efolio

JABATAN PERDAGANGAN PROGRAM DSK MPU21072: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN NAMA PENSYARAH : EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI JENIS PENTAKSIRAN : E-FOLIO TAJUK SOALAN : SOALAN KE-2 TARIKH PENGHANTARAN : 26/8/2026 TARIKH PENERIMAAN : BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIK 1. AHMAD JOHAN BIN AHMAD SUZUKI 02DSK25F2032 2. AHMAD DANISH FIRAS BIN MOHD. HISAMUDDIN 02DSK25F2034 3. SHAIFUL NIZAM HAZIQ BIN MOHAMMAD 02DSK25F2036

1 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN .......................................................................................................................................... 2 PENGENALAN .............................................................................................................................................. 3 OBJEKTIF KAJIAN ....................................................................................................................................... 4 ERA PEMBENTUKAN MASYARKAT MAJMUK (ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA) .................... 5-8 ERA PEMBENTUKAN MASYARKAT MAJMUK (ERA PENJAJAHAN BRITISH) ................................... 9-12 PEMBENTUKKAN ...................................................................................................................................... 13 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEMASUKAN MAJMUK PELBAGAI KAUM ....................... 14-16 PERANAN MASYARAKAT MAJMUK DALAM MEMBANGUNKAN IDENTITI KEBANGSAAN ........... 17-18 KESIMPULAN ............................................................................................................................................. 19 SUMBER RUJUKAN ................................................................................................................................... 20

2 PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadirat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi, pensyarah kursus MPU21072 yang telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sama-sama menyiapkan tugasan ini sehingga ke penghujungnya walaupun tidak dapat meluangkan masa bersama-sama. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga segala kerjasama yang diberikan ini akan diberkati oleh Allah SWT. Semoga hasil tugasan kami ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana untuk dijadikan sebagai pengajaran.

3 PENGENALAN Masyarakat majmuk di Malaysia merujuk kepada struktur demografi yang terdiri daripada pelbagai kaum utama seperti Melayu, Cina, dan India, serta kumpulan etnik Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian ini tidak terbentuk secara mendadak, melainkan merupakan manifestasi daripada proses sejarah yang panjang merangkumi era Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan barat, dan era pasca-kemerdekaan. Kajian -Folio ini meneliti kronologi sejarah migrasi dan integrasi kaum serta implikasi sosioekonomi sejarah ini terhadap penggubalan dasar-dasar sosial negara bagi menjamin kesepaduan nasional.

4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif E-Folio ini adalah untuk menyelidik sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dan bagaimana sejarah ini membentuk dasar sosial yang menyokong keharmonian serta kesepaduan nasional. Melalui kajian ini, kami dapat mengetahui tentang dua proses era berlainan, iaitu era Kesultanan Melayu Melaka dan era penjajahan British yang menggunakan dasar “Divide and Rule”. Secara khususnya, penyelidikan ini adalah seperti berikut: 1. Menjelaskan sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia mengikut fasa utama kronologi. 2. Menganalisis kesan dasar “Divide and Rule” penjajah British terhadap hubungan sosioekonomi antara kaum. 3. Menilai peranan dasar sosial negara selepas 1969 dalam memupuk keharmonian dan integrasi nasional.

5 ERA PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK Era Kesultanan Melayu Melaka Kesultanan Melayu Melaka yang bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil di muara Sungai Melaka telah mengalami transformasi pesat sehingga berkembang menjadi sebuah empayar maritim yang tersohor di seluruh alam Melayu. Kedudukan strategiknya di laluan perdagangan antarabangsa menjadikan Melaka sebagai pusat pertemuan pelbagai peradaban dunia, termasuk pedagang dari China, India, Arab, dan Kepulauan Melayu. Kegemilangan ini bukan sahaja memancarkan kekuatan ekonomi dan politiknya, malah menjadi titik tolak penting yang memangkin pembentukan masyarakat majmuk awal di rantau ini. Kepelbagaian demografi tersebut terjalin secara harmonis hasil dorongan pelbagai faktor utama, antaranya termasuklah: 1. KEPEMIMPINAN SULTAN 2. SISTEM PENTADBIRAN 3. SISTEM PERUNDANGAN

6 1. KEPEMIMPINAN SULTAN ❖ KETURUNAN SULTAN PALEMBANG ➢ Berdasarkan naskhah Sulalatus Salatin, salasilah pemerintah Melaka berasal daripada keturunan Raja Palembang yang bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain. Salasilah kebangsawan ini memberikan kedudukan dan kedaulatan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu. ❖ PERANAN YANG UNGGUL 1. Menjadi simbol perpaduan seluruh rakyat. 2. Bertindak sebagai ketua angkatan tentera dan pertahanan negeri. 3. Mengetuai dan mengendalikan hubungan diplomatik luar. 4. Menyelaraskan serta memantau kegiatan ekonomi dan perdagangan. 5. Memegang peranan sebagai ketua agama Islam. 6. Menjamin dan menegakkan keadilan berasaskan undang-undang. ❖ KEWIBAWAAN ➢ Kewibawaan raja diakui menerusi sifat kepemimpinan yang adil, berwibawa, serta prihatin terhadap kebajikan rakyat. Baginda memerintah berdasarkan bidang kuasa yang dijangkakan dan ditetapkan dalam Hukum Kanun Melaka. Pemerintah seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah amat mengutamakan keamanan serta kesejahteraan negeri. Aspek ini terbukti menerusi wasiat Sultan Mansur Shah kepada puteranya, Sultan Alauddin Riayat Shah, yang menasihatkan baginda agar sentiasa bersikap adil, menyiasat sesuatu tuduhan dengan teliti, dan bekerjasama rapat dengan para pegawai.

7 2. SISTEM PENTADBIRAN ❖ SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN ➢ Kestabilan Melaka ditunjangi oleh Sistem Pembesar Empat Lipatan yang sistematik. Menerusi sistem ini, Sultan melantik pembesar pada pelbagai peringkat pemerintahan untuk melicinkan pentadbiran kerajaan. Pentadbiran pusat ditunjangi oleh Pembesar Berempat (dikenali sebagai Orang Kaya Berempat) sebagai tonggak utama, sambil dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua di peringkat jajahan, daerah, mukim, serta kampung. ❖ TUGAS PEMBESAR BEREMPAT (ORANG KAYA BEREMPAT) ➢ Bendahara: • Bertindak sebagai penasihat utama Sultan dan Perdana Menteri. • Menjadi pemangku raja semasa ketiadaan Sultan atau sebelum Sultan baharu ditabalkan. • Memegang peranan sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera. ➢ Temenggung: • Mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam dalam kota Melaka. • Bertindak sebagai Ketua Hakim di darat dan Ketua Polis. ➢ Laksamana: • Mengawal keselamatan perairan dan menjadi ketua angkatan laut. • Bertindak sebagai pengawal peribadi Sultan serta utusan rasmi kerajaan. ➢ Penghulu Bendahari: • Menguruskan sistem kewangan, hasil pendapatan, dan perbendaharaan negeri

8 3. SISTEM PERUNDANGAN ❖ HUKUM KANUN MELAKA ➢ Hukum Kanun Melaka mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446–1456) sebelum disusun semula secara teratur di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489–1511). Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang menetapkan hak keistimewaan serta tanggungjawab raja dan pembesar. Selain itu, elemen hukum Islam turut diserapkan merangkumi aspek jenayah, urusan jual beli, dan kekeluargaan. Pelaksanaan undang-undang yang teratur ini berjaya memelihara keamanan, menjamin keselamatan rakyat, serta menangani kes jenayah secara cekap dan saksama. ❖ UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA ➢ Undang-Undang Laut Melaka digubal semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Undang- undang yang mengandungi 25 fasal ini merangkumi tatacara pelayaran di laut, tertib perniagaan, serta garis panduan perjumpaan dan urusan jual beli. Di samping itu, undang-undang ini menggariskan peranan dan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi, dan syahbandar. Pelaksanaannya bukan sahaja memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar dan saksama, malah memberi keyakinan serta jaminan keselamatan kepada para pedagang antarabangsa ❖ ADAT TEMENGGUNG ➢ Adat Temenggung merupakan undang-undang adat yang diamalkan di Melaka, diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Adat ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti sistem pemerintahan, pewarisan takhta, perkahwinan, pewarisan harta, dan perundangan. Melalui amalan sistem pemerintahan beraja, kuasa tertinggi terletak di tangan sultan. Manakala bagi sistem pewarisan takhta, ia dilaksanakan secara teratur menerusi jurai keturunan, di mana takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung.

9 ERA PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK Era Penjajahan British Kedatangan British ke Tanah Melayu telah membawa perubahan signifikan terhadap struktur sosioekonomi tempatan menerusi dasar pecah dan perintah (divide and rule). Kemasukan buruh dari China dan India secara besar-besaran untuk sektor perlombongan dan estet telah mewujudkan komposisi masyarakat majmuk. Kepelbagaian ini membentuk pembahagian penempatan dan kegiatan ekonomi mengikut kaum, sekali gus mengubah demografi sosial Tanah Melayu secara kekal. Era penjajahan British menyaksikan pelaksanaan dasar yang menggalakkan kemasukan migran dari luar, khususnya dari China dan India, bagi memenuhi keperluan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan dan perladangan. Walaupun kehadiran kaum asing telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, dasar British telah mempercepat dan mengukuhkan pembentukan masyarakat majmuk ini. Kesannya, setiap kumpulan etnik tetap mengekalkan identiti serta budaya tersendiri, sekali gus menghasilkan satu komposisi sosial yang pelbagai di bawah satu unit politik

10 MASYARAKAT MELAYU Pada zaman penjajahan, masyarakat Melayu umumnya bergantung pada ekonomi sara diri berasaskan sektor pertanian seperti penanaman padi, perikanan, dan pemungutan hasil hutan. Kehidupan sosioekonomi ini dinaungi oleh sistem sosial feudal di bawah pemerintahan raja-raja tempatan, sebelum kedatangan kuasa Barat yang membawa transformasi secara menyeluruh.

11 MASYARAKAT CINA Masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada era penjajahan. Mereka menjadi tulang belakang industri ini dengan membawa kepakaran, tenaga buruh, serta model perniagaan yang maju seperti syarikat kongsi. Kemasukan mereka secara beramai-ramai didorong oleh keperluan industri yang pesat, sekali gus membawa perubahan sosial dan ekonomi yang signifikan. Hal ini merangkumi pengenalan teknologi perlombongan, pembentukan bandar-bandar baharu, dan perkembangan aktiviti sampingan yang lain, lantas membentuk masyarakat yang dinamik di kawasan perlombongan.

12 MASYARAKAT INDIA Pada zaman penjajahan, masyarakat India merupakan tenaga buruh utama dalam industri getah. Mereka bekerja sebagai penoreh di estet-estet getah, sering kali bermula dari awal pagi dengan kelengkapan seperti pisau toreh, tong susu getah, lampu suluh, dan raga. Bagi melindungi diri daripada gigitan serangga dan cuaca panas, mereka memakai pakaian yang sesuai seperti baju dan seluar panjang serta topi atau tudung, sekali gus membuktikan ketabahan mereka dalam memajukan sektor perladangan negara.

13 PEMBENTUKAN Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia selepas Perang Dunia Kedua merupakan kesan daripada dasar penjajahan British yang menggalakkan kemasukan imigran dari China dan India bagi memenuhi keperluan sektor perlombongan dan pertanian. Di bawah pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, perkembangan ini secara drastik mengubah komposisi kaum, meningkatkan populasi bukan Melayu, sekali gus memulakan pembentukan masyarakat berbilang kaum yang unik di Malaysia.

14 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEMASUKAN MAJMUK PELBAGAI KAUM 1. PERKEMBANGAN EKONOMI ➢ Salah satu faktor utama yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ialah perkembangan ekonomi kapitalis yang mewujudkan pemisahan fungsi ekonomi mengikut kaum. Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh pendatang Cina yang mendominasi sektor perniagaan dan perlombongan bijih timah. Manakala pendatang India tertumpu di kawasan perladangan getah serta perbandaran sebagai buruh pelabuhan dan kemudahan awam. Pada masa sama, masyarakat Melayu kekal dalam sektor ekonomi tradisional sebagai petani dan nelayan. Jurang perbezaan fungsi ekonomi ini telah memisahkan ketiga-tiga kumpulan etnik secara fizikal dan sosial, sekali gus membentuk struktur masyarakat majmuk yang unik. ❖ PENDUDUK MELAYU ➢ Mengekalkan aktiviti ekonomi tradisional seperti bertani dan menangkap ikan. ❖ PENDATANG CINA ➢ Terutamanya terlibat dalam perdagangan dan perlombongan biji timah. ❖ PENDATANG INDIA ➢ Tertumpu di ladang getah dan sebagai buruh di bandar pelabuhan.

15 2. DASAR PECAH DAN PERINTAH ➢ Dasar Pecah dan Perintah British bertujuan menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu dengan mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional, sambil menggalakkan pelaburan asing dan penghijrahan buruh India dan Cina ke dalam ekonomi moden. Ini dilakukan untuk mengelakkan masyarakat Melayu terdedah kepada pengaruh luar yang dikhuatiri akan melahirkan penentangan, dan dasar ini juga secara aktif menggalakkan asimilasi antara tiga kaum utama di Tanah Melayu. 3. PENGALAMAN BUDAYA YANG BERBEZA ➢ Pembentukan masyarakat majmuk dipengaruhi oleh pemisahan petempatan dan fungsi ekonomi seperti tumpuan etnik Cina dan India di kawasan perlombongan serta perladangan yang membolehkan setiap kelompok mempertahankan identiti warisan budaya, tradisi, dan cara hidup masing- masing. Natijahnya, fenomena ini melahirkan struktur sosial yang terasing serta menyebabkan kurangnya interaksi rentas etnik.

16 4. SISTEM PENDIDIKAN ➢ Sistem pendidikan vernakular yang terpisah mengikut etnik di Tanah Melayu telah memperketat segregasi sosial dalam masyarakat majmuk. Perbezaan kurikulum dan kualiti pendidikan antara sekolah Melayu, sekolah Cina berasaskan negara asal, dan sekolah Tamil di estet bukan sahaja mengukuhkan identiti etnik secara berasingan, malah menjadi kekangan utama kepada pembentukan integrasi nasional. ❖ PENDIDIKAN AGAMA ➢ Orang Melayu mendapat pendidikan berasaskan agama Islam di sekolah pondok. ❖ KUALITI DAN KURIKULUM: ➢ Sistem pendidikan tempatan bagi Melayu dianggap kurang berkualiti, di pelajar hanya diajar membaca, menulis, dan mengira. ❖ PENGARUH NEGARA CHINA: ➢ Pendidikan orang Cina berasaskan negara China, menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina. ❖ SUMBER PENDIDIKAN: ➢ Guru, sukatan pelajaran, dan buku pendidikan dibawa terus dari China untuk masyarakat ini. ❖ PENDIDIKAN DI LADANG: ➢ Orang India menubuhkan sekolah Tamil di ladang ladang untuk memberi pengetahuan asas kepada anak anak India.

17 PERANAN MASYARAKAT MAJMUK DALAM MEMBANGUNKAN IDENTITI KEBANGSAAN 1. MERPEKUKUHKAN PERPADUAN KAUM ➢ Keharmonian dalam masyarakat majmuk dipelihara menerusi integrasi antara pelbagai bangsa, agama, dan budaya. Semangat perpaduan yang didasari sikap saling menghormati menjadi tunggak kepada keharmonian sosial, sekali gus mengukuhkan pembentukan identiti kebangsaan. 2. MENGAMALKAN NILAI TOLERANSI DAN SALING MENGHORMATI ➢ Penghormatan silang budaya terhadap adat dan agama dalam masyarakat pelbagai etnik menjadi pemangkin kepada pembentukan persefahaman inter- etnik serta pencegahan konflik sosial. Teras toleransi ini bukan sahaja mendasari proses integrasi nasional, malah membentuk identiti kebangsaan yang utuh bagi rakyat Malaysia. 3. MEMBENTUK BUDAYA NASIONAL YANG UNIK ` ➢ Kepelbagaian budaya dalam struktur masyarakat majmuk menjadi teras kepada pembentukan identiti kebangsaan yang unik. Fenomena ini dimanifestasikan melalui amalan perayaan bersama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Hari Gawai, manakala asimilasi kebudayaan menerusi makanan, pakaian tradisional, serta kesenian pelbagai etnik secara berterusan memperkaya khazanah budaya negara.

18 4. MEMUMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DAN CINTA AKAN NEGARA ➢ Pertahanan keharmonian dan kedaulatan negara secara kolektif oleh pelbagai etnik merupakan tiang seri kepada pembentukan semangat patriotisme di Malaysia. Penglibatan merentas kaum dalam pasak keselamatan serta acara rasmi seperti sambutan Hari Merdeka bukan sahaja memperkukuh solidariti kebangsaan, malah menyemai rasa bangga dan kebersamaan sebagai warganegara tanpa dipengaruhi batasan etnik. 5. MENDUKUNG DASAR-DASAR KERAJAAN ➢ Ketersediaan masyarakat majmuk dalam menyokong dasar-dasar strategik kerajaan seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Wawasan Kemakmuran Bersama merupakan pemangkin utama kepada integrasi nasional. Penghayatan holistik terhadap kerangka dasar ini bukan sahaja memangkinkan perpaduan rakyat, malah memperkukuh pembentukan identiti kebangsaan yang utuh.

19 KESIMPULAN Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan manifestasi evolusi sejarah yang berakar sejak era Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan Melaka sebagai pelabuhan entrepot antarabangsa telah merangsang interaksi sosiobdaya menerusi penempatan dan perkahwinan campur antara pedagang luar dengan penduduk tempatan. Dinamika ini seterusnya mengalami transformasi ketara pada era kolonial British menerusi Dasar Pecah dan Perintah yang memobilisasi kemasukan buruh dari China dan India bagi memenuhi keperluan sektor perlombongan serta perladangan, sekali gus memisahkan fungsi ekonomi dan petempatan mengikut etnik. Kepelbagaian ini, walaupun mencetuskan cabaran integrasi sosial, kini berfungsi sebagai pemangkin utama pembinaan identiti nasional. Sehubungan dengan itu, pemeliharaan keharmonian menerusi semangat toleransi dan integrasi berterusan merupakan prasyarat penting dalam menjamin kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang stabil dan maju.

20 SUMBER RUJUKAN 1. Abdul Rahman, H. (2018). Sejarah Malaysia: Dari Zaman Awal hingga Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (2016). A History of Malaysia. London: Palgrave Macmillan. 3. Gullick, J.M. (2004). Sejarah Sosioekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 4. Khoo Kay Kim (2007). Melayu dan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications. 5. Roff, W.R. (2014). The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 6. Zainal Abidin Wahid (2019). Etika dan Peradaban di Malaysia. Shah Alam: Penerbit UiTM. 7. Sumber Internet: ➢ Arkib Negara Malaysia (http://www.arkib.gov.my) ➢ Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my) ➢ Ensiklopedia Sejarah Malaysia (http://www.malaysianhistory.com)