PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUNKADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOMAMAL)

View PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUNKADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOMAMAL) flipbook.

PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUN/KADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOM/AMAL) PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUN/KADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOM/AMAL)

AHLI KUMPULANAHLI KUMPULANAHLI KUMPULANAHLI KUMPULAN KTYS261DTP0214KTYS261DTP0214KTYS261DTP0214 KTYS261DTP0331KTYS261DTP0331KTYS261DTP0331KTYS261DTP0451KTYS261DTP0451KTYS261DTP0451KTYS261DTP0101KTYS261DTP0101KTYS261DTP0101 KTYS261DTP0405KTYS261DTP0405KTYS261DTP0405

Amalan gotong-royong (amalan) merupakan salah satu aktiviti masyarakat yang penting dalam kehidupan komuniti Dusun/Kadazan kerana aktiviti ini menunjukkan tanggungjawab bersama, saling membantu dan mengeratkan hubungan antara penduduk. Pemimpin komuniti, khususnya ketua kampung atau wakilnya, mempunyai peranan yang penting dalam menyelaras aktiviti motogom iaitu, menggalakkan penyertaan penduduk, menyelaras aktiviti dan memastikan semangat kerjasama dipelihara. Oleh itu, peranan pemimpin komuniti amat penting untuk memahami usaha mengekalkan amalan Motogom dalam perubahan gaya hidup masyarakt pada masa kini. Pengenalan dan Latar Belakang

Amalan gotong-royong masyarakat Kadazan/Dusun di Sabah iaitu, aktiviti yang melibatkan kerjasama antara komuniti untuk melaksanakan suatu tugasan tanpa ganjaran DEFINISI M O T O G O M Aktiviti kebudayaan pertanian tradisional Aktivit gotong-royong

Peranan Pemimpin Komuniti Dalam Mengekalkan Amalan MotogomMenganjurkan Aktiviti kemasyarakatan Pemimpin komuniti menggalakan penduduk menyertai aktiviti seperti aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung,membaiki infrastruktur kampung dan membantu penduduk yang menghadapi kesusahan. Hal ini dapat memupuk semangat kerjasama dan sikap saling membantu antara komuniti.Di samping itu,usaha ini juga dapat mengeratkan hubungan dan memberi kesedaran kepada penduduk tentang semangat tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh seluruh komuniti bagi memastikan persekitaran kampung sentiasa terjaga.Pertemuan bersama AJK JPKKP Kampung Bukit Kura

Mendidik Generasi Muda Pemimpin komuniti bertanggungjawab memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan amalan Motogom dalam kehidupan bermasyarakat.Hal ini kerana mereka boleh menyampaikan pengetahuan tentang nilai kerjasama,sikap saling membantu dan kepentingan menghormati tradisi masyarakat Kadazan-Dusun. Penglibatan golongan muda dalam aktiviti gotong-royong juga dapat memberikan pengalaman dan merasakan secara langsung tentang amalan ini.Oleh itu, warisan Motogom tidak terlupakan dan dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang.

Memelihara Warisan Budaya Pemimpin komuniti juga perlu memainkan peranan dalam memastikan amalan Motogom terus kekal sebagai sebahagian daripada warisan budaya masyarakat Kadazan-Dusun. Penglibatan generasi muda dalam aktiviti atau program kebudayaan dapat memberikan pengetahuan tentang sejarah,nilai dan kepentingan Motogom.Hal ini dapat mengekalkan identiti budaya masyarakat walaupun berhadapan dengan perubahan gaya hidup moden.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PENDUDUK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PENDUDUKKesedaran tentang Kepentingan Motogom Kesedaran terhadap kepentingan motogom merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi penglibatan penduduk. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini mampu memberi kesedaran dan juga mendorong penduduk bagi memainkan peranan dalam menjaga persekitaran kampung.

Pengaruh Pemimpin KomunitiKepimpinan yang berkesan dapat meningkatkan penyertaan penduduk dalam aktiviti Motogom. Pemimpin komuniti boleh juga menggalakan penglibatan masyarakat dalam aktiviti dan program yang dianjurkan seperti gotong-royong.Hal ini kerana perancangan aktiviti yang teratur serta pembahagian tugas yang adil dapat menarik lebih ramai penduduk untuk mengikuti serta memberi sokongan bagi memastikan aktiviti Motogom dapat terlaksanakan.

Sikap dan Kesediaan IndividuSikap setiap individu mempengaruhi tahap penglibatan dalam amalan Motogom. Penduduk yang mempunyai sikap prihatin,bertanggungjawab serta bekerjasama amat diperlukan bagi memastikan persekitaran kampung sentiasa terjaga.Oleh itu,nilai kerjasama dan tanggungjawab sosial perlu dipupuk agar penduduk memahami kepentingan dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan.

KESAN-KESANKESAN-KESANKESAN-KESAN AMALAN MOTOGOMAMALAN MOTOGOMAMALAN MOTOGOM KESAN-KESAN AMALAN MOTOGOM Amalan Motogom atau gotong-royong masyarakat Kadazandusun membawa pelbagai impak positif. Selain mengukuhkan perpaduan dan silaturahim sesama penduduk, amalan ini berupaya mengekalkan warisan budaya serta nilai-nilai tradisi dan undang- undang daripada pupus yang ditelan zaman. Dari sudut praktikal, motogom meringankan beban, menjimatkan masa dan kos untuk kerja-kerja kemasyarakatan, sekali gus mewujudkan persekitaran kampung yang bersih, ceria, dan selamat. Secara keseluruhannya, amalan ini menyemai semangat keprihatinan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.

CABARAN-CABARANCABARAN-CABARANCABARAN-CABARANCABARAN-CABARANSelain itu, mengekalkan amalan motogom memberikan pelbagai cabaran kepada pemimpin komuniti. Antaranya ialah penularan sikap individualistik dan penghijrahan golongan muda ke bandar yang menyebabkan kekurangan tenaga kerja di kampung. Selain itu, kesibukan tugas seharian dan jurang komunikasi dengan generasi muda yang lebih tertarik kepada teknologi digital turut menyukarkan penglibatan mereka. Kekangan dana dan sumber logistik yang terhad juga menjadi penghalang utama kepada kelancaran aktiviti kemasyarakatan ini. YANG DIHADAPI OLEHYANG DIHADAPI OLEHYANG DIHADAPI OLEH PEMIMPINPEMIMPINPEMIMPIN KOMUNITIKOMUNITIKOMUNITI YANG DIHADAPI OLEH PEMIMPIN KOMUNITI "Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pemimpin komuniti pada masa kini ialah kesukaran untuk menyatupadukan pendapat masyarakat yang berbilang kaum, kekangan peruntukan kewangan bagi menjalankan aktiviti kebajikan, dan menguruskan aduan serta konflik dalaman penduduk setempat secara adil."

Peranan pemimpin komuniti: Mewariskan nilai motogom melalui cerita, amalan dan tunjuk ajar orang tua. ISU SEMASA Penglibatan generasi muda yang semakin mencabar Perubahan nilai tradisi dan ancaman kehilangan budaya Perubahan nilai tradisi dan ancaman kehilangan budaya Peranan pemimpin komuniti: Menggalakkan belia menyertai aktiviti membersihkan kampung, membantu keluarga yang memerlukan dan menjaga kemudahan awam. Peranan pemimpin komuniti: Memberikan teladan dengan turut serta melakukan kerja, bukan hanya mengarahkan penduduk.

NILAI PENGAJARAN Nilai kerjasama Masyarakat hendaklah bekerjasama dan saling membantu dalam melaksanakan aktiviti kampung supaya sesuatu pekerjaan dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Nilai perpaduan Amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara penduduk tanpa mengira umur, latar belakang atau kepercayaan. Nilai menghargai warisan budaya Generasi muda perlu mempelajari dan meneruskan amalan motogom/amal agar nilai tradisi masyarakat Dusun/Kadazan tidak dilupakan akibat perubahan zaman.

CADANGAN Mengadakan aktiviti gotong royong secara berkala Melibatkan golongan belia Menfaatkan media sosial Mengekalkan nilai budaya dan tradisi CADANGAN 4M

RUJUKAN https://teks.my/kebaikan-amalan-gotong-royong-kepada-masyarakat/ https://www.nabalunews.com/post/gotong-royong-perdana-perkukuh-kebersihan-dan-perpaduan https://www.infoupu.com/kebaikan-amalan-gotong-royong-dalam-masyarakat/ https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/pemimpin-komuniti- perlu-aktif-laksana-program-di-peringkat-kampung/ https://teks.my/kebaikan-amalan-gotong-royong-kepada-masyarakat/ https://suarakhalifah99.blogspot.com/ https://malaysiaaktif.my/2026/05/saberkas-uniteh-perkasa-semangat-belia-melalui-gotong- royong-komuniti/ https://survinthar.wordpress.com/

HASIL WAWANCARA Klik di sini untuk ke pautan video

TERIMA KASIHTERIMA KASIH