Pertembungan Peradaban Global dan Tempatan: Cabaran Mengekalkan Nilai Etika Tradisional dalam Kalangan Generasi Muda MalaysiaMenelusuri Nilai , Membentuk generasiJEJAK NILAIJEJAK NILAIJEJAK NILAIJEJAK NILAI07 2026 K E L U A R A NMPU 21072 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANPREPARED BY :BEATRICIA BINTI ARON1
Apa itu Peradaban ?Nilai Etika Tradisional sebagai Identiti Masyarakat MalaysiaKepentingan Nilai Etika Tradisional dalam Kalangan Generasi MudaPembentukan Identiti Hibrid dalam Kalangan Generasi MudaPertembungan Peradaban Global dan Tempatan dalam Kehidupan Generasi Muda MalaysiaPengaruh Peradaban Global terhadap Generasi MudaKesan Negatif dan Cabaran terhadap Budaya Tempatan CABARAN MENGEKALKAN NILAI ETIKA TRADISIONALIsi kandunganBarisan RedaksiKata Ucapan - Aluan RingkasPengenalanObjektif Penulisan 203KESAN TIDAK MENGEKALKAN NILAI ETIKA TERHADAP INDIVIDU KESAN PERUBAHAN NILAI ETIKA TRADISIONAL TERHADAP KELUARGAKESAN TERHADAP MASYARAKAT DAN PERPADUAN PUNCA DAN KESAN ISU SITUASIKETIDAKSOPANAN DAN BULI SIBER DIMEDIA SOSIAL Peranan keluarga,Institusi Pendidikan,Masyarakat & Generasi muda dalam memupuk etika traditionalRujukan040506070809101112-131415-2122232425-2627-2930
barisan redaksiJEJAK NILAIDARA MAUJUDYLE TERANGNAMA AK PETER (05DPM25F1012) Penulis & Penyedia kandunganLORINA ANAK LIMBENG (05DPM25F1010) Pereka Grafik & Penyunting kandunganVALERIE AREN BONG MING MING (05DPM24F2033 Penyelaras Grafik & Penyunting VisualPREPARED BY : BEATRICIA BINTI ARONBEATRICIA BT ARON (05DPM25F1136) Penulis & penyedia Kandungan MAGDALENE LING TIAU (05DPM25F1002) Ketua Editor & Penyunting 3
KATA UCAPAN - ALUAN RINGKASAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, para pelajar Politeknik Kuching Sarawak dapat menyiapkan e-Folio bagi kursus MPU21072 Penghayatan Etika dan Peradaban dengan jayanya. Penyediaan e-Folio ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan etika, nilai murni, perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Melalui tugasan ini, para pelajar bukan sahaja dapat menambah pengetahuan, malah dapat mengembangkan kemahiran komunikasi, kerjasama, kreativiti dan penggunaan teknologi digital.PENSYARAHNURSHAKHUZAIMAH SAHMATDiharapkan e-Folio yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada semua serta menjadi wadah dalam membentuk pelajar yang berilmu, beretika, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang proses penyediaan e-Folio ini. Sekian, terima kasih PREPARED BY :BEATRICIA BINTI ARON 4
Globalisasi telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat, khususnya dalam kalangan generasi muda Malaysia. Perkembangan teknologi dan media komunikasi memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat serta mengenali pelbagai budaya dan cara hidup dari seluruh dunia. Keadaan ini menjadikan generasi muda lebih terbuka kepada pengaruh luar dalam kehidupan seharian.Walau bagaimanapun, pengaruh global tersebut turut bertembung dengan nilai, adat dan tradisi yang telah lama diamalkan oleh masyarakat tempatan. Nilai seperti hormat- menghormati, sopan santun, tanggungjawab dan semangat bermasyarakat merupakan antara unsur penting dalam membentuk identiti masyarakat Malaysia. Perubahan dalam cara hidup generasi muda menyebabkan nilai- nilai ini perlu terus difahami dan dihargai.Globalisasi telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat, khususnya dalamkalangan generasi muda Malaysia. Perkembangan teknologi dan media komunikasimemudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat serta mengenali pelbagai budaya dan carahidup dari seluruh dunia. Keadaan ini menjadikan generasi muda lebih terbuka kepada pengaruh luar dalam kehidupan seharian.Menelusuri Nilai , Membentuk generasiPENGENALANPEMBUKA BICARAMenelusuri Nilai , Membentuk generasiPREPARED BY :BEATRICIA BINTI ARONTEMA : ETIKA DAN PERADABAN GENERASI MUDA DALAM ARUS PERUBAHAN GLOBAL 5
01 Mengenal pasti pertembungan antara peradaban global dan tempatan dalam kalangan generasi muda Malaysia.Objektif Penulisan02 Menganalisis cabaran yang dihadapi oleh generasi muda dalam mengekalkan nilai etika tradisional dalam kehidupan seharian.PREPARED BY :BEATRICIA BINTI ARON6
APA ITU PERADABAN ?Peradaban sebagai asas kehidupan masyarakatPeradaban merujuk kepada perkembangan kehidupan sesebuah masyarakat yang dapat dilihat melalui cara hidup, pemikiran, budaya, adat dan nilai yang diamalkan. Peradaban bukan hanya berkaitan dengan kemajuan teknologi atau pembangunan sesebuah negara, tetapi turut merangkumi cara manusia berinteraksi dan membentuk kehidupan yang teratur.Peradaban Global : Peradaban global merujuk kepada perkembangan dan pengaruh yang merentasi sempadan negara. Kemajuan teknologi, internet dan media sosial membolehkan masyarakat berhubung serta berkongsi pelbagai budaya dan pemikiran dengan lebih mudah. Peradaban Tempatan Peradaban tempatan pula berkait dengan nilai, adat, budaya dan cara hidup yang berkembang dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks Malaysia, unsur seperti adat resam, bahasa, kesopanan dan semangat hidup bermasyarakat menjadi sebahagian daripada identiti tempatan. Global + Tempatan Pertemuan antara kedua-duanya mewujudkan perubahan dalam cara masyarakat berfikir dan menjalani kehidupan. Oleh itu, generasi muda perlu memahami perkembangan global tanpa mengabaikan nilai yang menjadi asas masyarakat tempatan.PREPARED BY :BEATRICIA BINTI ARON 7
ETIKANILAI ETIKA TRADISIONAL SEBAGAI IDENTITI MASYARAKAT MALAYSIAWarisan etika untuk generasi masa kini Hormat-menghormati Menghargai orang lain, khususnya golongan yang lebih tua, serta menjaga adab ketika berkomunikasi. Sopan santun Menitikberatkan tutur kata, tingkah laku dan adab ketika berinteraksi dengan orang lain. Toleransi Menghormati perbezaan budaya, agama dan pandangan dalam masyarakat yang pelbagai. Tanggungjawab Melaksanakan amanah terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kerjasama Saling membantu dan bekerjasama untuk mencapai kebaikan bersama.Nilai-nilai ini bukan sekadar amalan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, malah menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia. Namun, perubahan cara hidup dan perkembangan dunia menyebabkan nilai tersebut berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam kalangan generasi muda.PREPARED BY :BEATRICIA BINTI ARON 8
KEPENTINGAN NILAIKEPENTINGAN NILAI ETIKA TRADISIONALETIKA TRADISIONAL DALAM KALANGANDALAM KALANGAN GENERASI MUDAGENERASI MUDA KEPENTINGAN NILAI ETIKA TRADISIONAL DALAM KALANGAN GENERASI MUDA 01 — Membentuk jati diri Membantu generasi muda mengenali identiti dan nilai masyarakat sendiri. 02 — Membentuk tingkah laku yang baik : Menjadi panduan dalam cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. 03 — Mengekalkan warisan budaya Memastikan nilai dan amalan baik yang diwarisi terus dihargai oleh generasi seterusnya.04 — Memupuk keharmonian masyarakat Menggalakkan sikap hormat, toleransi dan saling memahami dalam masyarakat. 05 — Menjadi panduan dalam menghadapi perubahan Membantu generasi muda menerima pengaruh luar tanpa mengabaikan nilai tempatan.PREPARED BY :BEATRICIA BINTI ARON 9
Pertembungan Peradaban Global dan Tempatan dalam Kehidupan Generasi Muda Malaysia Pertembungan Peradaban Global dan Tempatan dalam Kehidupan Generasi Muda Malaysia Globalisasi merupakan satu proses yang menyebabkan hubungan antara masyarakat di seluruh dunia menjadi semakin rapat. Melalui globalisasi, masyarakat Malaysia khususnya generasi muda semakin mudah terdedah kepada budaya, pemikiran, gaya hidup dan nilai yang berasal dari negara lain. Perkembangan teknologi merupakan jalan yang pantas untuk mempercepatkan proses ini kerana maklumat dan kandungan dari luar negara boleh diakses dengan lebih mudah oleh masyarakat.PREPARED BY :LORINA ANAK LIMBENG Globalisasi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Malaysia, khususnya dalam kalangan generasi muda. Perkembangan teknologi memudahkan masyarakat terutama sekali,generasi muda untuk berinteraksi tanpa harus melintasi sempadan.Keadaan ini menjadikan generasi muda lebih terbuka terhadap budaya, pemikiran dan gaya hidup yang berbeza.Namun begitu, keterbukaan terhadap peradaban global turut memberikan cabaran terhadap kelestarian nilai etika tradisional. Generasi muda kini lebih mudah terdedah kepada budaya luar melalui platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube. Pengaruh tersebut dapat dilihat melalui perubahan cara berpakaian, penggunaan bahasa, gaya komunikasi, hiburan dan cara kehidupan seharian yang menjadi ciri khas generasi muda. 10
Peradaban global mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan generasi muda Malaysia. Hal ini kerana generasi muda merupakan antara pengguna media sosial yang paling aktif dan mudah terdedah kepada kandungan daripada negera melintasi sempadan. Perkara ini boleh berlaku melalui filem, muzik dan media lain, mereka dapat mengenali budaya, gaya hidup dan pemikiran masyarakat luar.Kajian Haryati Abdul Karim menunjukkan bahawa media global menjadi salah satu sumber yang mempengaruhi proses pembentukan identiti remaja. Kajian tersebut mendapati remaja daripada pelbagai latar belakang etnik terdedah kepada budaya global melalui penggunaan media. Berikut merupakan contoh pengaruh yang sering dialami oleh generasi muda:PREPARED BY :LORINA ANAK LIMBENGPengaruh Peradaban Global terhadap Generasi Muda Pengaruh Peradaban Global terhadap Generasi MudaPengaruh terhadap gaya hidup Pendedahan kepada budaya global boleh mempengaruhi cara generasi muda melihat dan menjalani kehidupan. Mereka mungkin mula mengenali gaya hidup yang berbeza daripada kebiasaan masyarakat tempatan. Pengaruh terhadap pemikiran Budaya global juga memperkenalkan pemikiran dan pandangan yang berbeza kepada generasi muda. Mereka boleh melihat bagaimana masyarakat di negara lain menjalani kehidupan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka lebih terbuka terhadap perbezaan budaya dan cara hidup. 11
Pertembungan dengan peradaban global bukan sahaja memberikan kesan negatif. Sebaliknya, terdapat juga beberapa kesan positif kepada generasi muda Malaysia. Pendedahan kepada dunia luar membolehkan golongan muda mengenali pelbagai budaya dan pemikiran yang berbeza.PREPARED BY :LORINA ANAK LIMBENG Kesan Positif Peradaban GlobalKesan Positif Peradaban GlobalGenerasi muda dapat meningkatkan pengetahuan tentang budaya lain dengan mengenali budaya masyarakat dari negara lain melalui media. Pendedahan ini boleh membantu mereka memahami bahawa setiap masyarakat mempunyai adat, bahasa, kepercayaan dan cara hidup yang berbeza. Pendedahan kepada budaya global boleh membantu generasi muda mempunyai pandangan yang lebih luas.Dimana ini dapat membantu generasi muda untuk meluaskan pemikiran mereka terhadap budaya secara global. Mereka dapat membandingkan budaya tempatan dengan budaya luar dan memahami sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza.Kajian Haryati Abdul Karim menunjukkan bahawa identiti remaja bukan sesuatu yang tetap. Remaja boleh menggabungkan nilai tempatan dengan nilai global dalam proses membentuk identiti mereka. Kajian tersebut mendapati terdapat dua proses utama, iaitu pengukuhan identiti budaya tempatan dan pengadunan nilai budaya global. 12
Apabila generasi muda sering melihat kandungan dari negara luar, mereka mungkin menganggap budaya luar lebih menarik atau lebih maju. Dalam kajian, sesetengah remaja membandingkan rancangan tempatan dengan rancangan luar dan menganggap rancangan import lebih kreatif serta menarik.Keadaan ini boleh menjadi cabaran kerana generasi muda mungkin kurang berminat untuk mengenali atau mengamalkan sesetengah unsur budaya tradisional.Sesetengah remaja mungkin menganggap negara luar lebih maju dan menjadikan budaya luar sebagai contoh. Kajian menunjukkan terdapat informan yang mengagumi teknik pembikinan filem Barat dan membandingkannya dengan mutu filem Malaysia. Walaupun globalisasi memberikan pelbagai manfaat, pertembungan budaya global dan tempatan juga boleh menimbulkan cabaran terhadap nilai serta identiti tempatan. Pendedahan yang berterusan kepada budaya luar boleh menyebabkan sesetengah generasi muda lebih tertarik kepada budaya asing berbanding budaya sendiri.PREPARED BY :LORINA ANAK LIMBENGKesan Negatif dan Cabaran terhadap Budaya Tempatan Kesan Negatif dan Cabaran terhadap Budaya Tempatan 13
Menariknya, globalisasi tidak semestinya melemahkan identiti tempatan. Kajian menunjukkan bahawa remaja juga boleh menggunakan media global untuk mengukuhkan identiti budaya tempatan. Salah satu hasil penting daripada pertembungan peradaban global dan tempatan ialah pembentukan identiti hibrid. IdentitiPREPARED BY :LORINA ANAK LIMBENGPembentukan Identiti Hibrid dalam Kalangan Generasi Muda Pembentukan Identiti Hibrid dalam Kalangan Generasi Muda hibrid merujuk kepada keadaan apabila seseorang mempunyai gabungan unsur daripada budaya tempatan dan budaya global dalam pembentukan identitinya. Nilai tradisional seperti etnik dan agama masih menjadi sebahagian daripada identiti mereka, tetapi pada masa yang sama terdapat nilai global dan moden yang turut mempengaruhi kehidupan mereka. Ini bermaksud mereka tidak menerima semua budaya luar secara bulat-bulat. Sebaliknya, mereka boleh menilai dan memilih perkara yang sesuai dengan nilai diri mereka.Pada masa yang sama, generasi muda boleh menggabungkan beberapa nilai global ke dalam kehidupan mereka. Kajian menunjukkan proses ini berlaku melalui refleksiviti diri, iaitu proses apabila individu memikirkan, menilai dan membentuk pemahaman terhadap diri mereka melalui pengalaman yang mereka peroleh. 14
Kehidupan yang mapan bermaksud penghidupan yang bermakna, produktif dan bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan ekonomi, budaya dan alam sekitar; untuk memenuhi keperluan hari ini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang. Keterlestarian etika dan peradaban bermaksud suatu usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai baik yang bersifat lokal dan global oleh masyarakat Malaysia yang dilakukan secara sedar, konsisten dan berterusan.CABARAN NILAI ETIKA TRADISIONAL CABARAN NILAI ETIKA TRADISIONAL Generasi Z mungkin tahu budaya tradisional tetapi tidak semestinya mengamalkannya. Kajian 2025 mengenai penglibatan Generasi Z dengan kuih-muih tradisional Malaysia mendapati terdapat jurang antara pengetahuan tentang warisan makanan dengan amalan sebenar. Ini menunjukkan bahawa mengetahui sesuatu budaya tidak semestinya bermaksud generasi muda akan terus mengamalkannya. Generasi muda mungkin tahu apa itu kuih lapis, kek lapis Sarawak, penganan tradisional atau makanan warisan, tetapi semakin kurang mengetahui cara membuatnya atau tidak berminat untuk mempelajari proses tersebut. PREPARED BY :DARA MAUJUDYLE TERANGNAMA ANAK PETER 15
51) PERUBAHAN GAYA HIDUP1) PERUBAHAN GAYA HIDUP Perubahan gaya hidup merupakan salah satu cabaran utama dalam mengekalkan nilai tradisional dalam kalangan generasi muda. Perkembangan teknologi, pendidikan, pekerjaan dan kehidupan moden telah mengubah cara masyarakat berfikir, berkomunikasi dan menjalani kehidupan seharian. Generasi muda kini lebih terdedah kepada kehidupan yang pantas dan moden berbanding generasi terdahulu. Keadaan ini menyebabkan sesetengah amalan tradisional semakin kurang diamalkan. Pada masa dahulu, masyarakat banyak mengamalkan aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan seperti gotong-royong, kunjung-mengunjung, bermesyuarat bersama dan membantu jiran ketika mengadakan majlis. Namun, gaya hidup moden yang lebih sibuk menyebabkan masa untuk melakukan aktiviti tersebut semakin berkurangan. Generasi muda juga lebih tertarik kepada aktiviti moden seperti penggunaan media sosial, hiburan digital dan aktiviti individu. Perubahan ini tidak semestinya bermaksud mereka menolak tradisi sepenuhnya, tetapi cara mereka mengamalkan tradisi mungkin berbeza daripada generasi terdahulu. Contohnya, kajian UTHM mengenai generasi Z dan tradisi Aidilfitri menunjukkan bahawa generasi muda cenderung menyesuaikan bentuk pelaksanaan tradisi dengan realiti kehidupan semasa. PREPARED BY :DARA MAUJUDYLE TERANGNAMA ANAK PETER Amalan gotong-royong semakin kurang dilakukan oleh sesetengah masyarakat kerana golongan muda sibuk dengan pekerjaan, pengajian dan urusan peribadi. Begitu juga dengan amalan kunjung-mengunjung yang kadangkala digantikan dengan ucapan melalui WhatsApp atau media sosial. Contoh 16
2) PENGARUH BUDAYA ASING2) PENGARUH BUDAYA ASING Globalisasi telah menyebabkan masyarakat Malaysia semakin mudah terdedah kepada budaya luar melalui internet, media sosial, filem, muzik, fesyen dan pelbagai platform digital. Pendedahan kepada budaya asing boleh memberikan pengetahuan dan pengalaman baharu, tetapi pada masa yang sama boleh mempengaruhi pemikiran, tingkah laku dan nilai generasi muda. Generasi muda pada masa kini membesar dalam persekitaran global yang membolehkan mereka mengetahui trend dari seluruh dunia dengan cepat. Mereka mungkin lebih mengenali budaya popular luar negara berbanding adat dan budaya sendiri. Pengaruh tersebut boleh dilihat melalui cara berpakaian, penggunaan bahasa, makanan, hiburan, cara berkomunikasi dan gaya kehidupan. Jika tidak diseimbangkan dengan pemahaman terhadap budaya sendiri, keadaan ini boleh menyebabkan sesetengah nilai tradisional dianggap ketinggalan zaman. Golongan muda mungkin lebih mengikuti fesyen, muzik dan trend media sosial dari negara luar berbanding mempelajari pakaian, muzik atau tarian tradisional masyarakat sendiri. Selain itu, penggunaan istilah atau bahasa asing dalam komunikasi harian juga boleh menyebabkan penggunaan bahasa tempatan yang sopan dan beradab semakin berkurangan. Contoh PREPARED BY :DARA MAUJUDYLE TERANGNAMA ANAK PETER 17
3) JURANG GENERASI3) JURANG GENERASI Jurang generasi merujuk kepada perbezaan pemikiran, pandangan, pengalaman dan gaya hidup antara generasi muda dengan generasi yang lebih tua. Perbezaan ini boleh menjadi cabaran dalam usaha mengekalkan adat, budaya dan nilai tradisional kerana setiap generasi mempunyai cara pandang yang berbeza terhadap kehidupan. Generasi lebih tua biasanya lebih menekankan nilai seperti kepatuhan, menghormati orang tua, kesopanan, kerjasama dan menjaga adat. Sebaliknya, generasi muda lebih terdedah kepada teknologi, kebebasan berpendapat dan budaya global. Perbezaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya salah faham antara kedua-dua generasi. Golongan lebih tua mungkin menganggap generasi muda tidak menghargai tradisi, manakala generasi muda pula mungkin menganggap sesetengah cara lama tidak sesuai dengan keadaan semasa. Contoh Golongan lebih tua mungkin mahu generasi muda mengamalkan adat kunjung-mengunjung semasa perayaan, manakala generasi muda yang mempunyai jadual kerja atau pengajian yang padat mungkin lebih memilih untuk berhubung melalui panggilan video atau mesej. PREPARED BY :DARA MAUJUDYLE TERANGNAMA ANAK PETER 18
4) KURANG PENGHAYATAN BUDAYA TRADISIONAL 4) KURANG PENGHAYATAN BUDAYA TRADISIONAL Budaya tradisional merupakan warisan yang membentuk identiti sesebuah masyarakat. Malaysia mempunyai pelbagai warisan seperti adat resam, bahasa, makanan, pakaian, permainan tradisional, muzik dan tarian. Namun begitu, kurangnya penghayatan terhadap budaya tradisional dalam kalangan generasi muda menjadi salah satu cabaran untuk memastikan warisan tersebut terus hidup. Sesetengah generasi muda mungkin mengenali budaya tradisional tetapi tidak benar-benar memahami maksud dan nilai yang terkandung di dalamnya. Hal ini berlaku apabila budaya hanya dipelajari untuk tujuan persembahan, peperiksaan atau sambutan tertentu tanpa penghayatan yang mendalam. Sebagai contoh, tarian tradisional mungkin dipersembahkan di sekolah tetapi pelajar tidak mengetahui sejarah, fungsi dan nilai yang terkandung dalam tarian tersebut. Generasi muda mungkin lebih mengenali permainan digital seperti permainan dalam telefon pintar berbanding permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan gasing. Begitu juga dengan makanan tradisional. Generasi muda mungkin lebih memilih makanan segera dan makanan antarabangsa sehingga kurang mengenali cara penyediaan makanan tradisional keluarga. PREPARED BY :DARA MAUJUDYLE TERANGNAMA ANAK PETER Contoh 19
5) SIKAP INDIVIDUALISTIK5) SIKAP INDIVIDUALISTIK Sikap individualistik merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk lebih mengutamakan kepentingan, kebebasan dan keperluan diri sendiri berbanding kepentingan bersama. Sikap ini semakin ketara dalam kehidupan moden apabila masyarakat mempunyai lebih banyak pilihan dan kebebasan dalam menentukan cara hidup masing-masing. Nilai tradisional masyarakat Malaysia banyak menekankan kepentingan hidup bersama. Contohnya, masyarakat dahulu sering membantu jiran, berkongsi makanan, bekerjasama ketika mengadakan majlis dan melakukan gotong-royong. Namun, kehidupan moden yang lebih mementingkan pencapaian individu boleh menyebabkan seseorang kurang mengambil berat tentang masyarakat sekeliling. Apabila masyarakat terlalu mementingkan diri sendiri, hubungan kekeluargaan dan kejiranan boleh menjadi semakin renggang. Contoh Dalam sesebuah kawasan perumahan, terdapat penduduk yang lebih suka menjalani kehidupan sendiri dan kurang mengenali jiran. Mereka mungkin tidak menyertai aktiviti seperti gotong- royong, mesyuarat penduduk atau aktiviti kemasyarakatan kerana menganggap aktiviti tersebut tidak penting atau membuang masa. Keadaan ini berbeza dengan nilai tradisional yang menekankan semangat tolong-menolong dan bekerjasama dalam komuniti. PREPARED BY :DARA MAUJUDYLE TERANGNAMA ANAK PETER 20
ARTIKEL CABARAN MENGEKALKAN NILAI ETIKA TRADISIONAL ARTIKEL CABARAN MENGEKALKAN NILAI ETIKA TRADISIONAL PREPARED BY :DARA MAUJUDYLE TERANGNAMA ANAK PETER 21 PENULIS: DR. SITI NOORMI ALIAS TARIKH: 29 MAC 2025
KESAN TIDAK MENGEKALKAN NILAI ETIKA TERHADAP INDIVIDU KESAN TIDAK MENGEKALKAN NILAI ETIKA TERHADAP INDIVIDU7 Prepared by : Magdalene ling tiau Perkembangan modenisasi dan teknologi digital membawa perubahan signifikan dalam kehidupan generasi muda di Malaysia. Walaupun memberi pelbagai kemudahan, ia mencabar pemeliharaan etika dan adat resam tradisional sekali gus memberi impak ketara terhadap sahsiah, identiti, dan cara interaksi individu. Hakisan Jati Diri dan Adat Hakisan nilai etika tradisional mendorong kemunculan sikap individualistik dalam kalangan generasi muda, di mana kepentingan peribadi mula mengatasi kepentingan bersama. Pada masa sama, penyerapan budaya luar secara mentah- mentah tanpa tapisan semakin menghakis budi bahasa, kesantunan bertutur, serta jati diri yang menjadi cerminan berakhlak tinggi. Cabaran Interaksi Digital Media sosial dan peranti digital mengubah cara generasi muda berinteraksi, menyebabkan kemahiran komunikasi bersemuka merosot. Impaknya, mereka makin kekok berinteraksi secara langsung, kurang empati, serta makin melupakan nilai teras etika tradisional seperti menegur sapa dan menghormati orang sekeliling. 22
Institusi keluarga merupakan tiang asas dalam pembentukan masyarakat yang beradab. Namun, kemerosotan pegangan terhadap nilai etika tradisional dalam kalangan generasi muda telah memberi kesan mendalam terhadap keharmonian dan ikatan kekeluargaan. Jurang komunikasi antara anak-anak dan ibu bapa semakin melebar akibat perubahan gaya hidup moden. Masa berkualiti yang sewajarnya diluangkan bersama keluarga kini digantikan dengan aktiviti bersendirian di hadapan skrin gajet. Sikap bertukar pandangan, bertegur sapa, dan meminta nasihat daripada ibu bapa semakin berkurangan, sekali gus merenggangkan hubungan kasih sayang dan persefahaman dalam rumah tangga. KESAN PERUBAHAN NILAI ETIKA TRADISIONAL TERHADAP KELUARGA KESAN PERUBAHAN NILAI ETIKA TRADISIONAL TERHADAP KELUARGA Nilai hormat-menghormati yang menjadi teras utama dalam adat keluarga semakin terabai. Kebebasan bersuara yang disalah erti menyebabkan sesetengah generasi muda berani membantah, bertutur secara kasar, atau membelakangkan keputusan ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua. Rasa hormat kepada golongan tua yang dahulunya diwajibkan dalam norma masyarakat kini dianggap seolah- olah perkara yang tidak penting. Prepared by : Magdalene ling tiauPrepared by : Magdalene ling tiau 23
Keharmonian dan kestabilan sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia amat bergantung kepada sejauh mana nilai-nilai etika tradisional dapat dihayati dan diamalkan oleh masyarakatnya, terutamanya golongan muda. Hubungan Antara Kaum Renggang Nilai etika tradisional yang menekankan sifat bertolak ansur, saling menghormati, dan bersangka baik merupakan asas kukuh keharmonian masyarakat majmuk. Namun, apabila nilai ini terhakis, ikatan perpaduan antara kaum akan menjadi semakin rapuh. Tanpa pemahaman etika yang teguh, prasangka dan salah faham mudah tercetus terutamanya menerusi perdebatan isu sensitif di media sosial sehingga mampu menggugat perpaduan nasional. Semangat Kejiranan dan Gotong-royong Luntur Sikap prihatin dan tolong-menolong yang menjadi identiti masyarakat tempatan kini semakin menghilang. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, program rukun tetangga, dan kenduri- kendara kurang mendapat sambutan dan penglibatan daripada generasi muda. Sikap tidak ambil peduli (apatetis) terhadap jiran tetangga menyebabkan suasana bermasyarakat menjadi terasing. KESAN TERHADAP MASYARAKAT DAN PERPADUAN KESAN TERHADAP MASYARAKAT DAN PERPADUAN Prepared by : Magdalene ling tiau 24
Penularan Budaya ketidaksopanan bertutur dan Buli Siber (Cyberbullying) dalam Kalangan Generasi Muda di Platform Digital.14 PUNCA DAN KESAN ISU SITUASI KETIDAKSOPANAN DAN BULI SIBER DI MEDIA SOSIAL PUNCA DAN KESAN ISU SITUASI KETIDAKSOPANAN DAN BULI SIBER DI MEDIA SOSIAL Prepared by : Magdalene ling tiau Kurangnya Pengawasan dan Bimbingan Etika Digital : Kebanyakan generasi muda diberikan akses penuh kepada media sosial tanpa pendedahan yang mencukupi tentang etika berkomunikasi (netiquette) serta kawalan daripada ibu bapa. Keghairahan Mengejar Populariti : Keinginan untuk meraih perhatian, jumlah ‘likes’ dan‘views’ menyebabkan sesetengah anak muda sanggup mencipta kandungan yang melanggar norma kesopanan dan adat tradisi. Anonimiti di Alam Maya: Keadaan di mana pengguna boleh menyembunyikan identiti sebenar mendorong mereka bertindak berani, bertutur kasar, dan menyebarkan fitnah tanpa rasa bersalah. Melahirkan Generasi Kurang Empati: Generasi muda menjadi lali dengan perbuatan menghina, mengkritik secara melampau, dan menjatuhkan maruah orang lain di alam maya. Kerosakan Kesihatan Mental Mangsa: Isu buli siber menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi, kemurungan, dan dalam kes ekstrem, boleh mendorong kepada tindakan mencederakan diri. Cemaran Imej dan Kesopanan Negara: Budaya ketidaksopanan ini merosakkan reputasi masyarakat Malaysia yang selama ini terkenal dengan sifat santun dan berbudi bahasa. PUNCA ISU : KESAN ISU : 25
Pembangunan pesat, arus pemodenan, dan kepantasan jurang digital telah membawa perubahan landskap yang amat ketara dalam struktur sosial masyarakat di Malaysia. Jika dahulunya nilai etika tradisional seperti penghormatan tinggi kepada orang tua, semangat bergotong-royong, bahasa yang sopan, serta pematuhan kepada adat resam menjadi tonggak utama pembentukan sahsiah, kini ia kian mengalami proses pergeseran. Modenisasi bukan sahaja menukar gaya hidup, malah memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran serta pegangan nilai generasi muda di negara ini. ARTIKEL KESAN PERUBAHAN NILAI ETIKA TRADISIONAL TERHADAP GENERASI MUDA DI MALAYSIA Hakisan Budaya Budi Bahasa dan Kesopanan Nilai kesopanan dan kesantunan berbahasa merupakan ciri teras etika tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Namun, corak komunikasi generasi muda hari ini yang bertumpu di media sosial telah memulakan aliran perubahan. Penggunaan bahasa yang kurang sopan, budaya kecaman (cyberbullying), serta kebebasan bersuara tanpa batas di alam maya memperlihatkan kepudaran etika berbahasa. Sikap menghormati orang tua dan pihak berkuasa yang dahulunya amat dititikberatkan kini semakin berkurangan akibat terpengaruh dengan budaya keterbukaan ekstrem dari Barat. Krisis Identiti Budaya dan Warisan Penerimaan budaya luar secara meluas melalui media digital seperti platform media sosial, drama luar negara, dan muzik global telah membentuk sub-budaya baharu di kalangan remaja. Perubahan ini menyebabkan sebahagian generasi muda berasa janggal atau kurang berminat untuk mengamalkan adat serta tradisi warisan keluarga. Pemikiran bahawa nilai tradisional adalah "kuno" atau "ketinggalan zaman" berisiko memutuskan rantaian warisan budaya tempatan yang menjadi identiti kebangsaan. Secara keseluruhannya, pergeseran nilai etika tradisional terhadap generasi muda di Malaysia adalah satu fenomena yang tidak dapat dielakkan seiring dengan kemajuan zaman. Pihak ibu bapa, institusi pendidikan, dan kerajaan memainkan peranan penting dalam menyaring pengaruh ini. Cabaran sebenar Malaysia bukannya menolak pemodenan, tetapi mengimbangi antara penerapan nilai etika moden yang positif dengan pemeliharaan teras nilai tradisional yang membentuk jati diri bangsa. Generasi muda yang ideal ialah mereka yang berfikiran maju ke hadapan, namun tetap berakar teguh pada budi pekerti dan etika ketimuran. Prepared by : Magdalene ling tiau 26Penulis : Dr. Farhan Mokhtar (Penganalisis Sosiologi & Budaya Masyarakat) Penulis : Dr. Farhan Mokhtar (Penganalisis Sosiologi & Budaya Masyarakat)
PERANAN KELUARGA DALAM MEMUPUK NILAI ETIKA TRADISIONAL Keluarga merupakan institusi pertama yang memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian dan nilai etika seseorang sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati orang yang lebih tua, menjaga tutur kata serta mengamalkan sikap sopan santun dalam kehidupan seharian. Selain memberikan nasihat, ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik melalui tingkah laku mereka sendiri. Amalan seperti membantu ahli keluarga, menjaga tanggungjawab, menghormati adat dan mengamalkan sikap prihatin dapat membentuk generasi muda yang memahami kepentingan nilai tradisional. Pendedahan kepada adat resam dan budaya keluarga juga perlu diteruskan supaya generasi muda tidak melupakan identiti serta warisan yang telah diwarisi daripada generasi terdahulu. Prepare By: Valerie Aren 27
Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk nilai etika tradisional kerana pelajar banyak menghabiskan masa dalam persekitaran sekolah dan institusi pengajian. Pendidikan tentang nilai murni, budaya dan warisan dapat membantu generasi muda memahami kepentingan menghargai identiti masyarakat Malaysia. Pihak sekolah dan institusi pendidikan boleh menganjurkan aktiviti seperti sambutan perayaan, persembahan kebudayaan, pertandingan seni tradisional, program kemasyarakatan dan aktiviti gotong-royong. Aktiviti seperti ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan nilai kerjasama, hormat- menghormati dan tanggungjawab. Masyarakat juga perlu bekerjasama dalam memelihara budaya tempatan dengan melibatkan generasi muda dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan. Kerjasama antara institusi pendidikan dan masyarakat dapat memastikan nilai etika tradisional terus diamalkan dalam kehidupan seharian. Peranan Institusi Pendidikan dan Masyarakat Prepare By: Valerie Aren 28
Peranan Kerajaan dan Generasi Muda Kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam memastikan warisan budaya dan nilai etika tradisional terus dipelihara melalui pelbagai program, kempen dan aktiviti kebudayaan. Usaha seperti penganjuran festival kebudayaan, pemeliharaan warisan serta program kesedaran dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan budaya tempatan. Pada masa yang sama, generasi muda perlu memainkan peranan secara aktif dengan menyertai aktiviti kebudayaan dan mempelajari adat serta tradisi masyarakat Malaysia. Penglibatan generasi muda amat penting kerana mereka merupakan golongan yang akan meneruskan warisan tersebut kepada generasi akan datang. Generasi muda juga boleh menggunakan media sosial sebagai medium untuk memperkenalkan budaya tempatan kepada masyarakat yang lebih luas. Kandungan berkaitan makanan tradisional, pakaian, bahasa, seni dan adat resam boleh dikongsi secara kreatif supaya budaya tempatan lebih dekat dengan generasi masa kini. 29
📚 Sumber 1 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. (n.d.). Bahagian Dasar Kebudayaan. https://www.motac.gov.my/bahagian-dan- unit/bahagian-dasar-kebudayaan/ 📚 Sumber 2 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. (n.d.). Dasar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. https://www.motac.gov.my/dasar/ 📚 Sumber 3 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. (2006). National Heritage Act 2005 (Act 645). https://www.motac.gov.my/wp- content/uploads/2026/03/Act-645-NATIONAL-HERITAGE-ACT-2005- up-to-1-June-2006-EN.pdf 📚 Sumber 4 Jabatan Warisan Negara. (n.d.). Jabatan Warisan Negara. https://www.heritage.gov.my/ Prepare By: Valerie Aren Rujukan 30
Kenali Warisan, Hargai Budaya, Kekalkan Identiti. Kenali Warisan, Hargai Budaya, Kekalkan Identiti.Nilai etika tradisional merupakan warisan penting yang mencerminkan identiti dan jati diri masyarakat Malaysia. Dalam menghadapi arus globalisasi, generasi muda perlu bijak menerima perubahan tanpa melupakan budaya, adat dan nilai yang telah diwarisi. Pemeliharaan nilai tradisional merupakan tanggungjawab bersama agar warisan budaya Malaysia terus dihargai, diamalkan dan diwariskan kepada generasi akan datang. Warisan KitaWarisan Kita Identiti Kita “ Nilai etika tradisional adalah warisan yang berharga, kekalkan hari ini, untuk masa depan yang lebih bermakna. ” Prepare By: Valerie Aren 31