View STK TOPIK 5 flipbook.
TOPIK 5: KAEDAH FIQH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM SERI KARTINI BINTI JURAMI 70
Pada pengertian bahasa perkataan kaedah memberi erti tapak, asas dan prinsip. Manakala fiqh bererti al-fahmu iaitu kefahaman. Ia merupakan kaedah yang dirumus oleh ulamak berdasarkan dari ringkasan masalah-masalah fiqh terdahulu dan penelitian serta kefahaman mereka terhadap nas syarak (al-Quran dan AI-Hadis). Kaedah Fiqh berasal daripada dua perkataan bahasa Arab iaitu kaedah dan fiqh. Dari segi istilah, kaedah fiqh bermaksud prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas (ayat) pendek dan mengandungi hukum-hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Pengertian Bahasa Pengertian Istilah Fiqh Kaedah dari kata dasar (ﺪﻌﻗ )dan fiqh dari kata dasar ( ﻪﻘﻓ ). Jamak (plural) kaedah fiqh ialah qawaid fiqhiyyah (ﻪﻴﻬﻘﻔﻟا ﺪﻋاﻮﻘﻟا). IKaedah fiqh membantu menjelaskan kaedah penetapan hukum sesuatu permasalahan yang berkaitan dalam skop perbincangannya dan dijadikan bahan pertimbangan dalam menetapkan sesuatu hukum permasalahan baru yang mampu berinteraksi dengan perubahan zaman. Namun ia tidak menduduki tempat sebagai dalil syarak. KAEDAH FIQH = Prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas (ayat) pendek dan mengandungi hukum-hukum umum yang sesuai dengan bahagian- bahagiannya KAEDAH = tapak, asas, prinsip. FIQH = kefahaman 71
ﺔﻤﻜﺤﻣ دةﺎﻌﻟاﺔﻤﻜﺤﻣ دةﺎﻌﻟا ﺐﻠﺠﺗ ﺔﻘﺸﻤﻟا ﺮﻴﺴﻴﺘﻟا ﺐﻠﺠﺗ ﺔﻘﺸﻤﻟا ﺮﻴﺴﻴﺘﻟا 3 4 Konsep Asas Kaedah Fiqh Dan Aplikasinya Konsep Asas Kaedah Fiqh Dan Aplikasinya الﺰﻳ ﻻ ﻦﻴﻘﻴﻟا ﻚﺸﻟﺎﺑ ﺎﻫﺪﺻﺎﻘﻤﺑ رﻮﻣﻻاﺎﻫﺪﺻﺎﻘﻤﺑ رﻮﻣﻻا الﺰﻳ ﻻ ﻦﻴﻘﻴﻟا ﻚﺸﻟﺎﺑ الﺰﻳ رﺮﻀﻟا 1 2 5 ﺎﻫﺪﺻﺎﻘﻤﺑ رﻮﻣﻻا DALIL RUJUKAN 1 Setiap Perkara Bergantung Kepada Niatnya Hadis riwayat Saidina Umar al-Khattab ىَﻮَﻧ ﺎَﻣ ٍ ءىِﺮْﻣا ﱢ ﻞُﻜِﻟ ﺎَﻤﱠﻧِإَو ،ِتﺎَﻴﱢﻨﻟﺎِﺑ ُ لﺎَﻤْﻋَﻷا ﺎَﻤﱠﻧِإ Maksudnya:“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan”. Niat bermaksud sesuatu lintasan dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara. Kedudukan niat sangat penting kerana ia mempunyai pelbagai fungsi dalam menentukan setiap amalan yang dilakukan dan memberi rentetan kesan kepada pelakunya dalam pelbagai masalah hukum. Dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan, niat berperanan menentukan kedudukan dan hukum setiap aktiviti kajian dan produk yang dihasilkan. Selain diiktiraf oleh Islam peranan niat dalam aktiviti tersebut juga boleh mencapai status ibadah umum dan amal jariah. Secara umumnya perkembangan sains, teknologi dan kejuruteraan selagi mana ia bertujuan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak bercanggah dengan prinsip syarak adalah diterima dalam Islam. Kaedah ini menjelaskan bahawa kedudukan atau hukum sesuatu amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan, adalah bergantung kepada niat atau tujuan pelakunya. PERBINCANGAN KAEDAH ﺔﻤﻜﺤﻣ دةﺎﻌﻟا الﺰﻳ رﺮﻀﻟاالﺰﻳ رﺮﻀﻟا ﺐﻠﺠﺗ ﺔﻘﺸﻤﻟا ﺮﻴﺴﻴﺘﻟا الﺰﻳ ﻻ ﻦﻴﻘﻴﻟا ﻚﺸﻟﺎﺑ ﺎﻫﺪﺻﺎﻘﻤﺑ رﻮﻣﻻا 72