Created in Canva
SEBUAH RENUNGAN TENTANG KEBERANIAN DAN KESETIAANLEBIHKAN JEBAT, KURANGKAN TUAH! SAYF ISMAIL
AL-KISAH
JARAK/KUASA
Cuba anda bayangkan situasi ini: Hari Rabu pertenghan minggu, anda berada didalam kereta selepas seharian berkerja di ofis. Kepala serabut kerana Boss minta siapkan laporan yang perlu diserah pada hari Isnin depan. Adoi, ini bermakna kenalah kerja beberapa jam depan komputer pada hari Sabtu dan Ahad akan datang ni. Apa boleh buat? mencari rezeki beginilah, nak kata ‘No’ kepada Bos pun tak boleh. Bekerja weekend tu dah biasapun. Nanti kalau tak siap boss pulak kena dgn Boss dia, sudah pasti kemarahan dari atas tu tetap akan sampai ke kita… so, Redha-jelah. Jalan Jem, kereta bergerak perlahan, hari pun nampak gelap macam nak hujan. Cepatla jalan, kalau sagkut dalam hujan ni lagi lambat nak sampai rumah. Hujan turun renyai-renyai… Hai Stress! Nak hilangkan stress, pasanglah radio jumpa lagu Ziana Zain, lega sikit, nyanyila sorang-sorang dalam kereta bagi lepaskan sikit. Sambil layan Ziana ni, tiba-tiba dgr bunyi siren dari jauh, tgk cermin blkg tak nampak apa lagi. Tak sampi dua minit, mulala nampak kereta blkg masing-masing ketepi membuka ruang untuk beri laluan. Siapa yang nak lalu? Selalunya Ambulan tapi tak nampak pulak siren atas bumbung tu. Lepas tu baru nampak lampu motor outrider Polis DiRaja Malaysia, dgn kasarnya memberi isyarat ketepi-ketepi untuk beri laluan. Dua outrider lalu dulu, satu persatu setiap kereta ngesot supaya terbukalah jalan untuk laluan VVIP yg tak dikenali bakal lalu. So confirm VVIP yang nak lalu nie…tapi siapa? Agung? Raja, Kerabat ke Menteri? Tak kirala siapa, dah ada Siren dgn Abam motor suruh mmg kena ketepi lah walaupun hati kecil berbicara; Hai... kenapala aku kena bagi laluan. Kalau org sakit dlm Ambulan aku okay, tapi kalau manusia lain walaupun Raja, Tan Sri atau Dato’ … kenapa aku kena beri laluan? Bukan kita sama-sama nak balik kerumah masing- masing?
Walaupun hati kurang senang, kita tetap ketepi. VVIP berlalu, kita pun sibukla nak tgk kereta apa dan siapa? Kalau Rolls Royce atau plate kuning tu Rajala… tapi Raja mana? Malaysia ada 9 keluarga diRaja dan di KL nie boleh jadi mana-mana. Menteri jgn cakapla… ada lebih dari 30 menteri. Tapi kalau menteri mestila pakai Aplhard hitam, kata Perdana konon tapi dah tak nampak dah. Tengok-tengok mmg Alphard cermin gelap yang lalu diekori sebuah Volvo XC90 (SB la tu) lepas tu kereta proton saga dua biji. Laju je lalu, tak kira bahaya pada orang lain. Makian dalam hati pun bermula… Menyampah! Siut betulla! Makin lambat la aku sampai rumah, ko sedap je potong line! Pastu boleh pulak pakai cermin gelap habis, kita nie kalau gelap lebih sikit dah kena saman! Bukan samaje nak elak panas matahari yang sama! Haissh! Malas layan… fokus balik kepada radio. Lagu Ziana dah tukar jadi lagi Taylor Swift pulak. Layan jelah… zone out macam zombie sedar tak sedar dalam 45 minit dah sampai rumah di PPR yang dibeli secara hutang. Kisah VVIP berlalu dengan konco-konconya ke Bukit Damansara sudahpun dilupakan. Inilah sedikit penerangan mengenai konsep ‘Power/Distance’ atau dalam bahasa Melayu: ‘Jarak/Kuasa’. Rasa marah dan kurang senang yg bergelumang di sanubari tadi dikuburkan sahaja. Kerana apa? Kerana keadaannya memang begitu. Tak boleh buat apa, tak gunapun nak melawan. VVIP nie kerja dia penting, masa dia lebih berharga, so mmg ada hak untuk merentasi Jem pakai outrider berbanding kami rakyat marhaen. Apa boleh buat? Terima saja. Jarak/Kuasa tinggi: Istilah yang menggambarkan rasa yang dipendam bila tak boleh/berani berbuat apa-apa, namun akhirnya akur saja. 'Jarak-Kuasa’ is real, ia hadir dalam kehidupan harian kita dalam pelbagai bentuk dan pelbagai situasi, hari-hari tanpa disedari.
Tapi jangan salah faham kawan-kawan, Akur ni tak semestinya membawa maksud lemah, adakala dan ketika akur ini merupakan sifat yang baik dan terpuji. Namun kalau akur saja tanpa soalan, atau buta tuli ikut orang yang berkuasa pun ada bahaya dan buruknya. Kita harus bijak memilih dimana perlu akur dan bila harus menyoal dan bersuara. Dunia sudah berbeza, walaupun Ziana Zain dah kembali single dan masih hot, muziknya tidak lagi diterima Gen Z dan Alpha walhal vokalnya jauh lagi power dari Taylor Swift dan sewaktu dengannya. Jadi melihatkan fenomena ini, kita pun harus berubah sesuai zaman. Tak dinafikan sifat ‘akur’ telah berkesan membawa Malaysia maju dari zaman merdeka ke ambang melinia baru. Yang disebut zaman ‘Asian Tiger’dibawah pimpinan berwawasan 4 perdana menteri petama. Tapi bila diteliti, zaman itu tak kompleks sangat sebab informasi terhad dan kemajuan yang dikejar lebih berbentuk fisikal dari segi pembangunan infrastuktur dan industri komoditi serta pembuatan. Namun selepas tahun 2000 ke 2020 kita dah mula nampak model ‘akur’ nie dah kurang berkesan kerana ekonomi berubah dari bersifat fisikal kepada pengetahuan atau ‘knowledge-based’. Dalam zaman knowledge-base ini sifat dan sikap akur atau menerima sahaja dah tak sesuai. Tambah lagi dengan ‘overload’ informasi dan sekarang kemunculan teknologi AI. Kini, espicially lepas zaman Covid, semuanya sudah berubah. Untuk Malaysia kekal relevan dan terus bersaing dengan negara-negara lain memerlukan anjakan paradigma yang lebih bersifat menyoal? bukan sekadar menerima! Kalau terus ‘Akur’ saja, rasanya tidak kemana kita!
JEBAT KE TUAH?