Presentation Classroom Syllabus in Illustrative Style Blue Pink

Created in Canva

PELAKSANAAN PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)

PENDEKATAN YANG DIGUNAKANBERTEMAGABUNGJALIN BIDANG PEMBELAJARANBELAJAR SAMBIL BERMAINPROJEKPENGALAMAN

KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN0102Demonstrasi03LawatanSimulasi04Ekperimen

STRATEGI YANG DI GUNAKANBerasaskan masalahBerasaskan projekBerpusatkan bahanBerpusatkan murid

CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI

CORNAktiviti Pengajaran dan pembelajaran murid 4 tahun

ARAHAN AKTIVITI1.Guru menerangkan tentang buah jagung kepada murid. 2.Murid menerima sekeping kertas yang mempunyai gambar jagung. Murid kemudian menekap semula gambar jagung tersebut menggunakan pen penanda (marker). 3.Murid menampal bubble wrap pada bahagian buah jagung. 4.Murid mengecat bubble wrap dengan cat berwarna kuning. 5.Murid mewarnakan daun jagung dengan cat berwarna hijau. 6.Hasil kerja dijemur di tempat yang panas sehingga cat kering.

PELAKSANAANKAEDAHPENDEKATANBELAJAR SAMBIL BERMAINSTRATEGIPDPKanak-kanak belajar mengenali jagung sambil melukis dan mewarnakan jagung DEMONSTRASI DAN AMALI Guru menunjukkan demonstrasi cara menggunakan berus dan melukis mengikut garisan. Murid mempraktikkan sendiri teknik penggunaan berus dan hasilkan lukisan jagung. BERPUSATKAN KANAK-KANAK Murid melaksanakan aktiviti hands on dengan bebas BERTEMAkanak-kanak belajar mengikut tema mingguan iaitu buah-buahan

PENGELOLAAN AKTIVITIAktiviti dijalankan secara individu. Guru mengumpulkan murid di ruang aktiviti dan menerangkan tentang buah jagung serta menunjukkan contoh hasil kerja. Guru mengedarkan sekeping kertas bergambar jagung, pen penanda (marker), berus, cat warna dan bubble wrap kepada setiap murid. Murid menekap semula gambar jagung menggunakan marker. Murid mewarnakan daun jagung menggunakan cat hijau. Murid menampal bubble wrap pada bahagian buah jagung dan mengecatnya menggunakan cat kuning bagi menghasilkan kesan tekstur. Guru membimbing dan memantau murid sepanjang aktiviti. Hasil kerja dijemur di tempat yang panas sehingga cat kering sebelum dipamerkan.

MENGENALI 3 JENIS BUNGAAktiviti Pengajaran dan pembelajaran murid 4 tahun

ARAHAN AKTIVITI1.Guru menerangkan tentang bunga kepada murid. 2.Guru membawa murid mengelilingi kawasan sekolah, dan semua murid perlu memilih tiga jenis bunga. 3.Murid memetik bunga yang dipilih dan membawanya masuk ke dalam kelas. 4.Guru menerangkan bahagian-bahagian pada pokok bunga. 5.Murid menerangkan semula bahagian-bahagian pokok bunga kepada guru..

PELAKSANAANSTRATEGIPDPmurid belajar melalui pengalaman sebenar dengan memerhati dan memetik bunga di persekitaran PAPN.Guru menunjukkan contoh bunga sebenar semasa menerangkan bahagian-bahagiannya. PENDEKATAN KONTEKSUALPENDEKATANKAEDAH BERASASKAN PENGALAMAN DEMONSTRASI PEMERHATIAN PERBINCANGANMurid memperoleh pengetahuan melalui pengalaman langsung di luar bilik darjah. Murid memerhati pelbagai jenis bunga di kawasan sekolah. Guru menyoal murid dan murid menerangkan semula bahagian-bahagian pokok bunga sebagai pengukuhan.

PENGELOLAAN AKTIVITI1.Guru mengumpulkan murid dan memberikan penerangan ringkas tentang objektif pembelajaran. 2.Guru membawa murid mengelilingi kawasan PAPN untuk membuat pemerhatian terhadap pelbagai jenis bunga. 3.Semua murid diminta memilih tiga jenis bunga yang berlainan dan memetiknya dengan bimbingan guru. 4.Murid membawa bunga yang dipilih ke dalam kelas untuk aktiviti pembelajaran. 5.Guru membimbing murid mengenal pasti dan menerangkan bahagian-bahagian pada pokok bunga menggunakan bunga yang telah dikumpulkan. 6.Murid memerhati bunga masing-masing, mengenal pasti bahagian-bahagiannya, dan berbincang bersama guru. 7.Murid menerangkan semula bahagian-bahagian pokok bunga secara lisan kepada guru sebagai aktiviti pengukuhan dan penilaian. 8.Guru membuat rumusan pembelajaran dan memberikan maklum balas terhadap kefahaman murid.

FLOWER CROWNAktiviti Pengajaran dan pembelajaran murid 2 tahun

ARAHAN AKTIVITI1.Guru membawa murid berjalan di sekitar kawasan PAPN. 2.Setiap murid mengutip bunga yang telah gugur dan masih segar. 3.Guru meminta murid menghidu bunga yang telah dikutip untuk mengenal pasti baunya. 4.Guru membawa murid masuk semula ke dalam kelas. 5.Murid melekatkan bunga yang telah dikutip pada glitter foam craft berbentuk mahkota yang telah disediakan dan dipotong oleh guru. 6.Murid memakai mahkota bunga yang telah siap dihasilkan.

PELAKSANAANKAEDAHSTRATEGIPENDEKATAN KONTEKSUALPENDEKATANPDPajar melalui pengalaman sebenar di persekitaran PAPN dengan mengutip, menghidu dan menghasilkan kraf menggunakan bunga bERASASKAN PENGALAMAN meneroka kawasan PAPN, mengutip bunga yang gugur, menghidu bau bunga, dan menghasilkan mahkota bunga. Pengalaman ini membantu murid menghubungkan pembelajaran dengan situasi sebenar serta meningkatkan penglibatan mereka. DEMONSTRASI Guru menunjukkan cara melekatkan bunga pada glitter foam craft berbentuk mahkota. AMALI Murid mengutip bunga, menghidu bunga dan menghasilkan mahkota bunga sendiri.

PENGELOLAAN AKTIVITI1.Guru membawa murid berjalan di sekitar kawasan PAPN sambil membimbing mereka memerhati bunga yang terdapat di persekitaran. 2.Setiap murid mengutip bunga yang telah gugur dan masih segar. Guru memastikan murid tidak memetik bunga yang masih berada pada pokok. 3.Guru meminta murid menghidu bunga yang telah dikutip dan berbual dengan murid tentang bau, warna serta bentuk bunga. 4.Guru membawa murid masuk semula ke dalam kelas dan mengagihkan glitter foam craft berbentuk mahkota yang telah disediakan. 5.Guru menunjukkan cara melekatkan bunga pada mahkota sebelum murid menjalankan aktiviti menghasilkan mahkota bunga masing- masing. 6.Murid melekatkan bunga pada mahkota mengikut kreativiti sendiri dengan bimbingan guru. 7.Setelah siap, murid memakai mahkota bunga dan menunjukkan hasil kerja kepada rakan-rakan.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANperkaitan kurikulum Permata NegaraPerkaitan Rancangan Pendidikan MalaysiaPendekatan ini memenuhi prinsip utama Kurikulum PERMATA Negara yang menekankan: pembelajaran melalui bermain (learning through play); pengalaman sebenar (experiential learning); pembelajaran berpusatkan kanak-kanak; dan perkembangan secara holistik merangkumi aspek fizikal, kognitif, bahasa, emosi, sosial dan kreativiti. RPM 2026–2035 menekankan: pembelajaran yang bermakna pendidikan manusiawi keseimbangan akademik nilai dan sahsiah pengalaman pembelajaran yang autentik. murid membina pengetahuan melalui pengalaman dan interaksi dengan persekitaran, selaras dengan hala tuju tersebut.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANperkaitan kurikulum Permata NegaraPerkaitan Rancangan Pendidikan MalaysiaStrategi ini memberi peluang kepada kanak-kanak: membuat penerokaan sendiri membuat pilihan bekerjasama membina pengetahuan secara aktif Guru bertindak sebagai fasilitator yang membimbing proses pembelajaran. RPM menggalakkan pembangunan kompetensi murid melalui: pedagogi aktif kreativiti pemikiran kritis komunikasi penyelesaian masalah menyokong pembangunan kompetensi tersebut sejak pendidikan awal kanak- kanak.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANperkaitan kurikulum Permata NegaraPerkaitan Rancangan Pendidikan MalaysiaKepelbagaian kaedah ini membantu memenuhi gaya pembelajaran kanak-kanak yang berbeza dan menggalakkan pembelajaran secara konkrit sebelum abstrak. RPM menggalakkan guru melaksanakan pedagogi yang fleksibel, kontekstual dan inovatif supaya pembelajaran lebih bermakna serta meningkatkan penglibatan murid.

POLA PENGURUSAN KURIKULUM YANG DIKENALPASTIPembelajaran berpusatkan muridPembelajaran melalui pengalaman sebenarPembelajaran kontekstualIntegrasi pelbagai domain perkembanganSetiap aktiviti menggabungkan perkembangan bahasa, motor halus, kreativiti, sosial, emosi dan kognitif secara serentak.Aktiviti dikaitkan dengan kehidupan harian dan persekitaran murid. Pembelajaran menjadi lebih bermaknaAktiviti dijalankan menggunakan bahan sebenar seperti bunga dan jagung. Murid belajar melalui pemerhatian, sentuhan dan penerokaan.Murid aktif meneroka, menghasilkan produk dan berkongsi idea. Guru berperanan sebagai pembimbing.

TREND PENGURUSAN KURIKULUMPeralihan daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid. Penekanan terhadap pengalaman pembelajaran autentik melalui aktiviti luar bilik darjah. Pengintegrasian kemahiran abad ke-21, termasuk kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Pelaksanaan pentaksiran formatif dan autentik bagi menyokong perkembangan murid.Penekanan kepada pendidikan manusiawi, kesejahteraan dan pembangunan insan secara holistik yang menjadi antara fokus utama RPM 2026–2035.

RUMUSANSecara keseluruhannya, pengurusan kurikulum di PAPN Sungai Siput menunjukkan keselarasan yang tinggi dengan prinsip Kurikulum PERMATA Negara, khususnya pembelajaran melalui bermain, pengalaman sebenar, perkembangan holistik dan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak. Pada masa yang sama, amalan tersebut menyokong hala tuju Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang menekankan pendidikan manusiawi, pembelajaran bermakna, pembangunan kompetensi, pengukuhan nilai dan sahsiah serta peningkatan kualiti pedagogi. Oleh itu, aktiviti yang dirancang bukan sahaja memenuhi keperluan perkembangan awal kanak-kanak, malah menyumbang kepada matlamat transformasi pendidikan negara untuk melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing dan berakhlak mulia.