e majalah&laporan PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUNKADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOMAMAL)

View e majalah&laporan PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUNKADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOMAMAL) flipbook.

PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUN/KADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOM/AMAL) PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI DUSUN/KADAZAN DALAM MENGEKALKAN ETIKA GOTONG ROYONG (MOTOGOM/AMAL)Nama Kursus: Penghayatan Etika dan Peradapan (MPU2182) Nama Pensyarah : Pn. Marianna Binti Hassan

AHLI KUMPULANAHLI KUMPULANAHLI KUMPULANAHLI KUMPULAN KTYS261DTP0214 KTYS261DTP0331KTYS261DTP0451KTYS261DTP0101 KTYS261DTP0405 Ronan Joey Raymond Irven Spenceson Rodney Shanen Lovelena JerryDeannil JohnadySiti Nur Syahidatul Syuhadah Diploma Teknologi Pembinaan Semester 1 Sesi 2026/2027

Amalan gotong-royong dapat menekankan semangat perpaduan, kerjasama dan sikap saling membantu antara kalangan komuniti. Dalam masyarakat Dusun/Kadazan di Penampang, Sabah, amalan motogom/amal menunjukkan nilai kerjasama nilai perpaduan dan nilai menghargai warisan budaya. Selain dari mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk, amalan ini juga memupuk nilai-nilai murni seperti, betolak ansur, hormat-menghormati dan bersikap prihatin terhadap orang lain. Bagi mengekalkan amalan motogom ini, pemimpin komuniti seperti ketua kampung mempunyai peranan yang sangat penting sebagai pembimbing masyarakat. Melalui kepimpinan yang baik, aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan secara lancar dan dapat menggalakkan penduduk untuk terlibat tanpa mengira usia. PENGENALAN

LATAR BELAKANG Tujuan kami untuk mengkaji peranan pemimpin komuniti dusun/kadazan dalam mengekalkan amalan motogom adalah untuk mengenalpasti peranan pemimpin komuniti dalam menggalakkan aktiviti gotong-royong atau motogom. Seterusnya,memahami kepentingan amalam motogom dalam memupuk nilai kerjasama,perpaduan,hormat-meghormati dan sikap tolong-menolong dalam masyarakat. Seterusnya,latar belakang Tuan Raymond Joseph, beliau berasal dari daerah Penampang, Sabah dan menetap di kampung Dungkahang. Beliau berumur 50 tahun dan dilantik menjadi pengerusi JKKK kampung Dungkahang pada 2026.

DEFINISI MenurutTuan Raymond Joseph, Berasal dari bahasa Murut yang bermaksud dikasihi, disayangi dan dicintai. ”Motogum aku kagarinun io Tuhan”, bermaksud aku sangat mengasihimu oh Tuhan. Juga dikaitkan dengan amalan gotong-royong masyarakat Kadazan/Dusun di Sabah. MOTOGOMKADAZAN/DUSUN Merupakan nama kaum bumiputera asli Sabah yang terbesar yang berasal daripada bahasa “Mamasok” atau “Pasok yang bererti orang asal” ataupun orang asli peribumi. PEMIMPIN KOMUNITI Seorang wakil di suatu komuniti yang bertanggungjawab atas segala permasalahan yang berlaku antara masyarakat dan juga dalam menyelesaikannya. AMALAN GOTONG-ROYONG Berasal dari bahasa jawa, “gotong” bermaksud mengangkat dan “royong” bermakna secara bersama- sama yang diamalkan dalam kehidupan seharian atau adat resam di suatu masyarakat. Merujuk kepada suatu perbuatan yang baik atau buruk yang memberikan kebaikan kepada pelaku sama ada mengharapkan balasan atau tidak. AMAL

Peranan Pemimpin Komuniti Dalam Mengekalkan Amalan Motogom“Menurut Tuan Raymond Joseph, peranan sebagai seorang pemimpin komuniti adalah bertanggungjawab untuk menggalakan penduduk menyertai aktiviti seperti aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, membaiki infrastruktur kampung dan membantu penduduk yang menghadapi kesusahan”. 1.Menganjurkan Aktiviti kemasyarakatan Hal ini dapat memupuk semangat kerjasama dan sikap saling membantu antara komuniti. Di samping itu, usaha ini juga dapat mengeratkan hubungan dan memberi kesedaran kepada penduduk tentang semangat tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh seluruh komuniti bagi memastikan persekitaran kampung sentiasa terjaga.

2.Mendidik Generasi Muda Seorang pemimpin komuniti bertanggungjawab memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan amalan Motogom dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini kerana mereka boleh menyampaikan pengetahuan tentang nilai kerjasama, sikap saling membantu dan kepentingan menghormati tradisi masyarakat Kadazan-Dusun. Penglibatan generasi muda dalam aktiviti gotong-royong juga dapat memberikan pengalaman dan merasakan secara langsung tentang amalan ini. Oleh itu, warisan Motogom tidak terlupakan dan dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang.

3.Memelihara Warisan Budaya Pemimpin komuniti juga perlu memainkan peranan dalam memastikan amalan Motogom terus kekal sebagai sebahagian daripada warisan budaya masyarakat Kadazan-Dusun. Penglibatan penduduk terutamanya generasi muda bukan sahaja dapat memperolehi pengetahuan dan pengalaman tentang bagaimana amalan Motogom ini dilaksanakan, generasi muda juga dapat mewarisi amalan Motogom tersebut sebagai lambang identiti budaya kadazandusun.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PENDUDUK 1.Kesedaran tentang Kepentingan Motogom Menurut Tuan Raymond Joseph, beliau mengatakan bahawa kesedaran tentang kepentingan motogom merupakan suatu faktor yang mempengaruhi penglibatan penduduk kampung kerana aktiviti bergotong-royong bukan sahaja dapat meningkatkan nilai kerjasama malahan merupakan peluang bagi penduduk mengkukuhkan hubungan sesama penduduk.

2. Pengaruh Pemimpin Komuniti Sebagai seorang pemimpin komuniti, Pemimpin haruslah mempunyai pengaruh besar terhadap aktiviti Motogom seperti menggalakan penglibatan masyarakat dalam aktiviti dan program yang dianjurkan seperti gotong-royong. Hal ini kerana perancangan aktiviti yang teratur serta pembahagian tugas yang adil dapat menarik lebih ramai penduduk untuk mengikuti serta memberi sokongan bagi memastikan aktiviti Motogom dapat terlaksanakan.

3.Sikap dan Kesediaan Individu Sikap setiap individu mempengaruhi tahap penglibatan dalam amalan Motogom. Penduduk yang mempunyai sikap prihatin, bertanggungjawab serta bekerjasama amat diperlukan bagi memastikan persekitaran kampung sentiasa terjaga. Oleh itu, nilai kerjasama dan tanggungjawab sosial perlu dipupuk agar penduduk memahami kepentingan dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan.

KESAN-KESANKESAN-KESANKESAN-KESAN AMALAN MOTOGOMAMALAN MOTOGOMAMALAN MOTOGOM KESAN-KESAN AMALAN MOTOGOM Amalan motogom atau gotong-royong memberikan kesan yang amat besar dalam struktur kehidupan masyarakat Dusun dan Kadazan. Antara kesan utamanya termasuklah pengukuhan semangat perpaduan dan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung, di mana nilai kerjasama ini dapat melahirkan sebuah komuniti yang harmoni dan bersatu padu. Dari aspek ekonomi pula, amalan ini terbukti dapat menjimatkan kos pengurusan serta tenaga buruh bagi aktiviti- aktiviti kemasyarakatan mahupun sektor pertanian tradisional seperti penuaian padi. Di samping itu, pengekalan amalan motogom secara berterusan bertindak sebagai pertahanan warisan budaya, sekali gus memastikan identiti dan tradisi nenek moyang ini tidak lenyap ditelan zaman tetapi diturunkan dengan jayanya kepada generasi muda.

CABARAN-CABARANCABARAN-CABARANCABARAN-CABARANCABARAN-CABARAN Selain itu, pemimpin juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai aduan, rungutan, mahupun konflik dalaman daripada masyarakat setempat yang tidak berpuas hati dengan cara pengurusan sesuatu aktiviti. Situasi ini menjadi lebih rumit apabila timbulnya masalah peruntukan kewangan yang terhad, sehingga menyukarkan pihak pengurusan untuk menyediakan kemudahan asas seperti makanan, dan minuman yang sewajarnya deberikan para sukarelawan yang menyertai aktiviti tersebut. Akhir sekali, isu masalah seperti kekurangan mesin dan peralatan moden yang rosak turut menjadi penghalang besar yang melambatkan kelancaran serta mengurangkan produktiviti kerja-kerja gotong-royong tersebut. YANG DIHADAPI OLEHYANG DIHADAPI OLEHYANG DIHADAPI OLEH PEMIMPIN KOMUNITIPEMIMPIN KOMUNITIPEMIMPIN KOMUNITI YANG DIHADAPI OLEH PEMIMPIN KOMUNITI Menurut Tuan Raymond Joseph, antara cabaran- cabaran yang dihadapi oleh pemimpin komuniti pada masa kini adalah kurangnya kerjasama dan komitmen daripada segelintir penduduk kampung yang tidak dapat melibatkan diri atas faktor kekangan masa atau kesibukan peribadi.

CABARAN PEMIMPIN KOMUNITI Menurut beliau juga penduduk memerlukan minuman manis mahupun pencuci mulut bagi menggantikan tenaga yang digunakan semasa aktiviti gotong royong. Selain itu, beliau berkata dalam masa yang sama penduduk kampung yang terlibat amat memerlukan alat atau mesin seperti; gergaji dan mesin rumput untuk meluaskan kawasan serta cangkul dan skop bagi memudahkan penduduk menjalankan kerja.Kurang kerjasama dan menerima banyak aduan daripada pendudukMemohon peruntukan dan memerlukan mesin/alat Menurut Tuan Tuan Raymond joseph,JKKK Kampung Dungkahang; Sesetengah penduduk kurang melibatkan diri kerana kesibukan bekerja, komitmen keluarga atau kurang kesedaran tentang kepentingan semangat motogom/amal. Aduan yang tidak ditangani dengan baik boleh menimbulkan konflik dan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan kampung.

NILAI PENGAJARAN Nilai kerjasama Masyarakat hendaklah bekerjasama dan saling membantu dalam melaksanakan aktiviti kampung supaya sesuatu pekerjaan dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Nilai perpaduan Amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara penduduk tanpa mengira umur, latar belakang atau kepercayaan. Nilai menghargai warisan budaya Generasi muda perlu mempelajari dan meneruskan amalan motogom/amal agar nilai tradisi masyarakat Dusun/Kadazan tidak dilupakan akibat perubahan zaman.

CADANGAN Tuan Raymond joseph JKKK kampung dungkahang, mencadangkan Mengadakan aktiviti gotong royong secara berkala. contohnya, membersihkan kawasan kampung,membaiki kemudahan awam dan kawasan perkuburan. Seterusnya, Tuan Raymond joseph JKKK kampung dungkahang juga mencadangkan Melibatkan golongan muda dalam amalan motogom ini. Hal ini agar, golongan muda dapat memahami kepentingan tradisi ini dan meneruskan kepada generasi akan datang.Tuan. Raymond Joseph JKKK kampung dungkahang

KOMEN Wawancara dan e-majalah ini sangat menarik kerana mengetengahkan kepentingan amalan motogom dalam masyarakat Dusun/Kadazan. Walau bagaimanapun, kandungan soalan dan kreativiti boleh ditambah baik supaya lebih menarik. Antaranya, melengkapi gambar aktiviti gotong-royong sebenar di kampung dungkahang. Melibatkan lebih dari 1 orang untuk diwawancara mengenai amalan motogom. Dan memberikan soalan lebih menarik dan lebih mencabar. selain itu, melengkapi hiasan tradisional khas kadazan/dusun penampang di dalam e-majala kami. walau bagaimana pun, kami sangat berterima kasih atas bimbingan pensyarah kami Madam Marianna, kerana membimbing kami dalam menyiapkan tugasan kami. Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada Tuan. Raymond joseph kerana memberikan peluang kepada kami untuk wawancara beliau.

RUJUKAN https://teks.my/kebaikan-amalan-gotong-royong-kepada-masyarakat/ https://www.nabalunews.com/post/gotong-royong-perdana-perkukuh-kebersihan-dan-perpaduan https://www.infoupu.com/kebaikan-amalan-gotong-royong-dalam-masyarakat/ https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/pemimpin-komuniti- perlu-aktif-laksana-program-di-peringkat-kampung/ https://teks.my/kebaikan-amalan-gotong-royong-kepada-masyarakat/ https://malaysiaaktif.my/2026/05/saberkas-uniteh-perkasa-semangat-belia-melalui-gotong- royong-komuniti/ https://survinthar.wordpress.com/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun-masyarakat/

HASIL WAWANCARA Klik di sini untuk ke pautan video

TERIMA KASIHTERIMA KASIH