Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menganjurkan International Laboratory Innovation Seminar 2026 (NaLIS 2026). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) atas kejayaan meneruskan penganjuran NaLIS pada tahun ini. Syabas juga kepada sekretariat serta semua peserta daripada pelbagai universiti dan agensi yang telah berkongsi hasil inovasi masing-masing. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua serta menyemarakkan budaya inovasi. Saya berharap NaLIS akan terus menjadi platform yang memperkasa budaya inovasi, menggalakkan perkongsian ilmu, serta membuka ruang kepada pembangunan bakat, khususnya dalam kalangan kakitangan bukan akademik. Seminar ini juga berperanan memperkenalkan teknologi baharu dan memberi keyakinan kepada warga makmal untuk mengetengahkan hasil inovasi yang berpotensi. Tema “Artificial Intelligence: Bridging Laboratory Innovation” amat bertepatan dengan perkembangan teknologi masa kini. Justeru, warga makmal perlu terus menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi memperkukuh amalan inovasi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang STEM. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran NaLIS 2026. Semoga seminar ini mencapai objektifnya dan memberi impak yang berterusan kepada pembangunan inovasi negara. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan International Laboratory Innovation Seminar 2026 (NaLIS 2026). Bagi pihak penganjur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan seminar ini, khususnya pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas kepercayaan yang diberikan kepada Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) untuk meneruskan penganjuran NaLIS. Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, NaLIS diwujudkan sebagai platform untuk memperkasa budaya inovasi dalam kalangan kakitangan makmal serta mengetengahkan potensi dan kepakaran mereka melalui perkongsian idea dan hasil inovasi. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) atas kesudian menyampaikan ucaptama, para penaja atas sokongan yang diberikan, serta semua pembentang dan peserta yang telah berkongsi ilmu, pengalaman dan inovasi sepanjang seminar ini. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan NaLIS 2026. Semoga seminar ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan budaya inovasi dan kecemerlangan makmal pada masa hadapan. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Borhanudin Bin Mohd Yusof @ Mohamed Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Pengarah, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
TEMA DAN BIDANG Tema Seminar NaLIS 2026 adalah: “KECERDASAN BUATAN (AI) MENGHUBUNGKAN INOVASI MAKMAL” Bidang seminar NaLIS 2026 dikategorikan seperti berikut: Analisis, Teknik & Teknologi Makmal Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pengurusan & Operasi Makmal Kualiti Makmal 9
LATAR BELAKANG 9 Makmal merupakan fasiliti utama yang menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi. Kemajuan sains dan teknologi telah membawa perubahan besar kepada operasi makmal melalui penggunaan instrumentasi moden, automasi, pendigitalan serta kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehpercayaan analisis. Selaras dengan tema NaLIS 2026, "Kecerdasan Buatan (AI) Menghubungkan Inovasi Makmal", AI kini menjadi pemangkin kepada transformasi ekosistem makmal dengan menghubungkan manusia, teknologi, data dan inovasi. Penggunaan AI bukan sahaja membantu mempercepatkan proses analisis dan membuat keputusan berasaskan data, malah meningkatkan kecekapan pengurusan makmal, kawalan kualiti, keselamatan, penyelenggaraan peralatan serta penyampaian perkhidmatan kepada penyelidik dan industri. Sehubungan itu, warga makmal perlu sentiasa meningkatkan kompetensi serta menguasai teknologi baharu agar dapat memanfaatkan AI secara beretika, berkesan dan bertanggungjawab. NaLIS 2026 menjadi platform untuk menghimpunkan pakar, penyelidik, pengamal industri dan warga makmal bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman serta inovasi yang memacu kecemerlangan makmal ke arah era digital.
OBJEKTIF 9 Penganjuran National Laboratory Innovation Seminar 2026 (NaLIS 2026) bertujuan untuk: 1. Menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan inovasi dalam pengurusan, operasi, teknologi instrumentasi serta pendigitalan makmal. 2. Meningkatkan kompetensi warga makmal melalui pendedahan kepada aplikasi kecerdasan buatan (AI), automasi dan teknologi digital yang menyokong transformasi makmal. 3. Memperkukuh sistem kualiti, akreditasi dan tadbir urus makmal bagi memastikan perkhidmatan analisis yang berkualiti, cekap dan memenuhi piawaian antarabangsa. 4. Memupuk budaya kerja yang mengutamakan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kelestarian alam sekitar melalui penggunaan teknologi dan inovasi. 5. Menggalakkan kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, industri, pengeluar teknologi makmal dan badan profesional di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. 6. Menghubungkan penyelidik, pengamal industri dan warga makmal melalui perkongsian idea, teknologi dan amalan terbaik yang mampu menghasilkan penyelesaian inovatif. 7. Memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan kreativiti bagi menyokong pembangunan ekosistem makmal yang lebih pintar, berdaya saing dan mampan. 8. Mengangkat inovasi makmal Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui penerapan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan, yang menyokong kecemerlangan penyelidikan, pendidikan dan industri.
PENYAMPAI UCAPTAMA
PENCERAMAH JEMPUTAN
PENCERAMAH JEMPUTAN
PENCERAMAH JEMPUTAN
PENCERAMAH JEMPUTAN
KETUA JURI
JURI
JURI
TENTATIF PROGRAM (21 JULAI 2026)
TENTATIF PROGRAM (21 JULAI 2026)