Created in Canva
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraUTHM BITARA MEMACU AGENDA TVET KEBANGSAAN: PROGRAM TRAIN OF TRAINER (TOT) TENAGA PENGAJAR TVET Lawatan Rasmi UTHM Bitara Ke Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pendidikan Tinggi BULETIN UTHM BITARA BULETIN UTHM BITARA EDISI APRIL 2026 MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) DAN PERSATUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL MALAYSIA (PPTVM) Lawatan Pemeriksa Luar Program Master of Business Administration (MBA) Open & Distance Learning (ODL) 23 April 2026 Perpustakaan Tunku Tun Aminah 23 April 2026 Bilik Mesyuarat Kesidang, Aras 3, Bangunan Pejabat Pendaftar 07 April 2026 Kementerian Pendidikan Tinggi 27 -28 April 2026 Kementerian Pendidikan Tinggi >>>
SIDANG REDAKSI P E N A N U N G Prof. Dr. Wan Fauzi @ Wan Fauziah binti Wan Yusoff P E N Y E L A R A S K A N D U N G A N Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Nur Aizat bin Ahmad Ts. Dr. Muhamad Asyraf bin Hasim Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin Puan Nurulhidayah binti Basari E D I T O R Puan Siti Hajar binti Md. Hair (Khair) Puan Nurul Ain binti Juhari Puan Noraizah bin Wahab Puan Norhidayah bt Hanzah Cik Nurul Amanina binti Mohammad Jamal Encik Mohd Firdaus bin Mahmood F O T O G R A F I Encik Muhammad Hilmi bin Abd. Razak S I D A N G R E D A K S I Encik Ahmad Fahrulhafizee bin Ahmad Jofri Encik Mohamad Firdaus bin Zaini Encik Muhammad Haris Imran bin Saifol Bakhrin R E K A B E N T U K Cik Noor Raihana binti Md Nooh APRIL 2026BULETINuthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara
ISI KANDUNGAN 1. Lawatan Rasmi UTHM Bitara Ke Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pendidikan Tinggi 2. Perbincangan SINO Pendidikan Koperasi Asing Bersama Niu Fu Holdings Sdn. Bhd. 3. Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 4. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Blok B3 Bersama Pusat Wakaf & Endowmen (PWE), UTHM Bitara, Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew) 5. Mesyuarat Jabatan Latihan Berterusan Bil.2/2026 6. Lawatan Kerja Dan Perbincangan Think Education Sdn. Bhd. Berkaitan Cadangan Pelaksanaan Program Akademik Khas China Ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 7. Perbincangan Tawaran Program Eksekutif Koperasi & Lawatan Tapak 8. Perbincangan Berkaitan Program Akademik Khas (China) 9. Mesyuarat Pengurusan Program Professional Mutawwif Development International University College (PMDIUC) 10. Perbincangan Berkaitan Penawaran Dan Yuran Program Doctor Of Education (EDD) Separuh Masa 11. Mesyuarat Penyediaan Video Pembelajaran Bagi Modul Micro-Credential 12. Pembentangan Cadangan Program Eksekutif Kepimpinan & Pengurusan Strategik Koperasi UTHM 13. Perbincangan Kerjasama Strategik Malaysia Dan China Berkaitan Projek Program Pembelajaran Dua- Hala 14. Mesyuarat Berkaitan Pembangunan Modul Kursus ToT Pengajar TVET (Antarabangsa) 15. Program Kecergasan UTHM Bitara Jom Smash Bitara 16. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dan Persatuan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (PPTVM) 17. Lawatan Pemeriksa Luar Master Of Business Administration (MBA) Open & Distance Learning (ODL) 18. Borak UTHM Siri 1 Episod 2 : Pembelajaran Fleksibel. Bersama Prof. Dr. Wan Fauziah Wan Yusoff , Pengarah UTHM Bitara. 19. Mesyuarat Berkaitan Penawaran Kursus Bahasa Inggeris (Uzbekistan) 20. Perbincangan Kerjasama Strategik Malaysia-China Berkaitan Digital Intelligent ‘’Kaiwu’’ Workshop Projek 21. UTHM Bitara Memacu Agenda TVET Kebangsaan: Program Train of Trainer (ToT) Tenaga Pengajar TVET 22. Perbincangan Berkaitan Program Akademik Master of Technical and Vocational Education (MBV) Secara Separuh Masa 23. Perbincangan Berkaitan Program Akademik Master of Science in Industrial Management (MPE) Secara Separuh Masa Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan 24. Mesyuarat Proses Dan Pensijilan APEL Q 25. Sesi Taklimat Bersama Pemegang Data Bagi Audit Penarafan Setara 2026 26. Perbincangan Gerak Kerja Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) 2026 APRIL 2026BULETINuthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraAPRIL 2026BULETIN 22 Semua warga UTHM Bitara merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Wan Fauzi @ Wan Fauziah Binti Wan Yusoff, Pengarah UTHM Bitara atas kejayaan dinaikkan pangkat ke Profesor (VK6). Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam kepimpinan, seterusnya memperkukuh agenda pembangunan, memacu inovasi serta menyumbang kepada kejayaan dan kegemilangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. TTaahhnniiaahh!! Tahniah!
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraAPRIL 2026BULETIN 33 LAWATAN RASMI UTHM BITARA KE BAHAGIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 07 APRIL 2026 - UTHM Bitara telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh Pengarah UTHM Bitara bersama ketua-ketua jabatan. Kunjungan ini disambut oleh pihak KPT dan menjadi platform perbincangan strategik berkaitan pelaksanaan inisiatif stackable degree dan micro-credentials bagi memperkasa ekosistem pendidikan tinggi yang lebih fleksibel, relevan serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraAPRIL 2026BULETIN PERBINCANGAN SINO- PENDIDIKAN KOPERASI ASING BERSAMA NIU FU HOLDINGS SDN. BHD. 08 APRIL 2026 - Perbincangan memfokuskan pembahagian peranan, penyediaan dokumentasi sebelum Julai, serta penawaran program dan pengambilan pelajar dari China yang terhad kepada tiga program. Dua pendekatan dicadang (SINO dan pasaran terbuka), dengan keperluan MoU/MoA dan had pemindahan kredit 50%. Program tanpa akreditasi ditangguhkan, manakala program berakreditasi penuh diutamakan. PEMURNIAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 09 APRIL 2026- Perbincangan melibatkan pihak pengurusan UTHM bagi menyelaras dokumen Program China (SINO) dan menambah baik garis panduan Pembelajaran Sepanjang Hayat merangkumi proses pengurusan, penawaran pelajar, serta pelaksanaan program dalam dan luar negara. Penekanan turut diberikan kepada pemantauan, penilaian, dan penyelarasan peranan semua pihak bagi memastikan pelaksanaan program lebih sistematik, berkesan, dan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta reputasi universiti. 44
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraAPRIL 2026BULETIN 55 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT BLOK B3 BERSAMA UTHM BITARA, PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN (PKKEW), DAN PUSAT WAKAF DAN ENDOWMEN (PWE) 10 APRIL 2026- Penganjuran sebuah program dengan kerjasama UTHM BITARA , Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew) dan Pusat Wakaf dan Endowmen (PWE) yang menggabungkan pelbagai aspek, kerohanian, mental, emosi dan sosial dalam bersama meningkatkan produktiviti, kepuasan bekerja dan budaya kerja yang positif staf melalui perkongsian ilmu. MESYUARAT JABATAN LATIHAN BERTERUSAN BIL.2/2026 08 APRIL 2026- Mesyuarat Jabatan Latihan Berterusan Bil. 2/2026 telah diadakan di Bilik Ketua Jabatan Latihan Berterusan. Mesyuarat ini membincangkan kemaskini workspace kursus pendek bagi memastikan pencapaian KPI 2026 serta perancangan Kursus Train of Trainer (ToT) Tenaga Pengajar TVET Tahap 2 anjuran UTHM di KPT. Kursus tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 48 tenaga pengajar TVET daripada UMPSA, UTEM, UNIMAP dan JPPKK. Mesyuarat ini berjaya merangka hala tuju yang lebih jelas bagi memastikan pelaksanaan kursus yang lebih teratur, berkesan dan memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan TVET negara.
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraLAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN THINK EDUCATION SDN. BHD. BERKAITAN CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM AKADEMIK KHAS CHINA KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 14 APRIL 2026 - UTHM menerima lawatan Think Education Sdn. Bhd. bagi membincangkan penawaran program akademik kepada pelajar antarabangsa melalui kerjasama ejen pendidikan. Perbincangan memfokuskan program seperti Sains Makanan, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal, serta meliputi syarat kemasukan, keperluan akademik, struktur kurikulum dan kaedah pelaksanaan program. 66 PERBINCANGAN TAWARAN PROGRAM EKSEKUTIF KOPERASI & LAWATAN TAPAK 14 APRIL 2026 - Sesi perbincangan akhir Program Eksekutif Kepimpinan & Pengurusan Strategik Koperasi telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan program yang telah mendapat kelulusan Senat UTHM sebelum penawaran rasmi dibuat. Perbincangan melibatkan pihak UTHM Bitara, UET, JBS dan Jabatan Latihan Berterusan, serta turut disusuli lawatan tapak ke MyRIVET bagi meninjau fasiliti pelaksanaan program. Program ini diharap dapat melahirkan kepimpinan koperasi yang lebih berdaya saing dan strategik. APRIL 2026BULETIN
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraPERBINCANGAN BERKAITAN PROGRAM AKADEMIK KHAS (CHINA) 15 APRIL 2026 - Perbincangan memfokuskan pelaksanaan Program Akademik Khas China (SINO 3+0), termasuk penyediaan proposal, pengiraan kos, kemudahan penginapan pelajar dan bahan pembelajaran. Turut dibincangkan pengurusan dokumentasi seperti lantikan pensyarah bagi memastikan pelaksanaan program lebih tersusun dan efisien. MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PROFESSIONAL MUTAWWIF DEVELOPMENT INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE (PMDIUC) 15 APRIL 2026 - Mesyuarat Pengurusan Program Professional Mutawwif Development International University College (PMDIUC) membincangkan aspek pengurusan dan pelaksanaan program, termasuk kos kohort ke-3, bayaran berkaitan, pelantikan staf, perolehan aset bilik kuliah serta perancangan majlis penghargaan AJK Konvokesyen PMDIUC. Mesyuarat ini berjaya merangka strategi pelaksanaan yang lebih sistematik bagi memperkukuh pembangunan program profesional mutawwif. 77 APRIL 2026BULETIN
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraAPRIL 2026BULETIN 88 PERBINCANGAN BERKAITAN PENAWARAN DAN YURAN PROGRAM DOCTOR OF EDUCATION (EDD) SEPARUH MASA 16 APRIL 2026 - Perbincangan meneliti penawaran program Doktor Pendidikan (EDD) secara separuh masa, termasuk kesediaan pelaksanaan, struktur, kaedah penyampaian dan sasaran pelajar. Turut dibincangkan penetapan yuran yang sesuai berdasarkan kos, kebolehpasaran dan daya saing bagi memastikan pelaksanaan program lebih teratur dan berkesan. 20 APRIL 2026 - Mesyuarat bersama pembangun modul Micro-Credential dan pihak CVL membincangkan penyediaan video pembelajaran termasuk perancangan, storyboard, standard rakaman, elemen pedagogi serta kaedah penyampaian. Mesyuarat ini turut menekankan keseragaman format bagi memastikan semua modul memenuhi piawaian, serta memperkukuh pembangunan video pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan. MESYUARAT PENYEDIAAN VIDEO PEMBELAJARAN BAGI MODUL MICRO- CREDENTIAL
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraAPRIL 2026BULETIN 99 20 APRIL 2026 - Sesi pembentangan cadangan Program Eksekutif Kepimpinan dan Pengurusan Strategik Koperasi telah diadakan kepada YB Tuan Aznan bin Tamin di JTDC. Pembentangan yang diketuai oleh Ts. Dr. Muhammad Asyraf bin Hasim ini bertujuan memperkukuh pembangunan kepimpinan dan pengurusan strategik gerakan koperasi bagi memperkasa sektor koperasi di Johor dan Malaysia. PEMBENTANGAN CADANGAN PROGRAM EKSEKUTIF KEPIMPINAN & PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI UTHM
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraPERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA DAN CHINA BERKAITAN PROJEK PROGRAM PEMBELAJARAN DUA- HALA 22 APRIL 2026 - Perbincangan memfokuskan potensi kerjasama Malaysia–China bagi program pembelajaran dua hala (3+0), termasuk peranan UTHM dalam pensijilan dan cadangan 13 kursus. Turut dibincangkan aspek operasi seperti jadual pengajaran serta mekanisme pemindahan kredit bagi memastikan pelaksanaan program lancar dan berkesan. 1010 MESYUARAT BERKAITAN PEMBANGUNAN MODUL KURSUS TOT PENGAJAR TVET (ANTARABANGSA) 22 APRIL 2026 - UTHM Bitara telah mengadakan mesyuarat bagi pembangunan modul Kursus Training of Trainers (ToT) Pengajar TVET Antarabangsa dengan penglibatan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional serta Jabatan Latihan Berterusan. Perbincangan memberi fokus kepada kandungan modul, pendekatan pengajaran dan kaedah penilaian bagi memastikan kursus memenuhi piawaian antarabangsa serta memperkukuh pembangunan pendidikan TVET. APRIL 2026BULETIN
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1111 PROGRAM KECERGASAN UTHM BITARA JOM SMASH BITARA 22 APRIL 2026 - Perhimpunan Kecergasan UTHM Bitara “Jom Smash Bitara” telah berlangsung dengan jayanya melalui aktiviti sukan badminton yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah dan semangat berpasukan dalam kalangan warga UTHM Bitara. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Pengarah UTHM Bitara, sekali gus diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membudayakan kecergasan dan kesejahteraan warga universiti. APRIL 2026BULETIN
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1212 MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) DAN PERSATUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL MALAYSIA (PPTVM) 23 APRIL 2026 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia (PPTVM) bertempat di Dewan Jamuan, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), kampus induk UTHM bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang merangkumi aspek akademik, penyelidikan, latihan serta pembangunan profesional. Majlis ini menyaksikan UTHM diwakili oleh YBhg. Profesor Dr. Afandi Ahmad selaku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) manakala PPTVM diwakili oleh Dr. Lisa Boo Kim Hiok, Presiden PPTVM, dengan kehadiran Tuan Haji Naim bin Maslan, Prof. Dr. Wan Fauzi @ Wan Fauziah binti Wan Yusoff serta pegawai universiti dan wakil industri, dan kerjasama ini dijangka memperkukuh ekosistem TVET negara serta memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi selaras keperluan industri semasa dan masa hadapan. APRIL 2026BULETIN
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1313 LAWATAN PEMERIKSA LUAR MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION (MBA) OPEN & DISTANCE LEARNING (ODL) 23 APRIL 2026 - Perbincangan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kesidang, UTHM dengan penglibatan pemeriksa luar bagi program MBA ODL, staf JBS dan Jabatan ODL. Sesi ini memfokuskan lawatan penilaian program yang merangkumi pelaksanaan, struktur kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aspek penilaian bagi memastikan kualiti akademik program berada pada tahap yang ditetapkan. BORAK UTHM SIRI 1 EPISOD 2 : PEMBELAJARAN FLEKSIBEL. BERSAMA PROF. DR. WAN FAUZIAH WAN YUSOFF , PENGARAH UTHM BITARA. 23 APRIL 2026 - BORAK UTHM Siri 1 Episod 2 bertajuk “Pembelajaran Fleksibel” menampilkan Prof. Dr. Wan Fauziah Wan Yusoff, Pengarah UTHM Bitara, yang membincangkan kepentingan pendekatan pembelajaran fleksibel dalam memperkasa pendidikan tinggi. Perbincangan ini turut mengetengahkan usaha UTHM membangunkan ekosistem pembelajaran yang adaptif, inklusif dan berpusatkan pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Untuk tontonan penuh, sila layari saluran YouTube rasmi UTHM Official. APRIL 2026BULETIN
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1414 MESYUARAT BERKAITAN PENAWARAN KURSUS BAHASA INGGERIS (UZBEKISTAN) 24 APRIL 2026 - UTHM Bitara telah mengadakan mesyuarat pembangunan Kursus Profesional bagi Tenaga Pengajar Bahasa Inggeris (Uzbekistan) bersama Centre for Language Studies (CLS) dan Jabatan Latihan Berterusan. Perbincangan memberi fokus kepada pembangunan kandungan program, pengurusan projek, penyediaan proposal serta perancangan pelaksanaan bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa dan meningkatkan kualiti tenaga pengajar bahasa Inggeris di Uzbekistan. PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA-CHINA BERKAITAN DIGITAL INTELLIGENT ‘’KAIWU’’ WORKSHOP PROJEK 24 APRIL 2026 - Perbincangan kerjasama strategik ini melibatkan UTHM dan rakan China bagi pembangunan model “Kaiwu” yang menghubungkan pendidikan Malaysia–China melalui teknologi digital pintar, meliputi kurikulum bersama, kaedah co-teaching, pembelajaran berasaskan industri serta pensijilan dwi (dual certification) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Turut dibincangkan struktur program BIT 120 kredit termasuk komponen AI dan data, capstone serta latihan industri, dengan penekanan kepada pematuhan piawaian TVET Malaysia bagi memastikan kualiti program yang berdaya saing. APRIL 2026BULETIN
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraAPRIL 2026BULETIN 1515 UTHM BITARA MEMACU AGENDA TVET KEBANGSAAN: PROGRAM TRAIN OF TRAINER (TOT) TENAGA PENGAJAR TVET 27 - 28 APRIL 2026 - UTHM Bitara dengan kerjasama KPT telah melaksanakan Program Train of Trainer (ToT) Tenaga Pengajar TVET yang melibatkan 48 peserta daripada JPPKK, UTEM, UNIMAP dan UMPSA. Program ini memberi fokus kepada pemerkasaan kompetensi pengajar TVET berasaskan modul rasmi UTHM selaras dengan keperluan COPTPA, serta melahirkan jurulatih utama bagi memperkukuh kualiti pendidikan TVET negara melalui pentauliahan oleh KPT.
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1616 PERBINCANGAN BERKAITAN PROGRAM AKADEMIK MASTER OF TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION (MBV) SECARA SEPARUH MASA 28 APRIL 2026 - Perbincangan ini memfokuskan semakan semula struktur kewangan Program Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV) separuh masa agar lebih realistik dan berdaya saing, termasuk cadangan pengiraan berdasarkan kadar credit hour oleh fakulti. Selain itu, ia turut menekankan kelestarian operasi melalui struktur agihan kewangan yang mampan, telus dan sistematik bagi memastikan pengurusan program yang lebih berkesan pada masa akan datang. APRIL 2026BULETIN PERBINCANGAN BERKAITAN PROGRAM AKADEMIK MASTER OF SCIENCE IN INDUSTRIAL MANAGEMENT (MPE) SECARA SEPARUH MASA FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN 29 APRIL 2026 - Perbincangan ini meneliti pelaksanaan Program Sarjana Pengurusan Industrial (MPE) secara separuh masa yang lebih terancang, termasuk penetapan costing, pemilihan Learning Centre, serta mekanisme pelantikan pensyarah bagi memastikan kelancaran operasi. Selain itu, turut dibincangkan kaedah pembelajaran hibrid (60% dalam talian, 40% fizikal) dan strategi pemasaran program termasuk insentif diskaun bagi kemasukan pelajar, dengan matlamat memastikan program lebih berdaya saing dan berkesan.
uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1717 PERBINCANGAN GERAK KERJA PROGRAM MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME(MTCP) 2026 29 APRIL 2026 - Pejabat PSPR telah mengadakan taklimat bersama pemegang data bagi Audit Penarafan SETARA 2026 secara dalam talian untuk memberi penerangan mengenai keperluan, prosedur dan kriteria penilaian. Sesi ini bertujuan memastikan penyediaan data yang tepat dan selaras, di samping memperkukuh kerjasama serta kefahaman pemegang data dalam menyokong pencapaian dan reputasi universiti dalam penarafan SETARA. SESI TAKLIMAT BERSAMA PEMEGANG DATA BAGI AUDIT PENARAFAN SETARA 2026 28 APRIL 2026 - Pejabat PSPR telah mengadakan taklimat bersama pemegang data bagi Audit Penarafan SETARA 2026 secara dalam talian untuk memberi penerangan mengenai keperluan, prosedur dan kriteria penilaian. Sesi ini bertujuan memastikan penyediaan data yang tepat dan selaras, di samping memperkukuh kerjasama serta kefahaman pemegang data dalam menyokong pencapaian dan reputasi universiti dalam penarafan SETARA. MESYUARAT PROSES DAN PENSIJILAN APEL Q 28 APRIL 2026 - Mesyuarat Proses dan Pensijilan APEL Q diadakan bagi membincangkan pelaksanaan, penilaian dan pengesahan proses APEL Q serta memastikan prosedur permohonan dan pensijilan dilaksanakan secara sistematik, telus dan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan. APRIL 2026BULETIN