View STK TOPIK 4 flipbook.
TOPIK 4: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN SERI KARTINI BINTI JURAMI 58
P R I N S I PP R I N S I PP R I N S I P S Y A R I A HS Y A R I A HS Y A R I A H P E N G E R T I A NP E N G E R T I A NP E N G E R T I A N S Y A R I A HS Y A R I A HS Y A R I A H Syariah berasal daripada perkataan bahasa Arab ‘syarak’. Pengertian 'Syarak’ : Bahasa: jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus. Istilah : merujuk kepada segala ketetapan yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW. 59
WASATIAH (KESEDERHANAAN) RABBANIYYAH (KETUHANAN) TAWAZUN (KESEIMBANGAN) P R I N S I PP R I N S I PP R I N S I P S Y A R I A HS Y A R I A HS Y A R I A H D A L A MD A L A MD A L A M S A I N S , T E K N O L O G IS A I N S , T E K N O L O G IS A I N S , T E K N O L O G I D A N K E J U R U T E R A A ND A N K E J U R U T E R A A ND A N K E J U R U T E R A A N Meletakkan sesuatu tuntutan secara seimbang. Contoh keseimbangan antara tuntutan dunia dan akhirat, jasmani dan rohani, akal dan jiwa dan sebagainya. Keperluan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam tuntutan hidup di dunia perlu seimbang dengan tuntutan syariah bagi kesejahteraan hidup di akhirat. Contohnya keperluan perkembangan industri makanan yang halal, sistem kewangan yang patuh syariah, teknologi senjata moden yang menepati tuntutan syariah dan sebagainya. Tertakluk kepada prinsip kesederhanaan dan tidak ekstrem (melampau) kepada berlebihan atau kekurangan. Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan hendaklah bersandarkan kepada prinsip ini agar tidak membawa kemudharatan, pembaziran atau sia-sia. Tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sejagat. Proses dan hasil produk menepati syariah dan mendapat keredhaan Allah. Ia mengarah penggunanya ke jalan yang benar serta tidak bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan dapat membantu manusia melaksanakan tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah dengan lebih efisyen dan dapat meningkatkan iman dan amal kepadaNya. 60
P R I N S I PP R I N S I PP R I N S I P S Y A R I A HS Y A R I A HS Y A R I A H D A L A M S A I N S , T E K N O L O G ID A L A M S A I N S , T E K N O L O G ID A L A M S A I N S , T E K N O L O G I D A N K E J U R U T E R A A ND A N K E J U R U T E R A A ND A N K E J U R U T E R A A N MIZAN (KESATARAAN) Memberi nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara dengan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam semua aspek yang berkaitan. Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan perlu mempertimbangkan aktiviti dan penghasilan produk menepati pertimbangan dalam syariah, kewajaran dalam memenuhi keperluan dan manfaatnya kepada manusia, kebaikan dan keburukan serta kesannya kepada manusia dan alam serta aspek-aspek lain yang berkaitan. Contohnya programmer komputer perlu memastikan kandungan program membawa kebaikan, gambar-gambar dan penulisan yang dipaparkan menepati syarak dan tidak berunsur maksiat. MUTLAK & MURUNAH (TETAP & ANJAL) Ketetapan (kemutlakan) dalam hukum teras (usul) penting untuk memelihara kesucian prinsip syariah sementara fleksibiliti dalam beberapa perkara cabang (furu’) bertepatan dengan keperluan kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik. Perkembangan sains, teknologi dan kejuruteraan perlu seiring dengan prinsip mutlak dan murunah dalam syariah. Contoh secara terasnya hukum membunuh janin dalam apa jua tujuan adalah haram, namun pengambilan sel janin yang gugur sebelum empat bulan adalah diharuskan. 6161
Menurut al-Syatibi maqasid syariah adalah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat dengan memelihara lima aspek utama iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Justeru perkembangan sains, teknologi dan kejuruteraan perlu selari untuk memelihara maqasid syariah. Umumnya perkembangan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk memenuhi keperluan dan kesempurnaan hidup manusia. Namun setiap kajian dan produk yang dihasilkan perlu ditimbang tara dan diperhalusi proses dan kesannya agar ia selari dengan maqasid syariah yang tidak membawa kepada kerosakan atau kepincangan kepada agama, nyawa, akal, maruah dan keturunan serta harta. a. Memelihara Maqasid Syariah Dalam memenuhi keperluan dan kesejahteraan hidup manusia, syariah berperanan sebagai alat pengukur untuk menilai dan menentukan tahap keperluan dan kepentingan sesuatu kajian dan ciptaan yang dihasilkan. Menurut al-Syatibi, keperluan dan kehendak manusia mengikut garis panduan syariah boleh dikategorikan kepada tiga peringkat mengikut keutamaan iaitu daruriyyat, hajjiyat dan tahsiniyat. Peringkat keutamaan tersebut boleh berubah mengikut masa dan situasi. b. Garis Panduan Mengukur Tahap Keperluan P E R A N A NP E R A N A NP E R A N A N S Y A R I A HS Y A R I A HS Y A R I A H 62
Prinsip Etika Islam 1. Niat yang baik Usaha yang dilakukan bertujuan memberi kebaikan kepada kesejahteraan hidup manusia sama ada untuk kelancaran urusan agama mahupun dunia. Contohnya seperti bertujuan memberi kemudahan, keselesaan, menjimatkan masa dan kos atau dapat membawa manusia mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia” (Riwayat Al-Quda’). Prinsip Etika Islam 2. Ikhlas Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu perbuatan dengan tulus semata-mata kerana Allah tanpa apa-apa kepentingan lain. Matlamat usaha yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan dapat mendekatkan diri kepada Penciptanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama...” (Al-Bayyinah: 5). ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Prinsip Etika Islam 63
Prinsip Etika Islam 4. Itqan Usaha dilakukan dengan tekun, bersungguh dan teliti untuk memastikan hasil produk berkualiti dan menepati semua aspek yang ditetapkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia melakukan dengan tekun” (Riwayat Al-Thabrani dan Al-Baihaqi). 3. Ihsan Ihsan dari perkataan “hasan” bermaksud menambah keelokkan atau menjadikan sesuatu lebih baik, lebih cemerlang, lebih mantap, lebih sempurna atau melakukan sesuatu lebih daripada yang sepatutnya. Nilai ihsan yang dilakukan adalah kerana Allah SWT dan sentiasa merasai kehadiranNya atau memiliki sifat taqwa yang sentiasa merasa diri diperhatikan oleh Allah SWT. Nilai ihsan menjadikan saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugas sebaik mungkin serta memberi nilai tambah, tidak melakukan sebarang penyelewengan dan sentiasa memelihara syariatNya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Kamu melakukan ibadah seolah-olah kamu melihat Allah, sekiranya kamu tidak dapat melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu” (Riwayat Muslim). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan pada tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu melaksanakan hukuman mati, maka perelokkan pelaksanaan hukuman mati itu, apabila kamu meyembelih binatang, maka perelokkan sembelihan kamu” (Riwayat Muslim). Prinsip Etika Islam Prinsip Etika Islam 64
Prinsip Etika Islam 5. Jujur Kajian, penyelidikan dan penghasilan produk dilakukan dengan jujur, tidak menipu dan transparensi tanpa menyembunyikan kesilapan atau keburukan produk atau memanipulasikan kebenaran fakta untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa menipu, bukanlah dari golongan kami” (Riwayat Muslim). Prinsip Etika Islam Prinsip Etika Islam 7. Mesyuarat & Muafakat Usaha dan tindakan yang dilakukan secara berkumpulan atau melibatkan banyak pihak memerlukan perbincangan dan permuafakatan daripada semua pihak yang terlibat. Keputusan yang diambil berdasarkan kesepakatan pelbagai bidang kepakaran dapat meningkatkan mutu kualiti produk dari pelbagai aspek. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka...” ( Al-Syura: 38). Prinsip Etika Islam Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)” (Al-Anfal: 27). 6. Amanah Melakukan tugas dengan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan amanah yang dipikul. Yakin bahawa setiap apa yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. 65
1 2 3 4 5 6 Peranan Prinsip Etika Islam Menjamin kemajuan yang seimbang dan selamat kepada manusia dan alam sejagat. Mewujudkan negara dan rakyat maju dan sejahtera serta agama terpelihara. Meningkatkan perkembangan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam pelbagai bidang. Menghubungkait semua kegiatan sains, teknologi dan kejuruteraan dengan Allah SWT. Melakukan eksperimen dan penyelidikan yang bijaksana tanpa niat jahat. Menghasilkan produk yang berfaedah dan dapat meningkatkan nilai kualiti hidup. 66
TOPIK 4: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM LATIHAN PENGUKUHAN http://tiny.cc/STK-T4 s c a n m es c a n m es c a n m e Imbas di sini atau layari link di bawah 67
RUJUKANRUJUKAN 1. ‘Ali Muhyiddin al-Qarah Daghi : Penterjemah : Fauwaz Fadzil Noor. 2019. Fiqh Al-Mizan. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. 2. Hamidi Abdul Ghani & Nasron Yaacob. 2021. Prinsip - Prinsip Syariah dalam Aktiviti Muamalat. Rabbanica Vol . 2 , No.1 ( Mei 2021 ) , ( hal . 111 - 130 ) e - ISSN : 2756 - 7893 . Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KUIN) . http: // ejournals. kias. edu. my/ index. php/ rabbanica/article/view/181 [2 September 2021]. 3. Kee. Y .Sabariah Bte Kee Mohd Yussof & Ag Mohd Ruslaimie Bin Masli. 2020. Pengaruh Etika Kerja Islam Terhadap Kecerdasan Emosi Dan Emotional Labor Dalam Kalangan Pihak Pengurusan Di Sektor Awam Terpilih . Manu Bil . 31 (2), (hal. 153 -173), 2020 (Disember) E-ISSN2590 -4086© . file:///C:/Users/User/ Downloads/2635-Manuskrip-9758-1-10-20210104.pdf [15 Ogos 2021]. 4. Modul MPU 23052 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Ipoh: Unit Pendidikan Islam dan Moral Politeknik Ungku Omar. 5. Mohd Azli Adnan , Asnuurien Najma Ahmad & Rasdin Husin . T . t . Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik. 6. Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup @ Ayub . 2017 . Irsyad Al- Hadith Siri Ke -217: Itqan (Tekun) Dalam Setiap Pekerjaan . Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp .gov. my / artikel / irsyad - al - hadith /649 - irsyad- al-hadith-siri-ke-217-itqan-tekun- dalam-setiap-pekerjaan [16 Ogos 2021]. 7. Nur A'thiroh Masyaa'il Tan @ Tan Ai Pao Abdullah . 2008 . Kepentingan Syura Dalam Kehidupan . http:// athiroh - ukm . blogspot . com/2008/04/kepentingan-syura- dalam-ehidupan-oleh.html [17 Ogos 2021]. 8. Zulkifli Mohamad al -Bakri. 2019 . Bayan Linnas Siri Ke-193 : Bekerja Sebagai Ibadah : Meningkatkan Sikap Integriti . Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. https: // muftiwp . gov.my/ artikel/ bayan-linnas/3555-bayan-linnas-siri-ke-193-bekerja- sebagai-ibadah-meningkatkan-integriti [15 Ogos 2021]. 9. https://www. vectorstock.com / royalty- free-vector/ islam - allah - background- vector- 596942 [19 September 2021]. 10. https://pembinaperlis.wordpress.com/2010/01/15/hubungan-hati-dengan-allah- dan-individu/ [19 September 2021]. 11. http:// webcache . googleusercontent . com / search?q = cache : L_F_JNxkZOEJ: conference.kuis.edu.my/mfifc/images/e-proceeding/2018/337-344.pdf+& cd=2&hl =ms&ct=clnk&gl=my&client=firefox-b-d [19 September 2021]. 12. https://mimbarhikmah18.blogspot.com/2017/02/isra-mikraj-yang-terdistorsi.html [19 September 2021]. 13. https://www.astroawani.com/berita-bisnes/firma-automotif-digesa-ambil-lebih - ramai - pekerja - wanita - atau - berisiko - hilang - perniagaan - 107444 [19 September 2021]. 68
RUJUKANRUJUKAN 19. https:// www . istockphoto . com / photo / putrajaya - mosque - gm516727175 - 48983112 [19 September 2021]. 20. https://www.picfair.com/pics/01376842-klcc-malaysia [19 September 2021]. 21. http://advancementstv.com/medical-technology/ [19 September 2021]. 14. https://belajaralquran.com/orang-tua-wajib-tahu-yuk-intip-7-cara-mengajar-anak-mengaji -sejak-dini/ [19 September 2021]. 15. https://www.islam.com.kw/tag/cooperatives/ [19 September 2021]. 16. https://www.fidzikri.com/kerjasama-tim-pc-irm-paciran/ [19 September 2021]. 17. https:// www . dreamstime . com / concept - meeting - education - learning - presentation- technology-background-d-render-image127353414 [19 September 2021]. 18. https://www.pngdownload.id/png-bfy1e2/ [19 September 2021]. 69