hamid Sultan Abu Backer JC (as he then was) in PP v. Mohamad Arfah Jasmi [2008] 7 CLJ 836 that the safeguard into ensuring similar offences of consensual sex among teenagers will not happen, starts at home and in school. At home where parents should impose discipline and religious knowledge to ensure that teenagers would not put themselves in situations which will bring about this kind of offence and in school where sex education can be taught so that both girls and boys are aware of the dire consequences of engaging in premarital sex.” [42] Berdasarkan faktor-faktor yang terlibat dalam kes ini sebagaimana dibincangkan di atas, saya berpendapat bahawa reformasi keluarga dan masyarakat sebagaimana dibincangkan di nas di atas untuk mengajar pesalah kanak-kanak mengenai baik dan buruk sesuatu tindakan, berdasarkan pengalaman yang ditimba melalui insiden ini adalah lebih sesuai dalam kes ini berbanding reformasi pemenjaraan. Atas alasan ini, saya berpendapat bahawa saranan pegawai akhlak untuk Ibu/bapa Pesalah Kanak-kanak menyempurnakan bon di bawah sek.93(1) Akta Kanak-kanak 2001 dengan syarat-syarat tambahan adalah lebih sesuai dari reformasi berbentuk pemenjaraan atau sekolah Henry Gurney. [43] Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada seksyen 96(2) Akta Kanak-kanak yang memperuntukkan bahawa:- “(2) A child aged fourteen years or above shall not be ordered to be imprisoned if he can be suitably dealt with in any other way whether by probation, or fine, or being sent to a place of detention or an approved school, or a Henry Gurney School, or otherwise.” [44] Manakala seksyen 75(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan bahawa:- “(1) If- (a) a child is found guilty of any offence punishable with imprisonment;
Page 9 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 (b) the probation report submitted to the Court For Children shows that the child is not suitable to be rehabilitated in an approved school; and (c) it appears to the Court For Children- (i) that the offence committed is serious in nature; and (ii) by reason of the nature of the child’s criminal habits and tendencies it is expedient that the child be subject to detention for such term and under such instruction and discipline as appears most conducive to his reformation and the repression of crime, the Court For Children shall, after considering the probation report, send the child to a Henry Gurney School. [45] Mahkamah dalam kes ini merujuk kepada laporan akhlak yang komprehensif yang disediakan oleh pegawai akhlak dan mendapati bahawa tiada sebarang indikasi bahawa Pesalah Kanak-kanak ini mempunyai tabiat atau kecenderungan jenayah yang memerlukan pemulihan di Sekolah Henry Gurney. [46] Mahkamah juga mendapati semangat (spirit) Akta Kanak-kanak adalah perintah pemenjaraan atau kemasukkan ke sekolah Henry Gurney mestilah sebagai langkah terakhir (last resort) dan dalam kes-kes terkecuali, sekiranya Pesalah Kanak-kanak tidak dapat dipulihkan melalui langkah-langkah lain. (g) Sama ada Mahkamah boleh perintahkan perintah denda dan juga bon secara serentak untuk kes ini [47] Berdasarkan perbincangan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa syor pegawai akhlak dalam kes ini adalah berpatutan dan bersesuaian berdasarkan faktor-faktor yang terlibat dalam kes ini. [48] Persoalan yang wujud adalah sama ada mahkamah boleh memerintahkan denda dan bon berkelakuan baik secara serentak dalam kes ini. Perkara ini dibincangkan dalam kes PP v MFK [2010] 6 CLJ 95 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[11] Adalah diperhatikan setiap akhir perenggan (a) hingga (g) s. 91(1) Akta terdapat koma bertitik (semi-colon) yang menunjukkan setiap satu perenggan berdiri dengan sendirinya dan hendaklah dibaca secara berasingan. Ini bermakna semua perenggan atau satu perenggan tidak boleh dibaca bersama dengan satu perenggan yang lain. Jika pihak penggubal undang-undang ingin memberi kuasa kepada Puan Majisteret untuk mengeluarkan perintah bercorak kombinasi atau lebih daripada satu perenggan (a) hingga (h) di bawah peruntukan tersebut maka perlulah permulaan peruntukan tersebut perkataan-perkataan seperti “mempunyai kuasa untuk mengeluarkan mana-mana satu perintah atau perintah- perintah yang berikut” atau seumpamanya bagi memberikan kuasa yang jelas kepada Puan Majisteret untuk mengenakan dua atau lebih perintah yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (h) secara serentak. Tanpa peruntukan yang nyata, Puan Majisteret tidak boleh menggunakan perintah di bawah perenggan (f) dan (g) secara serentak. Jika tafsiran mana- mana perenggan (a) hingga (h) boleh dilaksanakan serentak diterimapakai maka akan berlaku percanggahan dan tidak masuk akal serta mustahil dilakukan oleh kerana setiap perenggan tidak boleh mengkomplimen antara satu sama lain. [49] Namun, dalam kes ini, syor pegawai akhlak tidak melanggar peruntukkan 91 Akta Kanak-kanak dan tafsiran yang diberikan oleh Mahkamah terhadap kuasa Mahkamah di atas kerana syor untuk ibubapa/ penjaga menyempurnakan bon adalah di bawah sek.93 Akta Kanak-kanak 2001 yang dengan jelas memperuntukkan bahawa:- (1) The Court For Children shall, in addition to exercising any of the powers provided for in subsection 91(1), order the parent or guardian of the child to execute a bond for the child’s good behaviour with or without security and with one or more of the following conditions [50] Peruntukkan tersebut dengan jelas memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membuat perintah bon terhadap Ibu/Bapa Pesalah Kanak-kanak untuk kelakuan baik kanak-kanak secara tambahan kepada sebarang perintah yang dikenakan di bawah Sek.91 Akta Kanak-kanak 2001. [51] Berkenaan hujahan tambahan Timbalan Pendakwa Raya terpelajar berkenaan seksyen 98 Akta Kanak-kanak 2001, Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa kesalahan ini adalah kesalahan serius dan berat, namun, Mahkamah Kanak-kanak yang bersidang perlu mengimbangi antara keseriusan kesalahan dan kesan perintah tersebut bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada pesalah kanak-kanak. KESIMPULAN:
Page 10 of 10 Pendakwa Raya lwn LKL [2018] MLJU 2140 [52] Mengambil kira faktor-faktor di atas, dan setalah berbincang dengan Penasihat-penasihat, Mahkamah bersetuju dengan syor pegawai akhlak dan mengenakan perintah berikut terhadap pesalah kanak-kanak:- (i) Pesalah kanak-kanak dikenakan perintah denda sebagaimana sek.91(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001, dan mengambil kira keseriusan kesalahan ini, denda ditetapkan sebanyak RM5,000.00; (ii) Mahkamah memerintahkan supaya Bapa Pesalah Kanak-kanak hendaklah membayar denda tersebut bagi pihak pesalah kanak-kanak dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, dipenjarakan 6 bulan; dan (iii) Ibu/ Bapa Kanak-kanak menyempurnakan bon berkelakuan baik bagi kelakuan baik kanak-kanak itu selama 2 tahun dengan jaminan bercagar RM2,000 di bawah Sek.93(1) Akta Kanak-kanak 2001 dengan syarat-syarat berikut: (a) Ibu/ bapa dengan ditemani kanak-kanak hendaklah melapor diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebulan sekali dalam tempoh bon selama 2 tahun; (b) Ibu/ bapa menemani kanak-kanak menghadiri Bengkel Interaktif anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. End of Document