KUMPULAN 8 (EFOILO)

View KUMPULAN 8 (EFOILO) flipbook.

NAMA PELAJAR NO.PENDAFTARAN MOHAMAD SHAMIRUL BIN ISMAIL 01DTK26F1002 DAMIA ZAKIRAH BINTI MAT ZAHIR 01DTK26F1058 NUR AFIFAH AMIRAH BINTI MOHD AZHA 01DTK26F1032 SITI FIRJANNAHTUL SOFI BINTI MOHD AZHARI 01DTK26F1008MPU21072:PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANSESI I 2026/2027 NAMA PENSYARAH : TUAN MARZUKI BIN SEPIAAIL TAJUK EFOILO :PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN PERABADAN DI MALAYSIA

NamaTUGASTAJUKMOHAMAD SHAMIRUL BIN ISMAILmemberi idea , mencari maklumat dan mengedit slidePENGENALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAANDAMIA ZAKIRAH BINTI MAT ZAHIRmemberi idea , mencari maklumat dan mengedit slidePERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASINUR AFIFAH AMIRAH BINTI MOHD AZHAmemberi idea , mencari maklumat dan mengedit slideKONSEP,KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASISITI FIRJANNAHTUL SOFI BINTI MOHD AZHARImemberi idea , mencari maklumat dan mengedit slideTAPAK INTEGRASI ( makro, meso dan mikro) / cabaranJADUAL AGIHAN TUGASAN

1.PENDAHULUAN 2.PENGENALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN 3.PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI 4.KONSEP,KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI 5.TAPAK INTEGRASI ( makro, meso dan mikro) / cabaran 6.KESIMPULAN 7.SUMBER MAKLUMAT/ RUJUKAN ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN Perlembagaan Persekutuan merupakan undang- undang tertinggi negara Malaysia dan menjadi sumber rujukan dalam pentadbiran serta pembentukan dasar negara. Perlembagaan juga berperanan sebagai tapak integrasi yang menyediakan ruang kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya untuk mencapai persetujuan serta hidup secara aman dan harmoni. Selain itu, Perlembagaan menjadi asas dalam pembentukan etika dan peradaban Malaysia melalui perlindungan hak, kepentingan dan keharmonian masyarakat.

PENGENALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN1.Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia yang menjadi asas kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan negara. Perlembagaan ini merupakan dokumen bertulis yang menjadi simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara serta menyediakan asas kenegaraan Malaysia. Selain itu, Perlembagaan mengambil kira kepentingan pelbagai komuniti dari aspek budaya, agama, kewarganegaraan, hak asasi dan hubungan antara etnik. 2. Perlembangaan Persekutuan juga berperanan sebagai tapak integrasi kerana menjadi ruang untuk masyarakat yang mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza untuk hidup bersama secara aman dan harmoniTerdapat sejarah dan garis waktu penggubalan perlembagaan persekutuan:

DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN•Definisi Perlembagaan Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada sesebuah negara. Perlembagaan menetapkan prinsip dan peraturan berkaitan pemerintahan negara, pembahagian kuasa antara badan kerajaan, hak rakyat serta tanggungjawab pihak pemerintah. Sebagai contoh:Perkara 4(1) menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama Persekutuan.BAHAGIAN VI

Konsep Perlembagaan Persekutuan Malaysia merangkumi beberapa perkara utama: Undang-undang tertinggi negara: Sebagai contoh,semua undang-undang lain perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Menentukan struktur pemerintahan: Sebagai contoh, menetapkan peranan dan kuasa institusi seperti Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, badan kehakiman dan kerajaan. Pembahagian kuasa kepada tiga badan kuasa: Sebagai contoh,kuasa pemerintahan dibahagikan kepada Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman. Menjamin hak dan kebebasan rakyat: Sebagai contoh,bahagian II Perlembagaan Persekutuan mengandungi perkara berkaitan kebebasan asasi seperti kesamarataan, kebebasan bercakap dan kebebasan beragama. Menentukan sistem pemerintahan negara: Sebagai contoh,Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.KONSEP PERLEMBAGAAN

2.Perlembagaan sebagai tiang seri dan tapak integrasi1.mengikat masyarakat pada undang-undang yang sama perkara 32,38,70,71,181-institusi raja ’YDPA,Majlis Raja-Raja Perkara 3- Agama Islam sebgai agama persekutuan;Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai perkara 11(4)-kebebasan beragama;tertakluk kepada fasal 4 sumber-Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

3.MELINDUNGI KEPENTINGAN SAH SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUMperkara 5- Kebebasan diri perkara 9-Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak Perkara 10-Kebebasan bersuara,berhimpun dan berpersatuan perkara 13-Hak terhadap harta Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu)2021 2.MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

- Tapak integrasi ialah ruang atau medium yang menjadi tempat masyarakat daripada pelbagai latar belakang berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama untuk mencapai keharmonian. Melalui tapak integrasi, masyarakat dapat bergaul antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum, agama, budaya dan status sosial. Keadaan ini dapat menggalakkan persefahaman, toleransi serta sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung, tapak integrasi dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dan mengukuhkan perpaduan negara. KONSEP TAPAK INTEGRASI

2. Mengurangkan konflik dan salah faham antara kaum. •Interaksi yang berlaku melalui tapak integrasi dapat membantu masyarakat memahami budaya, agama dan cara hidup kaum lain. Dengan itu, salah faham dan konflik yang berpunca daripada perbezaan dapat dikurangkan.1. Memupuk perpaduan antara masyarakat. •Tapak integrasi dapat menjadi ruang untuk masyarakat daripada pelbagai kaum dan latar belakang berinteraksi serta mengenali antara satu sama lain. Hal ini dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.KEPERLUAN TAPAK INTEGRASI 3. Menggalakkan masyarakat bekerjasama walaupun berbeza agama,budaya dan kaum. •Tapak integrasi dapat menggalakkan masyarakat bekerjasama dalam pelbagai aktiviti tanpa mengira perbezaan. Kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan semangat kekitaan.

2. Menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan. •Masyarakat perlu menggunakan media sosial dengan bertanggungjawab dan tidak menyebarkan berita palsu, fitnah atau perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Tindakan ini dapat mengelakkan perselisihan serta menjaga keharmonian masyarakat.PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI 1. Menyertai aktiviti gotong-royong tanpa mengira kaum. •Aktiviti gotong-royong dapat menjadi peluang kepada masyarakat untuk bekerjasama dan berinteraksi tanpa mengira perbezaan kaum. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan hubungan kejiranan.3. Menghadiri sambutan perayaan kaum lain. •Masyarakat boleh menghadiri rumah terbuka atau sambutan perayaan kaum lain untuk mengenali budaya dan adat resam mereka dengan lebih dekat.

C. Peringkat Mikro (Bawah ke Atas - Inisiatif Rakyat / Akar Umbi)Kawasan Rukun Tetangga (KRT) → Menggalakkan aktiviti komuniti dan kerjasama kejiranan. Rumah Terbuka → Menggalakkan kunjung-mengunjungi ketika Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Amalan Harian → Interaksi antara kaum di pasar malam, kedai makan dan kawasan sukan. Street Wedding → Majlis perkahwinan yang melibatkan jiran daripada pelbagai etnik. TAPAK INTEGRASI - MAKRO, MESO & MIKRO Maksud Tapak IntegrasiTapak integrasi ialah ruang abstrak dan nyata yang menjadi tempat pelbagai kelompok masyarakat bertemu untuk mencari titik persamaan secara aman, harmoni dan sukarela melalui tawar-menawar, perundingan serta pengantaraan. Tiga Peringkat Tapak Integrasi A. Peringkat Makro (Atas ke Bawah - Peranan Kerajaan)Perlembagaan Persekutuan → Menjadi tiang seri yang mengikat masyarakat dan melindungi hak semua kaum. Rukun Negara → Membentuk nilai bersama dan mengukuhkan perpaduan rakyat Dasar-Dasar Kerajaan → Contohnya Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) JPNIN → Merancang dan melaksanakan usaha penyatupaduan masyarakat. B. Peringkat Meso (Pertengahan - Peranan NGO & Swasta)NGO → Membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Dialog Antara Agama → Membina kefahaman dan mengurangkan salah faham antara komuniti. Sektor Swasta → Menjalankan program CSR yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum.

Cabaran Tapak Integrasi 1.POLITIK PERKAUMAN Penggunaan isu sensitif berkaitan kaum dan agama demi kepentingan politik boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. 2.MEDIA SOSIAL & BERITA PALSU Penyebaran berita palsu dan kandungan berunsur kebencian, termasuk isu 3R (Race, Religion, Royalty), boleh mencetuskan salah faham dan ketegangan. 3.JURANG SOSIOEKONOMI Perbezaan dari segi pendapatan, peluang pekerjaan dan pembangunan wilayah boleh menimbulkan rasa tidak puas hati. 4.SISTEM PENDIDIKAN TERASING Kurangnya interaksi antara kaum sejak kecil akibat perbezaan aliran dan persekitaran persekolahan boleh mengehadkan hubungan antara masyarakat. 5.PREJUDIS & STEREOTAIP Tanggapan negatif dan salah faham terhadap budaya serta kaum lain boleh menghalang hubungan yang baik. 6.PERTIKAIAN KONTRAK SOSIAL Kurangnya pemahaman generasi muda terhadap sejarah, Perlembagaan dan elemen tradisi boleh menyebabkan salah faham tentang asas pembentukan negara.

“Perlembagaan bukan sekadar undang-undang, tetapi menjadi asas dalam membentuk etika, perpaduan dan peradaban masyarakat Malaysia.” 01 | KELEMAHAN LITERASI PERLEMBAGAAN Generasi Muda & Kefahaman Perlembagaan Ramai belia mengetahui kewujudan Perlembagaan tetapi kurang memahami sejarah, kandungan dan kepentingannya. Kesannya, kontrak sosial dan elemen tradisi mungkin dianggap tidak relevan, sedangkan kedua-duanya penting dalam memahami pembentukan negara. 02 | POLITIK IDENTITI Kepentingan Kaum & Agama Politik yang terlalu menekankan identiti kaum atau agama boleh mengurangkan semangat kebersamaan. Perlembagaan juga boleh disalahgunakan sebagai alat politik untuk mendapatkan sokongan tertentu, bukannya difahami sebagai asas perlindungan kepada seluruh rakyat. 03 | HAK ASASI & NILAI TEMPATAN Keseimbangan Hak dan Budaya. Arus globalisasi membawa pelbagai pandangan tentang hak asasi dan kesamarataan. Pada masa yang sama, Malaysia mempunyai nilai sejarah, budaya, agama dan masyarakat yang tersendiri. Cabaran mencari keseimbangan antara hak asasi dengan nilai serta kerangka undang- undang tempatan. 04 | JURANG INTEGRASI WILAYAH Semenanjung Sabah & Sarawak Malaysia terdiri daripada wilayah yang mempunyai sejarah, budaya dan keperluan tertentu. Cabaran termasuk memahami hubungan antara Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan Perlembagaan Persekutuan. Sentimen kenegerian yang berlebihan boleh menjejaskan semangat identiti dan perpaduan kebangsaan. 1. Cabaran Lain yang Dihadapi oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai Wahana Penghayatan Etika dan Peradaban

01 | TINGKATKAN ILMU Literasi Undang-Undang Pelajari sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan fahami kandungannya sebelum membuat ulasan atau kritikan. Membaca dan memahami kandungan Perlembagaan sebelum membuat sebarang ulasan atau kritikan bagi mengelakkan salah faham. 02 | AMALKAN TABAYYUN Rakyat perlu menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi kandungan di media sosial. Elakkan menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kebencian atau menyentuh sensitiviti 3R (Race, Religion, Royalty) Kandungan yang melanggar undang-undang boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. 03 | HORMAT & TOLERANSI Raikan Kepelbagaian Hormati perbezaan kaum, agama, budaya dan adat sebagai kekuatan masyarakat Malaysia. Sertai aktiviti seperti rumah terbuka, gotong-royong dan program komuniti untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat. 04 | HAYATI RUKUN NEGARA Jadikan Panduan Hidup Amalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang dalam kehidupan seharian Tolak fahaman ekstrem yang boleh mengancam keamanan, perpaduan dan kestabilan negara. “Perpaduan bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi tanggungjawab setiap rakyat.” 2.Tindakan yang Perlu Diambil oleh Semua Warganegara Malaysia dalam Menangani Cabaran

KESIMPULAN“Perlembagaan Menyatukan, Perpaduan Mengukuhkan” Secara keseluruhannya, Perlembagaan Persekutuan merupakan tiang seri negara dan asas perpaduan rakyat Malaysia. Melalui tapak integrasi makro, meso dan mikro, masyarakat dapat bekerjasama, saling menghormati serta menerima kepelbagaian. Walaupun terdapat pelbagai cabaran, semangat toleransi, kerjasama dan penghayatan terhadap Perlembagaan mampu mewujudkan Malaysia yang aman, harmoni dan bersatu padu

SUMBER MAKLUMAT/RUJUKANSUHAKAM- https://share.google/pvcXp5SCy FYzq8B85Perlembagaan Persekutuan – Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia (2020) - https://www.moha.gov.my/utama/images/akta- pekeliling-garispanduan/bhg-pendaftaran-negara- pertubuhan/akta/0.0_Perlembagaan-Persekutuan- Cetakan-Semula-2020-1.pdfPerlembagaan Persekutuan - https://jac.gov.my/sites/default/files/documents/Pel embagaan%20Persekutuan.pdf