NAMA ZURAINI BINTI BASARUDIN NURUL AMIRA BINTI DIN HASLIZA BINTI HALIM KALSOM BINTI SALLEH NIK NOOR ZILAWATI BINTI NIK AB RAHMAN THEVATHARSHINI A/P ARULANANTHA MUNISVARAR 2
Bahagian Tajuk / Kandungan Halaman Peserta Projek 2 A PROFIL PROJEK 6 A1 Ringkasan Eksekutif 7 A2 Maklumat Kursus 8 B LATAR BELAKANG PROJEK 9 B1 Isu dan Cabaran Kursus DCG10263 10 B2 Objektif Projek 11 B3 Faktor Pelaksanaan Projek 12 C REKA BENTUK INSTRUKSIONAL 13 C1 Strategi Pembelajaran 14 C2 Aplikasi Teknologi 16 D PENGLIBATAN PELAJAR 18 D1 Aktiviti Pembelajaran: Senarai Nama Pelajar 19 D2 Aktiviti Pembelajaran 1: Video AI 20 D3 Aktiviti Pembelajaran 2: Microcredential 21 D4 Aktiviti Pembelajaran 3: GeoChatBot 22 3
Bahagian Tajuk / Kandungan Halaman D5 Aktiviti Pembelajaran 4: GeoQuest 23 D6 Aktiviti Pembelajaran 5: CIDOS 24 D7 Aktiviti Pembelajaran 6: Bersemuka 25 D8 Testimoni Pelajar Geomatik 26 - 27 E KEBERKESANAN PEMBELAJARAN 28 E1 Pencapaian CLO : Perbandingan Pra dan Pasca 29- 33 F IMPAK PROJEK 34 F1 Impak Kepada Pelajar 35 F2 Kisah Kejayaan Pelajar 36 - 39 F3 Penglibatan Aktif Pelajar 40- 41 F4 Pencapaian Pelajar 42 - 45 G KEBOLEHPINDAHAN & KEBOLEHSKALAAN 46 G1 Potensi Pemindahan Ekosistem ke Institusi TVET Luar 47 G2 Kebolehskalaan Projek 49 4
Bahagian Tajuk / Kandungan Halaman H PENUTUP 49 H1 Rumusan Projek 50 H2 Kelebihan Projek 51 H3 Cadangan Penambahbaikan 52 LAMPIRAN Dokumen Sokongan dan Rekod Pentaksiran 53 Lampiran A Course Outline 54 Lampiran B Rancangan Mengajar 55 Lampiran C Course Information 56 - 57 Lampiran D Penilaian Berterusan 58 Lampiran E Link Terus ke Google Drive 59 5
6
SEMPADAN 360°: From Conflict to Coordinate merupakan satu reka bentuk instruksional imersif bersemuka yang dibangunkan bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar Semester 1 Diploma Geomatik dalam kursus DCG10263 Basic Surveying. Projek ini memberi fokus kepada penguasaan konsep asas pengukuran, penentuan sempadan, kerja lapangan dan aplikasi ilmu ukur dalam situasi sebenar. Inovasi ini bermula dengan penggunaan Video AI “SEMPADAN” yang memaparkan konflik persempadanan tanah dalam komuniti setempat. Naratif ini bertindak sebagai pencetus pembelajaran yang membantu pelajar memahami bahawa ilmu pengukuran bukan sekadar teori, tetapi mempunyai peranan penting dalam menyelesaikan isu sebenar berkaitan hak milik tanah, sempadan dan pembangunan komuniti. SEMPADAN 360° mengintegrasikan lima komponen utama iaitu Video AI SEMPADAN, GeoChatBot, GeoQuest AI, Microcredential Asas Pengukuran Trabas dan CIDOS LMS. Gabungan ini membentuk ekosistem pembelajaran yang berpusatkan pelajar, kontekstual, interaktif dan fleksibel. Pelajar bukan sahaja menerima maklumat daripada pensyarah, malah meneroka konsep secara kendiri, menyelesaikan masalah, berbincang dalam kumpulan, mengikuti cabaran gamifikasi dan membuat refleksi pembelajaran. Pendekatan ini menyokong pencapaian CLO1, CLO2 dan CLO3 melalui gabungan pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif. Dari aspek keberkesanan, analisis pencapaian dan maklum balas pelajar menunjukkan peningkatan positif dari segi kefahaman konsep, motivasi, keyakinan, penglibatan aktif dan kesediaan mengaplikasikan ilmu ukur dalam konteks sebenar. Secara keseluruhannya, SEMPADAN 360° merupakan model reka bentuk instruksional fleksibel yang relevan dengan Pendidikan 5.0, transformasi digital TVET dan pembelajaran sepanjang hayat. Projek ini berpotensi diperluaskan kepada kursus geomatik serta kursus TVET lain yang memerlukan pembelajaran kontekstual, visual, praktikal dan berasaskan penyelesaian masalah. 7
KOD KURSUS : DCG10263 NAMA KURSUS :BASIC SURVEYING SEMESTER : 1 SESI : I: 2025/2026 BIL PELAJAR : 26 CLO TERLIBAT : CLO1, CLO2, CLO3 KATEGORI ARIF : PEMBELAJARAN IMERSIF BERSEMUKA 8
9
Kursus DCG10263 Basic Surveying merupakan kursus asas yang penting kepada pelajar Semester 1 Diploma Geomatik kerana ia memperkenalkan pelajar kepada konsep pengukuran, penentuan kedudukan, penggunaan peralatan ukur, pengukuran jarak dan sudut serta kerja lapangan. Walau bagaimanapun, pelajar baharu sering menghadapi kesukaran untuk memahami aplikasi sebenar ilmu pengukuran kerana kandungan kursus melibatkan istilah teknikal, prosedur lapangan dan konsep abstrak yang sukar divisualisasikan. Pemerhatian pengajaran menunjukkan bahawa sebahagian pelajar cenderung menghafal prosedur tanpa benar-benar memahami hubung kait antara teori pengukuran dengan situasi sebenar dalam masyarakat. Keadaan ini menyebabkan pelajar kurang yakin, kurang aktif bertanya soalan dan sukar mengaitkan pembelajaran di bilik kuliah dengan kerja amali di lapangan. Selain itu, pembelajaran secara konvensional yang terlalu bergantung kepada penerangan pensyarah kurang memberi ruang kepada pelajar untuk mengalami situasi sebenar secara bermakna. Dalam konteks kursus Basic Surveying, pelajar perlu memahami bahawa kerja ukur mempunyai kaitan langsung dengan isu sempadan tanah, pembangunan, pemetaan dan penyelesaian konflik ruang. Tanpa konteks yang jelas, pembelajaran boleh menjadi pasif dan kurang memberi kesan jangka panjang. Justeru, pendekatan pembelajaran yang lebih imersif, kontekstual, interaktif dan berpusatkan pelajar diperlukan. SEMPADAN 360° dibangunkan bagi menghubungkan teori dengan situasi sebenar melalui digital storytelling, pembelajaran berasaskan masalah, gamifikasi, sokongan kecerdasan buatan, microcredential dan CIDOS LMS. 10
MEMBANGUNKAN MODEL INOVATIF & DIPERLUASKAN Membangunkan Model Rekabentuk Instruksional SEMPADAN 360° yang inovatif, fleksibel dan berpotensi untuk diperluaskan dalam kursus geomatik serta program TVET yang lain.11
Faktor utama pelaksanaan projek ini adalah keperluan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar Semester 1 Diploma Geomatik. Pelajar baharu memerlukan pendekatan yang dapat membantu mereka melihat hubungan antara teori pengukuran dengan situasi sebenar dalam kehidupan dan industri. SEMPADAN 360° dibangunkan bagi menjadikan pembelajaran lebih kontekstual melalui naratif konflik persempadanan tanah yang dekat dengan realiti masyarakat. Video AI “SEMPADAN” digunakan sebagai pencetus pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar dan membina rasa ingin tahu sebelum mereka meneroka konsep asas pengukuran dengan lebih mendalam. Faktor kedua ialah keperluan meningkatkan penglibatan aktif pelajar. Pembelajaran tradisional yang terlalu berpusatkan pensyarah boleh menyebabkan pelajar menjadi pasif. Oleh itu, projek ini mengintegrasikan GeoQuest AI sebagai platform gamifikasi, GeoChatBot sebagai pembantu pembelajaran kendiri dan aktiviti perbincangan kes bagi menggalakkan pelajar bertanya, berbincang, menyelesaikan masalah dan membuat refleksi. Faktor ketiga ialah keperluan menyokong pembelajaran fleksibel dan berterusan. Microcredential Asas Pengukuran Trabas dan CIDOS LMS membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran, membuat ulang kaji dan memperkukuh kompetensi di luar waktu kelas formal. Pelaksanaan projek ini juga selari dengan aspirasi Pendidikan 5.0, transformasi digital TVET dan pembelajaran sepanjang hayat melalui integrasi teknologi, pedagogi aktif dan pembelajaran berasaskan kompetensi. 12
13
Rajah 1: Ekosistem Strategi Pembelajaran 14
SEMPADAN 360° menggunakan pendekatan pembelajaran immersif bersemuka yang mengintegrasikan lima strategi utama iaitu Storytelling-Based Learning, Contextual Learning, Problem-Based Learning, Gamification Learning dan AI-Assisted Learning. Strategi pertama ialah Storytelling Based Learning melalui penggunaan Video AI “SEMPADAN”. Video ini memaparkan konflik persempadanan tanah yang berlaku dalam komuniti setempat. Naratif tersebut membolehkan pelajar memahami kepentingan ilmu pengukuran dalam menyelesaikan masalah sebenar berkaitan sempadan, hak milik tanah dan pembangunan. Strategi kedua ialah Contextual Learning. Pelajar menghubungkan konsep asas pengukuran dengan situasi sebenar yang dipaparkan dalam video versi cartoon AI. Melalui pendekatan ini, pelajar dapat memahami mengapa sesuatu konsep perlu dipelajari dan bagaimana konsep tersebut digunakan dalam amalan profesional bidang geomatik. Strategi ketiga ialah Problem Based Learning. Pelajar menjalankan perbincangan kes, mengenal pasti isu, menganalisis masalah dan mencadangkan penyelesaian berdasarkan konsep ukur tanah yang dipelajari. Strategi keempat ialah Gamification Learning melalui GeoQuest AI. Elemen misi, cabaran, ganjaran dan pencapaian digunakan untuk meningkatkan motivasi, penglibatan dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar. Strategi kelima ialah AI-Assisted Learning melalui GeoChatBot. Pelajar boleh mendapatkan penerangan, panduan ulang kaji dan sokongan pembelajaran kendiri secara fleksibel. Keseluruhan proses pembelajaran disokong melalui CIDOS LMS dan Microcredential bagi memperkukuh pencapaian CLO1, CLO2 dan CLO3. 15
0104050203CIDOSGEO QUESTVIDEO AIGEOCHATBOTMICROCREDENTIALAsas Pengukuran Trabas Rajah 2: Aplikasi Teknologi 16
Projek SEMPADAN 360° mengaplikasikan teknologi digital secara berfokus bagi menyokong reka bentuk instruksional dan bukan sekadar penggunaan alat teknologi semata-mata. Setiap teknologi yang digunakan mempunyai peranan khusus dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Video AI “SEMPADAN” digunakan sebagai bahan pencetus pembelajaran. Video ini membantu pelajar memahami situasi konflik persempadanan tanah secara visual dan naratif. Melalui video ini, pelajar dapat melihat aplikasi sebenar ilmu pengukuran dalam konteks masyarakat. GeoChatBot digunakan sebagai pembantu pembelajaran AI yang membolehkan pelajar mendapatkan penerangan konsep, panduan ulang kaji dan sokongan pembelajaran kendiri. Teknologi ini membantu pelajar belajar mengikut kadar masing-masing dan mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pensyarah. GeoQuest AI pula digunakan sebagai platform gamifikasi yang mengandungi misi, cabaran dan aktivitipembelajaran. Elemen gamifikasi ini meningkatkan motivasi, keterlibatan dan keseronokan belajar. Microcredential Asas Pengukuran Trabas digunakan sebagai medium pengukuhan kompetensi. Pelajar boleh mengikuti bahan pembelajaran secara fleksibel bagi memperkukuh pemahaman dan kemahiran berkaitan pengukuran trabas. CIDOS LMS bertindak sebagai platform sokongan utama untuk penyampaian bahan pembelajaran, aktiviti, pentaksiran, refleksi dan pemantauan pembelajaran. Gabungan teknologi ini membentuk ekosistem pembelajaran yang fleksibel, sistematik dan berpusatkan pelajar. 17
18
Senarai Nama Pelajar yang terlibat dengan Projek Sempadan 360⁰ 19
click on picture for videoInterpretasi video Sebagai Pencetus Pembelajaran dan Motivasi: Video AI ini bertindak sebagai bahan pencetus (learning trigger) pada awal pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar, membina rasa ingin tahu, dan memotivasikan mereka sebelum mendalami konsep pengukuran yang lebih kompleks. VIDEO AI 20
MICROCREDENTIALclick on picture to microcredential 21
GEOCHATBOT klik disini atau scan qr untuk ke GeoChatBot Nota : Pelajar mengakses GeoChatBot mengikut kesesuaian masa mereka. 22
GEO QUEST Nota : Pelajar menyertai aktiviti GeoQuest 23
CIDOS 24
BERSEMUKA 25
"GeoChatBot sangat membantu saya memahami pengiraan dan konsep ukur dengan lebih cepat." Nur Damia Batrisha, Pelajar Diploma Geomatik"Microcredential memudahkan saya belajar sendiri sebelum kelas dan sebelum amali." -Siti Aisyah"GeoQuest buat belajar jadi seronok! Saya lebih bermotivasi untuk menyelesaikan misi." -Zulhusni, Diploma Geomatik26
"Video AI "Sempadan" membuatkan saya sedar kepentingan kerja ukur dalam situasi sebenar." -NURIZZATI NAJWA BINTI AZHAR, Pelajar Diploma Geomatik "Paling saya suka tentang GeoChatBot. Saya boleh chat bila- bila masa sahaja tak kira masa untuk saya dapatkan maklumat dan boleh ulangkaji. -NIK DANISH DARWISH BIN MOHD YANI,Pelajar Diploma Geomatik , 27
28
29
30
31
32
33
34
35
Kisah kejayaan pelajar dalam projek SEMPADAN 360° dapat dilihat melalui peningkatan penglibatan,keyakinan dan kefahaman mereka terhadap kursus Basic Surveying. Sebelum pelaksanaan projek, sebahagian pelajar menghadapi kesukaran memahami istilah teknikal dan aplikasi konsep pengukuran dalam situasi sebenar. Selepas mengikuti aktiviti SEMPADAN 360°, pelajar menunjukkan perubahan positif. Mereka lebih mudah memahami konsep kerana pembelajaran dimulakan dengan situasi konflik sempadan yang dekat dengan kehidupan masyarakat. Pelajar juga lebih berani berbincang, memberi pandangan dan mencadangkan penyelesaian berdasarkan konsep ukur tanah. GeoChatBot membantu pelajar yang memerlukan penerangan tambahan, manakala GeoQuest AI mendorong pelajar untuk menyertai cabaran pembelajaran secara aktif. Microcredential pula memberi peluang kepada pelajar untuk belajar semula dan mengukuhkan kompetensi di luar waktu kelas. Kisah kejayaan ini menunjukkan bahawa pelajar mampu berkembang apabila pembelajaran direka bentuksecara autentik, visual, interaktif dan fleksibel. SEMPADAN 360° berjaya mewujudkan ruang pembelajaranyang lebih inklusif dan membantu pelajar membina keyakinan dalam bidang geomatik. 36
Selain itu juga, salah satu impak positif pelaksanaan pendekatan pembelajaran imersif SEMPADAN 360° dapat dilihat melalui peningkatan keyakinan dan kesediaan pelajar untuk mengaplikasikan ilmu geomatik dalam platform pertandingan. Pelajar menunjukkan keberanian untuk menyertai pertandingan berasaskan bidang geospatial/geoinformatik, sekali gus membuktikan bahawa pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas, tetapi turut berkembang kepada aktiviti inovasi, kreativiti dan pertandingan luar. Pelajar kursus Basic Surveying menunjukkan perkembangan positif dari aspek keyakinan, kreativiti dan penglibatan aktif apabila berjaya menyertai 13th NGGSIC 2026 serta memperoleh Anugerah Silver kategori Creative Map – Diploma. Pencapaian ini menyokong impak SEMPADAN 360° dalam membentuk pelajar yang lebih proaktif, reflektif, berdaya saing dan mampu mengaplikasikan ilmu geomatik dalam konteks sebenar. Pencapaian ini menunjukkan kesinambungan impak pembelajaran dan perkembangan keyakinan pelajar selepas terlibat dalam pendekatan pembelajaran yang lebih autentik, aktif dan berpusatkan pelajar 37
SITI AISYAH BINTI ABDULLAHFROM POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAHNo : UiTMPs-515938
NUR AZIATUL FATIHAH BINTI AZIZ NUR SYAZWANI BINTI AHMAD SITI AISYAH BINTI ABDULLAH Sr Gs. ZURAINI BINTI BASARUDINNo : UiTMPs-CM217FROM POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAHSILVER (CREATIVEMAP-DIPLOMA)39
40
Nota: Rajah di atas menunjukkan sebahagian dari paparan Microcredential Asas Pengukuran Trabas. 41
42
43
44
Pencapaian pelajar dalam projek SEMPADAN 360° dinilai melalui prestasi akademik, pencapaian CLO, aktiviti pembelajaran, refleksi dan penglibatan dalam tugasan. Pelaksanaan projek menunjukkan peningkatan positif terhadap pengalaman pembelajaran dan penguasaan kandungan kursus. Dari aspek kognitif, pelajar menunjukkan peningkatan kefahaman terhadap konsep asas pengukuran selepas mengikuti aktiviti Video AI, GeoChatBot, CIDOS dan perbincangan kes. Dari aspek psikomotor, pelajar dapat menghubungkan pengetahuan teori dengan kemahiran kerja lapangan melalui aktiviti amali dan Microcredential Asas Pengukuran Trabas. Dari aspek afektif, pelajar menunjukkan peningkatan dalam kerja berpasukan, komunikasi, tanggungjawab dan kepimpinan semasa aktiviti kumpulan. Refleksi pelajar turut menunjukkan bahawa mereka lebih menghargai peranan bidang geomatik dalam menyelesaikan masalah sebenar masyarakat. Bukti pencapaian pelajar boleh dilihat melalui keputusan kuiz, tugasan, penilaian berterusan, pencapaian CLO, penyertaan aktiviti, badge Microcredential, refleksi dan testimoni pelajar. 45
46
47
48
49
SEMPADAN 360°: From Conflict to Coordinate merupakan reka bentuk instruksional fleksibel yangmenggabungkan pembelajaran imersif bersemuka dengan sokongan teknologi digital. Projek inidibangunkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kursus DCG10263 Basic Surveying melaluipengalaman pembelajaran yang autentik, kontekstual dan berpusatkan pelajar. Melalui Video AI “SEMPADAN”, pelajar didedahkan kepada situasi konflik persempadanan tanah yang berkait rapat dengan bidang geomatik. Aktiviti ini membantu pelajar memahami kepentingan ilmu pengukuran dalam kehidupan sebenar. GeoChatBot, GeoQuest AI, Microcredential dan CIDOS LMS pulamenyokong pembelajaran kendiri, penglibatan aktif, pengukuhan kompetensi dan pemantauan pembelajaran. Pelaksanaan projek ini memberi impak positif terhadap pencapaian CLO1, CLO2 dan CLO3. Pelajar menunjukkan peningkatan kefahaman konsep, keyakinan, motivasi, kerja berpasukan dan kesediaan mengaplikasikan ilmu ukur dalam situasi sebenar. Secara keseluruhannya, SEMPADAN 360° merupakan inovasi pembelajaran TVET yang praktikal, fleksibel, mampan dan berpotensi diperluaskan kepada kursus serta institusi lain. 50
Kelebihan ketiga: Projek bersesuaian dengan gaya hidup digital 26 orang pelajar aktif melalui integrasi teknologi yang menyokong pedagogi. Video AI, GeoChatBot, GeoQuest AI, Microcredential dan CIDOS digunakan secara berfungsi untuk meningkatkan kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar Kelebihan utama projek SEMPADAN 360° ialah keupayaannya menghubungkan teori dengan aplikasi sebenar melalui pendekatan storytelling dan pembelajaran kontekstual. Pelajar dapat melihat bagaimana ilmu Basic Surveying digunakan dalam menyelesaikan konflik sempadan tanah dalam masyarakat. Kelebihan kedua : projek ini menggalakkan pembelajaran aktif dan berpusatkan pelajar. Pelajar terlibat dalam perbincangan kes, aktiviti gamifikasi, pembelajaran kendiri, microcredential dan refleksi pembelajaran. Kelebihan keempat : projek ini menyokong pencapaian CLO secara menyeluruh. CLO1 diperkukuhmelalui penerokaan konsep, CLO2 melalui aktiviti amali dan pengukuhan kompetensi, manakala CLO3melalui kerja kumpulan, komunikasi dan kepimpinan. Kelebihan kelima : projek ini fleksibel, kos rendah dan boleh dipindahkan kepada kursus TVET lain. 51
kandungan Video AI “SEMPADAN” boleh dikembangkan kepada beberapa siri video pendek yangmerangkumi topik lain dalam Basic Surveying seperti datum, koordinat, alat ukur, trabas dan peta. Pembangunan dashboard analitik pembelajaran boleh dilaksanakan bagi memaparkan data penglibatan pelajar, pencapaian kuiz, penyertaan GeoQuest AI, penggunaan GeoChatBot dan pencapaian Microcredential secara lebih sistematik. GeoQuest AI boleh ditambah baik dengan lebih banyak misi, tahap pencapaian dan elemen kolaboratif agar pelajar terus bermotivasi untuk belajar. 52
53
LAMPIRAN A COURSE OUTLINE Klik di sini untuk ke link Course Outline pdf 54
LAMPIRAN B RANCANGAN MENGAJAR Klik disini untuk Rancangan Mengajar 55
LAMPIRAN C COURSE INFORMATION 56
LAMPIRAN C COURSE INFORMATION 57
LAMPIRAN B PENILAIAN BERTERUSAN 58
LINK TERUS KE GOOGLE DRIVE 59