Laporan Audit Koop 2025

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG TINGKAT 5, BANGUNAN TUANKU SYED PUTRAPETI SURAT 429 10750 PULAU PINANG. SURUHANJAYA KOPERASI Molaysia Tel. : 04-2611 335 Faks : 04-2639 429 Emel : www.skm.gov.my Ruj. Kami: SKM.P.P.(AUDIT):05/04/311/Jld.2/(23) Tarikh :1.1 JUN 2026 Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Anggota-Anggota Lembaga, Koperasi SMK Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang Berhad Tuan, LAPORAN PENGURUSAN JURUAUDIT KE ATAS KOPERASI SMK BERTAM INDAH KEPALA BATAS PULAU PINANG BERHAD Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kami telah selesai menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun Koperasi SMK Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Dalam menjalankan proses pengauditan, kami telah memeriksa dan menyemak beberapa aspek sistem kawalan dalaman dan perakaunan koperasi yang menjadi sebahagian daripada prosedur-prosedur biasa pengauditan. Daripada pemeriksaan-pemeriksaan dan pemerhatian yang dijalankan, kami ingin memaklumkan penemuan-penemuan kami mengenai sistem kawalan dalaman dan perakaunan koperasi. Walau bagaimanapun, penemuan-penemuan yang diperolehi tidak boleh dianggap menyeluruh atau meliputi kesemua aspek sistem kawalan dalaman dan perakaunan koperasi disebabkan kerja-kerja pengauditan yang dijalankan hanyalah berdasarkan sampel-sampel yang dipilih sahaja. PENERAJU KECEMERLANGAN KOPERASI DKN 2030

Bil 1. Penemuan-Penemuan Wang Di Tangan Cadangan-Cadangan Baki wang tunai di tangan bendahari Penyimpanan wang di tangan dalam adalah melebihi RM1,000.00 pada akhir jumlah yang besar Adalah tidak bulan seperti berikut: digalakkan memandangkan wang di tangan merupakan aset mudah cair yang berisiko tinggi terhadap kehilangan, kecurian ataupun mudah disalahgunakan. Oleh yang demikian, pihak pengurusan hendaklah mengambil tindakan sejajar dengan fasal (1)(c) Undang-Undang Kecil 48 iaitu menyimpan semua wang yang diterima dalam tempoh 24 jam daripada penerimanya. Selain itu, pihak Lembaga Koperasi juga perlu menetapkan dan meluluskan sejumlah wang tunai yang perlu disimpan dari semasa ke semasa untuk kegunaan runcit selaras dengan fasal (1)(e) Undang-Undang Kecil 48. Bulan Jumlah (RM) Januari 2,165.00 Februari 1,650.10 Mac 1,622.10 April 4,224.90 Mei 1,416.10 Jun 1,387.10 Julai 2,471.10 Ogos 2,952.10 September 821.10 Oktober 1,272.10 November 1,481.10 Disember 1,488.85 2 Modal Syer Anggota Didapati koperasi tidak mengedarkan senarai baki modal syer pada 31 Disember 2025 kepada anggota- anggota untuk tujuan pengesahan. Pihak pengurusan koperasi mestilah memastikan prosedur mengedarkan surat pengesahan modal syer anggota perlu dibuat setiap akhir tahun kewangan kerana ia Adalah salah satu tatacara pengauditan. Prosedur ini Adalah penting untuk menentukan kesahihan baki modal syer seperti ditunjukkan di kunci kira-kira.