Created in Canva
BUKU PANDUAN PROJEK TAHUN AKHIR REKA BENTUK MAGIC STORY FRAME DIREKACIPTA OLEH : ARISSA DANIA HUMAIRAH & NIK NUR ARDINI ARISYA
Magic Story Frame berasaskan puppet merupakan alat bantu mengajar interaktif yang menggabungkan elemen bingkai cerita dan patung (puppet) bagi meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Pendekatan ini memberi pengalaman pembelajaran yang lebih hidup melalui lakonan, dialog, dan interaksi langsungPengenalan
Objektif ProdukMeningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam sesi bercerita di taska melalui pendekatan interaktif yang menyeronokkan dan mendidik.Membantu kanak- kanak memahami dan menghayati nilai-nilai murni serta isi cerita secara aktif. Mengurangkan kebergantungan kanak-kanak terhadap gajet seperti YouTube semasa sesi bercerita di taska
Sasaran Pengguna Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun Pendidik TASKA Ibu-bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran di rumah
Konsep Reka Bentuk Magic Story Frame berfungsi sebagai bingkai cerita yang boleh ditukar-tukar visualnya mengikut jalan cerita.Ciri utama: Visual berwarna dan menarik Kad cerita boleh tukar (interchangeable) Elemen sentuhan (hands-on) Saiz sesuai untuk kanak- kanak taska Selamat dan tahan lasaka) bingkai cerita (frame) sebagai latar B) puppet (patung tangan) sebagai watak
CARA PENGGUNAAN 1. MASUKKAN HAND PUPPET DI POKET KIRI DAN KANAN 2.MASUKKAN KAD CERITA DI DALAM POKET PADA BELAKANG TV 3.MASUKKAN LATAR BELAKANG CERITA DI RUANG ATAS TV YANG DISEDIAKAM 4.HIDUPKAN LAMPU DI DALAM TV 5.HIDUPKAN LAMPU DI SETIAP KAKI TV 6.BOLEH MULA BERMAIN CARA PENYIMPANAN 1.SIMPAN LATAR BELAKANG KE DALAM BEG KHAS 2.SIMPAN HAND PUPPET KE DALAM BEG KHAS 3.TUTUP SEMUA LAMPU DI DALAM TV & DI KAKI TV 4.TANGGALKAN TV & SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMATCara Penggunaan & CARA PENYIMPANAN
1.belalang dan burung hantuPada zaman dahulu, hiduplah seekor belalang yang sangat suka menyanyi tanpa henti. Siang dan malam, suaranya bergema di hutan sehingga mengganggu haiwan lain. Suatu malam, seekor burung hantu yang bijaksana datang menegur, “Wahai belalang, menyanyi itu baik, tetapi jangan sampai mengganggu orang lain.” Namun belalang tidak mengendahkan nasihat itu. Dia terus menyanyi dengan lebih kuat. Burung hantu yang tidak tahan akhirnya berpura-pura memuji suara belalang dan meminta belalang datang dekat untuk menyanyi dengan lebih jelas. Tanpa berfikir panjang, belalang pun terbang menghampiri. Akhirnya, belalang menjadi mangsa burung hantu.
2.singa dan harimauPada zaman dahulu, seekor singa dan harimau sering bertelagah tentang siapa yang paling kuat di hutan. Suatu hari, mereka bertemu dan bertengkar dengan hebat. “Aku raja rimba!” kata singa. “Tidak! Aku lebih gagah!” balas harimau. Pergaduhan mereka menjadi semakin sengit sehingga kedua-duanya keletihan dan cedera. Ketika itu, seekor pemburu datang ke hutan. Melihat singa dan harimau yang lemah, pemburu dengan mudah menangkap kedua-duanya. Akhirnya, mereka menyesal kerana bergaduh tanpa sebab. Pengajaran: Pergaduhan hanya merugikan diri sendiri.
3.sang kancil mengira buayaPada zaman dahulu, Sang Kancil terkenal dengan kepintarannya. Suatu hari, dia ingin menyeberangi sungai tetapi sungai itu dipenuhi buaya. Sang Kancil mendapat idea. Dia memanggil buaya dan berkata, “Aku diutus raja untuk mengira jumlah kamu semua.” Buaya yang tamak ingin mendapat ganjaran, lalu berbaris dari tepi ke tepi sungai. Sang Kancil pun melompat di atas setiap buaya sambil berpura-pura mengira, “Satu, dua, tiga…” Apabila sampai di seberang, Sang Kancil terus melarikan diri sambil ketawa. Buaya-buaya sedar mereka telah ditipu, tetapi semuanya sudah terlambat. Pengajaran: Kebijaksanaan boleh menyelamatkan diri, tetapi jangan gunakan untuk menipu secara berlebihan.
4.sang kancil & harimau yang sombongHarimau selalu berasa dia paling hebat di hutan. Dia suka menakut- nakutkan haiwan lain. “Akulah paling kuat di hutan ini! Tiada siapa boleh lawan aku!” kata Harimau dengan bangga. Semua haiwan takut kepadanya, kecuali Sang Kancil yang sentiasa tenang. Pada suatu hari, Harimau berjumpa Kancil di tepi sungai. “Hey Kancil! Aku boleh menangkap kamu dengan mudah!” kata Harimau. Kancil tersenyum dan berkata, “Wahai Harimau, kamu memang kuat. Tapi adakah kamu berani menyeberangi sungai itu?” Harimau melihat sungai yang dalam dan deras. Dia mula ragu-ragu. Kancil kemudian berkata lagi, “Sungai itu ada arus yang kuat. Hanya haiwan yang paling bijak boleh menyeberang tanpa bahaya.” Harimau ingin membuktikan dia hebat. Dia terus terjun ke dalam sungai tanpa berfikir panjang . Air sungai yang deras menghanyutkan Harimau ke hilir. Dia bergelut untuk naik ke tebing. Kancil segera menjerit, “Berhati-hati Harimau! Kekuatan sahaja tidak cukup tanpa kebijaksanaan!” Dengan susah payah, Harimau akhirnya selamat naik ke darat. Dia berasa sangat penat dan malu. Sejak hari itu, Harimau tidak lagi sombong. Dia mula belajar untuk berfikir sebelum bertindak.
5.sang kancil & burung hantu bijakDi dalam sebuah hutan yang luas dan tenang, tinggal Sang Kancil yang kecil tetapi pintar dan Burung Hantu yang bijak bernama Pak Hoo. Burung Hantu selalu berjaga pada waktu malam dan melihat semua yang berlaku di hutan. Dia sering memberi nasihat kepada haiwan lain supaya sentiasa berhati-hati. Sang Kancil pula suka berjalan-jalan pada waktu petang mencari makanan. Pada suatu hari, Kancil ingin mencari buah-buahan di kawasan hutan yang agak gelap. Dia melihat jalan yang berbelok-belok dan berasa ragu-ragu. Tiba-tiba, dia terdengar suara Burung Hantu dari atas pokok. “Wahai Kancil, jangan terus masuk ke kawasan itu seorang diri. Jalan itu gelap dan banyak bahaya,” kata Burung Hantu. Kancil berhenti seketika, tetapi dia masih ingin teruskan perjalanan. Burung Hantu kemudian berkata lagi, “Jika kamu mahu selamat, kamu perlu ikut jalan yang terang dan jangan tergesa-gesa.” Kancil berfikir sejenak. Akhirnya dia memutuskan untuk mendengar nasihat Burung Hantu. Dia mengikut jalan yang lebih selamat dan akhirnya berjaya sampai ke kawasan buah-buahan tanpa sebarang bahaya. Kancil sangat bersyukur. “Terima kasih Burung Hantu. Nasihat kamu menyelamatkan saya,” kata Kancil. Burung Hantu tersenyum dan berkata, “Bijaklah kamu kerana mahu mendengar nasihat.”
6.singa dan buaya di sungaiDi dalam sebuah hutan yang luas, terdapat seekor Singa bernama Leo yang kuat dan selalu berasa dia paling hebat di hutan. Tidak jauh dari situ, terdapat sebuah sungai yang dalam, tempat tinggal seekor Buaya bernama Budi dan kawan-kawannya. Pada suatu hari yang panas, Leo datang ke tepi sungai untuk minum air. “Akulah raja hutan! Semua haiwan mesti takut pada aku,” kata Leo dengan sombong. Tiba-tiba, Budi muncul dari dalam sungai. “Walaupun kamu kuat di darat, di air ini aku juga kuat,” kata Budi dengan tenang. Leo berasa marah. “Kalau begitu, mari kita uji siapa lebih hebat!” kata Leo. Budi tidak mahu bergaduh, tetapi dia setuju untuk menunjukkan kekuatan masing-masing dengan bijak. Budi mencadangkan, “Kalau kamu mahu menyeberangi sungai, cuba saja berjalan di atas air ini jika kamu benar-benar kuat.” Leo cuba melangkah ke dalam air, tetapi air sungai dalam dan arusnya kuat. Leo hampir terjatuh. Budi segera menolong Leo naik ke tebing. Leo berasa malu. Dia sedar bahawa setiap haiwan ada tempat dan kelebihan masing-masing. “Terima kasih, Budi. Saya tidak patut sombong,” kata Leo. Budi tersenyum, “Kita semua ada kekuatan sendiri. Tidak perlu bergaduh.” Sejak hari itu, Leo menjadi lebih rendah hati dan tidak lagi suka bermegah.
Pastikan bingkai tiada bucu tajam atau sudut berbahaya. Puppet tidak mengandungi bahagian kecil yang boleh tertelan. Saiz puppet dan bingkai disesuaikan dengan tangan kanak-kanak untuk mengelakkan tersedak atau kecederaan.Elemen Keselamatan
mudah alih dan tahan lama kos rendah interaktif dan menyeronokkan sesuai untuk pembelajaran berkumpulanKelebihan Projek
Magic Story Frame berasaskan puppet merupakan inovasi yang efektif dalam menyokong perkembangan bahasa kanak-kanak. Gabungan visual dan lakonan membantu meningkatkan penglibatan aktif serta menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna di taska.Penutup