____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 2026 Tarikh : 07 Januari 2026 ( Rabu ) Masa : 9.00 pagi Tempat : Makmal Bahasa Kehadiran 1. En. Kamaruddin @ Tarmizi bin Aji. ( Guru Besar) 2. Pn. Kamariah binti Kaab. ( Pk Kurikulum) 3. En. Idris bin Md Alif. ( Pk Hem) 4. En. ‘Aimran bin Hamzah. (Pk Kokurikulum) 5. En. Ramley bin Jamaluddin. 6. En. Mustaffa bin Muhamad. 7. En. Mohamad Yurman bin Mohd Nor. 8. En. Mohd. Syahid bin Sukor. 9. En. Mohd Ihsanuddin bin Che Jaafar. 10. En. Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain. 11. Pn. Kamaliah binti Ahmad. 12. Pn. Nor Idura binti Johari. 13. Pn. Siti Hannah binti Muhammad. 14. Pn. Zuraily binti Md. Zain. 15. Pn. Aishahtul Iman binti Muhd Ramli. 16. Pn. Rabiatul Adawiyah binti Ghazali. 17. Pn. Juliana binti Jamaludin. 18. Pn. Erny Natasha Al Ilami binti Jamil. 19. Cik Hamimah binti Abd Hamid. 20. Cik V.Kanagavalli a/p Vekraman. Tidak Hadir Dengan Kebenaran -Tiada-
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my Agenda: 1. Ucapan Aluan Guru Besar 2. Taklimat Kurikulum a. Dasar Kurikulum b. Hala tuju sekolah c. Misi dan Visi KPM 3. Mengesah dan menyokong minit mesyuarat 4. Membentangkan minit mesyuarat lalu 5. Membentangkan maklum balas dan perkara berbangkit 6. Jawatankuasa Kurikulum 7. Guru Kelas / Guru Pembantu 8. Guru Bertugas 9. Jadual Waktu 10. RPT 11. RPH 12. Pengurusan Panitia 13. Pemantauan PdP / Kendiri 14. Jadual Penghantaran Buku Tulis 15. MMI 16. PBD 17. UASA 18. Penjaminan Kualiti 19. Jadual Guru Relief 20. Penggunaan dan Penjagaan Bilik Khas (Perpustakaan, Makmal Bahasa,Bilik Darjah dan Makmal Sains) 21. DELIMa / Google Classroom 22. PSS – NILAM 23. Prasekolah 24. PPKI 25. SK@S 26. Program Sekolah Minggu Transisi Tahun 1 (4 minggu) – rujuk jadual Aktiviti Minggu Pertama Sekolah 27. Hal-Hal Lain Papan MADANI Keberhasilan Laporan/ OPR 28. Penutup
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my 1. Ucapan Aluan Guru Besar ( En. Kamaruddin @ Tarmizi bin Aji ) 1.1 Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan AKP kerana dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Kali Pertama Sesi Pembukaan Persekolahan Tahun 2026. 1.2 Guru Besar mengucapkan penghargaan atas komitmen dan kerja buat yang cemerlang sepanjang sesi persekolahan tahun 2025 sehingga semua program sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya. 1.3 Guru Besar menegaskan kepentingan kehadiran guru di dalam kelas bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. 1.4 Guru Besar menekankan keperluan wujudnya persepakatan dan permuafakatan yang kukuh antara pihak pentadbir dan guru dalam menjayakan semua program sekolah. 1.5 Semua warga sekolah diingatkan agar mengamalkan budaya saling hormat- menghormati sesama rakan sekerja demi mewujudkan suasana kerja yang harmoni. 1.6 Guru Besar mengingatkan guru supaya mematuhi tatacara kerja yang ditetapkan serta tidak melangkaui bidang kuasa ketua jabatan dalam melaksanakan sebarang program. 1.7 Prinsip akauntabiliti hendaklah sentiasa diutamakan dalam mengurus dan melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan. 1.8 Guru Besar memaklumkan bahawa kebersihan kelas dan bilik-bilik khas hendaklah dipastikan berada dalam keadaan bersih dan kemas sebelum pembukaan sesi persekolahan 2026. 1.9 Setiap murid hendaklah dipastikan mendapat satu set kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi sebelum sesi persekolahan bermula. Guru Besar turut merakamkan penghargaan kepada semua guru atas komitmen dalam menjayakan program sekolah serta program komuniti setempat. Tindakan : Makluman semua guru 2. Taklimat Kurikulum 2.1 Dasar Kurikulum -Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pelaksanaan KSSR/KSSM, serta penekanan kepada kemahiran abad ke-21 dan integrasi STEM serta literasi digital. 2.2 Hala Tuju Sekolah -Fokus kepada pencapaian akademik dan sahsiah murid, pembelajaran sepanjang hayat, penglibatan komuniti/PIBG, serta menyokong agenda Sekolahku Sejahtera.
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my 2.3 Misi & Visi KPM Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera Misi: Melestarikan sistem pendidikan berkualiti untuk membangunkan potensi individu demi aspirasi negara. Tindakan : Makluman semua guru 3. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2025 3.1 Minit mesyuarat lalu diedarkan kepada semua ahli untuk semakan. Keputusan: • Disahkan oleh Pn. Erni Natasha Al-Alami binti Jamil • Disokong oleh Pn. Aishahtul Iman binti Muhd Ramli Tindakan : Makluman semua guru 4. Membentang Minit Mesyuarat Lalu (Maklum Balas & Perkara Berbangkit) 4.1 Setiausaha membentangkan maklum balas berkaitan isu-isu yang timbul dala mesyuarat Bil. 1/2026. Tiada bangkitan. Tindakan :Makluman semua guru 5. Takwin Sekolah 5.1 PK Pentadbiran menerangkan tentang hari gangguan persekolahan dalam takwin sekolah. 5.2 Hari gangguan persekolahan ialah hari aktiviti penuh dari pagi hingga tamat waktu sekolah. 5.3 Jika aktiviti hanya dijalankan separuh hari, ia tidak dikira sebagai hari gangguan. 5.4 Pada tahun 2026 sebanyak 24 hari gangguan untuk pelbagai program sekolah. 5.5 Antaranya termasuk orientasi, persiapan dan cuti Hari Sukan, cuti perkhemahan, penutup kemerdekaan, UASA serta sambutan Hari Kanak-Kanak. Tindakan : Makluman semua guru 6. Jawatankuasa Kurikulum 6.1 PK1 mengumumkan pelantikan Setiausaha Kurikulum bagi tahun 2026, iaitu Pn. Nor Idura binti Johari yang menggantikan Pn. Aishahtul Iman binti Muhd Ramli. Tindakan : Makluman semua guru 7. Guru Kelas / Guru Pembantu 7.1 Pengurusan guru kelas bagi sesi persekolahan tahun 2026 akan dibantu oleh guru pembantu yang dilantik seperti berikut:
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my Kelas Guru Kelas Guru Pembantu 1 Gemilang Pn. Nor Idura binti Johari Pn. Siti Hannah binti Muhammad 2 Gemilang En. Mohd Ihsanuddin bin Che Jaafar Pn. Erny Natasha Al Ilami binti Jamil 3 Gemilang En. Ramley bin Jamaluddin Pn. Rabiatul Adawiyah binti Ghazali 4 Gemilang Cik V. Kanagavalli a/p Vekraman En. Mohd Syahid bin Sukor 5 Gemilang Pn. Juliana binti Jamaluddin Pn. Zuraily binti Md Zain 6 Gemilang Pn. Kamaliah binti Ahmad En. Mohamad Yurman bin Mohmad Noor Tindakan : Makluman semua guru kelas dan guru pembantu 8. Guru Bertugas 8.1 Setiap minggu, dua orang guru akan ditetapkan sebagai guru bertugas mengikut giliran. 8.2 Tugas utama guru bertugas termasuklah menulis laporan dalam buku laporan, merekod kehadiran RMT dalam Fail RMT dan pautan RMT, serta hadir lebih awal ke sekolah untuk memastikan kelancaran aktiviti. 8.3 Pada minggu pertama persekolahan, En. Ihsanuddin dan Cik Hamimah merupakan kumpulan guru bertugas yang pertama. 8.4 Guru bertugas perlu membuat persiapan rapi semasa pembukaan minggu pertama dan mengendalikan perhimpunan sekolah dengan baik. Tindakan : Makluman semua guru 9. Jadual Waktu 9.1 Jadual waktu kelas dan persendirian telah disiapkan oleh Guru Jadual Waktu, En. Ihsanuddin. 9.2 Terdapat sedikit perubahan waktu tamat pdpc murid Tahap 1 yang sebelum ini pulang pada hari Khamis jam 1.30 tengah hari, mulai tahun 2026 akan pulang jam 1.00 tengah hari. 9.3 Manakala waktu balik pada hari Selasa diubah daripada jam 12.00 tengah hari kepada 12.30 tengah hari. Jadual Waktu PDPC Sekolah Kategori Hari Masa Tahap 1 Isnin, Rabu, Khamis 7.40 – 1.00 Selasa 7.40 – 12.30 Jumaat 7.40 – 12.00 Tahap 2 Isnin, Rabu 7.40 – 1.30 Selasa, Khamis 7.40 – 1.00
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my Kategori Hari Masa Jumaat 7.40 – 12.00 Prasekolah Isnin – Khamis 7.40 – 11.30 Jumaat 7.40 – 12.00 PPKI Isnin – Khamis 7.40 – 1.00 Jumaat 7.40-12.00 Tindakan : Makluman semua guru 10 RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) 10.1 Setiap guru diminta menyiapkan RPT mata pelajaran masing-masing mengikut takwim sekolah (36 minggu PdP). 10.2 Hanya perlu memasukkan tarikh, cuti peristiwa dan cuti umum. 10.3 Folder pengumpulan RPT mengikut subjek akan dikongsi melalui Telegram. 10.4 RPT perlu disiapkan sebelum 23 Januari 2026.Untuk matapelajaran Tahap 1 perlu menggunakan Dokumen Penjajaran Tahap 1. 10.5 Pelaporan dokumentasi bergambar semasa perbincangan penghasilan RPT turut dilaksanakan sebagai rekod. Tindakan : Semua guru 11 RPH (Rancangan Pengajaran Harian) 11.1 Untuk makluman guru baharu, RPH di peringkat sekolah disediakan 1 helai bagi setiap mata pelajaran. 11.2 Format RPH akan diselaraskan mengikut panitia masing-masing. 11.3 Di ruangan refleksi perlu mencatat nama murid yang tidak menyiapkan kerja rumah, rekod PBD bagi beberapa orang murid. 11.4 Pemberian TP6 yang perlu diketatkan supaya lebih menepati standard. Tindakan : Semua guru 12. Pengurusan Panitia 12.1 Mesyuarat Panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dengan penglibatan pentadbir, serta membincangkan pelaksanaan PLC 2026. 12.2 Fail Panitia perlu disimpan di bilik PK Pentadbiran. 12.3 Terdapat 4 fail yang perlu dilengkapkan, dan carta organisasi telah disiapkan dengan bantuan PK Pentadbiran. 12.4 PK Pentadbiran membentangkan barisan pengurusan pentadbiran seperti yang dirujuk dalam Buku Pengurusan. 12.5 PK Pentadbiran mencadangkan Mesyuarat Panitia Kali Pertama diadakan pada awal persekolahan.
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my Tindakan : Semua Ketua Panitia 13 Pemantauan PdPc/Kendiri 13.1 Pemantauan kendiri akan dilaksanakan pada awal tahun. 13.2 Setiap guru perlu menyediakan satu RPH bagi mata pelajaran dominan. RPH tersebut hendaklah dinilai menggunakan borang penilaian kendiri dan dihantar kepada Pegawai Penilaian PBPPP. 13.3 Guru boleh merujuk Buku Pengurusan untuk mengetahui pegawai penilaian PBPPP yang bertanggungjawab. 13.4 Pemantauan pencerapan Pdp sebanyak 2 kali setahun. Penilaian mengikut bahagian ditetapkan. Tindakan : Makluman Semua guru 14 Penghantaran Buku Tulis 14.1 Rujuk Buku Pengurusan untuk mengetahui pembahagian penghantaran buku tulis mengikut pentadbir. 14.2 Elakkan daripada menghantar buku kepada pentadbir yang tidak tersenarai dalam jadual. 14.3 Terdapat dua fasa penghantaran. Guru perlu menghantar semua buku kepada pentadbir untuk tujuan penyemakan: • Fasa 1: Sebelum 2 Mei • Fasa 2: Sebelum bulan September Tindakan : Semua guru 15 MMI – Melindungi Masa Instruksional 15.1 Guru yang menerima jadual relief perlu terus masuk ke kelas tanpa berlengah. 15.2 MMI murid menekankan hak murid untuk belajar dengan memastikan masa pengajaran tidak terganggu. 15.3 Perhimpunan sekolah dijalankan dari jam 7.30 pagi hingga 8.10 pagi. 15.4 Prinsip utama MMI adalah memastikan masa instruksional (masa PdP) digunakan sepenuhnya untuk aktiviti pembelajaran dan tidak disia-siakan oleh perkara sampingan. 15.5 Konsep MMI: Belajar di mana sahaja – asalkan PdP berjalan lancar. 15.6 Jika guru perlu ke tandas atau meninggalkan kelas sebentar, guru hendaklah
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my memaklumkan kepada pentadbir dan meminta bantuan daripada guru di kelas bersebelahan untuk memantau murid sementara waktu. Tindakan : Makluman Semua Guru 16. PBD – Pentaksiran Bilik Darjah 16.1 Guru baharu dan guru yang baru berpindah masuk perlu merujuk kepada guru senior semasa melaksanakan pentaksiran PBD. 16.2 Pentaksiran PBD hendaklah dicatat dalam refleksi RPH dengan merekod nama murid (2 atau 3 orang setiap hari). 16.3 Catatan bagi murid yang layak mencapai TP6 perlu dibuat sebagai evidens akhir tahun. Tindakan : Makluman Semua Guru 17. UASA- Ujian Akhir Sesi Akademik 17.1 Guru boleh menyediakan soalan UASA lebih awal untuk memastikan kelancaran pelaksanaan. 17.2 Guru yang bakal bersara digalakkan berkongsi soalan ujian dengan guru lain sebagai rujukan dan panduan. 17.3 Guru perlu sentiasa melaksanakan pentaksiran sumatif agar murid, khususnya murid Tahun 4, terbiasa dengan format dan bentuk soalan UASA. 17.4 Semasa pentaksiran sumatif dijalankan, meja murid boleh dijarakkan. Murid menjawab soalan secara individu dan kemudian berbincang bersama. 17.5 Pentaksiran sumatif ialah ujian yang dijalankan selepas selesai sesuatu topik atau bahagian pembelajaran. 17.6 Penulisan RPH perlu selaras dengan pelaksanaan pentaksiran sumatif. Tindakan : Makluman Semua Guru 18. Mesyuarat Penjaminan Kualiti PBD 18.1 Mesyuarat penjaminan kualiti perlu dilaksanakan di peringkat panitia dan peringkat sekolah. 18.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk: • Membincangkan penetapan Tahap Penguasaan (TP) murid yang sesuai. • Menyeragamkan standard pentaksiran antara guru, panitia, dan sekolah. • Memastikan keputusan pentaksiran lebih sahih, adil, dan boleh dipercayai. 18.3 Penjaminan kualiti ialah proses memastikan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berlaku secara konsisten dan berkesan.
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my 18.4 Konsep ini merangkumi: • Keseragaman – penetapan standard yang sama dalam menilai murid. • Kebolehpercayaan – keputusan pentaksiran boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi faktor luar. • Keadilan – setiap murid dinilai berdasarkan tahap penguasaan sebenar. • Penambahbaikan berterusan – hasil mesyuarat digunakan untuk memperbaiki kaedah pentaksiran dan pengajaran. Tindakan : Semua Ketua Panitia 19. Jadual Guru Relief 19.1 Guru perlu menandatangani jadual relief yang telah ditetapkan. 19.2 Tandatangan dibuat di pejabat sekolah sebagai pengesahan kehadiran dan pelaksanaan tugas relief. 19.3 Langkah ini memastikan rekod relief sentiasa dikemas kini dan boleh dirujuk oleh pihak pentadbir. Tindakan : Makluman Semua Guru 20. Bilik-Bilik Khas – Penggunaan Dan Penjagaan 20.1 Senarai Bilik Khas Kurikulum • Pusat Sumber Sekolah (PSS) • Bilik Darjah • Makmal Bahasa • Makmal Sains • Bilik PPKI • Bilik PJPK • Bilik Pemulihan • Bilik Prasekolah 20.2 Setiap bilik khas perlu mempunyai rekod penggunaan yang diselenggara dengan baik. 20.3 Rekod ini penting untuk memastikan bilik digunakan secara optimum dan teratur. 20.4 Kabin dan dewan sekolah perlu sentiasa dikunci dan berada di bawah tanggungjawab Unit HEM. 20.5 Langkah ini bagi memastikan keselamatan aset dan kemudahan sekolah.
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my 20.6 Isu Bilik Sains-Masalah sinki yang dikenal pasti oleh Cikgu Mustaffa telah dilakukan pembaikan minima. 20.7 Ketua Panitia Sains baharu akan mengemas kini pengurusan bilik sains. 20.8 Aktiviti gotong-royong bilik sains akan dilaksanakan kerana BBM Sains baharu telah diterima dan perlu disusun serta ditempatkan dengan baik. Tindakan : Guru Bilik Khas 21. DELIMA / Google Classroom 21.1 Pelaksanaan platform DELIMA yang dikendalikan oleh Cikgu Syahid akan diteruskan pada tahun 2026. 21.2 Fokus utama adalah memastikan penggunaan DELIMA lebih meluas dalam kalangan guru dan murid. 21.3 Indikator Prestasi Utama (KPI) guru dalam penggunaan DELIMA dan Google Classroom akan dipertingkatkan. 21.4 Penekanan diberikan kepada: o Kekerapan penggunaan platform. o Kualiti bahan PdP yang dimuat naik. o Interaksi guru-murid melalui platform digital. 21.5 Proses log masuk DELIMA perlu mengikut langkah yang ditetapkan. 21.6 Tujuannya adalah untuk meningkatkan jumlah penggunaan dan memastikan rekod capaian guru serta murid lebih sistematik. Tindakan : Guru DELIMA/GC 22. PSS / NILAM / AINS 22.1 Data NILAM @ AINS akan dikemaskini secara berkala setiap 2 atau 3 bulan sekali. 22.2 Tujuannya adalah untuk menanam minat murid membaca serta memastikan rekod bacaan dimasukkan ke dalam sistem AINS dengan teratur. 22.3 Penyelaras NILAM perlu sentiasa mengemas kini data murid. 22.4 Data bacaan murid hendaklah dikongsi dan disemak melalui group kelas bagi memastikan semua murid direkodkan dengan tepat. Tindakan : Guru Nilam@Ains dan Guru PSS
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my 23. PRASEKOLAH 23.1 Cikgu Rosmizan telah membentangkan takwim prasekolah yang telah ditambah baik untuk tahun semasa. 23.2 Sukatan baharu prasekolah mula dilaksanakan bermula tahun ini sebagai panduan pelaksanaan PdP. 23.3 Murid Pra ke Tahun 1 2026 seramai 12 orang 23.4 Murid lahir 1 Januari 2020 – tiada Pra, sepatutnya ke Tahun 1, namun telah membuat permohonan ke prasekolah. Tindakan : Makluman semua guru 24. Pengurusan PPKI 24.1 Penyelaras PPKI bagi tahun 2026 ialah Pn. Aishahtul Iman binti Muhd Ramli. 24.2 Seramai 2 guru pendidikan khas dan guru dan seorang PPM Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bagi membantu pengurusan murid PPKI. 24.3 Enrolmen murid PPKI bagi tahun 2026 -9 orang, 6 lelaki, 1 perempuan. 24.4 Murid PPKI ditempatkan di kelas PK 4 Gemilang. 24.5 Mata Pelajaran: 13 subjek merangkumi akademik, kemahiran & sahsiah, disusun ikut masa ditetapkan. 24.6 Inklusif Separa: Murid terpilih, melibatkan Pendidikan Jasmani & kokurikulum perdana. 24.7 Jadual Murid: Waktu pulang ditetapkan ikut hari persekolahan. 24.8 RPI: Dokumen rasmi wajib disediakan & dilaksanakan bagi setiap murid. 24.9 Pentaksiran: • PAPR ikut pekeliling semasa. • Instrumen EBAI untuk murid layak. • PBD luar talian 2 kali setahun, data dihantar ke JPN. 24.10 Aktiviti: • Kurikulum PPKI sepanjang tahun. • HEM & kokurikulum ikut takwim. • Projek khas untuk kemahiran hidup & pembelajaran murid. Tindakan : Makluman semua guru 25. SK@S 25.1 Pelaksanaan SK@S diteruskan mengikut garis panduan yang ditetapkan. 25.2 Mesyuarat SK@S akan diadakan pada minggu persekolahan yang ditetapkan
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my dengan Cikgu Hamimah sebagai penyelaras. 25.3 Rekod capaian dan aktiviti SK@S dikemas kini secara berkala untuk tujuan pemantauan. Tindakan : Penyelaras SK@s 26. Program Sekolah 26.1 Program Orientasi Minggu Pertama untuk murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah dirancang oleh Unit Kurikulum SKHP. 26.2 Program dijalankan selama 5 hari dan dikendalikan oleh unit yang telah ditetapkan. 26.3 Guru perlu berada sepanjang aktiviti bagi memastikan kelancaran pelaksanaan. 26.4 Program Transisi untuk murid Tahun 1 akan bermula, dengan perancangan transisi telah diedarkan kepada guru Tahun 1. Tindakan : Semua guru 27. Hal-hal Lain 27.1 Keberhasilan – Pengisian keberhasilan ditambah baik dan perlu dihantar pertengahan tahun. 27.2 Laporan/OPR – Penyelaras OPR, Cikgu Erny Natasha dibantu SU Kurikulum, SU HEM, SU Kokurikulum & SU Pengurusan. 27.3 Laporan/OPR – Jika murid dibawa ke pertandingan, penyelaras menyediakan laporan OPR. 27.4 Galeri Madani – AJK Galeri Madani diminta mengemaskini pondok galeri. 27.5 Borang Keberhasilan – Guru perlu menghantar borang keberhasilan kepada penilai yang ditetapkan. 27.6 Papan MADANI – Ditambah dan diselaraskan sebagai medium informasi, motivasi dan pengukuhan nilai MADANI di sekolah. Tindakan : Penyelaras Laporan/ OPR 28. Penutup Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru dalam memastikan kecemerlangan kurikulum sekolah.
____________________________________________________________________________________________ “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” #TEAMjpnmelaka KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Kod Sekolah : MBA 0040 No Telefon&Fax : 06-5548546 Email :mba0040@moe.edu.my 📌 Disediakan oleh: ...................................................... (Nor Idura binti Johari) Setiausaha Kurikulum SK Hutan Percha 📌 Disemak oleh : ...................................................... (Pn. Kamariah bin Kaab) Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Hutan Percha 📌 Disahkan oleh: ...................................................... (En. Kamaruddin @ Tarmizi bin Aji) Guru Besar SK Hutan Percha