MEI BULETIN UTHM BITARA 2026

Created in Canva

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraANUGERAH PENERBITAN BUKU TERLARIS TERBITAN 2025 SEMPENA MAJLIS APRESIASI PENERBITAN PESTA BUKU UTHM 2026 (PESBUK 2026) Perbincangan Berkaitan Program Akademik Khas China Dengan Kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) BULETIN UTHM BITARA BULETIN UTHM BITARA EDISI MEI 2026 PROGRAM KECERGASAN UTHM BITARA 2.0 BERSAMA BERSAMA PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN DAN PUSAT WAKAF DAN ENDOWMEN Perbincangan Berkaitan Program SINO Dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) 20 Mei 2026 Dewan Badminton UTHM 19 Mei 2026 Bilik Perbincangan Kelestarian Kewangan, Aras Bawah Blok B3 21 Mei 2026 Bilik Perbincangan Kelestarian Kewangan, Aras Bawah Blok B3 06 Mei 2026 Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim UTHM >>>

SIDANG REDAKSI P E N A N U N G Prof. Dr. Wan Fauzi @ Wan Fauziah binti Wan Yusoff P E N Y E L A R A S K A N D U N G A N Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Nur Aizat bin Ahmad Ts. Dr. Muhamad Asyraf bin Hasim Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin Puan Nurulhidayah binti Basari E D I T O R Puan Siti Hajar binti Md. Hair (Khair) Puan Nurul Ain binti Juhari Puan Noraizah bin Wahab Puan Norhidayah bt Hanzah Cik Nurul Amanina binti Mohammad Jamal Encik Mohd Firdaus bin Mahmood F O T O G R A F I Encik Muhammad Hilmi bin Abd. Razak S I D A N G R E D A K S I Encik Ahmad Fahrulhafizee bin Ahmad Jofri Encik Mohamad Firdaus bin Zaini Encik Muhammad Haris Imran bin Saifol Bakhrin R E K A B E N T U K Cik Noor Raihana binti Md Nooh MEI 2026BULETINuthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara

ISI KANDUNGAN 1.Cadangan Kerjasama Strategik Malaysia - China Bagi Projek SINO Bersama Ejen Eurasion ARK Group (EAG) 2.Perbincangan Program Akadaemik Khas China Bersama Ejen CT Higher Education Limited 3.Perbincangan Berkaitan Program Akademik Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (BFF) Secara Separuh Masa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 4.Perbincangan Berkaitan Dengan Sino Program Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) 5.Program Kecergasan UTHM Bitara 2.0 Bersama Pejabat Kelestarian Kewangan & Pusat Wakaf dan Endowmen 6.Perbincangan Bagi Semakan Borang Rancangan Pengajaran & Pembelajaran (RPP) Bagi Pelaksanaan Micro-Credential MEI 2026BULETINuthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraMEI 2026BULETIN 22 Semua warga UTHM Bitara merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan editor buku Modul Research Methodology yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina Osman atas kejayaan meraih tempat Ke-3 Penerbitan Paling Laris bagi Tahun 2025 sempena Majlis Apresiasi Penerbitan yang berlangsung bersempena Pesta Buku UTHM 2026 (PESBUK 2026). Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak karya ilmiah berkualiti, memperkukuh budaya penerbitan akademik serta menyumbang kepada kecemerlangan dan kegemilangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. TTaahhnniiaahh!! Tahniah!

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraMEI 2026BULETIN 33 CADANGAN KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA - CHINA BAGI PROJEK SINO BERSAMA EJEN EURASION ARK GROUP (EAG) 06 MEI 2026 - Perbincangan ini telah diadakan antara Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim, ejen Eurasion Ark Group (EAG) dan wakil UTHM Bitara bagi membincangkan cadangan Kerjasama Strategik Malaysia–China melalui Projek SINO di UTHM. EAG diminta menyediakan cadangan program dan Letter of Intent (LOI) sebagai asas pelaksanaan projek, di samping mencadangkan penglibatan pensyarah UTHM dalam aktiviti pengajaran di universiti rakan kerjasama di China bagi memperkukuhkan kolaborasi akademik antarabangsa.

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara44 PERBINCANGAN PROGRAM AKADAEMIK KHAS CHINA BERSAMA EJEN CT HIGHER EDUCATION LIMITED 07 MEI 2026 - Perbincangan ini melibatkan Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim, wakil Pejabat Antarabangsa, wakil CT Higher Education Limited dan staf UTHM Bitara bagi membincangkan Cadangan Kerjasama Strategik Malaysia-China melalui pelaksanaan Projek SINO di UTHM. Fokus utama perbincangan adalah keperluan penyediaan dokumen rasmi seperti permohonan program dan Letter of Intent (LOI) sebagai asas pelaksanaan SINO Project 4+0 serta memperkukuhkan kerjasama akademik antara pihak terlibat. Selain itu, cadangan penglibatan pensyarah UTHM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di universiti rakan kerjasama di China turut dibincangkan bagi memperluas kolaborasi akademik antarabangsa dan perkongsian kepakaran. MEI 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraMEI 2026BULETIN 55 PERBINCANGAN BERKAITAN PROGRAM AKADEMIK SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM (BFF) SECARA SEPARUH MASA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM BINA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 12 MEI 2026 - Sesi perbincangan telah diadakan antara wakil Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), UTHM yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim bersama staf UTHM Bitara bagi membincangkan pelaksanaan Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (BFF) secara separuh masa. Perbincangan memfokuskan aspek struktur program, kewangan, keperluan akademik, kaedah penyampaian pembelajaran, kemasukan pelajar serta pengurusan program. Hasil perbincangan menunjukkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh pelaksanaan program sebagai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat, di samping mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi memastikan program dilaksanakan secara lebih efektif, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara66 PERBINCANGAN BERKAITAN PROGRAM SINO DENGAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP) 19 MEI 2026 - Sesi perbincangan telah diadakan antara pihak UTHM Bitara dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) bagi membincangkan pelaksanaan serta hala tuju Program SINO FKMP. Perbincangan memfokuskan aspek pembangunan program, kerjasama strategik, keperluan akademik, promosi program dan usaha meningkatkan penyertaan pelajar melalui pendekatan yang lebih fleksibel. Hasil perbincangan menunjukkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh pelaksanaan program, di samping mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian serta memperluaskan jaringan kerjasama dalam menyokong agenda pembelajaran sepanjang hayat dan keperluan industri. MEI 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraMEI 2026BULETIN 77 PROGRAM KECERGASAN UTHM BITARA 2.0 BERSAMA PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN DAN PUSAT WAKAF DAN ENDOWMEN 20 MEI 2026 - UTHM Bitara bersama Pejabat Kelestarian Kewangan dan Pusat Wakaf dan Endowmen telah dijemput menyertai sesi permainan badminton yang dianjurkan sebagai salah satu inisiatif bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama berpasukan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dalam kalangan warga universiti. Program santai ini turut menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat di samping memperkukuh jaringan komunikasi antara jabatan, selaras dengan usaha universiti dalam membudayakan kesejahteraan fizikal dan sosial dalam kalangan staf.

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraMEI 2026BULETIN PERBINCANGAN BAGI SEMAKAN BORANG RANCANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (RPP) BAGI PELAKSANAAN MICRO-CREDENTIAL 22 MEI 2026 - Sesi perbincangan bagi semakan Borang Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) untuk pelaksanaan Micro-Credential telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Aras 1, Pusat Pengajian Bahasa. Perbincangan ini melibatkan pihak CAD bagi memastikan kandungan dan struktur RPP yang dibangunkan menepati garis panduan serta standard pelaksanaan program Micro-Credential. Antara perkara yang dibincangkan termasuk penyelarasan hasil pembelajaran, kaedah penilaian, tempoh pembelajaran, serta kesesuaian kandungan kursus dengan keperluan semasa industri dan pembelajaran fleksibel. Sesi ini turut menjadi platform untuk berkongsi pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan Micro-Credential dapat dijalankan secara lebih sistematik, berkualiti dan memenuhi keperluan pembelajaran sepanjang hayat. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuhkan lagi pelaksanaan program Micro-Credential serta menyokong agenda pendigitalan dan pembelajaran inovatif institusi. 88

uthmbitara@uthm.edu.myuthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education UTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara@uthm.bitaraUTHM BITARA (Advanced Centre for Continuing Education) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia Tel: +607-4537017/7954 Email: uthmbitara@uthm.edu.my