PEMUKIMAN ILMU SPM 2026 SMT KUANTAN

020304 050607080901001TECHSPIRE 09 DOASEKALUNG BUDIOBJEKTIF TENTATIF PROGRAMJAWATAN KUASA INDUKJAWATAN KUASA PELAKSANASENARAI PENCERAMAHHALUAN BICARA TUAN PENGETUA PENGENALAN ISI KANDUNGAN

AlhaAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat- Nya, Program Pemukiman Ilmu ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Program ini merupakan satu usaha penambahbaikan menyeluruh unk menyokong peningkatan pencapaian akademik calon-calon SPM 2026. Program Pemukiman Ilmu ini diteruskan dengan Program Kem Akademik Sekolah untuk memantapkan dan memberikan lebih kesiapsagaan kepada calon untuk menhadapi peperiksaan SPM. Melalui Kerjasama dan kesepakatan bersama PIBG dan pihak sekolah, program ini bukan sahaja memberikan tumpuan kepada aspek akademik, malah turut memperkukuh kesejahteraan emosi dan sahsiah pelajar. Program ini merupakan satu wadah untuk membina disiplin ilmu, embentuk ketahanan diri dan meningkatkan keyakinan anak-anak dalam menghadapi cabaran akademik. Objektif program ini amat signifikan, iaitu untuk mendedahkan pelajar kepada Teknik menjawab soalan dengan berkesan, membimbing pelajar agar tidak mengulangi kesilapan lampau, serta memberi Latihan intensif nerdasarkan kepada format peperiksaan sebenar. Saya yakin usaha ini akan melonjakkan prestasi calon SPM sekolah kita, selaras dengan hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan seimbang dari aspekemosi. Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan program yang dilaksanakan ini dengan sepenuhnya dan akan melangkah ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan dan bersedia menghadapi cabaran. Akhir kata, Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Penceramah jemputan, guru-guru dan AKP SM Teknik Kuantan, orang-perseorangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kita hari ini akan membuahkan kejayaan cemerlang buat semua calon SPM 2026. Sekian, terima kasih. YBrs Ts. Rezwan bin Tasiman Pengetua SM Teknik Kuantan HALUAN BICARA TUAN PENGETUA

Program Pemukiman Ilmu SPM2026 merupakan kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan pada tahun 2025 melibatkan calon SPM batch Technova sebagai salah satu inisiatif sokongan akademik intensif kepada pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Bagi tahun 2026, program ini diteruskan dengan memberi fokus kepada batch Techspire sebagai calon SPM 2026. Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026, pelajar kini berada dalam fasa kritikal yang memerlukan persediaan akademik, mental dan emosi yang lebih tersusun, intensif dan berfokus. Bagi pelajar sekolah teknik khususnya, cabaran yang dihadapi adalah lebih unik kerana mereka perlu mengimbangi penguasaan subjek akademik dan teknikal secara serentak dalam suasana pembelajaran yang padat dan kompetitif. Sehubungan itu, Program Pemukiman Ilmu SPM 2026 dirangka sebagai satu platform intervensi akademik intensif bagi membantu pelajar memperkukuh penguasaan subjek, meningkatkan keyakinan diri serta membina momentum akhir kecemerlangan menjelang peperiksaan SPM. Program ini turut menekankan aspek motivasi, disiplin pembelajaran, keseimbangan emosi dan pembangunan sahsiah melalui pendekatan pembelajaran yang lebih holistik melibatkan kerjasama pihak sekolah, PIBG, ibu bapa serta rakan strategik pendidikan luar. Cadangan pelaksanaan program di peringkat sekolah pada tahun ini juga membolehkan pengurusan program dilaksanakan secara lebih menyeluruh, fleksibel dan berterusan, di samping memaksimumkan penggunaan fasiliti serta pemantauan akademik yang lebih konsisten ke arah memperkukuh kecemerlangan prestasi pelajar dan sekolah. PENGENALAN

Objektif utama Program Pemukiman Ilmu SPM 2026 adalah untuk menyediakan pendedahan, bimbingan dan persediaan yang lebih mantap serta berstrategi kepada pelajar Tingkatan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Antara objektif program adalah seperti berikut: 4.1 Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik menjawab soalan berformat SPM secara berkesan, sistematik dan mudah difahami. 4.2 Melatih pelajar menjawab soalan mengikut tempoh masa yang ditetapkan selaras dengan format peperiksaan sebenar. 4.3 Membimbing pelajar mengenal pasti dan mengelakkan kesilapan lazim ketika menjawab soalan peperiksaan. 4.4 Meningkatkan penguasaan pelajar melalui latihan intensif, analisis soalan sebenar SPM serta soalan percubaan. 4.5 Memberikan tip pembelajaran, teknik menjawab soalan dan suntikan motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar. OBJEKTIF

TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

AJK PELAKSANA

SENARAI PENCERAMAH

SENARAI PENCERAMAH

SENARAI PENCERAMAH

SENARAI PENCERAMAH

SENARAI PENCERAMAH

MOTIVATOR

TECHSPIRE 09 'BORN TO INSPIRE'

DOA KEJAYAAN TECHSPIRE 09 Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Mu. Pada hari ini kami memohon dengan penuh rendah hati agar Engkau limpahkan rahmat, kasih sayang dan keberkatan-Mu kepada seluruh calon SPM 2026 Techspire 09 Ya Allah, Kurniakanlah kepada mereka ketenangan hati, kekuatan jiwa, kesihatan yang baik serta semangat yang tinggi dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba. Lapangkanlah dada mereka, terangilah fikiran mereka, permudahkanlah segala urusan pembelajaran dan bukakanlah pintu-pintu ilmu yang bermanfaat. Ya Allah, Jauhkanlah mereka daripada rasa gelisah, putus asa dan lalai. Gantikanlah segala kebimbangan dengan keyakinan, kesungguhan dan ketabahan. Bantulah mereka mengingati segala ilmu yang telah dipelajari serta menggunakannya dengan sebaik-baiknya ketika menjawab peperiksaan. Ya Allah, Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada setiap calon SPM 2026 Techspire 09. Jadikanlah keputusan yang mereka peroleh sebagai kebanggaan buat ibu bapa, guru-guru, sekolah dan agama. Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk mereka terus melakar kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, Berkatilah juga ibu bapa dan guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing serta mendoakan anak-anak ini. Limpahkanlah kepada mereka kesihatan, kebahagiaan dan ganjaran pahala yang berterusan. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah yang terbaik menurut kehendak-Mu dan jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hamba- Mu yang sentiasa bersyukur. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin.

TERIMA KASIH Sekalung Budi Sekian Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga anak-anak techspire 09 mendapat kecemerlangan SPM 2026 Senarai Penyumbang