TESIS SYAHMI WAFIQ TAHAP KEIGINAN EV7

KEINGINAN GOLONGAN BELIA TERHADAP PEMILIKAN KENDERAAN ELEKTRIK : KAJIAN KUALITATIF BERDASARKAN THEORY OF PLANNED BEHAVIOR MUHAMMAD SYAHMI WAFIQ BIN MOHD NADZLIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Author’s full name : MUHAMMAD SYAHMI WAFIQ BIN MOHD NADZLIE Student’s Matric No. : A22BE0210 Academic Session : 2025/2026 Date of Birth : 05 May 2002 UTM Email : muhammadsyahmiwafiq@graduate.utm.my Thesis Title : KEINGINAN GOLONGAN BELIA TERHADAP PEMILIKAN KENDERAAN ELEKTRIK : KAJIAN KUALITATIF BERDASARKAN THEORY OF PLANNED BEHAVIOR I declare that this thesis is classified as: ☒ OPEN ACCESS I agree that my report to be published as a hard copy or made available through online open access. RESTRICTED Contains restricted information as specified by the organization/institution where research was done. (The library will block access for up to three (3) years)☐ ☐ CONFIDENTIAL Contains confidential information as specified in the Official Secret Act 1972) (If none of the options are selected, the first option will be chosen by default) I acknowledged the intellectual property in the thesis belongs to Universiti Teknologi Malaysia, and I agree to allow this to be placed in the library under the following terms : 1. This is the property of Universiti Teknologi Malaysia 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The Library of Universiti Teknologi Malaysia is allowed to make copies of this thesis for academic exchange. Signature of Student: Signature : Full Name: MUHAMMAD SYAHMI WAFIQ BIN MOHD NADZLIE Date :17 JULY 2026 Approved by Supervisor Signature of Supervisor I: Full Name of Supervisor I DR. AK MOHD RAFIQ BIN AK. MATUSIN Date : 17 JULY 2026 NOTES : If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction PSZ 19:16 (Pind. 1/23) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DECLARATION OF THESIS

“Saya dengan ini akui bahawa saya telah membaca laporan projek ini dan pada pendapat saya, laporan projek ini adalah mencukupi dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian” Tandatangan : ________________________________ Nama Penyelia I : DR. AK MOHD RAFIQ BIN AK. MATUSIN Tarikh : 17 JULAI 2026 Tandatangan : ________________________________ Nama Pemeriksa : PROF DR. MOHAMMAD RAFEE BIN MAJID Tarikh : 17 JULAI 2026

KEINGINAN GOLONGAN BELIA TERHADAP PEMILIKAN KENDERAAN ELEKTRIK : KAJIAN KUALITATIF BERDASARKAN THEORY OF PLANNED BEHAVIOR MUHAMMAD SYAHMI WAFIQ BIN MOHD NADZLIE Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia JULAI 2026

iii

iv PERISYTIHARAN Saya akui tesis ini yang bertajuk “KEINGINAN GOLONGAN BELIA TERHADAP PEMILIKAN KENDERAAN ELEKTRIK : KAJIAN KUALITATIF BERDASARKAN THEORY OF PLANNED BEHAVIOR” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya. Laporan projek ini belum pernah diterima untuk sebarang ijazah dan tidak dikemukakan secara serentak sebagai calon bagi mana-mana ijazah lain. Tandatangan : .................................................... Nama : MUHAMMAD SYAHMI WAFIQ BIN MOHD NADZLIE Tarikh : 17 JULAI 2026

v PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, serta kekuatan dan kesabaran yang dikurniakan, akhirnya tesis projek ini berjaya disiapkan. Setiap detik perjalanan ini adalah bukti betapa besarnya rahmat dan kasih sayang-Nya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan khas buat penyelia saya, Dr. Ak Mohd Rafiq Bin Ak. Matusin, yang telah menjadi nadi utama dalam perjalanan penyelidikan ini sejak PSM 1 hinggalah ke penghujung PSM 2. Tidak dilupakan juga kepada pemeriksa saya, Prof Dr. Mohammad Rafee bin Majid. Kesabaran beliau dalam membetulkan kesilapan saya, ketajaman pandangan beliau dalam menilai setiap sudut kajian ini, serta komitmen beliau yang tidak pernah goyah terhadap perkembangan saya sebagai seorang penyelidik, semuanya amat saya hargai dan tidak mampu dibalas dengan kata-kata. Hanya doa yang mampu saya hulurkan, dan ia saya panjatkan dengan sepenuh hati. Buat ayah, ibu, dan adik-beradik tersayang, terima kasih kerana menjadi tempat saya bersandar. Ada ketikanya semangat ini hampir padam, namun doa dan sokongan kalian menjadi pembakar semangat yang tidak pernah padam. Setiap pengorbanan yang kalian berikan, besar mahupun kecil, tidak pernah saya lupakan. Kejayaan ini adalah milik kita bersama. Buat sahabat saya, terima kasih kerana sentiasa hadir. Setiap soalan yang dijawab, setiap keraguan yang membantu saya tempuhi, dan setiap peringatan ketika saya mula terleka, semuanya amat bererti. Persahabatan yang ditunjukkan sepanjang perjalanan ini lebih bermakna daripada yang awak sangkakan. Dan buat diri saya sendiri, saya ingin mengakui setiap usaha, setiap masa yang dikorbankan, dan setiap kali saya memilih untuk tidak berputus asa. Ia tidak mudah, namun saya tidak menyerah. Semoga ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang menanti di hadapan. Buat semua yang terlibat dalam perjalanan ini, sama ada sumbangan itu besar atau kecil, tersurat atau tersirat, saya ucapkan terima kasih. Tesis ini adalah cerminan sokongan semua orang sama seperti ia adalah hasil usaha saya sendiri..

vi ABSTRAK Perkembangan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia semakin menunjukkan peningkatan selaras dengan agenda mobiliti rendah karbon dan pembangunan mampan negara. Walau bagaimanapun, keinginan golongan belia untuk memiliki EV masih dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang memerlukan penelitian lanjut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka faktor-faktor yang membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) berdasarkan Theory of Planned Behavior (TPB). Kajian ini bertujuan meneroka persepsi golongan belia terhadap sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai serta memahami bagaimana ketiga- tiga konstruk tersebut membentuk keinginan terhadap pemilikan EV. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan 23 orang informan terdiri daripada pelajar universiti, pekerja dan usahawan. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah Analisis Tematik Sistematik yang dicadangkan oleh Naeem et al. (2025) bagi mengenal pasti tema dan subtema yang membentuk keinginan pemilikan EV. Hasil kajian menunjukkan bahawa golongan belia secara umumnya mempunyai persepsi yang positif terhadap EV kerana manfaatnya terhadap alam sekitar, teknologi moden dan potensi penjimatan kos operasi. Walau bagaimanapun, keinginan untuk memiliki EV masih dipengaruhi oleh faktor seperti kemampuan kewangan, kemudahan infrastruktur pengecasan, nilai jualan semula, kos penggantian bateri serta keyakinan terhadap penggunaan EV dalam kehidupan seharian. Selain itu, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membentuk persepsi terhadap pemilikan EV. Kajian ini turut mendapati bahawa sikap positif sahaja tidak semestinya membawa kepada keinginan untuk memiliki EV sekiranya masih wujud kekangan daripada aspek kawalan tingkah laku yang dirasai. Secara keseluruhannya, keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV terbentuk melalui interaksi antara sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan, perancang bandar dan industri automotif merangka strategi yang lebih berkesan dalam memperkukuhkan pembangunan ekosistem EV serta meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan golongan belia di Malaysia.

vii ABSTRACT The development of electric vehicles (EVs) in Malaysia has shown significant progress in line with the country's low-carbon mobility agenda and sustainable development initiatives. Nevertheless, the intention of Malaysian youth to own EVs is still influenced by various factors that require further investigation. Therefore, this study was conducted to explore the factors that shape Malaysian youths’ intention to own electric vehicles (EVs) based on the Theory of Planned Behavior (TPB). Specifically, the study aimed to explore youths’ perceptions of attitude, subjective norm, and perceived behavioural control, as well as to understand how these three constructs shape their intention to own EVs. A qualitative approach was employed through semi-structured interviews involving 23 informants consisting of university students, employees, and entrepreneurs. The collected data were analysed using the Systematic Thematic Analysis approach proposed by Naeem et al. (2025) to identify the main themes and sub-themes influencing EV ownership intention. The findings revealed that Malaysian youth generally hold positive perceptions towards EVs due to their environmental benefits, advanced technology, and potential for long-term operational cost savings. However, their intention to own EVs is still influenced by several factors, including financial capability, the availability of charging infrastructure, resale value, battery replacement costs, and confidence in the daily use of EVs. In addition, family members, peers, and the wider community were found to play an important role in shaping youths’ perceptions towards EV ownership. The study also found that a positive attitude alone does not necessarily lead to the intention to own an EV when constraints related to perceived behavioural control remain. Overall, Malaysian youths’ intention to own EVs is formed through the interaction of attitude, subjective norm, and perceived behavioural control. The findings of this study are expected to assist policymakers, urban planners, and the automotive industry in formulating more effective strategies to strengthen Malaysia's EV ecosystem and encourage greater EV adoption among Malaysian youth.

viii SENARAI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN Error! Bookmark not defined. PENGHARGAAN v ABSTRAK vi ABSTRACT vii SENARAI KANDUNGAN viii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN 99 BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Persoalan Kajian 5 1.4 Matlamat dan Objektif Kajian 6 1.5 Skop Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 9 2.1 Pengenalan 9 2.2 Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) 10 2.3 Kenderaan Elektrik (EV) 10 2.3.1 Jenis- jenis Kenderaan Elektrik (EV) 11 2.3.2 Perkembangan EV di Peringkat Global 12 2.3.3 Perkembangan EV di Peringkat Malaysia 13 2.4 Tahap Keinginan 14 2.4.1 Faktor – faktor yang mempengaruhi keinginan pemilikan EV 15

ix 2.5 Golongan Belia 16 2.6 Faktor Sikap terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik 18 2.6.1 Manfaat Kenderaan Elektrik terhadap Alam Sekitar 19 2.7 Faktor Norma Subjektif terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) 20 2.7.1 Pengaruh Keluarga terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) 21 2.7.2 Pengaruh Rakan Sebaya terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) 22 2.7.3 Pengaruh Masyarakat terhadap Pemilikan EV 23 2.8 Kawalan Tingkah Laku yang Dirasai 24 2.8.1 Kemampuan Kewangan 26 2.8.2 Pengetahuan Mengenai EV 28 2.8.3 Kemudahan Pengecasan 28 2.8.4 Keyakinan terhadap penggunaan EV 29 2.9 Kerangka Konseptual 30 BAB 3 KAEDAH KAJIAN 33 3.1 Pengenalan 33 3.2 Pendekatan Kajian 33 3.3 Reka Bentuk Kajian 34 3.3.1 Kerangka Metodologi 36 3.4 Proses Pengumpulan Data 37 3.5 Kaedah Persampelan Data 38 3.5.1 Sasaran Informen 39 3.5.2 Teknik Temu Bual Mendalam 40 3.5.3 Kaedah Persampelan 41 3.6 Pembetulan Instrumen Kajian 41 3.7 Analisis Kajian 44 BAB 4 PENEMUAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 46 4.1 Pengenalan 46 4.2 Analisis Tematik Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap pemilikan EV 47

x 4.3 Dapatan Tematik Tema Sikap 50 4.3.1 Sub-tema 1.1: Kesedaran Alam Sekitar 52 4.3.2 Sub-tema 1.2: EV Sebagai Teknologi Moden dan Inovatif 53 4.3.3 Sub-tema 1.3: Penjimatan Kos Operasi 55 4.3.4 Sub-tema 1.4: Keraguan dan Risiko Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) 57 4.4 Tema 2: Pengaruh Sosial sebagai sokongan terhadap pemilikan EV 60 4.4.1 Sub-tema 2.1: Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya 62 4.4.2 Sub-tema 2.2: Imej Sosial dan Status Pemilik Kenderaan Elektrik (EV) 63 4.4.3 Sub-tema 2.3: Trend Generasi Muda 65 4.5 Dapatan Tematik Tema Kawalan Tingkah Laku 66 4.5.1 Sub-tema 3.1: Kemampuan Kewangan 69 4.5.2 Sub-tema 3.2: Infrastruktur Pengecasan 70 4.5.3 Sub-tema 3.3: Keyakinan dan Kemudahan Penggunaan Harian 67 4.6 Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan EV 73 4.6.1 Faktor yang mendorong Keinginan Golongan Belia 74 4.6.2 Faktor yang menghalang keinginan golongan belia memiliki EV 75 4.6.3 Pembentukan Keinginan Golongan Belia berdasarkan Theory of Planned Behavior 77 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 81 5.1 Pengenalan 81 5.2.1 Rumusan Dapatan Kajian: Penerimaan Positif tetapi Berhati-hati terhadap EV 82 5.2.2 Rumusan Dapatan Kajian: Pengaruh Sosial sebagai Sokongan terhadap EV 82 5.2.3 Rumusan Dapatan Kajian: Halangan Kecenderungan untuk Memiliki EV 78

xi 5.2.4 Rumusan Dapatan Kajian: Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap pemilikan EV 83 5.3 Perbincangan dapatan Kajian 84 5.3.1 Implikasi kepada Perancangan Bandar 80 5.3 Perbincangan dapatan Kajian 84 5.3.1 Perbincangan dapatan berdasarkan sikap dan norma subjektif 84 5.3.2 Perbincangan dapatan berdasarkan kawalan tingkah laku yang dirasai 85 5.3.3 Perbincangan keselurhan berdasarkan Theory of Planned Behavior 86 5.4 Implikasi hasil kajian 87 5.4.1 Implikasi kepada perancang bandar 87 5.4.2 Implikasi kepada kerajaan dan pembuat dasar 88 5.4.3 Implikasi kepada golongan belia 89 5.4.4 Implikasi kepada industri automotif 90 5.5 Limitasi Kajian 91 5.6 Cadangan Kajian Masa Hadapan 91 RUJUKAN 93 LAMPIRAN A 97

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 2.1 Komponen Kerangka Konseptual 31 Jadual 3.1 Kaedah reka bentuk kajian 35 Jadual 3.2 Pembentukan Instrumen Kajian 42

xiii SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT Rajah 1.1 Peningkatan permintaan global terhadap kenderaan elektrik (IEA, 2024) 1 Rajah 1.2 Peningkatan unit EV di Malaysia (Jabatan Pengangkutan Jalan, 2025) Error! Bookmark not defined. Rajah 2.1 Adaptasi Kerangka Konseptual Theory of Planned Behavior 30 Rajah 2.2 Kerangka Konseptual Tahap Keinginan Memiliki EV dalam Kalangan Belia 32 Rajah 3.1 Carta Alir Proses Kerangka Metodologi Kajian 37 Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif 38 Rajah 3.3 Carta Alir Proses Kerangka Metodologi 45 Rajah 4.1 Analisis Tematik Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) 49 Rajah 4.2 Tema 1: Tema Sikap: Penerimaan Positif tetapi Berhati-hati terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) 51 Rajah 4.3 Tema 2: Tema Norma Subjektif: Pengaruh Sosial sebagai Sokongan terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) 61 Rajah 4.4 Tema 3: Tema Kawalan Tingkah Laku yang Dirasai: Halangan Kecenderungan untuk Memiliki Kenderaan Elektrik (EV) 68 Rajah 4.5 Model Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) Berdasarkan Dapatan Kajian 78

xiv SENARAI SINGKATAN EV - Electric Vehicle TPB - Theory of Planned Behavior IEA - International Energy Agency PU - Pelajar Universiti PK - Pekerja US - Usahawan

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT Lampiran A Soalan Temubual 99

1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perubahan iklim kini menjadi ancaman utama yang mempengaruhi semua negara, dan sektor pengangkutan dikenal pasti sebagai penyumbang besar kepada pelepasan karbon global (IPCC, 2023). Peralihan kepada Kenderaan Elektrik atau Eletric Vehicle (EV) dianggap sebagai salah satu strategi penting untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Menurut International Energy Agency (2024), permintaan global terhadap EV meningkat secara mendadak kerana keupayaannya mengurangkan pergantungan terhadap bahan api fosil. Rajah 1.1 Peningkatan permintaan global terhadap kenderaan elektrik (IEA, 2024)

2 Hasil kajian Zhao et al. (2023) turut membuktikan bahawa penggunaan EV memberikan kesan signifikan dalam mengurangkan pelepasan karbon di kawasan bandar, malah memberi kesan limpahan kepada kawasan sekitarnya. Selari dengan komitmen global, Malaysia turut bergerak ke arah mobiliti rendah karbon melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCCM) dan sasaran peningkatan penggunaan EV menjelang 2030 (MGTC, 2023). Selari dengan perkembangan global tersebut, Malaysia turut memperkukuhkan usaha ke arah mobiliti rendah karbon melalui pelbagai dasar dan inisiatif seperti Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB), Low Carbon Nation Aspiration (LCNA) 2040 dan National Energy Transition Roadmap (NETR) (MGTC, 2024; Ministry of Economy Malaysia, 2023). Pelbagai insentif turut diperkenalkan oleh kerajaan termasuk pengecualian cukai import, pengecualian duti eksais serta galakan pembangunan infrastruktur pengecasan EV bagi meningkatkan kadar penerimaan pengguna. Pada masa yang sama, perkembangan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara apabila sejumlah 8,123 unit EV direkodkan pada Disember 2025, menjadikan jumlah terkumpul pendaftaran EV sejak tahun 2021 sebanyak 83,611 unit, sekali gus mencerminkan perubahan beransur-ansur dalam landskap automotif negara (Jabatan Pengangkutan Jalan, 2025). Rajah 1.2 Peningkatan unit EV di Malaysia (Jabatan Pengangkutan Jalan, 2025)

3 Walaupun perkembangan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia semakin positif, tahap penerimaan dan pemilikan dalam kalangan pengguna masih dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kos pemilikan, kemudahan infrastruktur pengecasan, literasi pengguna serta persepsi terhadap prestasi EV (Ahmad & Lim, 2021; Mohd Noor et al., 2025). Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi keputusan pengguna untuk beralih daripada kenderaan konvensional kepada EV. Dalam konteks ini, golongan belia khususnya Generasi Z (Gen Z) dilihat sebagai kelompok penting kerana mereka merupakan pengguna dan pembeli kenderaan pada masa hadapan. Menurut McKinsey & Company (2023), generasi muda menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi terhadap teknologi hijau dan mobiliti lestari berbanding generasi terdahulu. “Untuk perenggan terakhir dan perenggan tunggal, sila guna ‘Para 4 lines’ style” 1.2 Pernyataan Masalah Peralihan ke arah pengangkutan mampan melalui penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin diberi perhatian sebagai salah satu strategi penting dalam mengurangkan pelepasan karbon dan pergantungan terhadap bahan api fosil di peringkat global dan nasional (International Energy Agency, 2023). Di Malaysia, pelbagai inisiatif dan insentif telah diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan EV selari dengan agenda pembangunan rendah karbon dan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) (Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2021). Walaupun insentif ini membantu merancakkan pasaran, penerimaan masyarakat terhadap EV masih berkembang pada kadar yang perlahan disebabkan oleh faktor kos pembelian, kebimbangan jarak perjalanan (range anxiety) serta infrastruktur pengecasan yang masih tidak sekata (Ahmad & Lim, 2021). Persepsi individu merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi keinginan untuk memiliki EV kerana keputusan pembelian bukan sahaja dipengaruhi oleh kemampuan kewangan, malah turut melibatkan keyakinan terhadap teknologi hijau tersebut (Bhalla et al., 2018). Kajian oleh Hammad et al. (2023) menunjukkan bahawa persepsi terhadap kegunaan, kebolehpercayaan teknologi, jangkaan prestasi

4 serta keyakinan terhadap infrastruktur pengecasan mempengaruhi pertimbangan pengguna untuk memiliki EV. Di samping itu, jarak pemanduan yang terhad dan tempoh pengecasan bateri yang panjang turut dikenal pasti sebagai halangan utama kepada penggunaan EV (Apurva et al., 2023). Kurangnya kesedaran dan tahap pengetahuan yang rendah mengenai kenderaan elektrik (EV) merupakan cabaran utama yang menghalang pertumbuhan pasaran EV di Malaysia (Asean Energy Database System, 2025). Walaupun kesedaran masyarakat terhadap kenderaan elektrik (EV) di Malaysia semakin meningkat sejajar dengan pertumbuhan pasaran dan pelbagai inisiatif kerajaan, tahap kefahaman masyarakat terhadap teknologi EV masih memerlukan penambahbaikan (Wahab et al, 2024). Kekurangan pengetahuan boleh menyebabkan pengguna membentuk persepsi yang kurang tepat terhadap teknologi EV serta mengurangkan tahap kepercayaan terhadap prestasi dan kebolehpercayaannya, sekali gus menjadi antara halangan utama kepada penerimaan EV dalam kalangan pengguna (Krishna, 2021). Akibatnya, timbul fenomena 'keraguan pembelian' di mana pengguna lebih selesa mengekalkan penggunaan kenderaan konvensional yang dianggap lebih selamat dan mudah difahami (Vanessa Lee, 2025). Walau bagaimanapun, kajian berkaitan EV di Malaysia lebih banyak memberi tumpuan kepada pengguna umum serta faktor ekonomi dan psikologi pengguna secara keseluruhan (Atan & Rahman, 2022; Tay & Nga, 2025). Keadaan ini mewujudkan jurang penyelidikan kerana dapatan daripada pengguna umum tidak semestinya menggambarkan keinginan golongan belia yang mempunyai latar belakang, corak penggunaan teknologi dan proses membuat keputusan yang berbeza. Menurut Lee et al, (2026), Golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun merupakan generasi yang sedang memasuki alam pekerjaan, mula membuat keputusan berkaitan pemilikan aset serta berpotensi menjadi kumpulan pengguna utama EV pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, bagaimana golongan belia membentuk keinginan terhadap pemilikan EV masih kurang diterokai dalam konteks Malaysia. Oleh itu, kajian terdahulu banyak memfokuskan pengguna umum, sedangkan golongan belia mempunyai ciri demografi, pengalaman dan proses membuat keputusan yang berbeza terhadap pemilikan EV.

5 Kekurangan pemahaman ini mewujudkan keperluan untuk menjalankan kajian yang memberi tumpuan secara khusus kepada golongan belia di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) serta memahami bagaimana faktor-faktor yang dicadangkan dalam Theory of Planned Behavior (TPB), iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasakan, membentuk keinginan tersebut. Pendekatan kualitatif dipilih bagi memperoleh pemahaman yang lebih mendalam terhadap perspektif dan pengalaman golongan belia berkaitan pemilikan EV. 1.3 Persoalan Kajian Berdasarkan isu dan fokus kajian yang telah dikenal pasti, kajian ini mengutarakan beberapa persoalan-persoalan berikut : (a) Bagaimanakah sikap golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV)? (b) Bagaimanakah norma subjektif mempengaruhi keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV)? (c) Bagaimanakah kawalan tingkah laku yang dirasakan mempengaruhi keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV)? (d) Bagaimanakah sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasakan membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV)?

6 1.4 Matlamat dan Objektif Kajian Secara amnya, kajian ini bermatlamat untuk meneroka keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Oleh itu, kajian ini menggariskan beberapa objektif seperti berikut: (a) Untuk meneroka sikap golongan belia terhadap kecenderungan memiliki kenderaan elektrik (EV). (b) Untuk memahami pengaruh norma subjektif terhadap keinginan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV). (c) Untuk mengenal pasti kawalan tingkah laku yang dirasai mempengaruhi keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). (d) Untuk mengetahui bagaimana sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasakan membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). 1.5 Skop Kajian Dalam kajian ini, golongan belia merujuk kepada individu yang berumur 15 tahun sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun selaras dengan takrifan semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2026). Takrifan ini digunakan bagi menentukan kumpulan sasaran kajian kerana golongan belia merupakan aset penting negara dan berperanan sebagai pemangkin pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi pada masa hadapan (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, 2026). Oleh itu, hanya individu yang berada dalam lingkungan umur tersebut dipilih sebagai responden bagi memastikan dapatan kajian menepati objektif dan skop kajian yang telah ditetapkan Dalam kajian ini, tahap keinginan merujuk kepada kecenderungan, hasrat atau niat golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV) pada masa hadapan.

7 Konsep ini diadaptasi daripada Theory of Planned Behavior (TPB) yang diperkenalkan oleh Ajzen (1991), di mana niat tingkah laku (behavioral intention) ditakrifkan sebagai tahap kesediaan seseorang individu untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku tertentu. Dalam konteks kajian ini, tahap keinginan diukur berdasarkan kesediaan, minat dan perancangan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV). Tahap keinginan tersebut kemudiannya ditentukan berdasarkan skor min yang diperoleh daripada instrumen kajian dan dikategorikan kepada tahap rendah, sederhana dan tinggi. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan bagi memahami tahap keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) serta faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan tersebut. Kepentingan kajian ini dapat dilihat menerusi dua aspek utama, iaitu sumbangan kepada pembangunan ilmu berkaitan penerimaan teknologi hijau dan sumbangan praktikal terhadap perkembangan mobiliti lestari serta agenda kelestarian negara. Kajian ini menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam bidang tingkah laku alam sekitar, pengangkutan mampan, dan penggunaan teknologi hijau dengan mengaplikasikan Theory of Planned Behavior (TPB), di mana hubungan antara sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku yang dirasai terhadap niat pemilikan kenderaan elektrik (EV) dikaji dalam konteks komuniti kampus (Ajzen, 1991). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa penerimaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia lebih banyak menumpukan kepada perspektif pengguna umum, sedangkan kajian yang memberi fokus khusus terhadap tahap keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV masih kurang dibincangkan dalam literatur semasa (Hammad et al., 2023; Ahmad & Lim, 2021). Oleh itu, dapatan kajian ini dapat mengisi jurang tersebut dengan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang faktor psikologi dan sosial yang mempengaruhi niat memiliki EV dalam komuniti akademik, sekaligus memperkukuhkan asas teori TPB dalam konteks teknologi hijau.

8 Secara praktikal, kajian ini dapat membantu pihak kerajaan, industri automotif dan agensi berkaitan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan dalam merangka strategi yang lebih efektif bagi meningkatkan penerimaan EV dalam kalangan generasi muda, termasuk dari aspek pembangunan infrastruktur pengecasan, penyediaan insentif pembelian serta peningkatan kesedaran berkaitan mobiliti hijau. Selain itu, kajian ini turut menyokong agenda kelestarian negara selaras dengan National Energy Transition Roadmap (NETR), Low Carbon Nation Aspiration (LCNA) 2040 dan komitmen Malaysia dalam mengurangkan pelepasan karbon melalui pembangunan pengangkutan rendah karbon (MGTC, 2024). Dengan itu, kajian ini dapat menyediakan bukti empirikal yang berguna kepada penggubal dasar, agensi kerajaan dan penyelidik dalam usaha memperkukuhkan pembangunan ekosistem EV serta memperluaskan penggunaan mobiliti hijau dalam kalangan generasi muda di Malaysia

9 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kenderaan elektrik (Electric Vehicle, EV) serta faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan individu terhadap pemilikan EV. Kajian literatur merupakan komponen penting dalam penyelidikan kerana ia menyediakan asas teori dan empirikal bagi memahami isu kajian dengan lebih mendalam. Dalam konteks kajian ini, perbincangan tertumpu kepada perkembangan penggunaan EV, inisiatif mobiliti rendah karbon melalui Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB), persepsi pengguna terhadap EV serta faktor- faktor yang mempengaruhi kecenderungan pemilikan EV dalam kalangan pengguna, khususnya golongan belia. Selain itu, bab ini turut menghuraikan aspek tahap keinginan pemilikan EV, ciri-ciri golongan belia, tahap pengetahuan dan kesedaran pengguna terhadap EV serta peranan infrastruktur dan sokongan yang disediakan bagi menggalakkan penggunaan EV di Malaysia. Bagi memperkukuhkan asas kajian, bab ini juga membincangkan Theory of Planned Behavior (TPB) sebagai teori utama yang digunakan dalam penyelidikan ini bagi menjelaskan hubungan antara sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai terhadap keinginan pemilikan EV. Keseluruhan perbincangan dalam bab ini dijadikan sebagai landasan teori dan konseptual untuk menyokong analisis dapatan kajian berkaitan tahap keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV).

10 2.2 Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) Sektor pengangkutan dikenal pasti sebagai pengguna tenaga kedua terbesar di Malaysia, dengan mencatatkan penggunaan sebanyak 23,522 ktoe atau 37% daripada jumlah keseluruhan penggunaan tenaga akhir (FEC) negara pada tahun 2017. Daripada jumlah tersebut, pengangkutan darat mendominasi penggunaan tenaga melebihi 90%, yang secara langsung menyumbang kepada 18% daripada jumlah keseluruhan pelepasan gas rumah hijau negara (KASA, 2021). Menyedari impak signifikan sektor ini terhadap perubahan iklim, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah merangka Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) 2021-2030 sebagai pelan tindakan komprehensif untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon. Pelan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, malah ia merupakan instrumen penting bagi Malaysia memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris (Paris Agreement) untuk mengurangkan 45% intensiti pelepasan KDNK menjelang tahun 2030. Selari dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), LCMB menekankan integrasi antara teknologi kenderaan elektrik (EV) dengan infrastruktur mobiliti rendah karbon bagi mewujudkan ekosistem pengangkutan yang lebih lestari. Oleh itu, kajian mengenai keinginan warga kampus UTM terhadap pemilikan EV adalah sangat relevan, memandangkan institusi pendidikan tinggi memainkan peranan kritikal dalam menyokong "Pertumbuhan Hijau" (Green Growth) yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) (KASA, 2021). 2.3 Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan elektrik atau Electric Vehicle (EV) merujuk kepada kenderaan yang menggunakan satu atau lebih motor elektrik sebagai sumber kuasa utama untuk pergerakan. Berbanding kenderaan konvensional yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (Internal Combustion Engine, ICE), EV menggunakan tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri bagi menggerakkan motor elektrik. Teknologi ini semakin mendapat perhatian di peringkat global kerana berupaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, pencemaran udara dan kebergantungan terhadap bahan api

11 fosil (International Energy Agency, 2024; Kumar & Alok, 2020). Selain itu, EV turut menawarkan kelebihan seperti operasi yang lebih senyap, kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan kecekapan tenaga yang lebih tinggi berbanding kenderaan konvensional (Wang & Witlox, 2025). Peralihan kepada penggunaan EV merupakan salah satu strategi penting dalam mencapai sistem pengangkutan yang lebih mampan. Penggunaan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui membolehkan sektor pengangkutan mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) secara signifikan. Oleh itu, EV dilihat sebagai teknologi utama dalam usaha menangani perubahan iklim dan mencapai sasaran neutral karbon yang ditetapkan oleh banyak negara di seluruh dunia (IEA, 2024). 2.3.1 Jenis – jenis Kenderaan Elektrik (EV) Secara umumnya, kenderaan elektrik boleh dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu Battery Electric Vehicle (BEV), Hybrid Electric Vehicle (HEV), Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) (Kumar & Alok, 2020). (e) Battery Electric Vehicle (BEV) BEV merupakan kenderaan yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri dan tidak menggunakan enjin pembakaran dalaman. Bateri perlu dicas melalui sumber elektrik luaran dan tenaga yang disimpan digunakan untuk menggerakkan motor elektrik. Antara contoh BEV yang popular ialah Tesla Model 3 dan BYD Seal (IEA, 2024). (f) Hybrid Electric Vehicle (HEV) HEV menggabungkan penggunaan enjin petrol dengan motor elektrik. Bateri bagi HEV tidak memerlukan pengecasan luaran kerana tenaga diperoleh melalui sistem brek regeneratif dan operasi enjin. Sistem ini membantu meningkatkan

12 kecekapan penggunaan bahan api serta mengurangkan pelepasan karbon berbanding kenderaan konvensional (Kumar & Alok, 2020). (g) Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) PHEV merupakan gabungan antara teknologi BEV dan HEV. Kenderaan ini mempunyai bateri yang boleh dicas melalui sumber elektrik luaran serta menggunakan enjin petrol sebagai sokongan apabila kuasa bateri berkurangan. Teknologi ini membolehkan pengguna menikmati perjalanan elektrik pada jarak tertentu sebelum beralih kepada penggunaan bahan api konvensional (Kumar & Alok, 2020). (h) Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) FCEV menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaga utama. Melalui proses tindak balas kimia dalam sel bahan api, hidrogen ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan. Teknologi ini menghasilkan hanya wap air sebagai hasil sampingan dan dianggap sebagai salah satu teknologi pengangkutan sifar pelepasan karbon pada masa hadapan (IEA, 2024). 2.3.2 Perkembangan EV di Peringkat Global Perkembangan EV di peringkat global menunjukkan peningkatan yang sangat pesat dalam dekad terakhir. Menurut Wang dan Witlox (2025), jualan EV global meningkat daripada sekitar 4% daripada jumlah jualan kenderaan pada tahun 2020 kepada 18% pada tahun 2023, dengan hampir 15 juta unit EV terjual di seluruh dunia pada tahun 2023. Peningkatan ini didorong oleh kemajuan teknologi bateri, pengurangan kos pengeluaran serta pelaksanaan pelbagai dasar dan insentif kerajaan yang menggalakkan penggunaan EV. China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan peneraju utama dalam pasaran EV dunia. China dan Amerika Syarikat mewakili lebih daripada separuh pengguna EV dunia, manakala negara-negara Eropah menyumbang kira-kira 20% daripada pegangan pasaran EV global (Wang & Witlox, 2025). Negara seperti

13 Norway, Belanda, Sweden, Perancis, China dan Jepun mencatatkan kadar penggunaan EV yang tinggi hasil pelaksanaan dasar kerajaan yang menyokong penggunaan teknologi tersebut. Kejayaan Norway sering dijadikan contoh terbaik dalam pembangunan EV apabila hampir 90% jualan kenderaan baharu terdiri daripada BEV hasil pelaksanaan pelbagai insentif seperti pengecualian cukai, parkir percuma dan pembangunan infrastruktur pengecasan yang menyeluruh (IEA, 2024). Kejayaan ini menunjukkan bahawa sokongan dasar yang komprehensif mampu mempercepatkan peralihan pengguna kepada penggunaan kenderaan elektrik. 2.3.3 Perkembangan EV di Malaysia Perkembangan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menunjukkan trend yang semakin positif selaras dengan agenda peralihan tenaga dan pembangunan rendah karbon negara. Menurut Tan et al. (2025), kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal dan bukan fiskal bagi mempercepatkan penggunaan EV, termasuk pengecualian cukai import, pengecualian duti eksais serta galakan pembangunan infrastruktur pengecasan awam. Langkah ini bertujuan meningkatkan kadar penggunaan EV dan mengurangkan pelepasan karbon daripada sektor pengangkutan. Walau bagaimanapun, Tan et al. (2025) turut menjelaskan bahawa pembangunan EV di Malaysia masih berhadapan beberapa cabaran utama seperti kos pemilikan yang tinggi, jurang infrastruktur pengecasan dan isu berkaitan sumber tenaga elektrik negara. Keadaan ini menyebabkan kadar penggunaan EV di Malaysia masih berada pada tahap yang lebih rendah berbanding negara peneraju seperti Norway, China dan Belanda. Bagi memperkukuhkan ekosistem EV, kerajaan Malaysia turut memperkenalkan Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) 2021–2030 dan National Energy Transition Roadmap (NETR) sebagai panduan strategik untuk meningkatkan penggunaan mobiliti hijau. Melalui pelaksanaan dasar ini, Malaysia mensasarkan

14 peningkatan penggunaan EV secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 (MGTC, 2024). 2.4 Keinginan terhadap Pemilikan EV. Keinginan pemilikan kenderaan elektrik (Electric Vehicle Purchase Intention) merujuk kepada kecenderungan seseorang individu untuk mempertimbangkan, merancang atau membuat keputusan memiliki kenderaan elektrik pada masa hadapan. Dalam kajian tingkah laku pengguna, keinginan dianggap sebagai petunjuk awal yang menunjukkan kemungkinan seseorang akan melaksanakan sesuatu tindakan atau membuat keputusan pembelian terhadap sesuatu produk. Berdasarkan Theory of Planned Behavior (TPB) yang diperkenalkan oleh Ajzen (1991), keinginan tingkah laku terbentuk melalui pengaruh sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Dalam konteks pemilikan EV, tahap keinginan seseorang dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap manfaat teknologi tersebut, tahap penerimaan sosial serta keyakinan terhadap kemampuan untuk memiliki dan menggunakannya. Individu yang mempunyai pandangan positif terhadap EV serta merasakan mereka mempunyai sumber dan sokongan yang mencukupi kebiasaannya menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi untuk memiliki kenderaan tersebut (Yegin & Ikram, 2022). Selain faktor psikologi, keinginan terhadap pemilikan EV turut dipengaruhi oleh kesedaran alam sekitar, keyakinan terhadap teknologi hijau dan tanggapan terhadap faedah yang ditawarkan oleh EV. Yegin dan Ikram (2022) menjelaskan bahawa pengguna yang mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi dan kepercayaan yang baik terhadap teknologi hijau cenderung menunjukkan niat pembelian EV yang lebih tinggi. Oleh itu, keinginan pemilikan EV boleh dianggap sebagai indikator penting dalam menilai potensi penerimaan teknologi mobiliti hijau dalam kalangan pengguna. Bagi golongan belia, tahap keinginan terhadap pemilikan EV amat penting kerana mereka merupakan kumpulan pengguna yang bakal membentuk corak

15 penggunaan pengangkutan pada masa hadapan. Kajian oleh Ebaidalla et al. (2025) menunjukkan bahawa faktor sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai memberi kesan yang signifikan terhadap kecenderungan golongan muda untuk memiliki kenderaan elektrik. Oleh itu, pemahaman terhadap tahap keinginan ini dapat membantu mengenal pasti potensi perkembangan pasaran EV pada masa hadapan. 2.4.1 Faktor – faktor yang mempengaruhi keinginan pemilkan EV Keinginan untuk memiliki kenderaan elektrik tidak terbentuk secara spontan, sebaliknya dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang melibatkan aspek psikologi, sosial, ekonomi dan persekitaran. Menurut Theory of Planned Behavior (TPB), niat seseorang untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku dipengaruhi oleh sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai (Ajzen, 1991). Dalam konteks EV, faktor-faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang individu berminat atau tidak untuk memiliki kenderaan elektrik. Dari sudut sikap, individu yang melihat EV sebagai teknologi yang memberi manfaat kepada alam sekitar serta mampu menjimatkan kos penggunaan dalam jangka panjang biasanya menunjukkan tahap keinginan yang lebih tinggi untuk memilikinya. Kajian oleh Yegin dan Ikram (2022) membuktikan bahawa persepsi positif terhadap manfaat EV mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat pembelian pengguna. Oleh itu, semakin positif tanggapan seseorang terhadap EV, semakin tinggi kecenderungannya untuk mempertimbangkan pemilikan kenderaan tersebut. Selain itu, norma subjektif juga mempengaruhi pembentukan keinginan pemilikan EV. Norma subjektif merujuk kepada pengaruh sosial yang datang daripada individu atau kumpulan yang dianggap penting seperti keluarga, rakan dan masyarakat. Sokongan serta pandangan positif daripada pihak-pihak tersebut boleh meningkatkan keyakinan seseorang untuk memiliki EV. Ebaidalla et al. (2025) mendapati bahawa pengaruh sosial mempunyai hubungan yang positif dengan kecenderungan pengguna untuk membeli kenderaan elektrik, khususnya dalam kalangan golongan belia.

16 Seterusnya, kawalan tingkah laku yang dirasai turut menjadi faktor penting dalam menentukan tahap keinginan pemilikan EV. Faktor ini merangkumi kemampuan kewangan, pengetahuan berkaitan EV, akses kepada kemudahan pengecasan serta keyakinan terhadap penggunaan EV dalam kehidupan harian. Menurut Mohd Noor et al. (2025), pengguna yang merasakan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemudahan yang mencukupi lebih cenderung menunjukkan niat yang tinggi untuk memiliki EV. Sebaliknya, kekangan seperti kos pembelian yang tinggi, kekurangan infrastruktur pengecasan dan kebimbangan terhadap jarak perjalanan boleh mengurangkan minat pengguna terhadap EV Di samping itu, kesedaran terhadap isu alam sekitar turut menyumbang kepada pembentukan keinginan pemilikan EV. Individu yang prihatin terhadap perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar lazimnya lebih terbuka untuk menerima teknologi yang menyokong pembangunan mampan. Purwanto et al. (2025) menjelaskan bahawa tahap keprihatinan terhadap alam sekitar mempunyai hubungan yang positif dengan penerimaan dan penggunaan EV dalam kalangan pengguna. Secara keseluruhannya, keinginan pemilikan EV dipengaruhi oleh gabungan faktor sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasai serta kesedaran alam sekitar. Interaksi antara faktor-faktor ini menentukan tahap kecenderungan seseorang individu untuk menerima dan memiliki kenderaan elektrik pada masa hadapan. 2.5 Golongan Belia Menurut Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2026), belia ditakrifkan sebagai individu yang berumur antara 15 tahun sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun. Takrifan ini selaras dengan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) yang menetapkan had umur belia kepada 30 tahun dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 (The Star, 2023). Golongan belia merupakan kumpulan penting dalam pembangunan negara kerana mereka berperanan sebagai generasi pelapis yang akan membentuk corak pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi pada masa hadapan.

17 Generasi ini dikenali sebagai “digital natives” kerana mereka membesar dalam persekitaran teknologi digital dan internet yang berkembang pesat sejak usia muda. Menurut Rebecca dan Haley (2024), Golongan belia mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi digital serta menunjukkan kecenderungan terhadap inovasi dan penggunaan teknologi baharu dalam kehidupan harian. Selain itu, golongan belia turut dikaitkan dengan tahap kesedaran yang lebih tinggi terhadap isu perubahan iklim, kelestarian alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau berbanding generasi terdahulu. Menurut Ebaidalla et al. (2025), golongan belia yang membesar dalam era digital menunjukkan tahap kesedaran yang lebih tinggi terhadap isu kelestarian dan cabaran alam sekitar global, sekali gus menjadikan mereka lebih cenderung untuk menyokong penggunaan produk dan teknologi mesra alam. Keadaan ini menyebabkan golongan belia dilihat berpotensi menjadi pengguna utama bagi teknologi mobiliti hijau termasuk kenderaan elektrik (EV) pada masa hadapan. Kajian tersebut turut menjelaskan bahawa sikap positif terhadap EV, pengaruh sosial serta kawalan tingkah laku yang dirasai mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik dan hibrid. Tambahan pula, Bhutto et al. (2022) menyatakan bahawa golongan muda memainkan peranan penting dalam penerimaan teknologi kenderaan hijau kerana mereka lebih terbuka terhadap perubahan gaya hidup lestari dan perkembangan teknologi mesra alam. Walau bagaimanapun, tahap keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV masih dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kemampuan kewangan, kos pemilikan, kebimbangan terhadap infrastruktur pengecasan dan persepsi terhadap prestasi EV. Menurut Shalu et al. (2025), faktor harga, sokongan kerajaan dan kemudahan infrastruktur memainkan peranan penting dalam mempengaruhi niat pengguna terhadap penggunaan EV. Selain itu, Ebaidalla et al. (2025) mendapati bahawa pengaruh sosial, sikap terhadap EV dan kawalan tingkah laku yang dirasai merupakan faktor utama yang mempengaruhi niat golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik dan hibrid. Oleh itu, memahami kecenderungan belia penting untuk mengenal pasti keinginan mereka terhadap pemilikan EV.

18 2.6 Faktor Sikap terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) Menurut Ajzen (1991), sikap merujuk kepada tahap penilaian seseorang individu terhadap sesuatu tingkah laku sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Dalam Theory of Planned Behavior (TPB), sikap merupakan salah satu konstruk utama yang mempengaruhi niat tingkah laku seseorang individu (Ajzen, 1991; Fishbein & Ajzen, 2010). Individu yang mempunyai persepsi positif terhadap sesuatu tingkah laku lazimnya menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi untuk melaksanakan tingkah laku tersebut berbanding individu yang mempunyai persepsi negatif (Ajzen, 1991; Conner & Armitage, 1998). Oleh itu, sikap sering dianggap sebagai faktor penting dalam menjelaskan penerimaan dan penggunaan sesuatu teknologi baharu (Venkatesh et al., 2003). Dalam konteks pemilikan kenderaan elektrik (EV), sikap merujuk kepada penilaian keseluruhan pengguna terhadap manfaat, kelebihan dan nilai yang ditawarkan oleh EV berbanding kenderaan konvensional (Rezvani et al., 2015; Kumar dan Alok, 2020). Sikap positif terhadap EV boleh terbentuk apabila individu percaya bahawa penggunaan EV mampu memberikan manfaat kepada alam sekitar, menjimatkan kos operasi serta menawarkan teknologi yang lebih moden dan inovatif (Wang et al., 2017; Kumar dan Alok, 2020). Sebaliknya, sikap negatif boleh terbentuk apabila pengguna menganggap EV sebagai teknologi yang mahal, mempunyai jarak perjalanan yang terhad, kekurangan kemudahan pengecasan atau kurang praktikal untuk kegunaan harian (Rezvani et al., 2015; Li et al., 2017). Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat pemilikan dan penggunaan EV. Menurut Wang et al. (2017), sikap positif terhadap EV merupakan antara peramal utama yang mempengaruhi niat pengguna untuk beralih kepada kenderaan elektrik. Dapatan ini selari dengan kajian Kumar dan Alok (2020) yang mendapati bahawa pengguna yang mempunyai persepsi positif terhadap manfaat EV menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi untuk mempertimbangkan pemilikan EV pada masa hadapan. Selain itu, Ebaidalla et al. (2025) mendapati bahawa sikap positif terhadap EV merupakan antara faktor yang paling mempengaruhi niat golongan muda untuk memiliki kenderaan elektrik. Dapatan tersebut turut disokong oleh Yegin dan Ikram (2022) yang menjelaskan

19 bahawa pengguna yang mempunyai persepsi positif terhadap manfaat EV menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi untuk menerima dan memiliki kenderaan elektrik. Secara keseluruhannya, kajian-kajian terdahulu membuktikan bahawa sikap memainkan peranan yang penting dalam membentuk niat pemilikan EV dan menjadi faktor yang perlu diperhatikan dalam usaha menaikkan kadar penerimaan EV dalam kalangan pengguna Golongan belia merupakan kumpulan penting dalam pembangunan negara kerana mereka berperanan sebagai generasi pelapis yang akan membentuk corak pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, kebanyakan kajian terdahulu menunjukkan bahawa sikap positif merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi keinginan individu untuk memiliki EV (Wang et al., 2017; Kumar & Alok, 2020; Ebaidalla et al., 2025). Walau bagaimanapun, majoriti kajian tersebut menggunakan pendekatan kuantitatif yang lebih menumpukan kepada hubungan antara sikap dan niat pemilikan EV. Pendekatan tersebut kurang menjelaskan bagaimana sikap terhadap EV terbentuk berdasarkan pengalaman, nilai dan pertimbangan golongan belia. Oleh itu, masih terdapat keperluan untuk meneroka dengan lebih mendalam bagaimana sikap mempengaruhi keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV dalam konteks Malaysia. 2.6.1 Manfaat Kenderaan Elektrik Terhadap Alam Sekitar Salah satu faktor utama yang membentuk sikap positif terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) ialah manfaatnya terhadap alam sekitar. EV sering dianggap sebagai alternatif pengangkutan yang lebih mesra alam berbanding kenderaan konvensional kerana tidak menghasilkan pelepasan ekzos secara langsung semasa digunakan. Oleh itu, penggunaan EV berpotensi mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran udara, sekali gus menyokong usaha mencapai pembangunan mampan serta mengurangkan kesan perubahan iklim (Rezvani et al., 2015; Kumar & Alok, 2020).

20 Menurut International Energy Agency (IEA, 2024), penggunaan EV mampu membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor pengangkutan yang merupakan antara penyumbang utama kepada pelepasan karbon global. Selain itu, Zhao et al. (2023) mendapati bahawa peningkatan penggunaan EV dapat mengurangkan pencemaran udara di kawasan bandar dan meningkatkan kualiti persekitaran hidup masyarakat. Wang et al. (2022) turut menjelaskan bahawa penggunaan EV berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil serta mengurangkan pelepasan bahan pencemar yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Di samping itu, tahap kesedaran alam sekitar turut memainkan peranan penting dalam membentuk sikap pengguna terhadap EV. Individu yang mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi lazimnya menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan EV kerana melihat teknologi tersebut sebagai satu langkah yang dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan pemeliharaan ekosistem (Jaiswal et al., 2021; Ebaidalla et al., 2025). Dapatan ini selaras dengan kajian Yegin dan Ikram (2022) yang menunjukkan bahawa kebimbangan terhadap isu alam sekitar serta keinginan untuk menyokong pembangunan mampan merupakan antara faktor yang mendorong pembentukan sikap positif terhadap pemilikan EV. 2.7 Faktor Norma Subjektif terhadap Pemilikan EV Norma subjektif merupakan salah satu konstruk utama dalam Theory of Planned Behavior (TPB) yang diperkenalkan oleh Ajzen (1991). Norma subjektif merujuk kepada persepsi seseorang individu terhadap tekanan sosial atau pandangan daripada individu dan kumpulan yang penting dalam kehidupannya berkaitan sesuatu tingkah laku yang ingin dilakukan. Menurut Ajzen (1991), seseorang individu akan lebih cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan sekiranya mereka percaya bahawa individu yang penting seperti keluarga, rakan-rakan atau masyarakat menyokong tindakan tersebut. Dalam konteks pemilikan kenderaan elektrik (EV), norma subjektif merujuk kepada sejauh mana seseorang individu merasakan bahawa orang di sekeliling mereka menggalakkan atau menyokong penggunaan EV sebagai alternatif kepada kenderaan konvensional.

21 Kajian terdahulu menunjukkan bahawa norma subjektif mempunyai hubungan yang rapat dengan niat pembelian dan penerimaan teknologi baharu. Menurut Wang et al. (2016), individu lazimnya mendapatkan pandangan daripada orang sekeliling sebelum membuat keputusan berkaitan penggunaan teknologi yang masih baharu di pasaran. Shalender dan Sharma (2021) turut menjelaskan bahawa pengaruh sosial merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi penerimaan EV kerana keputusan pembelian kenderaan melibatkan pertimbangan kewangan yang besar serta penggunaan jangka panjang. Oleh itu, persepsi dan sokongan daripada individu yang penting boleh mempengaruhi tahap keyakinan seseorang terhadap pemilikan EV. Secara umumnya, norma subjektif terhadap pemilikan EV boleh dibahagikan kepada tiga bentuk pengaruh utama iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat. Ketiga-tiga elemen ini berupaya membentuk persepsi pengguna terhadap EV serta mempengaruhi tahap keinginan mereka untuk memiliki kenderaan tersebut Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, norma subjektif secara umumnya didapati mempunyai pengaruh terhadap keinginan seseorang untuk memiliki EV, khususnya melalui sokongan daripada keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. Namun demikian, dapatan kajian berkaitan norma subjektif masih menunjukkan keputusan yang tidak konsisten kerana terdapat kajian yang melaporkan pengaruh yang signifikan, manakala kajian lain mendapati pengaruh tersebut adalah lemah atau tidak signifikan (Darma & Padmantyo, 2025). Perbezaan dapatan ini menunjukkan bahawa pengaruh norma subjektif berkemungkinan dipengaruhi oleh latar belakang responden, budaya serta konteks kajian. Oleh itu, pendekatan kualitatif dilihat sesuai untuk meneroka bagaimana norma subjektif membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV dalam konteks Malaysia. 2.7.1 Pengaruh Keluarga terhadap Pemilikan EV Keluarga merupakan kumpulan sosial yang paling hampir dengan individu dan sering memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan pembelian. Menurut Ajzen (1991), individu cenderung mengambil kira pandangan individu yang

22 dianggap penting dalam kehidupan mereka sebelum melakukan sesuatu tindakan. Dalam konteks pemilikan EV, ahli keluarga boleh mempengaruhi persepsi seseorang terhadap aspek keselamatan, kos pemilikan, penjimatan jangka panjang dan kesesuaian penggunaan EV dalam kehidupan harian Kajian oleh Samarasinghe et al. (2024) menunjukkan bahawa pengaruh sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat pembelian EV dalam kalangan pengguna bukan EV. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa sokongan daripada ahli keluarga, rakan dan individu yang penting dalam kehidupan seseorang mampu meningkatkan kecenderungan mereka untuk mempertimbangkan penggunaan EV. Selain itu, Shalender dan Sharma (2021) menjelaskan bahawa pandangan ahli keluarga sering menjadi rujukan utama dalam pembentukan persepsi terhadap teknologi hijau kerana keluarga memainkan peranan dalam menentukan keputusan kewangan serta corak penggunaan harian. Dalam kalangan golongan belia, pengaruh keluarga dilihat lebih signifikan kerana kebanyakan keputusan pembelian kenderaan masih bergantung kepada kemampuan kewangan keluarga. Sokongan ibu bapa terhadap penggunaan EV boleh meningkatkan keyakinan golongan belia untuk mempertimbangkan pemilikan EV pada masa hadapan. Sebaliknya, sekiranya keluarga mempunyai persepsi negatif terhadap EV seperti kebimbangan terhadap harga, bateri atau kemudahan pengecasan, kecenderungan untuk memiliki EV juga boleh berkurangan. 2.7.2 Pengaruh Rakan Sebaya terhadap Pemilikan EV Selain keluarga, rakan sebaya turut memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan tingkah laku pengguna. Menurut Wang et al. (2016), individu sering mendapatkan maklumat, pengalaman dan pandangan daripada rakan-rakan sebelum membuat keputusan berkaitan penggunaan teknologi baharu. Dalam konteks EV, pengalaman positif yang dikongsi oleh rakan sebaya berkaitan prestasi kenderaan, penjimatan kos operasi dan kemudahan penggunaan boleh meningkatkan keyakinan pengguna terhadap teknologi tersebut.

23 Kajian oleh Samarasinghe et al. (2024) mendapati bahawa pengaruh sosial merupakan salah satu faktor yang signifikan dalam mempengaruhi niat pembelian EV. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa individu yang menerima galakan daripada rakan-rakan lebih cenderung untuk mempertimbangkan penggunaan EV berbanding individu yang tidak menerima sokongan sosial. Selain itu, Atiyah dan Kusumawati (2022) mendapati bahawa norma subjektif mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap niat pembelian kenderaan hibrid. Walaupun kajian tersebut dijalankan dalam konteks kenderaan hibrid, dapatan tersebut menunjukkan bahawa pandangan dan sokongan daripada individu yang rapat mampu meningkatkan kecenderungan pengguna terhadap teknologi automotif yang lebih mesra alam. Golongan belia lazimnya mempunyai interaksi yang tinggi dengan rakan sebaya serta sering berkongsi maklumat berkaitan teknologi dan trend semasa. Oleh itu, semakin ramai rakan yang menunjukkan minat atau menggunakan EV, semakin tinggi kemungkinan seseorang belia untuk membentuk persepsi positif terhadap pemilikan EV. 2.7.3 Pengaruh Masyarakat terhadap Pemilikan EV Masyarakat turut memainkan peranan dalam membentuk norma sosial yang mempengaruhi penerimaan sesuatu teknologi. Menurut Waskito et al. (2019), tingkah laku pro-alam sekitar sering dipengaruhi oleh norma sosial yang berkembang dalam masyarakat. Apabila penggunaan EV mula diterima sebagai satu bentuk gaya hidup moden dan mesra alam, individu akan lebih terdorong untuk mempertimbangkan penggunaan teknologi tersebut bagi menyesuaikan diri dengan norma sosial semasa. Kajian oleh Samarasinghe et al. (2024) menunjukkan bahawa pengaruh sosial merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan niat pembelian EV dalam kalangan pengguna. Selain itu, pemilikan EV sering dikaitkan dengan imej sosial yang positif, kesedaran alam sekitar dan keterbukaan terhadap teknologi baharu. Persepsi masyarakat yang positif terhadap EV boleh meningkatkan keyakinan pengguna untuk mempertimbangkan pemilikan EV sebagai satu bentuk pengangkutan masa hadapan.

24 Walau bagaimanapun, dapatan kajian tidak sentiasa menunjukkan keputusan yang konsisten. Darma dan Padmantyo (2025) mendapati bahawa norma subjektif tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap niat penggunaan EV dalam kalangan responden kajian mereka. Dapatan ini menunjukkan bahawa sesetengah pengguna lebih dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti sikap, manfaat teknologi dan kawalan tingkah laku yang dirasai berbanding tekanan sosial daripada masyarakat. Walaupun begitu, pengaruh masyarakat masih dianggap sebagai faktor yang relevan kerana ia mampu membentuk persepsi umum terhadap teknologi EV serta mempengaruhi penerimaan pengguna dalam jangka panjang. Secara keseluruhannya, norma subjektif merujuk kepada pengaruh sosial yang diterima oleh seseorang individu daripada keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. Menurut Shalender dan Sharma (2021), sokongan daripada individu yang signifikan mampu meningkatkan kecenderungan seseorang untuk memiliki kenderaan elektrik (EV). Dapatan ini selari dengan kajian Atiyah dan Kusumawati (2022) yang menunjukkan bahawa norma subjektif mempunyai hubungan positif dengan niat pemilikan EV. Kajian yang lebih terkini oleh Samarasinghe et al. (2024) turut mengesahkan bahawa pengaruh sosial masih merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi keinginan pengguna untuk memiliki EV. Namun demikian, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa norma subjektif tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap niat penggunaan EV (Darma & Padmantyo, 2025). Perbezaan dapatan ini menunjukkan bahawa pengaruh norma subjektif mungkin berbeza mengikut latar belakang responden dan konteks kajian yang dijalankan. Oleh itu, norma subjektif kekal sebagai salah satu faktor penting dalam memahami tahap keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). 2.8 Kawalan Tingkah Laku Yang Dirasai Menurut Icek Ajzen (1991), kawalan tingkah laku yang dirasai (Perceived Behavioural Control, PBC) merujuk kepada persepsi seseorang terhadap keupayaan dan kemudahan yang dimiliki untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku. Dalam Theory of Planned Behavior (TPB), kawalan tingkah laku dirasai merupakan salah satu konstruk utama yang mempengaruhi pembentukan keinginan tingkah laku kerana

25 individu bukan sahaja menilai sama ada mereka ingin melakukan sesuatu tindakan, malah turut mempertimbangkan sama ada mereka mempunyai sumber, peluang dan keupayaan untuk melaksanakannya. Apabila seseorang merasakan bahawa mereka mempunyai kawalan yang mencukupi terhadap sesuatu tingkah laku, kecenderungan untuk membentuk keinginan dan akhirnya melaksanakan tingkah laku tersebut akan menjadi lebih tinggi (Ajzen, 1991). Dalam konteks pemilikan kenderaan elektrik (EV), kawalan tingkah laku yang dirasai merangkumi persepsi individu terhadap kemampuan kewangan, pengetahuan mengenai teknologi EV, akses kepada kemudahan pengecasan serta keyakinan untuk menggunakan EV dalam kehidupan harian (Kumar & Alok, 2020). Faktor-faktor ini mempengaruhi sejauh mana seseorang merasakan bahawa pemilikan EV merupakan sesuatu yang mampu dicapai dan praktikal (Ajzen, 1991). Oleh itu, walaupun seseorang mempunyai sikap yang positif terhadap EV dan menerima galakan daripada orang sekeliling, keinginan untuk memiliki EV mungkin tidak terbentuk sekiranya individu tersebut merasakan bahawa mereka tidak mempunyai sumber atau kemudahan yang mencukupi untuk berbuat demikian (Rezvani et al., 2015). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa kawalan tingkah laku yang dirasai mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan untuk memiliki atau menggunakan EV. Sebagai contoh, Bandana Dutta dan Hyeon-Guk Hwang mendapati bahawa persepsi terhadap kemampuan menggunakan teknologi EV, prestasi kenderaan serta kemudahan sokongan memberi kesan positif terhadap keinginan pengguna untuk memiliki EV (Dutta & Hwang, 2021). Selain itu, kajian oleh Farah Salsabila Darma dan Bambang Padmantyo turut menunjukkan bahawa individu yang mempunyai persepsi kawalan yang tinggi lebih cenderung menunjukkan keinginan untuk beralih kepada penggunaan EV (Darma & Padmantyo, 2025). Walau bagaimanapun, faktor-faktor yang membentuk kawalan tingkah laku yang dirasai tidak terhad kepada kemampuan kewangan semata-mata, malah turut dipengaruhi oleh pengetahuan individu mengenai teknologi EV (Rezvani et al., 2015). Selain itu, keyakinan terhadap prestasi dan kebolehpercayaan teknologi EV turut mempengaruhi persepsi seseorang terhadap keupayaannya untuk memiliki kenderaan

26 tersebut (Wang et al., 2017). Di samping itu, kemudahan infrastruktur pengecasan yang mencukupi turut meningkatkan persepsi bahawa penggunaan EV adalah lebih praktikal dalam kehidupan harian (Kumar & Alok, 2020). Oleh itu, pembentukan keinginan terhadap pemilikan EV bergantung kepada bagaimana individu mentafsir sama ada mereka benar-benar mempunyai keupayaan dan peluang untuk menggunakan teknologi tersebut dalam kehidupan harian. Secara keseluruhannya, kajian terdahulu menunjukkan bahawa kawalan tingkah laku yang dirasakan memainkan peranan penting dalam membentuk keinginan individu untuk memiliki EV melalui aspek seperti kemampuan kewangan, pengetahuan dan kemudahan infrastruktur. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian lebih menumpukan kepada pengukuran hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan niat pemilikan EV menggunakan pendekatan kuantitatif. Oleh itu, masih kurang pemahaman tentang bagaimana golongan belia mentafsir kekangan dan peluang yang mereka hadapi sebelum membentuk keinginan untuk memiliki EV. Justeru, pendekatan kualitatif dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap pengalaman dan pertimbangan golongan belia berkaitan aspek kawalan tingkah laku yang dirasakan. 2.8.1 Kemampuan Kewangan Kemampuan kewangan merupakan antara faktor utama yang membentuk kawalan tingkah laku yang dirasai terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Dalam konteks Theory of Planned Behavior (TPB), individu lebih cenderung membentuk keinginan terhadap sesuatu tingkah laku apabila mereka merasakan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakannya (Ajzen, 1991). Oleh itu, persepsi terhadap kemampuan kewangan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang individu merasakan pemilikan EV adalah sesuatu yang mampu dicapai. Dalam konteks pemilikan EV, harga pembelian yang lebih tinggi berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) merupakan antara halangan utama yang mengehadkan penerimaan dan pemilikan EV dalam kalangan pengguna (Faizal et al.,

27 2019). Menurut Kumar dan Alok (2020), harga pembelian EV yang tinggi menyebabkan sebahagian pengguna merasakan bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk memiliki kenderaan tersebut walaupun mempunyai sikap yang positif terhadap teknologi hijau. Keadaan ini menunjukkan bahawa persepsi terhadap kemampuan kewangan boleh mempengaruhi pembentukan keinginan seseorang untuk memiliki EV. Dapatan ini turut disokong oleh Loudiyi et al. (2022) yang merumuskan bahawa harga pembelian EV merupakan antara faktor ekonomi utama yang mempengaruhi niat pembelian pengguna, di samping kos penyelenggaraan dan penggunaan. Hal ini menunjukkan bahawa kos pembelian merupakan pertimbangan utama pengguna sebelum membuat keputusan untuk memiliki EV. Selain kos pembelian, pengguna turut mempertimbangkan kos penyelenggaraan, kos pengecasan bateri serta nilai jangka panjang pemilikan EV sebelum membuat keputusan pembelian. Rezvani et al. (2015) menjelaskan bahawa individu yang percaya mereka mampu menanggung kos berkaitan pemilikan EV lebih cenderung menunjukkan keinginan untuk memiliki kenderaan tersebut berbanding individu yang merasakan kos tersebut membebankan. Bagi golongan belia, kemampuan kewangan merupakan aspek yang lebih signifikan kerana kebanyakan mereka berada pada peringkat awal kerjaya, masih melanjutkan pengajian atau mempunyai pendapatan yang terhad. Keadaan ini boleh mempengaruhi persepsi mereka terhadap kemampuan untuk memiliki EV walaupun mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pengangkutan mampan. Kajian Chotisarn et al. (2026) menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kalangan pelajar universiti masih bergantung kepada ibu bapa sebagai sumber kewangan utama, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka untuk membuat keputusan pembelian EV secara bebas. Oleh itu, kemampuan kewangan bukan sahaja mempengaruhi kebolehlaksanaan pemilikan EV, malah turut membentuk kawalan tingkah laku yang dirasai dalam kalangan golongan belia.

28 2.8.2 Pengetahuan Mengenai EV Masyarakat turut memainkan peranan dalam membentuk norma sosial yang mempengaruhi penerimaan sesuatu teknologi. Menurut Waskito et al. (2019), tingkah laku pro-alam sekitar sering dipengaruhi oleh norma sosial yang berkembang dalam masyarakat. Apabila penggunaan EV mula diterima sebagai satu bentuk gaya hidup moden dan mesra alam, individu akan lebih terdorong untuk mempertimbangkan penggunaan teknologi tersebut bagi menyesuaikan diri dengan norma sosial semasa. 2.8.3 Kemudahan Pengecasan Kemudahan pengecasan merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) kerana ia menentukan tahap kemudahan pengguna untuk mengecas kenderaan dalam kehidupan seharian (Burra et al., 2024). Infrastruktur pengecasan yang mencukupi dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk menggunakan EV sebagai pengangkutan harian kerana akses kepada stesen pengecasan menjadi lebih mudah dan praktikal (Sutanto et al., 2025). Selain itu, Shalu dan Pandey (2025) menjelaskan bahawa kekurangan kemudahan pengecasan awam masih menjadi antara halangan utama yang mengurangkan niat pengguna untuk memiliki EV, terutamanya dalam kalangan bakal pengguna yang bimbang terhadap kesukaran mendapatkan lokasi pengecasan. Dapatan tersebut disokong oleh Sutanto et al. (2025) yang mendapati bahawa infrastruktur pengecasan mempunyai hubungan positif terhadap sikap pengguna terhadap EV. Kajian tersebut menjelaskan bahawa kewujudan rangkaian stesen pengecasan yang komprehensif dan kemudahan pengecas pantas (fast charging) memberikan keselesaan kepada pengguna untuk mengecas kenderaan mereka, sekali gus meningkatkan kecenderungan untuk membeli EV. Selain itu, Burra et al. (2024) turut menjelaskan bahawa pembangunan infrastruktur pengecasan awam yang meluas dapat mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap jarak perjalanan serta meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan EV sebagai pengangkutan

29 harian. Hal ini menunjukkan bahawa kemudahan pengecasan bukan sahaja memudahkan penggunaan EV, malah berupaya membentuk persepsi yang lebih positif terhadap pemilikan kenderaan elektrik 2.8.4 Keyakinan terhadap penggunaan EV Keyakinan terhadap penggunaan kenderaan elektrik (EV) merujuk kepada tahap kepercayaan pengguna terhadap keupayaan EV untuk memenuhi keperluan pengangkutan harian dari aspek prestasi, keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan teknologi. Tahap keyakinan yang tinggi dapat meningkatkan kesediaan pengguna untuk menerima serta menggunakan EV sebagai alternatif kepada kenderaan konvensional. Sebaliknya, kekurangan keyakinan terhadap prestasi bateri, jarak perjalanan dan aspek keselamatan masih menjadi antara faktor yang menghalang penerimaan EV dalam kalangan pengguna. Menurut Bryła et al. (2023), pengguna yang kurang yakin terhadap prestasi EV, termasuk kemampuan bateri, standard keselamatan dan jarak perjalanan bagi setiap pengecasan, cenderung menunjukkan tahap penerimaan yang lebih rendah terhadap penggunaan EV. Selain itu, penulis turut menjelaskan bahawa persepsi terhadap risiko dan manfaat teknologi baharu memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan pengguna terhadap penggunaan EV. Dapatan tersebut selari dengan kajian oleh Shalu dan Pandey (2025) yang mendapati bahawa keyakinan pengguna terhadap penggunaan EV dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap kebolehpercayaan teknologi, kemudahan penggunaan serta kemampuan EV memenuhi keperluan mobiliti harian. Pengguna yang mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap prestasi dan kebolehpercayaan EV didapati lebih cenderung untuk menunjukkan niat memiliki kenderaan elektrik berbanding pengguna yang masih ragu-ragu terhadap teknologi tersebut. Begitu juga, Sutanto et al. (2025) menjelaskan bahawa persepsi positif terhadap prestasi EV, disokong oleh pembangunan infrastruktur yang baik dan pengalaman penggunaan yang memuaskan, mampu meningkatkan sikap positif pengguna terhadap EV, sekali gus menggalakkan niat pembelian.

30 Dalam konteks Malaysia, keyakinan terhadap penggunaan EV masih perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan kadar penerimaan masyarakat terhadap teknologi ini. Penyebaran maklumat yang tepat mengenai prestasi EV, peningkatan standard keselamatan, pembangunan kemudahan pengecasan serta sokongan dasar kerajaan mampu meningkatkan keyakinan pengguna untuk beralih kepada penggunaan EV. Selaras dengan Theory of Planned Behavior (TPB), keyakinan yang tinggi terhadap penggunaan EV dapat meningkatkan Perceived Behavioral Control (PBC) kerana pengguna merasakan bahawa mereka mempunyai keupayaan serta sumber yang mencukupi untuk menggunakan EV dalam kehidupan seharian. Oleh itu, peningkatan keyakinan terhadap penggunaan EV dijangka dapat meningkatkan keinginan warga kampus UTM untuk memiliki EV sebagai mod pengangkutan yang lebih lestari dan mesra alam. 2.9 Kerangka Konseptual Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan adaptasi Theory of Planned Behavior (TPB) yang merangkumi tiga konstruk utama iaitu sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku, yang kesemuanya mempengaruhi keinginan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV). Rajah 2.1 Adaptasi Kerangka Theory of Planned Behavior

31 Jadual 2.1 Komponen Kerangka Konseptual Komponen Kerangka Konseptual Definisi Sikap melibatkan penilaian positif atau negatif terhadap pemilikan EV, termasuk persepsi kos, kemudahan penggunaan, dan manfaat alam sekitar. Norma Subjektif tekanan sosial atau pengaruh daripada rakan sebaya, dan keluarga terhadap pemilihan EV. Kawalan Tingkah Laku yang dirasai sejauh mana golongan belia merasakan mereka mempunyai sumber, kemampuan, dan kemudahan untuk memiliki EV, termasuk pengetahuan, kewangan, dan ketersediaan infrastruktur pengecasan Keinginan kecenderungan atau niat sebenar golongan belia untuk membeli dan menggunakan EV. Kerangka ini dijangka dapat menjelaskan hubungan antara faktor psikologi, sosial, dan infrastruktur dengan niat sebenar untuk memiliki EV di kalangan golongan belia. Berdasarkan perbincangan literatur subunit 2.3.1 hingga 2.7, kajian ini membentuk kerangka konseptual yang berasaskan adaptasi Theory of Planned Behavior dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keinginan pemilikan EV.

32 Rajah 2.2. Kerangka Konseptual Keinginan Memiliki Ev dalam Kalangan Belia

33 BAB 3 KAEDAH KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab ini menghuraikan pendekatan metodologi yang diaplikasikan untuk mencapai objektif kajian yang berkaitan dengan mengenal pasti faktor kecenderungan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV). Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini termasuklah pendekatan kajian yang diguna pakai, reka bentuk penyelidikan, kriteria pemilihan peserta, instrumen yang dibina, tatacara pengumpulan maklumat, serta teknik analisis data yang diaplikasikan. Ketepatan dalam memilih metodologi amat dititikberatkan kerana ia menentukan sama ada data yang dikumpul mampu menjawab persoalan kajian serta memenuhi objektif yang dirangka. Tambahan pula, bab ini juga menjelaskan tatacara perlaksanaan kajian secara terperinci dan tersusun agar dapatan yang diperoleh bersifat tepat dan boleh dipertahankan dari segi kesahihan.. 3.2 Pendekatan Kajian Kajian ini secara keseluruhannya menggunakan pendekatan kualitatif. Kalbin Salim (2018) menjelaskan bahawa kajian kualitatif merujuk kepada satu bentuk penyelidikan yang memaparkan serta menghuraikan sesuatu fenomena, kejadian, aktiviti dalam masyarakat, persepsi, atau pemikiran individu maupun kumpulan tertentu. Tumpuan utama kajian kualitatif adalah terhadap proses dan kandungan, bukan diukur menerusi nilai kuantiti atau kekerapan. Pentafsiran sesuatu kes amat bergantung kepada sudut pandang pengkaji itu sendiri, sehingga setiap individu boleh menghasilkan tafsiran yang tidak sama antara satu sama lain. Sifat induktif kajian kualitatif bermaksud pengkaji bermula dengan persoalan yang luas dan umum,

34 sebelum secara beransur-ansur menumpukan kepada aspek yang lebih khusus semasa proses interpretasi data dijalankan. Pemilihan kaedah kualitatif adalah bersesuaian dengan hasrat kajian ini untuk mengupas secara terperinci mengenal pasti faktor kecenderungan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV), menerusi teknik temu bual mendalam yang melibatkan informan daripada kalangan belia generasi Z termasuklah pelajar, individu yang bekerja, penganggur, dan usahawan. Pemeriksaan terhadap elemen- elemen TPB, iaitu sikap, norma subjektif, serta kawalan tingkah laku yang dirasai, dijalankan menerusi analisis tematik untuk menghasilkan dapatan yang memberi kefahaman lebih jelas berkenaan situasi unik yang dihadapi golongan belia (Ajzen, 1991; Creswell & Poth, 2018). 3.3 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kualitatif digunakan dalam kajian ini selaras dengan objektif yang telah dirangka. Maklumat kajian diperoleh menerusi sesi temu bual mendalam bersama golongan belia yang menepati kriteria yang ditetapkan. Pendekatan ini dipilih kerana berupaya menghasilkan kefahaman yang lebih menyeluruh terhadap perspektif, pengalaman, dan tanggapan informan mengenai pemilikan kenderaan elektrik (EV). Maklumat yang terkumpul seterusnya diproses menerusi teknik analisis tematik untuk mengenal pasti tema serta subtema yang relevan dengan objektif kajian. Jadual 3.1 memaparkan ringkasan kaedah reka bentuk kajian yang diaplikasikan.

35 Jadual 3.1. Kaedah reka bentuk kajian Objektif Jenis Data Kaedah Pengumpulan Data Alat Pengumpulan Data Analisis Data Alat Analisis Data 1. Untuk meneroka sikap golongan belia terhadap kecenderungann memiliki kenderaan elektrik (EV) Data Primer Temu Bual Mendalam Protokol Temu Bual Analisis Tematik ChatGPT (berpandukan proses Analisis Tematik Sistematik oleh Naeem et al., 2025) 2. Untuk memahami pengaruh norma subjektif terhadap keinginan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV) 3. Untuk mengenal pasti kawalan tingkah laku yang dirasai mempengaruhi keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). 4. Untuk mengetahui bagaimana sikap norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasakan membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV)

36 Merujuk kepada Jadual 3.1, ketiga-tiga objektif kajian ini bersandarkan data primer yang dikumpul menerusi sesi temu bual mendalam. Pendekatan ini diguna pakai kerana ia memberi ruang kepada pengkaji untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam berkenaan pandangan, pengalaman, dan persepsi golongan belia terhadap pemilikan EV. Tatacara pengumpulan data dijalankan menerusi protokol temu bual yang dirangka berasaskan elemen Theory of Planned Behavior (TPB) iaitu sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasai, dan tahap kecenderungan terhadap pemilikan EV. Data yang dikumpul kemudiannya diproses menerusi kaedah analisis tematik bertujuan mengenal pasti tema serta subtema yang berkait dengan objektif kajian. Proses ini dijalankan secara tersusun dengan bantuan ChatGPT, berasaskan rangka kerja Analisis Tematik Sistematik yang dicadangkan oleh Naeem et al. (2025). ChatGPT digunakan bagi membantu mengenal pasti pola awal, mengelompokkan kod yang mempunyai persamaan serta mencadangkan tema awal berdasarkan transkrip temu bual. Walau bagaimanapun, semua tema yang dicadangkan telah disemak semula oleh penyelidik dengan merujuk kepada data asal bagi memastikan ketepatan interpretasi. Sebelum dimasukkan ke dalam ChatGPT, semua maklumat yang boleh mengenal pasti identiti responden dipadamkan bagi menjaga kerahsiaan peserta kajian. 3.3.1 Kerangka Metodologi Untuk memberi gambaran menyeluruh terhadap perlaksanaan kajian, satu kerangka metodologi dibina untuk memaparkan urutan langkah penyelidikan yang dijalankan. Kerangka ini terdiri daripada empat fasa utama iaitu kajian literatur dan pembinaan kerangka kajian, pengumpulan data, analisis data, serta tafsiran dapatan dan perbincangan. Setiap fasa dijalankan secara tersusun untuk memastikan objektif kajian tercapai dan dapatan yang dihasilkan konsisten dengan persoalan kajian. Rajah 3.1 memaparkan carta alir bagi kerangka metodologi kajian ini.

37 Rajah 3.1 :Carta Alir Proses Kerangka Metodologi Kajian 3.4 Prosedur Pengumpulan Data Rajah 3.1 memaparkan carta alir tatacara pengumpulan dan analisis data yang diguna pakai dalam kajian ini. Di peringkat awal, pengkaji menjalankan persediaan permulaan dengan membina protokol temu bual serta mengenal pasti informan yang menepati kriteria kajian. Informan terdiri daripada golongan belia yang merangkumi pelajar institusi pengajian tinggi, golongan pekerja, dan usahawan. Sebelum sesi temu bual dimulakan, pengkaji turut memperoleh kebenaran daripada setiap informan untuk turut serta dalam kajian ini.

38 Sesi temu bual seterusnya dijalankan dalam dua peringkat. Peringkat permulaan memberi tumpuan kepada elemen Theory of Planned Behavior (TPB) iaitu sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku yang dirasai berkaitan pemilikan kenderaan elektrik (EV). Peringkat kedua pula menyasarkan penilaian terhadap tahap kecenderungan dan hasrat informan untuk memiliki EV. Keseluruhan maklumat yang diperoleh kemudiannya ditranskripsikan dalam format teks dan disusun mengikut kumpulan informan demi memudahkan proses analisis seterusnya. Data ini akhirnya diproses menerusi kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema dan subtema yang relevan dengan objektif kajian. Rajah 3.2: Carta Alir Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif 3.5 Kaedah Persampelan Data Sesi temu bual seterusnya dijalankan dalam dua peringkat. Peringkat permulaan memberi tumpuan kepada elemen Theory of Planned Behavior (TPB) iaitu sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku yang dirasai berkaitan pemilikan

39 kenderaan elektrik (EV). Peringkat kedua pula menyasarkan penilaian terhadap tahap kecenderungan dan hasrat informan untuk memiliki EV. Keseluruhan maklumat yang diperoleh kemudiannya ditranskripsikan dalam format teks dan disusun mengikut kumpulan informan demi memudahkan proses analisis seterusnya. Data ini akhirnya diproses menerusi kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema dan subtema yang relevan dengan objektif kajian. 3.5.1 Sasaran Informen Sasaran informan dalam kajian ini terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 15 tahun sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun, selaras dengan takrifan belia yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2026). Golongan belia dipilih sebagai informan kajian kerana mereka merupakan generasi yang bakal memainkan peranan penting dalam menentukan corak penggunaan teknologi dan mobiliti pada masa hadapan. Kerajaan Malaysia turut menekankan pembangunan bakat muda dalam bidang kecerdasan buatan (AI), robotik dan teknologi digital melalui pelbagai inisiatif latihan, penyelidikan dan pembangunan bakat bagi menyokong transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan inovasi (MyDIGITAL Corporation, 2024). Selain itu, golongan belia juga didapati mempunyai tahap penerimaan yang lebih tinggi terhadap teknologi baharu serta menunjukkan kecenderungan yang lebih positif terhadap penggunaan teknologi hijau berbanding generasi terdahulu (Bhutto et al., 2022; Kovács, 2025). Pemilihan golongan belia dalam kajian ini adalah selaras dengan objektif kajian yang bertujuan meneroka persepsi golongan belia terhadap sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasai serta keinginan memiliki kenderaan elektrik (EV). Bagi memperoleh pelbagai perspektif, informan yang dipilih terdiri daripada pelajar, pekerja dan usahawan yang mempunyai latar belakang, pengalaman serta tahap pendedahan yang berbeza terhadap teknologi dan kenderaan elektrik (EV). Bagi memastikan kepelbagaian pandangan, profil informan yang dipertimbangkan dalam kajian ini merangkumi umur, jantina, status pekerjaan, lokasi tempat tinggal sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, status pemilikan

40 kenderaan semasa serta tahap pendedahan terhadap kenderaan elektrik (EV). Kepelbagaian ciri demografi dan pengalaman ini membolehkan penyelidik memperoleh data yang lebih pelbagai, sekali gus membantu memahami faktor-faktor yang membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV daripada pelbagai perspektif. 3.5.2 Teknik Temu Bual Mendalam Instrumen utama bagi pengumpulan data dalam kajian ini adalah temu bual separa berstruktur (semi-structured interview). Protokol temu bual dirangka oleh pengkaji berasaskan elemen-elemen Theory of Planned Behavior (TPB) yang dicetuskan oleh Ajzen (1991) iaitu sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasai, dan niat tingkah laku. Selain itu, pembentukan soalan temu bual turut dipandu oleh kajian literatur berkaitan penerimaan dan pemilikan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pengguna. Protokol temu bual ini mengandungi beberapa siri soalan yang dibina berdasarkan komponen utama dalam Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour, TPB). Soalan awal bertujuan mendapatkan maklumat asas informan serta menilai tahap pengetahuan dan persepsi mereka terhadap kenderaan elektrik (EV). Seterusnya, soalan-soalan yang dikemukakan meneliti sikap informan terhadap EV, pengaruh orang sekeliling (norma subjektif), serta kawalan tingkah laku yang dirasai seperti kemampuan kewangan dan kemudahan infrastruktur pengecasan. Bahagian akhir memberi tumpuan kepada kecenderungan dan tahap keinginan informan untuk memiliki EV pada masa hadapan. Penggunaan soalan terbuka membolehkan informan menghuraikan pandangan, pengalaman dan persepsi mereka secara lebih mendalam, sekali gus membantu pengkaji memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pemilikan EV dalam kalangan belia.

41 3.5.3 Kaedah Persampelan Teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) diguna pakai dalam kajian ini untuk memilih informan. Teknik ini melibatkan pemilihan individu tertentu berasaskan ciri-ciri, pengalaman, atau pengetahuan yang selari dengan objektif kajian (Creswell & Poth, 2018). Ia dipilih kerana membenarkan pengkaji memperoleh maklumat yang lebih mendalam daripada informan yang memiliki kefahaman serta pengalaman yang relevan dengan isu yang dikaji. Informan dalam kajian ini terdiri daripada golongan belia merangkumi pelajar institut tinggi, pekerja, dan usahawan demi memperoleh pelbagai sudut pandang berkaitan pemilikan kenderaan elektrik (EV). Justeru, sesi temu bual diteruskan sehingga tahap ketepuan data dicapai, iaitu apabila tidak lagi wujud maklumat, kod, atau tema baharu yang timbul daripada informan (Creswell & Poth, 2018). Pendekatan ini membenarkan setiap informan menyumbang pandangan, pengalaman, dan persepsi yang mendalam berkaitan faktor- faktor yang mempengaruhi kecenderungan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). 3.6 Pembetulan Instrumen Kajian Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan untuk mengumpul data demi menjawab persoalan dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, instrumen yang dibina berbentuk protokol temu bual separa berstruktur, berasaskan elemen utama Theory of Planned Behavior (TPB) yang dicetuskan oleh Ajzen (1991) iaitu sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasai, dan kecenderungan. Pembinaan instrumen ini turut mengambil kira kajian literatur berkaitan penerimaan dan pemilikan kenderaan elektrik (EV) demi memastikan setiap soalan yang dirangka selari dengan objektif kajian. Jadual 3.3 memaparkan ringkasan pembentukan instrumen kajian ini.

42 Jadual 3.2: Pembentukan Instrument Kajian Pembolehubah Elemen yang diukur Rujukan Contoh soalan temubual Sikap Penilaian positif/negatif terhadap penggunaan EV Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Apakah pandangan anda terhadap penggunaan kenderaan elektrik? Kelestarian Alam Sekitar Ajzen (2006) Membina Soal Selidik Teori Tingkah Laku Dirancang (TPB) Pada pendapat anda, adakah penggunaan EV memberi manfaat kepada alam sekitar? Mengapa? Norma Subjektif Pengaruh orang sekeliling (rakan/staf/keluarga) Francis et al. (2004). Membina Soal Selidik Berdasarkan TPB: Manual untuk Penyelidik Adakah pandangan keluarga, rakan atau orang yang penting kepada anda mempengaruhi keinginan anda untuk memiliki EV? Bagaimana?

43 Kawalan Tingkah Laku Persepsi kemudahan/kesukaran (stesen pengecas, harga). Ajzen, I. (2002). Membina Soal Selidik TPB. Kertas Taklimat/Panduan Apakah faktor yang memudahkan atau menyukarkan anda untuk memiliki. Kemampuan Diri Ajzen (2002) Pertimbangan Konsepsi dan Metodologi. Pada pandangan anda, adakah anda mempunyai kemampuan dari segi kewangan, pengetahuan dan kemudahan untuk memiliki EV? Mengapa? Keinginan Tekad atau rancangan untuk memiliki EV. Sang & Bekhet (2015).Memodelkan Niat Pengadopsian (Pemilikan) EV: Satu Kerangka Teoretikal. Adakah anda bercadang untuk memiliki EV pada masa hadapan? Mengapa? Kesediaan bertukar Francis et al. (2004) Manual untuk Penyelidik. Dalam keadaan apakah anda sanggup beralih daripada kenderaan konvensional kepada EV?

44 Hasrat atau perancangan untuk memiliki EV Ajzen (1991) Niat Tingkah Laku Secara keseluruhannya, sejauh mana anda berminat untuk memiliki EV pada masa hadapan? Apakah faktor utama yang mempengaruhi keputusan tersebut? 3.7 Analisis Kajian Bagi proses analisis data, kajian ini menggunakan kaedah Analisis Tematik bagi mengenal pasti, menganalisis dan mentafsir tema-tema yang muncul daripada data temu bual. Kaedah ini dipilih kerana sesuai digunakan dalam kajian kualitatif yang bertujuan memahami pandangan, pengalaman dan persepsi informan secara mendalam. Menurut Braun dan Clarke (2006), Analisis Tematik merupakan satu kaedah yang fleksibel dan sistematik untuk mengenal pasti corak makna dalam data kualitatif. Dalam kajian ini, proses analisis dilaksanakan dengan bantuan ChatGPT berpandukan proses Analisis Tematik Sistematik yang dicadangkan oleh Naeem et al. (2025). Penggunaan ChatGPT membantu penyelidik dalam proses pengorganisasian data, pengekodan awal, pengelompokan tema serta penyusunan dapatan kajian secara lebih sistematik. Walau bagaimanapun, proses semakan, interpretasi dan pengesahan tema tetap dilakukan oleh penyelidik bagi memastikan ketepatan dapatan yang diperoleh. Proses Analisis Tematik dalam kajian ini dijalankan berdasarkan enam fasa yang diperkenalkan oleh Braun dan Clarke (2006), iaitu familiarisasi data, penjanaan kod awal, pencarian tema, semakan tema, penamaan tema dan penghasilan laporan.

45 Ringkasan proses analisis data yang digunakan dalam kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 3.3. Rajah 3.3 :Carta Alir Proses Kerangka Metodologi

46 BAB 4 PENEMUAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan Bab ini membentangkan dapatan kajian yang diperoleh daripada temu bual bersama 23 orang informan belia yang terdiri daripada pelajar universiti, pekerja dan usahawan. Analisis data dijalankan menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema dan subtema yang berkaitan dengan tahap keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Pembentukan tema dalam kajian ini terhasil daripada proses analisis tematik yang melibatkan proses saringan (screening), pengekodan (coding), pengelompokan data (scoping) dan pembentukan tema berdasarkan corak persamaan jawapan yang diperoleh daripada informan. Dapatan kajian seterusnya dihuraikan mengikut tema dan subtema yang dikenal pasti serta disokong oleh petikan temu bual bagi memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap pandangan informan. Bagi memudahkan proses analisis dan pelaporan data, setiap informan diberikan kod pengenalan berdasarkan kategori latar belakang mereka. Kod PU digunakan bagi mewakili informan dalam kalangan pelajar universiti (Pelajar Universiti), kod PK digunakan bagi mewakili informan yang bekerja (Pekerja), manakala kod US digunakan bagi mewakili informan yang terdiri daripada usahawan. Penggunaan kod ini bertujuan menjaga kerahsiaan identiti informan serta memudahkan rujukan terhadap petikan temu bual yang digunakan dalam perbincangan dapatan kajian. Kajian ini melibatkan seramai 23 orang informan yang terdiri daripada golongan belia berumur antara 23 tahun sehingga umur 30 tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai 16 orang merupakan pelajar universiti, lima orang merupakan pekerja dan dua orang merupakan usahawan. Kepelbagaian latar belakang informan

47 ini membolehkan penyelidik memperoleh pandangan yang lebih menyeluruh berkaitan sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasai serta tahap keinginan terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). 4.2 Analisis Tematik Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan EV Bab ini membincangkan pembentukan tema berdasarkan kerangka Theory of Planned Behaviour (TPB) yang digunakan sebagai asas kajian. Teori ini menekankan tiga konstruk utama iaitu sikap (attitude), norma subjektif (subjective norm) dan kawalan tingkah laku yang dirasai (perceived behavioural control) yang mempengaruhi pembentukan keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku. Dalam konteks kajian ini, tingkah laku yang dimaksudkan ialah keinginan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV). Hasil analisis tematik mengenal pasti tiga tema utama yang membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV, iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Setiap tema mengandungi beberapa subtema yang dikenal pasti melalui corak jawapan yang berulang dalam kalangan informan. Rajah 4.1 menunjukkan ringkasan tema dan subtema yang dikenal pasti melalui proses analisis tematik berdasarkan temu bual bersama 23 orang informan belia. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) dipengaruhi oleh tiga konstruk utama dalam Theory of Planned Behavior (TPB), iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Ketiga-tiga konstruk ini saling berinteraksi dalam membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV. Hasil analisis telah mengenal pasti tiga tema utama dan beberapa subtema yang menjelaskan faktor- faktor yang mempengaruhi kecenderungan golongan belia untuk memiliki EV. Berdasarkan dapatan kajian, Berdasarkan dapatan kajian, tema sikap menunjukkan bahawa kebanyakan informan mempunyai penerimaan yang positif terhadap EV, khususnya dari aspek kelestarian alam sekitar, teknologi moden dan

48 potensi penjimatan kos operasi. Walau bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan kos pemilikan, nilai jualan semula dan kebolehpercayaan EV. Dari aspek norma subjektif, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan masyarakat didapati memainkan peranan dalam membentuk persepsi terhadap EV. Seterusnya, tema kawalan tingkah laku yang dirasai menunjukkan bahawa kemampuan kewangan, pengetahuan mengenai EV, kemudahan infrastruktur pengecasan, serta keyakinan terhadap penggunaan EV memainkan peranan penting dalam membentuk keinginan golongan belia untuk memiliki EV.

49 Rajah 4.1 Analisis Tematik Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV)

50 4.3 Dapatan Tematik Tema Sikap Tema sikap merupakan salah satu konstruk utama dalam Theory of Planned Behaviour (TPB) yang merujuk kepada penilaian, pandangan dan persepsi individu terhadap sesuatu tingkah laku. Dalam konteks kajian ini, tema sikap menumpukan kepada bagaimana golongan belia menilai pemilikan kenderaan elektrik (EV) berdasarkan kelebihan, kekurangan dan pengalaman yang mereka ketahui berkaitan teknologi tersebut. Hasil analisis temu bual menunjukkan bahawa sikap golongan belia terhadap EV secara umumnya adalah positif, namun masih disertai dengan beberapa pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk memilikinya. Berdasarkan analisis data, tema sikap telah menghasilkan satu tema utama iaitu “Penerimaan Positif tetapi Berhati-hati terhadap EV”. Majoriti informan menunjukkan penerimaan yang baik terhadap penggunaan EV kerana melihat pelbagai manfaat yang ditawarkan seperti mesra alam, teknologi moden dan penjimatan kos operasi. Walau bagaimanapun, penerimaan tersebut tidak berlaku secara mutlak kerana sebahagian informan masih mempunyai keraguan terhadap beberapa aspek seperti kos pemilikan, prestasi bateri dan kemudahan pengecasan. Oleh itu, tema ini dibentuk melalui empat subtema utama iaitu kesedaran alam sekitar, EV sebagai teknologi moden dan inovatif, penjimatan kos operasi serta keraguan dan risiko pemilikan EV.

51 Rajah 4.2: Tema Sikap: Penerimaan Positif tetapi Berhati-hati terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV)

52 4.3.1 Sub-tema 1.1: Kesedaran Alam Sekitar Sub-tema kesedaran alam sekitar merujuk kepada persepsi informan terhadap peranan EV dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Berdasarkan maklum balas yang diberikan, kebanyakan informan berpandangan bahawa penggunaan EV mampu mengurangkan pencemaran udara dan pelepasan karbon yang sering dikaitkan dengan penggunaan kenderaan berasaskan bahan api fosil. Keadaan ini menunjukkan bahawa isu kelestarian alam sekitar merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi penerimaan golongan belia terhadap pemilikan EV. Sebagai contoh, PU1 menjelaskan bahawa penggunaan EV dapat memberikan manfaat kepada alam sekitar kerana: "Dapat kurangkan pencemaran udara, pelepasan karbon dioksida dan pencemaran." Petikan tersebut menunjukkan bahawa informan mempunyai kesedaran terhadap hubungan antara penggunaan kenderaan dan pencemaran alam sekitar. Pengurangan pelepasan karbon dioksida dilihat sebagai salah satu kelebihan utama EV berbanding kenderaan konvensional yang menggunakan petrol atau diesel. Pandangan yang hampir sama turut dinyatakan oleh PU3 yang menyatakan bahawa: "Kesan EV terhadap alam sekitar ialah tidak mencemarkan alam sekitar dengan tiada pelepasan karbon dan pencemaran bunyi." Kenyataan ini menunjukkan bahawa informan bukan sahaja melihat EV sebagai teknologi yang dapat mengurangkan pencemaran udara, malah turut menyumbang kepada pengurangan pencemaran bunyi. Aspek ini penting terutamanya dalam kawasan bandar yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi akibat penggunaan kenderaan bermotor.

53 Selain itu, US1 turut menyatakan bahawa: "Alam sekitar dapat dijaga kerana tiada pelepasan emission gas." Pandangan ini memperlihatkan bahawa informan mengaitkan penggunaan EV dengan usaha pemeliharaan alam sekitar melalui pengurangan pelepasan gas yang boleh menjejaskan kualiti udara. Persepsi ini selaras dengan tanggapan umum bahawa EV merupakan alternatif yang lebih mesra alam berbanding kenderaan konvensional. Perkara yang sama turut disokong oleh PU10 yang menyatakan: "Kesan nya sangat bagus kerana bandar akan tidak bising dan tiada pelepasan asap dilepaskan." Berdasarkan petikan tersebut, informan melihat EV sebagai teknologi yang mampu meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar melalui pengurangan pencemaran udara dan bunyi. Keadaan ini menunjukkan bahawa manfaat EV bukan sahaja terhad kepada aspek teknikal, malah turut melibatkan aspek kesejahteraan sosial dan persekitaran. Secara keseluruhannya, sub-tema kesedaran alam sekitar menunjukkan bahawa majoriti informan mempunyai persepsi yang positif terhadap EV kerana kenderaan tersebut dilihat mampu menyumbang kepada pengurangan pencemaran udara, pelepasan karbon dan pencemaran bunyi. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesedaran terhadap isu alam sekitar menjadi salah satu faktor utama yang membentuk sikap positif golongan belia terhadap pemilikan EV 4.3.2 Sub-tema 1.2: EV Sebagai Teknologi Moden dan Inovatif Sub-tema ini merujuk kepada persepsi golongan belia yang melihat EV sebagai satu bentuk inovasi dalam industri automotif yang mencerminkan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup masa kini. Berdasarkan dapatan kajian, ramai informan menganggap EV sebagai teknologi baharu yang selari dengan perkembangan dunia

54 semasa dan menjadi simbol transformasi industri pengangkutan ke arah yang lebih moden. Sebagai contoh, PU2 menyatakan bahawa: "EV adalah satu teknologi baharu dalam industri automotif yang berkembang pesat." Petikan tersebut menunjukkan bahawa informan menyedari perkembangan pesat teknologi EV dalam industri automotif global. Walaupun terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaannya, EV masih dilihat sebagai satu inovasi yang berpotensi mengubah corak penggunaan kenderaan pada masa hadapan. Persepsi ini menunjukkan bahawa golongan belia mempunyai tahap kesedaran yang baik terhadap perkembangan teknologi semasa. Selain itu, PU3 turut menyatakan bahawa: "EV ni sesuatu benda baik yang baharu yang mengikut perkembangan dunia semasa." Kenyataan ini menunjukkan bahawa EV dianggap sebagai teknologi yang relevan dengan perubahan semasa dan mencerminkan kemajuan dunia automotif. Informan melihat penggunaan EV sebagai sebahagian daripada proses penyesuaian terhadap perkembangan teknologi yang berlaku di peringkat global. Pandangan yang hampir sama turut dikongsi oleh PU3 apabila menyatakan bahawa: "Orang yang memiliki EV ialah orang yang suka mencuba benda baharu dan sukakan teknologi terkini." Petikan ini menggambarkan bahawa EV sering dikaitkan dengan individu yang bersifat inovatif dan terbuka terhadap perubahan teknologi. Keadaan ini menunjukkan

55 bahawa pemilikan EV bukan sahaja dilihat sebagai pilihan pengangkutan, malah turut mencerminkan minat seseorang terhadap teknologi moden. Selain itu, PU16 turut memberikan pandangan yang ringkas tetapi jelas apabila menyatakan bahawa: "Teknologi bagus." Walaupun ringkas, kenyataan tersebut menunjukkan bahawa informan mempunyai persepsi yang positif terhadap teknologi EV dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang membawa manfaat kepada masyarakat. Di samping itu, PU6 turut menyatakan bahawa: "Teknologi EV sangat canggih. Banyak sensor keselamatan." Pandangan ini menunjukkan bahawa tahap penerimaan terhadap EV turut dipengaruhi oleh ciri-ciri teknologi yang terdapat pada kenderaan tersebut. Penggunaan teknologi keselamatan yang lebih maju memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap kebolehgunaan EV dalam kehidupan harian. Secara keseluruhannya, sub-tema ini menunjukkan bahawa golongan belia melihat EV sebagai simbol kemajuan teknologi dan inovasi dalam sektor automotif. EV dianggap sebagai teknologi masa hadapan yang selari dengan perkembangan dunia semasa serta mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih moden dan berteknologi tinggi. Persepsi ini menyumbang kepada pembentukan sikap positif terhadap pemilikan EV dalam kalangan belia. 4.3.3 Sub-tema 1.3: Penjimatan Kos Operasi Sub-tema ini merujuk kepada persepsi golongan belia terhadap potensi EV dalam mengurangkan kos penggunaan harian berbanding kenderaan konvensional. Berdasarkan maklum balas informan, faktor penjimatan kos bahan api merupakan

56 salah satu sebab utama yang menjadikan EV menarik untuk dimiliki pada masa hadapan. Sebagai contoh, PU1 menyatakan bahawa: "Ia menjimatkan kos, lebih praktikal dan mengikut trend." Petikan tersebut menunjukkan bahawa informan melihat EV sebagai pilihan yang mampu memberikan manfaat ekonomi melalui pengurangan kos penggunaan harian. Selain menjimatkan kos, EV juga dianggap lebih praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, PK1 menyatakan bahawa: "Kereta EV kereta laju dan kos untuk minyak tiada.. hanya cas saja." Kenyataan ini menunjukkan bahawa pengurangan kebergantungan terhadap petrol menjadi salah satu kelebihan utama EV. Informan melihat kos pengecasan sebagai lebih rendah berbanding kos pembelian bahan api konvensional. Pandangan yang sama turut dikongsi oleh PU7 yang menyatakan bahawa: "Ya, lebih menjimatkan kos petrol dalam jangka panjang." Petikan tersebut menunjukkan bahawa walaupun kos pembelian EV mungkin lebih tinggi pada peringkat awal, informan percaya bahawa penjimatan kos operasi dalam jangka panjang mampu memberikan pulangan yang lebih baik. Selain itu, PU15 turut menyatakan bahawa: "Lebih murah 10 peratus."

57 Kenyataan ini menunjukkan bahawa terdapat informan yang melihat EV sebagai pilihan yang lebih ekonomik dari sudut penggunaan tenaga dan kos operasi harian. Walau bagaimanapun, terdapat juga informan yang melihat faktor kos dari sudut yang lebih berhati-hati. Sebagai contoh, PU8 menyatakan bahawa: "Walaupun penggunaan EV dapat menjimatkan peratusan penggunaan minyak namun ianya tetap memerlukan kos yang tinggi dari segi pengendalian dan pemilikan." Petikan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat manfaat dari segi penjimatan operasi, sesetengah informan masih mengambil kira kos pemilikan keseluruhan sebelum membuat keputusan untuk memiliki EV. Secara keseluruhannya, sub-tema ini menunjukkan bahawa faktor penjimatan kos operasi merupakan salah satu aspek yang menyumbang kepada penerimaan positif terhadap EV. Namun begitu, manfaat tersebut masih dinilai bersama kos pemilikan keseluruhan sebelum seseorang membuat keputusan untuk membeli EV. 4.3.4 Sub-tema 1.4: Keraguan dan Risiko Pemilikan EV Walaupun majoriti informan menunjukkan persepsi yang positif terhadap EV, terdapat juga sebahagian informan yang masih mempunyai keraguan terhadap teknologi tersebut. Keraguan ini kebanyakannya berkaitan dengan nilai jualan semula (resale value), kos penyelenggaraan, jangka hayat bateri serta tahap kebolehpercayaan EV dalam jangka masa panjang. Faktor-faktor ini menyebabkan sesetengah golongan belia masih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memiliki EV walaupun mereka mengakui manfaat yang ditawarkan oleh teknologi tersebut. Sebagai contoh, PU4 menyatakan bahawa: "Saya kurang berkenan dekat EV ni, sebab resale value dia cepat drop."

58 Petikan tersebut menunjukkan bahawa nilai jualan semula merupakan salah satu kebimbangan utama dalam kalangan belia. Informan beranggapan bahawa EV mungkin mengalami penyusutan nilai yang lebih cepat berbanding kenderaan konvensional, sekali gus memberi kesan kepada nilai pelaburan jangka panjang. Pandangan yang hampir sama turut dikongsikan oleh PU2 yang menyatakan bahawa: "Kenderaan EV masih mempunyai masalah besar, iaitu isu resale value yang boleh menjejaskan ekonomi pengguna." Kenyataan ini menunjukkan bahawa faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan untuk memiliki EV. Walaupun EV menawarkan pelbagai kelebihan, ketidakpastian mengenai nilai jualan semula menyebabkan sesetengah individu masih memilih kenderaan konvensional yang dianggap lebih stabil dari sudut pasaran. Selain itu, kebimbangan terhadap aspek teknikal EV turut dinyatakan oleh beberapa informan. Sebagai contoh, PU6 menyatakan bahawa: "Bateri EV terdapat chemical berbahaya, untuk melupuskan akan makan kos yang tinggi." Petikan tersebut menunjukkan bahawa informan mempunyai kebimbangan terhadap pengurusan bateri EV pada penghujung hayat penggunaannya. Kos pelupusan dan penggantian bateri dianggap sebagai salah satu risiko yang boleh meningkatkan kos pemilikan EV dalam jangka masa panjang. Di samping itu, PU4 turut menyatakan bahawa: "Saya tetap tak minat EV ni sebab untuk repair nanti susah."

59 Kenyataan ini menunjukkan bahawa terdapat persepsi bahawa proses penyelenggaraan dan pembaikan EV adalah lebih rumit berbanding kenderaan konvensional. Kekurangan pengetahuan mengenai teknologi EV serta kebimbangan terhadap ketersediaan pusat servis menjadi faktor yang menyumbang kepada keraguan tersebut. Pandangan yang lebih kritikal turut dikemukakan oleh PU2 yang menyatakan: "Saya masih cenderung dengan kenderaan ICE atas reliability dan kemudahan yang diberikan." Petikan ini menunjukkan bahawa sesetengah belia masih mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap kenderaan konvensional kerana telah terbukti dari segi kebolehpercayaan, kemudahan penyelenggaraan dan akses kepada infrastruktur sokongan yang lebih meluas. Selain itu, PU10 turut menyatakan bahawa: "EV kereta yang resale value rendah, tidak tahan lama." Walaupun kenyataan ini bersifat persepsi peribadi, ia menunjukkan bahawa masih terdapat keraguan terhadap ketahanan EV dalam jangka masa panjang. Persepsi sebegini boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk mempertimbangkan EV sebagai pilihan utama. Secara keseluruhannya, dari aspek sikap, dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan belia secara umumnya mempunyai sikap yang positif terhadap pemilikan EV. Majoriti informan melihat EV sebagai alternatif pengangkutan yang lebih mesra alam kerana berupaya mengurangkan pencemaran udara, pelepasan karbon dan pencemaran bunyi. Kesedaran terhadap isu kelestarian alam sekitar menjadi salah satu faktor utama yang membentuk penerimaan positif terhadap EV dalam kalangan belia. Selain itu, EV turut dianggap sebagai teknologi moden dan inovatif yang selari dengan perkembangan industri automotif semasa. Golongan belia melihat pemilikan EV sebagai simbol kemajuan teknologi serta mencerminkan keterbukaan terhadap

60 penggunaan teknologi baharu. Faktor penjimatan kos operasi turut menyumbang kepada sikap positif terhadap EV kerana kebanyakan informan berpandangan bahawa penggunaan EV dapat mengurangkan perbelanjaan bahan api dan memberikan manfaat ekonomi dalam jangka panjang. Walau bagaimanapun, sebahagian informan masih menunjukkan sikap berhati-hati terhadap pemilikan EV disebabkan kebimbangan berkaitan nilai jualan semula, kos penggantian bateri, penyelenggaraan serta kebolehpercayaan teknologi EV dalam jangka masa panjang. 4.4. Tema 2: Pengaruh Sosial sebagai Sokongan terhadap EV Tema norma subjektif merupakan salah satu konstruk dalam Theory of Planned Behavior (TPB) yang merujuk kepada pengaruh individu atau kumpulan yang penting dalam kehidupan seseorang terhadap sesuatu tingkah laku. Dalam konteks kajian ini, tema norma subjektif meneliti sejauh mana pandangan, sokongan dan persepsi daripada keluarga, rakan sebaya serta masyarakat mempengaruhi kecenderungan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Hasil analisis temu bual menunjukkan bahawa faktor sosial memainkan peranan dalam membentuk persepsi dan keyakinan informan terhadap penggunaan EV. Berdasarkan analisis data, tema norma subjektif telah menghasilkan satu tema utama iaitu “Pengaruh Sosial sebagai Sokongan terhadap EV”. Majoriti informan mengakui bahawa pandangan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat mempunyai peranan tertentu dalam membentuk persepsi terhadap EV. Selain itu, pemilikan EV turut dikaitkan dengan imej sosial serta dianggap sebagai sebahagian daripada trend teknologi yang semakin berkembang dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, tema ini dibentuk melalui tiga subtema utama iaitu pengaruh keluarga dan rakan sebaya, imej sosial dan status pemilik EV serta trend generasi muda.

61 Rajah 4.3 Tema 2: Norma Subjektif: Pengaruh Sosial sebagai Sokongan terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV)

62 4.4.1 Sub-tema 2.1: Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya Sub-tema ini merujuk kepada pengaruh yang diterima daripada keluarga, rakan- rakan dan individu terdekat dalam membentuk persepsi terhadap EV. Dapatan menunjukkan bahawa maklum balas dan pengalaman yang dikongsikan oleh individu sekeliling mampu mempengaruhi tahap keyakinan seseorang terhadap penggunaan EV. Sebagai contoh, PU9 menyatakan bahawa: "Mereka boleh mempengaruhi keyakinan terhadap kebolehgunaan dan keselamatan EV." Petikan tersebut menunjukkan bahawa pandangan individu di sekeliling mempunyai peranan dalam membentuk keyakinan terhadap EV. Maklumat yang diperoleh daripada keluarga atau rakan-rakan dapat membantu mengurangkan ketidakpastian berkaitan penggunaan teknologi baharu. Selain itu, US2 turut menyatakan bahawa: "Banyak kerana feedback mereka yang positif." Kenyataan ini menunjukkan bahawa pengalaman positif yang dikongsikan oleh pengguna lain menjadi sumber maklumat yang dipercayai dan mampu meningkatkan penerimaan terhadap EV. Pandangan yang sama turut dikongsi oleh PU1 yang menyatakan bahawa: "Ya pengaruhi sebab ia menjimatkan kos, lebih praktikal dan mengikut trend." Petikan tersebut menunjukkan bahawa sokongan sosial bukan sahaja hadir dalam bentuk galakan, malah turut melibatkan perkongsian maklumat mengenai

63 kelebihan EV yang boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk mempertimbangkan pemilikan EV. Walau bagaimanapun, tidak semua informan dipengaruhi oleh pandangan orang sekeliling. Sebagai contoh, PU4 menyatakan bahawa: "Dia tak pengaruh saya sebab saya tetap tak minat EV ni sebab untuk repair nanti susah." Kenyataan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat pengaruh sosial, keputusan akhir masih bergantung kepada pertimbangan individu terhadap kelebihan dan kekurangan EV. Secara keseluruhannya, sub-tema ini menunjukkan bahawa keluarga dan rakan sebaya memainkan peranan sebagai sumber maklumat dan sokongan yang membantu membentuk persepsi terhadap EV. Namun begitu, pengaruh tersebut tidak semestinya menentukan keputusan pemilikan EV kerana faktor individu masih memainkan peranan yang lebih dominan. 4.4.2. Sub-tema 2.2: Imej Sosial dan Status Pemilik EV Sub-tema ini merujuk kepada persepsi informan terhadap imej dan status yang dikaitkan dengan individu yang memiliki EV. Berdasarkan dapatan kajian, EV sering dikaitkan dengan golongan yang berkemampuan dari segi kewangan, moden dan mempunyai minat terhadap teknologi terkini. Sebagai contoh, PK1 menyatakan bahawa: "Orang yang pakai EV ni orang kaya sebab kereta EV ni kereta yang mahal." Petikan tersebut menunjukkan bahawa EV masih dilihat sebagai produk premium yang lebih mudah dimiliki oleh golongan yang mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi. Persepsi ini terbentuk kerana harga EV yang secara relatifnya lebih mahal berbanding kebanyakan kenderaan konvensional.

64 Selain itu, PD14 turut menyatakan bahawa: "Kereta yang dapat menjimatkan penggunaan minyak, style dan canggih dengan jenama kereta dan interior exterior menarik." Kenyataan ini menunjukkan bahawa EV bukan sahaja dilihat sebagai alat pengangkutan, malah turut dikaitkan dengan gaya hidup moden dan imej yang lebih eksklusif. Pandangan yang hampir sama turut dikongsikan oleh PU3 yang menyatakan bahawa: "Orang yang memiliki EV ialah orang yang suka mencuba benda baharu dan sukakan teknologi terkini." Petikan ini menunjukkan bahawa pemilik EV sering dianggap sebagai individu yang inovatif, berfikiran terbuka dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Selain itu, PU6 turut menyatakan bahawa: "Teknologi EV sangat canggih. Banyak sensor keselamatan." Kenyataan tersebut mengukuhkan persepsi bahawa EV mempunyai ciri-ciri teknologi yang lebih maju dan mampu meningkatkan imej pemiliknya dalam masyarakat. Secara keseluruhannya, sub-tema ini menunjukkan bahawa EV dikaitkan dengan imej sosial yang positif, moden dan berteknologi tinggi. Persepsi tersebut secara tidak langsung membantu meningkatkan daya tarikan EV dalam kalangan golongan belia.

65 4.4.3. Sub-tema 2.3: Trend Generasi Muda Sub-tema ini merujuk kepada kecenderungan golongan belia melihat EV sebagai sebahagian daripada perkembangan teknologi dan trend semasa. Dapatan menunjukkan bahawa ramai informan mengaitkan EV dengan gaya hidup moden yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda. Sebagai contoh, PU16 menyatakan bahawa: "Golongan muda terutama tertarik menggunakan EV." Petikan tersebut menunjukkan bahawa EV mempunyai daya tarikan yang tinggi dalam kalangan generasi muda kerana ia dilihat sebagai teknologi masa hadapan yang selari dengan perubahan semasa. Selain itu, PU3 menyatakan bahawa: "Saya suka cuba benda baharu." Kenyataan ini menggambarkan bahawa golongan belia lebih terbuka untuk menerima inovasi dan teknologi baharu berbanding generasi terdahulu. Pandangan yang hampir sama turut dinyatakan oleh PU1 apabila menyebut bahawa EV adalah: "Lebih praktikal dan mengikut trend." Petikan tersebut menunjukkan bahawa faktor trend dan perkembangan semasa turut mempengaruhi penerimaan terhadap EV. Selain itu, PU3 turut menyatakan bahawa: "Teknologi semakin berubah, so kita mesti mengikut perubahan semasa."

66 Kenyataan ini menunjukkan bahawa sesetengah golongan belia melihat penggunaan EV sebagai satu bentuk penyesuaian terhadap perkembangan teknologi yang berlaku dalam masyarakat. Secara keseluruhannya, dari aspek norma subjektif, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh sosial memainkan peranan penting dalam membentuk kecenderungan golongan belia terhadap pemilikan EV. Keluarga dan rakan sebaya bertindak sebagai sumber maklumat dan sokongan yang membantu meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan EV. Pengalaman positif yang dikongsikan oleh pengguna EV serta pandangan individu terdekat turut mempengaruhi persepsi terhadap teknologi tersebut. Selain itu, EV juga dikaitkan dengan imej sosial yang positif, moden dan berteknologi tinggi, sekali gus menjadikan pemilik EV dilihat sebagai individu yang progresif dan mengikuti perkembangan teknologi semasa. EV turut dianggap sebagai sebahagian daripada trend generasi muda yang cenderung menerima inovasi dan teknologi baharu. 4.5 Dapatan Tematik Tema Kawalan Tingkah Laku Tema kawalan tingkah laku yang dirasai merupakan salah satu konstruk utama dalam Theory of Planned Behavior (TPB) yang merujuk kepada persepsi individu terhadap keupayaan, kemudahan dan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku. Dalam konteks kajian ini, tema kawalan tingkah laku yang dirasai meneliti sejauh mana golongan belia merasakan mereka mempunyai kemampuan dan kemudahan yang mencukupi untuk memiliki serta menggunakan kenderaan elektrik (EV). Hasil analisis temu bual menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan informan mempunyai pandangan yang positif terhadap EV, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keyakinan mereka untuk memiliki kenderaan tersebut. Berdasarkan analisis data, tema kawalan tingkah laku yang dirasai telah menghasilkan satu tema utama iaitu “Halangan Kecenderungan untuk Memiliki EV”. Tema ini merujuk kepada pelbagai faktor yang menjadi kekangan kepada golongan belia dalam membuat keputusan untuk memiliki EV. Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor kemampuan kewangan, kemudahan infrastruktur pengecasan serta

67 tahap keyakinan terhadap penggunaan harian EV merupakan antara pertimbangan utama yang mempengaruhi kecenderungan pemilikan EV. Oleh itu, tema ini dibentuk melalui tiga subtema utama iaitu kemampuan kewangan, infrastruktur pengecasan serta keyakinan dan kemudahan penggunaan harian.

68 Rajah 4.4 Tema 3: Kawalan Tingkah Laku yang Dirasai: Halangan Kecenderungan untuk Memiliki Kenderaan Elektrik (EV)

69 4.5.1. Sub-tema 3.1: Kemampuan Kewangan Sub-tema ini merujuk kepada kemampuan ekonomi dan kedudukan kewangan individu dalam menentukan kecenderungan untuk memiliki EV. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kewangan merupakan halangan utama yang mempengaruhi keputusan pemilikan EV dalam kalangan belia. Sebagai contoh, PK1 menyatakan bahawa: "Buat masa sekarang belum tapi nanti mungkin mampu." Petikan tersebut menunjukkan bahawa walaupun terdapat minat terhadap EV, informan masih belum berada pada tahap kewangan yang membolehkan mereka memiliki kenderaan tersebut pada masa ini. Namun begitu, terdapat keinginan untuk memiliki EV pada masa hadapan apabila keadaan kewangan menjadi lebih stabil. Selain itu, PK1 turut menyatakan bahawa: "Masih menunggu kewangan saya stabil." Kenyataan ini menunjukkan bahawa kestabilan kewangan merupakan syarat penting sebelum seseorang membuat keputusan untuk membeli EV. Faktor ini sering dikaitkan dengan komitmen kewangan jangka panjang yang perlu ditanggung oleh pemilik EV. Pandangan yang sama turut dikongsikan oleh PU14 yang menyatakan bahawa: "Tidak buat masa sekarang kerana masih belajar, saya akan beli jika sudah bekerja."

70 Petikan tersebut menunjukkan bahawa status sebagai pelajar menjadi salah satu faktor yang mengehadkan kemampuan untuk memiliki EV. Informan melihat pemilikan EV sebagai sesuatu yang lebih realistik selepas memperoleh pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap. Selain itu, PK5 turut menyatakan bahawa: "Iya mampu, tetapi masih perlu berfikir banyak kali juga." Faktor seperti kos pemilikan, penyelenggaraan dan nilai jangka panjang masih menjadi perkara yang dipertimbangkan. Pandangan yang hampir sama turut dinyatakan oleh US2 yang menyatakan bahawa: "Sangat mempengaruhi dari segi komitmen bulanan." Petikan tersebut menunjukkan bahawa komitmen kewangan bulanan turut menjadi faktor yang mempengaruhi keputusan pemilikan EV. Walaupun terdapat minat yang tinggi terhadap teknologi tersebut, ramai informan masih menunggu keadaan kewangan yang lebih stabil sebelum membuat keputusan untuk membeli EV. 4.5.2 Sub-tema 3.2: Infrastruktur Pengecasan Sub-tema ini merujuk kepada kemudahan dan akses terhadap infrastruktur pengecasan EV yang tersedia di kawasan tempat tinggal atau lokasi penggunaan harian. Dapatan menunjukkan bahawa kemudahan pengecasan merupakan salah satu faktor yang sangat mempengaruhi keyakinan golongan belia terhadap pemilikan EV.

71 Sebagai contoh, PU4 menyatakan bahawa: "Tidak semua tempat ada EV charging station dan perlu beratur, charge nya lama tak macam isi minyak petrol." Petikan tersebut menunjukkan bahawa kekurangan stesen pengecasan serta tempoh pengecasan yang lebih lama berbanding pengisian bahan api konvensional menjadi kebimbangan utama dalam kalangan informan. Selain itu, PU13 menyatakan bahawa: "Perlu perbanyakkan tempat pengecasan EV ni untuk memudahkan perjalanan." Kenyataan ini menunjukkan bahawa peningkatan jumlah stesen pengecasan dilihat sebagai langkah penting untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap EV. Pandangan yang sama turut dikongsi oleh US2 yang menyatakan bahawa: "Perlu lebih bersedia dari segi kemudahan pengecasan di rumah." Petikan tersebut menunjukkan bahawa kemudahan pengecasan bukan sahaja perlu disediakan di kawasan awam, malah turut perlu dipertingkatkan di kawasan kediaman bagi memudahkan penggunaan harian. Selain itu, PK2 turut menyatakan bahawa: "Tak mudah sangat sebab nak charge ambil masa yang lama juga dan tempat charge nya di tempat tertentu." Kenyataan ini menunjukkan bahawa isu masa pengecasan dan lokasi pengecasan masih menjadi cabaran yang perlu ditangani bagi meningkatkan penerimaan terhadap EV.

72 Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa infrastruktur pengecasan memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi keputusan pemilikan EV. Kekurangan kemudahan pengecasan dan tempoh pengecasan yang panjang menyebabkan sesetengah belia masih ragu-ragu untuk beralih kepada EV. 4.5.3 Sub-tema 3.3: Keyakinan dan Kemudahan Penggunaan Harian Sub-tema ini merujuk kepada tahap keyakinan informan terhadap kemampuan EV untuk digunakan dalam kehidupan harian tanpa menimbulkan kesulitan kepada pengguna. Sebagai contoh, PU3 menyatakan bahawa: "Bersedia dari mental iaitu range anxiety terkawal." Petikan tersebut menunjukkan bahawa keyakinan terhadap jarak perjalanan EV merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kesediaan untuk memiliki EV. Selain itu, PU9 menyatakan bahawa: "Bersedia bergantung kepada kemampuan kewangan dan kemudahan infrastruktur pengecasan." Kenyataan ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan untuk memiliki EV bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor individu, malah turut bergantung kepada kemudahan sokongan yang tersedia. Pandangan yang hampir sama turut dikongsi oleh PU10 yang menyatakan bahawa: "Saya agak bersedia, tetapi masih menunggu harga lebih mampu milik dan kemudahan yang lebih baik."

73 Petikan tersebut menunjukkan bahawa terdapat informan yang mempunyai minat terhadap EV tetapi masih menunggu penambahbaikan dari segi harga dan kemudahan sebelum membuat keputusan pemilikan. Selain itu, PU16 turut menyatakan bahawa: "Jika ada kewangan mencukupi." Kenyataan ini menunjukkan bahawa keyakinan terhadap penggunaan EV masih berkait rapat dengan faktor kemampuan kewangan dan kemudahan yang tersedia. Secara keseluruhannya, dari aspek kawalan tingkah laku yang dirasai, dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun golongan belia mempunyai minat yang positif terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV), tahap kesediaan mereka untuk memiliki EV masih dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran. Faktor kemampuan kewangan dikenal pasti sebagai pertimbangan utama kerana kebanyakan informan merasakan bahawa pemilikan EV memerlukan kedudukan kewangan yang lebih stabil. Selain itu, kemudahan infrastruktur pengecasan yang masih terhad serta kebimbangan terhadap penggunaan harian EV turut mempengaruhi tahap keyakinan informan terhadap pemilikan kenderaan tersebut. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemampuan kewangan, infrastruktur pengecasan serta keyakinan terhadap penggunaan harian merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap kawalan tingkah laku yang dirasai oleh golongan belia terhadap pemilikan EV. 4.6 Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan EV Bahagian ini membincangkan bagaimana keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) terbentuk berdasarkan dapatan temu bual yang diperoleh daripada 23 orang informan. Berbeza dengan bahagian sebelumnya yang menghuraikan dapatan mengikut tiga konstruk utama Theory of Planned Behavior (TPB), bahagian ini memberi tumpuan kepada bagaimana sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai saling berinteraksi dalam membentuk keinginan informan terhadap pemilikan EV. Analisis menunjukkan bahawa keinginan golongan belia bukan dipengaruhi oleh satu faktor sahaja, sebaliknya terbentuk

74 melalui gabungan faktor yang mendorong serta faktor yang menghalang mereka daripada mempertimbangkan pemilikan EV. 4.6.1 Faktor yang mendorong Keinginan Golongan Belia memiliki EV Dapatan kajian menunjukkan bahawa keinginan golongan belia untuk memiliki EV tidak terbentuk secara spontan, sebaliknya dipengaruhi oleh gabungan beberapa faktor yang membentuk persepsi positif terhadap teknologi tersebut. Faktor yang paling ketara ialah kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar, persepsi bahawa EV merupakan teknologi moden serta potensi penjimatan kos operasi dalam jangka panjang. Selain itu, sokongan daripada keluarga dan rakan serta kecenderungan golongan belia untuk mengikuti perkembangan teknologi turut menyumbang kepada pembentukan keinginan memiliki EV. Sebagai contoh, PK2 menyatakan bahawa: " Ev tak memberi kesan terhadap alam sekitar mengurankan pencemaran udara dan karbon." Kenyataan ini menunjukkan bahawa kesedaran terhadap manfaat alam sekitar menjadi salah satu faktor yang membentuk keinginan informan untuk mempertimbangkan pemilikan EV. Bagi informan ini, pemilikan EV bukan sekadar memenuhi keperluan mobiliti, tetapi dilihat sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial dalam mengurangkan pencemaran udara dan pelepasan karbon. Dapatan ini menunjukkan bahawa nilai kelestarian alam sekitar menjadi asas kepada pembentukan persepsi positif terhadap EV. Selain itu, PU7 menyatakan bahawa: " Ya saya merancang untuk memilik ev kerana lebih menjimatkan kos petrol dalam jangka panjang." Selain aspek kelestarian, faktor ekonomi turut menjadi pendorong kepada pembentukan keinginan memiliki EV. Informan melihat penjimatan kos operasi

75 sebagai satu kelebihan yang mampu memberikan manfaat dalam jangka panjang. Hal ini menunjukkan bahawa pertimbangan terhadap kos bukan sekadar berkaitan kemampuan membeli EV, malah melibatkan persepsi bahawa EV mampu mengurangkan perbelanjaan harian selepas dimiliki. Selain itu, PU3 juga menyatakan bahawa: " ...teknologi semakin berubah, so kita mesti mengikut perubahan semasa." Petikan ini menunjukkan bahawa perkembangan teknologi turut mempengaruhi pembentukan keinginan golongan belia terhadap EV. Informan melihat pemilikan EV sebagai sebahagian daripada perubahan teknologi yang perlu diikuti, sekali gus menggambarkan bahawa inovasi turut menjadi faktor yang mendorong minat terhadap EV. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV terbentuk hasil gabungan beberapa faktor yang saling melengkapi. Walaupun setiap informan mempunyai alasan yang berbeza, majoriti mereka mengaitkan keinginan tersebut dengan manfaat terhadap alam sekitar, penjimatan kos operasi, perkembangan teknologi serta pengaruh persekitaran sosial. Ini menunjukkan bahawa pembentukan keinginan bukan dipengaruhi oleh satu faktor secara berasingan, tetapi melalui interaksi pelbagai faktor yang membentuk persepsi positif terhadap EV. 4.6.2 Faktor yang menghalang keinginan golongan belia memiliki EV Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan informan mempunyai persepsi yang positif terhadap kenderaan elektrik (EV), terdapat beberapa faktor yang menghalang pembentukan keinginan untuk memilikinya. Faktor yang paling dominan ialah harga pembelian EV yang masih tinggi, kekurangan kemudahan infrastruktur pengecasan, kebimbangan terhadap prestasi bateri serta ketidakpastian mengenai kos penyelenggaraan dan nilai jualan semula. Faktor-faktor ini menyebabkan sebahagian informan masih memilih untuk menangguhkan hasrat memiliki EV walaupun mengakui manfaat yang ditawarkan oleh teknologi tersebut.

76 Sebagai contoh, PK1 menyatakan bahawa: " Harga EV sekarang masih mahal, saya belum mampu untuk memilikinya” Kenyataan ini menunjukkan bahawa kemampuan kewangan merupakan antara halangan utama yang mempengaruhi keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV. Walaupun informan menunjukkan minat terhadap EV, faktor harga menyebabkan mereka merasakan bahawa pemilikan EV masih belum praktikal pada masa ini. Dapatan ini menggambarkan bahawa kekangan kewangan mampu mengatasi persepsi positif yang dimiliki terhadap EV. Selain itu, PU10 menyatakan bahawa: "Bersedia bergantung kepada kemampuan kewangan dan kemudahan infrastruktur pengecasan” Kenyataan ini menunjukkan bahawa keputusan untuk memiliki EV bukan sahaja bergantung kepada minat terhadap teknologi tersebut, malah dipengaruhi oleh kemudahan sokongan yang tersedia. Kekurangan stesen pengecasan menyebabkan informan merasakan penggunaan EV kurang praktikal, sekali gus mengurangkan keyakinan mereka untuk beralih daripada kenderaan konvensional kepada EV. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa keinginan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV) tidak hanya dipengaruhi oleh persepsi positif terhadap teknologi tersebut, tetapi turut bergantung kepada sejauh mana mereka merasakan pemilikan EV dapat direalisasikan dalam kehidupan seharian. Kemampuan kewangan dan ketersediaan infrastruktur pengecasan muncul sebagai dua faktor utama yang mempengaruhi pertimbangan informan sebelum membuat keputusan untuk memiliki EV. Oleh itu, walaupun majoriti informan menunjukkan minat terhadap EV, keinginan tersebut masih boleh terbantut sekiranya kekangan ekonomi dan kemudahan sokongan belum dapat diatasi.

77

78 4.6.3 Pembentukan Keinginan Golongan Belia berdasarkan Theory of Planned Behaviour (TPB) Berdasarkan keseluruhan dapatan kajian, pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) didapati berlaku melalui interaksi antara tiga konstruk utama dalam Theory of Planned Behavior (TPB), iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Ketiga-tiga konstruk ini saling melengkapi dalam mempengaruhi pertimbangan informan sebelum membuat keputusan untuk memiliki EV Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap positif terhadap EV terbentuk apabila informan melihat EV sebagai teknologi yang mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar, menjimatkan kos operasi dan menawarkan teknologi yang lebih moden. Persepsi positif ini menjadi asas kepada pembentukan minat awal terhadap pemilikan EV. Selain sikap, norma subjektif turut mempengaruhi keinginan informan melalui sokongan dan pandangan daripada keluarga, rakan serta masyarakat. Walaupun pengaruh tersebut berbeza antara informan, sokongan daripada individu yang rapat didapati meningkatkan keyakinan mereka untuk mempertimbangkan pemilikan EV. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan bahawa kawalan tingkah laku yang dirasai merupakan konstruk yang paling dominan dalam membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV. Walaupun informan mempunyai sikap yang positif serta menerima galakan daripada orang sekeliling, keputusan untuk memiliki EV masih bergantung kepada kemampuan kewangan, kemudahan infrastruktur pengecasan, pengetahuan mengenai EV dan keyakinan terhadap teknologi tersebut. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV tidak dipengaruhi oleh satu konstruk TPB secara berasingan. Sebaliknya, pembentukan keinginan berlaku melalui gabungan sikap yang positif, sokongan sosial dan persepsi terhadap keupayaan untuk memiliki EV. Hal ini membuktikan bahawa Theory of Planned Behavior (TPB) masih relevan

79 dalam menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Berdasarkan keseluruhan dapatan kajian, pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV dapat dirumuskan melalui interaksi antara tiga konstruk utama dalam Theory of Planned Behavior (TPB), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5. Rajah 4.5 Model Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) Berdasarkan Dapatan Kajian Rajah 4.5 menunjukkan bahawa pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV dipengaruhi oleh interaksi antara sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Ketiga-tiga konstruk tersebut saling melengkapi dalam membentuk keinginan memiliki EV.

81 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab ini membincangkan rumusan dan kesimpulan bagi kajian yang telah dijalankan berkaitan keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Perbincangan dalam bab ini merangkumi rumusan dapatan kajian berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan, iaitu meneroka persepsi golongan belia terhadap sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai, serta memahami bagaimana faktor-faktor tersebut membentuk keinginan terhadap pemilikan EV. Seterusnya, bab ini menghuraikan kesimpulan keseluruhan kajian, implikasi kajian, limitasi kajian serta cadangan untuk penyelidikan pada masa hadapan. Rumusan yang dikemukakan diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh mengenai faktor-faktor yang membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. 5.2 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Objektif Kajian Rumusan dapatan kajian ini disusun berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan bagi menjelaskan faktor-faktor yang membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Berdasarkan analisis tematik yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan bahawa pembentukan keinginan golongan belia dipengaruhi oleh tiga konstruk utama dalam Theory of Planned Behavior (TPB), iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Setiap konstruk menyumbang kepada pembentukan keinginan melalui faktor-faktor yang berbeza, tetapi saling melengkapi dalam mempengaruhi keputusan golongan belia untuk mempertimbangkan pemilikan EV.

82 5.2.1 Rumusan Dapatan Kajian: Penerimaan Positif tetapi Berhati-hati terhadap EV (Sikap) Hasil utama kajian mendapati bahawa golongan belia menunjukkan penerimaan yang positif terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV), namun penerimaan tersebut disertai dengan sikap berhati-hati sebelum membuat keputusan pemilikan. Dapatan ini menunjukkan bahawa golongan belia mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap manfaat EV, khususnya dari aspek kelestarian alam sekitar, penggunaan teknologi moden dan potensi penjimatan kos operasi. Walau bagaimanapun, beberapa kebimbangan seperti nilai jualan semula, kos penggantian bateri dan kebolehpercayaan EV dalam jangka masa panjang masih mempengaruhi pertimbangan mereka. Oleh itu, hasil kajian ini merumuskan bahawa walaupun golongan belia menerima EV sebagai satu alternatif pengangkutan masa hadapan yang positif, keputusan untuk memiliki EV masih dipengaruhi oleh pertimbangan terhadap risiko serta kebolehlaksanaan pemilikan EV dalam jangka panjang. 5.2.2 Rumusan Dapatan Kajian: Pengaruh Sosial sebagai Sokongan terhadap EV (Norma Subjektif) Hasil utama kajian mendapati bahawa pengaruh sosial memainkan peranan penting dalam membentuk kecenderungan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Dapatan menunjukkan bahawa pandangan, sokongan dan pengalaman yang dikongsikan oleh keluarga, rakan sebaya serta masyarakat sekeliling mampu mempengaruhi persepsi dan keyakinan golongan belia terhadap penggunaan EV. Selain itu, EV turut dikaitkan dengan imej sosial yang positif, moden dan berteknologi tinggi, sekali gus menjadikan pemilik EV dilihat sebagai individu yang progresif dan mengikuti perkembangan semasa. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kecenderungan generasi muda untuk menerima inovasi dan teknologi baharu telah meningkatkan minat mereka terhadap EV. Oleh itu, hasil kajian ini merumuskan bahawa pengaruh sosial merupakan faktor penting yang menyokong pembentukan keinginan golongan belia untuk mempertimbangkan pemilikan EV pada masa hadapan.

83 5.2.3 Rumusan Dapatan Kajian: Halangan Kecenderungan untuk Memiliki EV (Kawalan Tingkah Laku yang Dirasai) Hasil utama kajian mendapati bahawa terdapat beberapa halangan yang mempengaruhi keinginan golongan belia untuk memiliki kenderaan elektrik (EV). Dapatan menunjukkan bahawa kemampuan kewangan merupakan faktor yang paling dominan kerana kebanyakan golongan belia masih berada pada peringkat pengajian atau permulaan kerjaya, sekali gus menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pemilikan EV. Selain itu, kemudahan infrastruktur pengecasan yang masih terhad turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselesaan dan kemudahan penggunaan EV dalam kehidupan seharian. Dari aspek penggunaan harian pula, sebahagian informan masih kurang yakin terhadap keupayaan EV, terutamanya berkaitan jarak perjalanan, tempoh pengecasan dan kebolehpercayaan teknologi tersebut dalam jangka masa panjang. Dapatan ini menunjukkan bahawa walaupun golongan belia mempunyai persepsi yang positif terhadap EV, keinginan untuk memiliki EV tidak semestinya terbentuk sekiranya mereka masih berhadapan dengan kekangan kemampuan kewangan dan kemudahan sokongan. Oleh itu, hasil kajian ini merumuskan bahawa kemampuan kewangan, infrastruktur pengecasan, pengetahuan mengenai EV serta keyakinan terhadap penggunaan EV merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV. 5.2.4 Rumusan Dapatan Kajian: Pembentukan Keinginan Golongan Belia terhadap Pemilikan EV Hasil kajian mendapati bahawa keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) terbentuk melalui gabungan sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Walaupun majoriti informan menunjukkan persepsi yang positif terhadap EV serta menerima pengaruh sosial yang menggalakkan, keputusan untuk memiliki EV masih bergantung kepada kemampuan kewangan, pengetahuan mengenai EV, kemudahan infrastruktur pengecasan dan keyakinan terhadap penggunaan EV dalam kehidupan seharian. Dapatan ini menunjukkan bahawa sikap positif sahaja tidak semestinya membawa kepada keinginan untuk memiliki EV sekiranya masih wujud kekangan yang menghalang

84 pemilikan tersebut. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV berlaku melalui interaksi antara sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai, selaras dengan Theory of Planned Behavior (TPB). 5.3 Perbincangan dapatan kajian Perbincangan ini bertujuan menghuraikan dapatan kajian dengan membandingkannya terhadap kajian-kajian terdahulu serta mengaitkannya dengan Theory of Planned Behavior (TPB). Perbincangan ini penting bagi menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dapatan kajian semasa dengan kajian lepas, di samping menilai sejauh mana teori yang digunakan dapat menerangkan pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Berdasarkan analisis yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan bahawa keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV dipengaruhi oleh gabungan sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga konstruk tersebut tidak memberikan pengaruh yang sama, sebaliknya kawalan tingkah laku yang dirasai didapati memainkan peranan yang lebih dominan dalam membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV. 5.3.1 Perbincangan Dapatan Berdasarkan Sikap dan Norma Subjektif Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan belia mempunyai persepsi yang positif terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV), terutamanya dari aspek kelestarian alam sekitar, penggunaan teknologi moden dan potensi penjimatan kos operasi. Dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh Bhutto et al. (2022) yang mendapati bahawa kesedaran terhadap manfaat alam sekitar dan perkembangan teknologi hijau meningkatkan kecenderungan pengguna untuk menerima EV. Selain itu, kajian ini juga menyokong dapatan Hammad et al. (2023) yang menjelaskan bahawa persepsi positif terhadap manfaat EV merupakan antara faktor yang mendorong pembentukan keinginan untuk memiliki EV. Walau bagaimanapun, kajian ini turut mendapati bahawa walaupun golongan belia mempunyai sikap yang positif terhadap EV, mereka masih mempertimbangkan risiko seperti kos pemilikan, nilai

85 jualan semula dan jangka hayat bateri sebelum membuat keputusan. Keadaan ini menunjukkan bahawa persepsi positif sahaja tidak semestinya membawa kepada keinginan untuk memiliki EV. Dari aspek norma subjektif, dapatan kajian menunjukkan bahawa keluarga, rakan sebaya dan masyarakat turut mempengaruhi pembentukan persepsi golongan belia terhadap EV. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Samarasinghe et al. (2024) serta Shalender dan Sharma (2021) yang menyatakan bahawa sokongan daripada individu yang signifikan mampu meningkatkan kecenderungan seseorang untuk menerima teknologi baharu. Namun demikian, pengaruh sosial dalam kajian ini lebih berperanan sebagai faktor sokongan berbanding faktor penentu keputusan. Ini menunjukkan bahawa walaupun golongan belia menerima galakan daripada persekitaran sosial, keputusan untuk memiliki EV masih bergantung kepada pertimbangan faktor-faktor lain yang lebih praktikal. 5.3.2 Perbincangan Dapatan Berdasarkan Kawalan Tingkah Laku yang Dirasai Kajian ini mendapati bahawa kawalan tingkah laku yang dirasai merupakan faktor yang paling dominan dalam membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV. Antara faktor utama yang dikenal pasti ialah kemampuan kewangan, pengetahuan mengenai EV, kemudahan infrastruktur pengecasan serta keyakinan terhadap penggunaan EV dalam kehidupan seharian. Dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh Kumar dan Alok (2020) yang mendapati bahawa kemampuan kewangan dan persepsi terhadap kemudahan penggunaan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi niat pengguna untuk memiliki EV. Begitu juga dengan kajian Rezvani et al. (2015) yang menjelaskan bahawa individu lebih cenderung mempertimbangkan pemilikan EV apabila mereka merasakan mempunyai sumber dan kemudahan yang mencukupi untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dalam konteks golongan belia di Malaysia, faktor kawalan tingkah laku yang dirasai mempunyai pengaruh yang lebih besar berbanding sikap dan norma subjektif. Walaupun majoriti informan menunjukkan persepsi yang positif terhadap EV dan menerima pengaruh

86 sosial yang menggalakkan, mereka masih belum bersedia untuk memiliki EV sekiranya berhadapan dengan kekangan kewangan atau kemudahan infrastruktur yang terhad. Dapatan ini menunjukkan bahawa keinginan untuk memiliki EV tidak hanya bergantung kepada persepsi positif terhadap teknologi tersebut, malah turut dipengaruhi oleh sejauh mana golongan belia merasakan pemilikan EV adalah praktikal dan mampu direalisasikan dalam kehidupan seharian. 5.3.3 Perbincangan Keseluruhan Berdasarkan Theory of Planned Behaviour (TPB) Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa Theory of Planned Behaviour (TPB) masih relevan dalam menjelaskan pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Selaras dengan teori yang diperkenalkan oleh Ajzen (1991), pembentukan keinginan dipengaruhi oleh sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai. Walau bagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga konstruk tersebut tidak memberikan pengaruh yang sama terhadap keinginan golongan belia. Sebaliknya, kawalan tingkah laku yang dirasai didapati memainkan peranan yang lebih dominan kerana golongan belia lebih memberi perhatian kepada kemampuan kewangan, kemudahan infrastruktur pengecasan, pengetahuan mengenai EV dan keyakinan terhadap penggunaan EV sebelum membuat keputusan untuk memiliki EV. Dapatan ini turut memperluaskan pemahaman terhadap aplikasi TPB dalam konteks pemilikan EV di Malaysia. Walaupun sikap yang positif dan sokongan sosial penting dalam membentuk persepsi terhadap EV, kedua-dua faktor tersebut tidak semestinya diterjemahkan kepada keinginan untuk memiliki EV sekiranya masih wujud kekangan dari aspek ekonomi dan kemudahan sokongan. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV berlaku melalui interaksi antara ketiga-tiga konstruk TPB, dengan kawalan tingkah laku yang dirasai bertindak sebagai faktor yang paling menentukan dalam mempengaruhi keputusan pemilikan EV.

87 5.4 Implikasi hasil Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa implikasi penting terhadap pelbagai pihak yang berkaitan dengan pembangunan mobiliti hijau dan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Dapatan kajian bukan sahaja memberikan gambaran mengenai pembentukan keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV, malah turut menjelaskan faktor-faktor yang membentuk keinginan tersebut. Implikasi kajian ini boleh dilihat daripada aspek perancang bandar, pihak kerajaan dan pembuat dasar, golongan belia serta industri automotif yang terlibat secara langsung dalam pembangunan ekosistem EV di Malaysia. 5.4.1 Implikasi kepada Perancang Bandar Kajian ini memberikan implikasi yang signifikan kepada bidang perancangan bandar dan wilayah, khususnya dalam usaha memperkukuhkan pembangunan mobiliti mampan dan bandar rendah karbon. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun golongan belia mempunyai sikap yang positif terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV), tahap keinginan mereka masih dipengaruhi oleh faktor kemampuan kewangan, pengaruh sosial serta kawalan tingkah laku yang dirasai seperti kemudahan infrastruktur pengecasan dan keyakinan terhadap penggunaan harian EV. Keadaan ini menunjukkan bahawa perancangan fizikal dan penyediaan kemudahan yang menyokong penggunaan EV memainkan peranan penting dalam meningkatkan penerimaan teknologi tersebut dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dapatan kajian ini menekankan kepentingan penyediaan infrastruktur pengecasan yang mencukupi, mudah diakses dan diedarkan secara strategik di kawasan bandar. Oleh itu, perancang bandar perlu mempertimbangkan penyediaan stesen pengecasan EV di kawasan perumahan, pusat komersial, institusi pendidikan, kawasan pekerjaan serta hab pengangkutan awam bagi memastikan kemudahan tersebut dapat memenuhi keperluan pengguna. Perancangan yang sistematik dapat membantu mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap akses pengecasan dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk memiliki EV.

88 Di samping itu, kajian ini turut menyumbang kepada usaha merealisasikan agenda pembangunan bandar mampan melalui pengurangan pelepasan karbon daripada sektor pengangkutan. Dapatan kajian boleh dijadikan rujukan oleh pihak berkuasa tempatan, agensi perancangan dan penggubal dasar dalam merangka strategi pembangunan bandar yang menyokong penggunaan teknologi hijau dan mobiliti rendah karbon. Secara keseluruhannya, kajian ini membantu memperkukuhkan peranan perancangan bandar dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik serta menyokong aspirasi Malaysia ke arah pembangunan bandar yang lebih lestari dan berdaya tahan. 5.4.2 Implikasi kepada Kerajaan dan Pembuat Dasar Kajian ini turut memberikan implikasi penting kepada pihak kerajaan dan pembuat dasar dalam usaha memperkukuhkan pembangunan industri EV di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun golongan belia mempunyai minat yang tinggi terhadap pemilikan EV, beberapa halangan masih wujud dan boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk memiliki kenderaan tersebut. Antara halangan utama yang dikenal pasti ialah kemampuan kewangan, kemudahan infrastruktur pengecasan dan keyakinan terhadap penggunaan EV dalam kehidupan harian. Sehubungan itu, pihak kerajaan boleh menggunakan dapatan kajian ini sebagai panduan dalam merangka dasar dan strategi yang lebih efektif bagi meningkatkan penerimaan EV dalam kalangan generasi muda. Antaranya termasuk memperluaskan rangkaian stesen pengecasan awam, menyediakan insentif pembelian yang lebih menarik serta meningkatkan program kesedaran berkaitan penggunaan EV. Langkah- langkah ini penting bagi memastikan ekosistem EV yang lebih menyeluruh dapat diwujudkan dan seterusnya meningkatkan keyakinan pengguna terhadap teknologi tersebut. Selain itu, kajian ini turut menyokong aspirasi kerajaan dalam mencapai sasaran pembangunan rendah karbon dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau seperti yang digariskan dalam National Energy Transition Roadmap (NETR) dan Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB). Oleh itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai salah

89 satu sumber rujukan dalam usaha memperkukuhkan dasar mobiliti hijau yang melibatkan golongan belia sebagai pengguna masa hadapan. 5.4.3 Implikasi kepada Golongan Belia Kajian ini memberikan implikasi penting kepada golongan belia sebagai kumpulan pengguna utama yang bakal menentukan perkembangan penggunaan kenderaan elektrik (EV) pada masa hadapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun golongan belia mempunyai persepsi yang positif terhadap EV, keputusan untuk memiliki kenderaan tersebut masih dipengaruhi oleh faktor seperti kemampuan kewangan, pengetahuan mengenai EV, kemudahan infrastruktur pengecasan serta keyakinan terhadap penggunaan EV dalam kehidupan seharian. Oleh itu, golongan belia perlu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai teknologi EV supaya dapat membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan maklumat yang sahih. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa persediaan dari aspek kewangan dan pendedahan kepada teknologi hijau merupakan elemen penting dalam meningkatkan keinginan untuk memiliki EV. Sehubungan itu, golongan belia digalakkan untuk mengikuti perkembangan teknologi automotif, memahami manfaat penggunaan EV serta memanfaatkan pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan bagi menyokong peralihan kepada pengangkutan rendah karbon. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa golongan belia memainkan peranan penting dalam menyokong peralihan kepada penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia. Peningkatan pengetahuan, kesedaran, persediaan kewangan serta pendedahan kepada teknologi hijau dapat meningkatkan keinginan mereka untuk memiliki EV. Dengan sokongan dasar dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik, golongan belia berpotensi menjadi pemacu utama kepada pembangunan mobiliti rendah karbon pada masa hadapan.

90 5.4.4 Implikasi kepada Industri Automotif Dari perspektif industri automotif, kajian ini memberikan maklumat yang berguna mengenai persepsi dan keperluan golongan belia terhadap pemilikan EV. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun golongan belia berminat terhadap teknologi EV, faktor harga masih menjadi halangan utama kepada pemilikan kenderaan tersebut. Oleh itu, pengeluar automotif perlu mempertimbangkan pengeluaran model EV yang lebih mampu milik dan bersesuaian dengan kemampuan kewangan golongan muda. Selain itu, industri automotif juga perlu memberi perhatian terhadap aspek teknologi bateri, jarak perjalanan dan kemudahan pengecasan yang sering menjadi kebimbangan pengguna. Penambahbaikan terhadap aspek-aspek ini berpotensi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap EV dan seterusnya mendorong peningkatan kadar pemilikan dalam kalangan golongan belia. Di samping itu, syarikat automotif boleh memanfaatkan dapatan kajian ini untuk merancang strategi pemasaran yang lebih berkesan. Memandangkan golongan belia menunjukkan minat terhadap teknologi moden dan inovatif, promosi EV boleh dilaksanakan dengan menekankan aspek teknologi pintar, ciri keselamatan, penjimatan kos serta sumbangan terhadap kelestarian alam sekitar. Pendekatan ini dijangka dapat meningkatkan lagi minat dan kecenderungan golongan belia terhadap pemilikan EV pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan implikasi yang signifikan kepada golongan belia, pihak kerajaan dan industri automotif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembangunan ekosistem EV yang lebih menyeluruh memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi memastikan penggunaan EV dapat diterima secara lebih meluas dalam kalangan masyarakat. Dengan sokongan dasar yang sesuai, peningkatan infrastruktur serta pengeluaran EV yang lebih mampu milik, keinginan golongan belia terhadap pemilikan EV berpotensi untuk terus meningkat pada masa hadapan.

91 5.5 Limitasi Kajian Walaupun kajian ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, terdapat beberapa keterbatasan yang perlu diberi perhatian. Pertama, proses pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam menghadapi cabaran apabila sebahagian informan memberikan jawapan yang ringkas dan kurang terperinci. Keadaan ini menyebabkan pengkaji perlu mengemukakan soalan lanjutan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan persepsi dan keinginan mereka terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Selain itu, walaupun kajian ini melibatkan informan dari kawasan bandar dan luar bandar, bilangan informan daripada kedua-dua kawasan tersebut adalah tidak seimbang. Keadaan ini mungkin menyebabkan pandangan dan pengalaman golongan belia di kawasan tertentu tidak dapat diwakili secara menyeluruh dalam dapatan kajian. 5.6 Cadangan Kajian Masa Hadapan Kajian ini telah berjaya meneroka faktor-faktor yang membentuk keinginan golongan belia terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV). Walau bagaimanapun, beberapa cadangan dikemukakan bagi memperkukuhkan penyelidikan berkaitan EV pada masa hadapan. a) Melibatkan Bilangan Informan yang Lebih Besar dan Pelbagai Kajian masa hadapan dicadangkan untuk melibatkan bilangan golongan belia yang lebih ramai serta merangkumi latar belakang yang lebih pelbagai seperti tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan lokasi tempat tinggal. Pendekatan ini dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan pemilikan EV dalam kalangan golongan belia.

92 b) Meneliti Faktor yang Mempengaruhi Peralihan daripada Keinginan kepada Pemilikan EV Kajian masa hadapan juga dicadangkan untuk meneliti dengan lebih mendalam faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan daripada keinginan kepada keputusan pemilikan sebenar EV dalam kalangan golongan belia. Kajian ini penting bagi memahami bagaimana minat dan kecenderungan terhadap EV dapat diterjemahkan kepada tindakan pemilikan sebenar, khususnya dalam konteks faktor kewangan, kemudahan infrastruktur pengecasan dan keyakinan terhadap penggunaan EV dalam kehidupan seharian. c) Menjalankan kajian kuantitatif berskala besar berdasarkan Theory of Planned Behavior (TPB) Kajian masa hadapan dicadangkan untuk menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan saiz sampel yang lebih besar bagi menguji hubungan antara konstruk Theory of Planned Behavior (TPB), iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasai terhadap keinginan pemilikan kenderaan elektrik (EV). Pendekatan ini membolehkan hubungan antara pemboleh ubah diuji secara statistik menggunakan kaedah seperti analisis regresi atau Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan daripada kajian kuantitatif berskala besar juga dapat melengkapkan penemuan kajian kualitatif ini serta meningkatkan kebolehgunaan dapatan kepada populasi golongan belia di Malaysia.

93 RUJUKAN Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50(2), 179–211. https://doi.org/10.1016/0749- 5978(91)90020-T Ajzen, I. (2002). Perceived behavioral control, self-efficacy, locus of control, and the theory of planned behavior. Journal of Applied Social Psychology, 32(4), 665– 683. https://doi.org/10.1111/j.1559-1816.2002.tb00236.x Atiyah, N. M., & Kusumawati, F. (2022). The influence of attitude, subjective norm, perceived behavioral control and knowledge environment on purchase intention of hybrid cars. Journal of Management and Energy Business, 2(2). Bhalla, P., Ali, I. S., & Nazneen, A. (2018). A study of consumer perception and purchase intention of electric vehicles. European Journal of Scientific Research, 149(4), 362–368. Bhutto, M. Y., Soomro, Y. A., & Yang, H. (2022). Extending the theory of planned behavior: Predicting young consumer purchase behavior of energy-efficient appliances (evidence from developing economy). Environmental Science and Pollution Research. Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa Brinkmann, D., & Bhatiasevi, V. (2021). Purchase intention for electric vehicles among young adults in Thailand. Vision: The Journal of Business Perspective, 27(1), 110–118. https://doi.org/10.1177/09722629211001981 Conner, M., & Armitage, C. J. (1998). Extending the theory of planned behavior: A review and avenues for further research. Journal of Applied Social Psychology, 28(15), 1429–1464. Ebaidalla, E. M., Abusin, S., Malkawi, A. H., & Mandikiana, B. W. (2025). Exploring youth's intentions to purchase electric and hybrid vehicles in Qatar: The role of moral norms and environmental concern. Cleaner and Responsible Consumption, 19, 100343. https://doi.org/10.1016/j.clrc.2025.100343

94 Fishbein, M., & Ajzen, I. (2010). Predicting and changing behavior: The reasoned action approach. Psychology Press. Francis, J. J., Eccles, M. P., Johnston, M., Walker, A., Grimshaw, J., Foy, R., Kaner, E. F. S., Smith, L., & Bonetti, D. (2004). Constructing questionnaires based on the theory of planned behaviour: A manual for health services researchers. University of Newcastle. International Energy Agency. (2024). Global EV outlook 2024. International Energy Agency. IPCC. (2023). Climate change 2023: Synthesis report. Contribution of Working Groups I, II and III to the Sixth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change. IPCC. https://doi.org/10.59327/IPCC/AR6- 9789291691647 Jaiswal, D., Kaushal, V., Kant, R., & Singh, P. K. (2021). Consumer adoption intention for electric vehicles: Insights and evidence from Indian sustainable transportation. Technological Forecasting and Social Change, 173, 121089. https://doi.org/10.1016/j.techfore.2021.121089 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. (2026). Had umur belia Malaysia. https://www.kbs.gov.my/ms/had-umur-belia-malaysia Krishna, G. (2021). Understanding and identifying barriers to electric vehicle adoption through thematic analysis. Transportation Research Interdisciplinary Perspectives, 10, 100364. https://doi.org/10.1016/j.trip.2021.100364 Kumar, R., & Alok, K. (2020). Adoption of electric vehicle: A literature review and prospects for sustainability. Journal of Cleaner Production, 253, 119911. https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2019.119911 Lee , J. Y., Chin , Y. M., Lee , K. K., & Phua, Y. N. (2026). AWARENESS, ATTITUDES, AND ADOPTION INTENTIONS TOWARD ELECTRIC VEHICLES AMONG MALAYSIAN UNDERGRADUATE YOUTH. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 8(24), 448–470. https://doi.org/10.35631/IJIREV.824028 Loudiyi, M., Chetioui, Y., & Lebdaoui, H. (2022). Economics of electric vehicle adoption: An integrated framework for investigating the antecedents of perceived value and purchase intent. International Journal of Economics and Financial Issues, 12(5), 30–40.

95 Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. (2023). Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) 2021–2030. https://www.mgtc.gov.my McKinsey & Company. (2023, April 8). The A to Z on Gen Z. https://www.mckinsey.com/featured-insights/themes/the-a-to-z-on-gen-z Mohd Noor, N. A., Muhammad, A., Tunku Abaidah, T. N. A., Shamsudin, M. F., & Md Isa, F. (2025). Price, maintenance cost, infrastructure readiness, and attitude: An integrated model of electric vehicle (EV) purchase intention. Vehicles, 7(4), 136. https://doi.org/10.3390/vehicles7040136 MyDIGITAL Corporation. (2024, October 22). Budget 2025 accelerates Malaysia's transformation in AI. https://www.mydigital.gov.my/budget-2025-accelerates- malaysias-transformation-in-ai/ Naeem, M., Smith, T., & Thomas, L. (2025). Thematic analysis and artificial intelligence: A step-by-step process for using ChatGPT in thematic analysis. International Journal of Qualitative Methods, 24. https://doi.org/10.1177/16094069251333886 OpenGov Asia. (2025, September 18). Malaysia: Youth, technology at the core of smart transformation. https://opengovasia.com/malaysia-youth-technology- at-the-core-of-smart-transformation/ Purwanto, E., Irawan, A. P., & Taba, M. I. (2025). Factors influencing attitudes and purchase intentions of electric vehicles among urban consumers. International Journal of Transport Development and Integration, 9(2), 287–305. https://doi.org/10.18280/ijtdi.090207 Samarasinghe, D., Kuruppu, G. N., & Dissanayake, T. (2024). Factors influencing the purchase intention toward electric vehicles; a nonuser perspective. South Asian Journal of Marketing, 5(2), 149–165. https://doi.org/10.1108/SAJM-04-2023- 0026 Sang, Y.-N., & Bekhet, H. A. (2015). Modelling electric vehicle usage intentions: An empirical study in Malaysia. Journal of Cleaner Production, 92, 75–83. Shalender, K., & Sharma, N. (2021). Using extended theory of planned behaviour (TPB) to predict adoption intention of electric vehicles in India. Environment, Development and Sustainability, 23(1), 665–681. https://doi.org/10.1007/s10668-020-00602-7

96 Shalu, & Pandey, A. (2025). A study on the factors influencing the adoption intentions of electric vehicles. NMIMS Management Review, 33(4), 263–275. https://doi.org/10.1177/09711023251375288 Slepian, R. C., & Furman, H. (2024). [Tajuk bab Generasi Z]. In Comprehensive Precision Medicine (1st ed., pp. 524–544). Elsevier. Tan, J. D., Tee, W. H., Kang, C. C., Ariannejad, M., Ng, Z. J., & Lee, N. C. (2025). Electric vehicle in Malaysia: Power source challenges, infrastructure gaps and international benchmarking. Energy Conversion and Management: X, 28, 101307. https://doi.org/10.1016/j.ecmx.2025.101307 The Star. (2023, November 23). Youth age limit to be lowered to 30 by Jan 1, 2026. https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/11/23/youth-age-limit-to-be- lowered-to-30-by-jan-1-2026 Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. D. (2003). User acceptance of information technology: Toward a unified view. MIS Quarterly, 27(3), 425– 478. Wahab, S., & Zailani, Z. (2024, April 29). Malaysia on track for EV revolution. Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. https://www.mgtc.gov.my/2024/04/malaysia-on-track-for-ev-revolution/ Yegin, T., & Ikram, M. (2022). Analysis of consumers' electric vehicle purchase intentions: An expansion of the theory of planned behavior. Sustainability, 14(19), 12091. https://doi.org/10.3390/su141912091 Zhao, X., Hu, H., Yuan, H., & Chu, X. (2023). How does adoption of electric vehicles reduce carbon emissions? Evidence from China. Heliyon, 9(9), e20296. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2023.e20296

97 Lampiran A

98

99

100