1NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk
2NCDRC, U PSI
3NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Sidang Editor Ketua Editor xxxx Timbalan Ketua Editor xxxx Editor xxxx Pereka Grafik xxxx @HAK CIPTA TERPELIHARA. Sebarang bahagian dalam penerbitan majalah ini tidak boleh diulang cetak atau disiarkan dalam apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak- kanak Negara, UPSI PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK- KANAK NEGARA (NCDRC) Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, PERAK.
4NCDRC, U PSI Tahfiz Cilik Bermula Sejak Usia 3 Tahun — Thalatha Tis’a: Melahirkan Tahfiz Cilik Seawal Usia 3 Tahun 06 11 14 20 28 32 17 23 30 34 08 Inovasi Pembelajaran Makhraj Kanak- kanak — sMakh Learning Kit: Inovasi Pembelajaran Makhraj berasaskan Teknologi Media Baharu Menyemai Pemikiran Komputasional Awal — Menyemai Pemikiran Komputasional Sejak Usia Muda melalui Koleksi Cerita Pendek Digital Pengajaran Prasekolah Berasaskan STREAM — Transformasi Pengajaran Prasekolah melalui Kit Pembelajaran STREAM Bertema dan Pembelajaran Berasaskan Projek Digitalisasi Laporan Perkembangan Kanak-kanak — Integrasi Sistem NCDC & Toy8, Menyokong Satu Tujuan: Laporan Standard Perkembangan Holistik Kanak-kanak Malaysia Saringan Awal Demi Kesejahteraan Kanak-kanak — MyScreen: Inovasi Sistem Saringan Psikometrik bagi Pendidik dan Pengasuh di TASKA dan TADIKA Malaysia Mengubah Masa Depan Kanak-Kanak melalui Kurikulum & Latihan Berkualiti — Semakan Kurikulum Seiring Transformasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia Kebahagiaan Anak Asia Era Pandemik — Anak-anak Asia di Era COVID-19: Menyingkap Faktor-faktor Daya Tahan dan Kebahagiaan Irama Pelbagai Bahasa — Irama Pelbagai Bahasa Mencetus Inovasi Lagu Kanak-kanak dalam Pengajaran Prasekolah Bermain Olok-olok, Membina Potensi Anak— Irama Pelbagai Bahasa Mencetus Inovasi Lagu Kanak-kanak dalam Pengajaran Prasekolah Logik Kanak-kanak Melalui Permainan Digital — Permainan & Data: Merungkai Perkem- bangan Logik Kanak-kanak Melalui Analitik Pembelajaran ISI KANDUNGAN
5NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris berpeluang menerbitkan Rekayasa pertama, sebuah wadah ilmu yang menghimpunkan hasil penyelidikan dari tahun 2021 hingga 2025 berkaitan asuhan, perkembangan, didikan serta kesejahteraan kanak-kanak. Sebagai pusat rujukan kebangsaan, NCDRC berperanan memperkukuh agenda pembangunan kanak-kanak melalui penyelidikan yang holistik, berimpak tinggi serta relevan dengan keperluan semasa. Penerbitan Rekayasa ini diharapkan menjadi rujukan ilmiah bukan sahaja kepada warga akademia, malah juga kepada penggubal dasar, pengamal industri, pendidik, dan masyarakat umum yang prihatin terhadap pembangunan generasi masa depan. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyelidik, penulis dan semua warga NCDRC yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan penerbitan ini. Semoga usaha ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inovasi dan pemerkasaan dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
6NCDRC, U PSI Tahfiz Cilik Mantapkan Penguasaan Hafazan Kanak-kanak Bermula sejak usia 3 tahun Program Thalatha Tis’a telah dilaksanakan melalui kolaborasi Pusat Ulul Albab dan juga Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini memberi fokus kepada hafalan al-Quran, penguasaan Bahasa Arab dan pembentukan akhlak mulia kanak-kanak seawal usia tiga (3) tahun hingga sembilan (9) tahun. Sebagai inisiatif dalam melahirkan generasi yang celik al-Quran seawal usia muda dan berinspirasikan projek Andalusia 2.0 yang diterajui oleh YBhg. Tan Sri Idris Jusoh. Melihat kepada kepentingan pembentukan generasi yang celik al-Quran dan berakhlak mulia, pihak NCDRC telah menyahut cabaran melaksanakan kajian penyelidikan untuk membangunkan kurikulum dan modul Thalatha Tis’a yang dapat dijadikan sebagai panduan dalam program Thalatha Tis’a. Thalatha Tis’a melibatkan dua fasa utama iaitu Fasa 1 (3 hingga 6 tahun) kanak-kanak diperkenalkan dengan asas hafalan, bacaan dan tulisan al-Quran, manakala Fasa 2 (7 hingga 9 tahun) kanak-kanak dimantapkan dengan hafalan al-Quran, penguasaan Bahasa Arab dan pemahaman ayat suci. Modul dan kurikulum ini telah dilancarkan secara rasmi pada November 2024 sempena Putrajaya Festival of Ideas (FOI) di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pembangunan kurikulum dan modul Thalatha Tis’a ini telah meraih kejayaan pingat emas di Malaysia Technology Expo (MTE) 2025 dalam kategori Education Technology and Pedagogy. Kajian yang dilaksanakan telah menumpukan kepada pembangunan kurikulum dan modul Kemenangan di MTE dan Pelancaran Thalatha Tis’a Kajian Lapangan di Surabaya, Indonesia 6 NCDRC, UPSI
7NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Al-Quran dan Kanak- kanak Thalatha Tis’a di Kemas Ketengah, Besut, Al Furqan Putrajaya dan NCDRC Pihak NCDRC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Yayasan Ulul Albab atas pemberian dana bagi pelaksanaan kajian ini. Selain itu, diucapkan terima kasih kepada penyelidik kajian atas komitmen melaksanakan kajian dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan kajian ini. Ketua Penyelidik: Prof. Madya Dr. Norazilawati binti Abdullah Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris nora@fpm.upsi.edu.my Penyelidik Bersama:- Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah (UPSI) Dr. Sakinah binti Salleh (UPSI) “ Cabaran pendidikan awal kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang cemerlang dalam pendidikan agama dan Bahasa Arab selaras dengan era digital yang semakin canggih. Ini bertepatan dengan hasrat pihak NCDRC untuk menyemai celik al-Quran seawal usia 3 tahun dan sekaligus membentuk sahsiah dan akhlak mulia dalam diri setiap kanak-kanak melalui program Thalatha Tis’a. Pendedahan dan pendidikan awal terhadap hafalan al-Quran dan pemahaman ayat suci al- Quran dapat menyemai asas al-Quran dalam diri kanak-kanak dan menutup jurang kurangnya pemahaman al-Quran dalam kalangan generasi muda zaman kini. Namun begitu, tanpa panduan dan rujukan yang betul dalam mendidik kanak- kanak menghafaz, menguasai dan memahami al-Quran akan menyebabkan pendidikan hafazan yang mungkin tidak berkesan. Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk 7NCDRC, UPSI Sebagai analoginya, menanam pokok hendaklah dengan panduan penjagaan yang betul dengan mengambil kira aspek keperluan pokok tersebut untuk tumbuh dengan subur dan berbuah dengan lebat seperti pemberian baja, air dan cahaya matahari yang secukupnya. Namun, jika penanaman pokok tersebut tidak mengikut panduan dan rujukan yang betul akan menyebabkan pokok tidak dapat membesar dengan baik. Begitu juga dengan pendidikan agama kepada kanak-kanak, hendaklah dengan panduan yang terarah supaya kanak-kanak dapat asas agama yang kukuh yang boleh digunakan sehingga dewasa. Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif secara kajian lapangan. Reka bentuk kajian pembangunan ini telah melibatkan enam (6) proses utama dalam pembangunan kurikulum dan modul Thalatha Tis’a iaitu bermula dengan fasa identifikasi keperluan, pengumpulan data awal, pembangunan produk awal, ujian lapangan, penilaian dan pengubahsuaian dan akhir sekali melibatkan fasa penilaian akhir. Tajuk Kajian: Thalatha Tis’a: Melahirkan Tahfiz Cilik Seawal Usia 3 Tahun
8NCDRC, U PSI DIGITALIS Laporan Perkembangan Ka Pada era digital yang semakin canggih, sistem digital bukan lagi pilihan tetapi menjadi keperluan pada masa kini. Hal ini kerana, sistem memainkan peranan besar untuk memudahkan, mempercepatkan, memperkukuhkan pengurusan dan pemantauan sesuatu aspek khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dalam menghasilkan laporan perkembangan kanak-kanak. Laporan perkembangan kanak-kanak ini bukan sekadar laporan biasa tetapi sebagai alat penting dalam membantu guru, ibu bapa dan pakar untuk memahami perjalanan tumbesaran kanak-kanak supaya tiada lagi andaian dan ianya tindakan berdasarkan data dan pemerhatian sebenar. Oleh itu, dengan adanya sistem digital dapat membantu pemantauan perkembangan kanak- kanak dalam memastikan setiap anak membesar dengan disokong, dipantau dan diberi perhatian sewajarnya. Menyedari kepentingan penggunaan sistem digital dalam penghasilan laporan perkembangan kanak- kanak yang lebih sistematik, efisien dan mudah diakses, pihak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian dengan kerjasama pihak Toybox Creations & Technology Sdn. Bhd. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji kesepaduan dua sistem iaitu satu sistem data kanak-kanak dari National Child Data Centre (NCDC) dan satu lagi aplikasi penilaian perkembangan kanak-kanak dari Jepun (Toy8) bagi menghasilkan laporan standard perkembangan kanak-kanak yang boleh digunakan oleh ibu bapa, guru TASKA dan pakar perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya sistem NCDC, pihak UPSI telah mempunyai platform kukuh untuk penyimpanan data kanak-kanak bawah 5 tahun tetapi hanya sebahagian guru TASKA dilatih dalam kurikulum PERMATA menyebabkan proses penilaian perkembangan kanak-kanak mungkin tidak konsisten. Oleh itu, peranan Toy8 dapat membantu melalui aplikasi mudah dan mesra pengguna. Kajian ini cuba untuk memadankan isi kandungan dan pendekatan dua sistem agar mudah digunakan oleh pihak TASKA di Malaysia. Kajian ini membawa satu perubahan dan langkah besar ke arah pendidikan awal kanak- kanak yang lebih cekap dan mesra data dengan menggabungkan teknologi dan keperluan tempatan demi kesejahteraan kanak-kanak sejak awal usia.
9NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk SASI anak-kanak Kajian ini penting untuk dilaksanakan sebagai permulaan kepada ekosistem digital yang menyokong perkembangan awal kanak- kanak secara menyeluruh. Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui perkembangan anak bukan sekadar pemerhatian di rumah tetapi menyeluruh meliputi perkembangan sepanjang berada di TASKA juga. Oleh itu, kajian ini sangat penting dilaksanakan supaya data perkembangan kanak-kanak di TASKA dapat disimpan dalam satu sistem penilaian perkembangan kanak-kanak yang seragam, mudah digunakan dan berkesan. Ibarat seperti menggabungkan resepi tempatan dengan teknologi moden yang dapat menghasilkan masakan yang sedap dan juga senang dimasak. Begitu juga dengan kesepaduan dua sistem dalam menghasilkan satu sistem yang sistematik dan mudah dalam menjana laporan perkembangan kanak-kanak yang standard. Integrasi daripada dua sistem ini dapat memudahkan guru mengisi maklumat dengan lebih mudah dan tepat, sekaligus memudahkan ibu bapa melihat laporan perkembangan dengan jelas dan cepat. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menyelesaikan isu dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak melalui digitalisasi kesepaduan dua sistem dalam mengenal pasti, menyokong dan memantau perkembangan setiap anak-anak sejak dari usia kecil. Kesepaduan Sistem Mudahkan Pemantauan Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk
10 NCDRC, UPSI Menyatukan Dua Sistem untuk Laporan Perkembangan Kanak- Kanak yang Lebih Holistik Kajian ini dilaksanakan dengan gabungan pemerhatian, perbandingan, reka bentuk sistem dan pendapat pengguna sebenar dalam proses kesepaduan dua sistem untuk menghasilkan satu tujuan yang sama dalam perkembangan holistik kanak-kanak. Pelaksanaan kajian ini dimulakan dengan perbandingan kandungan item dua sistem (NCDC dan Toy8), dengan semakan dan perbandingan setiap item perkembangan dalam sistem data kanak-kanak Malaysia (NCDC) dan aplikasi penilaian kanak-kanak Toy8. Penyelidik meneliti senarai kemahiran dan perkembangan yang dinilai. Setelah dibandingkan, pada fasa kedua pula penyelidik memilih dan memadankan item-item yang serupa dari kedua-dua sistem tersebut. Kemudian, pada fasa ketiga penyelidik mencipta draf reka bentuk sistem baru (System Mockup) sebagai lakaran awal aplikasi cara data akan dimasukkan, disimpan dan dijadikan laporan. Fasa ini penting supaya pengguna dapat memahami cara sistem akan berfungsi. Setelah draf system mockup sudah tersedia, penyelidik menjalankan temu bual dengan guru TASKA untuk menguji sama ada sistem mesra pengguna atau tidak dalam aspek senang diakses, bahagian yang mengelirukan atau penambahbaikan yang boleh dibuat. Akhir sekali, sistem yang dibina tersebut ditambah baik berdasarkan maklum balas guru tersebut supaya praktikal dan sesuai digunakan di TASKA sebenar. Ketua Penyelidik: Prof. Madya Dr. Mazlina binti Che Mustafa Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris mazlina.cm@fpm.upsi.edu.my Penyelidik bersama :- Dr. Masayu binti Dzainudin (UPSI) Dr. Iylia Dayana binti Shamsudin (UPSI) En. Eimiza Faisha bin Azmi (UPSI) Tajuk Kajian: Integrasi Sistem NCDC & Toy8, Menyokong Satu Tujuan: Laporan Standard Perkembangan Holistik Kanak-kanak Malaysia Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak Toybox Creations & Technology Sdn. Bhd atas kepercayaan, kerjasama yang luar biasa serta sokongan dana dan teknikal sepanjang projek ini berlangsung. Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada pihak NCDRC khususnya penyelidik dan pasukan pengurusan data yang komited memastikan setiap perincian berjalan lancar. Tidak lupa juga kepada guru-guru, ibu bapa dan kanak-kanak yang menyumbang kepada data dalam sistem. Tanpa mereka, sistem akan kekal sebagai teori semata-mata. “
11NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk SARINGAN AWAL DEMI KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK Kualiti Pendidik Awal Kanak-kanak Malaysia 11NCDRC, UPSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk
12NCDRC, U PSI Mengapa MySCREEN Diperkenalkan? Laporan media mengenai penderaan dan kecuaian kanak-kanak di Taman Asuhan kanak-Kanak (TASKA) semakin meningkat. Menurut Pemberitahuan Pertanyaan Dewan rakyat, Mesyuarat Pertama, penggal Empat, Parlimen Kelima Belas Tahun 2025 (2025), terdapat 150 kes pada tahun 2020, 121 kes pada tahun 2021, 102 kes pada tahun 2022, 175 kes pada tahun 2023 dan meningkat tinggi pada tahun 2024 iaitu sebanyak 307 kes. Kes kematian kanak-kanak pula melibatkan sebanyak 8 kes dari 2020 hingga 2024. Peningkatan kes penderaan dan kematian kanak-kanak di TASKA telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Kes-kes yang melibatkan kecederaan parah dan kematian bayi mendedahkan kelemahan serius dalam sistem saringan dan proses pemilihan tenaga kerja sektor ini. Walaupun pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) diiktiraf oleh UNESCO (2019) dan UNICEF (2024) sebagai asas pembentukan kognitif, emosi, dan sosial, Malaysia masih kekurangan mekanisme saringan saintifik yang menyeluruh. Kajian ini dilaksanakan untuk mengisi jurang tersebut dengan memperkenalkan MySCREEN, satu instrumen saringan psikometrik yang berfungsi sebagai saringan awal dalam memilih individu yang benar- benar sesuai untuk mendidik dan menjaga anak kecil di institusi penjagaan dan Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. MySCREEN dibangunkan dengan objektif dan merangkumi pelbagai konstruk kesejahteraan psikologi bagi memastikan saringan calon yang mempunyai personaliti bersesuaian, mempunyai kestabilan emosi, berkeperibadian positif, dan berkeupayaan mengurus tekanan dapat disaring bagi pemilihan pengasuh dan pendidik di TASKA, TADIKA dan pelbagai institusi yang menawarkan Pendidikan awal kanak-kanak. Instrumen ini menilai lapan konstruk iaitu lima dimensi personaliti (ekstraversi, persetujuan, kehematan, neurotik, keterbukaan), kesihatan psikologi, kompetensi emosi, dan kemahiran pengurusan konflik. Pendekatan ini bukan sahaja dapat membantu pencegahan awal kanak-kanak tetapi dapat melindungi keselamatan kanak- kanak, serta meningkatkan profesionalisme tenaga kerja dalam sektor pendidikan awal negara. Antaramuka MySCREEN
13NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Kajian ini dilaksanakan menggunakan prosedur penyelidikan yang siste- matik dan menyeluruh dalam membangunkan dan mengesahkan MySCREEN. Kajian ini terdiri daripada ahli penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi, kaunseling pendidikan awal kanak-kanak, perundangan, statistik, penganalisis sistem dan teknologi. Dengan kepakaran ahli penyelidik dalam pelbagai bidang, pembangunan MySCREEN bermula dengan kajian literatur meluas merangkumi teori personaliti, kesihatan psikologi, dan kecerdasan emosi (Beck, 1972; Goleman, 1995; WHO, 2014) serta meneliti pelbagai alat ukur dan skala ujian sedia ada. Kajian diteruskan dengan perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama agensi seperti KEMAS, JKM, KPM, PDRM, KKM, PPBM, KPWKM, JPNIN, CLC dan PERTIM untuk membincangkan item ujian iaitu menapis item dan menambahbaik item berdasarkan cadangan daripada agensi yang terlibat. Item-item sedia ada turut diadaptasi dan melalui proses penterjemahan yang standard. Dua siri perbincangan kumpulan fokus (FGD) melibatkan agensi seperti KEMAS, JKM, KPM, KPWKM, PDRM dan NGO untuk menilai item yang dibina. Kajian diteruskan dengan pelaksanaan ujian rintis (pilot test) untuk Metodologi Pembangunan dan Pengesahan Instrumen “ Pihak penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya pihak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) yang menjadi tulang belakang kajian dan pemberi dana dalam melaksanakan kajian ini. Sehubungan dengan itu, terima kasih diucapkan kepada rakan penyelidik, pakar-pakar dalam pelbagai bidang dalam mencurahkan ilmu dan komitmen dalam menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga setinggi- tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua wakil agensi seperti KEMAS, YPKT, JKM, KPM dan NGO lain yang berkongsi pendapat dan peserta kajian yang memberi kerjasama dalam menjawab soalan soal selidik. Tanpa kerjasama dan sokongan semua pihak, kajian ini tidak berjaya dilaksanakan dan mungkin hanya tinggal idea di atas kertas. menguji sama ada item yang dibina sesuai dan boleh diper- cayai. Setelah itu, data-data tersebut dianalisis menggunakan model Rasch untuk memastikan item yang dibina mengukur apa yang sepatutnya diukur, ketepatan jawapan peserta dan untuk memastikan tiada bias terhadap jantina, latar belakang pendidikan atau negeri. Fasa kajian seterusnya diteruskan dengan penetapan piawai yang standard dengan melibatkan 18 pakar pelbagai agensi untuk menetapkan markah lulus/gagal, mengenal pasti item-item kritikal yang mesti dijawab dengan betul oleh calon dan hasil akhir pembangunan item ujian ialah 113 item daripada 144 item asal yang ditapis. Akhir sekali, pembangunan sistem digital MySCREEN dilaksanakan untuk memboleh calon menjawab ujian secara atas talian dan sistem boleh diakses mengikut peranan (agensi, pentadbir, calon) masing-masing bagi setiap agensi. Setelah itu, ujian kebolehgunaan sistem dijalankan bagi memastikan sistem tersebut mudah digunakan, sistematik dan efisien. Ketua Penyelidik: Dr. Nurul Hasyimah binti Mat Rani Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris hasyimah@fpm.upsi.edu.my Penyelidik bersama :- Prof. Madya Dr Nurul ‘Ain Hidayah Abas (UPSI) Prof. Madya Dr. Suzani Mohamad Samuri (UPSI Prof. Madya Dr. Mazlina binti Che Mustafa (UPSI) Dr. Asma Perveen (UPSI) Dr. Mohd Zali bin Mohd Nor (UPSI) Dr. Masayu binti Dzainudin (UPSI) Dr. Rosfizah binti Md Taib (UPSI) Dr. Ebru Morgal (UPSI) Tajuk Kajian: MyScreen: Inovasi Sistem Saringan Psikometrik bagi Pendidik dan Pengasuh di TASKA dan TADIKA Malaysia
14NCDRC, U PSI Irama Pelbagai Bahasa Penggunaan lagu dalam pengajaran prasekolah meningkatkan keseronokan dan perkembangan kemahiran kanak-kanak. Kajian oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) di Universiti Pendidikan Sultan Idris menghasilkan koleksi lagu dalam empat bahasa (Melayu, Inggeris, Cina, Tamil) untuk pengajaran. Tujuan kajian termasuk menganalisis penggunaan lagu, mengenal pasti koleksi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), dan mengenal pasti masalah guru. Kajian ini menghasilkan 40 lagu baru untuk mengatasi kekurangan koleksi yang sedia ada, memberi sumber yang sesuai bagi guru dalam pengajaran. 14 NCDRC, UPSI
15NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Kajian ini penting dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan koleksi lagu yang sesuai dengan pengajaran prasekolah. Hal ini kerana, integrasi lagu dalam pengajaran prasekolah menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan dan dapat menarik minat kanak-kanak dalam pengajaran. Namun begitu, menjadi cabaran kepada para guru prasekolah untuk menggunakan lagu yang sesuai, mengikut tema pengajaran dan mengikut keperluan perkembangan kanak-kanak. Ini kerana, kebanyakan lagu yang digunakan adalah lagu popular yang diperolehi dari platform YouTube yang tidak selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Selain itu, negara Malaysia terdiri daripada pelbagai bahasa dan budaya. Kekurangan lagu kanak-kanak dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil menyebabkan kesukaran dalam penyampaian pengajaran yang berkesan kepada semua kanak-kanak berbilang kaum dan bahasa. Oleh itu, melihat kepada kepentingan integrasi lagu dalam pengajaran prasekolah, kajian ini telah dilaksanakan dengan menghasilkan koleksi lagu baharu mengikut tema pengajaran prasekolah. Secara analoginya, seorang tukang masak selalu menggunakan resipi lama dalam masakannya yang tidak lagi memenuhi citarasa pelanggan. Untuk memastikan pelanggannya menikmati hidangan, tukang masak tersebut perlu mencipta resipi baru yang sesuai dengan citarasa semasa pelanggan. Begitu juga dengan guru prasekolah, perlu menggunakan lagu baharu yang sesuai dengan tema pengajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran adalah menyeronokkan dan berkesan kepada kanak-kanak. Kesimpulannya, kajian ini penting dalam menyediakan penyelesaian praktikal kepada guru prasekolah. Sekaligus dapat menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui pengajaran yang menarik dan sesuai mengikut konteks budaya Malaysia. 15NCDRC, UPSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk
16NCDRC, U PSI Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah hermeneutik iaitu meneroka pemahaman mendalam terhadap pengalaman dan pandangan individu yang terlibat dalam kajian ini. Fasa 1, penyelidik menganalisis keperluan kajian berdasarkan pengumpulan data melalui Borang Temu Bual yang digunakan untuk mendapatkan info berkaitan dengan pengalaman, pandangan dan amalan guru dalam menggunakan lagu sebagai alat pengajaran. Selain itu, Senarai Semak Pemerhatian digunakan untuk menilai integrasi lagu di dalam konteks sebenar bilik darjah dan kesannya terhadap pembelajaran. Seramai 12 orang guru prasekolah yang berpengalaman dan aktif dalam pengajaran prasekolah terlibat dalam kajian ini. Fasa 2 adalah proses penciptaan lagu berdasarkan analisis keperluan yang dikenal pasti daripada guru prasekolah, penyelidik telah mencipta 40 buah lagu dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Penciptaan lagu ini adalah selaras dengan tema dalam KSPK dan minat kanak-kanak. Seterusnya, fasa 3 adalah fasa ujian dan penilaian iaitu lagu-lagu yang dicipta diuji dalam sesi pengajaran sebenar bilik darjah prasekolah. Pada fasa ini, penyelidik menjalankan pemerhatian untuk menilai keberkesanan dan kesesuaian lagu-lagu yang dicipta. Keseluruhannya, kajian ini berjaya menghasilkan koleksi lagu mengikut kesesuaian dan keperluan pengajaran prasekolah bagi menyokong perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) atas sokongan dan pemberian dana bagi geran penyelidikan ini. Terima kasih diucapkan kepada pasukan penyelidik dan penulis lagu yang memberikan komitmen dalam menyiapkan kajian ini, guru prasekolah dan ibu bapa atas kerjasama dalam pelaksanaan kajian ini. Tanpa kerjasama dan sokongan semua pihak, kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pendekatan Kualitatif Hermeneutik Ketua Penyelidik: Dr. Vasanthan A/L Gurusamy Fakulti Seni Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris vasanthan@fsk.upsi.edu.my Penyelidik bersama :- Prof. Dr. Suppiah A/L Nachiappan (UPSI) En. Wan Mohd Syaril Annuar bin Wan Mohd Harith (UPSI) Dr Seah Siok Peh (UPSI) Prof. Madya Dr. Mohd Nazir bin Md Zabit (UPSI) Karthikeyan Balakrishnan (UPSI) Dr. Sharmini Siva Vikaraman (UPSI) Tajuk Kajian: Irama Pelbagai Bahasa Mencetus Inovasi Lagu Kanak-kanak dalam Pengajaran Prasekolah “ Kanak-kanak NCDRC memainkan perlatan muzik 16 NCDRC, UPSI
17NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Bermain Olok-olok Membina Potensi Anak
18NCDRC, U PSI Apa itu bermain olok-olok? Bermain adalah aktiviti yang paling berharga untuk kanak-kanak kerana bukan sahaja menyeronokan, tetapi juga menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat banyak jenis aktiviti bermain yang kanak- kanak sering lakukan termasuk bermain olok-olok yang telah dibuktikan dalam kajian lepas sebagai aktiviti paling banyak manfaat kepada perkembangan. Aktiviti bermain olok-olok adalah aktiviti bermain yang melibatkan representasi mental atau tingkah laku perwakilan, atau simbolik. Semasa kanak-kanak bermain olok-olok, sesuatu objek atau individu diwakilkan atau berpura- pura menjadi objek atau individu lain. Ini melibatkan kemahiran kanak-kanak secara menyeluruh termasuk kemahiran berfikir (kognitif), pergerakan motor kasar dan halus, komunikasi lisan dan bukan lisan, pemahaman dan peluahan emosi, serta interaksi sosial apabila kanak-kanak bermain dengan orang lain. Aktiviti bermain olok-olok telah diketahui bermanfaat kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak, namun kurang diterokai dalam konteks Malaysia. Oleh itu, sebuah kajian yang dibiayai oleh Pusat Penyelidikan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah dijalankan untuk meneroka penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti bermain olok-olok dan membina kit penilaian serta buku panduan bermain olok- olok yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan pendidik. Produk hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa dan pendidik dalam menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti bermain olok- olok di rumah dan di pusat pendidikan awal kanak-kanak. 18 NCDRC, UPSI Kategori bermain Olok-olok Aktiviti permainan olok-olok
19NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Ketua Penyelidik: Dr. Iylia Dayana binti Shamsudin Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris iyliadayana@fpm.upsi.edu.my Penyelidik bersama :- Profesor Ted Brown (Monash University, Australia) Dr. Masne Kadar (Universiti Kebangsaan Malaysia) Dr. Hanif Farhan bin Mohd Rasdi (Universiti Kebangsaan Malaysia) Dr. Juppri Bacotang (Universiti Malaysia Sabah) Tajuk Kajian: Bermain olok-olok menggalakkan perkem- bangan holistik kanak-kanak Terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC) atas sokongan dan pemberian dana penyelidikan untuk pelaksaan kajian ini. Setinggi penghargaan juga kepada semua penyelidik, pembantu penyelidik, ibu bapa, pendidik dan kanak-kanak yang memberikan komitmen dan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan kajian ini. Aktiviti bermain telah diakui secara umum memberi pelbagai manfaat kepada perkembangan kanak-kanak, namun kurang diteroka di Malaysia. Walaupun ibu bapa dan pendidik awal kanak-kanak telah maklum akan kebaikannya, kekurangan panduan serta bukti empirikal mungkin membatasi usaha mereka dalam merangsang penglibatan kanak- kanak dalam aktiviti bermain olok-olok di rumah serta di pusat pendidikan awal kanak- kanak. Dengan penerokaan dan pembinaan kit penilaian serta buku panduan aktiviti bermain olok-olok yang dihasilkan melalui kajian penyelidikan ini, ibu bapa dan pendidik mempunyai bahan yang boleh dirujuk bagi mengetahui peranan orang dewasa dalam penyediaan persekitaran yang boleh Bermain Pemangkin Perkembangan Kanak-kanak Rumusan Aspek Dapatan Kajian Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk 19NCDRC, UPSI “ merangsang aktiviti bermain olok-olok seperti menyediakan ruangan yang cukup selesa dilengkapi dengan alat permainan dan barangan harian yang boleh digunakan untuk bermain olok- olok. Ini dapat meningkatkan peluang kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti bermain olok-olok, sekaligus merangsang perkembangan holistik kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa dan pendidik mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan manfaat aktiviti bermain olok-olok untuk menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Kajian juga telah menghasilkan kit penilaian dan buku panduan aktiviti bermain olok-olok yang boleh digunakan, mudah difahami oleh ibu bapa dan pendidik.
20NCDRC, U PSI Logik Kanak- kanak Melalui Permainan Digital Kemahiran logik seperti berfikir secara rasional, memahami hubungan sebab dan akibat serta menyelesaikan masalah merupakan antara asas penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Walaupun kemahiran ini sering dikaitkan dengan pembelajaran formal di peringkat lebih tinggi, ia sebenarnya boleh mula dipupuk seawal usia prasekolah. Malangnya, elemen logik masih kurang diberi penekanan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Namun, apabila disampaikan dengan cara yang sesuai, pembelajaran logik bukan sahaja boleh difahami oleh kanak-kanak, malah boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Contoh gambar antaramuka permainan 20 NCDRC, UPSI Ketua Penyelidik (Prof. Madya Dr. Suzani Mohamad Samuri) ketik Lorand University, Hungary pada Jun 2025 yang lepas.
21NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk ka membuat perkongsian berkaitan kajian ini di ELTE Eotvos Transformasi Baharu Dalam Pendidikan Atas kesedaran ini, sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membangunkan sebuah platform pembelajaran digital berasaskan permainan. Platform ini dibina menggunakan perisian Unity dan disepadukan dengan sistem analitik pembelajaran yang membolehkan prestasi kanak-kanak dipantau secara masa nyata. Dengan permainan bertemakan Zoo dan kandungan yang direka berdasarkan data sebenar dari Malaysia dan Indonesia, kajian ini membuktikan bahawa pendekatan belajar sambil bermain boleh memberi kesan yang signifikan terhadap pembangunan kognitif kanak-kanak. Menariknya, hasil kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 27% dalam perkembangan kognitif kanak-kanak melalui permainan, dan skor penilaian adalah 18% lebih tinggi berbanding kaedah tradisional. Tambahan pula, 85% kanak- kanak menunjukkan minat berterusan semasa bermain, menunjukkan bahawa pendekatan ini benar-benar mencetuskan penglibatan semula jadi mereka. Bayangkan situasi ini iaitu seorang kanak- kanak diminta menyusun bentuk mengikut saiz. Dalam kaedah tradisional, guru mungkin hanya melihat sama ada jawapan yang diberikan betul atau salah. Tetapi menerusi platform digital yang dibangunkan ini, setiap tindakan kanak- kanak direkod dari cara mereka memilih bentuk, masa yang diambil, sehinggalah ke corak pemikiran yang terserlah dalam proses membuat keputusan. Inilah kekuatan utama pendekatan kajian ini. Ia berupaya menjawab persoalan besar dalam pendidikan awal, iaitu bagaimana kita boleh tahu apa yang kanak-kanak sedang faham semasa mereka belajar dan bukan hanya selepas mereka selesai belajar. 21NCDRC, UPSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk
22NCDRC, U PSI “A Day at the Zoo” Kajian ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan analisis data daripada Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC) bagi mengenal pasti kemahiran logik yang masih belum dikuasai oleh kanak-kanak berumur empat tahun. Data ini menjadi asas kepada reka bentuk kandungan permainan yang dibangunkan dalam kajian. Berdasarkan dapatan tersebut, permainan bertemakan “A Day at the Zoo” telah direka khas untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran logik mereka. Platform ini telah diuji di dua lokasi – TASKA NCDRC di Malaysia dan PAUD Manhajul Husna di Indonesia – melibatkan 20 kanak-kanak (10 dari setiap negara), 4 orang guru dan 20 ibu bapa. Ujian kebolehgunaan turut dijalankan menggunakan pendekatan System Usability Scale (SUS) yang telah diubah suai agar sesuai untuk mendapa- tkan maklum balas daripada kanak-kanak. Pendekatan ini menjadi lebih menarik kerana pandangan kanak-kanak sendiri diambil kira dalam penilaian. Mereka memberikan maklum balas melalui ikon ekspresi wajah seperti muka senyum dan muka masam, satu kaedah yang mesra kanak-kanak dan pernah digunakan dalam kajian terdahulu. Bukan sekadar mengenai penggunaan teknologi dalam pendidikan, tetapi lebih kepada membuka ruang untuk setiap kanak-kanak berkembang dengan cara yang menyero- nokkan dan mudah difahami. Ia membawa pendekatan yang lebih dekat dengan dunia sebenar kanak-kanak, di mana pembelajaran berlaku secara semula jadi, melalui permainan. Guru mendapat manfaat daripada sistem pemantauan yang lebih sistematik, menjimatkan masa dan memudahkan proses mengenal pasti murid yang memerlukan sokongan. Ibu bapa dapat melihat sendiri kekuatan dan kelemahan anak, dan seter- usnya memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajaran di rumah. Secara keseluruhannya, pendekatan ini mewakili satu langkah penting ke arah sistem pendidikan awal yang lebih pintar, responsif dan inklusif sejajar dengan aspirasi Pendidikan 4.0. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan penyelidik dari UPSI yang telah bertungkus- lumus merancang kajian ini dan membangunkan platform dengan penuh komitmen. Ketua Penyelidik: Prof. Madya Dr. Suzani Mohamad Samuri Fakulti Komputeran Meta Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris suzani@meta.upsi.edu.my Penyelidik bersama :- Prof. Madya Dr. Tan Wee Ho (UPSI) Prof. Madya Dr. Azah Abdul Aziz (UPSI) Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa (UPSI) En. Rahmadi Agus Bin Gazali Rahman (UPSI) En. Ahmad Faridz Bin Ahmad Faudzi (UPSI) Tajuk Kajian: Permainan & Data: Merungkai Perkembangan Logik Kanak-kanak Melalui Analitik Pembelajaran 22 NCDRC, UPSI “ Penemuan kajian
23NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk INOVASI PENDIDIKAN MAKHRAJ KANAK- KANAK 23NCDRC, UPSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Buku Modul Jom Belajar Makhraj SMakh Learning Kit (Smart Makhraj Learning Kit) merupakan inovasi pembelajaran makhraj yang berasaskan teknologi media baharu. Inovasi pembelajaran ini merupakan hasil kajian yang telah dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kit pembelajaran makhraj ini dibangunkan bertujuan untuk membantu kanak-kanak TASKA dan TADIKA dalam menguasai makhraj huruf hijaiyah dengan lebih berkesan dan menyeronokkan melalui penggunaan teknologi media baharu selaras dengan era digital.
24NCDRC, U PSI24 NCDRC, UPSI Animasi 3D Lagu Jom Belajar Makhraj bagi 28 Huruf Hijaiyah Yang Bercorak Batik Pautan: https://youtu.be/6SYjw8V8Etc?si=kld_EOlqb- P8QOX8H Gambaran Animasi Animasi
25NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Pembelajaran makhraj adalah penting untuk memastikan bacaan al-quran yang tepat dan betul. Oleh itu, kajian ini telah meneliti kaedah pembelajaran makhraj melalui pendekatan ansur maju iaitu bermula dari tempat keluar huruf yang mudah dilihat (seperti bibir) hingga ke yang sukar dilihat (seperti kerongkong). Pendekatan ini memudahkan kanak-kanak untuk memahami dan menguasai makhraj dengan lebih baik. SMakh Learning Kit ini telah menggabungkan pelbagai teknologi dan media baharu iaitu kad imbas realiti tertambah (Augmented Reality), video animasi lagu makhraj huruf, permainan kertas dan latih tubi butang magnet makhraj huruf untuk menjadikan pembelajaran makhraj lebih menyeronokkan. Melalui kajian ini dapat memberikan pendedahan awal yang menyeronokkan kepada kanak-kanak TASKA dan TADIKA dalam pembelajaran makhraj. Ianya dapat meningkatkan motivasi dan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran al-Quran. Kit yang dibangunkan oleh NCDRC, UPSI ini juga dapat membantu ibu bapa dan guru-guru prasekolah dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam mengatasi masalah penguasaan makhraj huruf dari peringkat usia muda. SMakh Learning Kit menunjukkan potensi besar sebagai alat bantu mengajar yang efektif dalam pembelajaran makhraj, sekaligus menyumbang kepada pembentukan generasi yang celik al-Quran. Kajian ini sangat penting dalam menangani cabaran pengajaran al-Quran terhadap kanak- kanak khususnya dalam penguasaan makhraj huruf hijaiyah. Melalui kajian ini dapat mengatasi kelemahan penguasaan makhraj dari peringkat awal. Kanak-kanak yang belajar menyebut huruf hijaiyah dengan hanya melalui buku teks dan tanpa elemen interaktif, ianya akan menyebabkan proses pembelajaran membosankan dan kurang berkesan berbanding kanak-kanak yang belajar melalui sMakh Learning Kit kerana dapat belajar secara animasi, bermain permainan yang berkaitan dan menyanyi lagu yang boleh membantu mengingati dan menyebut makhraj dengan lebih baik. Inovasi pembelajaran makhraj berasaskan teknologi media baharu akan membuatkan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah. Kajian ini penting kerana menyediakan penyelesaian yang inovatif dalam mengatasi masalah penguasaan makhraj huruf dalam kalangan kanak-kanak. Justeru sMakh Learning Kit yang dibangunkan oleh penyelidik UPSI berpotensi meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran sejak usia awal dan membentuk asas yang kukuh untuk pembelajaran agama yang berterusan selaras dengan era digital. 25NCDRC, UPSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk 3D
26NCDRC, U PSI26 NCDRC, UPSI Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah kualitatif melibatkan 3 fasa iaitu: Fasa 1: Analisis Keperluan Fasa 1 kajian ini adalah melibatkan pengumpulan maklumat, data dan permasalahan kajian berkaitan makhraj huruf di Malaysia menerusi analisis bahan bacaan, jurnal, Pembangunan Augmented Reality (AR), animasi dan aplikasi mudah alih yang sedia ada. Fasa ini merupakan analisis keperluan untuk mengenal pasti pendekatan pembelajaran makhraj huruf yang lebih berkesan dan menyeronokkan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Struktur kajian sistematik 3 Fasa kaedah kualitati yang dilaksanakan dalam kajian ini Fasa 2: Reka Bentuk Modul Interaktif Fasa 2 adalah peringkat Pembangunan kit pembelajaran pintar makhraj. Kit ini bermula daripada buku modul bergambar aktiviti kanak-kanak yang dihasilkan mengikut proses pembelajaran ansur maju. Kemudian, penyelidik mengabungkan aktiviti fizikal dan digital iaitu permainan kertas yang boleh diwarnai, kad imbas dengan teknologi AR dan video animasi lagu makhraj untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif. Fasa 3: Ujian dan Penilaian Fasa 3 adalah fasa penilaian terhadap kit yang dibangunkan iaitu menilai dari aspek reka bentuk dan juga fungsi kit mengikut piawaian penggunaan bagi kanak-kanak 6 tahun ke bawah. Kit ini juga disahkan oleh pakar makhraj, ahli akademik Pendidikan awal kanak-kanak dan guru TADIKA.
27NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk “NCDRC, UPSI 27NCDRC, UPSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Buku Modul Kad Imbas AR Animasi Lagu Butang Magnet Kertas Mainan Media Baharu Latih Tubi Makhraj Tahap Pendedahan Tahap Kenal Huruf Tahap Mengenal Tempat Keluar Huruf SMakh Learning Kit yang dibangunkan oleh penyelidik UPSI ini dapat memberikan impak yang besar dalam dunia sebenar melalui pendekatan inovatif pengajaran makhraj huruf al-Quran kepada kanak-kanak. Kajian ini bermakna kerana dapat meningkatkan penguasaan makhraj sejak usia muda lagi dan kit yang dibangunkan ini menyeronokkan dan interaktif kerana melibatkan gabungan fizikal dan digital. Pembelajaran makhraj yang menyeronokkan ini dapat merangsang perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Selain itu, kit yang dibangunkan ini juga mempunyai reka bentuk visual yang menarik serta mempunyai potensi komersial dan global dan dapat dikembangkan kepada pelbagai produk kanak-kanak di masa hadapan. Kit ini khususnya dapat memberikan manfaat kepada kanak-kanak prasekolah iaitu dapat membantu kanak-kanak mempelajari makhraj huruf dengan seronok dan menyediakan mereka untuk pembelajaran al-Quran ke peringkat seterusnya. Sehubungan dengan itu, kit ini memberi manfaat kepada ibu bapa dan guru prasekolah sebagai alat bantu mengajar yang interaktif dan berkesan. Sekaligus, kit ini memberi manfaat kepada institusi Pendidikan islam dengan mengintegrasikan SMakh Learning Kit dalam kurikulum untuk meningkatkan kualiti pengajaran makhraj. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) atas peluang geran bagi menghasilkan kajian yang inovatif ini, barisan ahli penyelidik yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik, pakar rujuk yang memberikan kerjasama dalam pengkongsian kepakaran, pihak industri studio yang membantu dalam penghasilan produk animasi kajian dan tidak lupa kepada ahli keluarga tercinta yang sentiasa menyokong. Ketua Penyelidik: Dr. Nur Syuhada binti Mat Sin Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris syuhada@fskik.upsi.edu.my Penyelidik bersama :- Dr. Zarima binti Mohd Zakaria (UPSI) Dr. Nur Safinas binti Albakry (UPSI) Dr. Noor Hidayah binti Azmi (UPSI) Prof. Dr. Bahbibi binti Rahmatullah (UPSI) Tajuk Kajian: sMakh Learning Kit: Inovasi Pembelajaran Makhraj berasaskan Teknologi Media Baharu Dapatan kajian
28NCDRC, U PSI Dalam era digital yang pesat berkembang, kanak-kanak bukan sahaja perlu menjadi pengguna teknologi tetapi perlu memahami cara teknologi berfungsi dan menggunakannya secara bijak. Dengan memupuk pemikiran komputasional dalam kalangan kanak-kanak TASKA sejak usia muda, dapat membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah secara sistematik, berfikiran secara logik dan memahami struktur penyelesaian masalah. Hal ini kerana, pemikiran komputasional merupakan salah satu kemahiran utama dalam Pendidikan abad ke-21 yang penting untuk dipupuk sejak usia muda. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI telah membangunkan koleksi cerita pendek digital untuk memupuk pemikiran komputasional dalam kalangan kanak-kanak TASKA. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep pemikiran komputasional kepada kanak-kanak prasekolah melalui bahan pembelajaran digital yang interaktif dan menyeronokkan. Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan dan penilaian koleksi cerita pendek digital yang dibangunkan untuk kanak-kanak TASKA berumur 3 hingga 4 tahun. Koleksi cerita pendek yang dibangunkan mengandungi elemen pemikiran komputasional seperti menyusun langkah, mengenal pola dan menyelesaikan masalah secara logik. Proses Pembangunan bahan ini menggunakan model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation). Selain itu, kajian ini juga telah memenangi pingat gangsa dalam pertandingan inovasi di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2022. Menyemai Pemikiran Komputasional Awal 28 NCDRC, UPSI
29NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Kajian ini penting dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan pendekatan pembelajaran yang sesuai dalam memperkenalkan konsep pemikiran komputasional dalam kalangan kanak-kanak TASKA. Melalui cerita pendek digital dapat membantu kanak- kanak berinteraksi dengan naratif yang memperkenalkan konsep pemikiran komputasional secara tidak langsung. Sehubungan dengan itu, kajian ini dapat membantu kanak-kanak untuk memahami dunia digital yang semakin kompleks dan mempersiapkan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran masa depan. Gambar semasa ITEX 2022 Penyelidik mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) selaku pemberi dana kajian ini, ahli-ahli projek dan pembantu penyelidik yang bekerjasama dalam menyiapkan projek ini, staf NCDRC yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang baik, pegawai-pegawai Kemas Daerah Batang Padang dan Kinta, guru-guru TASKA, anak-anak TASKA, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Ketua Penyelidik: Dr. Azniah binti Ismail Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris azniah@fskik.upsi.edu.my Penyelidik bersama :- Dr. Noor Anida Zaria binti Mohd Noor (UPSI) Dr. Suliana binti Sulaiman (UPSI) Dr. Haslinda binti Hashim (UPSI) Dr. Nordiana Haji Zikir (UPSI) Dr. Juppri bin Bacotang (UPSI) Cik Cheok Voon See (UPSI) Tajuk Kajian: Menyemai Pemikiran Komputasional Sejak Usia Muda melalui Koleksi Cerita Pendek Digital “ Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk 29NCDRC, UPSI
30NCDRC, U PSI Dalam usaha melahirkan generasi abad ke-21 yang berdaya saing, pendekatan STREAM yang merangkumi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik semakin diberi perhatian dalam pen- didikan awal kanak-kanak. Namun, pelaksanaannya sering berhadapan dengan kekangan, terutamanya dari aspek kekurangan bahan bantu mengajar yang menyeluruh dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Menyedari keperluan ini, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membangunkan Kit Pembelajaran STREAM, iaitu satu inisiatif berinovatif yang direka untuk menyokong pelaksanaan aktiviti pembelajaran bertema yang menyeronokkan, kontekstual dan menyeluruh di peringkat prasekolah. Kit ini merangkumi 10 tema utama iaitu tanah, air, tumbuhan, rumah, elektrik, perabot dan hiasan, pakaian, makanan, keselamatan dan kecemasan, serta kenderaan yang lengkapi dengan bahan bantu mengajar dan panduan guru berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Selain itu, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) turut disepadukan bagi membina pemikiran kritis dan menghubungkan pembelajaran dengan dunia sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mera- patkan jurang antara keperluan pendidikan abad ke-21 dengan amalan pengajaran semasa di prasekolah. Walaupun STREAM sering disebut dalam dasar pendidikan, pelaksanaannya tidak mudah bagi guru terutamanya apabila kekurangan modul yang lengkap dan bahan bantu yang praktikal. Dengan wujudnya Kit Pembelaja- ran STREAM ini, guru prasekolah kini mempunyai panduan dan sumber yang membolehkan mereka menyampaikan pembe- lajaran bertema dan berasaskan projek dengan lebih yakin, sistematik dan bermakna. Kit ini bukan sahaja memperkaya isi kandungan pembelajaran, tetapi turut memperkukuh peranan guru sebagai fasilitator pembela- jaran yang aktif dan kreatif. Bahan Kit Pembelajaran STREAM 30 NCDRC, UPSI
31NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Pengajaran Prasekolah Berasaskan STREAM Kit ini bukan sekadar sebagai bahan bantu mengajar malah ia mengubah cara pembelajaran. Daripada pengalaman yang pasif kepada pendekatan eksploratif yang aktif, murid menjadi lebih terlibat dalam proses pembelajaran. Ini memberi ruang kepada perkembangan Kemahiran Abad ke-21 seperti kreativiti, kolaborasi, pemikiran kritis dan komunikasi. Guru pula mendapat manfaat besar melalui panduan yang jelas dan bahan lengkap yang menjadikan pengajaran lebih berkesan. Dalam skala lebih besar, dapatan ini berpotensi memberi manfaat kepada pembuat dasar, institusi latihan guru dan komuniti pendidikan dalam memperkukuh sistem pendidikan awal kanak-kanak negara. Dapatan kajian menunjuk- kan bahawa Kit Pembela- jaran STREAM memberi impak yang positif dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Guru-guru yang terlibat mel- aporkan bahawa mereka lebih yakin dalam merancang serta melaksanakan aktiviti berasas- kan STREAM. Murid menunjukkan penglibatan yang lebih aktif, terutama dalam aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, kemahiran berfikir aras tinggi seperti penyelesaian masalah dan membuat keputusan semakin menonjol dalam kalangan murid. Proses pembelajaran menjadi lebih kontekstual dan relevan apabila murid dapat mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan situasi sebenar dalam kehidupan harian. Peningkatan kefahaman terhadap konsep juga dapat dilihat dengan lebih jelas melalui Pihak penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) atas sokongan dan dana kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para penyelidik, guru prasekolah, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga usaha kecil ini memberi impak besar kepada dunia pendidikan awal kanak- kanak di Malaysia. Ketua Penyelidik: PM Dr. Raja Noor Farah Azura binti Raja Ma’amor Shah Fakulti Sains Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris raja_farah@fsmt.upsi.edu.my Tajuk Kajian: Transformasi Pengajaran Prasekolah melalui Kit Pembelajaran STREAM Bertema dan Pembelajaran Berasaskan Projek aktiviti hands-on dan pelaksanaan projek yang dirancang dalam kit. Kit ini bukan sekadar sebagai bahan bantu mengajar malah mengubah cara pembelajaran. Daripada pengalaman yang pasif kepada pendekatan eksploratif yang aktif, murid lebih terlibat dalam proses pembelajaran. Ini memberi ruang kepada perkem- bangan Kemahiran Abad ke-21 seperti kreativiti, kolaborasi, pemikiran kritis dan komunikasi. Guru mendapat manfaat besar melalui panduan yang jelas dan bahan lengkap yang menjadikan pengajaran lebih berkesan. Dalam skala lebih besar, dapatan ini berpotensi memberi manfaat kepada pembuat dasar, institusi latihan guru dan komuniti pendidikan dalam memperkukuh sistem pendidikan awal kanak- kanak negara. Tingkatkan Pembelajaran dan Kemahiran Abad ke- 21 Kanak-Kanak 31NCDRC, UPSI “ Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Penyelidik bersama :- Dr. Raja Lailatul Zuraida binti Raja Ma’amor Shah (UPSI) Prof. Madya Dr. Mazlini binti Adnan (UPSI) Pn. Noraida binti Othman (UPSI) Pn. Sri Rejeki (UPSI) En. Irwan bin Nayan (UPSI)
32NCDRC, U PSI Kebahagiaan Anak Asia di Era PandemikMenyingkap Faktor-faktor Daya Tahan dan Kebahagiaan Fenomena pandemik COVID-19 telah membawa banyak perubahan kepada kesejahteraan kanak- kanak. Penyelidikan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) bersama tujuh negara Asia bertujuan untuk menyelidik impak pandemik tersebut ke atas kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun. Kajian ini meneliti cabaran emosi dan sosial yang dihadapi kanak-kanak serta peranan ibu bapa serta komuniti dalam menyokong kebahagiaan dan daya tahan mereka. Dapatan menunjukkan bahawa gaya keibubapaan yang positif memberi kesan besar terhadap kesejahteraan kanak-kanak, bahkan dalam situasi mencabar seperti pandemik. Kajian ini menekankan kepentingan memastikan Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan mengumpulkan data melalui soal selidik yang diedarkan dalam talian kepada 250 ibu kanak- kanak berumur 5 dan 7 tahun di institusi prasekolah dan sekolah rendah. Dua soal selidik, iaitu Person Most Knowledgeable-Child & Youth Resilience Measure-Revised (PMK- CYRM-R) dan KINDL-QOL, digunakan untuk mengukur daya tahan dan kebahagiaan kanak-kanak. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan kaedah statistik, termasuk regresi dan ujian-t, untuk menentukan hubungan antara gaya keibubapaan dan kesejahteraan kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berumur 7 tahun mempunyai tahap daya tahan dan kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding kanak- kanak berumur 5 tahun ketika menghadapi cabaran pandemik. Selain itu, amalan keibubapaan yang positif terbukti mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap daya tahan serta kebahagiaan anak- anak. Pihak Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada pihak Child Research Network Asia (CRNA) bagi sumbangan dana penyelidikan. Sehubungan dengan itu, terima kasih diucapkan kepada barisan penyelidik atas komitmen yang diberikan, pihak institusi prasekolah dan ibu bapa dalam memberikan kerjasama dalam pengumpulan data dan kesemua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan kajian ini. “ kanak-kanak di Asia dapat berkembang dalam persekitaran yang menyokong kesejahteraan dan daya tahan mereka, meskipun menghadapi cabaran seperti pandemik. Daya tahan ini berfungsi sebagai perisai untuk kesejahteraan sepanjang hayat, yang dapat diperkuatkan melalui kasih sayang keluarga dan komunikasi yang baik. Pandemik menggambarkan kehidupan kanak-kanak sebagai puzzle yang hilang kepingan, dengan penutupan sekolah dan kekangan sosial mencetuskan emosi negatif. Namun, sokongan dari ibu bapa dan komuniti dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan situasi baru, meningkatkan kebahagiaan dan daya tahan mereka. Kesimpulannya, kajian ini penting bagi memastikan hak dan keperluan perkembangan kanak-kanak di Asia terjaga. Ketua Penyelidik: Prof. Madya Dr. Mazlina binti Che Mustafa Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris mazlina.cm@fpm.upsi.edu.my Penyelidik Bersama:- Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah binti Ayob (UPSI) Prof. Madya Dr. Norazilawati binti Abdullah (UPSI) Dr. Nor Mashitah binti Mohd Radzi (UPSI) Dr. Norsayyidatina binti Che Rozubi (UPSI) Dr. Iylia Dayana binti Shamsudin (UPSI) Dr. Masayu binti Dzainudin (UPSI) Tajuk Kajian: Anak-anak Asia di Era COVID-19: Menyingkap Faktor-faktor Daya Tahan dan Kebahagiaan 32 NCDRC, UPSI
33NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Daya Tahan Kanak-Kanak Asia Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai Asas Perkemban- gan Holistik dan Terancang Kajian ini memberikan implikasi yang bermanfaat kepada semua pihak khususnya kepada kanak- kanak kerana dapat menyokong kesejahteraan kanak-kanak melalui pengukuhan kebahagian dan daya tahan diri kanak-kanak Asia. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa institusi kekeluargaan yang kukuh iaitu peranan ibu bapa yang positif sangat bermakna dan membantu kanak-kanak dalam membina kekuatan emosi, keyakinan diri dan daya tahan walaupun dalam keadaan pandemik yang menyekat banyak kebebasan kanak- kanak. Oleh itu, dapatan kajian ini sangat bermakna sekiranya dapat dikongsikan kepada ibu bapa tentang kepentingan amalan keibubapaan yang positif dan menyokong dalam membantu anak-anak dalam berdaya tahan dan bahagia. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberi manfaat kepada pembuat dasar dan kerajaan dalam merangka dasar yang dapat menyokong kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak melalui program sokongan keibubapaan dan komuniti dalam meningkatkan kesedaran ibu bapa dan juga komuniti untuk bersama-sama menjaga kesejahteraan. Hal ini kerana, komuniti dan organisasi sosial dapat bekerjasama dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong dan inklusif dalam membina daya tahan dalam kalangan kanak-kanak. Secara keseluruhannya, dengan memahami dapatan ini dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Asia yang sihat, bahagia dan berdaya tahan. Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk 33NCDRC, UPSI
34NCDRC, U PSI Pendidikan awal adalah asas kepada pembangunan menyeluruh kanak-kanak merangkumi aspek pembentukan asas fizikal, emosi, sosial, kognitif dan moral seseorang individu. Pendidikan ini adalah dalam bentuk asuhan, penjagaan dan aktiviti pembelajaran yang dirancang khusus untuk kanak-kanak sama ada di rumah, taska, tadika atau pusat pendidikan awal yang diiktiraf. Oleh itu, panduan menyeluruh diperlukan untuk memastikan perkembangan kanak-kanak berlaku secara seimbang, tersusun dan bermakna. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, kurikulum memainkan peranan yang sangat penting dan kurikulum yang digunakan oleh para pendidik perlu sentiasa dikemaskini agar sejajar dengan perkembangan semasa, keperluan kanak-kanak, serta aspirasi negara. Kajian ini bertujuan untuk; i) menyemak semula dan memurnikan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dalam konteks amalan bersesuaian dengan perkembangan Kanak-kanak normal dan Kanak-kanak berkeperluan khas; ii) menyemak semula dan memurnikan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP); iii) membanding kandungan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) versi 2024 dengan kurikulum kursus major Standard Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Universiti dan Kolej; dan iv) menyetarakan kandungan Modul Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) versi 2024 dengan kurikulum kursus major Standard Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Universiti dan Kolej. Kajian ini dijalankan melalui 4 fasa Mengubah Masa Depan Kanak-Kanak melalui Kurikulum & Latihan Berkualiti iaitu; i) Fasa 1 dan 2 melibatkan pengumpulan data inception, perbincangan meja bulat dan temu bual; dan ii) Fasa 3 dan 4 melibatkan analisis dokumen struktur program pendidikan awal kanak-kanak mengikut teras Program Standard Pendidikan Awal Kanak-kanak MQA dan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak. Kajian ini penting untuk dilaksanakan supaya dapat memastikan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak kekal relevan, berkualiti dan responsif. Hal ini kerana, kurikulum yang telah lama dilaksanakan mungkin sudah tidak lagi memenuhi keperluan semasa kanak-kanak, keluarga dan masyarakat yang semakin berubah dari aspek teknologi, nilai sosial, cabaran pendidikan dan juga cara kanak-kanak belajar hari ini.
35NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk Kajian ini penting untuk dilaksanakan supaya dapat memastikan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak kekal relevan, berkualiti dan responsif. Hal ini kerana, kurikulum yang telah lama dilaksanakan mungkin sudah tidak lagi memenuhi keperluan semasa kanak-kanak, keluarga dan masyarakat yang semakin berubah dari aspek teknologi, nilai sosial, cabaran pendidikan dan juga cara kanak-kanak belajar hari ini. Selain itu, untuk memastikan pendidik mendapat latihan yang terbaik dan sesuai dengan amalan sebenar kerana modul latihan pendidik tidak sepenuhnya membekalkan kemahiran praktikal untuk mengendalikan kelas yang berbeza keperluan. Oleh itu, melalui kajian yang dilaksanakan dapat menyediakan modul kepada pendidik selari dengan keperluan lapangan. Ibarat seperti membina sebuah rumah, hendaklah memastikan rumah yang dibina kukuh dan selamat didiami dengan asas dan reka bentuk yang sesuai dengan keadaan semasa, sekiranya perlu untuk membuat penambahan bilik kerana terdapat penambahan ahli, hendaklah membuat pengubahsuaian rumah mengikut keperluan. Sama juga dengan Pendidikan awal kanak-kanak, kurikulum dan modul yang disediakan adalah sebagai pelan asas yang dapat membimbing perkembangan setiap kanak- kanak. Secara keseluruhannya, kajian ini penting untuk dilaksanakan untuk memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat asuhan dan didikan yang menyeluruh, seimbang dan menyeronokkan sejak awal usia. Kajian ini memfokuskan pengumpulan data dan maklumat melalui empat sumber utama iaitu i) data inception (fasa 1 dan 2) yang meliputi analisis dokumen berkenaan asuhan dan didikan awal kanak-kanak, kajian berimpak serta analisis penanda aras (benchmarking); ii) perbincangan meja bulat (fasa 1, 2, 3 dan 4) ; iii) temu bual (fasa 1, 2, 3 dan 4); dan iv) Struktur Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) mengikut pengetahuan teras Program Standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Modul Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (KAP) (fasa 3 dan 4) yang dibuat secara analisis dokumen. Fasa Kajian Reka Bentuk Kajian Reka Bentuk Kajian Pelaksanaan Kajian Inception
36NCDRC, U PSI Kebolehgunaan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan Kebolehgunaan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (KAP) Secara keseluruhannya, 95% bersetuju bahawa Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak- Kanak Kebangsaan (KAP) ini boleh digunakan. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menganalisis dapatan bagi menjayakan objektif keempat-empat fasa iaitu: 1. Menyemak semula dan memurnikan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dalam konteks amalan bersesuaian dengan perkembangan Kanak-kanak normal dan Kanak- kanak berkeperluan khas. 2. Menyemak semula dan memurnikan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP). 3. Membanding kandungan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) versi 2024 dengan kurikulum kursus major Standard Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Universiti dan Kolej. 4. Menyetarakan kandungan Modul Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) versi 2024 dengan kurikulum kursus major Standard Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Universiti dan Kolej. Pihak NCDRC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Permata Malaysia (YPM) atas kepercayaan dan pembiayaan geran penyelidikan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak NCDRC yang sentiasa membantu dari aspek penyelarasan, pemantauan dan bimbingan sepanjang tempoh kajian, para penyelidik yang komited dan terima kasih kepada semua agensi, pengasuh, pendidik, penyelia, ibu bapa dan penjaga yang memberi kerjasama dalam pengumpulan data kajian ini. Kajian ini tidak dapat dijayakan tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak yang prihatin dan komited terhadap Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Ketua Penyelidik:- Prof. Madya Dr. Norazilawati binti Abdullah (UPSI) Prof. Madya Dr. Mazlina binti Che Mustafa (UPSI) Prof. Dr. Nordin bin Mamat (UPSI) Prof. Madya Dr. Azizah binti Zain (UPSI) Penyelidik bersama :- Prof. Madya Dr. Abdul Talib bin Mo- hamed Hashim (UPSI) Prof. Madya Ts. Dr. Wong Kung Teck (UPSI) Dr. Masayu binti Dzainudin (UPSI) Dr. Hasrul bin Hosshan (UPSI) PM Dr. Abdul Halim bin Masnan (UPSI) Dr. Iylia Dayana binti Shamsudin (UPSI) Dr. Seah Siok Peh (UPSI) Dr. Intan Farahana binti Abdul Rani (UPSI) Dr. Jamilah binti Mohd Basir (UPSI) Dr. Tee Ying Qin (UTM) Dr. Anis Norma binti Mohamad Jaa- far (UPSI) Dr. Romarzila binti Omar (UPSI) Puan Fairuz ‘Ain binti Harun (UPSI) Tajuk Kajian: Semakan Kurikulum Seiring Transformasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia 36 NCDRC, UPSI “
37NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk
38NCDRC, U PSI Dapatkan segeraproduk keluaran kami
39NCDRC, U PSI Ilmu yang dikaji, Masa depan yang dibentuk
40NCDRC, U PSI penerbitan.ncdrc@upsi.edu.my 05-4507137 Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. https://ncdrc.upsi.edu.my/ NCDRC UPSI ncdrc_upsi @ncdrc