PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING
PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN GENCO BOLA JARING TARIKH: 20 – 21 SEPTEMBER 2025 TEMPAT: DATARAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI, JOHOR DARUL TAKZIM 2 1. AM Perlawanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang permainan Bola Jaring Persekutuan Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Sukan Genco 2025. 2. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN Tarikh : 20 – 21 September 2025 Tempat Pertandingan : Dataran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim 3. PENDAFTARAN PEMAIN a. Terbuka kepada anggota kerja TNB Genco, ahli Pelitawanis TNB (suami yang merupakan anggota kerja TNB Genco atau TNB di kawasan setempat). b. Anggota kerja penugasan sementara (di dalam dan di luar negara) yang berkhidmat kurang dari enam (6) bulan di tempat sementara dibolehkan mewakili stesen asal masing – masing. c. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 11 orang peserta sahaja iaitu: i. Seorang Pengurus ii. Tujuh (7) pemain dan tiga (3) pemain simpanan d. Pengurus Pasukan TIDAK dibenarkan bermain e. Pasukan yang tidak menepati syarat-syarat di atas (a,b,c, d) TIDAK akan dibenarkan bermain. f. Pengurus Pasukan DIWAJIBKAN membawa pengenalan semua pemain dan bagi bukan anggota kerja TNB Genco, disertakan salinan kad pekerja untuk pendaftaran. g. Pengurus Pasukan hendaklah mengesahkan senarai pemain sebelum setiap permainan bermula. 4. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN a. Pertandingan ini akan dijalankan secara LIGA dalam kumpulan di Peringkat awal. b. Pemenang pertama dan pemenang kedua dari setiap kumpulan adalah layak memasuki peringkat kedua yang dijalankan secara KALAH MATI. c. Sistem Liga Menang : 3 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata d. Keputusan di peringkat awal akan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira menang. ii. Jika dua atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama diakhir pertandingan, maka pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira menang. iii. Jika keputusan masih seri maka pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak dikira menang. iv. Jika keadaan masih juga seri maka kemenangan akan ditentukan dengan lambungan duit.
PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN GENCO BOLA JARING TARIKH: 20 – 21 SEPTEMBER 2025 TEMPAT: DATARAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI, JOHOR DARUL TAKZIM 3 e. Sistem Kalah Mati Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, keputusan dibuat dengan cara tertentu seperti berikut: i. Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah atau gol. ii. Permainan diteruskan dengan 3 hantaran tengah dibuat dengan secara bergilir - gilir. iii. Keputusan muktamad ditentukan selepas hantaran tengah yang ketiga diakhiri dengan jaringan gol. 5. MENARIK DIRI a. Jika sesuatu pasukan menarik diri dari satu perlawanan, maka pasukan itu tidak akan dibenarkan meneruskan pertandingan. b. Pasukan yang keluar dari gelanggang semasa bermain, akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang diperolehi. Pasukan itu dikira menarik diri dari keseluruhan pertandingan. c. Pasukan yang melakukan kesalahan seperti perkara diatas dianggap tidak menyertai pertandingan, semua gol atau mata yang diperolehi akan dibatalkan. 6. TEMPOH PERLAWANAN Masa bagi keseluruhan perlawanan termasuklah perlawanan akhir ialah 7 minit (1 minit rehat) 7. MASA PERTANDINGAN / KEHADIRAN a. Semua pasukan yang dijadualkan bertanding mestilah berada digelanggang yang ditetapkan tidak lewat dari 15 minit sebelum masa pertandingan dimulakan. b. Pengurus Pasukan juga dikehendaki menyerahkan senarai pemainnya kepada pengadil rasmi selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa pertandingan. 8. PAKAIAN PEMAIN Pakaian pemain bola jaring mestilah sesuai seperti yang ditetapkan track bottom beserta T-shirt, atau tight yang sopan,stokin dan kasut. 9. PENANGGUHAN Pertandingan ini tidak boleh ditangguhkan kecuali atas sebab-sebab tergendala yang tidak dapat dielakkan, maka sebarang keputusan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak jawatakuasa pengelola pertandingan. 10. PENGADIL PERTANDINGAN Pertandingan ini akan diadili oleh Pengadil yang bertauliah atau yang berpengalaman, sebarang keputusan yang dibuat oleh Pengadil adalah MUKTAMAD. 11. BANTAHAN Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengurus Pertandingan/ Teknikal tidak lewat 30 minit selepas permainan itu tamat juga bersertakan wang taruhan RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit Malaysia). Wang pertaruhan tersebut akan menjadi hak milik penganjur jika bantahan yang dikemukakan tidak berjaya.
PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN GENCO BOLA JARING TARIKH: 20 – 21 SEPTEMBER 2025 TEMPAT: DATARAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI, JOHOR DARUL TAKZIM 4 12. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA Lain-lain peraturan yang tidak terkandung didalam peraturan tersebut di atas adalah tertakluk kepada keputusan dan budi bicara Jawatankuasa Pengelola Pertandingan, sebarang keputusan yang akan diambil adalah muktamad. 13. JADUAL PERTANDINGAN Akan diberikan selepas Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan pada (akan dimaklumkan kelak). 14. RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB Pihak Jawatankuasa Induk TIDAK akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang peribadi atau kecederaan kepada peserta-peserta sepanjang pertandingan dijalankan.