View Pink and Green Illustrative Playful Portfolio Cover A4 Document 20260826 093108 0000 flipbook.
TAJUK TUGASAN: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA KELAS:DTK1A NAMA PENSYARAH : ENCIK MARZUKI BIN SEPIAAIL
1.NUR IRDANIA ALISSYA (01DTK26F1052) Mencari maklumat berkaitan projek, mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber, membuat carian maklumat yang berkaitan dengan tugasan 2.DELISYA HALIMI (01DTK26F1054) Menyusun serta memperkemaskan hasil akhir dokumen, membuat semakan akhir sebelum penyerahan tugasan 3.ANIS BATRISYA (01DTK26F1006) Membentangkan tugasan yang diasedikan oleh ahli kumpulan 4.NUR AZWA SAFRINA (01DTK26F1012) Menyunting dan menyemak kandungan, menyemak serta membetulkan tatabahasa dan ejaanNAMA AHLI KUMPULAN & PEMBAHAGIAN TUGAS
Pengenalan.........................................................................4 Objektif Kajian....................................................................5 Maksud Kesepaduan Nasional Malaysia........................6 Menghayati Pengalaman Malaysia:Dari Kesatuan ke Perpaduan...........................................................................7 Proses Menyatupadukan..................................................8 Kemajmukan Malaysia: Pengenalan Ringkas.................9 Perpaduan Nasional, Integrasi Nasional dan Integrasi Wilayah.................................................................................10 Tragedi 13 Mei 1969: Detik Perpaduan vs Detik Perbezaan............................................................................11 Detik Perpaduan: Sukan Bola Sepak..............................12 Detik Perp aduan: Kesihatan............................................13 Kesimpulan........................................................................14 sumber rujukan............................................15ISI KANDUNGAN
PENGENALANPengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra- kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran). k
OBJEKTIF KAJIANMemupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Mengukuhkan hubungan antara kaum Membina identiti nasional yang kukuh Meningkatkan toleransi dan sikap saling menghormati Mewujudkan masyarakat yang inklusif dan harmoni Mengurangkan konflik dan perpecahan masyarakat
MAKSUD KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA Kesepaduan nasional merujuk kepada keadaan masyarakat yang hidup dalam suasana aman,harmoni dan saling berkerjasama walaupun mempunyai perbezaan dari segi kaum,agama, budaya bahasa dan latar belakang. Kesepaduan nasional penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat hidup bersama dengan mengamalkan sikap toleransi,rohmat - menghormati dan saling memahami
MENGHAYATI PENGALAMAN MALAYSIA :DARI KESATUAN KE PERPADUANSEJARAH MENCARI KESATUAN
PROSES MENYATUPADUKANUsaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar- menawar, perundingan dan mediasi. PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
KEMAJMUKAN MALAYSIA: PENGENALAN RINGKAS Ketiga-tiga etnik majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap etnik mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang masih dikekalkan hingga kini. bekerakyatan dan hidup di bawah satu bentuk pemerintahan demokrasi raja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Namun, mereka masih dapat disatukan dalam satu ikatan. Selain itu, Malaysia juga mempunyai suku kaum lain seperti Serani, Orang Asli di Semenanjung, Bajau, Kadazan dan Murut di Sabah serta Kedayan, Melanau dan Iban di Sarawak. Dari segi agama, masyarakat Malaysia menganut agama seperti Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfucious, Taois, Animisme dan lain-lain.
PERPADUAN NASIONAL Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. INTEGRASI NASIONAL Integrasi nasional bermaksud satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. INTEGRASI WILAYAH Integrasi wilayah ialah satu konsep persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka. Dalam konteks Malaysia, wilayah boleh diertikan sebagai kawasan yang meliputi entiti geografi serta sempadan politik iaitu wilayah yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
TRAGEDI 13 MEI 1969DETIK PERPADUAN VS DETIK PERBEZAAN Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika: Pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya.
Detik Perpaduan: Sukan Bola Sepak
Detik Perpaduan: Kesihatan
KESIMPULANdalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian tersebut. Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan. Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyatnya memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh, sementara hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera Melayu, turut menyumbang ke arah kelahiran sebuah negara yang bersatu dari segi kaum dan wilayah. Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini. kemajuan dan keutuhan bangsa.
Sumber rujukan•http://kemasyarakatandanperpaduanpsa.blogspot.com/ •https://www.mindmeister.com/1883612602/topik-4- pemantapan-kesepaduan-nasional-malaysia •Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2009