Akibat Terlalu Tamak

Akibat Terlalu Tamak

Buku ini kepunyaan :

Di sebuah hutan rimba, ada dua ekor haiwan yang bersahabat baik. Mereka ialah Sang Serigala dan Sang Musang. Oleh sebab mereka mempunyai tabiat yang sama iaitu berburu ayam, menjadikan mereka sahabat baik

Pada suatu hari, Sang Serigala mengajak Sang Musang pergi berburu ayam. “Kalau kita pergi berburu bersama ini akan memudahkan kita menangkap ayam. Kita akan mengepung ayam itu supaya tidak dapat lari ke mana- mana” kata Sang Serigala, memberikan cadangan.

“Betul juga cadangan awak itu. mari kita pergi berburu sekarang,” kata Sang Musang. Akhirnya, mereka tiba di sebuah kampung. Di situ, terdapat banyak ayam-ayam yang berkeliaran mencari makanan. Sang Serigala dan Sang Musang telah berpakat untuk menangkap seekor ayam jantan yang gemuk. Mereka berpecah dan mengepung ayam tersebut sambil memberi isyarat.

“ 1..2..3 tangkap!” kata Sang Serigala memberikan isyarat. Oleh sebab ayam itu telah dikepung, ayam tersebut tidak dapat lari ke mana- mana. Sang Serigala dengan mudah menangkap dan membunuh ayam tersebut.

Apabila tiba masa untuk makan hasil buruan mereka, tiba-tiba Sang Serigala dan Sang Musang bertengkar. “ Ah kenapa bahagian aku sedikit dan bahagian kamu banyak ! Mana adil,” kata Sang Musang.

“Bukankah aku yang dapat tangkap ayam ini dahulu, jadi aku mestilah lebih sedikit, ujar Sang Serigala”. “Kalau aku tak halang ayam itu tadi tentu terlepas, marah Sang Musang meninggikan suaranya”

Gelagat mereka bertengkar itu telah diperhatikan oleh Sang Helang yang berada tidak jauh dari situ. “Wahai Sang Serigala dan Sang Musang, kenapa bertengkar ni?” tanya Sang Helang ingin tahu. Sang Musang terus mengadu kepada Sang Helang tentang masalah mereka dan minta diadili.

“Baiklah, aku membahagikan makanan ini secara adil, kata Sang Helang. “Sebelum itu, kamu berdua mesti mematuhi syarat-syarat yang aku tetapkan, tambah Sang Helang berlagak sebagai hakim yang bijaksana.

Kemudian Sang Helang meminta Sang Musang dan Sang Serigala bersembunyi di sebatang pokok besar. “Apabila kamu mendengar kiraan aku yang ke seratus, kamu berdua datanglah semula ke sini, beritahu Sang Helang sambil mula mengira.

Sang Serigala dan Sang Musang pun bersembunyi di sebatang pokok yang besar sambil mendengar kiraan Sang Helang. Kemudian, Sang Serigala berkata “ Eh sudah lama rasanya kita menunggu dan tidak pula kedengaran bunyi suara Sang Helang mengira...”

“Betul juga kata awak tu Sang Serigala, mari kita pergi tengok, kata Sang Musang sambil melompat keluar. Alangkah terperanjatnya mereka berdua apabila mendapati Sang Helang dan makanan buruan mereka sudah tiada lagi.

“Alamak, makanan kita telah dibawa lari oleh Sang Helang!” marah Sang Serigala. Berputih matalah Sang Serigala dan Sang Musang melihat makanan mereka dibawa lari oleh Sang Helang yang pembohong itu.

Sang Serigala dan Sang Musang sungguh menyesal kerana sifat tamak dan tidak mahu berkongsi makanan akhirnya mereka tertipu.

PENGAJARAN / NILAI MURNI Jangan bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri

TerimaTerima KasihKasih