Blue Yellow Modern Company Profile Booklet (10)

ـﻫ 1448 مﺮﺤﻣ 11 م / 2026 نﻮﺟ 27 : ﺦﻳرﺎﺗ ﻮﺘﺒﺳ ري :ﺎﻫ ﻲڬﺎڤ 9.00 : ﻢﺟ م اراوﺎڬءن اﺎﺴﻐﺒﻛ ﻪﻐﻨﻣ ﻪﻟﻮﻜﺳ ،ﻦﻳﺰﺋﺎﻔﻟان اﻮﻳ: د ﺖﻔﻤﺗﻦﻧﻮﻫﺎﺗ ڠﻮڬارت اﻮﺸﻣ 46 ك - ﻲﻟﺎﻛ ﻦﻳرﺎﻬﺑ ﻦﺑ يﺮﻈﻧ ﺪﻤﺤﻣ ﻖﻴچﻧ: ا ﻪﻴﻟاو ﻦﻴﻤﺳاﺮﻓروﻮڬ ڤ دانﺎﺑ ﻮﺒﻳان اﻮﺗﺎﺳﺮڤ م اراوﺎڬءن اﺎﺴﻐﺒﻛ ﻪﻐﻨﻣ ﻪﻟﻮﻜﺳ ﺲﻴﻟﺮﻓ اراو، 02600 (بﺎﺒﻟﻷا ﻮﻟأو ﻞﻳدﻮﻣ ﻆﻴﻔﺤﺗ) نﺮﺟﻼﺒﻤڤ رﻮﺘکﻴﺳ ﻦﻘﻳﺪﻳﺪﻨڤ رهﺎڠڤ ﻦﻠﺒﻤﻴﺗ﴿ ﴾ﺲﻴﻟﺮڤ يﺮڬﻧ ﻦﻘﻳﺪﻳﺪﻨڤ ﻦﺘﺑﺎﺟ

BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Sebait Madah sepatah Bicara - Kata aluan Penasihat/ Pengetua SMKA Arau (TMUA) 3 2. Sejambak kata seharum bicara - YDP PIBG SMKA Arau (TMUA) 4 3. Notis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46 SMKA Arau 5 4. Atur cara majlis 6 5. Agenda Mesyuarat Agung PIBG 7 6. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2025 8 - 9 7. Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKA Arau kali ke-45 10-13 8. Laporan aktiviti PIBG SMKA Arau dari Jun 2025 hingga Jun 2026 14 - 15 9. Penyata Kewangan PIBG SMKA Arau berakhir 31 Disember 2026 16 - 24 10. Usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 25 11. Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - Jun 2026 26-32 12. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Arau 2026 33-36 13. Tulus Penghargaan 37 Senarai kandungan

ﻪُُﺗﺎﻛَﺮَﺑَو َِ ﷲ ُ ﺔَﻤْﺣَرَو ﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ ُ مﻼَﺴﻟَا PENGHARGAAN Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Ditujukan Kepada: Barisan Jawatankuasa PIBG, Pihak Pengurusan & Pentadbir Sekolah, AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46, Para Penderma, Penyumbang & Penaja, Seluruh Ibu Bapa, Waris, Guru-guru, dan Kakitangan Sekolah Titisan keringat yang mengalir, masa yang dikorbankan, serta sokongan moral dan material yang telah dicurahkan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46 bagi Tahun 2026 ini amat kami hargai. Sesungguhnya, gandingan bahu dan komitmen padu yang diberikan merupakan pemangkin utama dalam usaha Menjulang Generasi Ulul Albab, sekali gus memacu lonjakan kecemerlangan tahfiz dan akademik anak-anak demi kemenjadian insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Pihak Jawatankuasa Pelaksana memohon kemaafan atas segala kekurangan, kekhilafan, dan keterlanjuran yang berlaku sepanjang pengendalian majlis ini. Maju Sinergi, Melestari Kecemerlangan. Terima Kasih.sebait madah, sepatah bicara en ideris bin abd rahim Penasihat PIBG, Pengetua SMK Agama Arau (TMUA) SMKAA | 3

Sejambak kata seharum bicaraﻪُُﺗﺎﻛَﺮَﺑَو َِ ﷲ ُ ﺔَﻤْﺣَرَو ﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ ُ مﻼَﺴﻟَا Syukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan hidayah dan inayah-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Arau (TMUA) berjaya kita laksanakan dengan penuh kesungguhan pada pagi 27 Jun 2026. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran agenda mesyuarat ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua ibu dan ayah yang sanggup meluangkan masa hadir ke dewan ini demi membentuk satu kesatuan yang kukuh dalam menjaga kemaslahatan anak-anak kesayangan kita. Sesungguhnya, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak soleh terbina daripada didikan di rumah, dan acuan yang baik akan menghasilkan kuih yang sempurna. Ibu bapa telah berusaha sehabis daya mencorakkan personaliti unggul anak-anak, lalu menyerahkan mereka kepada pihak sekolah dengan penuh kepercayaan. Pertemuan kita pada hari ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturahmi, membuka ruang untuk melontarkan idea bernas, serta menjayakan misi dan visi sekolah ke arah melahirkan insan cemerlang selaras dengan falsafah pendidikan negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa bangga dan penghargaan yang tidak terhingga atas segala bentuk bantuan yang telah dihulurkan — sama ada sumbangan kewangan melalui dana, derma, atau sedekah, mahupun tenaga dan kemahiran yang dicurahkan demi membantu pihak pentadbiran sekolah. Segala usaha yang dilakukan dengan niat kerana Allah pastinya akan diberkati. Semoga kita terus istiqamah, tidak jemu menyumbang, dan sentiasa bersama-sama berganding bahu membantu pihak sekolah dengan kapasiti serta kemampuan yang kita miliki. Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan tindakan, anak-anak kita akan menjadi generasi unggul yang membawa sinar masa depan. EN. KAMARUL AZMAN biN YAHAYA Yang Dipertua PIBG SMK Agama Arau (TMUA) SMKAA | 4

SMKAA : 100-13/1/4/SU-2024 (114) 04 Jun 2026 Tuan/Puan NOTIS PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK AGAMA ARAU KALI KE–46 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sehubungan itu tuan/puan dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang akan diadakan pada : Hari : SABTU Tarikh : 27 JUN 2026 Tempat : DEWAN AL-FAIZIN SMK AGAMA ARAU Masa : 09.00 PAGI 3. Adalah diharapkan Tuan/Puan dapat melengkapkan borang jawapan kehadiran dan mengisi borang usul (jika ada) di pautan: https://igit.me/KehadiranMAT46 sebelum atau pada hari Isnin, 14 Jun 2026. 4. Kehadiran tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian,Terima Kasih Setiausaha PIBG SMKAA SESI 2025 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG kali ke-46 tahun 2026 SMKAA | 5

9.00 pagi Ketibaan tetamu dan pendaftaran 9.45 pagi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Ucapan aluan pengerusi majlis Nasyid Asma al-Husna Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Perlis Bacaan doa oleh : Ustaz Muhammad Haniff bin Ahmad Lantunan ayat-ayat suci al-Quran oleh wakil murid (ali fadhlullah bin ridzuan- 1 othman) Ucapan Pengetua SMK Agama Arau Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Nazri Bin Baharin Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran JPN Perlis. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Agama Arau (Pengarah Yayasan Islam Perlis)Atur cara majlisSMKAA | 6

1. Ucapan YDP PIBG SMK Agama Arau 2. Membentang dan mengesah minit mesyuarat yang lalu 3. Membentang laporan Jawatankuasa 2025 4. Membentang dan mengesah Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2025 5. Membahas usul-usul 6. Melantik Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2026 7. Melantik dua orang Pemeriksa Kira-kira 2026 8. Ucapan penangguhanAGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46 SMKAA | 7

Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2025Yang Dipertua En. Kamarul Azman bin Yahaya Naib Yang Dipertua Prof. Madya Dr. Azlina binti Kamaruddin Setiausaha En. Mohd Anas bin Alias Bendahari En. Mohamad Jamil bin Nooroldzaman SEKTOR PEMBANGUNAN INSAN (AKADEMIK, SAHSIAH & KEROHANIAN) Prof. Madya Dr. Marhaiza binti Ibrahim Pn. Siti Sakinah binti Yahya Pn. Susilawati binti Wahab SMKAA | 8 Pn. Nur Hanani binti Jaafar

Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2025SEKTOR KEBAJIKAN & KOKURIKULUM (KEBAJIKAN, KESELAMATAN, KESIHATAN & KOKURIKULUM)EN. Mohd Umar Bin ahmad En. Muhd Ali bin Zulkifli SMKAA | 9SEKTOR EKONOMI & PUBLISITI En. Tg Mahmud bin Tengku Husain Prof. Ir. Ts. Dr. Muzammil bin Jusoh En. Abdul Nizam bin Rahim En. Muhammad Syazwan Hariz bin IsmailSEKTOR pembangunan infra

Minit Mesyuarat Agung TAHUNAN PIBG SMKA Arau kali ke-45AGENDA 1 - UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli-ahli yang hadir demi menjayakan mesyuarat agung yang diadakan. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf atas usaha mereka meningkatkan prestasi sekolah ini. 1.3 Pengerusi berharap agar mesyuarat pada hari ini dapat berlangsung dengan baik dan mendapat keberkatan seterusnya menghasilkan keputusan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah dan murid. AGENDA 2 - MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-44 sesi 2024, bermula daripada muka surat 10 sehingga 13. 2.2 En. Muhammad Amar bin Ahmad mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan dan En. Muhammad Afif bin Abu Bakar menyokong pengesahan minit ini. AGENDA 3 - MEMBENTANG LAPORAN JAWATANKUASA PIBG 2024 3.1 Setiausaha membentang Laporan Jawatankuasa PIBG Kali Ke-44 sesi 2024 di muka surat 14 sehingga 15 AGENDA 4 - MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 4.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir 31.12.2024 seperti yang terdapat di muka surat 16 sehingga 23. 4.2 En. Fazli bin Yasri mengajukan cadangan agar semua sumbangan yang ditumpangkan sementara di dalam akaun PIBG dikategorikan sebagai sumbangan tumpang. 4.3 En. Anas bin Mohd Nor memohon penjelasan mengenai status mesin fotostat yang berada di sekolah. Pengetua menjelaskan bahawa mesin tersebut bukan milik sekolah, sebaliknya disewa, dan bayaran dibuat mengikut penggunaan (per meter). SMKAA| 10

Minit Mesyuarat Agung TAHUNAN PIBG SMKA Arau kali ke-45 4.4 Pn. Nor Azfar Hazirah binti Bahadul memohon penjelasan berkaitan sumbangan yang diberikan kepada murid yang mewakili pertandingan di luar sekolah. YDP PIBG menjelaskan bahawa sumbangan tersebut diberikan sebagai wang saku kepada murid yang mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan, berdasarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa. 4.5 En. Muhammad Zainuddin bin Abu Bakar mencadangkan penyata kewangan ini disahkan dan En. Muhammad Sanusi bin Din menyokong pengesahan penyata kewangan ini. AGENDA 5 – MEMBAHAS USUL-USUL 5.1 Usul-usul Ahli Jawatankuasa PIBG 1. En. Kamarul Azman Bin Yahaya selaku Yang Dipertua PIBG membawa usul AJK PIBG tentang perkara berkaitan pungutan derma PIBG SMKA Agama Arau seperti dalam lampiran A yang disertakan. -Usul ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. 5.2 Usul-usul Ahli PIBG 1.Tiada usul dibangkitkan. AGENDA 6 – MELANTIK AHLI JAWATANKUASA SESI 2025 6.1 En. Kamarul Azman Bin Yahaya selaku Yang Dipertua PIBG membubarkan ahli jawatankuasa bagi sesi 2024. 6.2 Pengetua mempengerusikan pelantikan jawatankuasa PIBG. 6.3 En. Izamri bin Ishak mecadangkan supaya En. Kamarul Azman Bin Yahaya dikekalkan sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2025. Disokong oleh Pn.Shahafini binti Abdul Hamid. Tiada bantahan dikemukakan. 6.4 Pn Nur Hanani binti Jaafar mencadangkan Prof. Madya Dr. Azlina binti Kamaruddin dilantik sebagai Naib Yang DiPertua PIBG sesi 2025. Disokong oleh Dr.Marhaiza binti Ibrahim .Tiada bantahan dikemukakan. SMKAA| 11

6.5 En. Mohd Zaini bin Samsudin mencadangkan AJK yang lama dikekalkan dan beliau turut mencadangkan agar En. Mohd Umar bin Ahmad dilantik menggantikan Dr. Radzman bin Ramli yang telah meletakkan jawatan. Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 6.6 Pengetua mengumumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa PIBG bagi lantikan guru dikekalkan dengan pindaan En. Muhamad Ammar Husaini bin Rosdi kepada En. Muhd Ali bin Zulkifli. Agenda 7 - MELANTIK DUA PEMERIKSA KIRA-KIRA SESI 2025 7.1 Dr. Marhaiza binti Ibrahim mencadangkan Pn. Huzaimah binti Muain dilantik sebagai pemeriksa kira-kira 1 dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. Manakala pihak sekolah mengekalkan Pn. Rohaizah binti Aziz sebagai pemeriksa kira-kira 2. AGENDA 8 – UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Ucapan Penangguhan Ibu bapa Tiada 8.2 Ucapan Penangguhan Pengetua SMK Agama Arau 8.2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang baharu dilantik dan ibu bapa yang telah banyak memberi sumbangan idea dan usaha untuk kebaikan sekolah. 8.2.3 Mengharapkan kerjasama yang erat daripada ajk PIBG dan semua ibu bapa dapat diteruskan dan semoga kecemerlangan dapat dicapai di SMKA Arau. SMKAA | 12SMKAA| 12

8.3 Ucapan Penangguhan Pengerusi 8.3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen yang baik dalam mesyuarat pada kali ini. 8.3.2 Beliau berharap ibu bapa memberi kepercayaan kepada ajk PIBG dan pihak sekolah untuk sama-sama meningkatkan prestasi sekolah ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.26 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, (MOHD ANAS BIN ALIAS) (EN. KAMARUL AZMAN BIN YAHAYA) Setiausaha PIBG, YDP PIBG, SMK Agama Arau, Perlis SMK Agama Arau, Perlis SMKAA| 13

Yang dihormati ahli-ahli PIBG, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana memberi kita kesempatan dan kekuatan untuk sama-sama berada di dalam Dewan Al-Faizin, SMK Agama Arau untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Agama Arau (TMUA) kali ke-46. Atas kesungguhan dan kerjasama yang berterusan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG SMKAA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih. Sepanjang sesi 2025 Ahli Jawatankuasa PIBG SMKAA sesi 2025 telah berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami demi mencapai cita-cita dan matlamat kita bersama. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab tersebut. Berikut ialah laporan beberapa kegiatan dan tindakan yang telah dilaksanakan oleh AJK pada sesi yang lalu.Laporan aktiviti PIBG SMKA Arau dari JuN 2025 hingga JUN 2026 SMKAA | 14

2. Kutipan Derma untuk PIBG Bagi tahun 2025, PIBG berjaya mengumpul wang / derma daripada sumber berikut:- · Derma PIBG · Dana PIBG · Derma/Infaq Individu · Derma daripada organisasi kerajaan dan swasta 3. Sumbangan kepada kegiatan dan aktiviti SMKAA Sila rujuk muka surat 19 sehingga muka surat 23SMKAA | 15

DISEDIAKAN OLEH : eN. Mohamad Jamil bin Nooroldzaman bENDAHARI PIBG SMKAA | 16 Penyata Kewangan PIBG SMKA Arau berakhir 31 Disember 2025

PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2025 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)SMKAA | 17PENERIMAAN PIBG BERMULA 1 JANUARI 2025

PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2025 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)SMKAA | 18PENERIMAAN PIBG BERMULA 1 JANUARI 2025

PERBELANJAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2025SMKAA | 19PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2025 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)

SMKAA | 20PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2025 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)PERBELANJAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2025

SMKAA | 21PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2025 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)PERBELANJAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2025

SMKAA | 22PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2025 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)PERBELANJAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2025

SMKAA | 23PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DERMA PIBG, DANA PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2025 (BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)PERBELANJAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2025

SMKAA | 24

Usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG smka arau kali ke- 46, 2026 USUL-USUL AHLI JAWATANKUASA PIBG 1. Bahawasanya mesyuarat agung PIBG kali ke-46 yang bersidang pada hari ini, 27 JUN 2026 memohon semua ahli PIBG supaya menerima cadangan AJK PIBG tentang perkara berkaitan pungutan derma PIBG SMKA Agama Arau seperti dalam lampiran A yang disertakan. USUL-USUL AHLI PIBG Tiada sebarang usul. SMKAA | 25

Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - jun 2026 program seminar keibubapaan SMKAA | 26 iftor jamaei 1447h

Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - JUN 2026 PROGRAM bantuan banjir & gotong royong pasca banjir SMKAA | 27

Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - JUN 2026 program kacau bubur asyura SMKAA | 28 INFAQ PIBG

Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - jun 2026 Program khatam al-quran penutup ihya ramadhan, sumbangan duit raya PIBG SMKAA | 29 majlis apreasasi huffaz

Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - jun 2026 projek menaikkan taraf bilik spbt SMKAA | 30

Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - jun 2026 Gotong-royong Madani SMKAA | 27 program jamuan hari raya Sumbangan Kepada keluarga guru dan muird yang kematian Ahli Keluarga SMKAA | 31

Mini album aktiviti PIBG dari Jun 2025 - jun 2026 jalinan kasih infaq@spm 2025 & 2026 SMKAA | 32

BIL AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1 BUKU MESYUARAT AGUNG DAN JEMPUTAN DAN TABUNG PIBG En. Mohd Anas bin Alias En. Mohamad Jamil bin Nooroldzaman 1.Menyediakan buku Mesyuarat Agung. 2. Mengedar surat jemputan kepada perasmi. 3. Memaklumkan kepada AJK jamuan jumlah kehadiran jemputan. 4. Menghantar surat jemputan kepada tetamu jemputan/ ibubapa dan mendapatkan kembali surat jawapan kehadiran daripada tetamu jemputan/ ibu bapa. (Google forms). 5. Menyediakan tabung derma surau dihadapan pintu masuk dewan. 2 SAMBUTAN Semua Guru Penolong Kanan Semua Guru Kanan Semua Jawatankuasa PIBG 1. Menyambut ketibaan VIP/ Jemputan/ Perasmi 3 BUKU PELAWAT Pn. Haulah binti Razali (K) 1. Menyediakan buku pelawat untuk ditandatangani perasmi. 4 PENDAFTARAN Pn. Raudhatul Madihah binti Amirrudin (K) Pn. Nur Akmal Balqis binti Razak Pn. Farah Hanani binti Roslan Pn. Nor Khatijah binti Othman 1. Menyediakan borang untuk pendaftaran (Google forms) kehadiran. 2. Mengedarkan buku Mesyuarat Agung kepada ibu bapa dan ahli. 3. Menyediakan meja pendaftaran dan lapik meja untuk pendaftaran. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Arau kali ke-46 Pengerusi : En. Ideris bin Abd Rahim (Pengetua) Timbalan Pengerusi : En. Kamarul Azman bin Yahaya (YDP PIBG) Naib Pengerusi I : Pn. Zainah binti Abdullah (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi II : En. Mohd Azahari bin Othman (PK HEM) Naib Pengerusi III : En. Massaudi bin Din (PK Ko-Kurikulum) Naib Pengerusi Iv : En. Mazrisyam bin Shariff (PK Tg 6) Setiausaha : En. Mohd Anas bin Alias Bendahari : En. Mohamad Jamil bin Nooroldzaman SMKAA | 33

5 PENCATAT MINIT Pn. Afifa binti Azizan (K) Pn. Rahiq binti Mohamad Rodi Cik Ahda binti Fauzi 1. Menycatat minit mesyuarat sepanjang mesyuarat berlangsung. 2. Menyerahkan Minit yang dicatat kepada Setiausaha PIBG yang dilantik. 3. Buku catatan minit, SU PIBG sedia ada akan sediakan, minta pencatat sediakan pen. 6 PERSEDIAAN TEMPAT SEBELUM & KEBERSIHAN DAN PENGEMASAN SEMULA TEMPAT En. Mohamad Iskandar Fitri bin Abdullah (K Sebelum) En Mohd Hafiz bin Md Nor En. Mohd Zubir bin Zainol En Muhammad Irfan bin Badrul En. Abdul Nizam bin Rahim En. Khairil bin Ab Kadir En. Mohd Afif Zuhdi bin Mohd Nor En. Mohd Syafiq bin Anuar Sukarelawan Murid 1. Menyusun kerusi untuk ibu bapa dan ahli yang akan hadir mengikut jumlah kehadiran daripada maklumbalas kehadiran yang diterima 2. Menyediakan meja pendaftaran lelaki dan perempuan. 3. Menyediakan 3 meja pencatat minit di sebelah kiri/ kanan dewan. 4. . Mengemas semula dewan agar kemas dan teratur. 7 BROSUR VIP / PERASMI En. Muhammad Syazwan Hariz b. Ismail (K) Muhammad Ali bin Zulkifli 1. Menyediakan rekabentuk yang sesuai dengan konsep sekolah. 2. Mendapatkan maklumat untuk isi kandungan pamplet. 3. Nama JK daripada setiausaha PIBG 4. Mengurus percetakan dan menghias pamplet untuk diserahkan kepada JK Sambutan. 8 FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI, MEDIA En. Mohd Nor Hafiz bin Hj Omar (K) En. Syamsul Amri bin Mohd Taharim Sukarelawan Murid 1. Merakam gambar sepanjang majlis berlangsung bermula ketibaan VIP sehingga akhir bagi tujuan pelaporan. 2. Bekerjasama dengan JK Dokumentasi 3. Menyalurkan maklumat melalui platfom media masa sekolah. 9 SIARAYA En. Shahruddin bin Shafie (K) En. Ahmad Zuhdi bin Abd Wahab En. Muhammad Syafiq bin Shaiful Bahari En. Arif Haris bin Mohamed Suhaimi 1. Menyediakan peralatan siaraya yang lengkap. 2. Memastikan mikrofon diuji sebelum majlis berlangsung. 3. Mengawal ubah siaraya dan memastikan audio dan visual seiring dengan majlis dan mengikut arahan pengurus majlis dan protokol. 4. Menyediakan back-up siaraya sekiranya berlaku masalah. 5. Menyimpan semua peralatan selepas digunakan. 10 JURUIRING PERASMI DAN PENGURUSAN En. Izamri bin Ishak 1. Mengiringi Perasmi ke bilik PIBG untuk minum pagi 2. Mengiringi Perasmi dan Pengurusan sekolah dari Bilik PIBGKe Dewan al-Faizin untuk majlis perasmian 3. Menentukan pergerakan masuk perasmi ke dalam dewan dengan kerjsama Juru acara majlis. 11 BACAAN DOA En Muhammad Haniff bin Ahmad 1. Membaca doa sebelum majlis dimulakan. SMKAA | 34

12 JAMUAN VIP Pn. Nurul Huda binti Ahmad Nurudin(K) Cik Nur Nazirah binti Mohamad Dzahir Pn. Nor Azliza binti Mat Arif 1. Mengurus jamuan yang melibatkan VIP/Perasmi . 2. Menyediakan keperluan-keperluan yang berkaitan 3. Jamuan akan berlangsung di Bilik Gerakan PIBG 4. Membuat tempahan makanan untuk jamuan 5. Menyediakan anggaran belanjawan. 13 JAMUAN IBU BAPA DAN GURU Pn. Azurah binti Ghazali (K) Pn. Rohaizah binti Aziz Pn. Maznah binti Mat Pn. Siti Noraida binti Salleh Pn. Siti Rofidah binti Abd Rahim 1. Mengurus jamuan yang melibatkan guru, ibu bapa 2. Menentukan menu. 3. Membuat tempahan makanan untuk jamuan 4. Menyediakan anggaran belanjawan. 14 PERSIAPAN PENTAS & BACKDROP Pn. Siti Sakinah binti Yahaya (K) Pn Tinny Zuraidah binti Abdul Pn. Asmaliza binti Ishak Pn. Nor Husna binti Ibrahim Pn. Farah Sakinah binti Ismail 1. Membuat atau menempah backdrop 2. Membuat anggaran belanjawan 3. Menceriakan keseluruhan pentas dengan hiasan bersesuaian (Lapik meja, bunga hiasan dll ). 4. Menyusun atur kerusi dan meja mesyuarat untuk acara mesyuarat agung untuk jawatankuasa PIBG. 5. Memastikan kerusi untuk tetamu/ vip/ perasmi dan di dalam dewan disusun mengikut keperluan majlis serta meja hadiah dan rostrum untuk pengacara majlis dan tetamu disediakan. 15 SEPANDUK/ BANNER En. Salman Bin Muhammad (K) En. Mohd Tarmizi bin Shuib 1. Memasang banner/ sepanduk di hadapan pintu masuk sekolah, di dewan/ di tempat yang bersesuaian. 16 LALU LINTAS & KESELAMATAN DAN PARKIR En. Abdul Manaf bin Ishak (K) En. Arif Farhan bin Mohd Azuan En. Mohd Syahmi bin Yusuff Sukarelawan Murid 1. Memastikan lalulintas berada dalam keadaan baik dan teratur. 2. Memastikan parking kereta jemputan/ perasmi ditentukan dan mereka meletakkan kenderaan ditempat yang ditentukan. 3. Memastikan ibu bapa dan guru meletakkan kenderaan di tempat yang ditentukan. 17 JURUACARA MAJLIS En. Mohd Fathull Najmi bin Ahmad (K) Pn. Nazzatulshima binti Zolkifli 1. Mengacara majlis sepanjang majlis berlangsung. 2. Menyediakan teks pengacaraan. 18 DOKUMENTASI Pn. Anis Najihah binti Ismail (K) 1. Mendapatkan gambar daripada JK Fotografi atau videografi dan menyediakan dokumentasi selewat- lewatnya seminggu selepas program berlangsung. SMKAA | 35

19 JURU KIRA UNDI En. Muhd Shuib bin Sheh Yusuff (K) En. Mohd Shahir bin Hamzatulhikmal En. Azfar Hafiz bin Yusof Mengira undi ketika sesi pemilihan Jawatankuasa PIBG yang baharu berlangsung. 2.Memaklumkan pengiraan kepada pengendali pemilihan AJK yang baharu. 20 HADIAH DAN CENDERAHATI Pn. Norfadilah binti Mohd Zin (K) Pn. Susilawati binti Wahab Pn. Radziah binti Khazali Cik Anis Aisyah binti Abdul Aziz 1.Menguruskan cenderahati kepada perasmi ketika diatas pentas. Menguruskan hadiah kepada cabutan bertuah (jika ada). SMKAA | 36

hubungi bahagian pendidikan islam, kementerian pendidikan malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Yayasan Islam Perlis Penasihat PIBG SMKA Arau (TMUA) Barisan Jawatankuasa PIBG SMKA Arau (TMUA) Guru dan kakitangan SMKA Arau (TMUA) Ibu bapa, waris, penjaga, dan seluruh warga SMKA Arau (TMUA) Serta Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke-46 tahun 2026. Terima kasih daun keladi, Kita jumpa di lain kali. Tulus penghargaan 04-9861246 https://smkaarau.edu.my Jalan Besar Arau, 02600 Arau, Perlis SMKAA (TMUA) Official on TikTok SMKAA | 37

BIL TINGKATAN/ BUTIRAN 1 2 3 4 5 6 BAWAH 6 ATAS A* Derma PIBG RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 b Kurikulum RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM80.00 RM80.00 RM30.00 RM80.00 c Kokurikulum RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 d Hal Ehwal Murid RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM10.00 RM20.00 e* Coway Asrama RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM40.00 JUMLAH RM150.00 RM150.00 RM150.00 RM200.00 RM200.00 RM140.00 RM200.00 Lampiran A DERMA PIBG TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2026 1. Jika tuan/puan mempunyai lebih daripada seorang anak yang sedang belajar di sekolah ini, maka anak kedua dan seterusnya dikecualikan daripada membayar bayaran (bil. A). Manakala bayaran (bil. E) untuk pelajar yang tinggal di asrama sahaja. 2. Bayaran boleh dibuat secara: Atas talian online (sistem herepay) ke akaun PIBG SMK Agama Arau (Bank Rakyat: 1101205691), 3. Semua bayaran akan dikeluarkan resit rasmi oleh guru kelas masing-masing, ibu bapa/waris perlu kemukakan slip transaksi sebagai bukti bayaran kepada guru kelas. SMKAA | 35