JUN BULETIN UTHM BITARA 2026

Created in Canva

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraMESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM USAHASAMA DKM PENGURUSAN UMRAH DAN ZIARAH BIL. 1/2026 Mesyuarat Berkaitan Program Akademik Khas – Program Pendidikan China Universiti Tun Hussein Onn Malaysia BULETIN UTHM BITARA BULETIN UTHM BITARA EDISI JUN 2026 MAJLIS APRESIASI & HI-TEA UTHM BITARA Perbincangan Self- Instructional Material (SIM) Research Methodology30 Jun 2026 Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM 25 Jun 2026 Bilik Perbincangan Pejabat Canselori , Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) 23 Jun 2026 Bilik Mesyuarat 1, Aras Atas, Pusat Pengajian Bahasa 25 Jun 2026 Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Pentadbiran UTHM Kampus Pagoh >>>

SIDANG REDAKSI P E N A N U N G Prof. Dr. Wan Fauzi @ Wan Fauziah binti Wan Yusoff P E N Y E L A R A S K A N D U N G A N Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina binti Osman Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Nur Aizat bin Ahmad Ts. Dr. Muhamad Asyraf bin Hasim Ts. Ida Aryanie binti Bahrudin Puan Nurulhidayah binti Basari E D I T O R Puan Siti Hajar binti Md. Hair (Khair) Puan Nurul Ain binti Juhari Puan Noraizah bin Wahab Puan Norhidayah bt Hanzah Cik Nurul Amanina binti Mohammad Jamal Encik Mohd Firdaus bin Mahmood F O T O G R A F I Encik Muhammad Hilmi bin Abd. Razak S I D A N G R E D A K S I Encik Ahmad Fahrulhafizee bin Ahmad Jofri Encik Mohamad Firdaus bin Zaini Encik Muhammad Haris Imran bin Saifol Bakhrin R E K A B E N T U K Cik Noor Raihana binti Md Nooh JUN 2026BULETINuthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara

ISI KANDUNGAN 1.Demonstrasi Platform Open Learning Marketplace dan Creatinno 360 Virtual System 2.Pra-Bengkel Pembangunan Modul Kursus Train Of Trainer (ToT) Pengajar TVET (Antarabangsa) 3.Jemputan Menghadiri Bengkel Persediaan Program SINO 4.0 Program Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 4.Sesi Taklimat Penyedia Latihan Bagi Pelaksanaan Program Kompetensi Pengurusan Fasiliti Kesihatan (Healthcare Facility Management - HFM) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 5.Mesyuarat Jawatankuasa Pembelajaran Berterusan (JPB) Bil.2/2026 6.Jemputan Menghadiri Perbincangan Berkaitan Penyelarasan dan Pelaksanaan Bagi Majlis Graduasi Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia (PPTVM) 7.Program Santai Rohani, Sambutan Ma’al Hijrah 1448h, 2026m 8.Mesyuarat Kolaborasi MTUN Bersama Dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) 9.Mesyuarat Penyelarasan Kewangan Program PEC Anjuran CLS Kerjasama UTHM Bitara 10.Mesyuarat Berkaitan Program Akademik Khas (Program Pendidikan China Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) 11.Perbincangan Self-Instructional Material (SIM) Research Methodology 12.Mesyuarat Penyelarasan Program Usahasama DKM Pengurusan Umrah dan Ziarah Bil. 1/2026 13.Majlis Apresiasi & Hi-Tea UTHM Bitara JUN 2026BULETINuthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN 22 Seluruh warga UTHM Bitara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Wan Fauzi @ Fauziah binti Wan Yusoff, Pengarah UTHM Bitara yang menamatkan perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 2 Julai 2026. Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan yang berwibawa serta sumbangan yang amat bermakna sepanjang menerajui UTHM Bitara. Dedikasi, komitmen dan iltizam yang telah dicurahkan akan sentiasa menjadi inspirasi serta meninggalkan legasi yang cukup bermakna buat seluruh warga UTHM Bitara. Selamat bersara. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama insan tersayang, serta dipermudahkan segala urusan dan terus dikurniakan kejayaan dalam fasa kehidupan yang baharu. SSeellaammaattBBeerrssaarraa SelamatBersara

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara33 UTHM Bitara berjaya meraih Anugerah Perak (Silver Award) dalam International Research and Innovation Symposium Competition (RISE 2026) anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kejayaan ini diraih menerusi projek: “UTHM Life-Learn Ecosystem: Lifelong Integrated Flexible Learning Ecosystem”. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan dalam memperkasa pembelajaran sepanjang hayat. TTaahhnniiaahh&&SSyyaabbaass Tahniah&Syabas JUN 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraDEMONSTRASI PLATFORM OPENLEARNING MARKETPLACE DAN CREATINNO 360 VIRTUAL SYSTEM 03 JUN 2026 - Mesyuarat ini diadakan bagi memberikan pendedahan mengenai fungsi Platform OpenLearning Marketplace berasaskan Micro-credential serta Sistem Creatinno 360 Virtual dalam menyokong pembelajaran digital dan latihan berasaskan teknologi imersif. Di samping itu, sesi ini turut menjadi platform untuk meneroka potensi kerjasama strategik dalam pembangunan ekosistem pembelajaran yang lebih inovatif, interaktif dan berimpak tinggi. 44 PRA-BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL KURSUS TRAIN OF TRAINER (TOT) PENGAJAR TVET (ANTARABANGSA) 04 JUN 2026 - Pra-bengkel Pembangunan Modul Kursus Train of Trainer (ToT) Pengajar TVET Antarabangsa ini dianjurkan dengan objektif utama untuk memurnikan dan membangunkan modul-modul TVET bagi pasaran global, di mana perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan kandungan agar selaras dengan keperluan industri semasa, piawaian antarabangsa serta aspirasi Malaysia sebagai hab pendidikan teknikal serantau; antara fokus yang diketengahkan termasuklah penyemakan modul sedia ada, pembangunan modul baharu dengan penyelarasan standard antarabangsa. Pra-bengkel ini turut menjadi platform pertemuan pakar akademik dalam bidang TVET bagi memastikan modul yang dibangunkan relevan, berdaya saing dan mampu memperkukuh ekosistem TVET Malaysia di peringkat global. JUN 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL PERSEDIAAN PROGRAM SINO 4.0 PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (TEKNOLOGI MAKANAN) FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 08 JUN 2026 - Sesi perbincangan telah diadakan melibatkan wakil UTHM Bitara, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Jabatan Akademik Pembelajaran Sepanjang Hayat, serta lima wakil daripada Unity Education. Perbincangan tertumpu kepada persediaan pelaksanaan Program Sino 4.0 bagi Program Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) melalui kerjasama strategik antara UTHM dan institusi rakan dari China. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembangunan kurikulum, struktur program, pematuhan akreditasi, penempatan pensyarah ke China, kaedah pelaksanaan program, serta promosi dan pengurusan kemasukan pelajar. Semua pihak menyatakan komitmen untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar demi memperkukuh agenda pengantarabangsaan UTHM dan meningkatkan kebolehpasaran graduan. 55

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraSESI TAKLIMAT PENYEDIA LATIHAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM KOMPETENSI PENGURUSAN FASILITI KESIHATAN (HEALTHCARE FACILITY MANAGEMENT - HFM) BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) 08 JUN 2026 - Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan program kompetensi dalaman melalui kerangka Healthcare Engineering Services Competency Framework (HESCF) sebagai satu inisiatif strategik dalam pembangunan bakat Jurutera dan Penolong Jurutera KKM selari dengan transformasi perkhidmatan awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Program yang dilaksanakan melalui Centre for Healthcare Engineering Brílliance, Research and lnnovation (BRaln) ini akan memfokuskan kepada bidang pengurusan fasiliti kesihatan (Healthcare Facility Management - HFM). Program Kompetensi HFM ini akan mula dilaksanakan pada tahun ini. Sehubungan itu, sesi taklimat ini diadakan kepada penyedia latihan bagi menerangkan keperluan pelaksanaan Program Kompetensi HFM seperti proses akreditasi penyedia latihan serta pendaftaran tenaga pengajar dan program latihan. 66 JUN 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara77 MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBELAJARAN BERTERUSAN (JPB) BIL.2/2026 09 JUN 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Pembelajaran Berterusan (JPB) Bil.2/2026 telah berlangsung di Dewaan Jemaah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Mesyuarat telah membincangkan mengenai satu penawaran program akademik secara separuh masa baharu, satu penawaran kursus secara pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) dan satu garis panduan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Seow Ta Wee, Ahli Jawatankuasa JPB (Wakil Senat). Turut hadir adalah Prof. Dr. Wan Fauzi@Fauziah Wan Yusoff Pengarah UTHM Bitara dan ahli jawatankuasa yang dilantik. JUN 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN 88 JEMPUTAN MENGHADIRI PERBINCANGAN BERKAITAN PENYELARASAN DAN PELAKSANAAN BAGI MAJLIS GRADUASI PERSATUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL MALAYSIA (PPTVM) 09 JUN 2026 - Sesi perbincangan telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan Majlis Graduasi Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia (PPTVM) yang melibatkan wakil Jabatan Akademik Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pejabat Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar serta staf UTHM Bitara. Perbincangan memfokuskan kepada penyelarasan atur cara, pengurusan kehadiran graduan dan tetamu, keperluan logistik, aspek teknikal, anggaran kos penganjuran serta pembahagian tugasan antara pusat tanggungjawab (PTj). Semua pihak memberikan komitmen untuk melaksanakan tindakan susulan bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN 99 PROGRAM SANTAI ROHANI, SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1448H, 2026M 12 JUN 2026 - Program Santai Rohani sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1448H/2026M telah dianjurkan hasil kerjasama Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew), Pusat Wakaf dan Endowmen (PWE) serta UTHM Bitara. Program ini bertujuan memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW di samping memupuk penghayatan nilai-nilai kerohanian, meningkatkan produktiviti serta membudayakan persekitaran kerja yang positif dalam kalangan staf. Antara pengisian program ialah bacaan al-Quran dan terjemahan, ceramah Ma'al Hijrah serta jamuan secara Open Potluck yang menjadi medium mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti. Program ini diharap dapat memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan semangat hijrah ke arah kecemerlangan peribadi dan organisasi.

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1010 MESYUARAT KOLABORASI MTUN BERSAMA DENGAN PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT) 16 JUN 2026 - Mesyuarat ini diadakan susulan keputusan Mesyuarat JKAA MTUN Bil. 2/2026 yang telah bersetuju melantik UTeM sebagai peneraju kolaborasi Malaysian Technical University Network (MTUN) bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). Kolaborasi strategik ini bertujuan memperkukuh jambatan peralihan kerjaya bagi bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke sektor industri melalui pelaksanaan program pembangunan kompetensi, latihan dan peningkatan kemahiran yang selaras dengan keperluan industri. MESYUARAT PENYELARASAN KEWANGAN PROGRAM PEC ANJURAN CLS KERJASAMA UTHM BITARA 22 JUN 2026 - Mesyuarat penyelarasan antara Centre for Language Studies (CLS) dan UTHM Bitara telah diadakan bagi membincangkan aspek kewangan serta pelaksanaan Preparatory English Course (PEC), termasuk tuntutan kewangan dan mekanisme pengurusan pelajar yang lebih sistematik. Turut dibincangkan ialah cadangan mekanisme pemulangan yuran bagi pelajar antarabangsa yang tidak menamatkan pengajian melalui prosedur yang lebih teratur, di samping agihan keuntungan program PEC selepas kohort Mac 2024 bagi menyokong pemurnian program, peningkatan kualiti pengajaran dan kebajikan pelajar. JUN 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN 1111 MESYUARAT BERKAITAN PROGRAM AKADEMIK KHAS (PROGRAM PENDIDIKAN CHINA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) 23 JUN 2026 - Perbincangan telah diadakan melibatkan Pengarah UTHM Bitara bersama wakil fakulti dan pusat tanggungjawab (PTj) berkaitan bagi memperhalusi pelaksanaan Program Akademik Khas – Program Pendidikan China. Perbincangan memfokuskan kepada perkembangan program, penyelarasan struktur akademik, proses kemasukan pelajar, keperluan dokumentasi serta pembahagian tanggungjawab antara PTj. Semua pihak turut mengemukakan cadangan penambahbaikan dan bersetuju melaksanakan tindakan susulan mengikut garis masa yang ditetapkan bagi memastikan program kerjasama strategik dengan institusi pendidikan di China dapat dilaksanakan dengan lancar serta menyokong agenda pengantarabangsaan UTHM.

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN 1212 PERBINCANGAN SELF-INSTRUCTIONAL MATERIAL (SIM) RESEARCH METHODOLOGY 25 JUN 2026 - Perbincangan Self-Instructional Materials (SIM) bagi kursus Research Methodology telah berlangsung di Bilik Perbincangan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Ts. Dr. Asyraf, Ketua Jabatan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL), UTHM Bitara. Turut hadir memberikan pandangan dan input ialah Prof. Madya ChM. Dr. Faridah, Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan), Pusat Pengajian Siswazah (CGS), serta Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina, Ketua Jabatan Latihan Berterusan, UTHM Bitara. Perbincangan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, menyelaras kandungan Self-Instructional Materials (SIM) serta memastikan bahan pembelajaran yang dibangunkan memenuhi standard akademik yang ditetapkan. Di samping itu, sesi ini turut memberi fokus kepada penyelarasan pelaksanaan program agar dapat dilaksanakan secara terancang, berkualiti dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitara1313 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM USAHASAMA DKM PENGURUSAN UMRAH DAN ZIARAH BIL. 1/2026 25 JUN 2026 - Mesyuarat penyelarasan antara pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Professional Mutawwif Development (PMD) ini telah diadakan bagi membincangkan isu-isu keselamatan serta kesihatan yang melibatkan pelajar DKM Pengurusan Umrah dan Ziarah di Kampus Pagoh. Perbincangan ini bukan sahaja menekankan aspek penyelesaian segera terhadap cabaran yang timbul, malah turut memberi perhatian kepada strategi pencegahan jangka panjang. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah mekanisme pemantauan keselamatan pelajar, penyediaan sokongan kesihatan yang lebih sistematik, serta penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa terjamin. Langkah- langkah proaktif ini diyakini dapat memperkukuh keberkesanan pengurusan program, meningkatkan tahap kepercayaan peserta, dan memastikan kelancaran pelaksanaan kursus. JUN 2026BULETIN

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN MAJLIS APRESIASI & HI-TEA UTHM BITARA 30 Jun 2026 - Majlis Apresiasi & Hi-Tea UTHM Bitara 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd. Ali, Naib Canselor UTHM, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam memperkasa agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Majlis turut dihadiri tetamu jemputan, pegawai kanan universiti, dekan fakulti serta ketua-ketua PTj. Majlis diserikan dengan penyampaian Anugerah Program Latihan Berterusan kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Anugerah Program Akademik Pembelajaran Berterusan kepada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), serta Anugerah Program Eksekutif dan Profesional kepada Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ). Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat turut diberikan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Jumadi bin Abdul Sukor, Prof. Madya Dr. Azmi bin Abdul Latiff dan Prof. Madya Dr. Lutfan bin Jaes sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan kepimpinan mereka. Majlis turut meraikan persaraan YBhg. Prof. Dr. Wan Fauzi @ Fauziah binti Wan Yusoff melalui tayangan video penghargaan dan penyampaian cenderahati, di samping menyaksikan upacara simbolik penyerahan tugas Pengarah UTHM Bitara kepada YBhg. Prof. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd. Zin. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Wan Fauzi @ Fauziah binti Wan Yusoff atas segala jasa dan sumbangan sepanjang menerajui UTHM Bitara. 1414

uthmbitara@uthm.edu.myUTHM Bitara -Advanced Centre For Continuing Education@uthm.bitaraJUN 2026BULETIN 77