View buku aturcara 1 compressed (1) flipbook.
11 NOVEMBER 2026 MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU), SHAH ALAM Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) QL RESOURCES BERHAD POULTRY
ISI KANDUNGAN Aturcara Majlis Kata-kata Aluan - Ketua Pegawai Eksekutif - Pengurus Besar QL Poultry Academy - Penyelaras SLDN Mengenai SLDN Mengenai QL Poultry Academy Senarai Graduan SLDN Penerimaan Anugerah SLDN 2026 Ucapan Penghargaan 02 . 03 04 05 06 07 08-10 11 12
ATURCARA MAJLIS Nota: Atur cara adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan keperluan protokol dan kehadiran pihak pengurusan. : Pendaftaran Tetamu dan Ketibaan Graduan : Perarakan Masuk Graduan : Perarakan Masuk VIP dan Pihak Pengurusan : Nyanyian Lagu Kebangsaan “Negaraku” : Bacaan Doa : Tayangan Montaj Majlis Konvokesyen SLDN QL 2026 : Ucapan Alu-aluan : Sorotan Perjalanan dan Pencapaian Program SLDN QL : Penyampaian Sijil dan Pengiktirafan Graduan SLDN QL : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SLDN QL 2026 : Ucapan Wakil Graduan : Sesi Fotografi Rasmi : Perarakan Keluar VIP dan Graduan : Jamuan Minum Petang dan Sesi Ramah Mesra 1.30pm – 2.15pm 2.30pm – 2.40pm 2.40pm – 2.50pm 2.50pm – 2.55pm 2.55pm – 3.00pm 3.00pm – 3.05pm 3.05pm – 3.15pm 3.15pm – 3.25pm 3.25pm – 4.05pm 4.05pm – 4.30pm 4.30pm – 4.35pm 4.35pm – 4.45pm 4.45pm – 4.50pm 4.50pm hingga selesai MASA ATURCARA 02
Ketua Pegawai Eksekutif ILF QL Resources Berhad Pesanan Ketua Pegawai Eksekutif EN. CHIA SEONG FATT KATA-KATA ALUAN Salam Sejahtera, Tahniah kepada semua graduan yang diraikan dalam Konvokesyen SLDN pertama QL Poultry Academy. Hari ini merupakan satu detik yang membanggakan, bukan sahaja untuk anda dan keluarga, tetapi juga untuk QL. Kejayaan ini mencerminkan kesungguhan, disiplin dan komitmen yang telah anda tunjukkan sepanjang mengikuti program latihan dan pembangunan kompetensi ini. Di QL, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah organisasi bermula dengan pembangunan modal insan yang berkualiti. Dalam industri makanan dan pertanian yang sentiasa berkembang, keupayaan untuk belajar, menyesuaikan diri dan meningkatkan kemahiran secara berterusan amat penting bagi memastikan daya saing dan kemampanan perniagaan. Program SLDN telah memberikan asas yang kukuh melalui gabungan pembelajaran teori dan pengalaman sebenar di tempat kerja. Namun, konvokesyen ini bukanlah penamat kepada perjalanan pembelajaran anda, sebaliknya merupakan permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar dalam membentuk masa depan industri. Saya berharap agar anda terus mengamalkan budaya kecemerlangan, integriti dan pembelajaran berterusan dalam setiap peranan yang diamanahkan. Gunakan ilmu dan pengalaman yang diperoleh untuk menyumbang kepada kemajuan organisasi, industri dan negara. Sekali lagi, tahniah atas pencapaian ini. Semoga anda terus melakar kejayaan pada masa hadapan. 03
Pengurus Besar QL Poultry Academy QL Resources Berhad DR. DANISH CHEONG Ucapan Pengurus Besar QL Poultry Academy Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bersama QL Resources Berhad. Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin dan kesungguhan para graduan dalam meningkatkan pengetahuan serta menguasai kemahiran yang diperlukan oleh industri. Perjalanan selama 18 bulan di lima (5) buah ladang di Semenanjung Malaysia, iaitu Pajam, Raub, Rasa, Kulim dan Melaka, pastinya telah memberikan pelbagai pengalaman serta cabaran yang bermakna. Proses pembelajaran dan latihan secara praktikal ini telah mengasah pengetahuan, kemahiran dan bakat para graduan, di samping meningkatkan keyakinan mereka dalam menjalankan tugas harian dengan lebih cekap dan profesional. Program ini turut membuktikan komitmen syarikat dalam melahirkan pekerja mahir bagi memenuhi keperluan industri perladangan dan penternakan ayam. Peningkatan kompetensi dalam kalangan pekerja secara tidak langsung dapat meningkatkan aspek keselamatan, produktiviti, kualiti operasi dan prestasi syarikat secara keseluruhannya. Penghargaan turut diberikan kepada Pihak Pengurusan Syarikat, Jurulatih (Coaches), Penyelia (Supervisors), Pegawai Penilai (PPL) dan seluruh warga kerja QL yang telah membimbing para graduan. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada perjalanan kerjaya yang lebih progresif dan cemerlang. 04
Penyelaras SLDN QL Resources Berhad Ucapan Penyelaras SLDN EN. MOHD FAIZAL Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bersama QL Resources Berhad. Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin dan kesungguhan para graduan dalam meningkatkan pengetahuan serta menguasai kemahiran yang diperlukan oleh industri. Perjalanan selama 18 bulan di lima (5) buah ladang di Semenanjung Malaysia, iaitu Pajam, Raub, Rasa, Kulim dan Melaka, pastinya telah memberikan pelbagai pengalaman serta cabaran yang bermakna. Proses pembelajaran dan latihan secara praktikal ini telah mengasah pengetahuan, kemahiran dan bakat para graduan, di samping meningkatkan keyakinan mereka dalam menjalankan tugas harian dengan lebih cekap dan profesional. Program ini turut membuktikan komitmen syarikat dalam melahirkan pekerja mahir bagi memenuhi keperluan industri perladangan dan penternakan ayam. Peningkatan kompetensi dalam kalangan pekerja secara tidak langsung dapat meningkatkan aspek keselamatan, produktiviti, kualiti operasi dan prestasi syarikat secara keseluruhannya. Penghargaan turut diberikan kepada Pihak Pengurusan Syarikat, Jurulatih (Coaches), Penyelia (Supervisors), Pegawai Penilai (PPL) dan seluruh warga kerja QL yang telah membimbing para graduan. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada perjalanan kerjaya yang lebih progresif dan cemerlang. 05
30%Pembelajaran Teori 70%Latihan Amali Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) merupakan satu kaedah latihan kemahiran yang menggabungkan pembelajaran di tempat kerja sebenar dan pusat latihan. Pendekatan ini berasaskan konsep industry-driven, melalui kerjasama antara syarikat atau industri dengan institusi latihan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). SLDN bertujuan melahirkan tenaga kerja berpengetahuan yang mempunyai kompetensi dalam tiga aspek utama: Perantis yang berjaya menamatkan latihan dan memenuhi keperluan yang ditetapkan boleh dianugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia, antaranya: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) TEKNIKAL SOSIAL & KEMANUSIAAN METADOLOGI & PEMBELAJARAN MENGENAI SISTEM DUAL LATIHAN NASIONAL (SLDN) 06
Ditubuhkan pada tahun 2023 di bawah Centre of Excellence (COE), QL Poultry Academy terdiri daripada lapan orang ahli pasukan yang komited dalam membangunkan kompetensi, kemahiran dan bakat tenaga kerja syarikat-syarikat subsidiari QL Poultry dalam QL Resources Berhad. Akademi ini berperanan menyediakan latihan yang praktikal, relevan dan selaras dengan keperluan operasi serta perkembangan industri. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk On-the-Job Training (OJT) Program, Poultry Technical Training, Training Needs Analysis (TNA), kelas bahasa untuk pekerja asing dan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Melalui pelaksanaan program yang tersusun dan berorientasikan prestasi, QL Poultry Academy beriltizam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, produktif dan berdaya saing, sekali gus menyokong pertumbuhan mampan serta kecemerlangan operasi QL Resources Berhad. MENGENAI QL POULTRY ACADEMY POULTRY 07
MOHAMAD NAZRIN BIN DAHALAN QL PAJAM KOO WON LOK QL PAJAM NUSWAN BIN NAWI QL RAUB MOHD HANIF BIN GHAZALI QL PAJAM MUHAMAD ALIAS BIN NAZRI QL RAUB MUHAMMAD SAIFUL ANUAR BIN ZAINAL QL RAUB JANET ANAK JOHOI QL PAJAM MUHAMMAD SYAKIR ROZAMAN BIN AHMAD ZAKI QL PAJAM MOHAMMAD MAZRIEL NAIM BIN MAZLAN QL RAUB SENARAI GRADUAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) QL RESOURCES BERHAD 2026 08
SENARAI GRADUAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) QL RESOURCES BERHAD 2026 MUHAMAD SHAFIE BIN JUHARI QL RAUB MUHAMMAD HAZIM BIN CHE JAMRI QL MELAKA MADIHAH BINTI ABD RAZAK QL MELAKA MUHAMMAD DHIYAUDDIN IZZAT BIN MOHD DAUD QL RAUB SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR QL MELAKA NURKHALIDAH BINTI ABDUL KADIR QL KULIM NURIZZATUL AMIRAH BINTI ABU BAKAR QL MELAKA NORHIDAYAH BINTI MALAHUBBAN QL MELAKA NUR AZIMAH BINTI ZAINAL ABIDIN QL KULIM 09
SENARAI GRADUAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) QL RESOURCES BERHAD 2026 AINA FARZANA BINTI SHAIFUDDIN QL KULIM AMELIA ATILIA ARINA BINTI AHMAD RIDHUWAN QL RASA ARAVIND A/L MARCUS QL RASA ALIF NAJMI BIN ZAMRI QL RASA MOHAMAD RAZAK DANIEL BIN AZMI QL RASA 10
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH PERANTIS CEMERLANG TEORI NUR AZIMAH BINTI ZAINAL ABIDIN ANUGERAH PERANTIS CEMERLANG PRAKTIKAL AMELIA ATILIA ARINA BINTI AHMAD RIDHUWAN ANUGERAH PERANTIS CEMERLANG BUKU LOG NURIZZATUL AMIRAH BINTI ABU BAKAR ANUGERAH KHAS QL MUHAMMAD HAZIM BIN CHE JAMRI ANUGERAH 5 CGPA TERBAIK 1. AMELIA ATILIA ARINA BINTI AHMAD RIDHUWAN 2. ALIF NAJMI BIN ZAMRI 3. ARAVIND A/L MARCUS 4. NURKHALIDAH BINTI ABDUL KADIR 5. MOHAMAD RAZAK DANIEL BIN AZMI CGPA 4.00 CGPA 3.99 CGPA 3.97 CGPA 3.93 CGPA 3.92 ANUGERAH PILIHAN SYARIKAT 1. QL PAJAM 2. QL RASA 3. QL KULIM 4. QL MELAKA 5. QL RAUB MOHAMAD NAZRIN BIN DAHALAN MOHAMAD RAZAK DANIEL BIN AZMI NURKHALIDAH BINTI ABDUL KADIR NORHIDAYAH BINTI MALAHUBBAN MUHAMMAD SAIFUL ANUAR BIN ZAINAL 11
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan QL Resources Berhad, pihak pengurusan ladang, jurulatih SLDN, tenaga pengajar serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, bimbingan dan sokongan dalam menjayakan Program SLDN. Penghargaan khusus turut diberikan kepada pihak pengurusan dan tenaga pengajar di ladang-ladang berikut atas dedikasi mereka dalam membimbing, melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten. TENAGA PENGAJAR SLDN • QL Poultry Farm (Pajam) — Cik. Azri Alia binti Tosri • QL Ansan Poultry Farm (Rasa) — Cik. Azri Alia binti Tosri • QL Ansan Poultry Farm (Kulim) — Dr. Koay Chen Phing • QL Eco Farm (Raub) — En. Syazwan bin A Halim • Lian Foo Poultry Farm (QL Melaka) — Cik. Azri Alia binti Tosri Terima kasih atas segala usaha, kerjasama dan dedikasi yang telah dicurahkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat, peningkatan kemahiran dan kecemerlangan berterusan dalam industri perunggasan. Tahniah kepada semua graduan SLDN. Semoga terus melangkah maju dan mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing. QL POULTRY ACADEMY UCAPAN PENGHARGAAN 12
POULTRY IMBAS UNTUK e-BUKU PROGRAM