LAPORAN TAHUNAN JPPHJABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN
ii ISI KANDUNGAN BAB 1 BAB 2 BAB 3 BAB 4 BAB 5 BAB 6 BAB 7 BAB 8 BAB 9 BAB 10 BAB 11 BAB 12 BAB 13 BAB 14 Sidang Editorial Perutusan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kepimpinan Unggul Pencapaian Strategik Bahagian Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Institut Penilaian Negara (INSPEN) Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Unit Integriti Dan Pengauditan (UIP) Unit Komunikasi Korporat (UKK) Perkhidmatan Kepakaran Kepada Rakan Strategik Anugerah Dan Pengiktirafan Program Persatuan Dan Jaringan Profesional Direktori Profil Korporat iii iv 1 17 43 51 81 119 131 157 171 177 201 219 233 267
iii SIDANG EDITORIAL LAPORAN TAHUNAN JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta PENAUNG YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) PENASIHAT Sr Nadila binti Hamidi Ketua Unit Komunikasi Korporat KETUA EDITOR PASUKAN EDITORIAL YBrs. Sr Lee Tong Bian Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta YBrs. Sr Aina Edayu binti Ahmad Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN) Sr Norhisham bin Shafie Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Sr Rosliza binti Ramli Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Standard Amalan Puan Saidatul Hizam binti Abdul Manaf Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Puan Siti Faieyqah binti Mohd Fisall Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Encik Muhammad Farizan bin Haji Abdul Razak Ketua Unit Integriti dan Pengauditan Sr Azlina binti Mohamad Nor Pengurus Pasukan Projek VIS Baru Encik Ahmad Zaki bin Mat Derakah Setiausaha Kehormat PEKIP Pusat Encik Khairul Nizam bin Jamal Setiausaha Kehormat KESUPEN Pusat Sr Noraslinda binti Abdul Raub Penolong Setiausaha Kehormat PENILAISAMA Puan Aqeela binti Mohd Pauzi Setiausaha Kehormat PUSPANITA Puan Siti Nordiah binti Kordi Setiausaha Kehormat AVOAS Encik Ahmad Humaizi bin Ismail Puan Nurhani binti Tajuddin Puan Jannatul Hafidzah binti Jamaluddin Encik Mohd Zaihan bin Abdoll Hamid PENYELARAS (UNIT KOMUNIKASI KORPORAT)
iv Sekian. \Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sr ABDUL RAZAK BIN YUSAK Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Laporan Tahunan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tahun 2025 berjaya diterbitkan. Laporan ini merakamkan pencapaian, kemajuan serta pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Penerbitannya bukan sekadar menghimpunkan data, statistik dan maklumat berkaitan prestasi jabatan, malah mencerminkan iltizam, profesionalisme serta komitmen berterusan seluruh warga JPPH dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas demi kepentingan negara. Sepanjang tahun 2025, JPPH terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju penilaian dan perkhidmatan harta negara. Berteraskan falsfah T.E.K.A.D, jabatan kekal komited dalam memastikan setiap perkhidmatan yang disampaikan memenuhi keperluan Kerajaan, pemegang taruh dan rakyat serta responsif terhadap perubahan landskap ekonomi, teknologi dan sektor harta tanah. Pencapaian sepanjang tahun 2025 turut diperkukuh melalui jalinan kerjasama strategik yang erat dengan Kementerian Kewangan, kementerian dan agensi Kerajaan, institusi profesional, sektor swasta, institusi akademik serta pelbagai pihak berkepentingan. Sinergi dan perkongsian kepakaran ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh ekosistem penilaian dan perkhidmatan harta serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada negara dan rakyat. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga JPPH di setiap peringkat atas dedikasi, iltizam dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun 2025. Sesungguhnya, setiap pencapaian yang diraih merupakan hasil usaha kolektif, semangat berpasukan serta kesungguhan seluruh warga jabatan dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan profesionalisme. Penghargaan turut dirakamkan kepada Kementerian Kewangan, kementerian dan agensi Kerajaan, rakan- rakan strategik serta semua pemegang taruh atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan kepada JPPH. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuh demi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara. Semoga segala usaha dan pencapaian yang telah dilaksanakan menjadi asas kukuh untuk JPPH terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.
PROFIL KORPORAT BAB 1
VISIPeneraju Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negara. OBJEKTIF MOTO“Perkhidmatan Bernilai, Komitmen Kami” MISIMemperkasa Perkhidmatan Penilaian, Perundingan, Informasi Harta, Pendidikan, Latihan, Penyelidikan dan Pengurusan Harta yang Efisien serta Dinamik. Memberi perkhidmatan penilaian, informasi dan penyelidikan yang berkualiti secara berterusan. Memperluaskan perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta di agensi-agensi kerajaan. Menjadikan JPPH bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kerajaan. Mewujudkan pusat kajian lanjutan harta tanah yang diiktiraf. 1 2 3 4 2
3 PUNCA KUASA DAN FUNGSI UTAMA Melakukan penilaian ke atas semua tanah dan bangunan termasuk perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera dan barangan lain; Melakukan penilaian ke atas tanah dan bangunan yang dikehendaki untuk kajian kemungkinan, prosiding mahkamah, timbangtaraan atau maksud yang lain; Bertindak sebagai ejen harta tanah termasuk mengadakan rundingan mengenai penjualan, pembelian, sewaan dan penyewaan melalui perjanjian, lelong atau tender; dan Melakukan pengurusan harta, pengurusan projek dan menyediakan atau menyemak dan memeriksa inventori perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera dan barangan lain. Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta boleh, menurut budi bicaranya mengemukakan maklumat mengenai butir penjualan, pindah milik harta tanah atau butir-butir sesuatu kepentingan harta tanah yang ada di dalam simpanan beliau, kepada mana-mana pihak atau golongan dengan mengenakan fi atau caj sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. Kuasa untuk menjalankan fungsi jabatan sepertimana termaktub di bawah Seksyen 4, Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242) diberikan kepada Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk : Memungut dan menyusun kumpul apa- apa maklumat yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk membantu pegawai dan penilai dalam membuat penilaian; Memberikan maklumat dan nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana orang mengenai perkara yang berkaitan dengan harta; Memungut dan menyusun kumpul apa-apa maklumat yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta mengenai segala atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan harta; M e n g a d a k a n p e r k h i d m a t a n pendidikan, perkhidmatan latihan, perkhidmatan penyelidikan dan perkhidmatan lain yang berhubung dengan fungsi Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Akta ini kepada Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana orang; Menyiarkan maklumat yang dipungut dan disusun kumpul kecuali jika maklumat itu diklasifikasikan sebagai sulit oleh, atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; Menyiasat dan memberi laporan kepada Menteri atas apa-apa perkara yang difikirkannya mungkin dapat memajukan standard penilaian, perejenan harta tanah dan perkhidmatan harta lain di Malaysia. Atas permintaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta boleh:
4 “Bentuk glob melambangkan JPPH sentiasa relevan dan telah mencapai perkhidmatannya ke peringkat antarabangsa. Sementara anak panah atas dan bawah bermaksud usaha JPPH adalah secara berterusan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua peringkat secara kolektif” Logo ini melambangkan JPPH sentiasa relevan sebagai peneraju penilaian, perkhidmatan, latihan dan informasi industri harta tanah yang bertaraf dunia. Warna biru memberi maksud bahawa jabatan ini merupakan sebuah organisasi yang boleh dipercayai, menepati masa dan profesional. Logo ini melambangkan sebuah organisasi yang hebat dan dinamik, dengan meletakkan dirinya setaraf dengan organisasi terulung yang menyediakan perkhidmatan penilaian bertaraf dunia. Logo ini mencerminkan pembangunan yang berterusan tetapi tetap mantap dalam dunia yang semakin mencabar dan berubah-ubah. Ia juga jelas menunjukkan perkembangan rangkaian dan hubungan yang wujud antara JPPH dengan dunia luar, sering berubah tetapi sentiasa stabil. Titik-titik yang tersebar membawa maksud penyampaian maklumat dan nasihat harta tanah dengan cekap dan berkesan. Warna merah melambangkan kematangan dan kecemerlangan jabatan ini sebagai sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan penilaian, perundingan dan penyebaran maklumat mengenai harta tanah. Titik yang utama melambangkan JPPH sebagai organisasi penilaian dan perundingan harta yang berbentuk global dan bertaraf antarabangsa. LOGO JPPH
Menaksir menilai mengurus harta Dengan kepakaran yang tersedia Berkhidmat cekap tepat berkualiti Tanggungjawab JPPH kami INSPEN institusi terunggul Membina organisasi berilmu NAPIC pembekal data harta tanah negara Sumber tepat dan berintegriti Bersama berbakti kepada negara Rangkaian pimpinan berwibawa Bersama menuju arah kejayaan Tingkatkan perkhidmatan dan penilaian Membina semangat berpasukan Tunaikan tugas penuh dedikasi Perkhidmatan bernilai teras komitmen kami Itulah azam sepanjang zaman LAGU JPPH 5
6 NILAI BERSAMA T TEKNOLOGI E EFISIEN KKOMPETEN AAMANAH DDINAMIK Menerokai serta mengaplikasi teknologi terkini bagi memperkukuh kecekapan operasi, mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan menyokong transformasi digital organisasi. Melaksanakan tugas dengan cekap, pantas dan sistematik bagi mencapai hasil kerja yang berkualiti tinggi serta mengoptimumkan penggunaan sumber secara berhemah. Memegang teguh kepercayaan yang diberikan dengan melaksanakan tanggungjawab secara jujur, telus dan beretika demi menjaga maruah serta reputasi organisasi Menguasai ilmu, kemahiran dan kepakaran profesional secara berterusan berasaskan nilai integriti dan tanggungjawab bagi meningkatkan daya saing serta kebolehpercayaan organisasi. Sentiasa proaktif, kreatif dan berinovasi dalam menghadapi cabaran baharu serta berupaya menyesuaikan strategi organisasi mengikut perubahan dan keperluan semasa. Falsafah kerja adalah nilai bersama. Falsafah kerja ini menggambarkan transformasi warga JPPH dalam mengadaptasi norma baharu bersandarkan perubahan semasa dan teknologi terkini agar menjadi lebih dinamik, kalis kepada perubahan semasa bagi penyampaian perkhidmatan yang outstanding (cemerlang) dan memenuhi ekspektasi pelanggan. Transformasi ini juga perlu seiring dengan peningkatan kompetensi dan nilai integriti yang tinggi di kalangan warga JPPH yang merangkumi : T.E.K.A.D
7 PEMEGANG TARUH DAN RAKAN STRATEGIK JPPH PORTAL RASMI JPPH BADAN BERKANUN KERAJAAN PERSEKUTUAN KERAJAAN NEGERI KERAJAAN TEMPATAN AGENSI SWASTA PENGGIAT INDUSTRI HARTA TANAH SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) PEMEGANG TARUH DAN RAKAN STRATEGIK JPPH Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta http://www.jpph.gov.my Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) https://www.napic.jpph.gov.my Institut Penilaian Negara (INSPEN) http://www.inspen.gov.my
8 PIAGAM PELANGGAN DAN PENCAPAIAN TAHUN 2025 BIL. MAKSUD NILAIAN PIAGAM (HARI) JUMLAH UNIT DILAPOR PENCAPAIAN BILANGAN UNIT MENEPATI PIAGAM (%) 1 Duti Setem Kes Standard 1 119,693 119,693 100.00% Duti Setem 5 423,471 423,471 100.00% 2 Pinjaman Perumahan 8 28,508 28,508 100.00% 3 Cukai Keuntungan Harta Tanah 8 6,785 6,785 100.00% 4 Harta Pusaka Kecil 8 112,333 112,333 100.00% 5 Sewaan 10 40,605 40,605 100.00% 6 Pengubahan Kategori/ Syarat Kegunaan Tanah 10 11,040 11,040 100.00% 7 Pemberimilikan Tanah 10 15,165 15,165 100.00% 8 Penswastaan dan Pengkorporatan 20 1,016 1,016 100.00% 9 Pembelian dan Penjualan 20 3,998 3,998 100.00% 10 Pengambilan Tanah 30 12,436 12,436 100.00% PERKHIDMATAN TERAS JPPH JPPH memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai perkara berkaitan dengan penilaian dan perkhidmatan harta. PERKHIDMATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA PERKHIDMATAN INFORMASI HARTA TANAH PERKHIDMATAN LATIHAN, PENYELIDIKAN & PENDIDIKAN HARTA TANAH JPPH melalui Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) berperanan menyediakan maklumat yang tepat, komprehensif dan menepati masa berkaitan permintaan dan penawaran harta tanah kepada agensi kerajaan, pemaju harta tanah dan pihak yang terlibat dengan industri harta tanah. JPPH melalui Institut Penilaian Negara (INSPEN) menjalankan latihan, penyelidikan dan pendidikan dalam bidang harta tanah untuk keperluan jabatan dan industri harta tanah.
9 Jika Piagam Pelanggan JPPH tidak ditepati, maka cara pemulihannya adalah seperti berikut: PEMULIHAN SECARA REAKTIF • Pengarah Penilaian Negeri dan Penilai Daerah dipertanggungjawabkan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk menyiapkan kes-kes tersebut dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada tarikh penerimaan aduan oleh pejabat. PEMULIHAN SECARA PROAKTIF • Pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya terdapat masalah di dalam memproses sebarang penilaian iaitu ketiadaan atau ketidakcukupan data penting. • Pelanggan juga akan diberitahu tarikh penilaian itu disiapkan. SISTEM PEMULIHAN PERKHIDMATAN PRESTASI PENCAPAIAN JPPH TAHUN 2025 Duti Setem, 57.44% Kes Lain-lain, 10.58%Harta Pusaka Kecil, 11.95% Sewaaan 5.06% Nilan Am, 1.99% Pemberimilikan Tanah, 1.60% Cukai Keuntungan Harta Tanah, 0.72% Tukar Syarat, 1.17% Sumbangan Membantu Kadar, 0.94% Pengambilan Tanah, 1.31% Pembelian dan Penjualan, 0.42% Pajakan 0.26% Penswastaan dan Pengkorporatan, 0.11% Duti Harta Pesaka, 0.01% Pinjaman Perumahan, 6.45%
10 PRESTASI PENCAPAIAN JPPH TAHUN 2025 PENGURUSAN KUALITI Sebagai sebuah organisasi yang dinamik, Jabatan sentiasa melakukan perubahan ke arah peningkatan kualiti dan peka terhadap trend pembangunan dan kehendak pemegang taruh. Usaha ke arah pencapaian kualiti amat dititikberatkan dengan mewujudkan beberapa standard pengurusan kualiti sebagaimana berikut : 1. PENERBITAN SUMBER RUJUKAN UTAMA JABATAN BUKU ARAHAN JPPH AMALAN STANDARD PENILAIAN BUKU ARAHAN INSPEN BUKU ARAHAN NAPIC Buku Arahan JPPH atau Buku Hijau merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan bertujuan memastikan keseragaman dalam penghasilan kerja supaya perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti. Ia merupakan sebuah dokumen rujukan di peringkat Jabatan yang mengandungi fungsi dan objektif rasmi pejabat, prosedur kerja yang jelas merangkumi hal ehwal pentadbiran dan kewangan serta tugas dan tanggungjawab pegawai. Buku ini juga adalah dokumen rujukan utama yang membantu pegawai melaksanakan berfungsi dengan cekap dan berkesan. Amalan Standard Penilaian merupakan Manual Kerja Teknikal JPPH. Manual ini memberikan garis panduan yang terperinci mengenai proses kerja penilaian bagi setiap jenis kes yang dinilai. Ia juga meliputi semua amalan dan standard profesional untuk menjamin amalan kerja yang konsisten dan seragam bagi menghasilkan kerja yang berkualiti. Buku Arahan INSPEN atau Buku Merah berperanan sebagai rujukan dan panduan kepada kakitangan INSPEN dalam menyempurnakan serta meningkatkan kualiti tugasan masing-masing ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien. Ia merangkumi tanggungjawab dan peranan pegawai, had kuasa, fungsi dan proses kerja, borang serta prosedur yang terlibat bagi setiap pusat dan unit di INSPEN. Buku Arahan NAPIC adalah dokumen rujukan yang menerangkan dengan terperinci peranan, fungsi dan tatacara kerja Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Ibu Pejabat dan Unit Informasi Harta Tanah di cawangan. Buku ini juga memberikan penerangan ringkas berkenaan laporan yang diterbitkan oleh NAPIC secara berkala setiap tahun.
11 PELAN STRATEGIK JPPH PELAN OPERASI LATIHAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI PELAN STRATEGIK ICT 2021 - 2025 MANUAL DEFINISI NAPIC Pelan Strategik JPPH 2021 - 2025 telah dilancarkan pada 23 Februari 2021. Pelan ini telah didokumentasikan sebagai panduan dan rujukan penting kepada seluruh warga kerja JPPH bagi memastikan visi JPPH untuk menjadi peneraju penilaian, perkhidmatan harta, latihan dan informasi harta tanah bertaraf dunia secara berterusan berjaya direalisasikan. Pelan Operasi Latihan (POL) ini menggariskan strategi dan perancangan mengikut fasa perkhidmatan bertujuan melengkapkan pegawai JPPH dengan pengetahuan dan kemahiran berasaskan kompetensi yang diperlukan untuk membolehkan mereka memberikan sumbangan yang berkesan dalam perkhidmatan awam. Kandungan yang disediakan dalam POL ini dapat membantu Pengarah Penilaian Negeri dan Penilai Daerah menguruskan sumber manusia mereka secara yang lebih optimum seterusnya menyediakan Penjawat Awam yang cemerlang. Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) JPPH 2021-2025 merupakan satu dokumen antirasuah bagi menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah di kalangan warga JPPH. Dokumen ini menggariskan lima (5) bidang keutamaan yang memayungi lima (5) strategi, sembilan (9) objektif strategik dan 48 pelan tindakan/inisiatif. Setiap pelan tindakan yang dirangka mengambil kira keperluan bagi pengukuhan struktur organisasi, penambahbaikan dan peningkatan sistem teknologi, perubahan dasar, pemantauan dan pemantapan modal insan. Pelan Strategik ICT merupakan satu rangka kerja atau pelan perancangan yang mengandungi garis panduan pelaksanaan projek ICT yang terancang dan selaras dengan keutamaan keperluan pengurusan dan operasi jabatan untuk tempoh lima (5) tahun. Ia juga berperanan dalam mengenalpasti inisiatif-inisiatif strategik yang disokong oleh aplikasi, infrastruktur ICT, pembangunan sumber manusia, tadbir urus ICT dan pembudayaan komuniti. Dokumen ini merupakan kamus data harta tanah yang menerangkan definisi harta tanah dengan jelas dan terperinci serta dijadikan rujukan oleh Unit Informasi Harta Tanah di peringkat cawangan dalam pengumpulan data harta tanah. Ini akan memastikan agar pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan tepat dan mengikut skop yang digariskan.
12 PEKELILING JABATAN KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN RESEARCH NEED ANALYSIS (RNA) PIAGAM PELANGGAN Pekeliling Jabatan yang terdiri daripada pekeliling ikhtisas, pentadbiran dan NAPIC dikeluarkan dan dikemaskini untuk memberi arahan kerja serta panduan bagi memastikan keseragaman prosedur kerja berdasarkan punca kuasa kepada semua warga kerja JPPH. Kajian Keperluan Latihan atau Training Needs Analysis (TNA) dijalankan oleh INSPEN bagi mengenal pasti program latihan yang bersesuaian/ diperlukan untuk dilaksanakan agar lebih responsif kepada beberapa keperluan/perubahan persekitaran di peringkat tempatan dan global serta bersesuaian dengan keperluan kompetensi dan pembangunan staf di setiap peringkat perjawatan. Unit Penyelidikan di bawah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Institut Penilaian Negara (INSPEN) bertanggungjawab untuk menjalankan kaji selidik Research Need Analysis (RNA) JPPH bagi setiap tahun. Objektif kaji selidik ini adalah untuk mendapatkan cadangan tajuk baharu atau isu berkaitan tugas harian yang memerlukan kajian untuk dilaksanakan oleh penyelidik Jabatan iaitu Penyelidik INSPEN dan Research Intern. Bidang kajian yang dilaksanakan oleh Penyelidik Jabatan adalah seperti berikut: i. Penilaian Harta Tanah ii. Pelaburan Harta Tanah iii. Pengurusan Harta Tanah iv. Undang-undang dan Polisi Harta Tanah v. Pengurusan dan Perkhidmatan Harta Tanah vi. Pengambilan Tanah vii. Perancangan dan Pembangunan Harta Tanah viii. IT dalam Harta Tanah ix. Pasaran Harta Tanah x. Pengurusan dan Pentadbiran xi. Konsep-konsep Harta Tanah xii. Kos Binaan Bangunan xiii. Loji, jentera dan peralatan. Piagam Pelanggan adalah komitmen bertulis dan jaminan pejabat untuk menyampaikan perkhidmatan atau keluaran mengikut standard yang ditetapkan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.
13 SASARAN KERJA TAHUNAN SAMBUTAN HARI JPPH ANUGERAH JABATAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG Sasaran Kerja Tahunan ditetapkan pada awal tahun dan menjadi petunjuk prestasi pencapaian bagi setiap pejabat JPPH. Sasaran Kerja Tahunan ditetapkan selepas dikaji prestasi pencapaian keseluruhan pada tahun sebelumnya dan juga sejajar dengan kehendak pelanggan semasa demi mencapai objektif, misi dan visi Jabatan. Sambutan Hari JPPH diadakan pada bulan Jun setiap tahun bertujuan untuk meraikan penubuhan jabatan. Sambutan Hari JPPH disambut dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah, pelancaran produk terbaru jabatan dan persembahan. Anugerah Jabatan JPPH adalah satu tanda penghargaan kepada pejabat JPPH atau individu yang telah menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. Kategori Anugerah adalah seperti yang berikut: • Anugerah Khas Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta • Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta ▶ Peringkat Pejabat Pengarah ▶ Peringkat Pejabat Penilai Daerah • Anugerah Inovasi • Anugerah Pengarah INSPEN • Anugerah Pengarah NAPIC (Peringkat Negeri dan Daerah) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang diberikan kepada pegawai yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan boleh menjadi contoh kepada semua pegawai JPPH yang lain dan pegawai yang akan besara bagi menghargai sumbangan mereka yang telah berkhidmat kepada jabatan. 2. PROGRAM
14 SAMBUTAN HARI INOVASI SAMBUTAN HARI INTEGRITI SAMBUTAN HARI ICT Hari inovasi diwujudkan bertujuan untuk memperkukuhkan nilai budaya kualiti dalam sesebuah organisasi di samping memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen dan dedikasi pekerja dan pihak pengurusan kepada usaha yang dijalankan ke arah peningkatan kualiti. Hari Inovasi disambut oleh semua pejabat JPPH dengan mengadakan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan kuiz inovasi, treasure hunt, ceramah berkaitan kualiti, motivasi dan budaya kerja cemerlang. Sambutan Hari Integriti diadakan pada bulan November setiap tahun bersempena Bulan Integriti Nasional yang bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat umum tentang kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dan integriti secara berterusan. Dalam pada yang sama, menuju ke arah matlamat bebas daripada amalan rasuah serta penyelewengan pada setiap masa dan keadaan. Hari Integriti disambut dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah berkaitan integriti, peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Penilaian (SPRP) JPPH 2026-2030 dan kuiz integriti Sambutan Hari ICT Jabatan merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) JPPH. Objektif pelaksanaan Hari ICT Jabatan ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan kesedaran berkaitan dengan teknologi terkini kepada semua pegawai terutamanya dari Skim Teknologi Maklumat di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Hari ICT Jabatan merupakan satu medium perkongsian dan hebahan inisiatif yang akan dilaksanakan diperingkat Jabatan dan cawangan JPPH. HORIZON BARU KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (HB KIK) HB KIK merupakan penjenamaan bagi KMK dan KIK yang telah ditambahbaik oleh MAMPU pada tahun 2017 seiring dengan pembudayaan dan pemerkasaan inovasi dalam sektor awam. HB KIK ini memberikan penekanan kepada keberhasilan dan potensi pengembangan projek yang meliputi aspek pengkomersilan, replika dan pertandingan inovasi di peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan HB KIK JPPH pada tahun 2018 merupakan penganjuran yang pertama di bawah flagship penjenamaan KIK baharu ini.
15 3. PEMANTAPAN KUALITI Selaras dengan Dasar Kualiti INSPEN iaitu memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, INSPEN telah memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2015 dan meneruskan aktiviti ke arah pengekalan pensijilan tersebut. INSPEN telah berjaya mendapatkan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 untuk tempoh tiga (3) tahun iaitu sehingga 1 November 2028 dengan skop pensijilan baharu iaitu Pemberian Perkhidmatan Latihan dalam bidang Harta Tanah, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Pentadbiran. Pengiktirafan Program Sijil Harta Tanah INSPEN daripada MQA merupakan salah satu projek Pelan Strategik Jabatan JPPH bermula pada tahun 2017. Objektif projek ini adalah bagi mendapatkan perakuan akreditasi penuh oleh MQA terhadap program Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) untuk memenuhi standard kualiti Kerangka Kelayakan Malaysia. Perakuan akreditasi penuh ini membolehkan pelajar SPHT dan SPGT melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan dalam negara manakala ke peringkat sarjana muda di Universiti terpilih di luar negara. INSPEN telah mendapat perakuan akreditasi penuh daripada MQA bagi dua (2) program iaitu MQA/FA 11513 bagi SPHT dan MQA/FA 11514 bagi SPGT bermula pada 19 April 2018. Pengiktirafan program Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) daripada LPEPH bagi Sijil Agensi Harta Tanah bermula pada tahun 2011 di mana graduan CEA ini layak untuk terus berdaftar sebagai Ejen Harta Tanah Percubaan di bawah LPEPH. Program profesional ini amat berbeza dengan program-program lain yang ditawarkan di peringkat pengajian tinggi kerana fokus utamanya ialah untuk melahirkan seorang yang profesional dalam bidang perejenan harta tanah. INSPEN telah mendapat perakuan akreditasi penuh daripada LPEPH. INSPEN telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan semula daya saing program SPHT dan SPGT agar menjadi pilihan pelajar lepasan SPM dengan melaksanakan pemendekan tempoh pengajian. Permohonan pemendekan tempoh pengajian bagi kedua-dua program tersebut telah diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 12 September 2025 iaitu daripada tempoh pengajian selama dua (2) tahun disingkatkan kepada satu (1) tahun lima (5) bulan sahaja dengan 60 kredit bergraduat. PENSIJILAN MS ISO 9001:2015 AKREDITASI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) AKREDITASI OLEH LEMBAGA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTA TANAH DAN PENGURUS TANAH MALAYSIA (LPEPH) PEMENDEKAN TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH (SPHT) DAN SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH (SPGT)
16 Persidangan ini diadakan dua (2) kali setahun dan dianggotai oleh Pengurusan Tertinggi, Pegawai Kanan Ibu Pejabat, Pengarah INSPEN, Pengarah NAPIC, Pengarah Penilaian Negeri serta Penilai Daerah. Persidangan ini merupakan platform bagi pihak pengurusan Ibu Pejabat membincangkan isu-isu pentadbiran, kewangan serta teknikal bersama ketua-ketua cawangan. Mesyuarat Pengarah Penilaian Negeri dianggotai oleh Pengurusan Tertinggi, Pegawai Kanan Ibu Pejabat, Pengarah INSPEN, Pengarah NAPIC dan Pengarah Penilaian Negeri. Mesyuarat ini bertujuan memantau prestasi cawangan secara bulanan yang merangkumi pencapaian piagam pelanggan, pengurusan kewangan dan pentadbiran di peringkat negeri. 4. MESYUARAT PERSIDANGAN PENGARAH DAN PENILAI DAERAH JPPH MESYUARAT PENGARAH PENILAIAN NEGERI Unit Integriti dan Pengauditan di Ibu Pejabat menjalankan audit ke atas fail teknikal, pengurusan data NAPIC dan pengurusan kewangan di pejabat cawangan JPPH untuk semakan pematuhan terhadap prosedur, peraturan dan kualiti yang telah ditetapkan. Prestasi cawangan dinilai berdasarkan skala pencapaian Cemerlang (90 – 100), Baik (80 – 89), Memuaskan (70 – 79), Kurang Memuaskan (50 – 69) dan Tidak Memuaskan (<50). PELAKSANAAN AUDIT TEKNIKAL, NAPIC DAN KEWANGAN
KEPIMPINAN UNGGUL BAB 2
18 KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA YBRS. Sr ABDUL RAZAK BIN YUSAK YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (KPPPH) yang ke-17 pada 24 Jun 2022. Beliau dilahirkan pada 18 September 1968 di Batu Pahat, Johor. Sebagai KPPPH, beliau turut memegang jawatan sebagai Presiden Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) iaitu badan kawal selia utama profesion berkaitan di Malaysia, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242). Sumbangan dan Kepimpinan di Peringkat Serantau dan Antarabangsa YBrs. Sr Abdul Razak aktif menyumbang kepada pembangunan bidang penilaian harta tanah di dalam dan luar negara. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Penilai ASEAN (AVA) yang dianggotai oleh lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Kemboja dan Brunei. Beliau juga merupakan: • Fellow Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), • Fellow Malaysian Institute of Property and Facility Managers (MIPFM), • Profesor Adjung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), • Profesor Adjung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kepakaran beliau turut diiktiraf antaranya sebagai: • Business Valuer daripada International Association of Certified Valuation Specialist (IACVS), • Training Specialist daripada Accredited Training Professional Programme (ATP), United Kingdom. Pengiktirafan dan Anugerah Atas jasa dan kecemerlangannya, beliau telah menerima beberapa anugerah termasuk: • Pingat Kebesaran Bintang Khidmat Terpuji (BKT) daripada Kerajaan Negeri Melaka (2012), • Johan Mangku Negara (J.M.N) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (2021), • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2008 dan 2012). Di bawah kepimpinan beliau, pejabat yang diterajuinya telah memenangi: • Anugerah Pejabat Terbaik Sempena Hari Kualiti JPPH Johor (2009), • Anugerah Pejabat Terbaik Kategori Teknikal (2009), • Anugerah Inovasi Sempena Hari Kualiti JPPH Johor (2009). PROFIL PENGURUSAN TERTINGGI
19 Peranan Profesional dan Kepimpinan Beliau telah dilantik sebagai: • Ahli Perunding Luar Negeri kepada Saudi Authority for Accredited Valuers (TAQEEM), Arab Saudi, • Ahli Perunding kepada Directorate of Valuation, Directorate General of State Asset Management (DGSAM), Kementerian Kewangan Indonesia, • Tenaga pengajar kepada peserta TAQEEM di Riyadh, Arab Saudi. Beliau juga pernah menjadi pengapit hakim dalam kes pengambilan tanah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Ipoh, Seremban, Shah Alam dan Johor Bahru antara tahun 2010 hingga 2018. Pembentangan Ilmiah dan Kepakaran Teknikal Antara pembentangan kertas kerja beliau termasuk: • Pengurusan Strata: Isu dan Cabaran di Kelantan, • Comparative Study on Matters to be Considered in Determining Land Acquisition Compensation di Kongres AVA ke-21, Yogyakarta, Indonesia, • Proses dan Prosedur Pengambilan Tanah kepada delegasi DGSAM, Indonesia. Beliau juga merupakan Ketua Subject Matter Expert (SME) bagi Projek Sistem Maklumat Penilaian (VIS), Pensyarah Sambilan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) pada 2016–2017 serta terlibat dalam pelbagai sesi perundingan teknikal dengan agensi berkaitan.
20 YBrs. Sr Tuan Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari merupakan Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) yang mula menjawat jawatan tersebut pada 7 Februari 2023 sehingga kini. Beliau dilahirkan pada 29 Januari 1966 di Singapura. Latar Belakang Perkhidmatan YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari memulakan perkhidmatannya dalam sektor awam pada tahun 1992 sebagai Pegawai Penilaian. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta, serta telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang kerjayanya, terutamanya di Institut Penilaian Negara (INSPEN), antaranya: • Ketua Pusat Pembangunan Profesional dan Eksekutif • Ketua Pusat Akademik • Ketua Pusat Pengurusan dan Teknologi Maklumat • Ketua Pusat Penilaian dan Perkhidmatan Harta • Timbalan Pengarah (Latihan dan Akademik) Beliau juga pernah dipinjamkan ke Majlis Bandaraya Ipoh sebagai Pengarah Penilaian pada tahun 2007. Seterusnya, beliau telah diberi tanggungjawab untuk menerajui beberapa pejabat cawangan, termasuk: • Penilai Daerah, JPPH Teluk Intan • Penilai Daerah, JPPH Gombak • Pengarah Penilaian Negeri, JPPH Sarawak • Pengarah Penilaian Negeri, JPPH Pahang Pelantikan Sebagai Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Pelantikan beliau sebagai Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) bermula dengan jawatan: • Pengarah, Institut Penilaian Negara (INSPEN) • Pengarah Penilaian Negeri Selangor • Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (DASAR STRATEGIK) YBRS. Sr HAJI MOHD NAZRI BIN AHMAD ZAHARI PROFIL PENGURUSAN TERTINGGI
21 Peranan Profesional dan Kepimpinan Beliau juga merupakan: • Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) Malaysia • Pengerusi, Jawatankuasa Audit Dalam • Panel Temuduga, Test of Professional Competence (TPC) Pencapaian Di bawah kepimpinan beliau, beberapa pejabat dan unit yang diterajui telah mencapai kejayaan cemerlang, termasuk meraih: • Johan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah Penilaian Malaysia (Kategori Pejabat Pengarah Penilaian Negeri) pada tahun 2017
22 YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir merupakan Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Organisasi) yang mula menjawat jawatan tersebut pada 29 Julai 2024 sehingga kini. Beliau dilahirkan pada 8 Julai 1966 di Mersing, Johor. Latar Belakang Perkhidmatan YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir memulakan perkhidmatannya dalam sektor awam pada tahun 1995 sebagai Pegawai Penilaian. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta serta telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang kerjayanya. Beliau juga pernah dipinjamkan ke Perbadanan Labuan sebagai Pengarah Penilaian pada tahun 2007. Seterusnya beliau telah diberi tanggung jawab untuk menerajui beberapa pejabat cawangan termasuk:- • Penilai Daerah JPPH Sandakan • Penilai Daerah JPPH Teluk Intan • Pengarah Penilaian Negeri Sarawak • Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN • Pengarah Penilaian Negeri Perak Pelantikan Sebagai Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Pelantikan beliau sebagai Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) bermula dengan jawatan: • Pengarah Penilaian Negeri Wilayah Persekutuan • Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) – jawatan semasa Peranan Profesional dan Kepimpinan Beliau juga merupakan: • Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) Malaysia • Pengurus Harta Berdaftar, Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia • Pengurus Projek Program Pelan Strategik JPPH – Projek Penyediaan Pembangunan Ahli Panel Pakar Jabatan (PPJ) • Ahli Panel Pakar Jabatan (PPJ) • Ahli Jawatankuasa mengkaji Pengkorporatan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta • Ketua SME CCB (Subject Matter Expert, Complex and Conventional Valuation) Projek New Valuation Information System JPPH • Lembaga Temuduga bagi Urusan Pengambilan Jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (OPERASI) YBRS. Sr BASARUDIN BIN MOHD BASIR PROFIL PENGURUSAN TERTINGGI
23 Pencapaian Di bawah kepimpinan beliau, beberapa pejabat dan unit yang diterajui telah mencapai kejayaan cemerlang, termasuk meraih: • Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Peringkat Pejabat Penilai Daerah • Anugerah Inovasi Pengarah NAPIC • Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Peringkat Pejabat Pengarah Penilaian Negeri
24 CARTA ORGANISASI JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (DASAR STRATEGIK) JUSA C JUSA B JUSA A PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN STANDARD AMALAN W14 PENGARAH BAHAGIAN PERUNDINGAN HARTA W14 PENGARAH BAHAGIAN PENSWASTAAN DAN PELABURAN STRATEGIK W14 PENGARAH BAHAGIAN LOJI, JENTERA DAN PERALATAN W14 PENGARAH BAHAGIAN PAMPASAN DAN PERUJUKAN MAHKAMAH W13 TIMBALAN PENGARAH (SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA) M12 TIMBALAN PENGARAH (SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN) M12 TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN INVENTORI HARTA TANAH W13 TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN INDEKS HARTA TANAH W13 TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PASARAN HARTA TANAH W13 PENGARAH KANAN BAHAGIAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA M14 PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN W12 KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT W14 PENGARAH PUSAT MAKLUMAT HARTA TANAH NEGARA (NAPIC)
25 TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (OPERASI) JUSA B KETUA PEMBANGUNAN, PENYELIDIKAN DAN KEPAKARAN W14 KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL W13 KETUA PUSAT AKADEMIK M12 KETUA PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI M12 PENDAFTAR M12 TIMBALAN PENGARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNIKAL) F13 TIMBALAN PENGARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (PEMBANGUNAN 1) F12 TIMBALAN PENGARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT (PEMBANGUNAN 2) F12 JUSA C PENGARAH INSTITUT PENILAIAN NEGARA F14 W12 - JUSA C PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PENGARAH PENILAIAN NEGERI W13 KETUA UNIT INTEGRITI DAN PENGAUDITAN W13 PENGURUS PROJEK PASUKAN PROJEK VALUATION INFORMATION SYSTEM (VIS) W10 – W14 PENILAI DAERAH
26 PENGARAH DAN KETUA UNIT YBRS. Sr LEE TONG BIAN Pengarah Bahagian Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Sr ROSLIZA BINTI RAMLI Pengarah Bahagian Penswastaan Dan Pelaburan Strategik YBRS. Sr AINA EDAYU BINTI AHMAD Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN) ENCIK YUSNETA BIN IDON Pengarah Bahagian Perundingan Harta PUAN SAIDATUL HIZAM BINTI ABDUL MANAF Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
27 Sr NORHISHAM BIN SHAFIE Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) ENCIK MOHAMMAD ZAM ZAM BIN ABU Pengarah Bahagian Pampasan Dan Perujukan Mahkamah Sr ABDUL RAHMAN BIN MOHD NASIR Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Dan Standard Amalan Sr AZLINA BINTI MOHAMAD NOR Pengurus Projek Pasukan Projek VIS Baru PUAN SITI FAIEYQAH BINTI MOHD FISALL Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Sr MOHD ZAMRI BIN AWANG Pengarah Bahagian Loji, Jentera Dan Peralatan
28 Sr NADILA BINTI HAMIDI Ketua Unit Komunikasi Korporat ENCIK MUHAMMAD FARIZAN BIN ABDUL RAZAK Ketua Unit Integriti Dan Pengauditan
29 FUNGSI UTAMA PENGARAH PENILAIAN NEGERI • Mengelola secara menyeluruh semua kerja ikhtisas, pentadbiran dan kewangan di negerinya. • Menyediakan keperluan tahunan mengenai tenaga manusia dan kewangan bagi negerinya. • Memantau laporan berkala. • Bertanggungjawab ke atas penyediaan semua laporan bagi penerbitan Jabatan bagi negerinya. • Merancang, mengurus dan memantau Sasaran Kerja Tahunan bagi negerinya. • Menguruskan perjalanan tindakan tatatertib Jabatan di negerinya. • Merancang dan menentukan keperluan latihan bagi pegawai dan staf di negerinya. • Memastikan pelaksanaan program pembaharuan dan pemodenan dalam mengurus dan mentadbir di negerinya. • Melaksanakan keputusan dasar berkaitan kerja ikhtisas di negerinya. • Menyemak dan meluluskan kerja penilaian yang telah dijalankan oleh pegawai bawahannya. • Menilai harta tanah bagi kes tertentu. • Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta semua perubahan ikhtisas yang melibatkan negerinya. • Menasihati dan menyelaraskan kerja ikhtisas dengan Jabatan dan agensi Kerajaan di negerinya. • Menyelaras dan menyeliakan kerja kadaran di negeri seliaan. • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan dan agensi dalam semua aspek perkhidmatan harta termasuk kajian kemungkinan, pengurusan harta tanah dan agensi harta tanah. • Menghadiri mesyuarat, perbincangan dan perundingan berkaitan tugas ikhtisas. • Mengumpul dan menyelaras data dan maklumat berkaitan industri harta tanah di dalam negerinya. • Membantu Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai perkara berkaitan penilaian dan pampasan bagi kes Rujukan Mahkamah. CARTA ORGANISASI PEJABAT PENGARAH PENILAIAN NEGERI PENGARAH PENILAIAN NEGERI TEKNIKAL PEJABAT PENILAI DAERAH PEMBANTU TADBIR (SETIAUSAHA PEJABAT) KHIDMAT SOKONGAN
30 PENGARAH PENILAIAN NEGERI YBRS. Sr KARTINI BINTI NORDIN Pengarah Penilaian Negeri Selangor Sr MAZNAH BINTI NGAH Pengarah Penilaian Negeri Terengganu YBRS. Sr NORHAYATI BINTI AWANG Pengarah Penilaian Negeri Johor Sr NORLINDA BINTI DAIM Pengarah Penilaian Negeri Pahang YBRS. Sr KHALID BIN ABDUL MUTALIB Pengarah Penilaian Negeri Wilayah Persekutuan
31 Sr AZMAN BIN MAB @ ADNAN Pengarah Penilaian Negeri Pulau Pinang Sr TAN ENG PEIK Pengarah Penilaian Negeri Sembilan ENCIK NOORHAFEZ BIN NORDIN Pengarah Penilaian Negeri Kedah Sr ISHAK BIN YAHAYA Pengarah Penilaian Negeri Kelantan Sr SAHARUN BIN KASIM Pengarah Penilaian Negeri Melaka Sr AHMAD SUHAIFIS BIN ABDUL HALIM Pengarah Penilaian Negeri Perak
32 Sr MOHD HARIS BIN YOP Pengarah Penilaian Negeri Sabah Sr AZIZIERUL BIN RAMLI Pengarah Penilaian Negeri Perlis PUAN NORLIZA BINTI NORDIN Pengarah Penilaian Negeri Sarawak
33 FUNGSI UTAMA PENILAI DAERAH • Mengelola semua kerja ikhtisas, pentadbiran dan kewangan di pejabatnya. • Mengesyorkan kepada Pengarah Penilaian Negeri keperluan tahunan mengenai tenaga manusia dan kewangan bagi pejabatnya. • Menguruskan laporan berkala Jabatan. • Bertanggungjawab ke atas penyediaan laporan bagi penerbitan Jabatan di bawah pengawasan pejabatnya. • Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan bagi pejabatnya. • Menyediakan Laporan Tahunan bagi pejabatnya. • Merancang, menyediakan dan menguruskan belanjawan tahunan pejabatnya. • Menyemak dan meluluskan penilaian yang telah dijalankan oleh pegawai bawahannya tertakluk kepada peraturan had kuasa melapor. • Menyelaras kerja teknikal bagi pejabatnya. • Menilai harta tanah untuk pelbagai maksud. • Menyelaras dan menyelia kerja Kadaran bagi daerah-daerah di bawah pengawasan pejabatnya. • Mengesyorkan kepada Pengarah Penilaian Negeri tentang perubahan ikhtisas dan pentadbiran yang melibatkan daerah di bawah pengawasan pejabatnya. • Menyelaras dengan Jabatan Persekutuan/Negeri/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan di daerah yang di bawah pengawasan pejabatnya. • Hadir ke mahkamah sebagai Saksi Pakar bagi kes yang dirujuk ke Mahkamah. CARTA ORGANISASI PEJABAT PENILAI DAERAH PENILAI DAERAH TEKNIKAL vKHIDMAT SOKONGAN PEMBANTU TADBIR (SETIAUSAHA PEJABAT)
34 Sr ARI BIN ADAM Penilai Daerah Shah Alam PUAN NORAZILA BINTI SALEH Penilai Daerah Klang Sr MOHD RIZAL BIN MAWI Penilai Daerah Gombak PUAN SHAFIZA BINTI SHAMSUDIN Penilai Daerah Sepang ENCIK ZAKARIYA BIN NAYAN Penilai Daerah Bandar Baru Bangi PENILAI DAERAH NEGERI SELANGOR
35 PENILAI DAERAH NEGERI JOHOR PUAN ZAHRAH BINTI ISMON Penilai Daerah Johor Bahru PUAN KHAIRULBARIYAH BINTI ABDULLAH Penilai Daerah Segamat PUAN NOR FAZIHA BINTI MD NOR Penilai Daerah Batu Pahat ENCIK ABDUL RAHMAN BIN KARIM Penilai Daerah Kluang PUAN WAN NUR IZATI BINTI WAN MUHAMAD FOKRI Penilai Daerah Muar
36 Sr ENG LIN SIN Penilai Daerah Kuala Lumpur ENCIK NIK ARIFF BIN LONG DIR Penilai Daerah Kuantan Sr EZUAN BIN ELLEAS Penilai Daerah Labuan Sr MOHD NIZAM BIN ZAINAL Penilai Daerah Temerloh ENCIK ARMAN HADI BIN OTHMAN Penilai Daerah Raub PENILAI DAERAH NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PENILAI DAERAH NEGERI PAHANG
37 PENILAI DAERAH NEGERI TERENGGANU PENILAI DAERAH NEGERI PERAK Sr SARMILA BINTI HUSAIN Penilai Daerah Kuala Terengganu PUAN MANOHELMI BINTI MIOR TAJUDIN Penilai Daerah Ipoh ENCIK ZUMIZAN BIN JAMALUDDIN Penilai Daerah Chukai PUAN RISMAWATI BINTI AHMAD Penilai Daerah Taiping Sr MUHAMMAD HANEEF BIN ALI Penilai Daerah Jertih ENCIK MUHD HASNIZAM BIN HASSAN Penilai Daerah Teluk Intan
38 Sr FARIDAH BINTI ABDUL RAHIM Penilai Daerah George Town PUAN SURAYA BINTI OMAR Penilai Daerah Seberang Perai PENILAI DAERAH NEGERI PULAU PINANG PUAN PUZIHANA BINTI ISMAIL Penilai Daerah Melaka PENILAI DAERAH NEGERI MELAKA
39 PENILAI DAERAH NEGERI KEDAH Sr SHARMILA BINTI SHAFIE Penilai Daerah Alor Setar Sr NORAZURA BINTI HASSAN Penilai Daerah Kulim PUAN SURINI BINTI AB KALIS Penilai Daerah Sungai Petani Sr NORIZAN BINTI MOHD AMIN Penilai Daerah Langkawi
40 ENCIK FARIQ ANWAR BIN ABD RAHMAN Penilai Daerah Seremban PUAN SITI ZULFAIZAL BINTI AHMAD Penilai Daerah Kota Bharu PUAN NOR HAIDA BINTI MAWARDI Penilai Daerah Jempol Sr SURYATI BINTI RAMLI Penilai Daerah Kuala Krai PENILAI DAERAH NEGERI SEMBILAN PENILAI DAERAH NEGERI KELANTAN
41 PENILAI DAERAH NEGERI SABAH PENILAI DAERAH NEGERI SARAWAK PUAN NORSHABANI BINTI JOHARI Penilai Daerah Kota Kinabalu Sr MUHAMMAD SUFFIAN BIN ALI Penilai Daerah Kuching ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHIM Penilai Daerah Tawau Sr SHAHRIL BIN OMAR Penilai Daerah Miri ENCIK AHMAD ROSDI BIN OMARUDIN Penilai Daerah Sandakan Sr KEVIN ANAK NYAIT Penilai Daerah Sibu
PENCAPAIAN STRATEGIK BAB 3
44 Sebagai penasihat kepada kerajaan dan agensinya dalam segala aspek berkaitan dengan penilaian, perundingan dan perkhidmatan harta. Sebagai pakar runding kepada Kerajaan dan agensinya untuk memberi perkhidmatan perundingan dalam aspek kajian kemungkinan, pengurusan harta dan perejenan harta. Untuk mengumpul, menerbit dan menyebarkan informasi harta tanah. Untuk memberikan latihan dalam bidang berkaitan dengan penilaian harta tanah dan perkhidmatan harta. Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan harta tanah. JPPH memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan yang boleh dipercayai, menepati masa dan profesional yang meliputi perkara-perkara berikut:- PERANAN JPPH DALAM PEMBANGUNAN NEGARA Untuk membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan harta tanah.1 2 3 4 5 6
45 BUKU AMALAN STANDARD PENILAIAN (ASP) EDISI 2026 Buku Amalan Standard Penilaian (ASP) Edisi 2026 atau lebih dikenali sebagai Buku Biru, merupakan dokumen rujukan utama yang dirangka khusus untuk memperkukuh pelaksanaan amalan penilaian harta secara sistematik, seragam dan berkualiti tinggi. Penyediaan buku ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan setiap proses penilaian dijalankan selaras dengan prinsip profesionalisme, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik. ASP dibangunkan sebagai kesinambungan dan penambahbaikan daripada edisi terdahulu, mengambil kira perubahan keperluan semasa, perkembangan amalan penilaian, serta cabaran baharu dalam persekitaran kerja yang semakin kompleks dan dinamik. Dokumen ini menekankan penyelarasan kaedah, prosedur dan pertimbangan teknikal penilaian, memastikan setiap hasil penilaian yang dihasilkan adalah tepat, konsisten dan boleh dipercayai. Selain itu, penyemakan dan penambahbaikan kandungan ASP turut mengambil kira maklum balas pelaksanaan serta keperluan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan. Pendekatan ini memastikan ASP kekal relevan dan berdaya guna, menjadi panduan utama yang menyokong pelaksanaan tugas penilaian dengan tepat, konsisten dan profesional, sekali gus memperkukuh keyakinan pihak berkepentingan terhadap hasil penilaian yang dihasilkan. Sehubungan itu, ASP Edisi 2026 disediakan sebagai rujukan komprehensif bagi pegawai dan kakitangan penilaian, memandu mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing, serta menyokong usaha Jabatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penilaian dan memperkukuh kredibiliti hasil kerja penilaian.
46 PELAN STRATEGIK JPPH 2026–2030 Pelan Strategik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 2026–2030 merupakan hala tuju baharu jabatan dalam memperkukuh peranan sebagai agensi utama kerajaan dalam bidang penilaian, perundingan dan perkhidmatan harta di Malaysia. Penyediaan pelan ini adalah selaras dengan aspirasi Kementerian Kewangan serta dasar pembangunan negara yang menekankan tadbir urus baik, ketelusan, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan pengoptimuman sumber negara. PSJ 2026–2030 digubal sebagai kesinambungan kepada pelan strategik sebelumnya dengan memberi tumpuan kepada transformasi organisasi secara menyeluruh melalui peningkatan kompetensi, pengukuhan budaya kerja berintegriti serta pemanfaatan teknologi digital dalam semua aspek perkhidmatan. Fokus utama pelan ini adalah untuk menjadikan JPPH sebuah organisasi berprestasi tinggi yang responsif terhadap perubahan, berinovasi dalam pendekatan dan mampan dalam pelaksanaan dasar. Pembangunan PSJ 2026–2030 dilaksanakan melalui pendekatan inklusif yang melibatkan semua lapisan warga JPPH serta libat urus bersama pelanggan dan pihak berkepentingan. Pendekatan ini memastikan strategi yang dirangka bersifat realistik, berimpak dan sejajar dengan keperluan semasa industri harta tanah serta kehendak kerajaan dalam memperkukuh pengurusan aset negara. Dengan pelaksanaan Pelan Strategik ini, JPPH beriltizam untuk terus melonjakkan kecemerlangan perkhidmatan, memperkukuh kedudukannya sebagai pakar rujuk profesional dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta, serta menyumbang secara signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurusan nilai dan maklumat harta yang cekap, telus dan berintegriti.
47 PERSIJILAN SEMULA MS ISO 9001: 2015 Pusat Pembangunan Profesional (PPP), INSPEN telah berjaya memperoleh Persijilan Semula MS ISO 9001:2015 bagi skop Pemberian Perkhidmatan Latihan dalam Bidang Harta Tanah, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Pentadbiran untuk tempoh tiga (3) tahun akan datang. Pengauditan persijilan semula ini telah dijalankan oleh Juruaudit dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang diketuai oleh Puan Mariam Mohamed Zin bersama Puan Noraini Mohd Khalid pada 22 hingga 23 September 2025. Persijilan ini yang telah mula diperolehi sejak tahun 2001 menunjukkan komitmen berterusan INSPEN dalam meningkatkan sistem pengurusan kualiti agar penyampaian perkhidmatan latihan lebih cekap dan berkesan serta selaras dengan piawaian antarabangsa. PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA CERTIFIED PROPERTY MANAGEMENT PROGRAMME (CPMP) OLEH LEMBAGA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTA TANAH DAN PENGURUS HARTA (LPEPH) Pusat Akademik INSPEN telah berjaya membangunkan Certified Property Management Programme (CPMP), iaitu program pendidikan baharu untuk melahirkan Pengurus Harta yang berkelayakan. Program ini yang menggabungkan kedua-dua aspek teori dan praktikal dalam bidang pengurusan harta dan fasiliti merupakan laluan profesional yang melayakkan graduan untuk berdaftar sebagai Pengurus Harta Percubaan dan seterusnya sebagai Pengurus Harta Berdaftar di bawah LPEPH. CPMP telah memperoleh Akreditasi Sementara daripada LPEPH mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028. Pendaftaran Kohort 1 telah diadakan pada 10 Disember 2025 dengan bilangan pengambilan pelajar seramai 35 orang. Kelas pengajian CPMP bakal bermula pada 3 Januari 2026 selama 54 minggu melibatkan tiga (3) semester.
48 PEMENDEKAN TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH (SPHT) DAN SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH (SPGT) Pusat Akademik INSPEN telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan semula daya saing program SPHT dan SPGT agar menjadi pilihan pelajar lepasan SPM dengan melaksanakan pemendekan tempoh pengajian. Permohonan pemendekan tempoh pengajian bagi kedua-dua program tersebut telah diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 12 September 2025 iaitu daripada tempoh pengajian selama dua (2) tahun disingkatkan kepada satu (1) tahun lima (5) bulan sahaja dengan 60 kredit bergraduat. PENGANJURKAN SEMINAR PERSIDANGAN NAPREC KE-18 Pusat Penyelidikan dan Inovasi INSPEN telah menganjurkan Persidangan NAPREC ke-18 di Dewan Jubli INSPEN pada 5 Ogos 2025. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (KPPPH) dan disaksikan oleh lebih 300 peserta termasuk jemputan daripada Agensi Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan, Panel Pakar NAPREC serta Pengurusan Tertinggi JPPH. Persidangan ini menampilkan tujuh (7) pembentangan kertas penyelidikan NAPREC yang merangkumi topik berkaitan teknologi, harta intelek, pengurusan harta, caj penyelenggaraan strata dan perundangan harta tanah.
49 ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA TAHUN 2025 BAGI KATEGORI PENILAIAN OUTCOME KEMENTERIAN BERPRESTASI TINGGI Projek Menaik Taraf Rangkaian ICT di INSPEN telah mencatat markah kedua tertinggi iaitu 93.5%, antara lima (5) projek yang terpilih bagi Kajian Penilaian Outcome (KPO) bagi Kementerian Kewangan. Pencapaian ini telah membantu menobatkan Kementerian Kewangan sebagai pemenang tempat pertama bagi Kategori Penilaian Outcome Kementerian Berprestasi Tinggi sempena Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2025. Kajian telah dijalankan selama enam (6) bulan mulai Ogos 2024 dan hasil kajian dibentangkan di hadapan panel di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM pada Februari 2025. PEMBANGUNAN PROPERTY INFORMATION SYSTEM (PRISM) PRISM 2.0 telah dibangunkan dengan pendekatan yang lebih holistik, di mana setiap pegawai diberikan peranan tertentu serta capaian kepada dashboard prestasi individu dan cawangan masing-masing bagi memudahkan pemantauan, penilaian, dan pelaporan yang lebih berkesan. Go Live PRISM 2.0 Fasa 1.5 Pengumuman Go Live PRISM 2.0 Fasa 1.5 telah disempurnakan oleh Sr Norhisham bin Shafie, Pengarah NAPIC mewakili Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Pengumuman telah disiarkan secara langsung pada 31 Julai 2025 menerusi platform Facebook rasmi JPPH. Go Live PRISM Fasa 1.5 menumpukan kepada perkhidmatan pengurusan data harta tanah (e-Data) dengan saluran pembayaran menggunakan Duitnow yang menyokong pembayaran pindahan dana secara elektronik (EFT).
BAHAGIAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (BPPH) BAB 4
52 CARTA ORGANISASI PEMBANTU TADBIR N1/N2 TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (DASAR STRATEGIK) PENGARAH BAHAGIAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA PENGARAH BAHAGIAN PERUNDINGAN HARTA JUSA B JUSA C SETIAUSAHA PEJABAT N5/N6 PEGAWAI PENILAIAN W10 PEGAWAI PENILAIAN W10 PEGAWAI PENILAIAN W9/W10 JURUGEOSPATIAL J10 PEGAWAI PENILAIAN W10 PEGAWAI PENILAIAN W10 PEMBANTU PENILAIAN W2 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5/W6 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W6 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W8 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5/W6 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5/W6 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W1/W2 PEMBANTU PENILAIAN W1/W2 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5/W6 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5/W6 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W8 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W8 PEMBANTU PENILAIAN W2 PEMBANTU PENILAIAN W1/W2 PEMBANTU OPERASI N1/N2 PEMBANTU PENILAIAN W1/W2 PEMBANTU PENILAIAN JA1/J2 W1/W2 PEMBANTU PENILAIAN JA1/J2 W1/W2 SETIAUSAHA PEJABAT W14 PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN STANDARD AMALAN W14 PENGARAH BAHAGIAN LORI, JENTERA DAN PERALATAN W14 PENGARAH BAHAGIAN PENSWASTAAN DAN PELABURAN STRATEGIK W14 PENGARAH BAHAGIAN PAMPASAN DAN PERUJUKAN MAHKAMAH W13 PEGAWAI PENILAIAN PEGAWAI PENILAIAN W13 W10 PEGAWAI PENILAIAN W12 PEGAWAI PENILAIAN W10 PEGAWAI PENILAIAN W10 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W6 SETIAUSAHA PEJABAT N5/N6 N1/N2
53 FUNGSI BAHAGIAN Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta terdiri daripada enam (6) bahagian yang terlibat dalam merancang, menggubal dan membuat dasar, polisi, garis panduan dan pekeliling berkaitan perkhidmatan penilaian. Mengesyorkan polisi, prosedur dan peraturan perkhidmatan penilaian. Menjalankan perkhidmatan penilaian bagi pelbagai jenis harta/aset dan maksud nilaian. Menyelaras, menyemak dan meluluskan kes-kes daripada cawangan dan Pengumpulan data dan maklumat penilaian cawangan. BAHAGIAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA MESYUARAT PENYELARASAN PERMOHONAN NILAIAN SEMUA ASET MILIK PERBADANAN ASET KERETAPI 24, 25 dan 29 April 2025 - Mesyuarat telah diadakan di tiga (3) zon berbeza iaitu di Zon Selatan (JPPH Melaka), Zon Tengah (Pejabat RAC) dan Zon Timur (JPPH Kota Bharu). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan dengan skop kerja penilaian, maksud dan asas penilaian serta penerangan lanjut berhubung aset dalam industri keretapi milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merangkumi tanah, bangunan dan landasan serta infrastruktur.
54 SESI LIBAT URUS BERSAMA KETUA PEGAWAI DASAR PERCUKAIAN, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) 23 Jun 2025 - Sesi libat urus bersama Ketua Pegawai Dasar Percukaian, (HASiL) telah diadakan di Ibu Pejabat JPPH yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Lee Tong Bian, Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir Pengarah Bahagian Ibu Pejabat dan Pegawai Kanan (HASiL). Perbincangan tertumpu kepada bidang Penilaian Saham yang merupakan salah satu cabang kepakaran baharu yang berpotensi untuk diterokai dalam memperkukuh dasar percukaian dan pembangunan profesion penilaian negara. SESI VERIFIKASI DAN FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) SIRI 1 BAGI KAJIAN KAEDAH - KAEDAH DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR 17 Julai 2025 - Sesi libat urus bersama Ketua Pegawai Dasar Percukaian, (HASiL) telah diadakan di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan dirasmikan oleh YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Perancangan Bandar dan Desa. Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh wakil daripada JPPH, Sr Noraslinda binti Abdul Raub, Penolong Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk melengkapkan penyediaan Draf Laporan Penemuan Kajian Kaedah- Kaedah Di Bawah Akta Pembaharuan Semula Bandar, satu Sesi Verifikasi dan Focus Group Discussion (FGD).
55 BENGKEL TASK BASED GROUP (TBG) ASET WARISAN 31 Julai hingga 1 Ogos 2025 – Bengkel ini telah diadakan di Hotel Perdana, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh Sr Muhammad Noor Isman bin Ismail, Timbalan Pengarah dan Sr Noraslinda binti Abdul Raub, Penolong Pengarah wakil daripada Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Bengkel ini diadakan bertujuan menetapkan teknik yang wajar dan bersesuaian untuk digunakan bagi menilai item warisan yang berpotensi diklasifikasikan sebagai aset berdasarkan tafsiran aset dalam piawaian perakaunan Malaysian Public Sector Accounting Standards 17 (MPSAS 17) Hartanah, Loji dan Peralatan. MESYUARAT PELAKSANAAN KAEDAH PENGHANTARAN PERMOHONAN NILAIAN AMANAH RAYA BERHAD 11 Julai dan 21 Ogos 2025 – Mesyuarat ini telah diadakan di Ibu Pejabat JPPH yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Lee Tong Bian, Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Mesyuarat ini juga melibatkan wakil dari pihak Amanah Raya yang diketuai oleh Encik Mohamad Junaidi Abdul Rahman, Bahagian Operasi dan Nasrinah binti Jabirin. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan kaedah penghantaran permohonan secara dalam talian.
56 MESYUARAT PELAKSANAAN KAEDAH PENGHANTARAN PERMOHONAN NILAIAN OLEH AMANAH RAYA BERHAD 6 Oktober 2025 – Mesyuarat ini telah diadakan di Ibu Pejabat AmanahRaya Berhad, Vista Tower, The Intermark, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ARB. Wakil Jabatan terdiri daripada Sr Muhammad Noor Isman bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Encik Adnan bin Alias, Ketua Penolong Pengarah BTM dan YM Raja Attirah Raja Ahmad, Penolong Pengarah BPPH. Perbincangan tertumpu untuk memuktamadkan garis panduan dan prosedur kerja permohonan nilaian secara dalam talian, semakan borang berkaitan serta perancangan pelaksanaan simulasi dan pengujian di beberapa cawangan JPPH sebelum diperluaskan ke seluruh cawangan. Pelaksanaan kaedah ini dijangka dapat memperkemaskan proses penghantaran permohonan nilaian agar lebih sistematik, efisien dan selaras dengan agenda transformasi digital semasa. MESYUARAT BAHAGIAN TEKNIKAL IBU PEJABAT 29 hingga 31 Ogos 2025 – Mesyuarat ini telah diadakan di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor yang telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Hj Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Lee Tong Bian, Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Pengarah dan semua kakitangan Teknikal Ibu Pejabat. Mesyuarat ini bertujuan untuk memantapkan kerja-kerja teknikal terutamanya dari aspek semakan serta kelulusan kes teknikal, pendaftaran kes serta pelaporannya ke agensi berkaitan. Selain mesyuarat, pengisian kali ini juga diadakan Program Pengukuhan Pasukan bagi membentuk satu budaya kerja yang sihat di kalangan semua kakitangan untuk mencapai produktiviti cemerlang.
57 PENILAIAN ASET HARTANAH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) DI KAHERAH, MESIR 8 hingga 14 Oktober 2025 - Penilaian Aset Hartanah MAIWP di Kaherah Mesir telah diketuai oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) bersama Sr Shahril bin Omar, Penilai Daerah Miri. Penilaian ini melibatkan dua (2) buah bangunan asrama pelajar yang terletak di Nasr City dan di Daoud Barakat, Mesir. PILOT TEST BAGI PELAKSANAAN KAEDAH PENGHANTARAN PERMOHONAN NILAIAN OLEH AMANAH RAYA BERHAD 6 November 2025 – Sesi ini telah diadakan di Pejabat JPPH Bandar Baru Bangi sebagai sebahagian daripada inisiatif pelaksanaan kaedah baharu penghantaran permohonan secara dalam talian. JPPH Bandar Baru Bangi telah dipilih sebagai pejabat perintis bagi pelaksanaan inisiatif ini. Seramai empat (4) orang pegawai dari Ibu Pejabat JPPH dan enam (6) orang wakil daripada pihak AmanahRaya telah hadir bagi tujuan pengujian aliran proses kerja, semakan prosedur serta penambahbaikan aspek pelaksanaan sebelum diperluaskan ke peringkat seterusnya. Simulasi ini telah mendapat kerjasama erat daripada warga kerja JPPH Bandar Baru Bangi dalam memastikan pilot test dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Pelaksanaan inisiatif ini dijangka dapat memperkemaskan proses penghantaran permohonan nilaian agar lebih sistematik, efisien dan selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan.
58 PROGRAM LUNCHEON TALK JPPH 21 November 2025 – Program Luncheon Talk JPPH: “Nilaian Berkualiti: Cabaran dan Solusi” bersama YBhg. Datuk Sr Ahmad Zailan bin Azizuddin, Mantan Ketua Pengarah JPPH (2018–2019). Program ini diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) secara hibrid. Program ini bertujuan menyediakan platform wacana profesional bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran dan amalan terbaik di kalangan warga JPPH. Sebagai tokoh berpengalaman luas, beliau berkongsi pandangan, pengalaman dan nasihat penting mengenai dunia penilaian, khususnya kepada pegawai-pegawai baharu dalam jabatan.
59 BAHAGIAN PENSWASTAAN DAN PELABURAN STRATEGIK MESYUARAT PENYELARASAN BERKAITAN PENILAIAN TANAH PEMBANGUNAN DAN PENSWASTAAN TANAH KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN DI NEGERI SELANGOR 25 hingga 26 Jun 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Bersama pegawai yang telah dipilih di Negeri Selangor diadakan di Wyndham Garden i-City, Shah Alam, Selangor. Hadir Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya Petaling Jaya), Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan berkenaan proses penswastaan dan isu perundangan bagi pembangunan tanah di Negeri Selangor serta mendapatkan maklumat serta garis panduan yang lebih terperinci berkaitan perundangan di Negeri Selangor sebagai rujukan dalam menjalankan penilaian ke atas tanah, bangunan, loji, jentera dan peralatan bagi maksud penswastaan. MESYUARAT PENYELARASAN BERKAITAN PENILAIAN TANAH PEMBANGUNAN DAN PENSWASTAAN TANAH KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN DI NEGERI PAHANG 10 hingga 11 Ogos 2025 - Mesyuarat Penyelarasan bersama Pegawai Penilaian yang terpilih di Negeri Pahang telah diadakan di Swiss-Belhotel, Kuantan, Pahang. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut adalah Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya Kuantan), Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang (UPEN), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan isu perundangan, penilaian dan proses penswastaan bagi tanah pembangunan yang melibatkan tanah kerajaan negeri dan tanah persekutuan di Negeri Pahang.
60 BAHAGIAN PERUNDINGAN HARTA SESI LIBAT URUS BERSAMA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 22 Januari 2025 – Sesi libat urus telah diadakan oleh Bahagian Perundingan Harta Ibu Pejabat JPPH bersama LPPSA yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Lee Tong Bian, Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Sesi ini diadakan bagi meneruskan sinergi, momentum dan persefahaman antara kedua-dua agensi, terutamanya bagi urusan penilaian melibatkan Pinjaman Perumahan. Delegasi LPPSA diketuai oleh Puan Kamsilawati binti Sabran, Ketua Jabatan Proses dan Kecemerlangan Operasi serta pegawai-pegawai dari Jabatan Proses dan Jabatan Cagaran. PERBINCANGAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) BERSAMA JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) DAN PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA (PKPM) 2 Oktober 2025 – Sesi perbincangan ini tertumpu kepada cadangan penambahbaikan jadual tuntutan kemajuan kerja bagi memastikan kelancaran proses tuntutan dan pelaksanaan projek perumahan. Delegasi LPPSA dipengerusikan oleh Puan Kamsilawati binti Sabran, Pengurus Kanan Jabatan Proses dan Kecemerlangan Operasi manakala delegasi JPPH diketuai oleh YBrs. Sr Lee Tong Bian, Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta serta barisan Pengarah Bahagian Ibu Pejabat.
61 SESI LAWATAN TAPAK BERSAMA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) 25 Februari 2025 – Sesi lawatan tapak bagi cadangan pembelian tapak semaian oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Bahagian Sibu, Negeri Sarawak. Sesi lawatan tapak tersebut telah diketuai oleh Puan Haniza binti Ab Shukor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA. Delegasi JPPH pula diwakili oleh JPPH Sibu serta Encik Muhammad Syafriz bin Md Takiyudin, wakil dari Ibu Pejabat JPPH. Lawatan tapak ini telah menyediakan input dan maklumat awal berkaitan cadangan perolehan tapak semaian oleh RISDA sebagai sebahagian daripada usaha menyokong kesinambungan rantaian pembekalan benih pokok getah di kawasan berkenaan. LAWATAN TEKNIKAL PENILAIAN HARTA INTELEK KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (PPM-JMG) NEGERI PERAK 27 hingga 28 Februari 2025 – Sesi lawatan bagi tujuan Penilaian Harta Intelek milik Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di Ipoh, Negeri Perak telah diketuai oleh Sr Fung Cheng Loong bersama penilai harta intelek yang terlibat. Lawatan ini diadakan bagi tujuan pendedahan serta pengumpulan maklumat terperinci berkaitan harta-harta intelek tersebut dalam melaksanakan penilaian yang dipohon oleh pihak JMG.
62 BENGKEL PENILAIAN HARTA INTELEK MILIK PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (PPM-JMG) 11 hingga 13 Mac 2025 – Bengkel Penilaian Harta Intelek Milik Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah diadakan di INSPEN. Bengkel ini melibatkan 17 orang Pegawai Penilaian dan diadakan sebagai medium perbincangan kumpulan untuk melaksanakan penilaian yang dipohon serta membentangkan hasil penilaian di hadapan panel penilai bagi tujuan semakan dan kelulusan. Panel penilai terdiri daripada: • YBrs. Sr Lee Tong Bian, Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta; • YBrs. Sr Norhayati binti Awang, Pengarah Penilaian Negeri Johor yang juga merupakan Pengerusi Panel Pakar Jabatan Penilaian Perniagaan; dan • Encik Yusneta bin Idon, Pengarah Bahagian Perundingan Harta. SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) 4 Jun 2025 – Sesi libat urus berkaitan penilaian harta tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah diadakan oleh Bahagian Perundingan Harta, JPPH. Sesi libat urus ini bertujuan untuk membincangkan isu serta prosedur penilaian ke atas tanah-tanah milik RISDA. Pihak RISDA telah diwakili oleh Encik Abdullah Faiz bin Zainudin dan Encik Megat Mohd Al-Qayyum bin Hassan.
63 KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (JPPKK) 4 Jun 2025 – Kunjungan hormat delegasi Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diadakan di Pejabat Bahagian Perundingan Harta bagi mendapatkan pandangan teknikal berhubung kadar sewaan ruang untuk inisiatif Industry on Campus (IOC). Delegasi JPPKK diketuai oleh Encik Azwansyah bin Zulkifli dan beberapa orang pegawai. Perbincangan turut menyentuh mengenai kolaborasi strategik di bawah kerangka Industry Education Collaboration (IEC) demi memperkasakan pembangunan modal insan TVET negara. KONVENSYEN TEKNIKAL: PENILAIAN PAJAKAN 11 hingga 13 Ogos 2025 – Konvensyen Teknikal: Penilaian Pajakan telah diadakan di Swiss-Bel Hotel, Kuantan, Pahang. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan dihadiri seramai 40 orang Pegawai Penilaian dari cawangan JPPH seluruh negara. Objektif konvensyen ini adalah untuk meningkatkan kefahaman teknikal Pegawai Penilaian mengenai prinsip dan pendekatan penilaian pajakan bagi sesuatu harta tanah, mendedahkan peserta kepada garis panduan, dasar semasa, dan kerangka perundangan berkaitan pajakan serta menyediakan platform perbincangan isu semasa, perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara penilai di seluruh negara dalam mengendalikan penilaian pajakan.
64 PENILAIAN HARTA TANAH MILIK LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) DI LONDON, UNITED KINGDOM 23 hingga 30 September 2025 – Bahagian Perundingan Harta, Ibu Pejabat JPPH telah bertindak sebagai penyelaras bagi penilaian harta tanah milik FELDA yang terletak di London, United Kingdom. Penilaian ke atas empat (4) harta tanah milik FELDA yang terlibat telah dijalankan oleh tiga (3) orang pegawai JPPH yang terdiri daripada Sr Mohd Zamri bin Awang, Pengarah Bahagian Loji, Jentera dan Peralatan, Puan Puzihana binti Ismail, Penilai Daerah Melaka dan Sr Norazura binti Hassan, Penilai Daerah Kulim. SESI LIBAT URUS BERSAMA BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA, JABATAN PERDANA MENTERI 19 November 2025 – Sesi libat urus teknikal berhubung penilaian harta tanah milik FELDA telah diadakan di Ibu Pejabat JPPH yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Delegasi Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) terdiri daripada YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian BKSF, Puan Che Suhaini binti Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian - Dasar dan Pengurusan, Tuan Haji Rosdin bin Abbas, Ketua Penolong Setiausaha, dan Puan Nur Nadia binti Nor Halim, Penolong Setiausaha. Perbincangan ini memfokuskan kepada penilaian ke atas harta tanah milik FELDA yang terletak di dalam dan luar negara.
65 SESI DIALOG: PENILAIAN PINJAMAN PERUMAHAN DAN BAYARAN BERPERINGKAT 9 Disember 2025 – Sesi dialog secara dalam talian telah diadakan kepada semua kakitangan teknikal JPPH seluruh Malaysia. Objektif utama penganjuran sesi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman warga kerja teknikal berkaitan prosedur penilaian bagi maksud Pinjaman Perumahan dan Bayaran Berperingkat. Di samping membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan, sesi ini turut menyentuh mengenai pemakaian Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil. 1/2025 sebagai rujukan utama. PROGRAM MyIPO INTENSIVE IP VALUER AND EXAMINATION 2025 Pada tahun 2025, Bahagian Perundingan Harta, Ibu Pejabat JPPH, bertindak sebagai penyelaras bagi pegawai JPPH yang menyertai Program MyIPO Intensive IP Valuer & Examination 2025 yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Program ini dilaksanakan secara intensif dan berperingkat antara 11 September hingga 30 November 2025, merangkumi modul teori, perundangan, praktikal penilaian, pembentangan hasil, dan peperiksaan akhir. Seramai tiga (3) orang pegawai JPPH telah berjaya menamatkan program dan dianugerahkan sebagai Certified IP Valuer, sekali gus memperkukuh kompetensi jabatan dalam bidang penilaian harta intelek.
66 BAHAGIAN LOJI, JENTERA DAN PERALATAN PENILAIAN ASET MILIK KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA DI PANGKALAN UDARA KUANTAN, PAHANG BAGI MAKSUD PELUPUSAN ASET 9 Januari 2025 – Penilaian Aset Milik Kementerian Pertahanan Malaysia telah diadakan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. PENILAIAN SATU UNIT HELIKOPTER DI UNIVERSITI KUALA LUMPUR – MALAYSIA INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY, KAMPUS SUBANG, SELANGOR UNTUK PENILAIAN ASET JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BAGI MAKSUD PELUPUSAN ASET 29 Februari 2025 dan 18 April 2025 - Sesi taklimat dan lawat periksa bagi penilaian satu (1) unit helikopter telah dilaksanakan di Universiti Kuala Lumpur - Malaysia Institute of Aviation Technology, Kampus Subang. LAWATAN PESERTA KURSUS PROFESSIONAL PROGRAMME IN PLANT MACHINERY VALUATION (PPPMV) KE GALERI LOJI, JENTERA DAN PERALATAN DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) 18 Februari 2025 - Program lawatan ke Galeri Loji, Jentera dan Peralatan telah diadakan oleh Unit Pembangunan dan Kepakaran INSPEN bagi memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta kursus Professional Programme in Plant Machinery Valuation (PPPMV). Peserta kursus terdiri dari Penolong Pegawai Penilaian yang berkursus pada 17 hingga 28 Februari 2025. Pegawai daripada Bahagian Loji, Jentera dan Peralatan turut hadir bagi memberikan taklimat dan perkongsian pada sesi lawatan tersebut.
67 LAWATAN KE PAMERAN METALTECH & AUTOMEX 2025 15 Mei 2025 - Pameran “METALTECH & AUTOMEX 2025” telah dihadiri oleh pegawai Bahagian Loji Jentera dan Peralatan serta pegawai cawangan yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur. SHOWTECH MARDI 2025 30 Mei 2025 - Pameran Teknologi dan Inovasi MARDI (Showtech MARDI 2025) anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang bertempat di MAEPS, Serdang.
68 PENILAIAN ASET ALIH MILIK KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELUPUSAN ASET 16 Jun 2025 – Pegawai Bahagian Loji, Jentera dan Peralatan, Ibu Pejabat dan wakil dari pejabat cawangan JPPH Seremban dan JPPH Kuala Lumpur telah menghadiri sesi taklimat dan lawat periksa awalan aset alih milik Kementerian Pertahanan Malaysia. Taklimat dan lawat periksa telah diadakan di Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur. PENILAIAN PESAWAT, ALAT GANTI DAN KOMPONEN PESAWAT MILIK KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA UNTUK TUJUAN PELUPUSAN 23 Jun 2025 – Pegawai dari Bahagian Loji, Jentera dan Peralatan Ibu Pejabat dan beberapa pegawai dari pasukan task force Zon Timur telah menghadiri Mesyuarat Kick-Off bersama-sama pihak Kementerian Pertahanan di Pengkalan Udara Kuantan, Pahang. Lawat periksa telah dilaksanakan bermula 23 hingga 26 Jun 2025.
69 MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PELUPUSAN PANGKALAN LAUT TUN SHARIFAH RODZIAH MILIK KEMENTERIAN PERTAHANAN DI PERAIRAN SEMPORNA, SABAH 1 hingga 3 Julai 2025 – Mesyuarat bagi kerja-kerja penilaian loji, jentera dan peralatan bagi pelupusan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah milik Kementerian Pertahanan di Perairan Semporna, Sabah. Lawat periksa telah dilaksanakan oleh pasukan task force Zon Borneo pada 11 hingga 15 Ogos 2025. MESYUARAT PENENTUAN HARGA PASARAN BAGI LOJI, JENTERA DAN PERALATAN YANG DIGUNAPAKAI DALAM INDUSTRI OIL & GAS DI MALAYSIA 28 Julai 2025 - Mesyuarat bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diadakan di Ibu Pejabat JPPH bagi perbincangan penentuan harga pasaran bagi loji, jentera dan peralatan bagi aset yang terlibat dalam operasi pengekstrakan minyak dan gas di Malaysia.
70 PENILAIAN KAPAL BAGI MAKSUD PELUPUSAN ASET MILIK KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA 30 Julai 2025 - Sesi taklimat dan lawat periksa awalan di Pangkalan Tentera Laut Malaysia, Lumut, Perak turut dihadiri oleh pegawai JPPH Ipoh. JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM ‘MACHINE DAY’ DI SIRIM RASA 11 Ogos 2025 - Program Machine Day anjuran SIRIM telah diadakan di Kawasan Perindustrian Rasa, Hulu Selangor, Selangor. Program tersebut bertujuan mempromosikan teknologi mesin, memperkukuh hubungan industri dan memacu inovasi melalui pameran serta demonstrasi perkhidmatan.
71 LAWATAN DAN SEMAKAN KUALITI KES OLEH BAHAGIAN LOJI, JENTERA DAN PERALATAN BAGI PENILAIAN LOJI, JENTERA DAN PERALATAN DI JPPH KLANG DAN JPPH BANDAR BARU BANGI 18 Ogos 2025 - Sesi lawatan ke JPPH Klang dan JPPH Bandar Baru Bangi bagi semakan kualiti kes penilaian loji, jentera dan peralatan cawangan yang di bawah had kuasa melapor cawangan. PENILAIAN BAGI PELUPUSAN ASET MILIK KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA 8 Oktober 2025 - Sesi taklimat dan lawat periksa awalan aset milik Kementerian Pertahanan Malaysia telah diadakan di Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur.
72 PENILAIAN HARGA PASARAN SUMBANGAN PESAWAT KEPADA POLITEKNIK BANTING SELANGOR, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 9 Oktober 2025 - Penilaian satu (1) unit pesawat yang diterima daripada pihak DXN Holdings Berhad sebagai sokongan peralatan sedia ada untuk program Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat bertempat di Politeknik Banting, Selangor di Sapura Hangar, Lapangan Terbang Subang. LAWATAN DAN SEMAKAN KUALITI KES OLEH BAHAGIAN LOJI, JENTERA DAN PERALATAN DI JPPH SEREMBAN 23 Oktober 2025 - Sesi lawatan ke JPPH Seremban bagi semakan kualiti kes penilaian loji, jentera dan peralatan cawangan yang di bawah had kuasa melapor cawangan.
73 SMART NATION EXPO 2025 20 November 2025 - Pameran “Smart Nation Expo 2025” telah diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur yang mempamerkan inovasi dan teknologi digital terkini, serta teknologi masa depan seperti 5G, AI (kepintaran buatan), IoT (Internet of Things), smart cities, smart mobility, data centre. PENILAIAN DAN LAWATAN TAPAK KE KILANG BIODIESEL CAROTINO SDN BHD, PASIR GUDANG, JOHOR 1 Disember 2025 - Sesi lawat periksa bagi penilaian semula loji, jentera dan peralatan milik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang ditempatkan di Kilang Biodiesel Carotino Sdn. Bhd. Pasir Gudang, Johor.
74 PENILAIAN BAGI PELUPUSAN ASET MILIK KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA 2 hingga 9 Disember 2025 - Lawat periksa aset alih telah dilaksanakan di Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur.
75 BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN STANDARD AMALAN TAKLIMAT PENGENALAN DAN SESI TRANSFER OF TECHNOLOGY PENGURUSAN DATA E-NILAIAN JPPH SELANGOR 21 hingga 22 Januari 2025 – Taklimat Pengenalan dan Sesi Transfer of Technology Pengurusan Data E-Nilaian JPPH Selangor telah diadakan di JPPH Shah Alam melibatkan cawangan JPPH Shah Alam dan JPPH Klang pada 21 Januari 2025. Taklimat yang sama juga diadakan di JPPH Bandar Baru Bangi pada 22 Januari 2025 melibatkan JPPH Bandar Baru Bangi, JPPH Gombak dan JPPH Sepang. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan terperinci berhubung pengurusan data mentah (raw data) dalam aplikasi E-Nilaian khususnya berkaitan penyimpanan data di server GISPP dan VIS, konfigurasi data dan format data mengikut spesifikasi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK JABATAN 2026 – 2030 Empat (4) siri bengkel telah dilaksanakan bagi membangunkan Pelan Strategik Jabatan (PSJ) JPPH 2026–2030 secara komprehensif dan bersepadu. Bil Bengkel Tarikh / Tempat Objektif Siri 1 Kajian dan Analisis Impak PSJ 19 hingga 20 Mac 2025 di INSPEN Membangunkan rangka awal pelan strategik melalui semakan pelan terdahulu serta analisis impak bagi menentukan hala tuju jabatan untuk tempoh lima (5) tahun akan datang Siri 2 Kajian Keperluan dan Harapan Pihak Berkepentingan 17 hingga 19 April 2025 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam Mengenal pasti kategori pihak berkepentingan serta keperluan dan jangkaan mereka, merangkumi keperluan peraturan yang dinyatakan di samping mendapatkan input dan aspirasi daripada pelbagai lapisan organisasi bagi menyokong pencapaian visi dan misi jabatan Siri 3 Bengkel Analisis SWOT dan TOWS (PSJ) 30 Jun hingga 2 Julai 2025 di INSPEN Memfokuskan kepada analisis strategik dalaman dan luaran serta semakan semula PSJ 2021–2025 bagi memperkukuh perancangan strategik baharu Siri 4 Rasionalisasi dan Semakan Akhir PSJ 2026–2030 15 hingga 17 Oktober 2025 di Hotel Adya, Langkawi Menyempurnakan penyediaan draf akhir pelan melalui proses analisis, rasionalisasi strategik dan penambahbaikan berfokus sebelum dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan untuk pertimbangan dan kelulusan
76 PENERBITAN BUKU AMALAN STANDARD PENILAIAN EDISI 2026 (BUKU BIRU) Dua (2) siri mesyuarat telah dilaksanakan bagi mengkaji, menambah baik dan memuktamadkan Buku Amalan Standard Penilaian (Buku Biru) sebagai rujukan utama jabatan. Mesyuarat Kajian Semula Buku Amalan Standard Penilaian (Buku Biru) yang diadakan pada 15 hingga 17 Ogos 2025 di Melaka bertujuan untuk mengkaji serta menambah baik kandungan Buku Biru Edisi 2016 di samping menyediakan asas kepada pembangunan edisi baharu. Seterusnya, Mesyuarat Pemurnian Buku Amalan Standard Penilaian (Buku Biru) yang berlangsung pada 3 hingga 4 Disember 2025 di INSPEN telah dilaksanakan bagi memuktamadkan penerbitan Buku Biru Edisi 2026 sebagai dokumen rujukan pegawai dan staf penilaian, seterusnya memastikan keseragaman pelaksanaan kerja teknikal serta meningkatkan kualiti penilaian secara menyeluruh.
77 8 hingga 9 Oktober 2025 - Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir bersama YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) serta YBrs. Sr Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Standard Amalan selaku Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Tahun 2025. Pemenang HBKIK 2025 adalah seperti berikut: Johan Majestic, JPPH Melaka Naib Johan Pearl Pioneers, JPPH Pulau Pinang Tempat Ketiga Jitu (G2), JPPH Negeri Sembilan Dokumentasi Terbaik Majestic, JPPH Melaka Persembahan Terbaik Karisma, JPPH Batu Pahat PENETAPAN HALA TUJU JPPH 2026 7 hingga 9 November 2025 – Perbincangan ini telah diadakan di Hotel Sama Sama, Sepang dan dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), Pengarah INSPEN, Pengarah Bahagian dan Ketua Unit Ibu Pejabat. Mesyuarat diadakan bagi melihat pencapaian 2025 dan menentukan perancangan 2026. MAJLIS KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (HBKIK) 2025
78 BAHAGIAN PAMPASAN DAN PERUJUKAN MAHKAMAH MESYUARAT PEMURNIAN BUKU PENILAIAN HARTA TANAH KHAS: EDISI PENILAIAN KAPAL 7 hingga 9 Februari 2025 - Mesyuarat Pemurnian Buku Penilaian Harta Tanah Khas: Edisi Penilaian Kapal telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Melaka. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) dan turut dihadiri oleh semua Penyunting Teknikal dan Penulis Teknikal. Buku ini diterbitkan untuk memberikan pendedahan tentang industri perkapalan, memperkenalkan komponen- komponen yang terdapat pada setiap jenis kapal, serta menyediakan panduan kepada penilai dalam melaksanakan penilaian kapal untuk pelbagai tujuan nilaian. MESYUARAT PEMURNIAN BUKU PENILAIAN HARTA TANAH KHAS: EDISI PENILAIAN PELABUHAN KARGO 31 Oktober hingga 2 November 2025 - Mesyuarat Pemurnian Buku Penilaian Harta Tanah Khas: Edisi Penilaian Pelabuhan Kargo telah berlangsung di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) dan dihadiri oleh semua Penyunting Teknikal dan Penulis Teknikal. Penerbitan buku ini bertujuan memberikan pendedahan komprehensif mengenai pelabuhan kargo, termasuk aspek operasi, pengurusan dan komponen utama setiap jenis pelabuhan. Ia turut menjadi panduan berguna kepada para penilai dalam melaksanakan penilaian bagi pelbagai tujuan seperti pembelian, penjualan dan penentuan nilai aset pelabuhan kargo.
79 KONVENSYEN PENGAMBILAN TANAH SIRI 1 TAHUN 2025 25 hingga 28 April 2025 - Penganjuran Konvensyen Pengambilan Tanah adalah sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti kerja teknikal serta mewujudkan platform perbincangan dua hala secara terus antara Bahagian Teknikal Ibu Pejabat dengan pegawai di cawangan. Selain itu, konvensyen ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan Dasar/Pekeliling/Garis Panduan yang berkaitan dengan penilaian untuk maksud pengambilan tanah dan mengenal pasti isu-isu di peringkat cawangan dalam menjalankan penilaian untuk pelbagai maksud pengambilan tanah. Konvensyen Pengambilan Tanah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 44 pegawai yang melibatkan Pegawai Penilaian dari negeri di utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan. KONVENSYEN PENGAMBILAN TANAH SIRI 2 TAHUN 2025 6 hingga 9 Julai 2025 - Penganjuran Konvensyen Pengambilan Tanah adalah sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti kerja teknikal serta mewujudkan platform perbincangan dua hala secara terus antara Bahagian Teknikal Ibu Pejabat dengan pegawai di cawangan. Selain itu, konvensyen ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan Dasar/Pekeliling/Garis Panduan yang berkaitan dengan penilaian untuk maksud pengambilan tanah dan mengenal pasti isu-isu di peringkat cawangan dalam menjalankan penilaian untuk pelbagai maksud pengambilan tanah. Konvensyen Pengambilan Tanah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 39 pegawai yang melibatkan Pegawai Penilaian dari negeri di timur iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan.
80 KONVENSYEN PENGAMBILAN TANAH SIRI 3 TAHUN 2025 17 hingga 20 September 2025 - Penganjuran Konvensyen Pengambilan Tanah merupakan siri lanjutan dalam mewujudkan platform perbincangan dua hala secara terus antara Bahagian Teknikal Ibu Pejabat dengan pegawai di cawangan yang bertempat di Hotel Trove, Johor Bahru. Konvensyen ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan Dasar/Pekeliling/Garis Panduan yang berkaitan dengan penilaian untuk maksud pengambilan tanah dan mengenal pasti isu-isu di peringkat cawangan dalam menjalankan penilaian untuk pelbagai maksud pengambilan tanah. Konvensyen Pengambilan Tanah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Lee Tong Bian, Pengarah Kanan, Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 30 pegawai yang melibatkan Pegawai Penilaian dari di zon Tengah dan Selatan JPPH seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) BAB 5
82 CARTA ORGANISASI INSPEN KETUA PEMBANGUNAN, PENYELIDIKAN DAN KEPAKARAN PENGARAH JUSA C W14 PENDAFTAR M12 KETUA SEKSYEN KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM W9 PENOLONG PENDAFTAR M12 (KUP) KETUA UNIT PENTADBIRAN N9 KETUA UNIT PENERBITAN & MEDIA N5 KETUA UNIT PERPUSTAKAAN S5 KETUA UNIT PENGURUSAN & SUMBER MANUSIA N2 KETUA UNIT PENGURUSAN HARTA & FASILITI W10 KETUA UNIT KHIDMAT IT F10 KETUA UNIT KEWANGAN N6 KETUA UNIT PEROLEHAN & KONTRAK W5 KETUA UNIT KESELAMATAN KP5 KETUA UNIT PENGURUSAN DOMESTIK N5 KETUA PUSAT AKADEMIK W12 KETUA PUSAT PENYELIDIKAN & INOVASI W12 KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL W13 KETUA UNIT HAL EHWAL PELAJAR W10 KETUA UNIT NAPREC W10 KETUA UNIT PERUNDINGAN & INOVASI W10 KETUA UNIT PENGURUSAN LATIHAN W10 KETUA UNIT PENYELIDIKAN W10 KETUA UNIT PEMBANGUNAN & KEPAKARAN W12
83 FUNGSI UTAMA INSPEN INSPEN adalah sebuah institusi pembangunan kompetensi yang berfungsi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan jabatan dan industri harta tanah melalui latihan, penyelidikan dan pendidikan. FUNGSI UTAMA PUSAT Terdapat tiga (3) teras utama aktiviti INSPEN di bawah penyeliaan Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran iaitu Pusat Pembangunan Profesional, Pusat Penyelidikan dan Inovasi dan Pusat Akademik dengan fungsi utama setiap satu seperti berikut: FUNGSI UTAMA PEJABAT PENDAFTAR Pejabat Pendaftar memainkan peranan utama dalam menyokong perkhidmatan teras INSPEN agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan efektif. Sepuluh (10) unit di bawah pejabat ini bertanggungjawab mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran pejabat, sumber manusia, perolehan dan kewangan, keselamatan dan kesihatan, teknologi maklumat, aset dan penyenggaraan, penerbitan bahan cetak dan elektronik, perkhidmatan pinjaman/rujukan maklumat perpustakaan serta pengurusan asrama dan kuarters kakitangan. Pejabat Pendaftar juga bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap dasar/prosedur pentadbiran dan kewangan kerajaan yang sedang berkuat kuasa, selari dengan konsep tatakelola baik dan penyampaian perkhidmatan yang unggul. Pusat Akademik (PAka) Bertanggungjawab dalam melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh di dalam bidang harta tanah meliputi skop penilaian, perejenan harta tanah dan pengurusan harta. Pusat Pembangunan Profesional (PPP) Bertanggungjawab dalam menyediakan latihan dalam perkhidmatan dan lain-lain program khusus untuk industri harta tanah, menyediakan perundingan dan kepakaran serta menyelaras Sistem Pengurusan Kualiti INSPEN dalam pelaksanaan MS ISO 9001 secara berterusan. Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPDI) Bertanggungjawab dalam mengukuhkan program penyelidikan jabatan, memberikan perkhidmatan perundingan kepada agensi kerajaan dan swasta, dan menguruskan dana penyelidikan di bawah NAPREC.
84 PENCAPAIAN TIGA TERAS UTAMA AKTIVITI INSPEN PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL (PPP) PROGRAM LATIHAN INSPEN TAHUN 2025 Pusat Pembangunan Profesional (PPP) telah berjaya melaksanakan sebanyak 88 program latihan sepanjang tahun 2025, dengan jumlah kehadiran peserta seramai 3,284 orang. Perincian adalah seperti jadual di bawah:- Bilangan Program Latihan Yang Dilaksanakan Pada Tahun 2025 Program Program Asal yang Dirancang Setahun Tambahan Batal Jumlah yang Dilaksanakan Peratus Pencapaian Program Teknikal 49 0 2 47 96% Program Pengurusan 33 5 0 38 115% CPD 3 0 0 3 100% Jumlah 85 5 2 88 104% Kaedah Program Latihan 2025 Jenis Program Latihan Kaedah Bersemuka Peratus Dalam Talian Peratus Program Teknikal 47 100% 0 0% Program Pengurusan 38 100% 0 0% CPD 3 100% 0 0% Jumlah 88 100% 0 0% Pecahan Bilangan Kehadiran Peserta Program Latihan 2025 Mengikut Agensi Jenis Program Latihan Sasaran JPPH Lain-Lain Agensi Swasta Program Teknikal 1,040 1148 37 0 Program Pengurusan 1,400 1,364 23 0 CPD 360 343 164 205 Jumlah 2,800 3,284 Bilangan Program Latihan Bagi Tahun 2019 - 2025 Tahun 2019 2020 2021 2022 2023 2024 2025 Sasaran 73 74 82 83 83 84 85 Pencapaian 76 68 86 88 87 88 88 Prestasi Bilangan Peserta Program Latihan Tahun 2018 – 2025 Tahun 2019 2020 2021 2022 2023 2024 2025 Sasaran 2,000 2,300 2,000 2,000 2,200 2,500 2,800 Pencapaian 2,507 2,109 2,514 3,394 3,757 3,605 3,284
85 SOROTAN SEKITAR PENGENDALIAN PROGRAM LATIHAN INSPEN TAHUN 2025 PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) 6 hingga 10 Januari 2025 - Program latihan ini khusus bagi kakitangan baharu Anggota Perkhidmatan Awam sebagai sebahagian daripada keperluan pengesahan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan. PTM ini melibatkan seramai 43 orang peserta dari pelbagai cawangan JPPH dan 23 orang peserta dari agensi lain. PROFESSIONAL PROGRAMME IN PLANT, MACHINERY AND EQUIPMENT VALUATION (PPPMV) Program latihan profesional ini telah disertai oleh 19 orang pegawai JPPH selama enam (6) minggu di INSPEN. PPPMV dilaksanakan secara modular pada 17 hingga 28 Februari 2025 (Modul Pertama), 30 Jun hingga 4 Julai 2025 (Modul Kedua) dan 27 Oktober hingga 7 November 2025 (Modul Ketiga). Objektif utama PPPMV adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan komprehensif dalam bidang penilaian loji, jentera dan peralatan (LJP) yang merangkumi pembelajaran teori di dalam kelas, latihan praktikal (hands-on), lawatan teknikal, tugasan individu dan berkumpulan, peperiksaan, serta pembentangan Projek Bersepadu (Integrated Project – IP). Majlis Konvokesyen PPPMV telah berlangsung di INSPEN pada 7 November 2025. Majlis ini turut meraikan penerima Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta iaitu Encik Mohd Ulul Azmi Abd Hamid dari JPPH Kuala Lumpur dan penerima Anugerah Pengarah INSPEN iaitu Encik Amirul Asyraf Zaidi dari JPPH Kota Kinabalu.
86 KURSUS PENILAIAN HARTA TANAH KHAS: PELABUHAN 29 September hingga 3 Oktober 2025 – Seramai 15 pegawai telah menyertai Kursus Penilaian Harta Tanah Khas: Pelabuhan. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan pembangunan dan penilaian pelabuhan di Malaysia. Satu sesi lawat periksa ke Pelabuhan Klang Selatan (Westport) telah diaturkan bagi memberi peluang kepada peserta program mendapatkan pendedahan dan pemahaman secara praktikal di lapangan.
87 KURSUS PENILAIAN DAN PENGURUSAN PROJEK BAGI PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA 20 hingga 22 Jun 2025 – Pegawai Bahagian Perundingan Harta, Ibu Pejabat JPPH, telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi Kursus Penilaian dan Pengurusan Projek bagi Pinjaman Perumahan LPPSA anjuran INSPEN. Kursus ini adalah di atas permintaan LPPSA untuk memahami proses penilaian harta tanah yang dilaksanakan oleh JPPH. KURSUS PENILAIAN BAGI MAKSUD PINJAMAN PERUMAHAN, BAYARAN PERINGKAT, KERJA TAMBAHAN DAN UBAHSUAI 30 Jun hingga 2 Julai 2025 – Pegawai Bahagian Perundingan Harta, Ibu Pejabat JPPH, telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi Kursus Penilaian bagi Maksud Pinjaman Perumahan, Bayaran Peringkat, Kerja Tambahan dan Ubahsuai anjuran INSPEN. Input yang diberikan merangkumi perundangan dan polisi berkaitan pinjaman perumahan, bayaran peringkat serta kerja tambahan dan ubahsuai, jenis format pinjaman perumahan dan pendekatan penilaian. Bahagian turut bertindak sebagai panel pemerhati semasa pembentangan peserta kursus.
88 PROGRAM LATIHAN DALAM DAN LUAR NEGARA PPP juga menguruskan program penempatan dan latihan untuk peningkatan kompetensi tenaga pengajar INSPEN di dalam atau di luar negara. Perincian program latihan adalah seperti jadual di bawah:- Program Penempatan Dalam Negara Tahun 2025 Bil. Nama Jawatan Cawangan Bidang Tempat Tarikh 1. Sr Mohd Izudin bin Nordin Pengurus Program Latihan INSPEN Pengurusan Harta Tanah Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia 1 - 18 Julai 2025 2. Pn. Mimi Amira binti Amran Pensyarah Kanan INSPEN Perundangan Harta Tanah Pejabat Tanah dan Galian Melaka 11 Ogos - 12 September 2025 Program Dalam Negara Tahun 2025 (Penajaan Program IMPAK JPA-ILA) Bil. Nama Kursus Tarikh Tempat Penganjur Nama Peserta 1. Kursus Penilaian Artifak 3 - 4 Jun (2 hari) INSPEN Brilliant nspire 1. Sr Azman bin Mab@Adnan 2. Yusdira binti Yusof 3. Sr Haris bin Yop 4. Sr Noraslinda binti Raub 5. Norlizawati binti Sidek 6. Punithavathy A/P Kumar 7. Sr Muhammad Rosizhar bin Abdul Rahim 8. Nor Diana Aisyah binti Nor Hanapi 9. Zakiah binti Idris 10. Suryati binti Ramli 11. Atilah binti Muhamad 12. Irsyaduddin bin Ismail 13. Norlila binti Jamil 14. Norshadida binti Othman 15. Najihah binti Mohd Dlan 2. Kursus Penilaian Hidupan Liar 7 - 9 Julai (3 hari) Felda Residence Trolak Green Explorer Resources 1. Sr Maznah binti Ngah 2. Suraya binti Omar 3. Syazwana binti Mohamad Sodikin 4. Mohd Sharil bin Razali 5. Nurul Hazerin binti Ahmad Idris 6. Mohammad Zaihan bin Shamsuddin 7. Mariyani binti Marodzakhi 8. Farah Amira binti Mohd Zuki 9. Arman Hadi bin Othman 10. Muhamad Taufik bin Mohd. Ali 11. Norzuraini binti Che Hassan 12. Muhammad Nurudin bin Mohd Nasir 13. Zulaikha Binti Zainuddin
89 Bil. Nama Kursus Tarikh Tempat Penganjur Nama Peserta 3. Corporate Finance and Financial Statement 12 - 14 November (3 hari) Hotel Everly, Putrajaya Twins One Global 1. Fazliyana binti Alias 2. Nur Atika Munira binti Mohd Mujab 3. Nurul Hazerin binti Ahmad Idris 4. Nor Diana Aisyah binti Nor Hanapi 5. Nurzahirah binti Umar 6. Mohd Kharil Azley bin Lahom 7. Nurazarina binti Hazali 8. Sr Mohd Izudin bin Nordin 9. Siti Nor Zuherryna binti Dimyati 10. Nur Athirra binti Mohamad Rozi 11. Rozana binti Zakaria 12. Fatimah binti Zulkifli 13. Mohd Sharil bin Razali 14. Siti Noraishah bin Saharif 15. Nurul Ain binti Abu Bakar 16. Sr Nurzalina binti Luso 17. Muhammad Ikhmal Alif bin Roslan 18. Nor Juliana binti Majuki 19. Irsyaduddin bin Ismail 20. Ahmad Zaki bin Mat Derakah 4. Analysis Course Cold Water and Sanitary Plumbing System (Design and Maintenance) 19 - 20 November (2 hari) Hotel Bangi Golf Resort School of Professional 1. Mohd Hisham Zuraidi bin Jusoh 2. Sr Mohamad Shahidan bin Hashim Program Luar Negara Tahun 2025 (Penajaan Program IMPAK JPA-ILA) Bil. Nama Kursus Tarikh Tempat Penganjur Nama Peserta 1. Value and Price of Art and Luxury 25 - 27 Ogos 2025 (3 hari) Hong Kong Christie’s Education Asia Pacific 1. Sr Shafiza binti Shamsudin 2. Rismawati binti Ahmad 3. Ahmad Zaki bin Mat Derakah 2. Wildlife Valuation 13 - 17 Oktober 2025 (5 hari) Bangkok, Thailand Thai Real Estate Business School 1. Suraya binti Omar 2. Sr Mariyani binti Marodzakhi 3. Nurul Hazerin binti Ahmad Idris Wildlife Valuation CourseValue and Price of Art and Luxury Course
90 KOORDINATOR LATIHAN INDUSTRI – PELAJAR DAN PENSYARAH IPTA PPP selaku koordinator bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berperanan untuk menguruskan permohonan penempatan pensyarah dan pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Latihan Industri di seluruh cawangan JPPH. Bagi tahun 2025, tiada permohonan penempatan latihan industri daripada pensyarah diterima. Walau bagaimanapun, jumlah penempatan latihan industri yang diluluskan bagi pelajar adalah seramai 29 orang seperti perincian berikut: Penempatan Pelajar bagi Latihan Industri Tahun 2025 Bil. Nama IPTA Bil. Permohonan 1. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 25 2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 0 3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 3 4. Universiti Malaya 1 5. Lain-lain universiti/program 0 Jumlah 29 KOORDINATOR TENAGA PENGAJAR JPPH UNTUK PIHAK LUAR JPPH Sebagai koordinator tenaga pengajar JPPH untuk pihak luar JPPH, PPP telah menerima dan menguruskan 29 permohonan yang melibatkan 33 orang pegawai JPPH seperti berikut: Permohonan Tenaga Pengajar Luar JPPH Tahun 2025 Bil. Pemohon Program Tarikh Tenaga Pengajar 1. Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, UiTM Shah Alam Lawatan Akademik Pelajar UiTM Shah Alam ke INSPEN 9 Januari 2025 Puan Nor Faziha binti Md. Nor JPPH Batu Pahat Puan Nor Diana Aishah binti Nor Hanapi INSPEN 2. Hong Leong Investment Bank Berhad Bursa HLIB Stratum Focus XVIII 15 Januari 2025 Sr Sarmila binti Husain, NAPIC Ibu Pejabat 3. Excell Academy Malaysian Real Estate Summit 2025 (Theme: Investment Strategies and Market Trend For 2025) 16 Januari 2025 Sr Norhisham bin Shafie NAPIC Ibu Pejabat 4. Universiti Teknologi MARA Panel Penilai Industri Sesi ‘Collaborative Teaching’ UiTM bagi Kerja Kursus Pelajar Semester Oktober 2024 20 Januari - 10 Februari 2025 Sr Shahril bin Omar JPPH Miri
91 Bil. Pemohon Program Tarikh Tenaga Pengajar 5. Comfori Sdn. Bhd. Annual Property Conference 22 - 23 Januari 2025 Sr Norhisham bin Shafie NAPIC Ibu Pejabat 6. Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia Seminar Profesion Juruukur di Malaysia: Kelestarian Juruukur dalam Pembangunan Negara 17 Februari 2025 Sr Ishak bin Yahaya JPPH Kelantan 7. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Kursus Penilaian Bagi Tujuan Pecah Pisah (Severance), Penjejasan Tanah Akibat Mudarat (Injurious Affection), Kehilangan Pendapatan (Loss Of Income), Akibat Daripada Pengambilan Tanah 18 - 21 Februari 2025 Sr Azman bin Mad@Adnan JPPH Pulau Pinang Sazila binti Muhamad JPPH George Town Siti Nooraelin binti Ahmad JPPH George Town 8. Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta & Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS) 17th Malaysian Property Summit 2025 (17MPS) 20 Februari 2025 Sr Norhisham bin Shafie NAPIC Ibu Pejabat 9. Akademi Perundangan Negara Kursus Prosedur dan Prosiding Kes Rujukan Mahkamah Serta Perkembangan Kes Terkini 15 - 16 April 2025 Muhammad Zam Zam bin Abu Ibu Pejabat JPPH 10. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Kursus Tatacara Penyewaan Bagi Ruang Pejabat/Fakulti Kesihatan 16 April 2025 Muhammad Farizan bin Abdul Razak JPPH Kota Kinabalu 11. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bengkel Perancangan Strategik Pengambilan Tanah Bagi Projek MRT 22 April 2025 Sr Tan Tat Khuan Ibu Pejabat JPPH 12. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bengkel Tatacara Pengurusan Harta Tanah Borneo 23 - 24 April 2025 Muhammad Farizan bin Abdul Razak JPPH Kota Kinabalu 13. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA Taklimat Pasaran Harta Tanah Negeri Perak 16 Mei 2025 Sr Norazura binti Hassan JPPH Perak
92 Bil. Pemohon Program Tarikh Tenaga Pengajar 14. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Property Heads of Sales and Marketing Summit and Industry Brainstorming For 2026 12 Jun 2025 Sr Fung Cheng Loong NAPIC Ibu Pejabat 15. Jabatan Kerja Raya Sabah Taklimat Garis Panduan dan Tatacara Melakukan Penilaian Pengiraan Aset Bangunan di Jabatan Kerja Raya Sabah 13 Jun 2025 Muhammad Farizan bin Abdul Razak JPPH Kota Kinabalu 16. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Kursus Pengambilan Tanah Bilangan 1 18 Jun 2025 Sr Mohd Haris bin Yop JPPH Ipoh 17. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kursus Pengurusan Penyewaan Ruang Pejabat dan Stor Ekshibit KPDN Bagi Tahun 2025 18 Julai 2025 Norafifah binti Suboh Ibu Pejabat JPPH 18. Maxxan Realty Sdn Bhd Ipoh Taklimat Pasaran Harta Tanah Negeri Perak 30 Julai 2025 Sr Norazura binti Hassan JPPH Perak 19. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Kursus Pengambilan Tanah Bilangan 2 13 Ogos 2025 Sr Mohd Haris bin Yop JPPH Ipoh 20. Institut Harta Tanah Malaysia (MyREI), UTHM Kursus Valuation of Heritage Properties 14 Ogos 2025 Sr Azman bin Mab @ Adnan JPPH Pulau Pinang 21. Persatuan Perunding Harta Tanah Muslim Malaysia (PEHAM) Konvensyen Hartanah 2025 (KOHARTA2025) 17 Ogos 2025 Sr Norhisham bin Shafie NAPIC Ibu Pejabat 22. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Trend Pasaran Hartanah Selangor 2025: Peluang, Risiko & Strategi 26 Ogos 2025 Siti Rafidah binti Kasmori NAPIC Ibu Pejabat 23. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Sesi Libat Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (PATA) di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka 9 Oktober 2025 Puzihana binti Ismail JPPH Melaka
93 Bil. Pemohon Program Tarikh Tenaga Pengajar 24. Jabatan Belia dan Sukan Negara Kursus Pengurusan Sewaan Ruang Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negara Tahun 2025 17 Oktober 2025 Norafifah binti Suboh Ibu Pejabat JPPH 25. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Kursus Pengurusan Penyewaan Premis Demis Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Tahun 2025 23 Oktober 2025 Puan Farah Amira binti Muhd Zuki JPPH Kota Kinabalu 26. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Kursus Tatacara Siasatan Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 23 Oktober 2025 Sr Nor Rafidah binti Abdullah JPPH Kuala Lumpur 27. Universiti Malaya Pengenalan Kepada Penilaian Harta Tanah 2 & 11 November 2025 Sr Mohd Izudin bin Nordin INSPEN 28. Universiti Malaya Pensyarah : Kursus Strategic Valuation of Water Treatment Assets 25 November 2025 Muhammad Akasyah bin Basharudin JPPH Shah Alam Mohamad Khairul Ikhwan bin Ab Rahman INSPEN 29. Lembaga Hasil Dalam Negeri Melaka (HASiL) Pensyarah : Kursus Pemantapan Teknikal 26 November 2025 Puzihana binti Ismail JPPH Melaka PANEL PAKAR JABATAN (PPJ) i. Garis Panduan Panel Pakar Jabatan 2025 Garis panduan ini telah dilancarkan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta semasa Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta ke-88 pada 27 Oktober 2025. Garis panduan yang bertujuan untuk memberi panduan mengenai pembangunan Panel Pakar Jabatan mengikut bidang yang dikenal pasti oleh jabatan, memberi pemahaman berkenaan kriteria pemilihan pegawai mengikut peringkat dan pelan penggantian panel pakar turut melihat penjenamaan semula Panel Perunding Jabatan kepada Panel Pakar Jabatan (PPJ).
94 ii. Pakej Jurulatih/Produk PPJ 2025 Peranan dan fungsi PPJ yang digariskan adalah untuk membangunkan Pakej Jurulatih/Produk PPJ bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran program latihan INSPEN. PPJ telah menyediakan sebanyak 35 pakej jurulatih/produk pada tahun 2025 yang telah diverifikasi semasa Bengkel Validasi Pakej Jurulatih/Produk PPJ pada 2 hingga 3 Oktober 2025. Pakej Jurulatih/Produk Panel Pakar Jabatan (PPJ) Tahun 2025 Bil Tajuk Pakej Jurulatih/ Produk 1. BIDANG PENILAIAN HARTA TANAH Pakej Jurulatih: i. Kursus Penilaian Aset Warisan: Artifak ii. Kursus Pengurusan dan Penilaian Harta Tanah Wakaf 2. PERUNDANGAN DAN PERCUKAIAN HARTA TANAH Produk PPJ: i. Video Infografik Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ii. Video Infografik Akta Setem 3. BIDANG PENILAIAN LOJI, JENTERA DAN PERALATAN a) Pakej Jurulatih: • Kursus Penilaian Harta Tanah Khas : Pelabuhan b) Produk PPJ: • Video Bantuan Mengajar : Penilaian Pelabuhan 4. BIDANG PENGURUSAN, PEMBANGUNAN DAN PELABURAN HARTA TANAH a) Pakej Jurulatih: • Pengurusan Harta: Modul Pertengahan b) Produk PPJ: • Video Kompilasi Kes Tribunal/ Mahkamah Pengurusan Bangunan Strata
95 Bil Tajuk Pakej Jurulatih/ Produk 5. BIDANG PENGURUSAN DATA a) Pakej Jurulatih: • Introduction to Data Science Course b) Produk PPJ: • Video Implikasi Kesilapan Pengisian Data Transaksi. • Montaj Pelaksanaan Chatbot JPPH dan NAPIC 6. BIDANG PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN Produk PPJ: • e-Learning: Kursus Asas Penyelidikan • e-Learning: Kursus Pengumpulan dan Analisis Data Penyelidikan 7. BIDANG PEMBANGUNAN PENGURUSAN Produk PPJ: • Video Lakonan - Pengurusan Fail • Video Infografik - Pengurusan Keselamatan 8. BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT Produk PPJ: • Tatacara Penggunaan VISWEB: Modul VDB • Tatacara Penggunaan VISWEB: Modul VRG • Kompilasi Aplikasi Penyediaan Video 9. BIDANG PENILAIAN PERNIAGAAN Produk PPJ: • e-Rujukan Penilaian Harta Intelek 10. BIDANG PENILAIAN SUMBER ALAM Produk PPJ: • e-Learning Kursus Pengenalan kepada Penilaian Ekosistem Sumber Alam (Hutan) 11. PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL Pakej Jurulatih: • Kursus Penilaian Pinjaman Perumahan • Kursus Penilaian Harta Tanah Khas: Kaedah Penilaian • Kaedah Penilaian: Kaedah Nilai Baki PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPDI) PENYELIDIKAN JABATAN Sebanyak 26 kertas penyelidikan telah dihasilkan oleh penyelidik INSPEN dan penyelidik Research Intern (RI) Cawangan JPPH bagi tahun 2025. Kertas penyelidikan ini telah melalui tiga peringkat pembentangan kepada Jawatankuasa Validasi Penyelidikan iaitu: • Pembentangan cadangan kajian pada 13 hingga 14 Januari 2025 • Pembentangan status kemajuan kajian pada 15 hingga 17 Mei 2025 • Pembentangan akhir kajian pada 28 November hingga 1 Disember 2025
96 Berikut adalah senarai kertas penyelidikan yang telah dihasilkan. Penyelidik Tajuk Penyelidikan Gunaan INSPEN 2025 Sr Dr. Mohd Arif bin Mat Hassan Educational Influence on Valuation Practices: A Cross-Country Analysis Between Malaysia, Indonesia and Australia Mohd Fitry bin Hassim Kesan Inisiatif Kerajaan ke atas Prestasi Pasaran Harta Tanah Sr Siti Noraishah binti Saharif Kajian Terhadap Pematuhan Malaysian Estate Agency Standards (MEAS) Dalam Pemasaran Harta Tanah Secara Digital oleh Ejen Harta Tanah Fatimah binti Zulkifli Kajian Keberkesanan Data dan Produk NAPIC di Kalangan Pemain Industri Sr Hani Suryati binti Abd Rahman Key Determinants of Venue Naming Rights Pricing in Malaysia Sr Nurzalina binti Luso Kajian Hubungan Caj Penyenggaraan terhadap Nilai Pasaran Kediaman Strata di Putrajaya Sr Mohd Asraf bin Mat Yajid Peranan Pendidikan dan Regulasi LPEPH dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pengurus Harta di Malaysia Mohd Sharil bin Razali Bayaran Berperingkat Berdasarkan Kemajuan Pembinaan IBS Mohammad Shahrom Nizam bin Shamsuddin Tatacara Penilaian JPPH Selaras Penemuan Audit Nasmalina binti Razali Kajian Penilaian Aset Hidup. Kes Kajian: Anjing Pengesan Haryani binti Hamzah Kadar Cukai Taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar yang dikenakan oleh PBT Nor Rasyiqah binti Ibrahim Kajian Pasaran ke atas Pembangunan Homestead di Malaysia Muhammad Ariffin bin Azhar Pembangunan Semula Tapak Brownfield di Bandar Seremban: Punca dan Penyelesaian Nur Imanina binti Abdul Jamil Kajian Kuota Bumiputera Yang Tidak Terjual di Negeri Pahang Atikah binti Yusni Pendekatan Nilaian Harta Tanah Warisan Niezarul Hafiq bin Omar Din Kesan Kelewatan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Terhadap Pembangunan Hartanah di Sabah Muhammad Yazid Shamir Kajian Perluasan Penggunaan Fungsi GIS di JPPH Nur Afikah binti Mohamad Penilaian Sumber Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE): Lantanid Marina binti A.Karim Kajian Terhadap Kaedah Terbaik Penilaian Sewaan Bagi Pengeluaran Hasil Sawit Fatim Masitah binti Ghani Kajian Terhadap Keberkesanan Program Latihan INSPEN Hafizul Hafiz bin Jamhari Kajian Harta Tanah Strata di Kelantan: Isu dan Cabaran Pengurusan Harta Strata di Kelantan (Kajian Kes di Jajahan Kota Bharu) Na’imah binti Mohamed Pokok Nipah: Sumber Alam dan Agro Pelancongan Mohd Nadzirul Shahriman bin Mokhtar Kajian Kesan Projek Rancangan Tebatan Banjir ke atas Nilai Pasaran Harta Tanah di Negeri Perlis Hazrin bin Ad Wahab Rakhdi Sewaan Ruang Pejabat di Merdeka 118: Cabaran dan Implikasi Bangunan Pejabat Gred A di Kuala Lumpur Siti Aishah binti Ariffin Kajian Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Sewa Ruang Panel Solar Di Atas Bumbung Bangunan Kerajaan Siti Sofiah binti Mohd Fahmi Penggunaan Solar Panel Sebagai Sumber Tenaga Alternatif Bagi Harta Tanah Kediaman Di Malaysia Natasha Nabilah binti Abu Hasan Asari Impak Pembangunan Infrastruktur Terhadap Nilai Hartanah Kawasan Luar Bandar di Kapit
97 Penyelidik INSPEN dan Research Intern bersama Panel JKV semasa Mesyuarat Pemantauan Kertas Penyelidikan pada 15 hingga 17 Mei 2025 di Hard Rock Hotel, Desaru Penyelidik INSPEN dan Research Intern bersama Panel JKP semasa Mesyuarat Pembentangan Akhir Kertas Penyelidikan 2025 yang berlangsung pada 28 November hingga 1 Disember 2025 di Premiera Hotel, Kuala Lumpur
98 SEMINAR PENYELIDIKAN JPPH KE-16 DAN KOLOKIUM DISERTASI PASCA SISWAZAH KE-6 TAHUN 2025 Seminar Penyelidikan JPPH ke-16 dan Kolokium Disertasi Pasca Siswazah ke-6 tahun 2025 di Dewan Nusantara, INSPEN. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Turut hadir bersama YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), Pengarah INSPEN, Pengarah Bahagian Ibu Pejabat JPPH, Pengarah Penilaian Negeri serta barisan pegawai JPPH dan INSPEN. Seramai enam (6) orang penyelidik telah membentangkan enam (6) kertas kajian pada seminar dan kolokium kali ini iaitu: i. Puan Nur Afikah Mohamad Kajian Berkaitan Pindaan Nilaian Kes Rayuan Pertama bagi Maksud Pinjaman Perumahan di JPPH. ii. Puan Siti Sofiah Mohd Fahmi Maklumat Penanaman dan Perusahaan bagi Penilaian Rumput Napier iii. Encik Mohd Fitry Hassim Kajian Penentuan Kadar Pulangan Tanah Kosong bagi Pelbagai Kategori dan Kegunaan Tanah di Kuala Lumpur iv. Encik Muhamad Taufik Mohd Ali Pengurusan dan Penilaian Kubur Komersial (Kajian Kes Negeri Johor) v. Sr Mohamad Khairul Ikhwan Ab Rahman Factors Influencing House Price Using Big Data Analytic: Case Study at Bandar Shah Alam, District of Petaling, Selangor vi. Encik Victor Vincent Decarbonising Outdoor Advertising in Asia
99 PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA Tiga (3) kertas penyelidikan JPPH telah dibentangkan di persidangan antarabangsa pada tahun 2025 seperti senarai berikut: Penyelidik Tajuk Kertas Penyelidikan Tempat Dan Tarikh Mohd Fitry bin Hassim Office Space Management Post Covid-19 Pandemic In Kuala Lumpur Persidangan AsRES 2025 di Melbourne Australia pada 9 - 11 Julai 2025 Fatim Masitah binti Ghani Kajian Penetapan Susut Nilai Dalam Penilaian Loji Jentera dan Peralatan 27th AVA Congress 2025 pada 5 - 7 November di Bangkok, Thailand Nasmalina binti Razali Kajian Penilaian Aset Hidup. Kes Kajian: Anjing Pengesan 27th AVA Congress 2025 pada 5 - 7 November di Bangkok, Thailand Encik Mohd Fitry bin Hassim di Persidangan AsRES 2025, Melbourne Australia pada 9 - 11 Julai 2025. Puan Fatim Masitah binti Ghani di 27th AVA Congress 2025 pada 5 - 7 November di Bangkok, Thailand Puan Nasmalina binti Razali di 27th AVA Congress 2025 pada 5 - 7 November di Bangkok, Thailand
100 PERKHIDMATAN PAKEJ PERUNDINGAN LATIHAN/KURSUS PPDI telah berjaya mengendalikan lima (5) program latihan melalui pakej perundingan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta pada tahun 2025 seperti di bawah: Bil. Agensi Tajuk Program Tarikh Pelaksanaan 1 Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Kursus Pinjaman Perumahan, Bayaran Peringkat dan Kerja Tambahan 20 – 22 Jun 2025 2 Majlis Perbandaran Muar Kursus Geographic Information System (GIS) - Modul Pertengahan (2 Sesi) 17 – 19 Jun & 1 – 3 Julai 2025 3 Akademi Pengangkutan Jalan Kursus Loji, Jentera dan Peralatan: Nilaian Kenderaan 22 – 24 September 2025 4 SME Bank Kursus Pengenalan Penilaian Harta Tanah 30 September 2025 5 CIMB Bank Hard Skills Training Course (2 Sesi) 6 – 7 Oktober & 13 – 14 Oktober 2025
101 Kursus Geographic Information System (GIS) - Modul Pertengahan di Majlis Perbandaran Muar Hard Skills Training Course - CIMB Bank Kursus Pengenalan Penilaian Harta Tanah di SME Bank Kursus Loji, Jentera dan Peralatan: Nilaian Kenderaan - Akademi Pengangkutan Jalan Kursus Pinjaman Perumahan, Bayaran Peringkat dan Kerja Tambahan - LPPSA
102 PELANCARAN PENERBITAN JABATAN Dua (2) buah buku terbitan JPPH telah dilancarkan semasa Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah yang ke-87 pada 26 Mei 2025. Buku yang dilancarkan adalah Monograf Penilaian Harta Tanah Khas (Edisi Ke-3) dan Monograph of Technology in Real Estate. AKTIVITI PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI INSPEN Beberapa aktiviti bagi membudaya dan memperkasakan inovasi INSPEN telah dilaksanakan pada tahun 2025 iaitu: Bil Aktiviti Tarikh 1. Pertandingan Projek Inovasi Mac – September 2025 2. Pertandingan Idea Inovasi: Infografik & Tema IRERS 2026 Mac – September 2025 3. Pertandingan Kuiz Kahoot & Kuiz Inovasi Julai – September 2025 4. Sambutan Hari Inovasi INSPEN 25 September 2025
103 PROJEK PENYELIDIKAN DANA NAPREC RMK12 Dana NAPREC RMK12 berjumlah RM4 juta melibatkan 59 projek penyelidikan yang dilaksanakan merentasi empat (4) fasa, iaitu Fasa 1, Fasa 2A, Fasa 2B dan Fasa 3, bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Tajuk projek adalah berasaskan keperluan jabatan dan permintaan semasa industri, termasuk keperluan agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor harta tanah. Hasil penyelidikan turut dikongsi dengan pemegang taruh melalui pelbagai platform hebahan seperti sesi perbincangan, kolaborasi strategik, pembentangan dan penerbitan ilmiah oleh para penyelidik dan sekretariat NAPREC. Antara agensi yang telah dikunjungi untuk tujuan hebahan termasuk: i. REHDA Institute ii. PLANMalaysia iii. Jabatan Perumahan Negara, KPKT iv. Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants (PEPS) Tadbir urus NAPREC dilaksanakan melalui dua mesyuarat utama iaitu Mesyuarat Pengerusi Panel Pakar NAPREC dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu NAPREC. Mesyuarat Pengerusi Panel Pakar NAPREC membincangkan status kemajuan projek penyelidikan mengikut bidang iaitu Real Estate Law and Policy (RELP), Real Estate Valuation (REV), Real Estate Industry and Analysis Studies (REIAS), Real Estate Development and Finance (REDF) dan Real Estate Management Services (REMS). Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu NAPREC turut melihat keanggotaan daripada Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Bahagian Perkhidmatan Sosial (Perumahan), Kementerian Ekonomi dan wakil daripada Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan memfokuskan kepada pelaporan status kemajuan projek penyelidikan NAPREC RMK-12 dan hal-hal berkaitan kewangan, hebahan, pengurusan projek serta membincangkan fokus utama dana NAPREC bagi RMK13 akan datang.
104 Mesyuarat Pengerusi Panel Pakar NAPREC pada 21 November 2025 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu NAPREC pada 12 Disember 2025 PUSAT AKADEMIK (PAka) PROGRAM PENDIDIKAN HARTA TANAH INSPEN PAka menawarkan empat (4) program pendidikan dalam bidang harta tanah kepada pelajar lepasan SPM dan penggiat industri yang telah mendapat perakuan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perakuan akreditasi daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) seperti berikut: Program Pendidikan dalam Bidang Harta Tanah Program Sijil Kelayakan Perakuan Akreditasi Tarikh Akreditasi Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) 17 – 21 tahun MQA/FA 11513 Akreditasi penuh : 30 Ogos 2018 Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) 17 – 21 tahun MQA/FA 11514 Akreditasi Penuh : 30 Jun 2018 Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) a. Mod Perdana b. Mod Eksekutif 17 – 21 tahun 17 – 65 tahun LPEPH Akreditasi Penuh : 1 Januari 2019 Certified Property Management Programme (CPMP) 23 dan ke atas LPEPH Akreditasi Sementara : 1 Mei 2025
105 Graduan SPHT dan SPGT INSPEN juga berpeluang menyambung pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda di Australia dalam tempoh dua (2) tahun sahaja dengan mendapat pengecualian kredit. Laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL.A) yang diiktiraf oleh MQA juga membolehkan para graduan melanjutkan pengajian daripada peringkat sijil terus ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dinyatakan atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan kursus harta tanah. Peluang Menyambung Pengajian Graduan INSPEN Bil. Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Sambungan 1. Queensland University of Technology (QUT) Western Sydney University (WSU) Ijazah Sarjana Muda (tempoh dua tahun dengan pengecualian kredit) 2. Universiti Malaya (UM) Ijazah Sarjana Muda (APEL.A) *tertakluk kepada pengalaman bekerja mengikut ketetapan universiti 3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Selain itu, graduan INSPEN berpeluang menyambung pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti di Geomatika University College (GUC) dengan mendapat pindahan kredit. Jumlah Pindahan Kredit Bil. Tempat Program Pindahan Kredit 1. Universiti Teknologi MARA (UiTM) SPHT 7 kursus (19 kredit) SPGT 7 kursus (20 kredit) 2. Universiti Teknologi Malaysia (SPACE) SPHT 8 kursus (18 kredit) SPGT 7 kursus (15 kredit) 3. Geomatika University College (GUC) SPHT 29 kredit SPGT 26 kredit
106 BILANGAN GRADUAN INSPEN (2004 HINGGA 2025) Jumlah graduan yang telah dihasilkan oleh INSPEN ialah seramai 2,056 orang dan keterangan secara terperinci mengikut sesi dan program adalah seperti di jadual berikut:- Sesi Kemasukan Akademik Tahun Konvokesyen Bilangan Graduan SPHT Bilangan Graduan SPGT Bilangan Graduan CEA Perdana Bilangan Graduan CEA Eksekutif Jumlah 2004/2005 2006 26 - - - 26 2005/2006 2007 22 - - - 22 2006/2007 2008 29 - - - 29 2007/2008 2009 32 - - - 32 2008/2009 2010 34 28 - - 62 2009/2010 2011 37 31 - - 68 2010/2011 2012 36 22 - - 58 2011/2012 2013 69 38 33 44 184 2012/2013 2014 44 17 19 58 138 2013/2014 2015 59 18 21 52 150 2014/2015 2016 48 22 13 29 112 2015/2016 2017 39 13 24 75 151 2016/2017 2018 43 18 26 76 163 2017/2018 2019 31 17 18 108 174 2018/2019 2020 20 12 17 76 125 2019/2020 2021 13 7 20 91 131 2020/2021 2022 20 14 12 54 100 2021/2022 2023 21 13 23 77 134 2022/2023 2024 12 8 18 64 102 2023/2024 2025 20 7 8 60 96 Jumlah 655 285 252 864 2,056 MAJLIS KONVOKESYEN KE – 20
107 Seramai 95 orang graduan yang tamat pengajian dalam tiga (3) bidang pengajian iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen INSPEN ke-20 yang telah diadakan di Dewan Jubli, INSPEN pada 20 November 2025. Istiadat Majlis Konvokesyen INSPEN ke-20 itu disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir ialah YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), YBrs. Sr Haji Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN dan barisan ahli Lembaga Pengelola Akademik INSPEN. Majlis Konvokesyen ini turut meraikan penerima Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta iaitu Sayidah Nafisah binti Mohd Noor, graduan Sijil Pengurusan Harta Tanah. Anugerah ini diberikan kepada pelajar cemerlang yang menamatkan pengajian dengan mencapai Purata Mata Nilai Himpunan (CPA) sekurang- kurangnya 3.6 dan memperoleh pencapaian tertinggi dalam bidang akademik. Pelajar perlu mempunyai sahsiah diri yang baik, aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, bebas daripada sebarang tindakan tatatertib dan tidak pernah mengulang mana-mana subjek. Seramai 12 graduan SPHT dan SPGT turut diraikan selaku penerima Anugerah Pengarah INSPEN yang diberikan kepada pelajar cemerlang dengan Purata Mata Nilai Himpunan (CPA) 3.5 setiap semester dan mempunyai sahsiah diri yang baik serta bebas daripada sebarang tindakan tatatertib. Di samping itu, Anugerah Pelajar Cemerlang yang ditaja oleh LPEPH turut diberikan kepada graduan CEA yang mendapat kepujian tertinggi dalam semua semester. Senarai Penerima Anugerah Pengarah INSPEN Bil. Nama Pelajar Program 1. Flornica Anak Douglas Jubin SPHT 2. Herman bin Halim SPHT 3. Muhammad Norahim Firdaus bin Faizal SPHT 4. Nor Aniza Syamira SPHT 5. Nur A’in Nayli binti Sukardi SPHT 6. Nur Aliyatul Farhana binti Mohd Faiz SPHT 7. Nur Atikah binti Shamsul Baharin SPHT 8. Nurul Eiznisha binti Mohd Hamizi SPHT 9. Siti Hawa Nurfitri binti Zainuddin SPHT 10. Tow Zi Shan SPHT 11. Sayidah Nafisah binti Mohd Noor SPGT 12. Firas Faiq bin Ahmad Safuan SPGT Senarai Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Agensi Harta Tanah Bil. Nama Pelajar Program 1. Flora A/P Thiruchelvam CEA (Mod Eksekutif) Kejayaan para graduan yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen INSPEN ke-20 ini membuktikan komitmen dan usaha berterusan JPPH melalui INSPEN dalam menambah peluang pendidikan di peringkat pasca menengah dalam melaksanakan program pembangunan modal insan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja dalam bidang industri harta tanah.
108 PENAMBAHBAIKAN FASILITI INSPEN DEWAN JUBLI – AKUSTIK PANEL Dewan Jubli INSPEN telah melalui transformasi berwajah baharu menerusi kerja-kerja pembaikan panel akustik kedap bunyi yang dilaksanakan mulai Jun hingga November 2025. Selaku venue pilihan utama bagi penganjuran majlis rasmi jabatan, penambahbaikan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti dan fungsi kemudahan, malah memberikan imej yang lebih segar serta persekitaran yang kondusif untuk pelaksanaan majlis/program. Penambahbaikan lain turut dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan tahap keselesaan, keselamatan dan standard kemudahan sentiasa terpelihara.
109 PELANCARAN BANGUNAN SASANA ILMU Bangunan Sasana Ilmu, mercu tanda baharu INSPEN mula beroperasi pada Februari 2025 telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada 19 Jun 2025. Premis lapan (8) tingkat ini dilengkapi dengan prasarana moden termasuk bangunan pejabat dan bilik latihan, dewan serbaguna, dewan makan, surau serta 144 unit asrama penginapan untuk kegunaan peserta kursus bagi memastikan pengalaman latihan yang lebih selesa dan moden. KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN AKADEMIK SEPANJANG TAHUN 2025 KUNJUNGAN HORMAT KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA, UiTM SHAH ALAM KE INSPEN 9 Januari 2025 - INSPEN telah menerima kunjungan hormat daripada para pensyarah dan pelajar Program Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam. Kunjungan pihak UiTM seramai 64 orang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Sr Dr. Norbaya Ab. Rahim. Pada sesi kunjungan ini, para pensyarah dan pelajar telah diberikan penerangan berkaitan Penilaian Barangan Kemas oleh Puan Nor Faziha Md Nor, Penilai Daerah, JPPH Batu Pahat dan Penilaian Haiwan: Anjing Pengesan oleh Puan Nor Diana Aisyah Nor Hanapi, Pengurus Program Latihan INSPEN. Para pensyarah dan pelajar juga telah melawat beberapa fasiliti yang terdapat di INSPEN termasuk Galeria Abadi, Moot Court dan Galeri Loji Jentera dan satu sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh YM Raja Attirah Raja Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Latihan, INSPEN. Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada usaha kerjasama yang berterusan antara kedua-kedua belah pihak dalam memastikan generasi muda terutamanya para pelajar mendapat pendedahan yang meluas dalam bidang harta tanah dan penilaian harta tanah.
110 KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA (APM) KE INSPEN 4 Februari 2025 - INSPEN telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Akademi Percukaian Malaysia (APM). Delegasi APM yang seramai lapan (8) orang pegawai diketuai oleh Puan Sharipah Ismail, Eksekutif Hasil Kanan I dari Unit Keselamatan, Fasiliti dan Logistik APM. Pada sesi kunjungan ini, pihak INSPEN telah berkongsi pengalaman serta memberikan penerangan secara terperinci berkaitan tatacara pengurusan di INSPEN merangkumi aspek keselamatan, latihan, penginapan, kemudahan fasiliti dan perpustakaan serta sewaan di INSPEN. Pihak APM juga telah dibawa melawat di sekitar INSPEN bagi melihat kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di INSPEN. Pihak INSPEN berharap sesi kunjungan ini dapat menjadi wadah perbincangan terbaik bagi kedua-dua belah pihak untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam pengurusan fasiliti dan kemudahan yang disediakan.
111 KUNJUNGAN HORMAT HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT CORPORATION (HRD CORP) KE INSPEN 11 Mac 2025 - Pihak INSPEN telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Human Resource Development Corporation (HRD Corp). Delegasi HRD Corp seramai empat (4) orang pegawai diketuai oleh Puan Geetha Ganesan, Ketua Jabatan Wilayah Tengah-Sektor Baharu. Objektif utama kunjungan hormat ini adalah bagi membolehkan pihak HRD Corp mengadakan jalinan kerjasama strategik dengan pihak INSPEN dalam usaha memperkasa latihan dan pendidikan industri harta tanah. Pihak INSPEN menyambut baik usaha dan minat yang ditunjukkan oleh pihak HRD Corp dan melihat jalinan kerjasama ini sebagai satu usaha yang amat baik daripada kedua-dua pihak dalam memastikan pendidikan dalam bidang harta tanah ini dapat diberikan secara meluas kepada orang ramai terutamanya generasi muda. Pada sesi kunjungan ini juga, pihak INSPEN telah memberikan penerangan secara terperinci berkaitan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di INSPEN. Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi meningkatkan bidang harta tanah negara ke peringkat yang lebih tinggi.
112 KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) KE INSPEN 7 Oktober 2025 - INSPEN telah menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertempat di INSPEN. Kunjungan hormat yang disertai tiga (3) orang pegawai ini yang diketuai oleh Encik Mohd Zainordi Ngah, Timbalan Pengurus, Jabatan Pengurusan Transaksi, KWSP. Objektif utama kunjungan ini ialah untuk membolehkan pihak INSPEN dan KWSP berbincang secara terperinci berkaitan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak KWSP bagi tujuan pengeluaran pendidikan oleh pelajar sijil harta tanah INSPEN terutama dalam kalangan pelajar mod eksekutif yang terdiri daripada golongan profesional dan berkerjaya. Kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif berterusan oleh pihak INSPEN bagi membolehkan pelajar mod eksekutif menerima manfaat dalam pembiayaan pengajian dan seterusnya menggalakkan lebih ramai lagi golongan profesional untuk menyambung pengajian dalam bidang harta tanah di INSPEN. Dalam kunjungan ini juga, pihak KWSP telah dibawa untuk melihat dan melawat beberapa lokasi dan kemudahan yang terdapat di INSPEN antaranya seperti bilik kuliah, perpustakaan, dewan, penginapan serta fasiliti sukan di INSPEN.
113 KUNJUNGAN HORMAT JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK KE INSPEN 29 Oktober 2025 - INSPEN berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak ke INSPEN bertempat di INSPEN. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Puan Siti Masbah Zaidel, Pegawai Penilaian Kanan, Cawangan Penilaian, Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Objektif utama kunjungan ini ialah untuk membincangkan kolaborasi yang boleh dijalankan dengan pihak INSPEN bagi program pengajian peringkat sijil sebagai peluang kepada pegawai Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan, iaitu memperoleh Sijil Penilaian Harta Tanah daripada pusat pengajian tinggi yang diiktiraf. Pada sesi ini, pihak INSPEN telah memberikan penerangan secara terperinci mengenai program harta tanah yang ditawarkan bukan sahaja untuk pelajar lepasan SPM tetapi juga kepada golongan profesional dan berkerjaya serta kelebihan lain yang dinikmati pelajar termasuk yuran pengajian yang rendah dan fasiliti lain yang disediakan oleh pihak INSPEN
114 KUNJUNGAN HORMAT INSPEN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SKUDAI, JOHOR 24 Februari 2025 - INSPEN telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor bagi membincangkan mengenai laluan kemasukan graduan INSPEN ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang di Fakulti Alam Bina, UTM melalui laluan APEL.A MQA. Delegasi INSPEN diketuai oleh YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN, manakala pihak UTM pula diketuai oleh YBrs. Professor Sr Dr. Kherun Nita Ali, Dekan Fakulti Alam Bina UTM serta 17 orang wakil jabatan dan pensyarah fakulti. Turut dibincangkan adalah berkenaan kaedah dan tempoh permohonan, yuran pengajian dan lain-lain yang berkaitan.
115 KUNJUNGAN HORMAT INSPEN KE FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM 13 Jun 2025 - Pihak INSPEN telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi membincangkan beberapa bentuk kerjasama berkaitan laluan kemasukan graduan INSPEN ke UiTM. Turut dibincangkan adalah kaedah penetapan syarat kemasukan dan langkah yang perlu ambil di peringkat seterusnya di samping mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara pihak pentadbiran kedua-dua belah pihak. Delegasi INSPEN diketuai oleh Puan Yusdira Yusof, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran, Sr Nur Sharlizan Mohd Rapi’ain, Ketua Pusat Akademik serta Pensyarah Kanan INSPEN. Pihak UiTM pula diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Ts. Hjh Emma Marinie, Dekan Fakulti Alam Bina UiTM, Sr Kholim Sahray, Ketua Jabatan Pengurusan Harta Tanah serta beberapa Pensyarah Kanan dan wakil jabatan.
116 KUNJUNGAN HORMAT INSPEN KE KEMENTERIAN LUAR NEGERI 17 November 2025 - INSPEN telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan kapasiti antarabangsa khususnya dalam sektor harta tanah. Delegasi INSPEN diketuai oleh Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN bersama-sama lima (5) orang pegawai INSPEN manakala Tuan Devrin Deck, Setiausaha Bahagian dari Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa bersama wakil Sekretariat Program Kerjasama Teknikal (MTCP) mewakili KLN. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi perluasan kerjasama latihan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai platform terbaik yang mana INSPEN telah terlibat aktif sejak tahun 1990 dalam menyampaikan kepakaran teknikal berkaitan sektor harta tanah kepada negara-negara membangun. Pertemuan ini turut menjadi ruang penting untuk meneroka peluang latihan diplomatik dan perkongsian kepakaran antara INSPEN dan MOFA, selari dengan hasrat memperkukuh peranan Malaysia sebagai rakan pembangunan yang komited di peringkat antarabangsa.
117 LAWATAN PENANDAARASAN INSPEN KE PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA (RATU), SHAH ALAM 18 Jun 2025 - Unit Perpustakaan INSPEN telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU), Shah Alam. Lawatan yang disertai seramai lima (5) orang pegawai diketuai oleh Puan Nor Hasni Hassan, Ketua Unit Perpustakaan INSPEN bertujuan untuk mempelajari kaedah pengurusan koleksi, susun atur ruang, perkhidmatan pengguna, sistem automasi serta meninjau reka bentuk dalaman dan fasiliti digital yang mesra pengguna. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Nor Chempawan Mat Abu, Penolong Pustakawan dan Encik Zafrullah Aris, Ketua Bahagian Korporat yang berkongsi maklumat berkaitan sejarah penubuhan Perpustakaan Raja Tun Uda, pinjaman berkelompok yang digunakan serta perkhidmatan Bookfly2U. Perpustakaan ini berkonsepkan “Perpustakaan Dalam Taman” dengan reka bentuk hasil lawatan benchmark ke perpustakaan ternama seperti National Library Singapore, Perpustakaan Petronas KLCC, dan Hong Kong. Menariknya, RATU turut memperkenalkan polisi membuka kasut sebelum memasuki ruang perpustakaan, bagi memberikan pengalaman mesra pengguna yang selesa, seiring dengan tagline mereka “Perpustakaan Rumah Kedua Ku.” Semoga dengan adanya lawatan seperti ini, ia akan memberi inspirasi dan input berguna dalam usaha menjadikan perpustakaan INSPEN lebih mesra pengguna, efisien dan selari dengan keperluan semasa. Diharapkan penemuan dan dapatan ini dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan sebenar pada masa akan datang, sejajar dengan misi menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang aktif dan progresif.
118 PROGRAM MOTIVASI DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM 10 Julai 2025 - Program Motivasi dan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar, Pusat Akademik telah diadakan dengan disertai seramai 36 orang pelajar SPHT, SPGT dan CEA. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan motivasi diri pelajar dan memberi pendedahan baharu kepada para pelajar tentang suasana kehidupan sebenar di institusi pengajian tinggi. Pengisian utama program ini ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Janaidi Ab Ghani, Timbalan Pegawai Psikologi dari Pusat Psikologi dan Kaunseling UiTM Shah Alam yang mengupas mengenai topik “Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang Kemudian.”
PUSAT MAKLUMAT HARTA TANAH NEGARA (NAPIC) BAB 6
120 PENGARAH NAPIC W14 SETIAUSAHA PEJABAT W2 TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN INVENTORI HARTA TANAH W13 TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN INVENTORI HARTA TANAH W13 KNN WP KNN JOHOR KNN PERAK KETUA PENOLONG PENGARAH W12 PENOLONG PENGARAH W10 PENOLONG PENGARAH W10/W9 PENOLONG PENGARAH W9 PEN. PEG. PENILAIAN W10 PEN. PEG. PENILAIAN W5 PEMBANTU PENILAIAN W2/W1 KETUA PENOLONG PENGARAH W12 PENOLONG PENGARAH W10 PENOLONG PENGARAH W10/W9 PENOLONG PENGARAH W9 PEN. PEG. PENILAIAN W7 PEN. PEG. PENILAIAN W5 PEMBANTU PENILAIAN W2/W1 KND KUALA LUMPUR KND LABUAN KND JOHOR BAHRU KND MUAR KND SEGAMAT KND BATU PAHAT KND KLUANG KND IPOH KND TAIPING KND TELUK INTAN KNN KEDAH KNN PULAU PINANG KNN MELAKA KND ALOR SETAR KND SUNGAI PETANI KND KULIM KND LANGKAWI KND GEORGE TOWN KND SEBERANG PERAI KND MELAKA
121 TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN INVENTORI HARTA TANAH W13 KETUA PENOLONG PENGARAH W12 PENOLONG PENGARAH W10 PENOLONG PENGARAH W10/W9 PENOLONG PENGARAH W9 PEN. PEG. PENILAIAN W6/W5 PEN. PEG. PERANGKAAN E5 PEMBANTU PENILAIAN W2/W1 UNIT KHIDMAT SOKONGAN PEMBANTU TADBIR KANAN KEW | W2 PEMBANTU TADBIR KANAN KEW | W2/W1 PEMBANTU TADBIR P/O | N1 PEMBANTU KHIDMAT AM PEMANDU | N1 PEMBANTU KHIDMAT AM N1 KNN NEGERI SEMBLAN KNN PAHANG KNN KELANTAN KND SEREMBAN KND JEMPOL KND KUANTAN KND TEMERLOH KND RAUB KND KOTA BHARU KND KUALA KRAI KNN SELANGOR KNN TERENGGANU KNN SABAH KND SHAH ALAM KND GOMBAK KND BANDAR BARU BANGI KND KLANG KND SEPANG KND KUALA TERENGGANU KND CHUKAI KND JERTIH KND KOTA KINABALU KND SANDAKAN TAWAU KNN PERLIS KNN SARAWAK KND KUCHING KND SIBU MIRI
122 PENDAHULUAN National Property Information Centre (NAPIC) atau Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, telah menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya pada tahun 2024. Sehingga kini, NAPIC terus kekal memainkan peranan sebagai agensi utama dalam menyediakan maklumat harta tanah yang tepat, komprehensif dan menepati masa mengenai permintaan serta penawaran pasaran harta tanah kepada agensi kerajaan, pemaju dan penggiat industri harta tanah negara. Bagi memastikan peranannya kekal relevan dalam industri harta tanah, NAPIC sentiasa peka dengan arus perubahan pembangunan dan teknologi semasa dengan mengukuhkan lagi pengumpulan data di semua peringkat. Di samping itu, NAPIC Ibu Pejabat terus memantapkan peranannya dengan memberikan khidmat nasihat dan input kepada kementerian, agensi awam dan swasta bagi memastikan pasaran harta tanah kekal mampan dan ekosistem sektor harta tanah negara kekal berdaya saing. Di peringkat negeri, pengumpulan data dikukuhkan dengan kerjasama padu Ketua NAPIC Negeri dan Ketua NAPIC Daerah yang bertindak sebagai Data Collectors di seluruh negara bagi membantu merealisasikan kejayaan dan keberkesanan produk NAPIC. FUNGSI UTAMA Fungsi utama NAPIC adalah mengumpul data harta tanah negara berteraskan visi NAPIC sebagai sumber utama data yang berkualiti dan menjadi autoriti berkaitan informasi pasaran harta tanah negara, seiring dengan aspirasi Pelan Strategik Jabatan. Aktiviti teras melibatkan pengumpulan data di seluruh negara, pemprosesan dan penerbitan data di Ibu Pejabat serta penyebaran data pasaran harta tanah kepada penggiat industri, pemegang taruh dan penggubal dasar telah dikembangkan dengan paparan interaktif dan dashboard di Portal Rasmi NAPIC. PENGUMPULAN DATA NAPIC DI NEGERI DAN DAERAH Statistik pengumpulan data NAPIC di seluruh negara menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Pengumpulan data ini melibatkan data inventori dari Pihak Berkuasa Tempatan, data penghunian dan sewaan kompleks perniagaan dan pejabat binaan khas dari Pengurus Harta, data pelancaran baharu, data status jualan harta tanah dari pemaju di samping mengemas kini data yang tertangguh (delayed submission) dan yang berubah akibat perubahan kegunaan (change of use). Jadual di bawah menunjukkan beban kerja pengumpulan data yang didominasi oleh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Johor dan Negeri Pulau Pinang.
123 NEGERI 2023 2024 2025 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 554,184 526,918 503,215 Wilayah Persekutuan Labuan 6,086 6,840 5,853 Wilayah Persekutuan Putrajaya 19,438 11,122 5,811 Selangor 901,671 1,126,756 768,309 Johor 534,292 746,438 645,365 Pulau Pinang 320,847 422,872 266,754 Perak 250,821 243,249 307,396 Negeri Sembilan 111,196 145,546 154,533 Melaka 140,133 151,059 133,001 Kedah 77,032 87,887 148,243 Pahang 178,672 194,156 153,188 Terengganu 63,520 63,429 50,026 Kelantan 45,630 68,894 45,489 Perlis 21,605 7,668 22,960 Sabah 182,708 166,050 112,399 Sarawak 197,831 221,014 264,927 Jumlah 3,605,666 4,189,898 3,587,469 PENERBITAN NAPIC Sepanjang tahun 2025, NAPIC telah berjaya menerbitkan Laporan dan Jadual seperti berikut; i. BAHAGIAN PASARAN HARTA • Laporan Pasaran Harta Tahunan 2024 • Jadual Transaksi RM10 Juta H2 2024 • Jadual Transaksi Tanah Ladang Tahun 2024 • Jadual Harga Kediaman Sukuan/Tahunan Terkini Suku Keempat 2024 dan Tahunan 2024 • Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama H1 2025 • Jadual Transaksi Suku Pertama dan Ketiga Tahun 2025 • Jadual Transaksi RM10 Juta H1 2025 • Jadual Harga Kediaman Sukuan Terkini Suku Pertama, Kedua dan Ketiga 2025
124 ii. BAHAGIAN INVENTORI HARTA TANAH • Laporan Stok Tahun 2024 • Laporan Status Tahun 2024 • Laporan Penghunian dan Ketersediaan Ruang Bangunan Perdagangan (CBSAR) Suku Keempat Tahun 2024 • Laporan Stok Harta Tanah Suku Pertama, Kedua dan Ketiga Tahun 2025 • Laporan Status Harta Tanah Suku Pertama, Kedua dan Ketiga Tahun 2025 • Laporan Penghunian dan Ketersediaan Ruang Bangunan Perdagangan (CBSAR) Suku Pertama, Kedua dan Ketiga Tahun 2025 iii. BAHAGIAN INDEKS HARTA TANAH • Laporan Indeks Harga Rumah Malaysia (MHPI) 2024 • Laporan Indeks Sewaan Pejabat Binaan Khas (PBO-RI) 2024 • Laporan Indeks Sewaan Pusat Beli-Belah (SC-RI) 2024 • Laporan Indeks Harga Rumah Malaysia (MHPI) Suku Pertama, Kedua dan Ketiga Tahun 2025 • Laporan Indeks Sewaan Pejabat Binaan Khas (PBO-RI) Suku Pertama, Kedua dan Ketiga Tahun 2025 • Laporan Indeks Sewaan Pusat Beli-Belah (SC-RI) Suku Pertama, Kedua dan Ketiga Tahun 2025 • Indeks Harga Pangsapuri Khidmat (SA-PI) Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang Semua penerbitan akan dilancarkan secara fizikal atau secara siaran langsung menerusi Facebook JPPH dan NAPIC serta boleh muat turun secara percuma di Portal NAPIC https://napic. jpph.gov.my/. Inisiatif ini merupakan usaha bagi memastikan data NAPIC dapat disebarluaskan secara berkesan dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemegang taruh.
125 AKTIVITI NAPIC SESI TAKLIMAT BERSAMA MENTERI KEWANGAN II DAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN BERSEMPENA PELANCARAN LAPORAN PASARAN HARTA SEPANJANG 2025 Sesi Taklimat bersama Menteri Kewangan II Bersempena Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 25 Februari 2025 - Penerbitan Pasaran Harta 2024 telah mendapat kelulusan akhir daripada YBhg. Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, dalam satu sesi taklimat yang diadakan di Kementerian Kewangan. Sesi tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta bersama-sama barisan pengurusan NAPIC Ibu Pejabat. Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 telah diadakan pada 26 Februari 2025 di Institut Penilaian Negara. Sesi Taklimat berkaitan Penerbitan Pasaran Harta Tanah Suku Pertama 2025 kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan 6 Mei 2025 - Satu sesi taklimat berkaitan Penerbitan Pasaran Harta Tanah Suku Pertama 2025 kepada YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Sesi ini diketuai oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut serta ialah Sr Norhisham bin Shafie, Pengarah NAPIC bersama Timbalan Pengarah NAPIC dan Ketua Unit Komunikasi Korporat. Penerbitan Pasaran Harta Suku Pertama 2025 ini telah dilancarkan pada Jumaat, 9 Mei 2025 secara langsung di platform Facebook JPPH.
126 Sesi Taklimat Sempena Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2025 & PRISM 2.0 29 Ogos 2025 - Satu sesi taklimat berhubung Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2025 dan PRISM 2.0 telah diadakan di pejabat YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Turut hadir bersama beliau ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Sesi taklimat ini telah diketuai oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir Sr Norhisham bin Shafie, Pengarah NAPIC dan Timbalan Pengarah NAPIC. Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2025 dan PRISM 2.0 ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 4 September 2025, dan turut disiarkan secara langsung melalui Facebook JPPH. PENAMBAHBAIKAN/ PRODUK BAHARU Sesi FGD “Kajian Semula Definisi ‘Overhang’ Berdasarkan Tempoh Masa Pelancaran Projek Perumahan di Malaysia” Bersama Pemain Industri. 26 Jun 2025 - Bahagian Inventori Harta Tanah, NAPIC telah menganjurkan sesi Focus Group Discussion (FGD) berkenaan kajian semula definisi ‘overhang’ berdasarkan tempoh masa pelancaran projek perumahan di Malaysia. Sesi FGD ini telah berlangsung di Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan dipengerusikan oleh Sr Norhisham bin Shafie, Pengarah NAPIC. Wakil-wakil agensi yang hadir termasuk daripada Bukit Kiara Properties Sdn. Bhd., Khazanah Research Institute, REHDA Malaysia, REHDA Institute, Rahim & Co Research, Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Kerajaan Tempatan, MKH Berhad, Bank Negara Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya. Sesi FGD ini telah menghasilkan beberapa cadangan penting, antaranya keperluan menyemak semula definisi beberapa terma overhang berdasarkan keperluan semasa.
127 PEMBANGUNAN PAPARAN PENERBITAN DATA HARTA TANAH MENGIKUT PECAHAN DUN DAN PARLIMEN Bagi memenuhi ekspektasi pengguna data yang memerlukan kompilasi data harta tanah yang lebih komprehensif, NAPIC kini sedang membangunkan paparan penerbitan data harta tanah mengikut pecahan DUN dan Parlimen. Penerbitan baharu yang dicadangkan ini akan menggabungkan maklumat data harta tanah NAPIC yang akan dipaparkan bersama data sempadan DUN dan Parlimen milik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggunakan konsep fungsi data analitik. Keperluan data persempadanan DUN dan Parlimen ini adalah penting bagi mengukuhkan lagi analisis maklumat harta tanah serta meningkatkan tahap kesedaran orang awam mengenai kepentingan data harta tanah kepada pembangunan negara dan sekali gus dijadikan rujukan oleh agensi–agensi kerajaan, ahli Parlimen, ahli DUN dan orang awam.
128 PERINTIS KUMPULAN DATA SAINTIS JABATAN 26 hingga 29 Mei 2025 - Selari dengan pelan strategik bagi mewujudkan kumpulan data sains jabatan, NAPIC dengan kerjasama INSPEN telah menganjurkan kursus “Introduction to Data Science” di Institut Penilaian Negara (INSPEN). Tenaga pengajar terdiri daripada Puan Amy anak Pirah, En. Mohamad Zaihan bin Shamsuddin, En. Abu Salathin bin Mohd Khairuddin dan En. Shahrul bin Mohd Zoher, merupakan perintis data sains jabatan yang telah mendapat pengiktirafan ‘Professional Certification Data Science Course’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Big Data Centre. Kumpulan pertama peserta kursus ini terdiri daripada pegawai daripada NAPIC, Unit Penyelidikan INSPEN dan beberapa pegawai NAPIC cawangan yang terpilih. Program ini merupakan satu inisiatif penting dalam membina kapasiti teknikal dan analitikal kakitangan kerajaan, khususnya dalam mengaplikasikan prinsip data sains untuk tujuan penilaian dan analisis pasaran harta tanah yang lebih tepat dan berasaskan data raya.
129 LATIHAN TRAIN THE TRAINERS BAGI SISTEM PRISM 2.0 FASA 1.5 Latihan Train The Trainers bagi Sistem PRISM 2.0 Fasa 1.5 telah diadakan pada 7 Oktober 2025 di INSPEN. Bengkel latihan ini telah dihadiri oleh NAPIC Ibu Pejabat dan para peserta terdiri daripada Ketua NAPIC Negeri (KNN). Antara pengisian latihan ini adalah pengenalan kepada NAPIC Ibu Pejabat yang terdiri daripada Bahagian Pasaran Harta, Bahagian Inventori Harta Tanah dan Bahagian Indeks Harta Tanah. INTEGRASI PROPERTY INFORMATION SYSTEM (PRISM) – ONE STOP CENTER (OSC) Bagi menyokong dasar keterbukaan dan ketelusan data berintegriti kini PRISM 2.0 telah berintegrasi dengan sistem luaran daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah sistem OSC 3.0 Plus Online bermula 1 November 2025. Integrasi berpusat ini membantu penyaluran maklumat pembangunan harta tanah yang lebih tuntas, dinamik dan berkesan di antara pemain industri harta tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sesi SIT bagi Integrasi Sistem OSC 3.0 Plus Online, JKT dan PRISM 2.0 telah diadakan pada 29 Ogos 2025 dan 4 September 2025 di NAPIC Ibu Pejabat, Putrajaya.
130 SEMINAR WHAT’S NEW PRISM 2.0 NAPIC dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) JPPH Ibu Pejabat telah menganjurkan Seminar What’s New PRISM 2.0 yang telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Seminar ini telah diadakan pada 18 November 2025 di Hotel Everly, Putrajaya. Seminar yang disertai pembekal harta tanah sekitar Lembah Klang ini memberikan impak yang sangat positif dalam mengukuhkan pengumpulan data harta tanah negara. Beberapa sesi pembentangan telah diadakan iaitu Pengenalan kepada Portal NAPIC dan Sistem PRISM 2.0, Prestasi Pasaran Harta Tanah Suku Ketiga 2025, Penerbitan Stok dan Status Suku Ketiga 2025 dan Penerbitan Indeks Harga Rumah Malaysia Suku Ketiga 2025. Turut diadakan Sesi Taklimat Ciri Baharu Modul Kemasukan Data Sistem PRISM 2.0.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP) BAB 7
132 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP) PENGARAH M14 PBKP SETIAUSAHA PEJABAT N1/2 TBK/29 SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TIMBALAN PENGARAH M12 TPBKP (S) UNIT PERANCANGAN SUMBER MANUSIA (S) PEM. TADBIR KANAN N2/3TBK2 KPT(S)K1 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 1 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 2 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 3 PEM. TADBIR N1/2TBK PT P1 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 5 PEM. TADBIR KANAN N2/3TBK2 KPT(S)K2 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 5 PEM. TADBIR N1/2 PT(S)K 7 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 8 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 9 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 10 PEM. KHIDMAT AM H1/4 PO(S)K PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)M1 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)M2 PEM. KHIDMAT AM H1/4 PO(S)M PEM. TADBIR KANAN N2/3TBK2 KPT(S)K3 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 11 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)S 1 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)S 2 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 12 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 13 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)K 14 PEN. PENGARAH M9/10 PP(S)S PEN. PEG. PENILAIAN W6 PPP(S)S UNIT MODAL INSAN & KOMPETENSI (M) PEN. PENGARAH N9 (PSH) PP(S)M PEN. PEG. PENILAIAN N6 PPP(S)M PEN. PEG. TADBIR N5/6 PPT(S)H PEM. TADBIR N1/2TBK PT(S)H UNIT HRMS & PENJAWATAN (H) PEN. PENGARAH N9/10 PP(S)H PEN. PEG. PENILAIAN W6 PPP(S)M UNIT PERKHIDMATAN (K) PEN. PENGARAH M9/10 PP(S)K PEN. PEGAWAI TADBIR PPT(S)K
133 SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN TIMBALAN PENGARAH M12 TPBKP (P) UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING (P1) PEN. PSIKOLOGI S9/10 PP P1 PEM. TADBIR N1/2TBK PT P1 PEM. TADBIR KEW W1/2 PT(P)B1 PEM. TADBIR KEW W1/2TBK PT(P)B2 PEM. TADBIR N1/2 PO(P)B3 PEM. KHIDMAT AM H1/4 PO(P)1 UNIT KEWANGAN (B) PEN. PENGARAH M9/10 PP(P)B PEN. AKAUNTAN W5 KUP PA(P)B PEM. AKAUNTAN W5 KUP PA(P)A2 PEM. TADBIR KANAN W2 KPT(P)A PEM. TADBIR W1/2TBK PT(P)A1 PEM. TADBIR KEW W1/2TBK PT(P)A2 PEM. OPERASI H1 PO(P)2 UNIT AKAUN (A) AKAUNTAN W9/10 A(P)A PEN. AKAUNTAN W1/2TBK PA(P)A1 PEM. TADBIR N1/2 PT(P)PA1 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(P)PA2 PEM. TADBIR N1/2 PT(P)PA3 PEM. TADBIR KEW N1/2TBK PT(P)PA4 PEM. OPERASI N1/2 PT(P)PA5 PEM. KHIDMAT AM H1 PEM. KHIDMAT AM H1/4 PEM. KHIDMAT PELANGGAN H1/4TBK PKP(P)T UNIT PEROLEHAN & ASET (PA) PEN. PENGARAH W1/2 PP(P)PA PEM. TADBIR KANAN N2 KPT(P)PA PEM. TADBIR N1/2 PT(P)T2 PEM. TADBIR N1/2TBK PT(P)T3 PEM. TADBIR N1/2 PT(P)T4 UNIT PENTADBIRAN (T) PEN. PEG. TADBIR N6 PPTT(P)T PEM. TADBIR N1/2TBK PT(P)T1 PEM. PENILAIAN W1/2TBK AV(P)P2 UNIT PEMBANGUNAN (P) PEN. PENGARAH J9/10 J(P)P PEM. PENILAIAN W1/2TBK AV(P)P1
134 FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN • Merancang, mengurus dan menyelia urusan pengurusan sumber manusia, pengurusan kaunseling, pengurusan kewangan dan pentadbiran Jabatan. • Merancang dan melaksanakan program strategik Jabatan yang berkaitan dengan Khidmat Pengurusan. • Merancang dan mengurus perjawatan, penempatan dan pembangunan organisasi Jabatan. • Mengurus dan memantau HRMIS Jabatan. • Mengurus dan memantau Pengurusan Aset, Stor, Kenderaan, Keselamatan Fizikal dan Dokumen Rasmi mengikut pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa. • Mengurus dan memantau program dan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan di JPPH. • Merancang keperluan ruang pejabat cawangan. KEWANGAN • Merancang, mengurus dan memantau anggaran belanjawan tahunan dan perbelanjaan tahunan Jabatan. • Mengagih peruntukan kepada pejabat negeri, daerah, INSPEN dan NAPIC dengan sewajarnya. • Mengurus pindahan peruntukan dan mendapat kelulusan Perbendaharaan. • Mengurus dan memantau urusan berkaitan dengan perolehan Jabatan. SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Seksyen Pengurusan Sumber Manusia terdiri daripada empat (4) unit yang terlibat dalam merancang, menyelaras dan melaksana dasar serta operasi pengurusan sumber manusia merangkumi urusan perkhidmatan pegawai, pembangunan organisasi, modal insan dan kompetensi serta pentadbiran sistem pengurusan manusia. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN Pada tahun 2025, seramai satu (1) orang pegawai telah diluluskan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Hadiah Latihan Persekutuan (CBBPHKP), satu (1) orang pegawai telah diluluskan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) di peringkat Pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD), dan tiga (3) orang pegawai diluluskan untuk mengikuti Pengajian Secara Separuh Masa. Manakala maklumat pegawai yang telah berjaya menamatkan sesi latihan dalam perkhidmatan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:- Jenis Pengajian Tamat Pengajian 2023 2024 2025 Ijazah Kedoktoran (PhD) 0 1 0 Ijazah Sarjana (Masters) 3 1 15 Ijazah Sarjana Muda (Degree) 0 0 0
135 PEPERIKSAAN JABATAN Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan disyaratkan kepada pegawai yang berkhidmat di JPPH bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan dan kenaikan pangkat. Syarat peperiksaan ini adalah selaras dengan ketetapan skim perkhidmatan bagi pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan. Sehubungan dengan itu, pegawai yang diwajibkan menduduki peperiksaan hendaklah mengambil inisiatif mempersiapkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan bagi melengkapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Jabatan ini bertanggungjawab dalam urusan peperiksaan Subjek Jabatan seperti berikut: i. Peperiksaan Perkhidmatan bagi Pembantu Penilaian Gred W1; ii. Peperiksaan Perkhidmatan bagi Penolong Pegawai Penilaian Gred W5; dan iii. Peperiksaan Perkhidmatan Khas Pembantu Penilaian Gred W1 untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W5 (PSL). Peperiksaan tersebut diadakan dua (2) kali setahun iaitu pada 11 hingga 14 Mei 2025 dan 12 hingga 14 Oktober 2025. Bilangan calon yang menduduki peperiksaan perkhidmatan Jabatan dalam tempoh tiga (3) tahun adalah seperti jadual berikut:- Tarikh peperiksaan Bilangan calon menduduki peperiksaan perkhidmatan Penolong pegawai penilaian gred W5 Pembantu penilaian gred W1 Peperiksaan khas pembantu penilaian gred W1 untuk kenaikan pangkat ke jawatan penolong pegawai penilaian gred W5 (PSL) Kertas Peperiksaan PPP/ PN PPP/ PC PP/ PN I PP/ TB I PP/ PR I PPK/ PN II PPK/ PC I PPK/ TB II PPK/ PT I PPK/ PR II Mei 2023 27 30 67 71 65 37 40 28 37 19 Oktober 2023 19 12 46 36 5 Mei 2024 31 26 43 49 27 41 42 24 34 11 Oktober 2024 15 11 25 21 9 Mei 2025 14 10 23 22 15 31 30 18 29 16 Oktober 2025 7 9 19 18 16 Petunjuk: PPP/ PN Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian/Penilaian PPP/ PC Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian/Perundangan & Percukaian Harta Tanah PP/ PN I Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Penilaian/Penilaian PP/ TB I Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Penilaian/Teknologi Bangunan PP/ PR I Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Penilaian/Projek Penilaian I PPK/ PN II Peperiksaan Perkhidmatan Khas/Penilaian II PPK/ PC I Peperiksaan Perkhidmatan Khas/Perundangan & Percukaian Harta Tanah II PPK/ TB II Peperiksaan Perkhidmatan Khas/Teknologi Bangunan II PPK/ PT I Peperiksaan Perkhidmatan Khas/Pengambilan Tanah & Pampasan I PPK/ PR II Peperiksaan Perkhidmatan Khas/Projek Penilaian II
136 URUSAN BERTUGAS RASMI/ BERKURSUS DI LUAR NEGARA Penghantaran pegawai bagi mengikuti latihan di luar negara merupakan satu langkah strategik organisasi untuk melonjakkan tahap profesionalisme dan daya saing kakitangan. Program ini bukan sekadar pendedahan teknikal, malah satu pelaburan jangka panjang dalam membangunkan modal insan yang berkelas dunia. Antara objektif utama jabatan adalah untuk membolehkan pegawai mempelajari teknologi terkini, metodologi kerja moden dan amalan terbaik yang belum terdapat di dalam negara, peluasan jaringan strategik dalam membina hubungan kerjasama dengan pakar dan organisasi antarabangsa bagi memudahkan kolaborasi masa hadapan dan anjakan paradigma terhadap budaya kerja berprestasi tinggi. Pada tahun 2025, seramai 30 orang pegawai pelbagai gred iaitu dari gred W1 hingga ke JUSA B telah dihantar ke luar negara untuk mengikuti kursus dan persidangan yang bertujuan meningkatkan kompetensi pegawai dan urusan bertugas rasmi seperti lawat periksa aset Kerajaan di luar negara. Antara negara yang terlibat adalah Australia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Turkiye, China dan Mesir. URUSAN PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN PEGAWAI Urusan pelantikan dan pengambilan kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi tahun 2025 adalah seperti jadual berikut:- Bil. Jawatan Gred Jawatan Bil. Pengambilan 1. Pegawai Penilaian W9 7 2. Penolong Pegawai Penilaian W5 3 3. Pembantu Penilaian W1 5 4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N1 3 5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1 2 6. Pembantu Penyedia Makanan N1 1 7. Pembantu Khidmat Am H1 2 Jumlah Keseluruhan Pengambilan 23 SESI LIBAT URUS SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, IBU PEJABAT JPPH DAN CAWANGAN JPPH Sepanjang tahun 2025, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan sebanyak empat (4) kali dengan beberapa cawangan terpilih. Secara umumnya, sesi libat urus bersama cawangan JPPH bertujuan: i. Memberi peluang kepada warga JPPH di cawangan membuat semakan maklumat di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan; ii. Memberi peluang kepada warga JPPH di cawangan untuk membuat semakan maklumat HRMIS; dan iii. Memberi peluang kepada warga JPPH di cawangan untuk mendapatkan penerangan berkaitan urusan perkhidmatan dan HRMIS daripada pegawai Seksyen Pengurusan Sumber Manusia secara langsung. Cawangan-cawangan yang terlibat dengan sesi libat urus bagi tahun 2025 adalah JPPH Negeri Sembilan, JPPH Negeri Pahang, JPPH Kuantan, JPPH Temerloh, JPPH Raub, JPPH Kelantan, JPPH Kota Bharu, JPPH Kuala Krai, JPPH Negeri Terengganu, JPPH Kuala Terengganu, JPPH Chukai dan JPPH Jertih.
137 URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Awam adalah berasaskan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012]. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A)75/2010], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010], Ceraian UP.3.1.1: Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam, dan Ceraian UP.3.1.7: Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana. PELAKSANAAN TIME-BASED KALI PERTAMA (TBK1) Kerajaan pada 1 Julai 2009 telah memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang berada di gred lantikan 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Seterusnya pada 1 Julai 2013, Kerajaan telah menambah baik kaedah kenaikan pangkat ini berdasarkan kepada prinsip Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dan tempoh kenaikan pangkat telah dipendekkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun. PELAKSANAAN TIME-BASED KALI KEDUA (TBK2) Bagi memberi peluang kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana, Kerajaan telah bersetuju supaya pelaksanaan kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan dipanjangkan kepada pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan gred kenaikan pangkat untuk dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018. Sepanjang tahun 2025, dua (2) sesi mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat kakitangan di JPPH. Senarai urusan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:- Mesyuarat & Tarikh Urusan Jawatan Bilangan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana Bilangan 1/2025 3 Jun 2025 Pemangkuan Pembantu Penilaian Gred W2 ke Gred W3 2 orang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Penilaian Gred W6 ke Gred W7 2 orang Penolong Pegawai Penilaian Gred W3 ke Gred W28 1 orang Pembantu Penilaian Gred W2 ke Gred W3 2 orang Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Penolong Pegawai Penilaian Gred W5 ke Gred W6 (TBK1) 6 orang Pembantu Penilaian Gred W1 ke Gred W2 (TBK1) 5 orang Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1 ke Gred N2 (TBK1) 1 orang Setiausaha Pejabat Gred N5 ke Gred N6 (TBK1) 1 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 ke Gred N2 (TBK1) 2 orang
138 Mesyuarat & Tarikh Urusan Jawatan Bilangan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana Bilangan 2/2025 6 November 2025 Pemangkuan Penolong Pegawai Penilaian Gred W6 ke Gred W7 2 orang Kenaikan Pangkat Pembantu Penilaian Gred W2 ke Gred W3 1 orang Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Time Based Penolong Pegawai Penilaian Gred W5 ke Gred W6 (TBK1) 11 orang Pembantu Penilaian Gred W2 ke Gred W3 (TBK2) 1 orang Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1 ke Gred 2 (TBK1) 1 orang Setiausaha Pejabat Gred N5 ke Gred N6 (TBK1) 1 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N2 ke Gred N3 (TBK2) 1 orang PEMINJAMAN PEGAWAI Peminjaman adalah merupakan salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan sesuatu agensi. Ia merupakan langkah jangka masa pendek untuk membantu sesebuah agensi bagi memantapkan operasi masing-masing. Bagi tahun 2025, Puan Azura binti Salleh, Pegawai Penilaian Gred W10 telah dipinjamkan ke Majlis Bandaraya Kuantan. URUSAN PERTUKARAN KAKITANGAN Pertukaran kakitangan merupakan salah satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia yang penting di mana pegawai akan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang sekiranya ditempatkan ke jawatan yang bersesuaian dengan kompetensinya. Urusan pertukaran yang tidak dilaksanakan dengan baik akan memberikan kesan yang negatif bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada pegawai yang terlibat. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan panduan umum bagi urusan pertukaran supaya ia dapat dilaksanakan dengan teratur dan seragam. Statistik pertukaran kakitangan sepanjang tahun 2025 adalah seperti berikut:- Kumpulanpegawai Gred Jawatan Bilangan Pertukaran Skim Perkhidmatan Penilaian Gred W9-W14 81 Gred W5-W8 37 Gred W1-W4 58 Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) & Penolong Jurutera Gred JA1-JA2 1 Skim Perkhidmatan Gunasama Gred 9-14 7 Gred 5-8 21 Gred 1-4 66 Jumlah Keseluruhan 367
139 AKTIVITI SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HARI BERTEMU PELANGGAN Hari Bertemu Pelanggan merupakan acara tahunan di mana pegawai-pegawai membuat semakan maklumat di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan sistem HRMIS. JPPH Negeri Sembilan 15 - 16 Januari 2025 JPPH Chukai 20 Januari 2025 JPPH Kuantan 21 - 23 Januari 2025 JPPH Raub 21 - 23 Januari 2025 JPPH Temerloh 21 - 23 Januari 2025 JPPH Kelantan 24 - 25 Februari 2025
140 JPPH Kuala Krai 24 Februari 2025 JPPH Jertih 25 Februari 2025 JPPH Terengganu 27-28 Ogos 2025 MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) MBJ ialah sebuah medium dua hala, di mana pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbangkan idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi. MBJ telah diadakan sebanyak tiga (3) kali iaitu pada 13 Februari 2025 (MBJ Bil. 1/2025), 25 Jun 2025 (MBJ Bil. 2/2025) dan 11 November 2025 (MBJ Bil. 3/2025). Antara faedah yang boleh didapati melalui mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi dan perpaduan.
141 MESYUARAT PENGGUBAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENILAIAN JPPH TAHUN 2025 23 hingga 28 Februari 2025 - Mesyuarat Penggubal Peperiksaan Perkhidmatan Penilaian JPPH Tahun 2025 telah diadakan di Hotel Mercure, Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Puan Saidatul Hizam binti Abdul Manaf, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai wakil Jawatankuasa Peperiksaan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. MESYUARAT KICK-OFF CADANGAN PENGUKUHAN PERJAWATAN JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA TAHUN 2025 16 April 2025 - Mesyuarat Kick-Off Cadangan Pengukuhan Perjawatan telah diadakan di INSPEN yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi). Mesyuarat membincangkan ulasan awal pihak Bahagian Perjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam terhadap permohonan JPPH serta mengenal pasti maklumat tambahan yang perlu disediakan. BENGKEL MYPERFORMANCE (SASARAN KERJA UTAMA (SKU) DAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN (KKF)) 22 April 2025 - Bengkel MyPerformance diadakan untuk memberikan fokus kepada dua (2) elemen daripada MyPerformance iaitu SKU dan KKF. Bengkel ini telah diadakan di Doubletree by Hilton Putrajaya dan dihadiri oleh Ketua Pejabat JPPH. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Zulnorul Huda binti Mohamed Yusof dan Puan Norazhani binti Sairin, Penolong Pengarah di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan. MESYUARAT PERANCANGAN KERJA TAHUNAN 2026 SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 25 hingga 27 Julai 2025 - Mesyuarat Perancangan Kerja Tahunan 2026 Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan telah diadakan bagi merangka perancangan aktiviti dan program sepanjang tahun 2026. Mesyuarat ini bertujuan memastikan pelaksanaan tugasan harian dapat dijalankan secara teratur, lancar dan produktif selaras dengan visi dan misi jabatan. Antara fokus utama mesyuarat adalah perancangan aktiviti PSM bagi tahun 2026, penetapan sasaran kerja untuk dimuatkan ke dalam Business Plan JPPH, perancangan sub-SKU serta pengukuhan kefahaman pegawai terhadap tugasan harian. Melalui mesyuarat ini, pegawai PSM diharap lebih bersedia, berdaya saing dan bersemangat dalam melaksanakan tugas, di samping dapat memperkukuh kerjasama pasukan serta mewujudkan suasana kerja yang positif, harmoni dan kondusif.
142 MESYUARAT HALA TUJU SUBJECT MATTER EXPERT (SME) 19 September 2025 - Mesyuarat Hala Tuju SME telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada Pengurusan Tertinggi berkaitan hala tuju pelaksanaan SME di JPPH. SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN PERUNTUKAN, HASIL DAN PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN MENGURUS JPPH menerima peruntukan di bawah Anggaran Belanja Mengurus B10 Tahun 2025 Dasar Sedia Ada (DSA) sebanyak RM174.28 juta iaitu dengan perbezaan sebanyak 5.36% (RM8.89 juta) berbanding peruntukan tahun 2024 (RM165.39 juta). Perbelanjaan mengurus keseluruhan JPPH sebanyak RM173.17 juta (99.36%) menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.67 juta berbanding perbelanjaan tahun 2024. Prestasi peruntukan dan perbelanjaan mengurus tahun 2021 hingga 2025 adalah seperti berikut:- B10 Peruntukan Belanja Baki 2021 RM153,250,623.80 RM146,198,904.02 4.6 % 2022 RM153,278,647.29 RM148,482,202.82 3.12 % 2023 RM156,978,367.00 RM158,848,030.18 (1.19%) 2024 RM165,393,726.38 RM170,499,724.75 (3.09%) 2025 RM 174,279,020.55 RM173,171,447.36 0.64%
143 130,000,000.00 135,000,000.00 140,000,000.00 145,000,000.00 150,000,000.00 155,000,000.00 160,000,000.00 165,000,000.00 170,000,000.00 175,000,000.00 180,000,000.00 2021 2022 2023 2024 2025 Peruntukan Belanja Prestasi Belanjawan B10 DSA JPPH Tahun 2021 –2025 0.00 20,000,000.00 40,000,000.00 60,000,000.00 80,000,000.00 100,000,000.00 120,000,000.00 OA10000 OA20000 OA30000 OA40000 Peruntukan 112,455,993.26 55,973,948.41 5,759,078.88 90,000.00 Belanja 113,205,129.32 55,178,710.30 4,707,387.74 80,220.00 Peruntukan Belanja Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Mengikut Objek Am (OA) Untuk Tahun Kewangan 2025
144 HASIL JABATAN Berdasarkan rekod jabatan, hasil yang diperoleh pada tahun 2025 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelum. Hasil JPPH untuk tahun 2022 hingga 2025 adalah seperti berikut:- Sumber Jumlah (RM) 2022 2023 2024 2025 Fi Ikhtisas 6,006,937.91 7,009,376.97 7,641,180.20 9,093,001.13 Jualan Data 2,048,642.83 1,820,869.25 2,010,069.23 1,321,836.48 Pulangan Balik 110,795.33 237,809.48 281,998.32 179,413.56 Bayaran-bayaran Perkhidmatan yang Lain 989,697.50 925,778.49 854,154.09 986,667.00 Sewaan 194,953.76 279,221.70 319,115.00 363,780.01 Jualan Harta Benda Kerajaan 8,694.80 6,720.65 6,418.10 12,960.90 Jualan Borang Tender 0.00 0.00 700.00 0.00 Jualan-jualan Lain 73,440.10 97,911.40 0.00 53,861.36 Yuran Kursus 85,152.90 108,840.00 119,430.00 112,367.65 Denda dan Hukuman 0.00 0.00 0.00 0.00 Hasil Dividen 0.00 0.00 0.00 0.00 Sumbangan dan Bayaran Ganti Luar Negeri/ Sumbangan Tempatan 49,538.53 538.53 94,750.00 0.00 Jumlah 9,567,853.66 10,87,066.50 11,337,768.52 12,123,888.09 PERUNTUKAN PEMBANGUNAN Peruntukan pembangunan JPPH dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Rolling Plan Ke-5 Tahun 2025 yang diterima adalah sebanyak RM18.49 juta dengan peningkatan sebanyak RM3.44 juta (22.86%) berbanding peruntukan tahun 2024. Berdasarkan laporan kewangan tahun 2025, prestasi perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM16.45 juta (89.01%). Prestasi peruntukan dan perbelanjaan pembangunan tahun 2025 adalah seperti berikut:- Nama Projek Peruntukan 2025 Belanja 2025 Peratus Belanja 2025 (Pembesaran/Menaiktaraf INSPEN) – Penyelidikan Industri Harta Tanah di INSPEN RM619,516.00 RM619,515.40 100% (Pembesaran/Menaiktaraf INSPEN) – Pembinaan Satu Blok Tambahan Yang Mengandungi Asrama, Dewan makan Dan Bilik Kuliah Di INSPEN RM2,347,516.00 RM1,210,735.65 51.58% (Pengkomputeran NAPIC) – Pembangunan Property Information System Malaysia (PRISM) 2.0 RM15,519,100.00 RM14,624,304.70 94.23% Jumlah RM18,486,132.00 RM16,454,555.75 89.01%
145 PENGURUSAN PEROLEHAN Pencapaian penggunaan Sistem ePerolehan (eP) JPPH bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM53,669,703.34 (100%) sebagaimana sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Pencapaian ini adalah berdasarkan perolehan bekalan dan perkhidmatan kerajaan melalui Sistem eP daripada keseluruhan peruntukan yang diluluskan. PENGURUSAN ASET ALIH Nilai semasa keseluruhan Aset Alih Kerajaan (Harta Modal dan Aset Alih Bernilai Rendah) adalah sebanyak RM13,645,899.88 untuk tahun kewangan 2025. Jumlah peruntukan tahun 2025 melibatkan Objek Sebagai (OS) berkaitan aset adalah sebanyak RM1,229,870.00 dan perbelanjaan pula sebanyak RM1,158,406.46 (94.19%). Sepanjang tahun 2025, sebanyak 1,096 aset alih milik JPPH dengan nilai perolehan asal sebanyak RM1,622,135.81 telah dilupuskan melalui kaedah jualan sisa, e-waste, musnah, hadiah atau kaedah lain. Pemeriksaan 100% aset alih bagi tahun 2025 berjaya dicapai untuk keseluruhan JPPH bagi memastikan pengurusan aset dilaksanakan dengan teratur. Bagi pengurusan stor, 100% verifikasi stor berjaya dicapai di keseluruhan JPPH dengan baki akhir 31 Disember 2025 berjumlah RM391,432.86 manakala kadar pusingan stok tahunan 2025 adalah sebanyak 5.36. KEURUSETIAAN MESYUARAT UTAMA PENGURUSAN TERTINGGI i. Mesyuarat Pengurusan Ibu Pejabat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta; ii. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Peringkat Jabatan; iii. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Peringkat Jabatan; iv. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ePerolehan Peringkat Jabatan; v. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan Peringkat Jabatan; vi. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Peringkat Jabatan; dan vii. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Agenda Nasional Malaysia Sihat (JTANMS) Peringkat Jabatan. AKTIVITI SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN Mesyuarat Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) JPPH Tahun 2026 di Holiday Villa Johor Bahru, Johor pada 4 Februari 2025 hingga 7 Februari 2025
146 Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail Sebagai Prasyarat Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0) di Ibu Pejabat JPPH pada 17 Februari 2025 hingga 21 Februari 2025 Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) - Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) di INSPEN pada 29 Julai 2025
147 Taklimat Berkenaan Tatacara Pengurusan Pendaftaran Surat Rasmi Urusan Am dan Pendaftaran Suratan Rahsia Rasmi Urusan Terperingkat secara hibrid pada 29 Julai 2025 Bengkel Pembangunan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Ibu Pejabat JPPH pada 11 Ogos 2025 hingga 15 Ogos 2025
148 Bengkel Tatacara dan Pengendalian Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun (JPPH) 2024 di Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang pada 18 hingga 20 September 2025 Sesi Latihan Pelaksanaan Go Live Digital Document Management System (DDMS) 2.0 Ibu Pejabat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Ibu Pejabat JPPH pada 3 hingga 7 November 2025 UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPSi) Unit Pengurusan Psikologi (UPPSi) bertanggungjawab membantu meningkatkan kesejahteraan kakitangan melalui pendekatan kaunseling seperti pendidikan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. UPPSi Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Khidmat Pengurusan turut melaksanakan perkhidmatan pengurusan psikologi di Jabatan berdasarkan panduan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022). Kod Ceraian Tema PO.3.1 Pengurusan Psikologi Dalam Perkhidmatan Awam PO.3.1.1 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam PO.3.1.2 Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja PO.3.1.3 Pelaksanaan Aplikasi Psikologi : Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan PO.3.1.4 Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam
149 Empat (4) skop aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia yang terdapat dalam Ceraian ini ialah: i. Aplikasi psikologi dalam penilaian personel ii. Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel iii. Aplikasi penyelidikan psikologi iv. Aplikasi psikologi dalam intervensi Perkhidmatan Psikologi sepanjang tahun 2025 kekal menjadi pemangkin utama kepada pembangunan modal insan yang sejahtera, berintegriti, dan berprestasi tinggi di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Pengurusan psikologi yang berkualiti dan sistematik terus diperkukuh bagi membantu pengurusan sumber manusia meningkatkan potensi pegawai selaras dengan aspirasi jabatan. Perkhidmatan ini bukan sahaja memfokuskan kepada kecemerlangan organisasi, malah menjadi sistem sokongan penting bagi memastikan warga JPPH mampu menangani cabaran kerjaya dan peribadi secara matang melalui pelbagai inisiatif bimbingan yang disediakan. Bagi memenuhi mandat pengurusan sumber manusia terkini, Unit Pengurusan Psikologi di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan melaksanakan perkhidmatan dengan memberi penekanan khusus kepada aspek pembangunan, pencegahan, dan pemulihan. Pendekatan ini memastikan faktor manusia diperkasakan ke tahap optimum, sekali gus menyumbang kepada persekitaran kerja yang harmoni dan produktif sepanjang tahun 2025. FUNGSI UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI Unit Pengurusan Psikologi bertanggungjawab merancang dan memastikan hala tuju perkhidmatan psikologi dilaksanakan secara holistik di seluruh cawangan JPPH dan INSPEN. Berikut merupakan fungsi utama unit sepanjang tahun: • Sokongan Profesional: Menjalankan sesi kaunseling, bimbingan, dan konsultasi secara berfokus. • Penilaian Psikometrik: Melaksana dan menyelaras penilaian psikologi melalui ujian psikometrik bagi mengenal pasti profil pegawai. • Pembangunan Psikologi: Merancang dan menyelaras program pembangunan psikologi personel berdasarkan analisis keperluan program. • Pemerkasaan AKRAB: Melaksana serta menyelaras program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di peringkat jabatan dan agensi. • Penyelidikan Strategik: Merancang, merangka, dan melaksanakan penyelidikan psikologi berdasarkan keperluan semasa jabatan. • Pengukuhan Nilai: Melaksana dan menyelaras Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN 2.0). • Intervensi Prestasi: Melaksanakan pengurusan kes-kes di bawah Pemerhatian Dasar Pemisah (Exit Policy). Psikopendidikan dan Outreach: Melaksana serta menyelaras program outreach, psikopendidikan, dan promosi perkhidmatan psikologi secara menyeluruh. Program Kaunseling yang dianjurkan Unit Pengurusan Psikologi tahun 2025
150 Bil Program Kaunseling Tarikh/Hari Tempat/Platform 1. Mesyuarat penyelarasan psikologi: mesyuarat pasukan pengurusan nilai (SPAN 2.0) tahun 2025 bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 24 Februari 2025 Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat 2. Mesyuarat Penyelarasan AKRAB JPPH Tahun 2025 30 April 2025 Bilik Persidangan Saujana, INSPEN 3. Mesyuarat Pasukan Pengurusan Nilai (SPAN2.0) bilangan 2 Tahun 2025 bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 4 Jun 2025 Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat 4. Bengkel Pensijilan: Special Training for Facilitators/ AKRAB thru card of activities (COVITS69) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun 2025 10-12 Jun 2025 Sutera Hotel Seremban, Negeri Sembilan 5. Mesyuarat Kerja Penyelarasan SPAN 2.0 peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bilangan 3 Tahun 2025 4 November 2025 Hotel Dorsett, Putrajaya 6. Bengkel Training of Trainers (TOT) Pementoran Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun 2025 17-18 September 2025 Park Inn by Radisson Hotel Putrajaya 7. Majlis Anugerah Pementoran Terbaik Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun 2024 19 September 2025 Park Inn by Radisson Hotel Putrajaya 8. Mesyuarat Pementoran Tahun 2025 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 9 Disember 2025 Dalam Talian, Google Meet AKTIVITI UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI Mesyuarat Penyelarasan Psikologi: Mesyuarat Pasukan Pengurusan Nilai (SPAN 2.0) Tahun 2025 bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 24 Februari 2025 - Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Mesyuarat Pasukan Pengurusan Nilai (SPAN 2.0) Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat. Mesyuarat ini dihadiri oleh 10 orang ahli pasukan yang terdiri daripada 5 pegawai P&P dan 5 pegawai Kumpulan Sokongan untuk menyelaras agenda pengurusan nilai jabatan.
151 Mesyuarat Penyelarasan AKRAB JPPH Tahun 2025 30 April 2025 - Mesyuarat Penyelarasan AKRAB JPPH Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Persidangan Saujana, INSPEN. Mesyuarat ini dihadiri oleh 70 orang ahli AKRAB dari seluruh cawangan, merangkumi seorang Pengurusan Tertinggi, 22 pegawai P&P, dan 47 pegawai Kumpulan Sokongan. Mesyuarat Pasukan Pengurusan Nilai (SPAN 2.0) Bilangan 2 Tahun 2025 4 Jun 2025 - Mesyuarat Pasukan Pengurusan Nilai (SPAN 2.0) Bilangan 2 Tahun 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat. Seramai 12 orang pegawai telah hadir bagi membincangkan laporan kemajuan dan aktiviti pengurusan nilai yang telah dirancang. Bengkel Pensijilan: Special Training for Facilitators/Akrab Thru Card of Activities (COVITS69) 10 hingga 12 Jun 2025 - Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Bengkel Pensijilan: Special Training for Facilitators / AKRAB Thru Card of Activities (COVITS69) bertempat di Sutera Hotel Seremban, Negeri Sembilan. Bengkel ini disertai oleh 34 orang ahli AKRAB.
152 Mesyuarat Kerja Penyelarasan SPAN 2.0 Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Bilangan 3 Tahun 2025 4 November 2025 - YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah dijemput sebagai perasmi Mesyuarat Kerja Penyelarasan SPAN 2.0 Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Bil. 3 Tahun 2025. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta serta Puan Saidatul Hizam binti Abdul Manaf, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Mesyuarat ini turut disertai tetamu jemputan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Puan Aini Yusnie binti Miskam, Ketua Penolong Pengarah, KPP(Ps)PN, BPPs Subkluster Pemerkasaan Nilai bersama Encik Luqman bin Mohd Yusop dan Encik Nur Hamizan bin Haffidz, serta ahli Pasukan SPAN JPPH. Mesyuarat telah dilaksanakan di Hotel Dorsett, Putrajaya. Bengkel Training of Trainers (TOT) Pementoran Tahun 2025 17 hingga 18 September 2025 - Puan Siti Hasiah binti Jusoh, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Pertahanan Malaysia telah dijemput sebagai penceramah bagi Bengkel Training of Trainers (TOT) Pementoran Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun 2025 anjuran Unit Pengurusan Psikologi. Bengkel ini melibatkan seramai 22 orang pegawai JPPH dari cawangan seluruh Malaysia, terdiri daripada 11 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan 11 pegawai Kumpulan Sokongan. Program ini telah dilaksanakan di Park Inn by Radisson Hotel, Putrajaya.
153 Majlis Anugerah Pementoran Terbaik Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun 2024 19 September 2025 - Puan Saidatul Hizam binti Abdul Manaf, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan telah merasmikan Majlis Anugerah Pementoran Terbaik Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Tahun 2024 serta menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan Mentor dan Menti bagi Sesi 2025. Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pelaksanaan program pementoran di peringkat jabatan. Bagi Anugerah Mentor Terbaik Tahun 2024, penghargaan telah diberikan kepada Puan Rosmaintan binti Said, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Teknologi Maklumat. Anugerah Menti Terbaik Tahun 2024 pula, telah dianugerahkan kepada Encik Muhammad Alif bin Rohim, Pembantu Penilaian, JPPH Chukai. Seterusnya, Anugerah Pasangan Mentor-Menti Terbaik Tahun 2024 telah dimenangi oleh Puan Hafizah binti Rusli, Penolong Pegawai Penilaian, Unit Komunikasi Korporat selaku mentor, Bersama mentinya Encik Saiful Bahrain bin Mohamad Noor, Pembantu Penilaian, JPPH Johor Bahru.
154 Pelaksanaan Ujian Stres dan Taklimat Psikologi JPPH WPKL 20 hingga 21 Januari 2025 - Satu sesi Pelaksanaan Ujian Stres dan Taklimat Psikologi telah diadakan bagi warga JPPH WPKL. Program ini melibatkan penyertaan seramai 75 orang pegawai. Inisiatif ini dijalankan bagi memantau tahap kesejahteraan mental warga kerja serta memberikan input mengenai pengurusan emosi di tempat kerja. 7 Februari 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Bil. 1/2025 19 Jun 2025 - Reruai AKRAB Sempena Majlis Sambutan Hari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ke-68 dan Jubli Delima INSPEN
155 Program Outreach Unit Pengurusan Psikologi dan Hari Kesihatan Mental JPPH Cawangan Kota Kinabalu, Sabah Tahun 2025 21 hingga 23 Mei 2025 - Program Outreach Unit Pengurusan Psikologi dan Hari Kesihatan Mental telah dilaksanakan di JPPH Kota Kinabalu, Sabah. Program selama tiga hari ini melibatkan 38 orang peserta. Hari Psikologi Dan Program Fun @ Work Kementerian Kewangan Tahun 2025 12 hingga 13 November 2025 - YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan telah merasmikan Reruai AKRAB JPPH, diiringi oleh YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi). Reruai tersebut turut dilawati oleh YBrs. Encik Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (SBDSP), Kementerian Kewangan serta Encik Nasrizal bin Ngasri (Bell Ngasri), pelakon dan pelawak tempatan. Program ini melibatkan Unit Pengurusan Psikologi sebagai urus setia serta penyertaan 13 orang ahli AKRAB JPPH sebagai petugas pameran.
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BTM) BAB 8
158 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BTM) PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N2 TIMBALAN PENGARAH F13 SEKSYEN KHIDMAT SOKONGAN TEKNIKAL PENGARAH BAHAGIAN F14 UNIT RANGKAIAN, EMEL DAN KESELAMATAN UNIT SOKONGAN TEKNIKAL DAN LAMA WEB/PORTAL PENOLONG PENGARAH F10 PENOLONG PENGARAH FA7 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5 PENOLONG PENGARAH F10 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FT2 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FT2 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5 JURUTEKNIK KOMPUTER FT2 JURUTEKNIK KOMPUTER FT2 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA7
159 UNIT PEMBANGUNAN 1 UNIT PEMBANGUNAN 2 UNIT KHIDMAT SOKONGAN SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN APLIKASI KETUA PENOLONG PENGARAH F12 KETUA PENOLONG PENGARAH F12 PENOLONG PENGARAH F10 PENOLONG PENGARAH F10 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F9 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA7 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA7 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 PENOLONG PENGARAH F10 KETUA PENOLONG PENGARAH F10 PENOLONG PENGARAH F10 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F9 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA7 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA7 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5 PENOLONG PENGARAH F10 PEMBANTU TADBIR N2 PEMBANTU OPERASI N1 F13
160 FUNGSI BAHAGIAN Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) menjalankan fungsi utama berikut: PENGURUSAN ICT • Perancangan Strategik ICT Bertanggungjawab dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk Jabatan. • Pengurusan Projek Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT Jabatan. • Pengurusan Maklumat Bertanggungjawab menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumat Jabatan. PEMBANGUNAN SISTEM • Analisis Sistem Bertanggungjawab dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem. • Reka Bentuk Sistem Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem. • Pelaksanaan Sistem Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pengaturcaraan, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem. • Penyelenggaraan Sistem Bertanggungjawab dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem. • Dokumentasi Sistem Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem.
161 PERKHIDMATAN SOKONGAN TEKNIKAL • Keselamatan ICT a. Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat Jabatan iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT Jabatan. b. Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT Jabatan. c. Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden. d. Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes. e. Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT. f. Menggubal Dasar Keselamatan ICT Jabatan. • Pengurusan Pusat Data a. Mereka bentuk Pusat Data. b. Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT. c. Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data. d. Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery). e. Menguruskan operasi Helpdesk. • Pengurusan Rangkaian a. Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi. b. Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi. c. Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi. d. Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi. • Pentadbiran Pangkalan Data a. Mereka bentuk pangkalan data. b. Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data. c. Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data. d. Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.
162 • Keselamatan Data Maklumat Dan Pemulihan Data a. Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat Jabatan yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT Jabatan. b. Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT Jabatan, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan audit keselamatan ICT, menggubal dan memperakukan dasar pengurusan keselamatan maklumat Jabatan serta penggunaan teknologi pengurusan keselamatan maklumat Jabatan. • Latihan/Pembangunan Teknologi Maklumat a. Menjadi pensyarah atau fasilitator bagi kursus teknologi maklumat yang dijalankan oleh Institut Penilaian Negara (INSPEN). b. Menjadi pensyarah atau fasilitator dalam latihan pengguna bagi sistem aplikasi yang digunakan oleh Jabatan. Ini termasuk sistem aplikasi yang dibangunkan oleh BTM atau yang diperoleh daripada agensi lain. c. Menjadi ahli panel kurikulum Jabatan bagi menyediakan silibus dan pelan sesi untuk kursus ICT. TADBIR URUS PENGURUSAN ICT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) JPPH Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPPH berperanan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek ICT JPPH berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) JPPH. Tujuan JPICT adalah untuk mempertimbangkan kertas cadangan projek ICT di JPPH termasuk INSPEN. Jawatankuasa ini penting bagi memastikan program ICT JPPH dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan. Pada tahun 2025, JPICT JPPH yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah bermesyuarat sebanyak empat (4) kali. Sepanjang tahun 2025 yang lalu, JPICT JPPH telah menilai sebanyak 20 kertas permohonan dan satu kertas pemakluman. Daripada keseluruhan permohonan tersebut, sebanyak enam (6) kertas permohonan telah mendapat kelulusan di peringkat JPICT Kementerian Kewangan (MOF). Daripada enam (6) kertas permohonan itu, satu (1) permohonan telah mendapat kelulusan di peringkat Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA). Pecahan kertas permohonan mengikut kategori adalah seperti berikut:
163 Bil Kategori Jumlah Kertas Permohonan 1. Pembangunan Sistem 2 2. Pembangunan Perkhidmatan 2 3. Sewaan Perkakasan 7 4. Langganan perisian 5 5. Penyelenggaraan perkakasan 1 6. Penyelenggaraan sistem 2 7. Perkhidmatan Keselamatan ICT 1 Jumlah 20 Ibu Pejabat JPPH Bil Kertas Pembentangan 1 Perkhidmatan Security Posture Assessment Di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Dan Institut Penilaian Negara 2 Pembangunan Semula Aplikasi GIS JPPH 3 Perolehan Perisian Antivirus Bagi Tempoh 3 Tahun Di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta 4 Perkhidmatan Penyewaan Mesin Pencetak Dan Caj Bacaan Meter Bagi Tiga (3) Jenis Pencetak Di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 5 Pembangunan Semula Portal Rasmi JPPH 6 Penambahbaikan Aplikasi Enjin Carian Dokumen Bagi Intranet JPPH 7 Cadangan Perolehan Valuation Information System (VIS) 2.0 8 Perkhidmatan Penyewaan Peralatan Rangkaian Secara Leased-To-Own Di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta 9 Perkhidmatan Penyewaan Firewall Secara Leased-To-Use Di JPPH 10 Perkhidmatan Pelaksanaan Projek Perintis Artificial Intelligence Chatbot Bagi Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta 11 Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan 2026 - 2030 INSPEN Bil Kertas Pembentangan 1 Permohonan Langganan Perisian Valutico Inspen 2 Perkhidmatan Sewaan Komputer Apple Di Institut Penilaian Negara 3 Perkhidmatan Penyelenggaraan Peralatan Rangkaian Ict Di Bangunan Baharu Institut Penilaian Negara 4 Perkhidmatan Langganan Perisian Ispring Suite Max Inspen 5 Perkhidmatan Langganan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Serta Artificial Intelligence Di Institut Penilaian Negara 6 Perkhidmatan Sewaan Firewall Di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 7 Pelanjutan Kontrak Sewaan Komputer Apple IMAC Di INSPEN 8 Perkhidmatan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Latihan (SPL) INSPEN 9 Perkhidmatan Pelanjutan Kontrak Penyewaan Smart Rack Di Bilik Server INSPEN
164 KELULUSAN PERINGKAT KEMENTERIAN KEWANGAN Bil Kertas Pembentangan 1 Perkhidmatan Penyewaan Peralatan Rangkaian Secara Leased-To-Own di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 2 Perkhidmatan Penyewaan Firewall Secara Leased-To-Use di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta 3 Perkhidmatan Penyewaan Mesin Pencetak dan Caj Bacaan Meter Bagi Tiga (3) Jenis Pencetak di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH 4 Pembangunan Semula Portal Rasmi JPPH 5 Perkhidmatan Security Posture Assessment bagi Tempoh 2 Tahun di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Institut Penilaian Negara 6 Perolehan Perisian Antivirus bagi Tempoh 3 Tahun di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta AKTIVITI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT GO LIVE INTEGRASI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE, JKT DENGAN SISTEM PRISM 2.0, JPPH 1 November 2025 – Kejayaan integrasi antara sistem OSC 3.0 Plus Online, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dengan sistem PRISM 2.0, JPPH telah diumumkan melalui portal rasmi Portal Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) yang mana boleh diakses melalui pautan napic.jpph.gov.my. Pelaksanaan integrasi ini merupakan satu inisiatif strategik dalam memperkukuh pengurusan dan perkongsian data harta tanah secara bersepadu antara agensi kerajaan. Melalui penyepaduan sistem ini, aliran data dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tepat dan sistematik, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada proses manual serta meningkatkan kecekapan operasi. Integrasi ini juga menyokong keperluan pengumpulan dan analisis data harta tanah bagi tujuan penilaian, perancangan pembangunan serta penyediaan statistik harta tanah negara yang lebih komprehensif dan berimpak tinggi. Kejayaan pelaksanaan integrasi ini turut mencerminkan komitmen berterusan JPPH dalam menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan kerajaan serta pengukuhan ekosistem data harta tanah negara.
165 BENGKEL PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA), JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) TAHUN 2025 Sepanjang tahun 2025, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah memberikan tumpuan penuh kepada pemerkasaan tadbir urus ICT melalui pembangunan Enterprise Architecture (EA). Usaha ini merupakan langkah kritikal bagi memastikan ekosistem digital Jabatan sentiasa mampan, bersepadu, dan selari dengan agenda transformasi digital sektor awam. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah berjaya melaksanakan bengkel Pembangunan EA yang melibatkan penyertaan aktif daripada Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) JPPH, wakil-wakil Ibu Pejabat, cawangan-cawangan JPPH, serta kerjasama strategik bersama Jabatan Digital Negara (JDN) sebagai rakan teknikal dan penasihat utama pembangunan Enterprise Architecture. Sepanjang tempoh bengkel, para peserta telah didedahkan dengan penerangan terperinci berkaitan kerangka kerja Enterprise Architecture sektor awam, kaedah pendokumentasian EA, serta amalan terbaik (best practices) yang disampaikan oleh wakil JDN iaitu Puan Suraya Binti Mohkilisan. Perbincangan secara interaktif dan sesi kerja berkumpulan telah dijalankan bagi mengenal pasti landskap semasa (As-Is), landskap sasaran (To-Be) serta jurang (gap analysis) yang perlu ditangani dalam usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan JPPH. Secara keseluruhannya, Bengkel Pembangunan Enterprise Architecture (EA) JPPH Tahun 2025 telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mencerminkan komitmen berterusan JPPH dalam transformasi digital sektor awam. Kejayaan penganjuran bengkel ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan EA yang lebih berkesan dan mampan demi menyokong aspirasi JPPH sebagai organisasi berprestasi tinggi dan berteraskan teknologi.
166 MESYUARAT KAJIAN AWAL KEPERLUAN BISNES (BRS) BAGI PEMBANGUNAN SEMULA GISPP TAHUN 2025 17 November 2025 – Mesyuarat bersama dengan Pasukan GIS Ibu Pejabat serta cawangan diadakan bagi membincangkan Kajian Awal Keperluan Bisnes (BRS) bagi Pembangunan Semula GISPP. Ini merupakan satu inisiatif bagi mengumpulkan maklumat berkenaan keperluan bisnes bagi proses GIS serta mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem GISPP dalam memperkukuh lagi proses kerja pelukis pelan. PROJEK PEMBANGUNAN VISWEB MODUL PENILAIAN Bahagian Teknologi Maklumat telah membangunkan sistem VISWEB Modul Penilaian bagi menggantikan sistem VIS sedia ada. Sistem ini adalah berkonsepkan web base atau berasaskan web yang membolehkan kerja-kerja penilaian dilaksanakan melalui Internet di rumah berbanding sistem sebelum ini yang berkonsepkan aplikasi client server yang hanya boleh dicapai di pejabat. Pada 10 September 2025, BTM telah menghadiri Klinik Pembangunan Reka Bentuk Perkhidmatan (Service Design) yang dikelolakan oleh Jabatan Digital Negara (JDN). Klinik ini adalah salah satu daripada Sesi Libat Urus (SLU) bersama JDN bagi membincangkan cadangan Pembangunan Projek VIS 2.0 yang sedang dirancang. Ujian Penerimaan Akhir (Final Acceptance Test (FAT)) sistem VISWEB Fasa 2 Modul Penilaian telah selesai diadakan di JPPH Sepang pada 3 - 7 November 2025. Ujian ini dijalankan bagi memastikan sistem VISWEB berfungsi dengan baik dalam sebelum sistem ini dapat diterima untuk pelaksanaan ke cawangan yang lain. Ujian sistem VISWEB modul Penilaian telah diterima dan Go Live pada 10 Disember 2025.
167 BENGKEL BUSINESS REQUIREMENT SPECIFICATION PENAMBAHBAIKAN DAN MENAIKTARAF APLIKASI ENJIN CARIAN DOKUMEN BAGI PORTAL INTRANET JPPH 21 hingga 23 Disember 2025 - Bengkel Business Requirement Specification (BRS) Penambahbaikan dan Menaiktaraf Aplikasi Enjin Carian Dokumen Bagi Portal Intranet JPPH telah dilaksanakan di Hotel Hatten Melaka. Bengkel ini disertai oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) JPPH, wakil Bahagian Ibu Pejabat, Wakil NAPIC dan Wakil INSPEN. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan batasan semasa fungsi enjin carian sedia ada. Bengkel ini juga bertujuan untuk memastikan aplikasi Enjin Carian yang dibangunkan menepati keperluan pengguna dan memastikan semua pengguna mempunyai pemahaman yang sama tentang skop dan objektif projek. Bengkel ini seterusnya menghasilkan dokumen BRS yang jelas, ringkas dan dipersetujui bersama yang akan membimbing fasa reka bentuk dan pembangunan seterusnya. BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT LAKSANA SESI LAWAT PERIKSA AUDIT ICT DI LIMA (5) PEJABAT CAWANGAN Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah melaksanakan Sesi Lawat Periksa Audit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepanjang bulan Oktober dan November tahun 2025. Sesi audit ini melibatkan lawatan ke lima (5) Pejabat Cawangan JPPH iaitu JPPH Gombak, JPPH Sepang, JPPH Seremban, JPPH Langkawi dan JPPH Kuching. Pelaksanaan sesi lawat periksa ini bertujuan memastikan pengurusan, penggunaan dan keselamatan peralatan ICT di pejabat cawangan berada pada tahap yang memuaskan serta mematuhi dasar dan garis panduan yang ditetapkan. Pasukan audit telah menjalankan pemeriksaan fizikal, semakan dokumentasi serta penilaian persekitaran bilik server di setiap lokasi yang dilawati. Antara objektif utama audit ini adalah untuk menilai tahap pematuhan terhadap pengurusan dan penggunaan peralatan ICT di pejabat cawangan, memastikan peralatan ICT yang dibekalkan melalui kontrak sewaan berada dalam keadaan baik serta digunakan mengikut keperluan, menilai tahap keselamatan fizikal dan kawalan akses bilik server, serta mengesahkan kewujudan dan keadaan peralatan ICT di bawah Projek New Valuation Information System (NVIS).
168 JPPH Gombak 16 Oktober 2025 - Pasukan Audit bersama JPPH Gombak JPPH Sepang 30 Oktober 2025 - Pasukan Audit bersama JPPH Sepang JPPH Seremban 30 Oktober 2025 - Pasukan Audit bersama JPPH Seremban JPPH Langkawi 4 November 2025 - Pasukan Audit bersama JPPH Langkawi JPPH Kuching 11 November 2025 - Pasukan Audit bersama JPPH Kuching Secara keseluruhannya, pelaksanaan Sesi Lawat Periksa Audit ICT ini telah memberikan gambaran menyeluruh mengenai status pengurusan, keselamatan dan penggunaan peralatan ICT di pejabat cawangan terlibat. Dapatan audit yang diperoleh akan dijadikan asas kepada tindakan penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh tadbir urus ICT serta menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan JPPH.
169 MESYUARAT PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PTM) JPPH 2025 PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK ICT 26 hingga 28 Oktober 2025 – Mesyuarat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) JPPH 2025 telah berlangsung di Hotel Perdana, Kuala Lumpur yang melibatkan PTM JPPH seluruh Malaysia. Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan dan kerjasama ICT di peringkat organisasi. Antara objektif utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah untuk: • Menyelaraskan hala tuju strategik ICT organisasi bagi tahun 2026 supaya selaras dengan dasar kerajaan serta keperluan semasa perkhidmatan awam. • Membincangkan isu, cabaran dan cadangan penyelesaian berkaitan pengurusan infrastruktur ICT, keselamatan siber, aplikasi sistem serta inisiatif transformasi digital. • Meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat antara Pegawai Teknologi Maklumat dari Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan JPPH di seluruh negara. • Mengenal pasti keperluan latihan, pembangunan kompetensi dan sokongan teknikal bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ICT JPPH. Program AI Immersion oleh Google Malaysia 7 Ogos 2025 - Program AI Immersion Day telah berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel, melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan terpilih. Program ini bertujuan memberi pendedahan mendalam mengenai teknologi AI serta potensi penggunaannya dalam mempertingkat kecekapan operasi, keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan sokongan pembuatan keputusan organisasi sektor awam. Turut diadakan Majlis Pelancaran Awantec Intelligence, iaitu rangkaian penyelesaian AI proprietari pertama Awantec yang dibangunkan berasaskan teknologi Google AI. JPPH telah berjaya disenarai pendek ke peringkat akhir Program AI Immersion Day bersama dua (2) agensi lain iaitu Kementerian Ekonomi dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). 20 November 2025 - Google Malaysia telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Penutup Program AI Immersion yang berlangsung di Google Malaysia, Kuala Lumpur. JPPH diwakili oleh Sr. Kamarul Hisyam bin Sebri dan Puan Wan Jasrini binti Wan Abbas. Hasil penilaian keseluruhan, JPPH telah dinobatkan sebagai Naib Johan (Runner-Up), sekali gus membuktikan komitmen jabatan dalam mengadaptasi transformasi digital dan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
170 Pelaksanaan Perkhidmatan Sewaan Komputer Peribadi (PC) dan Komputer Riba (Notebook) di JPPH bagi Tempoh Lima (5) Tahun Pelaksanaan Perkhidmatan Sewaan Komputer Peribadi (PC) dan Komputer Riba (Notebook) bagi tempoh lima (5) tahun adalah sebagai inisiatif memperkukuh infrastruktur ICT jabatan secara menyeluruh dan berfasa. Pelaksanaan ini melibatkan pembekalan, pemasangan, konfigurasi serta sokongan teknikal berterusan kepada Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan di seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan memastikan warga JPPH dibekalkan dengan peralatan ICT yang terkini, stabil dan memenuhi keperluan tugasan semasa, di samping mengurangkan risiko penggunaan peralatan usang yang boleh menjejaskan produktiviti. Melalui pendekatan sewaan jangka panjang, jabatan dapat merancang perbelanjaan secara lebih sistematik serta memastikan penyelenggaraan dan penggantian peralatan dilaksanakan mengikut Service Level Agreement (SLA) yang ditetapkan. Pelaksanaan Perkhidmatan Sewaan Peralatan Video Conferencing Secara Sewa Milik (Lease to Own) di JPPH dan INSPEN bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Pelaksanaan Perkhidmatan Sewaan Peralatan Video Conferencing secara Sewa Milik (Lease to Own) bagi tempoh tiga (3) tahun adalah sebagai langkah memperkukuh kemudahan komunikasi digital jabatan dan institut. Perolehan ini melibatkan pembekalan, pemasangan, konfigurasi serta penyelenggaraan peralatan video conferencing di lokasi yang telah dikenal pasti. Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan meningkatkan keberkesanan mesyuarat, sesi latihan, bengkel dan program rasmi yang dilaksanakan secara hibrid atau dalam talian, selaras dengan keperluan persekitaran kerja digital masa kini. Pendekatan sewa milik membolehkan jabatan memperoleh aset secara berperingkat sepanjang tempoh kontrak, di samping memastikan peralatan sentiasa disokong dengan jaminan dan penyelenggaraan yang komprehensif.
UNIT INTEGRITI DAN PENGAUDITAN (UIP) BAB 9
172 FUNGSI UNIT Unit Integriti dan Pengauditan (UIP) ditubuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2014 (selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam) sebagai satu badan bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif bagi menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi JPPH. UIP berperanan untuk memastikan Standard Operating Procedure (SOP) Jabatan dibudayakan dan dihayati bagi memantapkan prinsip integriti dan akauntabiliti. UIP bertanggungjawab melaksanakan audit meliputi aspek teknikal, pengurusan kewangan dan tadbir urus melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menambahbaik keberkesanan semua proses kawalan, tadbir urus dan pengurusan risiko di samping membendung salah laku, penyelewengan dan penipuan serta pelanggaran tatakelakuan dalam proses kerja yang boleh menggugat integriti dan imej Jabatan. UIP turut bertanggungjawab memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku dan pelanggaran tatatertib, serta menerima dan mengambil tindakan terhadap semua maklumat/ aduan mengenai salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. AKTIVITI UNIT INTEGRITI DAN PENGAUDITAN PELAKSANAAN AUDIT TEKNIKAL, PENGURUSAN KEWANGAN DAN TADBIR URUS Aktiviti utama UIP adalah menjalankan pengauditan dalaman ke atas fail-fail teknikal dan kewangan di pejabat cawangan JPPH. Pengauditan ke atas fail-fail teknikal meliputi proses kerja yang dijalankan termasuk pengurusan unit teknikal yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan kerja peta, fail teknikal dan kemasukan data bagi memastikannya mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan. CARTA ORGANISASI KETUA UNIT INTEGRITI DAN PENGAUDITAN W13 PENOLONG KETUA UNIT W10 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN KANAN PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN KANAN PEMBANTU PENILAIAN PENOLONG AKAUNTAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR W6 W2 (TBK1) W5 (KUP) W6 N5
173 Pengauditan terhadap pengurusan kewangan pula meliputi kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan perbelanjaan, hasil, asset dan stor telah diuruskan mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Ianya meliputi semakan terhadap Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Aset Dan Stor dan Pengurusan Kenderaan Kerajaan. Pada tahun 2025, UIP telah melaksanakan audit teknikal dan kewangan ke atas 15 cawangan seperti berikut: Bil. Pejabat Cawangan Tempoh 1. JPPH Georgetown 21 – 24 Januari 2025 2. JPPH Kluang 18 – 21 Februari 2025 3. JPPH Sepang 10 – 13 Mac 2025 4. JPPH Kuala Lumpur (Audit Mengejut) 24 – 25 Mac 2025 5. JPPH Kuala Krai 21 – 24 April 2025 6. JPPH Melaka 06 – 09 Mei 2025 7. JPPH Klang 19 – 22 Mei 2025 8. JPPH Jempol 16 – 19 Mei 2025 9. JPPH Raub 08 – 11 Julai 2025 10. JPPH Kota Kinabalu 28 – 31 Julai 2025 11. JPPH Alor Setar 11 – 14 Ogos 2025 12. JPPH Kuching 25 – 28 Ogos 2025 13. JPPH Perlis 09 – 12 September 2025 14. JPPH Kota Bharu 22 – 25 September 2025 15. JPPH Johor Bahru 07 – 10 Oktober 2025 Pelaksanaan Audit JPPH Pulau Pinang dan JPPH George Town pada 21 hingga 24 Januari 2025 Pelaksanaan Audit JPPH Melaka pada 6 hingga 9 Mei 2025 Pelaksanaan Audit JPPH Kedah dan JPPH Alor Setar pada 11 hingga 14 Ogos 2025 Pelaksanaan Audit JPPH Johor dan JPPH Johor Bahru 7 hingga 10 Oktober 2025
174 AUDIT SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) BAGI KES DUTI SETEM Pengauditan pematuhan terhadap tempoh masa pengendalian penerimaan, pendaftaran, penyiapan dan pelaporan kes yang dikendalikan oleh cawangan JPPH. Ianya melibatkan 20 sampel kes bagi maksud nilaian Duti Setem yang diterima daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) melalui aplikasi STAMPS. Pemeriksaan juga dilaksanakan terhadap pemantauan oleh Ketua Jabatan ke atas Laporan Statistik Senarai Kes Siap Melewati Piagam dan Kes Belum Siap Melewati Piagam dalam Sistem Maklumat Penilaian (VIS) bagi semua kes untuk pelbagai maksud nilaian. Pada tahun 2025 sebanyak 24 cawangan yang diaudit seperti berikut: Cawangan JPPH Yang Terlibat Bagi Audit Online Tahun 2025 Bulan JPPH Cawangan Januari Shah Alam, Kuantan Februari Johor Bahru, Kuala Terengganu Mac Ipoh, Kuala Krai April Seberang Perai, Miri Mei Batu Pahat, Jerteh Jun Taiping, Sungai Petani Julai Tawau, Segamat Ogos Alor Setar, Sandakan September Chukai, Bandar Baru Bangi Oktober Sibu, Seremban November Teluk Intan, Langkawi Disember Labuan, Kuantan PENGURUSAN TATATERTIB Pelaksanaan pengurusan tatatertib jabatan adalah berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002. UIP bertindak sebagai urus setia bagi urusan tindakan tatatertib dalam menerima dan memproses laporan tatatertib seterusnya mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Tatatertib (LTT), membuat susulan dan menyediakan laporan ke atas semua keputusan Mesyuarat Lembaga. PENGURUSAN ADUAN INTEGRITI UIP bertanggungjawab menerima, merekod, menilai dan menyiasat aduan integriti yang berkaitan dengan salah laku jenayah, pelanggaran tata kelakuan, serta ketidakpatuhan terhadap etika dan peraturan organisasi yang dilaporkan oleh pengadu. Bagi setiap aduan integriti yang diterima, UIP telah melaksanakan proses saringan awal, penilaian risiko serta tindakan susulan yang bersesuaian termasuk rujukan kepada pihak berkuasa berkaitan sekiranya perlu. BENGKEL PEMBANGUNAN SEMULA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JPPH TAHUN 2026 – 2030 Bengkel Pembangunan Semula Pelan OACP JPPH bagi tahun 2026 – 2030 telah dilaksanakan seiring dengan komitmen Jabatan dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024 – 2028. Pelan ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Pelan OACP JPPH 2021–2025 yang telah menjadi asas kepada usaha pengukuhan integriti, tadbir urus dan pengurusan risiko rasuah dalam Jabatan.
175 Bil. Bengkel Tarikh 1. Siri 1: Bengkel Analisa Data dan Penilaian Risiko 28 – 30 April 2025 2. Siri 2: Bengkel Pelan Tindakan (1) 23 – 24 Jun 2025 3. Siri 3: Bengkel Pelan Tindakan (2) 19 – 20 Ogos 2025 4. Siri 4: Bengkel Pengesahan dan Semakan Pelan Tindakan 2 – 4 Oktober 2025 5. Siri 5: Bengkel Pemurnian 3 – 4 November 2025 MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JPPH 2021-2025 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JPPH 2021 – 2025 telah diadakan sebanyak dua (2) kali pada tahun 2025 sebagaimana sasaran yang ditetapkan. Mesyuarat diadakan khusus membincangkan mengenai pelaksanaan dan pemantauan OACP JPPH bagi memantau prestasi pelaksanaan inisiatif serta membuat penilaian kualitatif dan kuantitatif ke atas semua pencapaian pelan tindakan. Bil. Mesyuarat Pemantauan Tarikh 1. Bil. 1/2025 15 Januari 2025 2. Bil. 2/2025 24 Oktober 2025 MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA (JTK) Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola telah diadakan sebanyak tiga (3) kali sepanjang tahun 2025 sebagaimana sasaran yang ditetapkan. Mesyuarat diadakan khusus membincangkan berkaitan pemantauan Ketua Pejabat dalam menangani isu- isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan integriti pegawai di setiap cawangan JPPH. Bil. Mesyuarat JTK Tarikh 1. Bil. 1/2025 28 Februari 2025 2. Bil. 2/2025 23 Julai 2025 3. Bil. 3/2025 30 Oktober 2025
176 SAMBUTAN BULAN INTEGRITI JPPH TAHUN 2025 Sambutan Bulan Integriti JPPH Tahun 2025 diadakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai integriti dalam kalangan warga jabatan di samping memperkukuh budaya kerja yang beretika, telus dan berakauntabiliti. Antara program yang dianjurkan ialah Persidangan Integriti yang telah berlangsung di Hotel Impiana KLCC pada 9 hingga 11 November 2025. Persidangan ini melibatkan seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Pengarah Bahagian/Ketua Unit, Pengarah INSPEN, Pengarah Penilaian Negeri serta Penilai Daerah. Sambutan Hari Integriti JPPH Tahun 2025 turut diadakan pada 12 November 2025 di Hotel Impiana KLCC dengan penyertaan seramai 100 orang peserta secara bersemuka serta turut disiarkan secara dalam talian bagi membolehkan penyertaan warga cawangan di luar Lembah Klang. Antara slot yang terkandung adalah Peluncuran OACP JPPH 2026 – 2030, kuiz integriti serta ceramah integriti bertajuk Respect the Chair yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Dato’Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman. Kedua-dua program sempena Sambutan Bulan Integriti JPPH Tahun 2025 ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) BAB 10
178 CARTA ORGANISASI KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT W12 PEGAWAI PENERANGAN W9 PEMBANTU KHIDMAT AM PEMBANTU TADBIR PEMBANTU PENILAIAN W2 W1 W1 H1 W2 J2 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5 PENOLONG KETUA UNIT W10 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W5 PEMBANTU PENILAIAN KANAN PEMBANTU PENILAIAN KANAN PELUKIS PELAN
179 FUNGSI UNIT Unit Komunikasi Korporat (UKK) berperanan dalam memperkasakan pengurusan hal ehwal korporat jabatan secara efektif bagi mempertingkatkan dan memantapkan imej JPPH. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan oleh UKK sepanjang tahun 2025: PENERBITAN JABATAN Penerbitan Buletin Jabatan secara berkala seperti berikut: Bil. Perkara 1. Edisi Pertama Bulan Januari hingga April 2025 2. Edisi Kedua Bulan Mei hingga Ogos 2025 3. Edisi Ketiga Bulan September hingga Disember 2025 Laporan Tahunan JPPH Tahun 2024
180 Rakaman Ucapan Hari Raya Pengurusan JPPH Rakaman ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025 oleh Pengurusan JPPH telah diadakan pada 9 Februari 2025. Rakaman ini telah dimuat naik di Portal dan Media Sosial Rasmi JPPH.
181 PROMOSI DAN PUBLISITI JPPH Siaran Pasaran Harta Tanah Suku Pertama Tahun 2025 Siaran Pasaran Harta Tanah Suku Pertama Tahun 2025 oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah diadakan pada 9 Mei 2025 menerusi siaran langsung di Facebook JPPH. Siaran Pasaran Harta Tanah Suku Ketiga 2025 Siaran Pasaran Harta Tanah Suku Ketiga 2025 oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah diadakan pada 18 November 2025 menerusi siaran langsung di Facebook JPPH. Media Sosial Rasmi Jabatan Media sosial rasmi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) seperti Facebook, Instagram, YouTube dan Tik Tok telah diwujudkan bagi memudahkan kakitangan JPPH mendapatkan info terkini.
182 PENGENDALIAN MAJLIS RASMI JABATAN Perutusan Amanat Tahun Baharu 2025 10 Januari 2025 - Majlis Perutusan Amanat Tahun Baharu oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta bersama warga JPPH telah diadakan secara hibrid melibatkan semua warga JPPH seluruh Malaysia. Perhimpunan Warga JPPH Bersama Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (KPPPH) Perhimpunan Warga JPPH Bersama KPPPH dan warga JPPH telah diadakan secara hibrid melibatkan semua warga JPPH seluruh Malaysia pada 10 Januari, 16 April, 3 Julai dan 1 Oktober 2025.
183 Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 26 Februari 2025 - Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 telah diadakan bertempat di Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara (INSPEN), Selangor. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dengan NAPIC melaporkan “Prestasi Tertinggi Pasaran Harta Tanah dalam Tempoh Sedekad”. Turut mengiringi upacara tersebut ialah YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Sr Norhisham bin Shafie, Pengarah NAPIC. Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 14 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPPH 2024 dan Jasamu Dikenang telah diadakan di Dewan Jubli, INSPEN. Seramai 151 orang penerima APC dan 26 orang pesara Jasamu Dikenang telah diraikan dalam majlis ini.
184 Majlis Anugerah Jabatan 2024 26 Mei 2025 - Majlis Anugerah Jabatan 2024 telah diadakan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Senarai Pemenang Anugerah Jabatan 2024: 1. ANUGERAH KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA JPPH Pulau Pinang JPPH Negeri Sembilan JPPH Perak JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA JPPH Seberang Perai JPPH Jerteh JPPH Jempol Peringkat Pejabat Pengarah Penilaian Negeri Peringkat Pejabat Penilai Daerah
185 2. ANUGERAH PENGARAH NAPIC NAPIC Pulau Pinang NAPIC Bandar Baru Bangi PERINGKAT NEGERI PERINGKAT DAERAH 3. ANUGERAH PENGARAH INSPEN JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA JPPH Negeri Kelantan JPPH Batu Pahat JPPH Melaka 4. ANUGERAH INOVASI JPPH JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA JPPH Jempol JPPH Teluk Intan JPPH Kuala Terengganu 5. ANUGERAH KHAS KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA Jawatankuasa Induk Penganjuran ASEAN Valuers Association 25th AVA Congress di Kuching, Sarawak
186 PELANCARAN BUKU 26 Mei 2025 - Majlis Pelancaran Buku Terbitan JPPH telah diadakan semasa Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah ke 87 di Kota Bharu, Kelantan. Lima (5) naskhah penting telah dilancarkan di Majlis Pelancaran Buku Terbitan JPPH: • Panduan Jangka Hayat Loji, Jentera dan Peralatan • Garis Panduan Penilaian Emas dan Permata • Buku Penilaian Kapal • Monograph of Technology in Real Estate • Monograf Penilaian Harta Tanah Khas (Edisi Ketiga)
187 Bengkel Pemantapan Koir 15 hingga 17 Jun 2025 – Bengkel Pemantapan Kumpulan Koir JPPH telah diadakan di Janda Baik, Pahang dengan penyertaan seramai 35 orang ahli koir. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai latihan antaranya teknik pernafasan yang betul, kawalan vokal, sebutan yang jelas serta pembelajaran harmoni dalam nyanyian koir. Bengkel ini turut dianjurkan sebagai persediaan dan latihan kepada Kumpulan Koir JPPH bersempena pelancaran lagu baharu JPPH. Sambutan Hari JPPH Ke-68 dan Jubli Delima INSPEN 19 Jun 2025 - Majlis Sambutan Hari JPPH yang ke-68 dan Jubli Delima INSPEN telah diadakan secara hibrid melibatkan semua warga JPPH di seluruh Malaysia. Majlis ini bertemakan “Perkhidmatan Cepat dan Berintegriti, Aspirasi Malaysia MADANI”. Antara sorotan menarik: • Peluncuran Lagu Baharu JPPH • Perasmian Bangunan Baharu INSPEN • Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara JPPH dan LPPSA • Ceramah bersama Tuan Amin Idris: Antara Impian dan Angan-Angan • Persembahan Montaj • Pertandingan Mencipta Nama Bangunan Baharu INSPEN • Pertandingan Video Ucapan Kreatif Hari JPPH • JPPH Explorace • Program Derma Darah. JPPH Prihatin: Setitik Darah, Sejuta Harapan • Program bersama AKRAB JPPH • Reruai AVOAS, PEKIP dan PUSPANITA
188
189 Majlis Peluncuran dan Majlis Perasmian Penutup Program Sekolah Angkat MADANI JPPH 22 Ogos 2025 - Sekolah Kebangsaan Parit Lapis, Batu Pahat, Johor dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI JPPH dengan tujuan memperkukuh kerjasama dengan komuniti sekolah dan membentuk generasi berilmu, berdaya saing serta berteraskan nilai MADANI. 11 Oktober 2025 - Majlis Perasmian Penutup Program Sekolah Angkat MADANI JPPH telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Lapis. Program ini menjadi satu simbol komitmen bersama antara JPPH, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, PIBG serta warga sekolah Parit Lapis dalam memperkukuh semangat kerjasama dan tanggungjawab sosial seiring aspirasi Malaysia MADANI. Majlis Peluncuran tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Sekolah Kebangsaan Parit Lapis, Batu Pahat, Johor.
190 Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama Tahun 2025 dan Property Information System Malaysia (PRISM) 2.0 4 September 2025 - Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama Tahun 2025 dan Property Information System Malaysia (PRISM) 2.0 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Turut mengiringi upacara tersebut ialah YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Sr Norhisham bin Shafie, Pengarah NAPIC. Program Hari Cuci Malaysia (HCM) Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 27 September 2025 - Hari Cuci Malaysia (HCM) telah diadakan serentak di seluruh Malaysia. Di peringkat jabatan, program telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Program ini turut disertai seramai 200 orang kakitangan JPPH.
191 Majlis Sambutan Hari Inovasi JPPH dan Penutup Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Tahun 2025 10 Oktober 2025 - Majlis Sambutan Hari Inovasi JPPH dan Penutup Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Tahun 2025 telah diadakan bertempat di Dewan Jubli, INSPEN. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir ialah YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) serta Sr Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Standard Amalan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Tahun 2025.
192 Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 13 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara 2025 telah diadakan secara hibrid. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir ialah YBrs. Sr Tuan Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), YBrs. Sr Basarudin bin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) serta semua warga JPPH.
193 Majlis Peluncuran dan Perasmian Penutup Kampung Angkat MADANI JPPH 2025 26 Julai 2025 - Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI JPPH dan Program Kesejahteraan Rakyat telah diadakan di Kampung Linau Batu Pahat. 22 Disember 2025 - Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI JPPH 2025 telah diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir ialah wakil Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu Pahat, kepimpinan setempat serta penduduk kampung.
194 Memorandum Persefahaman (MoU) 7 Februari 2025 - Majlis Menandatangani Dokumen Kerjasama antara JPPH dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Perkukuh Kolaborasi Strategik Melalui Aplikasi Teknologi Angkasa. 19 Jun 2025 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPPH dan LPPSA bagi memperkukuh Perkongsian Maklumat dalam Bidang Penilaian Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
195 18 Disember 2025 - Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MOA) Kerjasama Strategik Antara Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). Perkukuh Kerjasama Strategik dalam Aspek Perkongsian Maklumat Penilaian Harta Tanah KUNJUNGAN HORMAT Bil. Tarikh Agensi Negara 1. 24 Januari 2025 MARA Incorporate Sdn Bhd Malaysia 2. 5 Mac 2025 Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia 3. 22 April 2025 Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia 4. 19 Mei 2025 Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Malaysia 5. 13 Ogos 2025 Kementerian Keuangan Republik Indonesia Indonesia 6. 21 Oktober 2025 Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Malaysia 7. 21 Oktober 2025 Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Malaysia Kunjungan Hormat dari MARA Incorporate Sdn Bhd