E FOLIO STKDI

View E FOLIO STKDI flipbook.

MPU23182 - SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAMTOPIK 4 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TOPIK 5 : KAEDAH FIQH DALAM SAINS , TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TAJUK : Penggunaan Botox (Botulinum Toxin Type A) Menurut Perspektif Islam dan Kaedah Fiqh1 1

NAMA AHLI KUMPULANSITI NABILAH AIMI ( F1046 ) ADIB ZAKWAN ( F1070 ) MUHAMMAD ANIQ NAZHAN ( F1074 ) MUHAMMAD SYAFIQ AFNAN ( F1058 ) ALIFF MUZAFFAR ( F1095 ) 2

ISI KANDUNGANPENGENALAN HUKUM PENGGUNAAN BOTOX DALAM ISLAM PENGECUALIAN BAGI TUJUAN PERUBATAN PANDANGAN ULAMA / PERSPEKTIF ISLAM DALIL DAN KAEDAH FIQH KESAN / IMPAK PENGGUNAAN BOTOX KESIMPULAN 3 PERKARA MUKA SURAT 4 7 8 9 10 12 14

PENGENALANAPA ITU BOTOX / BOTULINUM TOXIN TYPE A? Botox (Botulinum Toxin Type A) merupakan sejenis bahan yang digunakan melalui suntikan dan mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang perubatan serta kosmetik. Dalam bidang kecantikan, Botox sering digunakan untuk mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah serta mengubah penampilan seseorang. Walau bagaimanapun, penggunaan Botox menimbulkan persoalan dari sudut hukum Islam kerana terdapat isu berkaitan kandungan bahan, kemudaratan kepada pengguna dan tujuan penggunaannya. 4

CONTOH GAMBAR5

PENGENALANDalam Islam, setiap perkembangan sains dan teknologi perlu dinilai berdasarkan prinsip syariah bagi memastikan sesuatu kaedah tidak bercanggah dengan hukum Allah SWT serta tidak mendatangkan kemudaratan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan hukum suntikan Botulinum Toxin Type A dan memutuskan bahawa penggunaan Botox untuk tujuan kosmetik adalah haram, berdasarkan isu bahan yang meragukan atau najis serta risiko kemudaratan. Walau bagaimanapun, penggunaannya bagi tujuan perubatan boleh dibenarkan dalam keadaan darurat, mengikut keperluan dan dilakukan oleh pakar yang bertauliah.Ringkasnya, isu Botox perlu dilihat bukan sahaja dari sudut kecantikan dan teknologi, tetapi juga berdasarkan hukum syarak, keselamatan, kemudaratan dan keperluan manusia. 6

HUKUM PENGGUNAAN BOTOX DALAM ISLAMHukum penggunaan Botox adalah haram berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Keputusan tersebut dibuat dalam Muzakarah Kali Ke-73 pada 4–6 April 2006. Botox mengandungi Botulinum Toxin Type A (BTA) yang pada ketika itu didapati mempunyai unsur yang meragukan dan najis. Penggunaan Botox juga boleh menyebabkan kemudaratan kepada manusia. Botox boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan dan mengubah rupa seseorang. Oleh itu, penggunaannya untuk tujuan kecantikan semata-mata adalah tidak dibenarkan. Namun, penggunaan bagi tujuan perubatan boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu seperti darurat, berdasarkan keperluan dan syarat yang ditetapkan syarak. 7

PENGECUALIAN BAGI TUJUAN PERUBATANPenggunaan Botox boleh dibenarkan untuk tujuan perubatan dalam keadaan tertentu. Digunakan untuk merawat penyakit atau masalah kesihatan, bukan semata-mata untuk kecantikan. Penggunaannya mestilah berdasarkan keperluan atau darurat. Perlu mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau pakar bertauliah. Tidak boleh digunakan secara berlebihan dan mestilah sekadar yang diperlukan. Jika terdapat alternatif rawatan yang halal dan selamat, alternatif tersebut hendaklah diutamakan. 8

PANDANGAN ULAMA / PERSPEKTIF ISLAMIslam menggalakkan umatnya mendapatkan rawatan bagi penyakit dan masalah kesihatan. Namun, rawatan mestilah menggunakan kaedah dan bahan yang dibenarkan oleh syarak. Penggunaan Botox untuk kecantikan semata-mata perlu dielakkan jika bertujuan mengubah bentuk asal tubuh tanpa keperluan. Jika penggunaan Botox boleh menyebabkan kemudaratan, maka penggunaannya perlu ditinggalkan. Rawatan yang bertujuan menghilangkan kecacatan atau memulihkan fungsi anggota boleh mempunyai hukum yang berbeza daripada rawatan kosmetik semata-mata. Pandangan Islam menekankan prinsip menjaga nyawa, kesihatan dan mengelakkan kemudaratan. 9

DALIL DAN KAEDAH FIQHKaedah 1 : الﺰﻳ رﺮﻀﻟا Al-Darar Yuzal “Kemudaratan hendaklah dihilangkan.” Islam melarang sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Penggunaan Botox perlu mengambil kira keselamatan dan kesan terhadap kesihatan. Jika sesuatu rawatan terbukti memudaratkan, penggunaannya perlu dielakkan. 10

DALIL DAN KAEDAH FIQHKaedah 2 : راتﻮﻈﺤﻤﻟا ﺢﻴﺒﺗ وراتﺮﻀﻟا Al-Darurat Tubih Al-Mahzurat “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang.” Dalam keadaan darurat atau keperluan perubatan, perkara yang asalnya dilarang boleh dipertimbangkan. Kebenaran tersebut hanya sekadar yang diperlukan dan tertakluk kepada syarat syarak. 11

KESAN / IMPAK PENGGUNAAN BOTOXKesan Terhadap Kesihatan Boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit, bengkak atau lebam pada tempat suntikan. Penggunaan yang tidak betul boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh. Kesan dari Sudut Agama Penggunaan bahan yang haram atau meragukan adalah bercanggah dengan prinsip halal dan haram dalam Islam. Penggunaan semata-mata untuk kecantikan tanpa keperluan perlu dielakkan. 12

Kesan Terhadap Masyarakat Boleh menyebabkan seseorang terlalu mementingkan kecantikan dan penampilan fizikal. Boleh berlaku penyalahgunaan Botox untuk mengubah rupa atau melakukan penipuan. Kesan Penyalahgunaan Untuk Kecantikan atau Penipuan Botox boleh disalahgunakan untuk mengubah rupa secara berlebihan atau digunakan bagi tujuan memperdayakan orang lain.KESAN / IMPAK PENGGUNAAN BOTOX 13

Penggunaan Botox perlu dinilai berdasarkan tujuan, bahan yang digunakan dan kesannya terhadap pengguna. Penggunaan Botox untuk tujuan kecantikan tertentu adalah diharamkan berdasarkan keputusan Muzakarah yang dirujuk. Hal ini berkaitan dengan isu bahan yang meragukan/najis, kemudaratan dan risiko penyalahgunaan. Namun, penggunaan Botox untuk tujuan perubatan boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu seperti darurat atau keperluan. Umat Islam hendaklah memilih rawatan yang halal, selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan.KESIMPULAN 14