PENGHAYATAN DAN PERADABAN BAHAGIAN 1 (1)

Ainul Farhaan binti Harun Mohd Hanafi bin Jusoh Suhaila binti Mustaffa PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN BAHAGIAN I PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA & KONSEP ETIKA DAN PERADABAN

i Penasihat Razak bin Nordin Mohd Azli bin Adnan Penulis Ainul Farhaan binti Harun Mohd Hanafi bin Jusoh Suhaila binti Mustaffa Editor dan Semakan Bahasa Mohd Azli bin Adnan Konsep dan Rekabentuk Ainul Farhaan binti Harun Terbitan 2021 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada secara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis dari pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terlebih dahulu. Diterbitkan oleh: Politeknik Tuanku Syed Sirajudddin (PTSS) Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis No. Tel : 04-988 6200 No. Fax : 04-988 6300 www.ptss.edu.my

ISI KANDUNGAN Abstrak 1 Penghargaan 2 Bab Satu: Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia Pengenalan Bab Satu 3 Sinopsis Bab Satu 4-5 Definisi Istilah : Adab, adat resam, adat istiadat, etika, etos dan etiket 6-13 Infografik definisi dan istilah 14 Susur masa etika : Zaman pra kolonial. kolonial dan pasca kolonial 15-18 Kerangka Menganalisis Etika & Peradaban Acuan Malaysia Melalui Sejarah, Struktur Sosial & Biografi 19 Struktur Sosial 20-21 Peranan biografi dalam etika 22 Penghayatan etika dan peradaban mengikut peringkat individu, keluarga, komuniti 23 dan masyarakat Penghayatan etika dalam konteks masyarakat, negara dan pasaran 24 Kesimpulan bab 25 Latihan dan aktiviti 1 26-28 Bab Dua : Konsep Etika dan Peradaban Pengenalan Bab Dua 29 Sinopsis Bab Dua 30 Pergerakan idea dan amalan etika 31 Zaman sejarah awal: Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, Logam, Proto-Sejarah 32-34 Zaman Kerajaan Melayu Awal : Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua, Gangga Negara 35-43 ii

Bukti ketamadunan kerajaan awal Melayu 44-45 Tamadun China, India dan Islam 46-49 Pengaruh kuasa Barat: Portugis, Belanda dan British 50-52 Zaman sejarah moden 53 Pembinaan negara bangsa 54-55 Konsep etika dan peradaban dari pelbagai sudut: 56-71 - Perspektif agama dan kepercayaan - Perspektif kolonialisme dan pasca kolonialisme - Perspektif timur dan barat Kesimpulan topik 72 Latihan dan aktiviti 73-77 Rujukan 78 Skema jawapan latihan dan aktiviti 79-80 ii

ABSTRAK EBook yang bertajuk Penghayatan Etika dan Peradaban (Bahagian I) ini merangkumi dua topik iaitu Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia serta topik Konsep Etika dan Peradaban. Topik Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia mengupas tentang adab, adat istiadat, adat resam, etika dan etos dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia juga berkisarkan tentang kerangka pemikiran dalam menghayati etika dan peradaban. Manakala topik kedua iaitu Konsep Etika dan Peradaban pula berkisarkan tentang sejarah peradaban dan ketamadunan manusia yang merangkumi zaman tamadun awal manusia, zaman kerajaan Melayu dan zaman moden serta pengaruh tamadun dalam membentuk etika dan peradaban kini. Menyedari hakikat topik-topik yang dipilih sangat berkait rapat dengan sejarah dan kaya dengan fakta-fakta, kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah eBook yang padat dengan gabungan elemen warna, illustrasi, fakta ringkas dan infografik. Selari dengan kepesatan dunia pendidikan kini yang sangat sinonim dengan ledakan teknologi maklumat, eBook yang dihasilkan juga disertakan dengan latihan dan aktiviti secara dalam talian dan berkonsepkan bermain sambil belajar. Konsep eBook sebegini diharapkan dapat memberi satu perspektif baharu kepada belajar bahawa kursus teori adalah sesuatu yang menarik dan mudah difahami. EBook Penghayatan Etika dan Peradaban ini juga ada menyediakan beberapa infografik mengenai konsep dan fakta berkaitan topik untuk menjadikan ianya sebuah buku yang mampu membuka mata pelajar di samping penggunaan elemen warna yang pelbagai akan mampu menarik tumpuan para pelajar pada tahap optimum. Diharapkan penghasilan eBook ini dapat memberi dimensi baharu bahawa kursus toeri yang mengandungi fakta sejarah juga mampu diterjemahkan ke dalam bentuk yang sangat menarik dan diminati oleh generasi muda masa kini. 1

PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan NikmatNya sempurnalah segala kebaikan serta lafaz selawat dan salam ke atas Baginda Nabi SAW. Setinggi- tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, dengan izin dan kurniaan ilham dariNya dapatlah kami menyempurnakan penulisan eBook pada kali ini. Penghasilan eBook ini adalah atas dorongan dan motivasi dari pelbagai antaranya adalah Pengurusan Tertinggi PTSS, Jawatankuasa E- Learning PTSS dan Ketua Jabatan Pengajian Am iaitu En. Razak bin Nordin khususnya. Justeru, kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dan peluang yang diberikan. Kejayaan dalam menyempurnakan eBook ini adalah hasil usaha padu, semangat dan komitmen kerja secara berkumpulan. Sebagai satu pasukan yang terdiri dari Ainul Farhaan binti Harun, Suhaila binti Mustaffa dan Mohd Hanafi bin Jusoh mewakili Unit Pendidikan Islam dan Moral JPA PTSS, amat berbangga dan berharap hasil kerja ini dapat menjadi titik tolak dan perintis kepada penghasilan penulisan akademik berkonsepkan eBook yang lebih bermutu dan bersifat dinamik. Jutaan terima kasih juga kami titipkan kepada Ustaz Mohd Azli bin Adnan selaku Penasihat yang juga bertindak sebagai editor dan Penyemak Bahasa eBook yang kami hasilkan kerana sudi meluangkan masa memberi komen dan pandangan membina dalam menambahbaik eBook ini. Akhir kata, diharapkan eBook Penghayatan Etika dan Peradaban ( Bahagian I ) yang mengandungi gabungan elemen infografik, bahasa yang ringkas dan padat ini dapat menarik minat para pelajar di pelbagai institusi pendidikan untuk memahami kursus ini. Semoga pembaca beroleh manfaat dan dapat mengutip segenap mutiara ilmu yang digarapkan justeru membentuk minda dan jiwa patriotisme dengan nilai adab dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Selamat membaca. 2

PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA BAB 1 Topik ini mengupas tentang definisi adab, etika, adat isitadat dan juga etos. Para pelajar akan diberi penekanan mengenai pelaksanaan adab dalam kehidupan seharian Para pelajar juga akan didedahkan dengan adat istiadat yang merupakan amalan turun temurun dalam masyarakat kita. Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika dan peradaban Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara. 3

Pengenalan etika dan peradaban. Susur masa etika dan peradaban berdasarkan pra- kolonial, kolonial dan pasca-kolonial. Kerangka menganalisis etika dan peradaban acuan Malaysia melalui sejarah, struktur sosial dan biografi. Penghayatan etika dan peradaban mengikut peringkat - individu, keluarga, komuniti dan masyarakat (lokal dan global). Penghayatan etika dan peradaban mengikut konteks masyarakat, negara dan pasaran. SINOPSIS BAB 1 4

"Harmoni boleh dicapai bila setiap rakyat fahami dan laksanakan tanggungjawab masing-masing, serta menjauhkan diri daripada isu-isu sensitif" Tan Sri Lee Lam Thye 5

Apa itu adab ? Menurut bahasa, seperti yang terdapat dalam Kamus Pelajar Edisi, adab bermaksud budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik, budi bahasa. Kurang adab: tidak tahu; kurang sopan. Beradab juga sinonim dengan telah maju tingkat kehidupannya. Peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Beradab: baik budi bahasa; sopan: Orang yang beradab tidak akan meninggikan suaranya apabila berkata - kata. 6

ADAT RESAM Bahasa: adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (daerah dan lain- lain). Contohnya seperti adat berkaitan kelahiran, adat perkahwinan yang melibatkan proses merisik, bertunang, bersanding, berinai dan juga adat kematian. Setiap kaum dan etnik di Malaysia memiliki adat masing-masing dan diamalkan sejak turun temurun. Adat kaum dan masyarakat setempat bertujuan mendidik peribadi individu, dan menjadikan Malaysia negara yang unik. 7 i

Adat Kaum di Malaysia Gambar 1 : Adat berinai atau malam berinai untuk majlis perkahwinan bagi kaum Melayu Gambar 2 : Adat Valaikappu yang menjadi tradisi turun temurun kaum India di mana, ibu mengandung akan disarungkan dengan gelang. Gambar 3 : Adat meminum teh semasa majlis perkahwinan kaum Cina. 8

Dari segi bahasa, adat-istiadat bermaksud berbagai-bagai adat yang diikuti. Berbagai-bagai adat dan kebiasaan. Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa (seperti pertabalan, perkahwinan dan sebagainya). Berbagai-bagai adat (peraturan) yang dituruti. Adat istiadat yang menjadi kebanggaan setiap masyarakat juga mampu menjadi penghubung silaturahim antara sesama anggota masyarakat. Adat istiadat yang tersusun dan sistematik ini menunjukkan nilai etika dan peradaban yang baik dalam sesebuah masyarakat dan kaum tersebut. Generasi muda terutamanya, perlu peka kepada adat istiadat yang menjadi identiti negara kita, agar ia dapat dikekalkan untuk generasi akan datang. Generasi muda perlu didedahkan dengan adat isitiadat yang ada di negara kita demi meningkatkan jati diri mereka. ADAT ISTIADAT 9

Etika [Bahasa] prinsip moral atau nilai - nilai akhlak (adab sopan) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. - Kamus pelajar Edisi ke-2 [Sosiologi] satu standard menyeluruh tentang benar atau salah. Menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik. Etika juga melibatkan pinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan individu atau sesebuah masyarakat Contoh: etika perguruan, etika jururawat, etika kedoktoran dan juga etika sebagai penjawat awam. Etika dalam bidang pekerjaan akan menjadi pegangan setiap pekerja. Etika tersebut akan menjadi acuan dalam membentuk nilai adab dan sikap seseorang individu. Perkataan etika dikatakan berasal dari Greek iaitu 'ethos' yang membawa makna khusus kepada 'character', perwatakan dan keperibadian seseorang. 10

Apa yang dimaksudkan dengan ETOS [ Bahasa] sifat atau ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dan lain-lain. Contohnya, seorang pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan etos masyarakat dan negara kita [Sosiologi] usaha membangunkan bangsa berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa. Etos bangsa dalam konteks Malaysia pula menurut Hanapi (2007), membawa maksud sifat sesebuah masyarakat atau komuniti. Sifat itu pula terbit daripada semangat, nilai, idea, kepercayaan, pemikiran, falsafah dan pegangan hidup masyarakat berkenaan. 11

“…building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious, cultural and geographical backgrounds is something more than just fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involves the fostering of (1) shared historical experiences, (2) shared values, (3) a feeling of common identity, (4) shared destiny that trancends ethnic bounds without undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment, and (7) an emotional attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos" Tun Mahathir Mohamad, 1992 12

ETIKET Tindak tanduk seseorang apabila berada di khalayak di dalam sesuatu situasi. Contoh seperti etiket di meja makan, etiket menghadiri majlis rasmi, etiket menaiki kenderaan awam, etiket membuat panggilan atau menerima panggilan telefon dan sebagainya. Contoh: Wanita bangsa kita belum mahir tentang etiket yang lazim di rumah- rumah orang besar. Etika boleh didefinisikan sebagai adat dan peraturan bukan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu). Etiket adalah peraturan- peraturan yang melibatkan tingkah laku atau sopan santun dalam kehidupan seharian, dalam hubungan antara satu sama lain atau dalam majlis sama ada berbentuk formal atau tidak formal 13

Mengandungi definisi ringkas dan padat mengenai istilah berkaitan etika dan peradaban ADAB Budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik dan berbudi bahasa. Juga ditakrifkan sebagai baik budi bahasanya, Iaitu seseorang yang sopan dan beradab tidak akan meninggikan suaranya apabila berkata-kata Kurang adab ialah tidak tahu, kurang sopan. ADAT RESAM Infografik Definisi Istilah.... Adat yang menjadi kebiasan kepada sesuatu kaum atau daerah. Contohnya, adat majlis perkahwinan di Negeri Sembilan sedikit berbeza dengan adat yang diamalkan di negeri Sabah. ADAT ISITIADAT Merujuk kepada pelbagai adat-adat yang diikuti, berbagai-bagai adat dan kebiasaan. Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa. Seperti pertabalan raja, perkahwinan, majlis konvokesyen. ETIKA Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adab sopan) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Satu standard menyeluruh tentang benar atau salah. Sifat atau ciri sesuatu bangsa, budaya dan era. Contohnya : Seorang pelukis terkenal Malaysia menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan etos masyarakat dan negara kita. Boleh kita fahami bahawa lukisan beliau berkait dengan latar kehidupan masyarakat di Malaysia. ETOS ETIKET Merujuk kepada adat dan peraturan bukan kesopanan ( yang berkait rapat dengan kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu). Tindak tanduk seseorang apabila berada di khalayak ramai dan dalam situasi tertentu. Ia melibatkan etiket di meja makan, etiket menghadiri majlis rasmi. 14

Peradaban dan etika negara kita Malaysia terbahagi kepada beberapa susur masa iaitu : SUSUR MASA ETIKA & PERADABAN BERDASARKAN PRA KOLONIAL, KOLONIAL DAN PASCA KOLONIAL Zaman Pra Kolonial Zaman Kolonial Zaman Pasca Kolonial Zaman sebelum Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing. Zaman ketika dijajah oleh kuasa asing. Zaman selepas penjajahan kuasa asing. 15

PRA KOLONIAL Zaman ketika negara kita belum dijajah. Telah wujud adab dan adat resam. Proses tersebut berlaku dalam medium pendidikan tidak formal. Pendidikan tidak formal tersebut termasuklah melalui komunikasi antara ibu bapa dan anak, interaksi dengan masyarakat dan rakan-rakan. Proses migrasi Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu menyumbang kepada perkembangan dan kepelbagaian adat resam, budaya dan etika ketika itu. Proses silang budaya dan pinjam meminjam adat satu budaya dengan budaya yang lain telah berlaku dalam masyarakat. Zaman 16

KOLONIAL Zaman Zaman kolonial adalah zaman ketika negara kita dijajah orang kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Etika dan adat negara tersebut sedikit sebanyak telah diserap ke dalam amalan kehidupan seharian masyarakat. Terdapat perubahan-perubahan dari segi cara percakapan, berjabat tangan, pemakaian tali leher dan juga kemeja, tabik hormat. Cara berkomunikasi dan perututran juga turut memberi kesan dan mempengaruhi masyarakat Tanah Melayu ketika itu. Terdapat beberapa perkataan dan bahasa yang digunakan pada era kolonial masih digunakan hingga kini. 17

PASCA KOLONIAL Zaman Zaman pasca kolonial adalah era moden, di mana dan masyarakat telah menerima variasi dan etika tanpa sempadan seiring perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan. Proses penerimaan etika tanpa sempadan ini akan memberi kesan negatif kepada nilai etika dan budaya. Budi pekerti, tingkah laku dan budi bahasa kita merosot disebabkan kegagalan menghayati etika dan peradaban dengan baik. Generasi muda masa kini sewajarnya perlu menapis sebarang bentuk maklumat demi memastikan etika dan peradaban yang baik mengikut acuan Malaysia diteruskan. 18

Kerangka Menganalisis Etika & Peradaban Acuan Malaysia Melalui Sejarah, Struktur Sosial & Biografi Etika dan peradaban penting dapat menjalani aktiviti dan kehidupan seharian. Amalan etika yang baik memberi impak kepada pembinaan negara bertamadun. Contoh etika yang menjadi acuan Malaysia adalah : Mengucapkan salam apabila hendak masuk ke rumah orang lain. Mencium tangan ibu dan bapa semasa bersalaman. Membuang sampah ke dalam tong sampah Beratur ketika berurusan di kaunter premis kerajaan Etika dan peradaban saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa adalah warisan peradaban, dan menjadi simbol penting dalam masyarakat Melayu. Dari sudut etika, bahasa yang menjadi warisan peradaban perlu dituturkan dengan sopan sebagai tanda individu beretika. 19

STRUKTUR SOSIAL Struktur sosial dari segi bahasa bermaksud sebuah sistem sosial. Ia merujuk kepada hubungan yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang berfungsi menggerakkan dinamik masyarakat. Tahap penghayatan etika dan peradaban berbeza antara setiap orang kerana bergantung kepada struktur sosial. Struktur sosial yang melibatkan komuniti adalah berlaku secara formal atau tidak formal melalui pendidikan, tempat tinggal dan pekerjaan. Kedudukan struktur sosial seseorang individu dalam masyarakat turut mempengaruhi cara perwatakan dan pertuturan dengan orang sekeliling. 20

TRADISIONAL & MODEN Struktur Sosial 21

BIOGRAFI Segi bahasa : Riwayat atau kisah hidup seseorang. Sudut sosiologi : Fenomena struktur sosial dan proses sejarah yang mencorakkan pengalaman individu, keluarga, komuniti dalam masyarakat dan sebaliknya. Memahami proses pembentukan biografi dari sudut sejarah dan sistem sosial akan membolehkan kita mengenali siapa diri kita. Menghayati biografi diri sendiri adalah berdasarkan pengalaman dan sejarah kehidupan yang dilalui dan struktur sosial dapat membina etika dan peradaban individu. 22

Individu memainkan peranan penting dalam membina peradaban tinggi sesebuah negara. Sebagai contoh, dua individu beretika yang melaksanakan perniagaan dan jual beli secara telus akan memberi kesan yang baik kepada negara. Ia mampu memberi pandangan positif masyarakat luar dan mampu menarik pelancong kepada negara kita. Penghayatan Etika & Peradaban Mengikut Peringkat Individu, Keluarga, Komuniti dan Masyarakat Disiplin yang mengkaji pertimbangan moral oleh manusia. Peraturan dan prinsip asas kepada pertimbangan moral. Struktur sosial asas sesebuah masyarakat. Struktur sosial ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi nilai etika dan peradaban. Kesimpulan: Individu, keluarga, komuniti dan masyarakat yang beretika nyata memberikan impak kepada peradaban yang baik untuk Malaysia. Peradaban yang baik masyarakat merupakan pulangan yang menguntungkan negara. Etika Individu Individu, Keluarga dan Masyarakat 23

Penghayatan Etika & Peradaban Mengikut Konteks Masyarakat, Negara dan Pasaran Keunikan Malaysia adalah kerana negara kita terdiri dari pelbagai kaum dan latar belakang budaya. Walaubagaimanapun, perbezaan dan kepelbagaian latar budaya tidak menghalang rakyat Malaysia untuk hidup dengan harmoni dan aman damai. Biografi negara kita adalah berdasarkan faktor masyarakat, negara dan pasaran. Biografi masyarakat yang baik dan beretika dan memiliki nilai peradaban yang tinggi kan menjadikan negara kita dipandang tinggi dalam pasaran dunia. Sistem nilai dan etika yang mantap akan dapat menjamin masyarakat yang memiliki peradaban yang hebat. Sikap setiap warganegara yang beretika dan komuniti yang selamat dan aman tanpa pergaduhan mampu menarik pelabur luar untuk melabur di Malaysia. 24

KESIMPULAN Acuan sikap dan adab individu dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dibentuk oleh adat, adat istiadat, etika dan juga etos masyarakat yang diwarisi secara turun temurun. Negara kita Malaysia kaya dengan pelbagai atar dan budaya. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada setiap warganegara untuk saling menghormati adat kaum-kaum lain. Struktur sosial dalam masyarakat juga memainkan peranan dalam membentuk peribadi dan adab seseorang indvidu ketika berinteraksi dengan orang lain. Adab dan cara hidup masyarakat Malaysia dibetuk melalui 3 susur masa iaitu pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial. 25

LATIHAN & AKTIVITI SUDUT ILMIAH DAN PERCAMBAHAN MINDA 26

PERBINCANGANKumpulanBerdasarkan pemerhatian dan pergaulan anda, bincangkan: i.Apakah pandangan anda mengenai bahasa dan adab yang digunakan oleh remaja pada masa kini? ii.Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilaksanakan dalam membentuk adab dan akhlak remaja? iii.Bagaimanakah adab pelajar dengan pensyarah semasa mengikuti kelas dalam talian? iv.Pada pandangan anda, bagaimana adab masyarakat kini dalam menggunakan media sosial? Solalan Perbincangan 1 Solalan Perbincangan 2 i.Apakah peranan etika dalam membentuk sikap yang baik dalam sesebuah bidang pekerjaan ? ii.Nyatakan prinsip etika yang perlu disematkan dalam diri seorang pelajar untuk membentuk keperibadian yang mulia dalam diri anda ? iii.Masyarakat kita sangat kaya dengan adat dan pantang larang. Senaraikan 10 pantang larang yang diamalkan dalam masyarakat dan kebaikan di sebalik amalan tersebut. 27

Cara melaksanakan latihan atas talian Klik link yang disediakan di atas. Anda akan mendapat paparan soalan - soalan berkaitan dengan perbezaan adat, etika, etiket dan adat-adat setiap kaum di Malaysia. Anda perlu menulis jawapan (berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan) menggunakan huruf kecil. Setelah selesai menjawab, anda perlu klik pada butang Finish, dan kemudian klik pada butang check my answer untuk memeriksa latihan anda. Anda juga boleh klik pada email my answer to my teacher untuk tujuan rekod pensyarah. Teka Silang Kata Interaktif (wordwall.net)LATIHAN &Aktiviti Latihan Interkatif DalamTalian : Adat, Etika dan Etiket Latihan Interaktif Cara melaksanakan latihan atas talian Klik link yang disediakan di atas. Jawab teka silang kata yang diberikan. Anda perlu klik pada nombor soalan pada silang kata tersebut untuk mendapatkan klu soalan. Jawapan perkataan ditaip bersambung tanpa jarak jika melibatkan dua perkataan. Tekan backspace jika ingin membetulkan ejaan jawapan anda. 28

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN BAB 2 Topik ini mengupas tentang sejarah peradaban dan ketamadunan manusia. Para pelajar juga akan didedahkan dengan cara hidup masyarakat semasa di zaman paleolitik, zaman mesolitik, zaman neolitik dan zaman logam. Topik ini juga menjelaskan tentang peradaban manusia melalui ketamadunan unggul yang pernah wujud dalam sejarah manusia. Pelajar juga dideahkan dengan revolusi kemajuan dan pemikiran peradaban yang berlaku dan peranan kita untuk mengekalkan peradaban dan etika yang unggul sejajar dengan kemajuan teknologi. 29

SINOPSIS BAB 2 Idea dan amalan etika dan peradaban dunia. Konsep etika dari perspektif : Pemikiran eropah, agama dan kepercayaan, kolonialisme dan pasca kolonialisme Konsep peradaban dari perspektif : kolonialisme dan pasca kolonialisme, timur dan barat serta agama dan kepercayaan 30

Pergerakan Idea & Amalan Etika dan Peradaban Dunia Setiap peradaban mempunyai susur jalur sejarah yang tersendiri. Perkembangan sejarah Melayu terbahagi kepada beberapa fasa iaitu : i. Zaman pra-sejarah: paleolitik, mesolitik, neolitik dan zaman logam. ii. Zaman proto sejarah: ketika wujudnya kerajaan awal seperti Langkasuka, Kedah Tua dan Gangga Negara. iii. Zaman sejarah awal : Kesultanan Melaka, kedatangan kuasa - kuasa Portugis, Belanda dan British. iv. Zaman sejarah moden : Tanah Melayu ke arah mencapai kemerdekaan. 31

Peralatan Masyarakat zaman paleolitik menggunakan batu-batu dan tulang sebagai alatan utama untuk tujan petahanan diri, memburu binatang dan melakukan aktiviti seharian. Zaman Tinggal dalam keadaan berpindah randah atau dikenali sebagai nomad. Mereka gemar tinggal di dalam gua dan kawasan sekitar tasik. Cara Hidup Paleolitik Aktiviti Masyarakat pada zaman ini mengamalkan aktiviti sara hidup seperti bercucuk tanam, memburu binatang liar dan memungut hasil hutan dan pucuk-pucuk daun. 32

Peralatan Pada zaman ini juga, mereka menggunakan peralatan yang diperbuat dari batu, kayu dan tulang. Peralatan yang dihasilkan lebih halus pembuatannya. Masyarakat pada zaman ini juga mula menggunakan panah ketika berburu. Zaman Kehidupan masyarakat pada zaman mesolitik adalah berpindah randah. Mereka tidak membuat penempatan kekal di satu- satu tempat. Hidup mereka adalah secara nomad di dalam gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Cara Hidup Mesolitik Aktiviti Masyarakat pad zaman neolitik menjalankan beberapa aktiviti seharian seperti bercucuk tanam bijiran dan buah-buahan serta juga menternak binatang. Mereka sangat mahir dan memiliki pengetahuan berkaitan aktiviti tersebut. 33

Peralatan Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar dari tanah liat dan batu menjadi periuk, bekas air dan belanga. Mereka menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu. Zaman Wujud sistem hidup bermasyarakat dan pembukaan penempatan kekal berlaku pada zaman ini. Pembahagian kerja dan tugas juga telah dilaksanakan pada zaman neolitik. Mereka tinggal di sekitar gua dan sungai Cara Hidup Neolitik Aktiviti Masyarakat pada zaman neolitik menjalankan beberapa aktiviti seharian seperti bercucuk tanam dan juga menternak binatang. Mereka juga mempunyai kemahiran membuat tembikar dan mula menjalankan aktiviti berdagang. 34

Peralatan Mereka mula menggunakan peralatan dalam bentuk besi dan logam. Mereka mencipta tembikar logam yang boleh digunakan dalam industri dan memiliki kemahiran dalam pembakaran yang melibatkan suhu 1200 darjah celcius. Zaman Masyarakat zaman logam mula hidup menetap di sesebuah penempatan. Tiada konsep nomad dan berpindah randah. Mereka masih memilih untuk tinggal di gua dan kawasan yang memiliki sumber air seperti di tepi sungai. Cara Hidup Logam Aktiviti Masyarakat pada zaman logam menjalankan beberapa aktiviti seharian seperti bercucuk tanam dan juga menternak binatang serta berburu. Mereka juga telah mula melaksanakan perdagangan yang melibatkan sistem barter. 35

Zaman Proto Sejarah Alam Melayu bermula awal abad pertama. Alam Melayu turut memiliki kerajaan seperti tamadun-tamadun lain. Kerajaan alam Melayu berjaya membina peradaban yang gemilang dan agung. Kerajaan Melayu bermula dari penempatan yang kecil dan berkembang membentuk pelabuhan terkenal. Antara kerajaan-kerajaan awal tersebut adalah Funan, Majapahit, Champa, Srivijaya, Angkor, Kedah Tua & Gangga Negara Zaman ini bermula dengan kemunculan kerajaan-kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan ini dibuktikan dengan penemuan arkeologi dan sumber bertulis pengembara asing. 36

Kerajaan ini muncul sebagai pusat perdagangan utama pada abad ke-3. Kerajaan Funan mencapai zaman kemasyhuran dan kegemilangan semasa era pemerintahan Fan-Shih Man Kerajaan Funan Diasaskan oleh seorang Brahmin yang bernama Kaundinya dan berpusat di Vyadhapura. Perluasan kuasa ke Sungai Mekong hingga Teluk Cam Ranh (sebelah timur). Berjaya menguasai selatan Myammar dan Segenting Kra. Kerajaan Funan berjaya menguasai perdagangan utama timur dan barat. Zaman kegemilangan Kerajaan Funan merosot akibat serangan dari Chenla yang terletak di utara Funan. 37

Kerajaan ini mula diasaskan pada tahun 192M dan berjaya menjadi salah satu kerajaan yang terkenal ketika itu. Kerajaan ini mengalami zaman kejatuhan pada tahun 1441M. Kerajaan Champa Chu-Lien adalah individu yang mengasaskan kerajaan Champa pada tahun 192M, dan menjadikan Indrapura sebagai pusat pemerintahan. Chiu-Lien berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China. Zaman Kemahsyuran : Zaman pemerintahan Che Bong Nga. Kerajaan ini merosot setelah kematian Indravaman. Pada tahun 1441, kerajaan Champa telah ditawan oleh Dai Viet. 38

Kerajaan Srivijaya mula diasaskan pada 684M. Kerajaan ini meniti berjaya kejayaan dalam menakluki beberapa kerajaan lain di sekitarnya. Selain itu, ia juga terkenal dengan sistem pertahanan yang kuat. Kerajaan Srivijaya Kerajaan Srivijaya telah menakluk Bangka dan Trauma Penaklukan diteruskan pada abad ke-8 melibatkan Sumatera, Selatan Mynmar, Tanah Melayu & Segenting Kra semasa pemerintahan Sangramadhanajaya. Pada tahun 1025, Srivijaya diserang oleh Kerajaan Chola dari selatan india dan merupakan titik kejatuhan kerajaan tersebut. Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa di Palembang pada tahun 684M. 39

Kerajaan Angkor mula diasaskan pada tahun oleh Jayavarman II dari Chenla. Empayar kerajaan ini berpusat di Hariharalaya.Beliau juga menyatukan lembah Sungai Mekong. Kerajaan Angkor Zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suryavaman II di mana beliau meluaskan empayar ke sekitar lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar. Suryavarman II berjaya halang ancaman dari Champa dan Dai Viet dan mewujudkan jalinan perdagangan pedagang tempatan dengan pedagang luar. Serangan dari kerajaan Siam mula melemahkan Kerajaan Angkor dan setelah kematian Jayavarman IV Sebanyak 102 buah hospital dan Angkor Thom berjaya dibina oleh Jayavarman II 40

Kerajaan yang terletak di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur ini wujud sejak abad ke-13, diasaskan oleh Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol (semasa perebutan kuasa di Jawa 1924). Kerajaan Majapahit Zaman kejatuhan bermula setelah serangan kerajaan Damak 1578 dan kematian Patih Gajah Mada. Menjadikan kota Trowulan sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan mencapai zaman kegemilangan semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana Menteri. Jajahan takluk merangkumi timur Pulau Jawa, pesisir timur timur, Sumatera, barat Pulau Borneo, selatan dan timur Sulawesi dan Kepualauan Maluku. Mencapai zaman kegemilangan semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana Menteri dan diperintah oleh Tribuna Tunggadewi. 41

Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan penglibatan masyarakat Guar Kepah yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan penduduk luar Sungai Mas dan Pengkalan Bujang. Kerajaan Kedah Tua Bukti kewujudan Kerajaan Kedah Tua didapati dalam catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab-Parsi. Nama lain kerajaan ini menurut sumber China : Kedah Tua dikenali sebagai Chieh Cha. Sumber India dan Arab: Dinamakan sebagai Kataha dan Kalah-bar. Perdagangan dan ekonomi pesat di Lembah Bujang menyumbang kepada zaman kegemilangan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua menjadi pusat keagamaan Buddha. Kerajaan ini lemah setelah serangan tentera Chola di India pada tahun 1025 42

Menurut ahli arkeologi, Kerajaan Gangga Negara muncul pada abad ke-6, dan mula dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Kerajaan Gangga Negara Pada 850M, kerajaan Gangga Negara berjaya pertahankan kedaulatan dari serangan Srivijaya. Kerajaan Gangga Negara berperanan menjadi pusat pelabuhan sejak abd ke-5. Raja Ganji Sarjuna menjadi pengasas Gangga Negara. Kerajaan Gangga Negara menjadi sebuah kerajaan dan empayar yang masyhur pada abad ke-9. Zaman kejatuhan: Mulai lemah pada tahun 1025, akibat serangan kerajaan Chola, India yang mengakibatkan kemusnahan pelabuhan Gangga Negara. 43

BUKTI KETAMADUNAN KERAJAAN AWAL MELAYU Penerangan gambar : (Dari atas) Bangunan yang menjadi mercu tanda Kerajaan Champa Kiri (baris kedua): Peta menunjukkan kawasan dan jajahan takluk kerajaan Srivijaya. Kanan (baris kedua): Binaan yang menjadi tanda kegemilangan Kerajaan Funan. Kiri (baris ketiga): Antara kota dan kubu pertahanan yang wujud pada zaman Kerajaan Majapahit. Kanan (baris ketiga): Angkor Watt yang sangat sinonim dengan kerajaan Angkor. Bawah: Bangunan yang dibina semasa zaman Kerajaan Gangga Nagara. 44

LEMBAH BUJANG Gambar menunjukkan Candi Lembah Bujang yang menjadi salah satu bukti sejarah hngga ke hari ini. CANDI LEMBAH BUJANG Suasana sekitar Candi lembah Bujang yang menjadi bukti kedatangan agama Buddha. 45

Tamadun adalah pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang. Pencapaian tersebut termasuklah kegiatan perdagangan, kehidupan bandar, sistem pemerintahan, kemajuan teknologi, penciptaan tulisan, kepercayan dan agama TAMADUN Tamadun China Tamadun India Tamadun Islam 46

TEKNOLOGI PENDIDIKAN HASIL KESENIAN Teknologi berkaitan pembuatan dan percetakan mula berkembang dalam tamadun ini. Tamadun ini juga mula menggunakan belerang sebagai bahan letupan. Mereka juga menggunakan kompas sebagai alat pelayaran. Memberi penekanan terhadap aspek perundangan dan ketegasan undang-undang. Maharaja Shi Huangdi menyeragamkan sistem tulisan. Ajaran konfusianisme diberi penekanan. Sekolah tinggi ditubuhkan dan terdapat sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Tamadun China terkenal dengan penghasilan sutera yang didagangkan ke seluruh tamadun pada masa itu termasuk Tana Melayu. Mereka juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam memghasilkan tembikar yang berkualiti. China Tamadun Kemasukan penduduk China secara bersar-besaran sebagai tengaa buruh di Tanah Melayu adalah sekitar abad ke 19 dan 20. Pada sekitar abad ke-20, orang China mula berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan peluang pekerjaan. IMPAK KEPADA TANAH MELAYU 47

IMPAK KEPADA TANAH MELAYU KESENIAN PENYEBARAN AGAMA ADAT DAN BUDAYA Penyebaran agama hindu mula meyerap masuk ke Tanah Melayu. Kedatangan tenaga buruh dari India juga memberi kesan kepada kepelbagaian anutan agama di Tanah Melayu. Budaya seperti pemakaian dan lukisan inai, serta adat persandingan adalah hasil dari pengaruh budaya tamadun India. Budaya tersebut menyerap masuk ke dalam masyarakat Tanah Melayu. India Impak Tamadun Tamadun India menekankan aspek hidup berkeluarga dan komuniti (sinonim dengan adat timur). Banyak pengaruh & nilai tamadun India mempengaruhi masyarakat. Norma dan nilai bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan setelah kedatangan Islam. Terdapat lukisan pada gua Ajanta dan Ellora menunjukkan kepentingan kesenian dalam perkembangan Tamadun India. Tamadun ini juga terkenal dengan sesi kesusateraan dan tarian klasik India. 48

ASAS DAN PEGANGAN EKONOMI POLITIK SOSIAL DAN PENDIDIKAN Mementingkan kehidupan bernegara dan jalinan kerjasama antarabangsa serta penerokaan wilayah baharu. Penyatuan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan melalui konsep penyatuan ummah. Selain itu konsep syura juga diamalkan. Islam mengangkat darjat wanita dengan cara memberi pendidikan. Tamadun Islam juga memajukan teknik penyelidikan saintifik seperti industri kertas, sistem pengairan. Kegiatan intelektual dikembangkan dan lahir cedekiawan Islam terknal. Islam Tamadun Tamadun Islam muncul setelah kemunculan Nabi Muhammad SAW dan berpegang teguh kepada akidah dan tauhid kepada Allah. Tamadun ini berpaksikan kepada Al-Quran serta unsur rasional dan intelektual dalam perkembangan tamadun. Memperkenalkan amalan ekonomi Islam seperti zakat dan juga sistem wakaf. Baitulmal juga diperkenalkan sebagai satu alternatif pengurusan harta negara. Menyediakan kemudahan asas dan memperluaskan pembinaan sistem saliran untuk tujuan pertanian. 49

PENGARUH KUASA BARAT Portugis Melaka berjaya ditawan oleh Portugis pada tahun 1511. Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun. Alfonso de Albuquerque adalah wizurai yang menyusun sistem pentabiran ketika itu. (Pemerintahan kententeraan) Pemerintahan selama 130 tahun di Melaka telah memberi beberapa impak kepada Melaka dari aspek sosial, bahasa dan juga budaya. Sebagai contoh, perkahwinan dengan masyarakat tempatan melahirkan golongan serani dan wujud perkampungan Portugis di Melaka. Selain itu, terdapat juga beberapa perkataan Portugis yang kekal digunakan sehingga kini seperti jendela, tuala, palsu. Kedatangan Portugis juga memberi kesan kepada kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia. Ini menjadikan Malaysia memiliki nilai peradaban tinggi dan pelbagai. 50

PENGARUH KUASA BARAT Belanda Ekspedisi terawal Belanda yang tiba di Tanah Melayu adalah pada 1559 Tujuan menakluk Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan rempah ratus, buah pala, kayu cengkih. Syarikat Bersatu Hindia Timur (SHTB) dibentuk selari dengan kepesatan perdagangan pedagang dari Belanda. Berbanding Portugis yang kekal pemerintahan di Melaka sahaja, Belanda mula meluaskan pengaruhnya ke negeri- negeri sekitar Melaka yang kaya dengan hasil bumi. Belanda meluaskan pengaruhnya ke Perak, Negeri Sembilan dan Selangor. Antara kesan kependudukan Belanda di negara kita adalah bangunan Stadhyus yang kini menjadi mercu tanda Melaka dan Kota Belanda, Pulau Pangkor. Kegiatan ekonomi dan bijih timah dilaksanakan secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan di Britain. Ia memberi kesan kepada tenaga buruh. 51

PENGARUH KUASA BARAT British Ekspedisi British juga bertujuan memonopoli kekayaan Tanah Melayu (faktor ekonomi dan sumber asli) Penguasaan British kemudiannya, termasuk dalam campur tangan politik dan pentadbiran Kemasukan secara besar-besaran kaum Cina dan India berlaku semasa zaman pemerintahan British untuk berkhidmat sebagai tenaga buruh ketika itu. Kemasukan tenaga buruh dari China dan India juga sekaligus menyumbang kepada pelbagai kaum dan agama di Tanah Melayu. Selain itu, kedatangan British ke Tanah Melayu juga memberi kesan kepada sistem pemerintahan negara terutamanya dari sudut perundangan. Sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita hingga kini juga merupakan salah satu dari pengaruh British di Tanah Melayu. 52

1955: Kemenangan parti Perikatan membuka ruang kepada pemerintahan sendiri Januari 1956 : Tunku Abdul Rahman ke London untuk melakukan rundingan kemerdekaan 8 Februari 1956: Perjanjian London ditandatangani 31 Ogos 1957 : Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu ZAMAN SEJARAH Moden 53

PEMBINAAN NEGARA Bangsa Suruhanjaya Reid merupakan memorendum yang bertujuan mengambilkira suara rakyat. Majlis Perundingan Persekutuan 15 Ogos 1957 Meluluskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Persefahaman merupakan elemen penting dalam membentuk perlembagaan. Persefahaman pelbagai kaum dan pemuafakatan antara wakil kaum di Malaysia dicapai melalui kontrak sosial. 54

B A G A I M A N A M E M B I N A N E G A R A B A N G S A SUBJEK SEJARAH ADAB DAN ETIKA Pendidikan sekolah kebangsaan, memastikan interaksi antara kaum semasa sesi ko-kurikulum dan pendidikan formal. Sistem pendidikan yang melibatkan pelbagai kaum mendorong masyarakat untuk saling memahami budaya kaum yang lain. PENDIDIKAN Kursus atau subjek Sejarah merupakan mekanisme dan tunjang kepada pendidikan nasional. Penerapan nilai dan fakta sejarah negara dapat memupuk rasa tanggungjawab sebagai warganegara yang baik. Ia juga mampu membentuk individu yang celik sejarah dan cintakan negara. Penerapan mengenai adab dan etika dalam kehidupan pelbagai kaum amat penting. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersatu padu mendokong aspirasi negara dan menyemai sikap saling menghormati walau berlainan agama dan adat. Ini penting dalam memastikan keharmonian negara. 55

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF DAN SUDUT Perkembangan etika dan peradaban dalam kalangan individu dan masyarakat dapat dilihat dari beberapa perspektif dan sudut antaranya adalah : Pemikiran zaman eropah dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu melibatkan Zaman Gelap, Zaman Enlightment, Zaman Pasca Enlightment PEMIKIRAN EROPAH AGAMA DAN KEPERCAYAN Melibatkan konsep penerapan nilai adab dan etika dalam agama-agama utama di Malaysia iaitu agama Islam, Buddha dan juga Hindu. KOLONIALISME &PASCA KOLONIALISME Kedatangan kolonial sedikit sebanyak meninggalkan impak dan kesan terhadap istem undang-undang, pendidikan, tulisan dan sosial di negara kita. Bagaimana pula nilai adab dan etika masyarakat semasa zaman kolonialisme dan pasca kolonialisme? TIMUR & BARAT Adab dan pergaulan masyarakat sangat dipengaruhi oleh nilai ketimuran. Namun, penerapan nilai dan budaya masyarakat kini juga banyak dipengaruhi oleh budaya dari Barat. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memupuk adab dan etika timur dalam kehidupan seharian. Adab timur sangat terkenal dengan sopan-santun dan budaya hormat-menghormati. 56

Zaman di mana eropah mengalami keruntuhan dari sudut akhlak, pentadbiran, ilmu dan juga ekonomi. Tidak wujud satu sistem pentadbiran berpusat dan sistematik pada ketika itu. Sistem feudal dilaksanakan di mana para petani terpaksa meminta perlindungan dari tuan tanah untuk kelangsungan kehidupan mereka. Terdapat juga petani yang menjadi hamba demi meneruskan kehidupan seharian mereka. Pada zaman kegelapan ini juga, telah berlaku penindasan orang kaya terhadap si miskin. Golongan gereja juga dilihat berperanan mengongkong dan mengawal masyarakat menyebabkan tekanan sangat kuat dihadapi oleh masyarakat pada ketika itu. Raja berkuasa mutlak dan memerintah secara 'old regim'. ' Old gerim' yang dilaksanakan semasa zaman gelap telah menjadikan yang kaya semakin mengembangkan kekayaaan mereka manakala gologan miskin semakin ditekan dan menjadi semakin miskin. Nilai akhlak dan adab tidak diberi penekanan pada zaman kegelapan. Masyarakat ketika itu juga tidak mementingkan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian keruntuhan dari segi ilmu dan adab boleh menjadikan kita semua berada pada zaman kegelapan dan kemunduran.ZAMAN KEGELAPANEropah 57

ZAMANRenaissanceFasa yang berlaku pada abad ke-14 hingga 16 yang turut dikenali sebagai ' kelahiran semula'. Ia bermula di Itali dan merebak ke seluruh eropah pada ketika itu. Zaman ini merupakan sempaan di antara zaman kegelapan dan zaman pencerahan (enlighment) di Eropah. Pada zaman renaissance, golongan cendekiawan mula mempersoalkan beberapa perkara iaitu melibatkan cara memperolehi ilmu melalui keagamaan & kepercayaan semata- mata Cendekiawan Barat telah memulakan langkah untuk menjelajah ke negara Islam dan mempelajari ilmu dari tamadun Islam. Mereka mula sedar kepentingan akal dalam memproses maklumat dan membangunkan sesebuah masyarakat. Istilah renaissance dikatakan berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan . Pada zaman ini, Eropah mula berubah dari zaman kegelapan kepada pemulihan dari aspek adab dan akhlak, ilmu penegetahuan malahan juga dari sudut sistem pemerintahan. Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme. Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo da Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi. 58

REVOLUSIPerancisRevolusi ini mula berlaku di Perancis pada tahun 1789. Revolusi ini merupakan satu garis yang memisahkan fasa kehidupan Eropah lama dan eropah moden. Revolusi Perancis juga merupakan peralihan dari bentuk pemerintahan raja berkuasa mutlak kepada sistem berpelembagaan. Kemuncak kesedaran kepada nasionalisme mula berkembang dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Elemen-elemen seperti tuntutan persamaan hak dan kebebasan, persaudaraan dan juga fahaman liberalisme dan demokrasi mula berkembang. 59

REVOLUSIIndustriRevolusi bermaksud perubahan, iaitu kerajaan atau sistem politik secara radikal. Revolusi Industri adalah perubahan dari ekonomi tradisional kepada ekonomi berasaskan produktiviti. Revolusi ini memberi kesan kepada pertambahan penduduk, perubahan gaya hidup, corak pemikiran politik dan perkembangan idea baharu. Pengeluaran dalam kapasiti besar dan mesin menggantikan tenaga manusia. Perkembangan ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap sistem ekonomi pada masa itu. Sumber utama ekonomi --> bidang pembuatan Wujud golongan buruh dan majikan Kegiatan pengilangan menggantikan aktiviti pertanian Wujud peluang pekerjaan dari kegiatan perindustrian 60

Dikenali sebagai The Age Of Reason yang membawa maksud penyebaran idea-idea berkenaan rasionalisme. Abad ke 17 dan 18, masyarakat mula menyedari tentang kepentingan ilmu dan logik akal dalam kehidupan dan lahir tokoh- tokoh seperti John Locke, Jean Rosseau. Zaman pencerahan atau zaman enlightment ini membawa kepada perkembangan elemen-elemen kebudayaan, kebijaksanaan, prinsip dan kepercayaan. Aspirasi pembaharuan sangat berkembang pada zaman ini. Masyarakat pada zaman ini sangat percaya kepada pemikiran manusia dalam membentuk kemajuan. Masyarakat mula sedar bahawa manusia mampu merubah dunia berdasarkan pemikiran dan kebijaksanaan.ZAMANEnlightment JOHN LOCKE JEAN ROSSEAU 61

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN KEPERCAYAAN 62

Agama Islam tersebar di tanah arab sehingga sebelah timur dunia pada abad ke 7M. Pada abad ke-12, agama Islam mula dibawa ke Tanah Melayu melalui peranan pedagang arab, pemerintah, perkahwinan dan perdagangan. Bukti penyebaran ajaran Islam adalah dengan penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 702H. Dalam sejarah Melayu, dikatakan bahawa Sheikh Abdul Aziz dari Mekah telah menyebarkan Islam kepada pihak istana dan disambut baik oleh sultan ketika itu. Pendakwah Islam dalam kalangan orang arab diberikan tempat tinggal dan diberi kebenaran untuk melaksanakan majlis ilmu di istana. Sifat dan ciri-ciri mulia yang ditonjolkan oleh ajaran Islam seperti jujur, ikhlas, tolong-menolong, memandang tinggi golongan wanita menarik minat penduduk Tanah Melayu ketika itu. Ajaran Islam juga amat menitikberatkan sikap saling menghormati antara sesama manusia dan jujur dalam perniagaan, yang nyata memberi impak besar dalam pembentukan sikap masyarakat ketika itu. AJARAN AGAMA Islam 63

AJARAN AGAMA Buddha Agama ini dipercayai diasaskan oleh Siddartha Gautama. Bukti kedatangan agama ini adalah melalui candi yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah Agama Buddha menekankan konsep kesejahteraan hidup sama ada kepada manusia mahupun binatang. Majoriti kaum Cina di Malaysia menganut agama buddha. Agama ini menjadikan Lapan Jalan Lapis Mulia sebagai pegangan etika dan adab penganutnya dalam mencapai ketenangan. Jalan Lapan Lapis Mulia adalah amalan yang akan membawa penganutnya ke arah kesedaran diri, kebebasan dan akhirnya nirvana (penyatuan dengan tuhan). Prinsip yang terkandung dalam Lapan Jalan Lapis Mulia adalah pandangan yang benar, niat yang benar, pertuturan yang benar, tindakan yang benar, rezeki yang benar, usaha yang benar, kepekaan yang benar dan perhatian yang benar. 64

AJARAN AGAMA Hindu Perkataan hindu merujuk kepada masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu. Kemasukan masyarakat India sebagai tenaga buruh semasa pemerintahan British, membawa nilai agama, tradisi dan budaya mereka ke Tanah Melayu Majoriti kaum India di negara kita adalah merupakan penganut agama hindu. Banyak budaya dan nilai-nilai agama ini meresap dalam budaya tempatan seperti amalan mandi bunga, bersanding dan ukiran seni bina. Perkataan seperti dosa, syurga, pahala, dewa adalah dari bahasa sanskrit. Agama hindu menerapkan beberapa perkara penting dalam agamanya antaranya adalah : Kepercayaan kepada dewa Brahma, Vishnu, Siva adalah dewa utama atau tuhan. Di samping dewa-dewa lain. Konsep kelahiran semula Konsep karma. Setiap perbuatan akan menerima balasan setimpal dan mempengaruhi kehidupan akan datang. Kitab Suci Kita pegangan penganutnya adalah Kitab Veda dan Bhagavad Gita. 65

Kedatangan kolonial dari beberapa negara asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun nyata memberikan kesan dan juga impak terhadap nilai budaya dan juga adab masyarakat. Dalam fasa pasca kolonialisme kini juga masih terdapat beberapa perkara dan nilai yang kekal diamalkan dalam masyarakat. KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DARI PERSPEKTIF KOLONIALISME DAN PASCA KOLONIALISME 66

Pengenalan tulisan rumi menggantikan jawi. Tulisan rumi mula diperkenalkan semasa pemerintahan Portugis. KOLONIALISME & PASCA KOLONIALISME DARI ASPEK ETIKA Perkahwinan campur masyarakat tempatan dengan penjajah kuasa asing. Hasil dari perkahwinan tersebut melahirkan kaum serani, baba dan nyonya dan eri variasku kaum di Malaysia. Perkataan pinjaman juga digunakan sehingga kini. Antaranya wujud perkataan baharu seperti garfu, tuala, palsu, jendela (Portugis) Pembentukan parti-parti politik: UMNO, MIC, MCA. Pembentukan parti-parti ini adalah didiorong oleh kesedaran untuk membebaskan negara dari penjajah dan ke arah pemerintahan sendiri. Pembentukan masyarakat majmuk juga turut berlaku semasa tempoh kolonialisme. Ini kesan dari kemasukan tenaga buruh ke Tanah Melayu dan menetap di sini. 67

Sistem persekolahan vernakular diwujudkan oleh Inggeris. Sistem persekolahan vernakular melibatkan sekolah melyu, tamil dan cina. KOLONIALISME & PASCA KOLONIALISME DARI ASPEK PERADABAN Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan dengan tujuan menyeimbangkan semula kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, luar bandar dan bandar. Gaya dan pemikiran orang Melayu lebih terbuka dalam menerima peradaban Barat. Masyarakat ketika itu juga lebih berani menyuarakan pandangan. Perkembangan ekonomi dari kemajuan hasil bijih timah. Pertambahan tenaga buruh dari luar juga memberi kesan kepada aspek peradaban. Perkembangan ini rentetan dari Revolusi Perindustrian. Kemajuan aspek pengangkutan adalah dengan pembinaan jalan keretapi 68

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DARI PERSPEKTIF TIMUR DAN BARAT Kedatangan kolonial dari beberapa negara asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun nyata memberikan kesan dan juga impak terhadap nilai budaya dan juga adab masyarakat. Dalam fasa pasca kolonialisme kini juga masih terdapat beberapa perkara dan nilai yang kekal diamalkan dalam masyarakat. 69

timur Istilah bahagian Timur sangat sinonim dengan negara-negara Islam timur seperti Jordan, Mesir, Palestin dan Arab Saudi. Islam merupakan asas dan teras dalam proses pembinaan tamadun ulung. Islam membawa perubahan besar dari aspek peradaban dan etika masyarakat jahiliah. Masyarakat Jahiliyah yang ketika itu hidup dalam kemaksiatan, rendah akhlak dan saling bermusuhan telah mendapat petunjuk setelah kedatangan agama Islam. Tamadun Timur yang mendapat hidayah Islam ketika itu, mengamalkan cara hidup yang mulia, dengan ketinggian akhlak dan nilai saling hormat-menghormati serta sayang-menyayangi antara sesama makhluk. Kehidupan ketika itu adalah berpandukan Al- Quran dan As-Sunnah serta seimbang antara kehidupan dunia dan akhirat. Peradaban manusia ketika itu sangat baik dan mulia di mana mereka mengamalkan konsep toleransi dan menegah kezaliman. Darjat wanita juga dipandang mulia dan tidak lagi dijadikan sebagai golongan yang ditindas. Kedatangan Islam juga membawa rahmat dan setiap manusia tanpa mengira kaum saling berkasih-sayang sekaligus memastikan kehidupan aman damai. 70

Barat Peradaban barat merupakan sebuah peradaban yang sangat mempengaruhi serta mendominasi sebahagian dunia pada hari ini. Ini adalah kerana peradaban barat telah berperanan mendorong kepada kemajuan sains dan teknologi yang pesat sehingga kini. Tamadun Barat terdiri dari 3 fasa utama yang melibatkan zaman klasik, zaman kegelapan dan zaman moden. Falsafah yang menjadi pegangan barat diterajui oleh falsafah Yunani dan Hellenik di zaman klasik. Falsafah ini berakhir setelah muncul kristian. Barat pernah melalui zaman kegelapan ketika masyarakat pada waktu itu ketandusan nilai ilmu dan juga akhlak dan tersepit dengan tekanan dan kongkongan dari pihak gereja. Rakyat yang miskin terus dihimpit kemiskinan melalui sistem feudal. Namun zaman pencerahan (enlightment) menjadi sinat kebangkitan dalam tamadun barat. Fasa renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh pemikir dan aliran pemikiran yang kekal diikuti oleh pengikutnya hingga kini. Antara aliran pemikiran dan cara hidup dari Barat juga melahirkan beberapa aliran pemikiran seperti modernisme, sekularisme, liberalisme, humanisme dan rasionalisme. Kemajuan dari Barat banyak memberi kebaikan namun perlu ditapis sebaiknya agar tidak mengikis nilai peradaban dan akhlak manusia. 71

KESIMPULAN Konsep sesebuah tamadun melibatkan elemen kemajuan dan juga keperibadian yang tinggi. Sesebuah tamadun yang hebat dan gemilang perlu seimbang dari kedua aspek tersebut. Revolusi dalam pembinaan ketamadunan manusia telah melalui beberapa proses sejak dari Zaman Awal Manusia sehingga lahir pelbagai aliran pemikiran dalam dunia moden kini. Tidak dapat dinafikan bahawa agama dan kepercayaan seseorang menjadi satu pegangan dalam membentuk nilai kemanusiaan dan ketamadunan seseorang. Kemajuan teknologi dan ledakan dunia tanpa sempadan tidak seharusnya menjadikan manusia hilang nilai akhlak dan tamadun. 72

LATIHAN & AKTIVITI SUDUT ILMIAH DAN PERCAMBAHAN MINDA 73

PERBINCANGANKumpulanSolalan Perbincangan 1 Solalan Perbincangan 2 i. Pada pandangan anda apakah kesan dan impak dari pengaruh tamadun kepada masyarakat Malaysia? ii.Sejauhmanakah pemerintahan kuasa asing membentuk sikap dan peradaban masyakarakat kini? iii.Kesan kemasukan pendatang dari China dan India terhadap kepelbagaian budaya, adab dan adat di negara kita? iv. Nyatakan apakah peranan yang harus dilaksanakan oleh generasi muda dalam memastikan kepelbagaian budaya di negara kita terus berkekalan. i. Pengajaran yang boleh diterapkan dalam diri rakyat Malaysia dari persefahaman dan tolak ansur antara kaum-kaum di Tanah Melayu dalam merealisasikan pemerintahan sendiri? ii. Adakah anda bersetuju bahawa subjek sejarah, kenegaraan, penghayatan etika dan juga peradaban dapat membentuk sikap warganegara yang beretika dan beradab? (Huraikan) 74

PERBINCANGANKumpulanSolalan Perbincangan 3 i. Jelaskan bagaimana Islam mendidik nilai etika yang baik dalam diri penganutnya? ii. Pada pendapat anda, bagaimakah ciri-ciri yang terdapat dalam konsep 8 Jalan Lapis Mulia yang terkandung dalam ajaran agama Buddha dikatakan dapat membentuk keperibadian penganutnya? iii. Terangkan mengenai konsep karma yang menjadi pegangan penganut agama Hindu dan sejauhmana ia mempengaruhi adab dan etika mereka dalam kehidupan seharian ? 75

LATIHAN &AktivitiTeka Silangkata Soalan Melintang 1 Prinsip nilai baik dan buruk yang menjadi pegangan individu 2 Tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kemajuan sesuatu bangsa. 3 Kerajaan Kesultanan Melayu yang telah berjaya menarik minat kuasa penjajah ke alam Melayu 4 Kuasa penjajah yang pernah menguasai Tanah Melayu pada kurun ke 16 5 Etnik ini wujud ekoran perkahwinan campur antara orang Portugal dengan masyarakat tempatan Tanah Melayu. Soalan Menegak 6 Kerajaan awal Melayu yang menguasai jalan laut antarabangsa selat Melaka dan Sunda dan menjadi pusat pengajian agaman Buddha 7 Dibawa masuk ke Tanah Melayu sebelum merdeka secara beramai-ramai oleh British untuk mengusahakan perlombongan biji timah. 8 Zaman Prasejarah yang mana manusia telah hidup secara menetap dan menjalankan aktiviti pertanian menggunakan peralatan yang diperbuat daripada batu. 9 Proses penjajahan yang dilakukan oleh negara yang kuat terhadap negara yang lemah 10 Masyarakat yang membawa adat bersanding sempena perkahwinan dalam budaya masyarakat Melayu 76

Cara melaksanakan latihan dalam talian Klik link yang disediakan di atas. Anda akan mendapat paparan soalan - soalan berkaitan dengan fasa sejarah awal manusia. Soalan berbentuk 'drop down' ini memerlukan anda untuk klik pada pilihan jawapan yang tepat. Setelah selesai menjawab, anda perlu klik pada butang Finish, dan kemudian klik pada butang check my answer untuk memeriksa latihan anda. Anda juga boleh klik pada email my answer to my teacher untuk tujuan rekod pensyarah. Latihan Drag & Drop : Kerajaan Awal Melayu (wordwall.net)LATIHAN &Aktiviti Latihan Interkatif Dalam Talian : Fasa Sejarah Awal Manusia Latihan Interaktif Cara melaksanakan latihan atas talian Klik link yang disediakan di atas. Drag (tarik) pilihan jawapan dan kemudian Drop pada tempat kosong yang disediakan. Setelah selesai menjawab, anda perlu klik pada butang Finish, dan kemudian klik pada butang check my answer untuk memeriksa latihan anda. Anda juga boleh klik pada email my answer to my teacher untuk tujuan rekod pensyarah. 77

RUJUKAN78 Abdul Rahman Md Aroff .(1999). Pendidikan moral, teori etika dan amalan moral. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Ahmad Zaki Abd Latif , Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. (2015). Tamadun islam dan tamadun asia. Oxford Fajar Bakti. Mardiana Noordin & Hasnah Hussiin. Pengajian Malaysia.Oxford Fajar. Munirah Mustaffa, Mohamad Bazli Md Radzi, Naimah Ghazali, Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Mohamad Faizal Ahmat, Mohammad Tarmizi Balya (2020). Penghayatan etika dan peradaban. Politeknik Kuching Sarawak. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/03/545143/melayu-champa- kini-golongan-minoriti-di-vietnam Hafizah Iszahanid. (2019, Mac 25). Melayu Champa kini golongan minoriti di Vietnam. prpm.dbp.gov.my/ Dewan Bahasa dan Pustaka (2017). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https:// Ruslan Zainuddin & Abd Sukor Yusof. (2017). Sejarah malaysia dan asia tenggara. Oxford Fajar Sdn.Bhd malaysia dan asia tenggara stpm penggal 3. PNI Neuron Leff Fok Yee, Najeemah Mohd Yusof & Nazri Muslim. (2017). Hubungan etnik di Malaysia. Oxford Fajar Bakti. Ismail Mohammad Zain,Nor Aslina Mamat & Nur Syehah Alias. (2017). Revisi mobil sejarah

SKEMA JAWAPAN LATIHAN 79

Adat resam Adab Adat istiadat Adat istiadat Adab Adat resam Adat istiadat Melayu Cina Melayu 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.SKEMA JAWAPANLatihan Latihan adat : liveworksheet (Muka surat 28) Latihan Interaktif 80 11. India 12. Cina 13. India 14. India 15. Melayu 16. Cina 17. India 18. Cina 19. India 20. Melayu Latihan teka silangkata : (Muka surat 76)

Zaman enlightment Kerajaan logam Nomad Zaman paleolitik Zaman neolitik Pertukaran barang dengan barang Kemunculan kerajaan awal di gugusan Kepulauan Melayu Memiliki kemahiran dalam pembakaran melibatkan 1200 darjah celcius Kerajaan Kedah Tua Tasik dan sungai 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.SKEMA JAWAPANLatihan Latihan fasa awal kerajaan Melayu (Muka surat 77) Latihan Interaktif 80 Latihan Kerajaan Awal Melayu : (Muka surat 77) Fan Shih Man Segenting Kra Indrapura Brahmin Dai Viet Palembang Selatan India Raden Vijaya, Mongol Emas, timah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Tasik dan sungai