Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menganjurkan International Laboratory Innovation Seminar 2026 (NaLIS 2026). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) atas kejayaan meneruskan penganjuran NaLIS pada tahun ini. Syabas juga kepada sekretariat serta semua peserta daripada pelbagai universiti dan agensi yang telah berkongsi hasil inovasi masing-masing. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua serta menyemarakkan budaya inovasi. Saya berharap NaLIS akan terus menjadi platform yang memperkasa budaya inovasi, menggalakkan perkongsian ilmu, serta membuka ruang kepada pembangunan bakat, khususnya dalam kalangan kakitangan bukan akademik. Seminar ini juga berperanan memperkenalkan teknologi baharu dan memberi keyakinan kepada warga makmal untuk mengetengahkan hasil inovasi yang berpotensi. Tema “Kecerdasan Buatan (AI): Menghubungkan Inovasi Makmal” amat bertepatan dengan perkembangan teknologi masa kini. Justeru, warga makmal perlu terus menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi memperkukuh amalan inovasi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang STEM. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran NaLIS 2026. Semoga seminar ini mencapai objektifnya dan memberi impak yang berterusan kepada pembangunan inovasi negara. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selamat datang saya ucapkan kepada semua peserta Seminar Inovasi Makmal Peringkat Kebangsaan 2026. Tema tahun ini, “Kecerdasan Buatan (AI): Menghubungkan Inovasi Makmal” sangat tepat pada masanya. Kecerdasan Buatan (AI) kini bukan lagi sekadar alat bantuan. Ia adalah pemacu utama yang mengubah landskap ekosistem penyelidikan moden. AI mempercepatkan analisis data, mengoptimumkan simulasi, dan membuka ruang penemuan baharu yang sebelum ini mustahil. Melalui seminar ini, kita mahu makmal kita berkembang melampaui sempadan tradisional. Makmal harus menjadi pusat inovasi yang pintar, cekap, dan berdaya saing global. Saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang hadir. Terima kasih khusus kepada rakan-rakan strategik daripada pelbagai Universiti Awam dan Swasta serta rakan pengamal industri. Kehadiran dan kolaborasi rentas sektor ini amat penting. Gabungan kepakaran kumpulan sokongan akademik dan realiti industri komersial akan memastikan hasil inovasi kita memberi impak langsung kepada masyarakat dan ekonomi negara. Syabas kepada jawatankuasa penganjur atas komitmen menjayakan acara ini. Kepada para peserta, manfaatkan ruang ini untuk berkongsi ilmu, membina jaringan, dan mencetuskan idea kreatif demi masa depan penyelidikan kita. Selamat berseminar. Sekian, terima kasih. Profesor Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah@Polity Ak Kria Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan International Laboratory Innovation Seminar 2026 (NaLIS 2026). Bagi pihak penganjur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan seminar ini, khususnya pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas kepercayaan yang diberikan kepada Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) untuk meneruskan penganjuran NaLIS. Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, NaLIS diwujudkan sebagai platform untuk memperkasa budaya inovasi dalam kalangan kakitangan makmal serta mengetengahkan potensi dan kepakaran mereka melalui perkongsian idea dan hasil inovasi. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) atas kesudian menyampaikan ucaptama, para penaja atas sokongan yang diberikan, serta semua pembentang dan peserta yang telah berkongsi ilmu, pengalaman dan inovasi sepanjang seminar ini. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan NaLIS 2026. Semoga seminar ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan budaya inovasi dan kecemerlangan makmal pada masa hadapan. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Encik Borhanudin Bin Mohd Yusof @ Mohamed Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Pengarah, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
SENARAI JAWATANKUASA Penaung Profesor Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah@Polity Ak Kria Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pengerusi ChM. Asrul Azani bin Mahmood Timbalan Pengarah, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Pengarah Program En. Nik Mohd Hafiz bin Abdullah Pen. Pengarah Program ChM. Nor 'Atiyyah binti Mohamed Setiausaha Pn. Fatimah binti Abdullah @ Ali Jk Kewangan dan Makanan Pn. Fatimah binti Abdullah @ Ali Jk Jemputan dan Penginapan ChM. Nor 'Atiyyah binti Mohamed Jk Saintifik dan Penjurian ChM. Asrul Azani bin Mahmood Jk Promosi, Cenderahati, Protokol, Logistik dan Keselamatan En. Syahnon bin Mohammad Pn. Nor Ziana binti Husin En. Mohd Hafiz bin Ismail Cik Zulaikha binti Zulkifli Jk Persediaan Tempat, Alatan dan Makanan En. Muhammad Zulhilmi bin Ramlee En. Mohd Azlien bin A. Jalil
TEMA DAN BIDANG Tema Seminar NaLIS 2026 adalah: “KECERDASAN BUATAN (AI) MENGHUBUNGKAN INOVASI MAKMAL” Bidang seminar NaLIS 2026 dikategorikan seperti berikut: Analisis, Teknik & Teknologi Makmal Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pengurusan & Operasi Makmal Kualiti Makmal 9
LATAR BELAKANG 9 Makmal merupakan fasiliti utama yang menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi. Kemajuan sains dan teknologi telah membawa perubahan besar kepada operasi makmal melalui penggunaan instrumentasi moden, automasi, pendigitalan serta kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehpercayaan analisis. Selaras dengan tema NaLIS 2026, "Kecerdasan Buatan (AI) Menghubungkan Inovasi Makmal", AI kini menjadi pemangkin kepada transformasi ekosistem makmal dengan menghubungkan manusia, teknologi, data dan inovasi. Penggunaan AI bukan sahaja membantu mempercepatkan proses analisis dan membuat keputusan berasaskan data, malah meningkatkan kecekapan pengurusan makmal, kawalan kualiti, keselamatan, penyelenggaraan peralatan serta penyampaian perkhidmatan kepada penyelidik dan industri. Sehubungan itu, warga makmal perlu sentiasa meningkatkan kompetensi serta menguasai teknologi baharu agar dapat memanfaatkan AI secara beretika, berkesan dan bertanggungjawab. NaLIS 2026 menjadi platform untuk menghimpunkan pakar, penyelidik, pengamal industri dan warga makmal bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman serta inovasi yang memacu kecemerlangan makmal ke arah era digital.
OBJEKTIF 9 1. Menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan inovasi dalam pengurusan, operasi, teknologi instrumentasi serta pendigitalan makmal. 2. Meningkatkan kompetensi warga makmal melalui pendedahan kepada aplikasi kecerdasan buatan (AI), automasi dan teknologi digital yang menyokong transformasi makmal. 3. Memperkukuh sistem kualiti, akreditasi dan tadbir urus makmal bagi memastikan perkhidmatan analisis yang berkualiti, cekap dan memenuhi piawaian antarabangsa. 4. Memupuk budaya kerja yang mengutamakan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kelestarian alam sekitar melalui penggunaan teknologi dan inovasi. 5. Menggalakkan kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, industri, pengeluar teknologi makmal dan badan profesional di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. 6. Menghubungkan penyelidik, pengamal industri dan warga makmal melalui perkongsian idea, teknologi dan amalan terbaik yang mampu menghasilkan penyelesaian inovatif. 7. Memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan kreativiti bagi menyokong pembangunan ekosistem makmal yang lebih pintar, berdaya saing dan mampan. 8. Mengangkat inovasi makmal Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui penerapan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan, yang menyokong kecemerlangan penyelidikan, pendidikan dan industri. Penganjuran National Laboratory Innovation Seminar 2026 (NaLIS 2026) bertujuan untuk:
PENYAMPAI UCAPTAMA
PENCERAMAH JEMPUTAN
PENCERAMAH JEMPUTAN
PENCERAMAH JEMPUTAN
PENCERAMAH JEMPUTAN
KETUA JURI Sekalung penghargaan di atas penjurian sesi pembentangan Inovasi NaLIS 2026
JURI
JURI
TENTATIF (20 JULAI 2026) MASA PERKARA TEMPAT 0800-0830 Ketibaan Peserta & Pendaftaran Dewan Baiduri 0830-0845 Ketibaan VIP Dewan Baiduri 0845-0935 Majlis Perasmian Dewan Baiduri 0935-1020 UCAPAN PLENARI Kecerdasan Buatan (AI) menghubungkan inovasi makmal ChM. Mat Tamizi bin Haji Zainuddin SIRIM Kulim (AMREC) Dewan Baiduri 1020-1045 Hidangan Ringan Dewan Baiduri 1045-1145 SLOT SEMINAR 1: Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Sistem HPLC dan GC Shimadzu: Merevolusikan Aliran Kerja Kromatografi Ms Chew Won Yin Shimadzu Malaysia Sdn Bhd Dewan Baiduri 1145-1245 SLOT SEMINAR 2: Akreditasi Makmal: Pelaburan Strategik atau Kos Operasi? ChM. Mohd Zawawi bin Yusoff Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu Dewan Baiduri 1245-1415 Makan tengahari Restoran Lagenda 1415-1615 PEMBENTANGAN INOVASI 1 (SESI SELARI) Dewan Baiduri 1 & 3
TENTATIF (21 JULAI 2026) MASA PERKARA TEMPAT 0815-0915 SLOT SEMINAR 3: Bekerja Dalam Era AI: Impak Pendigitalan Terhadap Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Ir. Mohd Afizul bin Mat Daud Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu Dewan Baiduri 0915-1015 SLOT SEMINAR 4: AI yang Selamat dan Bertanggungjawab: Merapatkan Jurang antara Pengetahuan dan Amalan Prof. Madya Dr. Roslina binti Ibrahim Universiti Teknologi Malaysia Dewan Baiduri 1015-1045 Hidangan Ringan Dewan Baiduri 1045-1145 SLOT SEMINAR 5: Pengurusan Makmal Era Digital: Peranan AI dan ChatGPT Dr. Mohamad Nor bin Hassan Universiti Malaysia Terengganu Dewan Baiduri 1145-1245 PEMBENTANGAN INOVASI 2 (SESI SELARI) Dewan Baiduri 1245-1415 Makan tengahari Restoran Lagenda 1415-1515 SLOT SEMINAR 6: Penggunaan Label Sementara bagi Pelupusan Buangan Terjadual Puan Noorsuhada binti Abd Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia Sistem Maklumat dan Pemantauan Buangan Terjadual Berpusat (I-SWIMS) Bagi Pelupusan Buangan Terjadual ChM. Ira Wahadah Binti Md Ghazali Universiti Kebangsaan Malaysia Dewan Baiduri 1515-1615 MAJLIS ANUGERAH & PENUTUP 1615 MINUM PETANG Dewan Baiduri
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mr. Nasiruddin Bin Ahmad Nazri Mr Mohammad Ikhwan Faizuddin Bin Azman Mrs. Nasrenim Bt Suhaimin Mr. Abdul Manaf Bin Ahmad Mr. Iskandar Zulkanain Dr. Azman Yusof Zulaikha Binti Zulkifli Mohd Kamri Bin Mamat Mr. Mohd Azam Mat Yaacob Mr. Mohd Nasir Mohamad Ts. Fathy Kameel Bin Mohd. Fadzil Mr. Sainol Aimi Saidin Mrs. Fadlina Binti Yusof Mrs. Faridah Binti Mohd Isa Mr. Nik Mohd 'Aqil Bin Nik Pa Mrs. Nur Harmiera Binti Abdul Rahman Mr. Zurisyam Bin Ismail Mr. Azlizam Bin Amin Mrs. Aniza Binti Draman Universiti Malaya (UM) Mrs. Aidahani Binti Abdullah Chm Nur Izzati Binti Abdol Rasul Mr. Ahmad Fahim Bin Mahmud Mr. Muhammad Noorhadi Bin Mohammad Mrs. Hafizatul Anis Binti Mohamed Zan Mrs. Zarina Binti Md Ali Mrs Thibashini Nair Sathasivan Mrs. Robiah Binti Bakar Mrs. Nur Hidayah Binti Zakaria Mrs. Mardiah Binti Lawuto Mr. Amirul Asraf Bin Mohd Jurami Mrs. Azura Binti Aladdin @ Alladin Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mr. Mohammad Zulfadhly Bin Jan Jam Mrs. Nor Farhanah Binti Mohd Noor Mrs. Sari Aspara Binti Bakri Miss Norashikin Salleh
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Universiti Putra Malaysia (UPM) Miss Syariena Arshad Dr. Nurhidayatul Asma Mohamad Chm Nurul Hanani A. Jalil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ir Maznan Bin Ismon Dr. Mohd Farid Bin Sies Chm Issha Nadirah Binti Ismail Mr. Muhammad Izzat Hafizuddin Bin Mohd Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Mrs Norasmeda Binti Amri Mr Abdul Rahman Bin Kunju Baba Mrs Irawati Binti Othman Mr Hairulnizam Bin Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ts. Nur Nasuha Binti Zolkifli Ts. Mohamad Hasnul Naim Bin Abd Hamid Mrs. Siti Zuliana Binti Dzulkifli Chm Nurfatin Najihah Binti Roslan Ts. Mohamad Azri Bin Tukimon Mr. Mohd Zarul Bin Abdul Aziz Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Mr. Norazam Bin Abdul Rashid
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Prof. Ir. Dr. Muhamad Ali Bin Muhammad Yuzir Dr. Muhammad Aizi Bin Mat Salim Mr. Mohd Nor Azsuan Bin Mohd Yaacob Mr Ahmad Fadhli Bin Mohd Suhaimi Mr. Mohd Hazri Bin Ishak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mr. Adil Ashraf Bin Mohd Fadzil SUNWAY University Mr. Mohd Abdul Halim Bin Abd Latif Chm Tan Siew Lan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UUIM) Mr. Anuar Bin Ariffin Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Chm Wan Nur Amalina Bt Wan Mamat Mrs. Sharifah Amirah Husna Bt Tuan Mazlam
SENARAI INNOVATOR BIL BUTIRAN 1. SWIFT: Pendigitalan Aliran Kerja Pengurusan Sisa Terjadual Bagi Meningkatkan Kecekapan Operasi Makmal Mrs. Aidahani Binti Abdullah, Universiti Malaya 2. E-LABREADY: Pendigitalan Pengurusan Stok Bekalan Makmal Ke Arah Kelestarian Dan Akauntabiliti Mr. Mohammad Ikhwan Faizuddin Bin Azman, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 3. Digitalization Of The Daily Operational Reporting System: Optimizing Operational Efficiency In Laboratory Animal Care Management Mr. Mohammad Zulfadhly Bin Jan Jam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) 4. Transforming Laboratory Management Through A Centralised Digital Ecosystem: The Faculty Of Medicine, Universiti Malaya Experience Mrs Thibashini Nair Sathasivan, Universiti Malaya (UM) 5. Motorized Collapsible Mast Technology (MCMT) Mr. Nasiruddin Bin Ahmad Nazri, Universiti Malaysia Terengganu 6. Smart Laboratory Management System: Revolusi Kecerdasan Buatan Dalam Ramalan Dan Pengoptimuman Kapasiti Makmal STEM Dr. Mohd Rodila Ibrahim, Universiti Malaysia Terengganu 7. E-CHEMREG: Smart Chemical Inventory Management System ChM. Issha Nadirah Binti Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 8. Inovasi Rangka Kerja Kompetensi Lvsem Memantapkan Kualiti Dan Kebolehpercayaan Perkhidmatan Analisis Makmal Melalui Kerjasama Maritim Dr. Muhammad Aizi Bin Mat Salim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
SENARAI INNOVATOR BIL BUTIRAN 9. Vision Board - Pelaporan Data/Rekod Berpusat Ppmukl Menggunakan Google Looker Studio (GLS) Mr. Mohd Nor Azsuan Bin Mohd Yaacob, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 10. Portable Ultrafast Laser: Transforming Research Into Innovation Product Dr. Muhammad Aizi Bin Mat Salim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 11. QuickVidz: Video Sop Berasaskan Kod QR Ms. Zulaikha Zulkifli, Universiti Malaysia Terengganu 12. Beyond The Bench: Transforming Lab Management Into A Smart Resource & Revenue Ecosystem ChM. Wan Nur Amalina Binti Wan Mamat, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) 13. Pembangunan Sistem Pengurusan Sampel I-CRIM (SPSI) Sebagai Instrumen Pengukuran Kecekapan Makmal Ts. Mohamad Azri Bin Tukimon, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 14. SAFER: Model Pengurusan Capaian Maklumat Keselamatan Bahan Kimia Bagi Meningkatkan Kecekapan Tindakan Kecemasan Makmal Mrs. Aidahani Binti Abdullah, Universiti Malaya (UM) 15. Dive Log Database: Digital Scientific Diving Operations Ts. Fathy Kameel Mohd. Fadzil, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 16. Inovasi Makmal Berasaskan Kecerdasan Buatan (Ai) Untuk Pemetaan Dan Pemantauan Terumbu Karang Menggunakan Imej Dron Mr. Mohd Azam Mat Yaacob, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
SENARAI INNOVATOR BIL BUTIRAN 17. SMARTLAB: Sistem Pengurusan Fasiliti Makmal Bersepadu Bagi Meningkatkan Kecekapan Operasi Makmal Di UNIMAP Mr. Norazam Bin Abdul Rashid, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 18. Sistem Saringan Pintar Ai-FESEM: Teknologi Pantas Pengenalpastian Bulu Khinzir Dalam Berus Komersial Ts. Nur Nasuha Binti Zolkifli, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 19. Pressurized Aerosol Can Puncturing Tool (AEROCAPT): Pendekatan Selamat Dan Lestari Dalam Pelupusan Tin Aerosol Bertekanan Ts. Mohd Kamri Bin Mamat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 20. Conceptual Framework For Improving Marine Transportation Operations In UMT Using Ocean Wave Forecast Information Ts. Fathy Kameel Mohd. Fadzil, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 21. Projek Puyu Nova : “Pemantauan Pintar, Penetasan Lebih Efisien” Mr. Abdul Manaf Bin Ahmad, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 22. MICROTOK VTT: Learn Microbiology Anytime, Anywhere Mrs. Nasrenim Bt Suhaimin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 23. BUDUBAIT: Inovasi Umpan Bubu Lestari Berasaskan Sisa Organik Dr. Azman Yusof, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Senarai Pemenang
MOTORIZED COLLAPSIBLE MAST TECHNOLOGY (MCMT) 1Nasiruddin Bin Ahmad Nazri, 2Kamrul Rakinoo Bin Sahabudin, 3Amiruddin Bin Sulong, 4Mat Zainudin Bin Ibrahim Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan, Universiti Malaysia Terengganu E-mel: 1 nasiruddin@umt.edu.my , 2 k.rakinoo@umt.edu.my , 3 amiruddin.s@umt.edu.my , 4 zainudin@umt.edu.my ABSTRAK Motorized Collapsible Mast Technology (MCMT) merupakan inovasi yang dibangunkan oleh Bahagian Kapal dan Bot (BKB), Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mengatasi masalah ketinggian mast kapal penyelidikan RV Discovery yang tidak dapat melepasi ruang pelepasan Jambatan Angkat Terengganu tanpa pembukaan jambatan. Keadaan ini menyebabkan operasi kapal bergantung kepada jadual pembukaan jambatan, sekali gus meningkatkan kos operasi, memanjangkan tempoh perjalanan dan mengurangkan fleksibiliti pelayaran. Bagi mengatasi kekangan tersebut, satu sistem mast boleh lipat bermotor telah direka bentuk dan dibangunkan bagi membolehkan mast diturunkan serta ditegakkan semula dengan selamat, cepat dan terkawal. Sistem ini menggabungkan penggunaan motor elektrik, mekanisme engsel dan sistem penguncian yang direka khusus bagi memastikan operasi lipatan mast lebih stabil, mudah dikendalikan serta memenuhi keperluan operasi kapal. Pembangunan MCMT dilaksanakan melalui lima fasa utama, iaitu kajian keperluan, reka bentuk sistem, fabrikasi dan pemasangan, integrasi serta ujian operasi, diikuti penilaian dan penambahbaikan sistem. Pelaksanaan inovasi ini telah berjaya mengurangkan kos operasi dengan menghapuskan keperluan pembayaran caj pembukaan jambatan, memendekkan masa operasi kapal dan meningkatkan fleksibiliti pelayaran tanpa bergantung kepada jadual pembukaan jambatan. Sehingga tahun 2025, MCMT telah menghasilkan penjimatan bersih sebanyak RM215,640 selepas mengambil kira kos pembangunan sistem. Selain meningkatkan kecekapan operasi kapal, inovasi ini turut mengoptimumkan penggunaan sumber dan memperkukuhkan budaya inovasi di UMT. MCMT membuktikan bahawa kepakaran dalaman mampu menghasilkan penyelesaian yang praktikal, berimpak tinggi dan memberi nilai tambah kepada operasi universiti. Kata kunci: RV Discovery, kapal penyelidikan, mast kapal, kecekapan operasi, penjimatan kos.
P R ESSUR I ZED AER OSOL CAN P UN CTUR I N G TOOL (AEROCAPT): PENDEKATAN SELAMAT DAN LESTARI DALAM PELUPUSAN TIN AEROSOL BERTEKANAN 1Mohd Kamri bin Mamat, 2Asrul Azani bin Mahmood, 3Mohd Azlien bin A. Jalil, 4Mohd Hafiz bin Ismail, 5Nor Ziana binti Hussin, 6Syahnon bin Mohammad, 1,2,3,4,5,6Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan, Universiti Malaysia Terengganu E-mel: 1mohdkamri@umt.edu.my, 2asrul@umt.edu.my, 3m.azlien@umt.edu.my, 4mohdhafiz@umt.edu.my, 5ziana@umt.edu.my, 6syahnon.m@umt.edu.my ABSTRAK Produk aerosol seperti cat semburan, pelincir, bahan pembersih, bahan penyelenggaraan mekanikal dan bahan kimia khusus digunakan secara meluas dalam aktiviti operasi, penyelenggaraan dan penyelidikan di sektor industri serta institusi pendidikan tinggi. Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), penggunaan produk aerosol melibatkan pelbagai aktiviti di bengkel teknikal seperti bengkel kimpalan, bengkel teknologi kejuruteraan, bengkel sokongan penyelidikan, bengkel marin serta ruang kerja teknikal yang menjalankan aktiviti pembaikan, penyelenggaraan peralatan, kerja fabrikasi dan pengendalian bahan teknikal. Walaupun produk aerosol memberikan kemudahan dalam pelbagai aplikasi, tin aerosol terpakai masih berpotensi mengandungi sisa kimia dan gas propelan bertekanan. Pelupusan tanpa proses penyahtekanan ( depressurization) yang betul boleh menyebabkan risiko seperti pelepasan tekanan secara tiba-tiba, percikan bahan kimia, kebakaran, letupan serta pencemaran alam sekitar. Risiko ini menjadi lebih kritikal di kawasan bengkel yang melibatkan sumber pencucuhan, peralatan elektrik, aktiviti pengimpalan, kerja pemotongan dan penyimpanan bahan mudah terbakar. Di Malaysia, pengurusan tin aerosol terpakai adalah tertakluk kepada keperluan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bergantung kepada jenis bahan dan ciri bahayanya. Walau bagaimanapun, amalan pengurusan tin aerosol terpakai di bengkel universiti masih memerlukan penambahbaikan secara berterusan kerana ketiadaan alat atau kaedah khusus untuk melaksanakan proses penyahtekanan dan penebukan tin aerosol terpakai. Keadaan ini menyebabkan proses pengendalian dilaksanakan secara manual, tidak seragam, serta berpotensi meningkatkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerja, pengguna bengkel dan persekitaran kerja. Sehubungan itu, pembangunan Pressurized Aerosol Can Puncturing Tool (AEROCAPT) dicadangkan sebagai satu inovasi alat keselamatan bagi menyediakan kaedah terkawal untuk proses penyahtekanan dan penebukan tin aerosol terpakai sebelum pelupusan dijalankan. Alat ini direka bentuk dengan mengambil kira aspek kestabilan tin aerosol terpakai, kawalan pelepasan gas bertekanan, keselamatan pengguna serta pengurangan risiko pendedahan kepada bahan kimia berbahaya. Pelaksanaan AEROCAPT di bengkel universiti dijangka dapat menyeragamkan prosedur pengurusan sisa tin aerosol terpakai, meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mengurangkan risiko kemalangan berkaitan bahan bertekanan serta menyokong pematuhan terhadap pengurusan buangan terjadual. Inovasi ini juga berpotensi diperluaskan penggunaannya di institusi pendidikan tinggi, makmal penyelidikan, bengkel penyelenggaraan dan sektor industri. Secara keseluruhannya, pembangunan AEROCAPT merupakan satu pendekatan inovatif yang mengintegrasikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusan alam sekitar serta kecekapan operasi dalam menyokong budaya kerja selamat dan amalan kelestarian universiti. Kata kunci: AEROCAPT, tin aerosol, bengkel, penyahtekanan, buangan terjadual, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kelestarian alam sekitar.
PROJEK PUYU NOVA “PEMANTAUAN PINTAR, PENETASAN LEBIH EFISIEN” ¹Abdul Manaf Bin Ahmad Pembantu Makmal Kanan, C2. Fakulti Sains Dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Teregganu. E-mail : abd.manaf@umt.edu.my ABSTRAK Dalam ekosistem marin dan akuakultur, peringkat meroplankton merupakan fasa paling kritikal dalam kitaran hidup organisma, terutamanya ikan. Bagi pelajar Tahun 2 Program Sarjana Muda Sains Biologi Marin, memahami faktor yang mempengaruhi Embriogenesis Ikan adalah kunci utama dalam menguasai ilmu Planktonologi. Mini projek amali ini memfokuskan kepada pemantauan proses penetasan telur ikan Puyu (Anabas testudineus). Cabaran utama dalam amali tradisional adalah keperluan untuk pemantauan fizikal secara berterusan yang memakan masa dan berisiko tinggi terhadap ralat pemerhatian manusia. Atas dasar itu, Puyu Nova diperkenalkan sebagai solusi digital moden. Puyu Nova merupakan satu inovasi sistem pemantauan jarak jauh yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan transmisi video masa nyata (real-time). Projek ini bertujuan untuk mendigitalisasikan kaedah pemerhatian makmal tradisional kepada bentuk yang lebih pintar dan sistematik. Dengan menggunakan gabungan perisian OBS Studio sebagai pusat kawalan (hub) dan aplikasi OBS Ninja Camera untuk transmisi visual, pelajar kini boleh memantau perkembangan embrio ikan puyu secara langsung melalui peranti pintar atau komputer tanpa perlu berada di makmal setiap saat. Kata kunci : Pemantauan Pintar Penetasan Telur ikan, OBS Studio,Obs Ninja,Mikroskop
VISION BOARD - PELAPORAN DATA/REKOD BERPUSAT PPMUKL MENGGUNAKAN GOOGLE LOOKER STUDIO (GLS) 1Mohd Nor Azsuan bin Mohd Yaacob 2Noor Aniza binti Ghazali 3Ts. Mohd Hazri bin Ishak 1Pusat Pengurusan Makmal Universiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM Kuala Lumpur, 2Pusat Pengurusan Makmal Universiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM Kuala Lumpur E-mail: 1azsuan.kl@utm.my 2nooraniza@utm.my 3mohdhazri@utm.my ABSTRAK Projek Vision Board - Pelaporan Data/Rekod Berpusat PPMUKL Menggunakan Google Looker Studio (GLS) ini dibangunkan oleh Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) UTM Kuala Lumpur dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah kaedah penyimpanan data secara manual dan lapuk yang menyukarkan carian, tidak tersusun, serta berisiko untuk hilang. Objektif utama inovasi ini adalah untuk mentransformasi pelaporan data agar lebih digital, kemas, tepat, dan tersusun, sekaligus meningkatkan tahap kecekapan dan menjimatkan kos, masa, serta tenaga mengurus data jabatan. Selain itu, projek ini bertujuan menggabungkan pelbagai rekod ke dalam satu pelaporan yang berfokus ke arah digitalisasi selari dengan aspirasi Malaysia Madani. Metodologi pelaksanaannya mengambil masa kira-kira dua bulan, di mana data dari setiap entiti dan bahagian dikumpul, dilengkapkan, dan dimasukkan ke dalam Google Sheet sebagai pangkalan data berkapasiti tinggi. Seterusnya, data tersebut diekstrak dan diintegrasikan menggunakan platform Google Looker Studio secara percuma bagi menghasilkan laporan grafik berimpak, jelas dan mudah difahami. Hasil dan inovasi daripada projek ini telah berjaya membangunkan pelaporan berpusat yang merangkumi satu dashboard utama, melibatkan 19 rekod dan data secara keseluruhan. Impak yang paling terbukti adalah setiap data dan rekod kini dapat dipaparkan secara kuantitatif, interaktif, dan dikemas kini dalam masa nyata ( real-time). Penggunaan dashboard ini membolehkan data bertindak sebagai sandaran ( backup) yang lebih mudah dipantau dan boleh diakses di mana-mana sahaja untuk pelbagai tujuan dan pelaporan pantas. Inovasi ini bukan sahaja menyelesaikan kelemahan kaedah penyimpanan manual, malah membuktikan impak dan kebolehpasaran yang luas menerusi kelulusan perlindungan hak cipta dari UTM Innovation and Commercialization Centre (UTM ICC) terhadap modul pembelajarannya. Ilmu dan kepakaran ini juga telah dikongsi bersama kira-kira 300 orang peserta keseluruhan melalui 17 sesi perkongsian melibatkan pelbagai agensi kerajaan, sekolah mahupun swasta. Keywords: Pengurusan Data, Dashboard Berpusat, Digitalisasi, Google Looker Studio, Masa Sebenar (Real-time)
E-Chem Reg : Smart Chemical Inventory Management System ChM. Issha Nadirah binti Ismail, Muhammad Izzat Hafizuddin bin Mohd Shah, Assoc. Prof. Dr. Azrin Hani binti Abdul Rashid, Dr. Shakila binti Abdullah, Ts. Maizul bin Ishak, Tc. Muhd Amin bin Saad, Zharif Aiman bin Abdul Mutalib, and Muhamad Hisamuddin bin Pasori Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh Education Hub, 84600 Pagoh, Muar, Johor, Malaysia. E-mail: issha@uthm.edu.my, izzath@uthm.edu.my, azrin@uthm.edu.my, shakilaa@uthm.edu.my , maizul@uthm.edu.my , muhdamin@uthm.edu.my , zharif@uthm.edu.my , hisamuddin@uthm.edu.my ABSTRACT Efficient chemical management is essential in ensuring laboratory safety, operational efficiency, and compliance with regulatory standards. E-Chem Reg is an innovative web- based chemical inventory management system developed for PPMKCP, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), designed to transform conventional manual practices into a centralized, intelligent, and data-driven digital platform. The primary objective of e- Chem Reg is to enhance the accuracy, efficiency, and traceability of chemical inventory processes within laboratory environments. E-Chem Reg provides real-time inventory tracking, ensuring that stock levels are continuously updated and accurately reflected across the system. To further enhance safety and prevent chemical wastage, an automated notification mechanism alerts users when chemicals are approaching their expiry dates, enabling timely intervention and proper chemical disposal planning. The system also features centralized inventory visibility, allowing users to monitor total chemical quantities across the entire PPMKCP, thereby supporting better stock planning and resource optimization. The system effectively reduces administrative burden, minimizes human error, enhances safety compliance, and improves overall laboratory management efficiency. E-Chem Reg demonstrates strong potential as a scalable digital solution for modernizing chemical inventory systems in academic and research institutions. Keywords : Chemical inventory management, Web-based system. Laboratory Safety Compliance, Real-time inventory tracking, Automated Notification
SISTEM SARINGAN PINTAR AI-FESEM: TEKNOLOGI PANTAS PENGENALPASTIAN BULU KHINZIR DALAM BERUS KOMERSIAL 1Nur Nasuha Zolkifli, 1Mohamad Hasnul Naim Abd Hamid, 1Siti Zuliana Dzulkifli 1Makmal i-CRIM, Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM), Kompleks Penyelidikan UKM, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. E-mel: 1nurnasuha@ukm.edu.my , hasnul@ukm.edu.my , sitizuliana@ukm.edu.my ABSTRAK Penggunaan bulu khinzir dalam berus bagi aplikasi makanan dan kosmetik merupakan isu yang signifikan dalam memastikan pematuhan Halal. Pengesanan sumber bulu dalam berus komersial sering menjadi cabaran kerana kebanyakan produk telah melalui proses pelunturan, pewarnaan dan rawatan haba yang boleh menyebabkan degradasi DNA, sekali gus mengehadkan keberkesanan kaedah pengesanan konvensional seperti Polymerase Chain Reaction (PCR). Oleh itu, kajian ini membangunkan satu pendekatan alternatif yang tidak bergantung kepada DNA dengan menggabungkan teknologi pengimejan menggunakan Field Emission Scanning Electron Microscopy (FESEM) dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) bagi mengenal pasti bulu khinzir berdasarkan ciri mikromorfologi. Sampel bulu khinzir, bulu kambing dan bulu sintetik telah dianalisis menggunakan FESEM untuk mendapatkan imej resolusi tinggi. Imej tersebut kemudiannya digunakan bagi membangunkan pangkalan data rujukan dan melatih model pembelajaran mendalam yang terdiri daripada Segment Anything Model (SAM) untuk segmentasi imej dan Convolutional Neural Network (CNN) untuk pengelasan automatik. Analisis FESEM menunjukkan bahawa bulu khinzir mempunyai beberapa ciri mikromorfologi yang unik, termasuk hujung bulu bercabang (micro-bifurcation) serta corak sisik kutikel yang tersendiri. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, model AI mampu membezakan bulu khinzir daripada bulu haiwan lain dan bulu sintetik dengan ketepatan yang tinggi. Selain meningkatkan ketepatan pengenalpastian, sistem AI-FESEM yang dibangunkan turut dapat mengurangkan masa analisis daripada beberapa jam kepada hanya beberapa saat bagi setiap sampel. Pendekatan ini menawarkan satu kaedah saringan yang lebih pantas, objektif dan tidak bergantung kepada DNA untuk tujuan pengesahan Halal. Teknologi yang dibangunkan berpotensi diaplikasikan sebagai platform saringan forensik Halal pintar bagi menyokong aktiviti pengauditan, penguatkuasaan dan pemantauan produk dalam industri makanan dan kosmetik. Kata kunci: kecerdasan buatan (AI), FESEM, analisis morfologi, bulu khinzir.
INOVASI RANGKA KERJA KOMPETENSI LVSEM MEMANTAPKAN KUALITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN ANALISIS MAKMAL MELALUI KERJASAMA MARITIM 1Muhammad Aizi Mat Salim, 2Mohammad Taufik Mohd Saad, 3Jufa Zyha Md Salleh, 4Zaim Muhamad Radzi, 5Fadhilal Hazim Fakhruradzi, 6Muhamad Ali Muhammad Yuzir, 7Hafizal Yahaya 8Nur Azmah Nordin Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur. E-mel: aizi@utm.edu.my ABSTRAK Kualiti keputusan analisis makmal merupakan elemen kritikal dalam menyokong penguatkuasaan undang-undang maritim, penyiasatan forensik dan keselamatan perairan negara. Walau bagaimanapun, kekurangan latihan khusus serta platform pembangunan kompetensi yang berstruktur boleh menjejaskan kecekapan personel dan konsistensi keputusan analisis. Bagi menangani cabaran ini, Makmal LVSEM, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Makmal (PPMU), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia telah membangunkan Rangka Kerja Kompetensi Latihan LVSEM, iaitu satu pendekatan sistematik yang menggabungkan pemasaran strategik, kerjasama antara agensi, pembangunan kompetensi dan penyampaian perkhidmatan latihan berimpak tinggi. Inovasi ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Japan Coast Guard Research Center (JCGRC), Japan International Cooperation Agency (JICA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta beberapa institusi berkaitan. Modul latihan yang dibangunkan merangkumi aspek pengendalian peralatan LVSEM, penyediaan dokumentasi, penambahbaikan prosedur analisis serta aplikasi dalam penyiasatan forensik maritim. Pendekatan ini turut mengintegrasikan pemindahan kepakaran antarabangsa bagi meningkatkan standard kompetensi personel makmal. Keberkesanan inovasi dinilai berdasarkan pencapaian prestasi operasi dan impak organisasi sepanjang tahun 2024 hingga 2025. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan ketara dalam pendaftaran sampel analisis daripada 35 kepada 96 sampel (174.29%), peningkatan penjanaan pendapatan analisis daripada RM5,575 kepada RM14,675 (163.26%), serta penjanaan pendapatan kursus daripada RM0 kepada RM16,000. Selain meningkatkan keupayaan teknikal personel, inovasi ini turut memperkukuh reputasi makmal sebagai pusat rujukan analisis, memperluaskan jaringan kerjasama nasional dan antarabangsa, serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Secara keseluruhannya, Rangka Kerja Kompetensi Latihan LVSEM membuktikan bahawa pembangunan kompetensi yang berstruktur melalui kolaborasi strategik mampu meningkatkan kecemerlangan operasi makmal, memperkukuh kebolehpercayaan keputusan analisis serta menyokong agenda inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan sektor awam. Model ini berpotensi dijadikan amalan terbaik dan diperluaskan kepada makmal lain yang memerlukan pembangunan kompetensi secara sistematik. Kata kunci: LVSEM, kompetensi, latihan, kerjasama strategik, analisis forensik, PPMU-MJIIT, pengurusan makmal.
QUICKVIDZ: VIDEO SOP BERASASKAN KOD QR 1Muhammad Zulhilmi bin Ramlee, 2Zulaikha binti Zulkifli, 3Asrul Azani Bin Mahmood, 4Nor ‘Atiyyah binti Mohamed, 5Nik Mohd Hafiz bin Abdullah, 6Fatimah binti Abdullah @ Ali, 7Nor Ziana binti Husin 1,2,3,4,5,6,7 Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan, Universiti Malaysia Terengganu E-mel: 1zulramlee@umt.edu.my 2zulaikha.z@umt.edu.my 3asrul@umt.edu.my 4noratiyyah@umt.edu.my 5nik.hafiz@umt.edu.my 6tie@umt.edu.my 7ziana@umt.edu.my ABSTRAK Pengurusan penggunaan peralatan makmal berdepan tiga cabaran utama iaitu penggunaan masa staf yang tinggi untuk melatih pengguna, peningkatan risiko kerosakan peralatan akibat ketidakpatuhan Standard Operating Procedure (SOP) dan insiden kemalangan semasa pengendalian peralatan makmal. Sehubungan itu, QuickVidz dibangunkan sebagai inovasi digital berasaskan video SOP yang boleh diakses melalui kod Quick Response (QR) pada setiap peralatan makmal. Keunikan QuickVidz adalah gabungan video SOP dan panduan keselamatan dalam satu platform berasaskan kod QR yang membolehkan pembelajaran kendiri secara serta-merta di lokasi peralatan. Setiap peralatan dilengkapi dengan kod QR khusus yang membolehkan pengguna mengakses panduan penggunaan dan keselamatan secara pantas, konsisten dan mudah diakses. Inovasi ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap staf, menyeragamkan kaedah penggunaan peralatan dan meningkatkan pematuhan terhadap amalan keselamatan makmal. Pelaksanaan QuickVidz selama setahun ini menunjukkan impak yang signifikan. Masa latihan pengguna yang sebelum ini mengambil 2 jam seminggu bagi setiap staf berjaya dikurangkan kepada hanya 30 minit seminggu. Dengan penglibatan 9 orang staf, inovasi ini menjimatkan kira- kira 18 jam kerja seminggu, sekali gus membolehkan staf memberi tumpuan kepada tugasan rasmi atau komitmen lain. Selain itu, tahap kesedaran keselamatan pengguna meningkat melalui pematuhan SOP yang lebih baik dan pengurangan insiden kemalangan akibat pengendalian peralatan yang tidak selamat. Dari aspek pengurusan aset, penggunaan peralatan mengikut prosedur yang standard membantu mengurangkan kerosakan peralatan dan keperluan penyelenggaraan, sekali gus menjimatkan peruntukan pembaikan. Secara keseluruhannya, QuickVidz membuktikan bahawa pendekatan digital berasaskan kod QR mampu meningkatkan kecekapan operasi makmal, memperkukuh budaya keselamatan dan memelihara aset organisasi melalui penyampaian maklumat yang standard, pantas dan mudah diakses, sekali gus mewujudkan ekosistem pembelajaran kendiri yang mampan serta berpotensi diperluaskan ke pelbagai makmal dan institusi lain. Kata kunci: Kod Quick Response (QR), Standard Operating Procedure (SOP), Pengurusan Makmal
MICROTOK VTT: LEARN MICROBIOLOGY ANYTIME, ANYWHERE Nasrenim bt Suhaimin, Zurisyam bin Ismail, Azlizam bin Amin, Aniza binti Draman Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Universiti Malaysia Terengganu E-mel: nasrenim@umt.edu.my zurisyam.ismail@umt.edu.my azlizam.amin@umt.edu.my , aniza@umt.edu.my ABSTRAK Pemahaman dan penguasaan kemahiran teknikal dalam bidang mikrobiologi yang lemah di kalangan pelajar menyebabkan pelajar sering melakukan kesilapan. Kurangnya kefahaman menjadikan sesuatu teknik itu sukar diingati walaupun pengajar telah membuat penerangan dan demonstrasi. Seringkali berlaku, pengajar perlu menunjukkan teknik yang sama berulang kali. Namun pelajar masih melakukan kesilapan. Kesilapan yang berlaku menyebabkan pelajar akan mengulang semula eksperimen yang dibuat dan secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan penggunaan sumber yang ada. Selain itu keadaan ini menjadikan sesi amali mikrobiologi mengambil masa yang lama. Kewujudan MicroTok VTT telah membantu menjadikan sesi amali lebih seronok dan berkesan. MicroTok VTT dengan nama microbiology_My telah mempunyai 51 koleksi video berkaitan bidang mikrobiologi yang merangkumi teknik aseptik, penyediaan media, pengendalian instrumen dan alatan kecil serta menyelitkan aspek keselamatan mikrobiologi. Dalam soal selidik yang telah dibuat sebanyak 97.5% responden mengakui pernah menonton video yang dimuat naik. 89.5% responden bersetuju bahawa video yang ditonton membantu mereka memahami prosedur amali dengan lebih baik. Sebanyak 97.7% respondan bersetuju bahawa video membantu mereka membuat persediaan sebelum eksperimen dijalankan. 97.4% menyatakan keyakinan mereka untuk menjalankan eskperimen di makmal mikrobiologi lebih meningkat selepas menonton video. Sebanyak, 94.7% responden menganggap video yang dimuatnaik sebagai bahan pembelajaran yang berkesan dan 92.1% responden bersetuju bahawa kandungan video membantu mereka mengenalpasti prosedur keselamatan yang betul di makmal. Kesimpulannya, MicroTok VTT merupakan inovasi pembelajaran digital abad ke 21 yang berkesan dalam meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keyakinan pelajar dalam menjalankan eksperimen dan berpotensi diperluarkan kepada bidang lain. Video dengan durasi masa yang pendek menjadikan ia tidak jemu untuk ditonton pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Kata kunci: Mikrobiologi, pembelajaran digital, TikTok, video pembelajaran, inovasi pendidikan
TRANSFORMING LABORATORY MANAGEMENT THROUGH A CENTRALISED DIGITAL ECOSYSTEM: THE FACULTY OF MEDICINE, UNIVERSITI MALAYA EXPERIENCE 1Thibashini Nair Sathasivan, 2Wan Melissa Diyana Wan Normazlan Faculty of Medicine, Universiti Malaya E-mail: 1thiebashinie@um.edu.my, 2melissa@um.edu.my ABSTRACT Higher education institutions are required to sustain research excellence while operating under constrained budgets, rising costs, and demands for efficient resource utilisation. In many research-intensive universities, laboratory operations remain fragmented across departments, with manual processes for equipment booking, consumable management, chemical monitoring, calibration records and safety documentation. These practices contribute to duplicated purchases, underutilised facilities, limited resource visibility and reduced operational efficiency. To address these challenges, the Faculty of Medicine, Universiti Malaya proposed the establishment of Laboratory and Facility Management (LFM) Unit to centralise the coordination, management and optimisation of laboratories and research facilities. Initiated in 2024 by a team of Science Officers, the proposed model comprises four functional sub-units: Research Facilities Management, Teaching Facilities Management, Laboratory Safety and Health, and Laboratory Quality Management. The first phase involves developing a centralised digital laboratory management ecosystem aligned with Universiti Malaya’s digital transformation agenda. Key initiatives include digital instrument booking through UMPoint, consumable purchasing and distribution through the FOM Supply Store (FOMSS), e-chemical inventory and expiry monitoring through the Faculty of Medicine Chemical Management Manual (FOMCMM) and electronic calibration certification for pipettes and weighing balances through the Faculty of Medicine Calibration Laboratory (FOMCAL). The implementation has generated measurable benefits. Centralised consumable procurement achieved approximately 60% cost savings, improved inventory visibility and reduced stock hoarding in individual laboratories. Through FOMCMM, approximately 50% of identified expired chemicals were removed, while the remaining items are closely monitored for safe management and disposal. The real-time instrument booking system reduced scheduling conflicts, improved equipment accessibility and minimised avoidable downtime with overall improvision of 20%. Electronic calibration certification enhanced record traceability, retrieval efficiency and compliance while reducing paper-based documentation. Future phases will integrate maintenance management, safety reporting, quality systems and equipment performance analytics into a unified platform. The proposed LFM framework provides a scalable model for higher education institutions seeking to improve laboratory efficiency, optimise shared resources, reduce costs and strengthen research support. Keyword(s): Laboratory and Facility Management (LFM) Unit, centralised digital ecosystem, research facilities, laboratory management, equipment
INOVASI MAKMAL BERASASKAN KECERDASAN BUATAN (AI) UNTUK PEMETAAN DAN PEMANTAUAN TERUMBU KARANG MENGGUNAKAN IMEJ DRON 1Mohd Azam Mat Yaacob, 2Aidy M. Muslim, 3Zainudin Bachok, 4Nurul Hidayah Mat Zaki, 5Mohd Nasir Mohamad, 6Idham Khalil 1Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. 2,3,4,5,6Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Email: azam@umt.edu.my , aidy@umt.edu.my , zainudinb@umt.edu.my , n.hidayah@umt.edu.my , m.nasir@umt.edu.my , idham@umt.edu.my ABSTRAK Terumbu karang merupakan ekosistem marin yang penting kerana menyokong biodiversiti, melindungi kawasan pesisir pantai dan menyumbang kepada aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, kaedah pemantauan konvensional lazimnya memerlukan kos yang tinggi, tempoh masa yang panjang serta tenaga kerja yang ramai. Sehubungan itu, inovasi ini memperkenalkan pendekatan pemetaan dan pemantauan terumbu karang menggunakan teknologi dron yang dilengkapi dengan sensor imej RGB dan multispektral, serta disokong oleh aplikasi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Pendekatan ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengumpulan data, ketepatan analisis imej dan keupayaan pemantauan habitat marin secara lebih sistematik dan berterusan. Aliran kerja inovasi ini merangkumi pemerolehan data menggunakan dron, pemprosesan imej, penghasilan ortofoto, pengekstrakan ciri dan pengelasan habitat terumbu karang berasaskan AI. Penggunaan AI membolehkan kawasan terumbu karang dikenal pasti dan dikelaskan secara automatik dengan lebih pantas berbanding kaedah manual. Selain itu, imej RGB dan multispektral dapat membantu menghasilkan maklumat visual dan spektral yang lebih terperinci untuk menyokong analisis keadaan habitat. Inovasi ini turut mengambil kira cabaran pelaksanaan seperti perubahan keadaan persekitaran, gangguan pantulan cahaya pada permukaan air, kejernihan air dan keperluan data latihan yang mencukupi bagi memastikan model AI berfungsi dengan lebih tepat. Berbanding kaedah konvensional, pendekatan berasaskan dron dan AI berpotensi menjimatkan masa pemprosesan, mengurangkan kos operasi jangka panjang serta meningkatkan kecekapan pemantauan kawasan terumbu karang. Secara keseluruhannya, integrasi teknologi dron, imej multispektral dan AI berpotensi menjadi platform inovatif yang menyokong pemuliharaan, pengurusan dan pemantauan sumber terumbu karang secara mampan. Kata Kunci: Terumbu Karang, Pemetaan Marin, Imej RGB dan multipsektral, Kecerdasan Buatan (AI), Pengelasan Habitat.
DIVE LOG DATABASE: DIGITAL SCIENTIFIC DIVING OPERATIONS Ahmad Abdul Samad Zaki1, Fathy Kameel Mohd. Fadzil1 ,Borhanudin Mohd Yusof @ Mohamed2, Sainol Aimi Saidin1, Ahmad Nazila Ali1, Siti Maizatul Akmal Mohamad1 and Fatimah Noor Harun3 1Centre of Research Field Service, Universiti Malaysia Terengganu 2Centre For Fundamental and Continuing Education, Universiti Malaysia Terengganu 3Faculti of Computer Science and Mathematics, Universiti Malaysia Terengganu E-mel : samad@umt.edu.my , fathy@umt.edu.my ABSTRACT The majority of scientific dive facilities, commonly located in universities, rely on paper log books and instructor experience to plan and follow up on dive profiles. This is ideal in ordinary circumstances, but is limited in terms of estimating systematic risk, gauging adherence, and acquiring knowledge about the organization. The project intends to introduce the Dive Log Database, a low-cost, cloud-based, and digital application developed with the help of Google Forms to improve the safety governance of diving. The system is made up of 2 functional modules: (1) Post-Dive Compliance Monitoring (actual depth, ascent rate compliance, safety stop compliance, residual pressure); and (2) Near- Miss and Incident Reporting. Information is consolidated and may display trends in compliance, the amount of risk taken, and monthly performance. Early adoption demonstrates a uniform documentation procedure, a methodical method of risk assessment, and an enhanced ethos of near-miss reporting. The database decreases informal points of judgment and presents quantifiable safety indicators without adding operations. It does not require proprietary software development, which is a significant factor since it is scalable and becomes affordable to small users of the system, i.e., small- scale dive operators. The Dive Log is a step towards reducing the divide between data- driven safety management in both recreational and scientific marine procedures, quantified to the digital transformation in the two domains. It provides a replicable and highly flexible model to optimize compliance, usability, and continuous improvement in dive centers in accordance with best practices in risk-based operational governance of global dive centers. Keywords : Dive Compliance Monitoring, Operational Safety, Digital Transformation
DIGITALIZATION OF THE DAILY OPERATIONAL REPORTING SYSTEM: OPTIMIZING OPERATIONAL EFFICIENCY IN LABORATORY ANIMAL CARE MANAGEMENT 1Mohammad Zulfadhly Jan Jam, 1Muhamad Faisal Abdur Rehiman, 1Nasibah Azme, 1Zaleha Afandi 1Laboratory Animal Care Unit (LACU), Faculty of Medicine, Universiti Teknologi MARA Selangor Branch, Sungai Buloh Campus, 47000, Selangor, Malaysia Email: zulfadhly.janjam@uitm.edu.my , faisal36@uitm.edu.my ABSTRACT Daily reporting plays a critical role in ensuring animal welfare, operational consistency and regulatory compliance within the Laboratory Animal Care Unit (LACU), Faculty of Medicine, Universiti Teknologi MARA (UiTM). The current paper-based Daily Report system serves as the primary operational record for documenting staff attendance, environmental monitoring, equipment functionality, animal inventory and routine husbandry tasks. However, reliance on physical forms introduces significant limitations, including delayed verification, inconsistent data capture, difficulty in retrieving historical records and inefficiencies during internal audits and compliance assessments including MyRA reporting. These challenges highlight the need for a more integrated, transparent and systematic approach to daily operational documentation. This project aims to digitalize the existing Daily Report by developing a mobile- and web-based reporting platform. The system was developed using by Google Apps Script within Google Sheets and deployed as a web-based application (Web App) to enable real-time documentation of environmental parameters (temperature and humidity), animal room status, equipment condition assessments, procedural tasks, health-related observations and visitor entries. A structured workflow incorporating staff submission, Science Officer verification and Coordinator approval ensures high data fidelity, traceability and accountability while significantly reducing administrative burden. The anticipated outcomes of digitalization include improved workflow efficiency, enhanced data integrity, strengthened audit readiness and centralized long-term data storage to support trend analysis and compliance monitoring. By minimizing reliance on manual paperwork and enabling faster information flow, the system is expected to streamline communication across operational personnel and improve overall facility management. This study presents the development of rationale, system architecture and projected operational impact of implementing a fully digital Daily Report platform within LACU, demonstrating its potential as a scalable model for modern laboratory animal facility operation. Keywords: animal facility, laboratory operation, digitalization
BEYOND THE BENCH: TRANSFORMING LAB MANAGEMENT INTO A SMART RESOURCE & REVENUE ECOSYSTEM 1ChM. Wan Nur Amalina Wan Mamat, 1Sharifah Amirah Husna Tuan Mazlam, 2Mohd Kamal Arif Razali, 2Siti Maryam Uzir, 1Ts. Siti Husna Zakaria,1Ts. Syahril Amin Hashim, 1Norfarhana Jusof, 2Nik Farid Nik Mohd, 2Robiah Arifin. 1Centralised Lab Management Centre (CLMC), Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 21300, Kuala Nerus, Terengganu. 2Infostructure and Network Management Centre (PPIR), Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 21300, Kuala Nerus, Terengganu. e-mail: amalinamamat@unisza.edu.my, amirahhusna@unisza.edu.my ABSTRACT Laboratories are increasingly challenged by fragmented workflows, manual resource management, inefficient financial processes, and inadequate inventory forecasting. These limitations create a cycle of stock mismatches, hazardous chemical waste, delayed revenue generation, and underutilised laboratory resources, ultimately restricting institutional efficiency and long-term sustainability. To address these challenges, the Centralised Lab Management Centre (CLMC) and the Infostructure and Network Management Centre (PPIR), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), developed UniSZA SmartLAB, an integrated digital ecosystem that transforms conventional laboratory operations into a data-driven resource and revenue management platform. The innovation is built around a continuous operational flywheel comprising four interconnected components: Operate, Transact, Analyse, and Predict & Plan. The platform digitalises laboratory scheduling, equipment and facility utilisation, quotation generation, e- invoicing, payment gateway integration, real-time operational dashboards, and artificial intelligence (AI)-driven analytics. Developed using the Agile software development methodology with the NodeJS framework, the system is integrated with the university's Single Sign-On (SSO), Firebase, OneSignal, and institutional financial system to ensure seamless interoperability and real-time information exchange. The integrated platform enables proactive forecasting of laboratory demand, inventory consumption, resource allocation, and budget planning, replacing reactive manual processes with intelligent, data-driven decision-making. By combining operational management, financial automation, and predictive analytics, UniSZA SmartLAB enhances laboratory efficiency, improves customer experience, accelerates revenue collection, reduces chemical wastage, and optimises asset utilisation. More importantly, it transforms laboratories from traditional cost centres into sustainable strategic assets that generate measurable institutional value. Overall, this innovation demonstrates how digital transformation and AI can establish a scalable smart laboratory ecosystem that supports operational excellence, financial sustainability, and evidence-based management in higher education and research laboratories. Keywords: UniSZA smartLAB, Laboratory Management System, Digital Transformation, Resource Planning, Revenue Generation, Higher Education, Agile Development.
BEYOND THE BENCH: TRANSFORMING LAB MANAGEMENT INTO A SMART RESOURCE & REVENUE ECOSYSTEM 1ChM. Wan Nur Amalina Wan Mamat, 1Sharifah Amirah Husna Tuan Mazlam, 2Mohd Kamal Arif Razali, 2Siti Maryam Uzir, 1Ts. Siti Husna Zakaria,1Ts. Syahril Amin Hashim, 1Norfarhana Jusof, 2Nik Farid Nik Mohd, 2Robiah Arifin. 1Centralised Lab Management Centre (CLMC), Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 21300, Kuala Nerus, Terengganu. 2Infostructure and Network Management Centre (PPIR), Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 21300, Kuala Nerus, Terengganu. e-mail: amalinamamat@unisza.edu.my, amirahhusna@unisza.edu.my ABSTRACT Laboratories are increasingly challenged by fragmented workflows, manual resource management, inefficient financial processes, and inadequate inventory forecasting. These limitations create a cycle of stock mismatches, hazardous chemical waste, delayed revenue generation, and underutilised laboratory resources, ultimately restricting institutional efficiency and long-term sustainability. To address these challenges, the Centralised Lab Management Centre (CLMC) and the Infostructure and Network Management Centre (PPIR), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), developed UniSZA SmartLAB, an integrated digital ecosystem that transforms conventional laboratory operations into a data-driven resource and revenue management platform. The innovation is built around a continuous operational flywheel comprising four interconnected components: Operate, Transact, Analyse, and Predict & Plan. The platform digitalises laboratory scheduling, equipment and facility utilisation, quotation generation, e- invoicing, payment gateway integration, real-time operational dashboards, and artificial intelligence (AI)-driven analytics. Developed using the Agile software development methodology with the NodeJS framework, the system is integrated with the university's Single Sign-On (SSO), Firebase, OneSignal, and institutional financial system to ensure seamless interoperability and real-time information exchange. The integrated platform enables proactive forecasting of laboratory demand, inventory consumption, resource allocation, and budget planning, replacing reactive manual processes with intelligent, data-driven decision-making. By combining operational management, financial automation, and predictive analytics, UniSZA SmartLAB enhances laboratory efficiency, improves customer experience, accelerates revenue collection, reduces chemical wastage, and optimises asset utilisation. More importantly, it transforms laboratories from traditional cost centres into sustainable strategic assets that generate measurable institutional value. Overall, this innovation demonstrates how digital transformation and AI can establish a scalable smart laboratory ecosystem that supports operational excellence, financial sustainability, and evidence-based management in higher education and research laboratories. Keywords: UniSZA smartLAB, Laboratory Management System, Digital Transformation, Resource Planning, Revenue Generation, Higher Education, Agile Development.
PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN SAMPEL I-CRIM (SPSI) SEBAGAI INSTRUMEN PENGUKURAN KECEKAPAN MAKMAL 1Mohamad Azri Bin Tukimon, 2Nurfatin Najihah Binti Roslan, 3Mohamad Izarul Bin Abdul Aziz Makmal i-CRIM, Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor e-mail: 1azri@ukm.edu.my, 2fatin.najihah@ukm.edu.my, 3zarulaziz@ukm.edu.my ABSTRAK Makmal i-CRIM merupakan pusat instrumentasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menguruskan sejumlah sampel yang tinggi daripada pelanggan dalaman dan luar setiap bulan. Pertambahan beban kerja ini menuntut satu sistem perekodan yang sistematik bagi memantau kapasiti makmal secara menyeluruh serta memastikan ketepatan data operasi yang kritikal bagi tujuan pelaporan. Pembangunan Sistem Pengurusan Sampel i-CRIM (SPSi) telah dimulakan pada tahun 2022 melalui fasa prototaip berasaskan Microsoft Excel. Melalui pendekatan pembangunan berperingkat, parameter pengurusan sampel telah dioptimumkan secara berterusan bagi membina struktur pelaporan yang lebih komprehensif dan memenuhi keperluan teknikal makmal. SPSi kini telah dinaiktaraf sepenuhnya daripada hamparan kerja manual kepada sistem berasaskan web ( web-based system) yang lebih mesra pengguna dan efisien. Evolusi digital ini membolehkan kemasukan data dilakukan secara berpusat, seterusnya menghasilkan visualisasi analitik data secara masa nyata ( real-time). Keupayaan ini bukan sahaja memudahkan staf dalam pengurusan maklumat, malah membolehkan pihak pengurusan memantau prestasi analisis sampel dengan lebih pantas dan jitu. Pembangunan SPSi telah terbukti berjaya memperkasakan pengurusan data dan kualiti pelaporan di i-CRIM. Sistem ini mempunyai potensi besar untuk dikembangkan merangkumi modul pengurusan aset dan inventori, yang bakal memberi impak signifikan terhadap perancangan kewangan, penjadualan penyelenggaraan, serta pengurusan ekosistem makmal secara holistik dan mampan. Kata Kunci : Sistem Pengurusan Sampel (SPSi), Sistem Berasaskan Web, Analitik Data, Pemantauan Kapasiti Makmal, Transormasi Digital
e-LabReady: PENDIGITALAN PENGURUSAN STOK BEKALAN MAKMAL KE ARAH KELESTARIAN DAN AKAUNTABILITI Mohammad Ikhwan Faizuddin Bin Azman, Fadlina Binti Yusof, Faridah Binti Mohd Isa, Nur Harmiera Binti Abd Rahman, Nik Mohd ‘Aqil Bin Nik Pa, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu E-mel: m.ikhwan@umt.edu.my, fadlina@umt.edu.my, fmi@umt.edu.my, n.harmiera@umt.edu.my, nikaqil@umt.edu.my ABSTRAK Pengurusan stok bekalan makmal yang masih bergantung kepada rekod manual sering mengakibatkan kelewatan pengemaskinian data, kesilapan rekod serta kesukaran memantau status stok secara ‘on the spot’. Isu ini boleh menjejaskan kelancaran operasi makmal dan menyukarkan proses pemantauan stok bekalan. Bagi menangani cabaran tersebut, aplikasi e-LabReady dibangunkan bagi membantu staf makmal menguruskan stok bekalan secara lebih sistematik, cekap dan teratur. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan platform Google AppSheet, iaitu platform pembangunan aplikasi tanpa kod ( no-code) yang membolehkan penghasilan aplikasi digital tanpa kos dan mudah diakses. Fungsi utama e-LabReady adalah untuk merekod dan memantau pergerakan stok melalui rekod keluar masuk bekalan secara masa nyata. Selain itu, aplikasi ini memudahkan pengguna mengemas kini maklumat stok bekalan, menyemak baki stok semasa serta menyimpan rekod secara digital dalam satu pangkalan data berpusat. Pelaksanaan e-LabReady di 3 buah makmal telah menunjukkan impak yang signifikan, iaitu pengurangan masa pengurusan rekod sehingga 60%, penyelesaian setiap aktiviti perekodan adalah kurang daripada 2 minit, serta pengurangan penggunaan kertas melalui pendigitalan sepenuhnya. Secara keseluruhannya, aplikasi e-LabReady merupakan inovasi digital yang memberi impak, kos efektif, mudah diadaptasi dan berpotensi untuk diperluaskan ke pelbagai makmal dan organisasi lain. Kata kunci: e-LabReady, Google AppSheet, pengurusan stok bekalan makmal, rekod keluar masuk stok bekalan, pendigitalan.
BUDUBAIT: INOVASI UMPAN BUBU LESTARI BERASASKAN SISA ORGANIK Mohd Azman bin Yusoff1, Zamani bin Mohamed1, Abdul Muhaimin bin Mohamad Rodzi1, Mohd Nor Ridhzuan bin Md Razali1, Mohd Irwan bin Mohd Hussin1, Muhamad Ikhmal Iman bin Ahmad Amran Fauzi1, Mohd Khairul Syamir bin Mohd Sabri1, Anderi bin Muhammad1 1Faculty Sains Perikanan dan Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu Emel: azman.yusoff@umt.edu.my, zamani@umt.edu.my, a.muhaimin@umt.edu.my, mohd.ridhzuan@umt.edu.my, m.irwan@umt.edu.my, ikhmal.ahmad@umt.edu.my, khairul.syamir@umt.edu.my, anderi@umt.edu.my ABSTRAK BUDUBAIT merupakan inovasi umpan bubu lestari yang dibangunkan berasaskan sisa organik bagi menangani isu peningkatan kos umpan komersial, pembaziran sisa ikan dan keberkesanan umpan sedia ada yang rendah. Inovasi ini bertujuan menghasilkan umpan bubu yang mesra alam, berkos rendah serta mempunyai keberkesanan tangkapan yang lebih tinggi melalui kaedah pelepasan aroma terkawal. Objektif utama adalah memanfaatkan sisa ikan sebagai bahan utama, menggunakan budu sebagai agen penarik semula jadi (attractant) dan agar sebagai matriks pelepasan aroma secara perlahan (slow release), seterusnya menyokong konsep ekonomi kitaran dan pengkomersialan produk. Pembangunan inovasi ini melibatkan penghasilan formulasi menggunakan sisa ikan, budu, agar dan tepung yang diproses melalui memasak pada suhu 100oC dengan kepekatan sesuai sebelum dibentuk menjadi blok umpan. Produk yang dihasilkan kemudiannya dinilai melalui ujian lapangan menggunakan bubu standard serta analisis kos pengeluaran. Hasil inovasi menunjukkan BUDUBAIT mempunyai ketahanan struktur sehingga tiga kali lebih lama berbanding umpan biasa, menghasilkan pelepasan aroma yang berterusan serta berpotensi meningkatkan keberkesanan tangkapan. Di samping itu, kos pengeluaran adalah rendah, iaitu sekitar RM6.00 bagi tujuh unit, membolehkan penjimatan kos umpan sehingga 50–70% kepada nelayan. Inovasi ini bukan sahaja akan mengurangkan pencemaran sisa organik dan menyokong kelestarian alam sekitar, malah mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan bagi memenuhi keperluan industri perikanan dan akuakultur di Malaysia serta rantau ASEAN. Kata kunci: Umpan Bubu, Sisa Ikan, Budu, Ekonomi Kitaran, Inovasi Perikanan, Kelestarian.
SAFER: MODEL PENGURUSAN CAPAIAN MAKLUMAT KESELAMATAN BAHAN KIMIA BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN TINDAKAN KECEMASAN MAKMAL 1Aidahani Abdullah, 2Dr Mohd Arif Mohd Sarjidan Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur E-mel: 1aidahani@um.edu.my, 2mohd.arif@um.edu.my ABSTRAK Pengurusan keselamatan bahan kimia yang berkesan memerlukan capaian segera kepada Lembaran Data Keselamatan (Safety Data Sheet, SDS) bagi menyokong tindakan semasa insiden makmal seperti tumpahan bahan kimia, kebakaran atau pendedahan kepada bahan berbahaya. Walau bagaimanapun, penyimpanan SDS secara fizikal atau di pelbagai lokasi storan digital menyebabkan proses capaian kepada dokumen menjadi tidak sistematik, memakan masa serta bergantung kepada kaedah penyimpanan individu. Keadaan ini turut menyukarkan penyelenggaraan dokumen dan meningkatkan risiko penggunaan versi SDS yang tidak seragam. Hasil pemerhatian di makmal penyelidikan Jabatan Fizik mendapati purata masa mendapatkan dokumen SDS secara manual ialah 7 hingga 8 minit, sekali gus berpotensi melambatkan tindakan kecemasan. Sehubungan itu, SAFER (Safety Access Framework for Emergency Response) dibangunkan sebagai Model Pengurusan Capaian Maklumat Keselamatan Bahan Kimia bagi meningkatkan kecekapan tindakan kecemasan makmal. Model ini mengintegrasikan lima komponen utama, iaitu pengumpulan, pengesahan, penyeragaman, repositori digital berpusat dan capaian pantas, bagi mewujudkan pengurusan SDS yang sistematik, seragam dan mudah dicapai. Pelaksanaannya disokong oleh sebuah platform digital berpusat yang menghimpunkan SDS sebagai sumber rujukan rasmi. Dokumen diseragamkan menggunakan format SDS 16 seksyen, penamaan bahan kimia serta penyusunan melalui indeks A–Z dan kategori 0–9, membolehkan pengguna mengakses dokumen secara terus tanpa perlu mencari fail di pelbagai lokasi simpanan. Pendekatan ini turut mengurangkan kebergantungan kepada storan digital dan salinan SDS individu. Pelaksanaan SAFER berjaya mengurangkan masa capaian kepada dokumen SDS daripada purata 7–8 minit kepada kira-kira 10 saat. Model ini menyeragamkan pengurusan serta capaian maklumat keselamatan bahan kimia melalui repositori digital berpusat, sekali gus meningkatkan capaian maklumat yang lebih pantas, tepat dan konsisten bagi menyokong tindakan kecemasan makmal. SAFER menyediakan satu model pengurusan yang praktikal, mudah dilaksanakan dan berpotensi dijadikan rujukan dalam memperkukuh pengurusan maklumat keselamatan bahan kimia di makmal penyelidikan dan pengajaran. Kata kunci: SAFER, Safety Data Sheet (SDS), pengurusan maklumat keselamatan bahan kimia, repositori digital berpusat, keselamatan makmal
CONCEPTUAL FRAMEWORK FOR IMPROVING MARINE TRANSPORTATION OPERATIONS IN UMT USING OCEAN WAVE FORECAST INFORMATION Fathy Kameel Mohd. Fadzil1, Borhanudin Mohd Yusof @ Mohamed2 ,Sainol Aimi Saidin1, Mat Nasir Mat Zain1, Mohd Kamri Mamat3 and Fatimah Noor Harun4 1Centre of Research Field Service, Universiti Malaysia Terengganu. 2Centre For Fundamental and Continuing Education, Universiti Malaysia Terengganu 3Centre of Occupational Safety and Health, Universiti Malaysia Terengganu 4Faculti of Computer Science and Mathematics, Universiti Malaysia Terengganu E-mel : fathy@umt.edu.my, borhan@umt.edu.my ABSTRACT The oceanographic and meteorological conditions, such as wave height, wind variation, monsoons, and coastal weather systems, have a significant impact on marine transportation operations at Universiti Malaysia Terengganu. This is because these environmental factors are the direct determinants of the safe and efficient transportation of students, researchers, transportation logistics, and field operations in a marine research station such as Pulau Bidong. Ocean wave forecast systems have been an important source of information for the marine environment, but their operational use in transportation systems, planning, and decision-making is still restricted. In this paper, a conceptual framework to enhance marine transportation operations at UMT based on ocean wave forecast information is proposed. The framework also includes forecast usability elements, operational risk management, and decision-support concepts that will enhance the safety and operational efficiency of transportation systems. The suggested system design focuses on usability factors such as perceived usefulness, ease of use, forecast accuracy, timeliness, clarity, and user trust. These elements have an impact on transportation decision-making processes, including go/no-go assessment, departure scheduling, transportation route planning, passenger preparation for safety, and readiness to respond to emergency situations. It also takes into account operational and environmental considerations such as sea state, transport needs, SOPs, and crew experience. The proposed framework is a step towards better operational governance based on forecasts and towards more data-driven marine transportation governance in universities. Moreover, the framework is scalable and low-cost and might be adopted by other research institutions, coastal operators, and small marine transportation services in monsoon-influenced environments. Keywords : Marine Safety, Decision Making, Forecast Model
SWIFT: PENDIGITALAN ALIRAN KERJA PENGURUSAN SISA TERJADUAL BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN OPERASI MAKMAL 1Aidahani Abdullah, 2Hafizah Halid, 3Suria Yusop Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur E-mel: 1aidahani@um.edu.my , 2hafizah.halid@um.edu.my , 3suriayusop@um.edu.my ABSTRAK Pengurusan sisa terjadual di makmal melibatkan penyediaan label rasmi, inventori, dokumentasi, penyimpanan rekod dan penyampaian maklumat bagi memastikan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005, keselamatan makmal serta kebolehkesanan rekod. Walau bagaimanapun, amalan semasa masih bergantung kepada proses manual yang memerlukan kemasukan data berulang melalui penyuntingan templat label rasmi dalam format Portable Document Format (PDF) atau penulisan pada label bercetak. Pendekatan ini meningkatkan risiko kesilapan manusia, menyebabkan ketidakseragaman dokumentasi serta memanjangkan masa pemprosesan. Bagi menangani isu tersebut, SWIFT iaitu platform Pendigitalan Aliran Kerja Pengurusan Sisa Terjadual dibangunkan berasaskan konsep "One Entry, Zero Rework" menggunakan ekosistem Google Workspace. SWIFT mengintegrasikan keseluruhan aliran kerja pengurusan sisa terjadual dalam satu platform digital merangkumi penyediaan label rasmi, dokumentasi, penghantaran maklumat dan penyimpanan rekod. Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat sekali melalui Google Forms, manakala sistem secara automatik memilih templat label berdasarkan kod Scheduled Waste (SW), menjana label rasmi dalam format PDF, menghantar dokumen melalui e-mel serta menyimpan semua maklumat dalam Google Sheets sebagai rekod digital. Platform ini dibangunkan menggunakan infrastruktur digital sedia ada Universiti Malaya tanpa memerlukan pembangunan perisian pihak ketiga atau kos lesen tambahan. SWIFT telah menjalani ujian rintis di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya bermula pada Jun 2026 dengan 100 label rasmi berjaya dijana. Hasil pelaksanaan menunjukkan masa penyediaan label berjaya dikurangkan daripada kira-kira 5 minit kepada 1 minit bagi setiap label, bersamaan pengurangan masa sebanyak 80%, di samping menghapuskan kemasukan data berulang. Sepanjang ujian rintis, 100% label berjaya dihantar melalui e-mel secara automatik dan 100% rekod disimpan secara digital. Pelaksanaan SWIFT turut menyeragamkan dokumentasi, meningkatkan kebolehkesanan rekod serta memperkukuh tadbir urus pengurusan sisa terjadual, di samping berpotensi diperluaskan kepada pendigitalan aliran kerja pengurusan makmal lain. Kata kunci: Pengurusan sisa terjadual, pendigitalan aliran kerja, Google Workspace, automasi proses, tadbir urus makmal.
PORTABLE ULTRAFAST LASER: TRANSFORMING RESEARCH INTO INNOVATION PRODUCT Muhammad Aizi Mat Salim, Hazri Bakhtiar and Noriah Bidin Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur. E-mel: aizi@utm.my ABSTRACT Conventional ultrafast laser systems employed in photonic research and laboratory applications are often associated with high acquisition costs, complex configurations, and dependence on commercially fabricated semiconductor saturable absorber mirrors (SESAM), limiting their accessibility for research and educational purposes. This innovation addresses these limitations by successfully transforming laboratory-scale research into a functional and portable ultrafast erbium-doped fiber laser (EDFL) system based on graphene thin film technology. Graphene thin film was developed as a low-cost saturable absorber due to its broadband optical response, ultrafast recovery time, and simple fabrication process. A compact EDFL ring cavity was designed and integrated with the graphene thin film to produce a portable pulse laser prototype suitable for laboratory applications. Experimental validation demonstrated stable mode-locked laser operation at a pump power of 80 mW, producing a repetition rate of 8.3 MHz, a pulse duration of 1.38 ps, and a central wavelength of 1558.8 nm. Beyond the technical performance, the prototype successfully translated research outcomes into a practical laboratory product supporting postgraduate research activities and international knowledge transfer. This innovation demonstrates a successful research-to-product transformation, providing a reliable, portable, and cost-effective ultrafast laser platform for photonic research, education, and training. The product has significant potential for commercialization, technology transfer, and broader adoption in photonics laboratories, reinforcing the role of university research in delivering impactful and sustainable technological innovations. Keywords: Ultrafast Erbium-Doped Fiber Laser, Graphene Thin Film, Product Development, Research-to-Product Innovation, Photonic Applications, Technology Adoption.
SMARTLAB: SISTEM PENGURUSAN FASILITI MAKMAL BERSEPADU BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN OPERASI MAKMAL DI UNIMAP ¹Norazam bin Abdul Rashid, ²Shafizan binti Shariffuddin, ³Mahfuz Afif bin Ruslan ¹²³ Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis, Malaysia E-mel: ¹ norazam@unimap.edu.my , ² izan@unimap.edu.my , ³ mahfuz@unimap.eedu.my ABSTRAK Pengurusan makmal yang cekap memerlukan kawalan sistematik terhadap fasiliti, peralatan, tempahan, penyelenggaraan, kalibrasi, inventori, rekod penggunaan dan dokumentasi audit. Amalan pengurusan secara manual seperti borang fizikal, fail berasingan dan hamparan elektronik tidak berpusat boleh menyebabkan kelewatan proses, pertindihan rekod, kesukaran pemantauan serta cabaran dalam penyediaan bukti audit. Kajian ini bertujuan membangunkan SmartLab, iaitu sistem pengurusan fasiliti makmal bersepadu bagi meningkatkan kecekapan operasi, kebolehkesanan rekod dan kesiapsiagaan audit makmal di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Metodologi pembangunan SmartLab melibatkan analisis keperluan pengguna, pemetaan proses kerja sedia ada, reka bentuk modul sistem, pembangunan fungsi utama, pengujian pengguna dan penambahbaikan berterusan. Sistem ini merangkumi modul profil makmal, pengurusan peralatan, tempahan fasiliti, penyelenggaraan, kalibrasi, inventori, repositori dokumen, aliran kelulusan digital, kod QR dan papan pemuka pemantauan. Pelaksanaan SmartLab membolehkan maklumat makmal dipusatkan, status peralatan dan tempahan dipantau dengan lebih jelas, rekod tindakan disimpan secara digital serta proses semakan dan pelaporan dilaksanakan dengan lebih teratur. Berdasarkan perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan, SmartLab berupaya mengurangkan masa carian rekod, mempercepat semakan status peralatan, meningkatkan pemantauan tindakan penyelenggaraan dan mengurangkan kebergantungan kepada dokumen manual. Sistem ini turut meningkatkan kesiapsiagaan audit melalui rekod digital yang lebih tersusun, mudah dicapai dan boleh dijejak. Kesimpulannya, SmartLab berpotensi menjadi platform pengurusan makmal yang berskala, sistematik dan mampan untuk menyokong operasi makmal universiti serta boleh diperluaskan kepada fakulti, pusat dan makmal teknikal lain. Kata kunci: SmartLab, pengurusan makmal, transformasi digital, fasiliti makmal, operasi makmal
SMART LABORATORY MANAGEMENT SYSTEM: REVOLUSI KECERDASAN BUATAN DALAM RAMALAN DAN PENGOPTIMUMAN KAPASITI MAKMAL STEM Mohd Rodila Ibrahim, Iskandar zulkarnain Abdul Razak Pusat Asasi Stem PASTEM, Universiti Malaysia Terengganu Emel: mdrodila@umt.edu.my, iskandar.razak93@umt.edu.my ABSTRAK Peningkatan enrolmen pelajar Program Asasi STEM telah mewujudkan cabaran baharu dalam pengurusan kapasiti makmal, penyusunan jadual amali serta perancangan sumber dan peralatan. Kajian ini bertujuan membangunkan pendekatan analitik berasaskan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) menggunakan kaedah Random Forest (hutan rawak) dan visualisasi data melalui Power BI bagi meramal serta mengoptimumkan penggunaan makmal STEM yang berasaskan data. Data bilangan pelajar bagi tempoh 2018 hingga 2025 dianalisis untuk mengenal pasti corak pertumbuhan pelajar dan membuat unjuran keperluan kapasiti makmal pada tahun 2026. Kajian ini mengambil kira enam buah makmal yang beroperasi serentak dengan kapasiti 50 pelajar bagi setiap makmal, empat subjek amali utama iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Kehidupan, serta keperluan radas berdasarkan bilangan kumpulan pelajar. Hasil kajian menunjukkan peningkatan bilangan pelajar daripada 60 orang pada tahun 2018 kepada unjuran 600 orang pada tahun 2026 menyebabkan penggunaan kapasiti makmal mencapai tahap maksimum. Keperluan kumpulan amali meningkat kepada 300 kumpulan, memerlukan penggunaan penuh enam buah makmal bagi satu sesi operasi. Keperluan radas turut meningkat daripada 75 set pada Semester 1 kepada 100 set pada Semester 2 selaras dengan pertambahan aktiviti amali. Model Random Forest (hutan rawak) berjaya mengenal pasti bilangan pelajar, kapasiti ruang makmal, bilangan subjek dan keperluan radas sebagai faktor utama yang mempengaruhi tahap penggunaan makmal. Sementara itu, papan pemuka analitik (Power BI dashboard) menyediakan paparan interaktif bagi pemantauan kapasiti, penggunaan ruang, inventori dan ramalan keperluan sumber secara masa nyata. Kajian ini membuktikan bahawa integrasi kecerdasan buatan, pembelajaran mesin (machine learning) dan analitik visual (visual analytics) berupaya menyokong pengurusan makmal STEM yang lebih cekap, strategik dan mampan. Pendekatan ini dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan berasaskan data ke arah pembangunan Sistem Pengurusan Makmal Pintar (Smart Laboratory Management System). Kata kunci: Kecerdasan Buatan, Hutan Rawak, Power BI, Pengurusan Makmal STEM, Ramalan Kapasiti
Urusetia National Laboratory Innovation Seminar (NaLIS)
Pempamer National Laboratory Innovation Seminar (NaLIS)
PENAJA UTAMA: PENAJA: Sekalung Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih Kepada Para Penaja Nalis 2026