Created in Canva
KATA ALU-ALUAN Spring of Life Community Church Tambunan | 03 Mentari pagi menyinari laman, Burung bernyanyi memuji Tuhan, Hadir saudara membawa harapan, Kasih Kristus menguatkan pelayanan. Shalom, dengan syukur kami menghargai kehadiran semua pada majlis ini bersama kami. Kehadiran tuan puan amat penting, menjadi sokongan iman, doa, dan tanda kasih bagi pembangunan rumah Tuhan. Firman Tuhan berkata, “Di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, Aku ada di tengah-tengah mereka” — Matius 18:20. Bunga mekar di tepi halaman, Harumnya lembut menyentuh rasa, Terima kasih atas kehadiran, Tuhan memberkati kita sentiasa.
ISI KANDUNGAN Spring of Life Community Church Tambunan | 02 Pembuka Kata.... Ucapan Alu-aluan Ps Nekho Edward Profile Gereja Objektif Program Atur Cara Majlis Sumbangan & Tajaan Senarai Penyumbang dan Penderma Rancangan Pembangunan Gereja Persembahan & Aktiviti Sampingan Jawatan Kuasa Pelaksana Ucapan Terima Kasih & Doa Penutup
KATA ALU-ALUAN Spring of Life Community Church Tambunan Spring of Life Community Church Tambunan | 04 Ps Nekho Edward Gembala Gereja “Muliakanlah Tuhan dengan hartamu dan dengan hasil pertama dari segala penghasilanmu.” — Amsal 3:9 Salam damai, Salam sejahtera dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana pada hari ini kita dapat berkumpul,sebagai tanda satu hati dan satu tujuan, iaitu untuk menyokong pembangunan Gereja Spring of Life Community Church Tambunan. Makan amal ini merupakan tanda kasih, iman dan kesatuan umat Tuhan. Saya percaya bahawa apabila umat Tuhan memberi dengan sukacita, Tuhan akan mencukupkan, memberkati dan membuka jalan menurut kehendak-Nya. Kerinduan kami adalah untuk melihat sebuah bangunan gereja yang dapat menjadi rumah doa, tempat penyembahan, pengajaran firman Tuhan, pelayanan kanak-kanak, belia, keluarga dan masyarakat. Saya mengajak semua yang hadir untuk terus mendukung pelayanan ini dalam doa, kasih dan pemberian. Kiranya setiap sumbangan menjadi benih iman yang menghasilkan buah bagi kemuliaan Tuhan. Terima kasih atas kehadiran, sokongan dan sumbangan daripada kemurahan hati semua. Segala kemuliaan hanya bagi Tuhan.
Profile Gereja Spring of Life Community Church Spring of Life Community Church Tambunan | 05Spring of Life Community Church Tambunan merupakan sebuah komuniti gereja Kristian yang terletak di Tambunan, Sabah, Malaysia. Gereja ini membawa slogan pelayanan “Flowing Heavenly Life”, yang menggambarkan Pelayanan kehidupan surgawi yang mengalir melalui kasih Kristus, Firman Tuhan, dan pelayanan kepada sesama. Sebagai sebuah gereja yang berpusat kepada Tuhan Yesus Kristus, Spring of Life Community Church Tambunan berusaha menjadi tempat pertumbuhan iman, persekutuan, pelayanan bagi jemaat serta komuniti sekitar daerah Tambunan. Spring of Life Community Church Tambunan bernaung di bawah Christian Organization Sabah Alliance (COSA). Gereja ini telah bermula pada tahun 2014 melalui ibadah dan pelayanan yang dijalankan di sebuah shop lot/kedai. Sejak awal penubuhannya, gereja ini berkembang melalui pelayanan Firman Tuhan, persekutuan jemaat, doa, pemuridan, serta pelayanan kepada keluarga dan komuniti setempat. Pada tahun 2020, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), gereja terpaksa memberhentikan sewaan tempat ibadah. Sejak itu, ibadah dan persekutuan dijalankan di rumah-rumah jemaat. Walaupun berhadapan dengan keterbatasan tempat, jemaat tetap setia beribadah, melayani, dan bertumbuh dalam iman kepada Tuhan Yesus Kristus. Kini, Spring of Life Community Church Tambunan terus melangkah dengan iman untuk membangunkan sebuah bangunan gereja yang lebih tetap, selesa, dan sesuai bagi menampung keperluan ibadah, pelayanan, pemuridan, pembangunan rohani, serta pelayanan komuniti. Nilai teras Spring of Life Community Church Tambunan adalah menjadikan Kristus sebagai pusat kehidupan dan pelayanan, Firman Tuhan sebagai dasar iman, doa sebagai kekuatan gereja, kasih sebagai gaya hidup jemaat, pemuridan sebagai panggilan utama, kesatuan sebagai tubuh Kristus, dan pelayanan sebagai bukti iman yang hidup. SOLCC mempunyai jumlah jemaat seramai kira-kira 300 orang yang tersebar di beberapa kampung sekitar daerah Tambunan, termasuk Kg Pialungan, Kg Kirokot, Kg Patau, Kg Narayat, Kg Sunsuron, Kg Kinabaan, Kg Katagayan, Kg Toboh, Kg Mogong, Kg Sungoi, Kg Papar, Kg Nambayan, Kg Kiawayaan, dan Kuala Monsok. Kepelbagaian lokasi jemaat ini menunjukkan jangkauan pelayanan gereja yang semakin berkembang dalam komuniti setempat. Dengan pertolongan Tuhan, SOLCC percaya bahawa gereja bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi sebuah komuniti iman yang dipanggil untuk menyembah Tuhan, membina kehidupan rohani, mengasihi sesama, dan menjadi berkat kepada masyarakat. Gereja ini terus bergerak dalam iman untuk melihat kehidupan dipulihkan, keluarga dikuatkan, generasi dibangunkan, dan nama Tuhan dimuliakan di Tambunan dan sekitarnya.
Spring of Life Community Church Tambunan | 06OBJEKTIF PROGRAM MAKAN AMAL Program Makan Amal ini dianjurkan sebagai satu platform untuk mengumpul dana bagi menyokong pembangunan Spring of Life Community Church (SOLCC) Tambunan serta memperkukuhkan hubungan antara jemaat, rakan pelayanan, komuniti dan para penyumbang dalam semangat kasih Kristus. Objektif Khusus 1. Mengumpul Dana Pembangunan Gereja Mengumpulkan dana bagi membiayai pembangunan bangunan gereja serta kemudahan lain yang menyokong perkembangan pelayanan Spring of Life Community Church (SOLCC). 2. Memperkenalkan Visi dan Misi Gereja Memberikan pendedahan kepada masyarakat, para penyumbang dan tetamu mengenai visi, misi, sejarah serta hala tuju pembangunan SOLCC melalui Majlis ini. 3. Menggalakkan Penglibatan Jemaat Memberi peluang kepada seluruh warga gereja untuk melayani mengikut karunia masing-masing melalui penglibatan sebagai jawatankuasa, sukarelawan, penyumbang, penaja dan peserta program. 4. Memupuk Semangat Kesatuan Mengukuhkan hubungan kekeluargaan, perpaduan dan kerjasama antara jemaat, gereja-gereja, organisasi Kristian serta masyarakat setempat dalam menjayakan satu matlamat bersama. 5. Membina Jaringan Kerjasama Mengeratkan hubungan strategik dengan pemimpin masyarakat, agensi kerajaan, sektor korporat, organisasi Kristian, rakan pelayanan dan para penaja sebagai rakan pembangunan gereja.
ATUR CARA MAJLISMakan Amal Pembangunan Gereja Spring of Life Community Church Tambunan | 07 Atur cara tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.9.00 malam Ucapan terima kasihDoa Berkat Makan & Jamuan Masa Acara 6.00 Petang 4.30 petang 5.00 petang 5.05 petang Persembahan khas/ Tajaan Lagu Doa & Alu Aluan Ketibaan tetamu dan pendaftaran Ucapan Perasmian Ps Padan - COSA Zon Pedalaman Cabutan bertuah / aktiviti sampingan Ucapan Pastor SOLCC , Ps Nekho Edward Cabutan Bertuah / Aktiviti SampinganUcapan- Ps Johney Malibin Wakil MGG TambunanMajlis dijangka Selesai6.30 PetangPersembahan khas/ Tajaan LaguCabutan Bertuah / Aktiviti Sampingan
VISI PEMBANGUNAN Sasaran dan tujuan pembangunan Spring of Life Community Church Tambunan | 06 Pembangunan gereja ini bertujuan menyediakan ruang pelayanan yang lebih teratur, selesa dan memberi kesan kepada generasi kini serta generasi yang akan datang.Ruang Ibadah Belia & Keluarga Kemudahan Asas Rumah Doa Sekolah MingguPelayanan Komuniti Ruang ibadah yang selesa dan dapat menampung lebih ramai jemaat. Ruang persekutuan, latihan kepimpinan dan pemuridan keluarga. Dapur, pejabat, tandas dan keperluan operasi gereja yang lebih teratur. Tempat pelayanan kanak-kanak untuk pembentukan iman sejak kecil. Tempat penyembahan, penginjilan dan pemulihan bagi jiwa-jiwa. Ruang serbaguna untuk doa, pemulihan, pendidikan dan kasih praktikal.
PELAN BANGUNAN GEREJA Ruang untuk visual pembangunan Spring of Life Community Church Tambunan | 11
JAWATANKUASA INDUK Senarai petugas dan biro pelayanan Spring of Life Community Church Tambunan | 08Pengerusi : Pastor Nekho EdwardMakanan & Katering 1.Molitah Inggit 2.Hasnah Kunsalam 3.Jennifer Oswald Teknikal & Floor Manager 1.Uweno Glenn 2.Janarius Jonathan Tiket Bertuah dan Hadiah 1.Kelly JautiSetiausaha : Pn Rosalindah ThienBendahari : Ps Neomi PapunAJK : Pastoral & BentaraSusun Atur & Hiasan 1.Agnes 2.Rohani MajumaPersembahan & MC 1.Bella Edward 2.Rosalindah Thien 3.Kelly JautiTag Nama 1.Sitah DawatKeselamatan & Kebersihan 1.Alexius MariusPendaftaran dan Doorgift 1.Linda Dick 2.Elin Mail 3.
CARA TERUS MEMBANTU Sumbangan selepas majlis Spring of Life Community Church Tambunan | 13 SUMBANGAN TUNAI / BANK SUMBANGAN BAHAN / TENAGA Nama Akaun. : SPRING OF LIFE COMMUNITY CHURCH Nama Bank. : BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) Nombor Akaun : 1213 7411 000 364 09 Rujukan. : Dana Bangunan SOLCC Tambunan Bagi yang ingin menyumbang bahan binaan, peralatan, kepakaran atau tenaga kerja, sila hubungi: Nama: Ps Nekho Edward Telefon: 01131 633886 Sokongan anda amat bermakna. Setiap pemberian, doa dan pelayanan adalah bahagian daripada pembangunan Gereja ini.
BORANG KOMITMEN Sumbangan bulanan pembangunan gereja Spring of Life Community Church Tambunan | 14 JIKA ANDA BERMINAT MENGISI BORANG INI, SILA BERHUBUNG DENGAN PS NEKHO EDWARD Saya ingin memberi komitmen untuk menyokong pembangunan Gereja Spring of Life Community Church Tambunan. Nama No. Telefon Tandatangan Alamat / Catatan Tempoh Komitmen Kaedah Sumbangan Jumlah Komitmen Bulanan Tarikh Tunai Bank Transfer E-Wallet Bahan / Tenaga
HALAMAN PESANAN & DOA Tuliskan pesanan, doa atau kata dorongan Spring of Life Community Church Tambunan | 16 Tuliskan pesanan, doa atau kata-kata dorongan anda sebagai kenangan dan sokongan kepada pembangunan Gereja Spring of Life Community Church Tambunan. Doa anda adalah sokongan rohani yang amat berharga bagi kami.
UCAPAN TERIMA KASIH Doa penutupmajlis Spring of Life Community Church Tambunan | 17 Dengan penuh kasih dan penghargaan, pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada: 1. Tuhan Yesus Kristus, sumber segala berkat dan pertolongan. 2. Semua tetamu yang hadir dalam majlis makan amal ini. 3. Semua jemaat, keluarga dan sahabat pelayanan. 4. Para penyumbang, penderma dan penaja. 5. Jawatankuasa penganjur dan semua sukarelawan. 6. Pihak katering, penyedia tempat, juruteknik, pencetak dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 7. Semua pihak yang mendoakan dan menyokong pembangunan gereja ini. Kiranya Tuhan membalas setiap kasih, pengorbanan dan kemurahan hati semua dengan berkat yang melimpah.
UCAPAN TERIMA KASIH Kepada Semua Yang sudah Menyumbang Spring of Life Community Church Tambunan | 17
UCAPAN TERIMA KASIH Kepada Semua Yang sudah Menyumbang Spring of Life Community Church Tambunan | 17 1.Dato Victor P Paut 2.COSA Zon Pedalaman 3.MGG Tambunan 4.Calvary Charismatic Church Tambunan 5.SIB Tambunan 6.SIB Kingdom Faith 7.MyGood Farmacy 8.KL Enterprise 9.JayaMas 10.BorneoTop 11.BCCM Tambunan 12.SOLCC KK 13.JLCM Tambunan 14.Bethel Adulam House 1.Edward Family 2.Nekho Family 3.PEKA Family 4.Ps Bryen Camar Family 5.Yahina Family 6.Ps Davester Family 7.Julia Jairin Family 8.Dinis Family 9.Sitah Family 10.Likius Family 11.Rosalindah Family 12.Alexius Family 13.Rosalina Family 14.Zoe Zackle Family 15.Kennedy Family 16.Edrina Family 17.Rick Arnold Family 18.Jenny Family 19.Nesmona Family 20.Aloysius Family 21.Elin Family 22.Hendry Kopo Family 23.Reza Family 24.Farah Jaan Family 25.Jauti Family Maaf, Masih Banyak penyumbang yang tidak tersenarai namun telah menyumbang 1.Linah Otot Family 2.Ordy Family 3.Rohani Family
SPRING OF LIFE COMMUNITY CHURCH TAMBUNAN “Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, kerana apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah.” — Galatia 6:9 Maklumat Gereja Telefon: 011 31 633 886 Email: springlifecc@gmail.com Facebook / Tiktok: @SOLCCTambunan Terbitan: Biro Dokumentasi SOLCC Tambunan Cetakan Pertama: 2026